Kelab Greenboc |
- TGNA: Kenapa Takut BERSIH Jika Menang Secara Adil?
- Astaghfirullah, Pelajar Dirogol Di Tangga Sekolah
- Peserta PLKN Selamatkan Maruah Najib Di Taman Gelora Kuantan
- Kes Azmin: Pihak Penuduh & Media Berdosa Membuat Andaian Tanpa Kemuka 4 Saksi
- Petugas PAS Larikan Lim Kit Siang Dari Amukan Polis Semasa BERSIH 3.0
- Akibat Keganasan Polis Semasa BERSIH 3.0, Rating Najib Jatuh Balik
- Sepatutnya Fatwa Itu Berbunyi: "Haram Hukumnya Mencetuskan Huru-Hara Dalam Demo"
- Ini Lagi Bangkai, Tuduh Pembikin Video Lucah Orang PKR
- PRU13 Awal Julai, Sebelum Masuk Bulan Ramadhan?
TGNA: Kenapa Takut BERSIH Jika Menang Secara Adil? Posted: 07 May 2012 12:35 AM PDT Shah Alam, 5 MEI: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 dan berkata ia bukan untuk menggulingkan kerajaan sebaliknya menuntut sistem pilihanraya yang telus dan adil. Menurut beliau, kerajaan pusat pimpinan Umno-BN tidak sepatutnya takut terhadap tuntutan himpunan tersebut sekiranya mereka selama ini menang dengan cara yang telus dalam pilihanraya sebelum ini. "Takkan Bersih nak gulingkan kerajaan. Mereka menang selama ini bersih ke?" soal beliau di satu majlis makan malam di sini. Dalam lawatannya ke Kelantan baru baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata peserta himpunan Bersih ingin menjadikan Dataran Merdeka seperti Tahrir Square di Mesir tahun lepas yang menjatuhkan presiden negara itu Hosni Mubarak. Jelas Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, sistem pemerintahan yang dianjurkan Islam merupakan sistem yang terbaik memandangkan Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti negara lain. Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa negeri Pakatan Rakyat yang lain agar mencontohi cara urus tadbir yang dilakukan oleh Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz. Katanya, Pakatan tidak harus patah semangat dengan segala tomahan yang dilemparkan oleh Umno-BN dalam usaha Pakatan untuk menawan Putrajaya dan mengingatkan semua pihak bahawa ujian lebih besar akan menanti apabila berjaya memerintah kelak. Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di I-City dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kelantan. Ia bertujuan untuk mengumpul dana pilihanraya ke-13. Turut hadir Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa pimpinan Pas Kelantan. Turut diadakan lelongan barangan peribadi milik Nik Aziz selain persembahan dikir barat dari Kumpulan Dikir Barat Warisan Darul Naim. -selangorku Sah sungguh ke k'jaan BN ini? |
Astaghfirullah, Pelajar Dirogol Di Tangga Sekolah Posted: 06 May 2012 11:09 PM PDT Rogol dekat tangga sekolah ALOR GAJAH - Akibat gagal melawan nafsu serakah, seorang remaja berusia 14 tahun sanggup merogol seorang murid Tahun Tiga di kawasan tangga bangunan sebuah sekolah, di sini kelmarin. Bukan saja merogol, malah remaja lelaki berkenaan turut mengugut serta mengacukan senjata tajam kepada murid berusia 9 tahun itu yang tinggal di asrama sekolah berkenaan. Menurut sumber, murid terbabit menjadi mangsa kerakusan remaja berkenaan Isnin lalu, sebelum sekali lagi berlaku kejadian sama pada Rabu dan Khamis lalu. "Murid berkenaan menjadi mangsa sejak Isnin ketika sedang menunggu ibu menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan sebelah petang. "Mangsa dihampiri remaja berkenaan yang kemudian membawa mangsa menaiki tangga serta merogolnya di kawasan tangga bangunan sekolah berkenaan. "Remaja terbabit kemudian melepaskan mangsa yang dalam ketakutan dan menghunus senjata tajam ke arah mangsa sambil mengugutnya," katanya. Menurut sumber berkenaan, kejadian sama berlaku selang sehari selepas itu ketika waktu rehat kira-kira 10.30 pagi Rabu lalu apabila murid-murid lain keluar ke kantin. "Mangsa yang tinggal seorang diri dalam kelas ketika itu didatangi remaja terbabit. Sekali lagi remaja berkenaa melakukan perbuatan terkutuk itu di tangga sekolah dan memberi amaran agar tidak memberitahu sesiapa," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Menurutnya, mangsa kemudian melaporkan kepada pihak sekolah apabila buat kali ketiga kejadian sama berlaku Khamis lalu, kira-kira 10.30 pagi dan kali ini mangsa diacu senjata tajam di leher. "Pihak sekolah terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan segera memanggil ibu mangsa sebelum bertindak membuat laporan polis," katanya. Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian. "Polis sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Mohamad Yusuff Osman ketika dihubungi memberitahu pihaknya ada menerima laporan dan akan menunggu laporan polis sebelum sebarang tindakan diambil. |
Peserta PLKN Selamatkan Maruah Najib Di Taman Gelora Kuantan Posted: 06 May 2012 09:03 PM PDT BERITA PANAS MENDIDIH TAPI BENAR!!!!!.... WARGA PAHANG SUDAH MULA TOLAK DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK.. KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tinjauan di lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. "Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung. Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir. Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan. Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir Menipu dan terus menipu Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora [Sungguh memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut dengan hujan lebat dan ribut. Sebelum ini kejadian yang sama melanda tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu. Jika di Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan "gas pemedih mata". Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program Najib tidak menjadi dan hambar. Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. Sepatutnya, kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan pula ia melibatkan program Najib itu sendiri]. -omakkau |
Kes Azmin: Pihak Penuduh & Media Berdosa Membuat Andaian Tanpa Kemuka 4 Saksi Posted: 06 May 2012 06:31 PM PDT Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap semua pihak termasuk media memberi peluang kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali membersihkan nama berhubung rakaman video panas yang didakwa mirip dirinya (Azmin). "Saya tak ada hak untuk bercakap tentang itu, biar dia sendiri yang cakap secara langsung....beri peluang (kepada Azmin membersihkan namanya)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa diminta mengulas rakaman video panas yang didakwa mirip Azmin bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini, selepas menyampaikan ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di Kuala Terengganu, hari ini. Ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa rakaman video berkenaan dibuat oleh orang dalam parti PKR sendiri, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas berdasarkan andaian atau dakwaan. "Saya tak nak komen sebab ia dakwaan sahaja, satu andaian... buat andaian memang tak boleh. Kita (PAS) berpegang kepada ajaran Islam, adat Islam kena ada empat saksi, saksi yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas. "(Yang penting) beri peluang Azmin bela diri, termasuk yang menuduh itu pun kena diambil tindakan, mana boleh menuduh saja-saja," katanya. Mengenai ura-ura beberapa lagi video panas yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan, Abdul Hadi berkata pihak yang mendakwa mempunyai rakaman berkenaan sepatutnya membawa kes berkenaan ke mahkamah. "Berdosa, kalau tuduh orang, betul sekali pun tapi tak ada saksi dan tak ada bukti tetap berdosa, apatah lagi benda salah, Islam tak benar begitu," katanya. - Bernama Hadi: Beri peluang Azmin bela diri Laporan sebelum ini klik untuk baca |
Petugas PAS Larikan Lim Kit Siang Dari Amukan Polis Semasa BERSIH 3.0 Posted: 06 May 2012 04:54 PM PDT DAP Terengganu Merakamkan Ucapan Terima Kasih kepada Petugas PAS Terengganu DAP negeri Terengganu mengucapkan terima kasih atas prihatin petugas PAS Terengganu yang memberikan ruang 'Rawat dan Rehat' kepada En. Lim Kit Siang Semasa Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28hb April lalu. DAP Terengganu bangga dapat bersepakat dan bersetiakawan dengan PAS petugas PAS Terengganu yang membawa En. Lim Kit Siang keluar dari kawasan 'amukan polis' di hadapan Mahkamah dan Dataran Merdeka. Petugas Terengganu telah membawa naik En. Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur ke tempat peninapan mereka serta memberikan salinan baju-T kepada En. Lim Kit Siang. Sekali lagi, bagi pihak DAP Terengganu dan DAP Malaysia, kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Ng Chai Hing Pengerusi DAP Kuala Terengganu Merangkap Pengerusi Penaja DAP Terengganu http://daptrg.blogspot.com/ klik untuk baca |
Akibat Keganasan Polis Semasa BERSIH 3.0, Rating Najib Jatuh Balik Posted: 06 May 2012 08:14 AM PDT Bersih 3.0: PRU13 mungkin dianjak lagi SEMUA dugaan mengira PRU13 akan berlangsung dalam masa sebulan setengah ini - antara Mei dan Jun jika dilihat tandanya begitu banyak. Report antarabangsa menyebut rating Najib untuk memenanginya begitu tinggi dibandingkan dengan masa sebelumnya, lalu bendera Dacing mula dipasang di sana sini. Tetapi agensi berita antarabangsa mendapati rating Najib jatuh balik berikut dengan reaksi kerajaan dan polis terhadap unjuk rasa Bersih 3.0 Duduk Bantah yang mendapat sokongan rakyat luar biasa pada petang 28 April lalu. Orang yang membanjiri Kuala Lumpur dari seluruh Semenanjung menggerhanakan kehadirian jelajah Najib ke seluruh negara menjelang Bersih 3.0 itu. Bagi meningkat rangsangan rakyat terhadap PRU13 Najib berkunjungan ke semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak dan diikuti dengan lawatan di banyak daerah. Semuanya mendapat sambutan besar. Rating Najib dirasakan naik mendadak. Tetapi lautan manusia datang sendiri ke Bersih 3.0 Duduk Bantah itu mengatasi jumlah semua sambutan yang terhadap Najib di seluruh negara beberapa bulan itu. Sekalian yang hadir menyambut Najib itu selain dari diangkut percuma, masing-masing mendapat habuan. Mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Tetapi yang ke Bersih 3.0 datang dengan duit dan kenderaan sendiri. Perdana Menteri Najib diketahui seorang yang penakut. Melihat sambutan Bersih 3.0 yang luar biasa itu mengecutkan perutnya, menyebabkan dia rasa gerun dan kalah sebelum pilihan raya diadakan. Komennya terhadap kempen himpunan Duduk Bantah itu, kerajaan tidak menghalang demonstrasi itu, tetapi Dataran Merdeka pasang pagar berduri, semua jalan Dataran Merdeka ditutup. Reaksi DBKL dan polis tidak sama dengan komen lidah Najib tak bertulang. Dan apabila bantahan aman itu terganggu dengan aksi memancutkan segala senjata cecairnya kepada penunjuk perasaan dan berlaku kejadian kejar dan pukul memukul oleh polis serta ada pula tindak balas sukarelawan demonstran, menyebabkan darah tumpah. Ada polis dan penunjuk rasa yang dihospitalkan. Sekali gus kebijaksanaan kerajaan dan polis dibicarakan oleh rakyat. Najib menyalah kemalangan itu kepada penganjur tetapi antara yang terpukul itu adalah wartawan. Dia dirawat di hospital kerana paluan polis. Najib dan menteri mengunjungi wadnya bagi menyatakan, 'Sorry!' Najib tidak akan berjaya menyalahkan pembangkang atas semua insiden. Tetapi rakyat bebas membicarakan Najib, UMNO dan BN di jalan-jalan dan warung-warung. Semua tempat itu menjadi mahkamah rakyat. Hakimnya adalah sekalian pengundi. Bantahan itu ada tuntutannya. Lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak dipenuhi sekali Najib menubuhkan jawatankuasa parlimen tentang pilihanraya. Satu apa hasil pun tidak ada. Jawatankuasa itu jadi sia-sia. Bersih 3.0 menuntut tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan. Jika tidak dipenuhi sudah ada rentang menunggu Bersih 4.0. Semua perkembangan itu menyebabkan Najib menanggung risiko pilihan raya sebulan lagi. Sekencang manapun TV memburukkan pembangkang tetapi buruk untuk Najib dan BN menunggu. Tambah berat lagi DUN Selangor tidak dibubarkan Mei dan Jun ini sebab daftar pengundi tidak dibersihkan. Pilihan raya Parlimen saja ada di Selangor. Selagi tuntutan kerajaan Selangor tidak dipenuhi DUN hanya menunggu bubar sendiri. Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang menunggu sama ada membubarkan DUN masing-masing dengan daftar undi yang kotor itu. Menyertai piliharaya yang begitu kotor bererti menyerahkan batang leher untuk disembelih. Apa pun polis sudah menyusahkan Najib dan DBKL membantu memburukkan Najib dengan tindakannya. DBKL tidak menanggung apa-apa dengan memagar Dataran Merdeka, tetapi Najib terpaksa membayarnya. Polis tidak masuk pilihan raya. Yang masuk UMNO dan Najib. Kesan 28 April yang ada perbalahan antara demonstaran dan polis menyebabkan belum tentu Parlimen bubar antara Mei dan Jun. Jika ditunda, masa baru ialah September. Bacaan dunia tentang hati Najib ialah pilihan raya ditunda lagi. Ia hanya ada Mei dan Jun ini kerana Najib mahu tunjukkan andaian dunia semua tidak betul. -Subky Latif /HD |
Sepatutnya Fatwa Itu Berbunyi: "Haram Hukumnya Mencetuskan Huru-Hara Dalam Demo" Posted: 06 May 2012 06:20 AM PDT Demo cetus huru-hara haram, kata j'kuasa fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas. "Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama. "Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang. Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda. Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara. Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam. Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT. "Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya. Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah. Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa. Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak. "Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya. - Bernama Ulasan GB DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah --misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah-- atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah. Sepatutnya fatwa itu berbunyi, haram bagi sesiapa "mencetuskan huru-hara dalam demo", bukannya "demo cetus huru-hara haram". Kerana, tiada siapa tahu demo yang mana bakal ada huru-hara, demo yang mana tiada huru-hara. Sama seperti demo BERSIH tempohari. Demo tersebut telah berlansung aman sehingga ada pihak yang telah sengaja mencetuskan huru-hara di saat demo hampir berakhir. Jadi bagaimana hendak menghukumkan demo itu haram sedangkan "huru-hara" itu sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu untuk memburukkannya? Kalau begitulah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, maka demo untuk memperingati UMNO pada 11 Mei nanti juga adalah haram kerana ia mungkin saja boleh mencetuskan huru-hara? Kita berharap Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak adil dan saksama, fatwa yang hendak dikeluarkan perlulah bersandar kepada ilmu bukan bersandar kepada UMNO. |
Ini Lagi Bangkai, Tuduh Pembikin Video Lucah Orang PKR Posted: 06 May 2012 04:09 AM PDT Video: Zul Noordin dakwa kerja orang dalam PKR KUALA TERENGGANU - Rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan "orang dalam parti PKR" sendiri. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin mendakwa rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terlibat kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena-mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini. Menurutnya, dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan. "Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka," katanya. Sementara itu, beliau berkata, sebuah buku mengenai perkahwinan campur yang antara kandungannya memberi mesej wanita Islam dibenarkan mengahwini lelaki bukan Islam kini dikesan disebar meluas secara percuma di negara ini. Menurut Zulkifli, buku yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama. "Ini bermakna, mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam...buku ini sangat berbahaya kepada akidah (orang Islam)," katanya. Penerbitan buku itu didakwa ditaja oleh yayasan Jerman, Konrad Adenauer Foundation atau sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang menurut Zulkifli, yayasan berkenaan terlibat membantu penajaan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD). Zulkifli berkata penyebaran buku berkenaan perlu diharamkan dan siasatan mengenainya perlu dibuat segera bagi menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini. - Bernama Ulasan GB Memang bangkai. Sepatutnya Zulkifli Noordin inilah orang yang ditangkap. Kerana beliau sendiri mengakui: Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, Malah beliau sendiri mendakwa kononya: "Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka," Dan anehnya beliau membuat tuduhan fitnah ke atas orang lain: dilakukan "orang dalam parti PKR" sendiri. Jika ia dilakukan oleh orang PKR sendiri macammana beliau boleh tahu dan boleh lihat rakaman video tersebut terlebih awal jika bukan beliau sendiri yang turut sama bersubahat? Atau orang-orang ex-PKR iaitu katak-katak yang telah kenyang itu? Samada video Anwar, Azmin atau sesiapa, yang jelas, setakat ini, takda satu pun yang benar-benar dapat mensahihkan pelakon-pelakon itu mereka. Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merencanakannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] |
PRU13 Awal Julai, Sebelum Masuk Bulan Ramadhan? Posted: 06 May 2012 01:51 AM PDT BN dijangka mengadakan pilihanraya mengejut, berkemungkinan Julai KUALA LUMPUR, 6 Mei ― Pilihan raya umum dijangka mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN. The Malaysian Insider difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan "Rakan BN" di London pada 14 Mei. "Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, perdana menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider. "Berkemungkinan pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa. Sumber lain menjelaskan Pengerusi BN itu telah mula mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan terbaru beliau ke Gua Musang Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan dakwaan piihan raya akan dilanjutkan ekoran insiden keganasan Bersih 3.0. Malah beliau menegaskan hanya rakyat yang akan menentukan tarikh sebenar pilihan raya. Beberapa laporan media antarabangsa menjangkakan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas insiden Sabtu lalu. Namun perdana menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini, tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu." "Ia terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib. Sumber itu turut menjelaskan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah melawat ke semua negeri sejak beberapa bulan lalu bersama dengan ketua BN Sarawak minggu lepas dan timbalannya di Sabah pada hujung minggu lalu. "Mereka yakin dan BN negeri turut yakin. Pilihanraya semakin hampir," kata sumber tersebut. Beliau menjelaskan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dijalankan serentak di 11 negeri dan 80 negara di seluruh dunia hanya menguatkan lagi sokongan pengundi untuk menghadapi pilihanraya. "BN masih kuat. Bersih hanya memberikan kesan yang minimum kerana ia dirosakkan oleh PKR dan keganasan sewaktu protes tersebut telah mengubah pendirian pengundi atas pagar," tambah sumber. Rating Najib telah meningkat mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik terbaru telah mewujudkan spekulasi pilihanraya bakal dijalankan pada Jun depan, walaupun penggal BN memerintah masih lagi berbaki hingga Mac tahun depan. Pakatan kerajaan tersebut menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan menguasai kesemua negeri kecuali empat diperintah Pakatan Rakyat (PR). Pilihanraya seterusnya bakal menyaksikan lebih 2.2 juta pengundi baru, yang telah mendaftar antara pilihan raya sebelumnya pada 2008 dan penghujung tahun lalu. Hampir 60 peratus pengundi baru berbangsa Melayu, bangsa dominan di negara ini. Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710), Sabah (86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305), Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan (42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya (1,920). Bersih, pertubuhan dengan 84 gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk bantah. Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar ganas setelah perusuh mula meruntuhkan penghadang yang didirikan bagi mengelakkan mereka memasuki kawasan Dataran Merdeka. Pentadbiran Najib telah melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 pada Julai lalu apabila membentuk pasukan khas pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya, namun Bersih tetap berkeras daftar pemilioh SPR masih lagi tidak bersih sepenuhnya. -TMI Ulasan GB GB rasa Najib akan mengumumkan tarikh pilihanraya semasa atau sebaik saja selepas perhimpunan memperingati UMNO 11 Mei ini. Kita sama-sama tunggu dan lihat perkembangannya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan