Selasa, 22 Mei 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Najib, Zahid, Razak Baginda Boleh Ditangkap Interpol dan Dibawa ke Mahkamah Perancis

Posted: 22 May 2012 03:00 PM PDT


[HD] KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.

Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.

Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpean yang dibuat oleh syarikat Perancis.

"Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

"Kami memberikan nama Najib Tun Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,
" kata Fadiah dengan mendapat tepukan gemuruh dari lebih 2,000 yang hadir dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching Ahad lepas lapor Free Malaysia Today.

Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Namun, baru-baru ini selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.

"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid.

 

Fadiah (gambar) dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.

Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya.

Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi.

"Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong.

Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka."


P/s: Walaupun Tuan Chua sebelum ini mendakwa Najib mempunyai imuniti sebagai PM, TM berharap Interpol mempunyai kuasa menangkap mereka untuk menjadi saksi di Mahkamah Perancis.

 

[Gambar] Ketua Pengacau Rumah Ambiga Bikin Wayang "Penjual Nasi Lemak", Dia Lupa Sekarang Zaman Internet

Posted: 22 May 2012 06:03 AM PDT


Dalam satu kenyataan, Jamal Md Yunus, ketua pengacau rumah Ambiga ini mendakwa dia peniaga nasi lemak yang mengalami kerugian semasa BERSIH 3.0. Katanya:

"Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Saya menjual nasi lemak. Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?"

Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.

Malah gambar yang dipetik dari sebuah blog ini menunjukkan ketua pengacau ini menyambut hari jadi di sebuah hotel 5 bintang. Tetamu yang hadir juga bukan calang-calang termasuk artis dan selebriti TV.


Gambar lain di sini.
Usahlah bermain wayang kerana kita sekarang hidup dalam zaman teknologi maklumat. Selain menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, malaon ini ialah pemilik rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Walaupun rata-rata tukang komen di laman FB DCM mendakwa makanan di restoran milik malaon ini tidak sedap dan mahal gila, namun malaon ini tetap maintain pandu Ferrari dan sambut hari jadi di hotel mewah. Mampukah dia menjalani kehidupan begitu dengan hanya menjual nasi lemak di Jalan TAR?


P/s: TM mendapat tahu bahawa malaon ini merupakan kawan baik Noh Omar. Ada pihak yang mendakwa malaon ini mendapat projek daripada kementerian sahabatnya itu. Agak-agak projek Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang dikendalikan oleh malaon ini dikelola oleh kementerian mana?

Cuba lihat gambar di bawah ini dan jawab soalan ini, adakah BERSIH 3.0 merugikan peniaga?


[Video -Wajib Tonton] Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Samhuri Md Zin Tuduh DS Nizar PEMBOHONG BERSIRI, Siapa Berbohong? Sila Tonton Video!

Posted: 22 May 2012 02:17 AM PDT


Video awal yang TM tonton tadi tidak menyiarkan kenyataan fitnah Samhuri yang menuduh Nizar pembohong bersiri. Namun dalam klip video di bawah ini malaon yang pandai bermain wayang ini menuduh DS Nizar datang ke lokasi dia mengamuk tanpa diundang. Dia mendakwa tidak menghubungi DS Nizar melalui telefon untuk mendapatkan sokongan setelah kecewa dengan kakitangan sebuah pejabat tanah dan pemimpin UMNO yang terlibat dengan projek pasir di Perak. 

Namun, malaon ini terlupa bahawa segala-galanya yang berlaku pada hari itu telah dirakam oleh krew Perakite Daily.

Siapa pembohong? Sila tonton video di bawah ini:


Cerita awal tentang malaon ini di sini.


P/s: Inilah contoh terbaik peribahasa "bagai melepaskan ANJING yang TERSEPIT".  Pakatan Rakyat, sila ambil pengajaran!


[PANAS] Bekas Pendakwa Raya Drama Liwat II Sertai Pasukan Peguam Bela Anwar Ibrahim

Posted: 21 May 2012 09:30 PM PDT


[MK] Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II.

Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.

"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.

"Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari.


Berkaitan:
BERSIH 3.0: Anwar didakwa di mahkamah
[MK] Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.

Bekas peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden - yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Liwat 11 terhadap Anwar - kali ini bersama peguam kanan Karpal Singh dalam pasukan peguam bela ketua pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes liwat tersebut.

Anwar memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa pertuduhan tersebut adalah satu lagi kempen "politik" terhadapnya, dan dia tidak mengaku bersalah.

Peguam Karpal dan Yusof, meminta Anwar dibenarkan bon peribadi tetapi ia dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad.

Hakim mengarahkan ikat jamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Sementara itu, Azmin yang diwakili oleh peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan Singh, dan Badrul Hisham, yang diwakili oleh peguam Latheefa Koya, juga telah dikenakan ikat jamin RM500 jamin setiap.

Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.




P/s: Dahulu "musuh", kini "rakan".



Maut Dibunuh Suspek yang Cuba Perkosa Adik

Posted: 21 May 2012 08:30 PM PDT


Maut di Pangkuan Ibu

[HM] KLUANG: "Saya hanya mampu menjerit meminta tolong dan menutup kesan kelar menggunakan tangan bagi mengurangkan darah memancut keluar. Sebagai ibu, saya hanya mampu memangkunya dan berharap ada orang tampil memberikan bantuan.

"Beberapa minit kemudian, seorang jiran menawarkan kenderaan untuk membawa anak saya ke hospital. Malangnya, sebaik mengangkat tubuhnya ke dalam kereta, badannya mulai sejuk dan dia sudah tiada," kata Saemah Mogeri, 43, ibu kepada mangsa bunuh di Jalan Sentosa, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Nurul Amin Mohamed Ishak, 22, dipercayai cuba mempertahankan kehormatan diri adiknya yang disyaki cuba diperkosa seorang rakannya, namun mangsa maut selepas lehernya dikelar dengan objek tajam.

Sebelum kejadian, mangsa membawa tiga lelaki dipercayai rakannya bagi menyelesaikan masalah peribadi yang berlaku antara mereka, Selasa minggu lalu.

Saemah berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan menerima panggilan telefon daripada anaknya yang memaklumkan sudah menemui tiga lelaki itu di sekitar bandar Kluang selepas cuba mengesan mereka sejak hampir seminggu lalu.
 
DI SINI...Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya Kluang, tempat mangsa dibunuh.

 
SUGUL...Saemah menceritakan detik anaknya dibunuh.

 
Berkaitan:

'Dia masuk bilik saya'

[HM] KLUANG: "Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya," kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.

Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Selasa lalu, suspek yang juga rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi rakannya. "Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.

"Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya," katanya.

Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.

"Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang.

"Berikutan itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak menemuinya hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang, malam kelmarin.

"Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke kawasan stor berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan menjadi tegang," katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar di sini dipercayai maut akibat parah pada lehernya selepas dikelar menggunakan objek tajam.



Hancur Luluh Hati Ibu Bapa Apabila Anak Mengaku Berzina di Bilik Tidur

Posted: 21 May 2012 07:45 PM PDT


[HM] KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini.

Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.

Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.

Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.

Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak memecahkan pintu.


P/s: Semakin parah! Zina semakin berleluasa.




[Gambar] Suspek 26 Kes Rogol Didakwa

Posted: 21 May 2012 07:00 PM PDT


[SH] KOTA BHARU – Seorang penganggur yang pernah menggemparkan negara apabila dikaitkan dengan 26 siri jenayah rogol serta cabul dalam tempoh tiga tahun lalu, berdepan empat lagi tuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Kesemua tuduhan ke atas Amran Che Jaafar, 30, dari Simpang 4, Kampung Perupok, Bachok itu dibuat mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan.

Dia didakwa secara berasingan merogol empat wanita masing-masing berusia antara 19 dan 39 tahun dengan meletakkan mangsa dalam ketakutan kematian pada masa, tarikh dan empat lokasi berlainan.

Pada tuduhan pertama yang disebut ke atas Amran semalam, ialah merogol gadis 19 tahun lima bulan di Jalan Dusun Muda pada jam 10 pagi, 21 September, manakala tuduhan kedua, menodai mangsa berusia 19 tahun tiga bulan di sebuah asrama di Jalan Sultan Yahya Petra, pada jam 6.45 pagi, 17 September.

Sementara, tuduhan ketiga, Amran didakwa merogol wanita 25 tahun tiga bulan di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Kubang Kerian, pada jam 8.15 pagi, 30 September dan seorang lagi mangsa mencecah usia 39, didakwa dirogol tertuduh di sebuah pasar awam di Wakaf Che Yeh, jam 8.52 pagi, 16 Ogos 2011.

Dia sebelum ini, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan bersabit kesalahan rompakan bersenjata, 15 November tahun lalu, dan 16 tahun penjara serta lapan sebatan berkuat kuasa berasingan kerana bersalah pada tuduhan merogol dan cabul mangsa yang lain.

Pada prosiding semalam, Amran bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Tuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari, Nor Hamizah Ghazaly dan Intan Nor Hilwani Mat Riffin di hadapan Hakim Irwan Suainbon dan Azman Mustapa.

Kes disambung 18 dan 24 Jun depan.


[Video-PANAS] Ingat Pemimpin UMNO Perak Mengamuk? Hidup DAP, Alllahuakbar...Lepas Itu MENANGIS Pohon Kemaafan daripada UMNO

Posted: 21 May 2012 05:28 PM PDT


DCM tidak komen lebih-lebih pun apabila Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Samhuri Md Zin meroyan kerana menghadapi masalah dengan projek pasirnya. 

Dek kerana marah, Zamhuri tanpa berselindung telah membongkarkan gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga mendakwa sesetengah pemimpin dan kakitangan agensi kerajaan perlu disogok dengan wang, hiburan, termasuklah perkhidmatan amoi dari Thai sebelum meluluskan sesuatu projek.

Dek kerana marah juga, malaon ini mengeluarkan kenyataan untuk keluar UMNO dan sanggup bertempik "Hidup DAP", "Allahuakbar" beberapa kali. Dia juga menegaskan bahawa kerajaan BN sedia ada di Perak harus ditukar dalam PRU nanti.

Apa yang berlaku selepas kejadian amukan itu?

Akhirnya, si malaon ini menangis teresak-esak memohon maaf daripada UMNO kerana meroyan tanpa kawalan. Dia bertaubat kerana telah berdosa kepada UMNO. Sama ada malaon ini dipujuk secara lembut atau secara keras, bukanlah persoalan.

Cuma yang saya kesal, DS Nizar telah "diperdaya" oleh lakonan projek pasir malaon ini. Agak mengecewakan apabila DS Nizar sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberikan sokongan kepada malaon ini. Namun, hakikatnya, si maloan ini hanya bermain wayang dengan pemimpin atasannya.

Oleh itu, beberapa kejadian termasuk peristiwa ADUN dan AP yang melompat sudah tentu memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin PR agar berhati-hati menerima atau menyokong pemimpin BN yang terdesak atau terpinggir. Hal ini demikian kerana pada bila-bila masa orang ini akan kembali melutut kepada parti mereka dan sanggup menjilat ludah sendiri. -DCM


Video penuh, malaon ini mengamuk di sini.

Tiada ulasan: