Selasa, 22 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Skandal seks Zahida–Shafie: “Pemandu bohong!” RM 1 juta deposit sekaligus!

Posted: 22 May 2012 03:48 AM PDT

  Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Sebuah skandal seks melibatkan pelakon gebu Zahida Rafik dengan seorang menteri cabinet sedang hangat diperkatakan dan Zahida telah menyelar bekas pemandunya dan menuduh lelaki itu berbohong.

Zahida yang berusia 28 tahun berasa marah terhadap bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mendedahkan hubungan sulitnya dengan Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

"Saya mahu tahu apa lagi yang akan dia bohongkan. Sudah tentulah semua ini tak benar. Saya tak dapat nak cakap apa lagi, jadi biarlah peguam saya yang uruskan. Kita tunggu dan lihat," Zahida dilaporkan memberitahu The Star, sebuah akhbar yang dikawal kerajaan.

Hanya beberapa minggu yang lalu, Zahida memanggil Noor Azman yang berusia 38 tahun seorang pencuri dan melaporkan kepada pihak polis bahawa lelaki itu telah melarikan RM200, 000 wangnya.

Ini telah menyebabkan pemandu itu melaporkan Zahida kepada pihak polis bahawa beliau sebenarnya ditugaskan Shafie untuk memerhatikan pergerakkan Zahida dan membawa wanita itu ke hotel-hotel ternama untuk melakukan hubungan intim mereka.

RM 1 juta dimasukkan sekaligus!


Shafie adalah seorang Naib presiden Umno dan beragama Islam; sudah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak maka tidak hairanlah cerita ini menjadi sesuatu yang sensasi. Rakyat bukan sahaja terkejut dengan tuduhan zina tetapi juga terkejut bagaimana Shafie mampu mengeluarkan wang yang begitu banyak untuk perempuan simpanannya itu.

Dalam sidang media pada hari Khamis lepas, Noor Azman mendedahkan bahawa pernah mengarahkan dia untuk memasukkan RM1 juta untuk Zahida dalam bentuk tunai- semuanya sekaligus! Menurut Noor Azman yang meletak jawatan pada 29 Februari, Zahida tidak pernah mendapat kurang daripada RM 100,000.

Gangguan dan siasatan berat sebelah


Noor Azman juga mendakwa diganggu polis yang berat sebelah. Semenjak skandal itu tersebar, Noor Azman juga diganggu di rumahnya. Peguam beliau, Latheefa Koya mendedahkan bahawa pihak polis ada bertanya jika Noor Azman mahu menukar peguamnya apabila mereka member tekanan kepadanya setelah membuat laporan.

"Pihak cawangan khas yang menyiasat Azman juga bertanya jika motif beliau adalah untuk menamatkan karjaya politik Shafie dengan mendedahkan hubungan sulitnya," Beritahu Latheefa kepada sidang media.

Dalam laporan polisnya, Noor Azman telah menyatakan bahawa dia ditugaskan mendepositkan wang tunai untuk Zahida yang mencecah RM 1.5 juta dalam jangkamasa 4 bulan. Dia merupakan anak buah kepada seorang penyanyi, Tengku Intan Tengku Abd Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan.

Sebuah banglo juga? Mengapa SPRM membisu?


Selain daripada pemberian wang yang berjumlah besar, laporan ada menyebut mengenai banglo mewah bernilai RM 3 juta di Ampang yang dipercayai dibeli oleh Shafie untuk Zahida. Rumah itu dipercayai dinamakan atas salah seorang ahli keluarga Zahida.

Sementara itu, terdapat desakan terhadap SPRM untuk menyiasat bagaimana Shafie boleh mampu mengadakan hidup yang begitu mewah. Shafie dan Zahida juga telah mengugut Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang yang membongkar skandal tersebut.

"Kita mahu tahu dari mana datangnya wang itu," ujar Zuraida yang juga hadir dalam sidang media tersebut.

Beliau juga menyebut bahawa seks hanyalah sebahagian kecil dalam skandal itu dan bukanlah isu sebenar iaitu rasuah. Sementara itu, spekulasi bertiup kencang bahawa Shafie telah mengahwini Zahida secara rahsia.

Walaubagaimanapun, pelakon itu tetap tegas mengatakan bahawa dia tidak mengenali Shafie apatahlagi menerima wang daripada menteri itu. Shafie juga telah menepis dakwaan itu.Malaysia Chronicle

Related Story: Banglo RM3 juta menyemarakkan dakwaan skandal seks pelakon dan menteri

Terbang sebelum maut

Posted: 22 May 2012 03:36 AM PDT

NORAIZURA AHMAD

Terbang sebelum maut
Kereta Perodua Kancil yang dipandu mangsa remuk selepas dirempuh Toyota Innova dari belakang, awal pagi semalam.
 
PUTRAJAYA - Seorang lelaki 'terbang' dan maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kenderaan serba guna (MPV) di Kilometer 22.3, Lebuh Raya Maju, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa berumur 27 tahun, memandu kereta jenis Perodua Kancil, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.

Setibanya di lokasi, kenderaan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Innova dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, impak rempuhan itu menyebabkan kereta dipandu mangsa berpusing beberapa kali dan terbabas.

"Mangsa tercampak keluar dan maut dipercayai akibat kecederaan parah di kepala serta anggota badan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat," katanya.

Imran berkata, pemandu MPV, berumur 40 tahun hanya cedera ringan.

Menurutnya, siasatan awal mempercayai kereta MPV itu dipandu laju dan hilang kawalan­ sebelum merempuh kereta mangsa.

"Kita akan merakamkan keterangan pemandu MPV itu untuk membantu siasatan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta hubungi balai polis berdekatan­ bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Guru, pembantu guru Tabika Perpaduan ditawar kontrak 3 tahun

Posted: 22 May 2012 03:35 AM PDT

SINAR HARIAN
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
 
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
 
 
PUTRAJAYA - Semua 3,400 guru dan pembantu guru Tabika Perpaduan di seluruh negara akan ditawar kontrak baru selama tiga tahun mulai tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata sebelum ini, kesemua guru dan pembantu guru ditawar kontrak setiap tahun dan ini menyebabkan 'unsur ketidaktentuan' di kalangan mereka kerana khuatir kontrak ditamatkan.

"Ini merupakan satu pengiktirafan kepada guru dan penolong guru Tabika Perpaduan yang bertungkus lumus mendidik generasi muda negara.

"Saya berharap dengan insentif ini, para pendidik di Tabika Perpaduan akan meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran," katanya kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Kecemerlangan Warga Kerja Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) hari ini.

Seramai 315 warga kerja JPNIN dari pelbagai peringkat jawatan dan jabatan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Pada masa ini terdapat 1,732 Tabika Perpaduan di seluruh negara. Ia ditubuhkan mengikut kawasan Rukun Tetangga bertujuan menyediakan kemudahan pendidikan asas untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun khasnya dari golongan berpendapatan rendah, di samping menyemaikan benih keharmonian dan perpaduan.

Sementara itu, Koh berkata perlindungan insurans kemalangan bagi anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah ditingkatkan daripada RM20,000 kepada RM40,000, mulai tahun ini.

Beliau berkata terdapat 2,910 SRS dengan jumlah anggota peronda seramai 145,000 orang di seluruh negara sehingga tahun lepas.

Selain itu, Koh berkata JPNIN mensasar untuk melahirkan 300 mediator komuniti yang mempunyai kemahhiran mediasi dan secara sukarela setiap tahun.

Sehingga tahun lepas, beliau berkata seramai 519 mediator telah dilatih dengan menjalani kursus kemahiran proses mediasi komuniti yang dikendalikan Pakar Sosio-psikologi Datuk Dr Wan Halim Othman.

"Intervensi mediator komuniti terbukti berjaya membantu menyelesaikan pertelingahkan dan mententeramkan keadaan di kalangan masyarakat agar tidak mencetuskan konflik," katanya.

Sementara itu, Koh menyaran semua rakyat Malaysia memainkan peranan dan tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan negara agar Malaysia kekal sebagai 20 negara paling aman di dunia.
Beliau berkata menurut kajian Global Paece Index (GPI) 2011, Malaysa adalah negara ke-19 paling selamat daripada 154 negara di seluruh dunia.

"Kemungkinan pada tahun ini, kedudukan Malaysia akan menurun kerana beberapa demonstrasi dan kelakuan ganas telah berlaku akhir-akhir ini..Ini bergantung kepada kita semua untu mengekalkan keamanan negara," katanya.

Malaysia menduduki tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010. - Bernama

Petani demo gesa naik harga padi

Posted: 22 May 2012 03:33 AM PDT


MALAYSIA KINI
Lebih 3,000 petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Jerlun menggesa kerajaan menaikkan harga padi sebanyak RM1,350 bagi setiap tan manakala subsidi padi pula RM500 setiap tan.

Mereka meminta kerajaan mengkaji harga padi dan subsidi yang tidak dikemaskini sejak 1985 iaitu RM950 (harga padi) dan RM248 (subsidi).

Wakil kumpulan petani itu, Abdul Halim Salleh, 52, berkata desakan ini dibuat memandangkan kos input pertanian seperti padi benih, racun serangga perosak, kos upah jentera membajak dan jentera menuai yang terlalu tinggi melebihi hasil padi yang diperoleh.

"Hasil kasar yang kami peroleh kira-kira RM2,000 serelung (0.28 hektar)(semusim) dan setelah ditolak kos pengurusan, kami hanya peroleh RM650 dan jika padi rosak akibat penyakit dan bencana alam kami rugi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demontrasi aman itu.

Abdul Halim berkata hasil yang mereka peroleh tidak memadai untuk menampung kos keperluan harian yang kini semakin meningkat dan turut membebankan golongan petani miskin.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji semula harga dan subsidi padi bagi membolehkan taraf hidup petani di kawasan Mada dapat ditingkatkan sama seperti petani di Selangor.

"Kami juga telah kemukakan perkara ini kepada pihak berwajib namun tidak ada sebarang perubahan yang dapat membantu petani untuk meningkatkan taraf hidup petani yang rata-rata berada pada tahap miskin," katanya.

Terdahulu kira-kira 50 petani di kawasan Jerlun mengadakan demonstrasi aman mendesak kerajaan menaikkan harga padi dan subsidi padi dengan segera demi kebaikan golongan petani di negeri ini.
- Bernama

Wartawan Masyarakat kuatkan pasukan PRU Malaysiakini

Posted: 22 May 2012 03:31 AM PDT

 
Malaysiakini mengiktiraf gerakan terlatih akar umbi Wartawan Masyarakat Malaysia (CJMY) untuk misi laporan bersama dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEIni menjadikan mereka kumpulan sukarelawan pertama di Malaysia memberikan liputan media dalam pilihan raya umum secara tersusun.

Mereka akan ditempatkan di negeri masing-masing dan bekerjasama rapat dengan wartawan Malaysiakini di pelbagai tempat seperti Lembah Klang Johor Bahru, Kedah, Penang, Kelantan, Kota Kinabalu dan Sarawak.

CJMY menerima latihan asas kewartawanan dan rakaman video sebelum dihantar untuk program latihan intensif di Malaysiakini bermula awal tahun ini.

NONEMenghasilkan laporan dan video yang mendorong respons pelbagai pihak berkuasa, gerakan CJMY kini mampu menyanjung slogan persidangan terbaru mereka "Menyumbang ke arah Perubahan".

Pengurus Program Maran Perianen (gambar kanan, berbaju gelap) berkata pasukan itu akan akan memfokuskan kepada isu akar umbi bagi menggambarkan sentimen tempatan.

"Mereka boleh mengutarakan apa yang berlaku di bawah dengan berbicara dengan orang ramai, bagi menunjukkan bagaimana keseluruhan proses pilihan raya dan calon-calon (bertanding)," katanya.

Mahfuz: Pakai warna korporat untuk perhimpunan 1 Jun

Posted: 22 May 2012 03:28 AM PDT

MALAYSIA KINI
Pengarah program Himpunan Hijau ke Putrajaya, Datuk Mahfuz Omar berkata ahli dan pemimpin PAS ditetapkan untuk memakai pakaian berwarna hijau untuk menyertai perhimpunan 1 Jun di Alor Setar, Kedah.

NONE"Hijau itu lambang korporat PAS bukan bermakna kita bersendirian mahu ke Putrajaya, tetapi kita mahu PAS menjadi pendukung utama menggerakkan usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya," katanya dipetik Harakahdaily.

Perhimpunan yang mensasarkan penyertaan 100,000 orang itu diadakan memandangkan PAS menangguhkan muktamar tahunannya sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum, kata Mahfuz.

"Oleh kerana laporan kaji cuaca yang menujukkan pilihan raya tidak menentu tarikhnya, jadi kita bimbang berlaku pembubaran, kita tangguh muktamar dan gantikan dengan Himpunan Hijau," katanya lagi.

Katanya, program pada hari itu terbahagi kepada tiga sesi iaitu – pagi, selepas solat jumaat dan malam.

Sesi pagi akan dimulakan dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama presiden PAS di Kompleks PAS negeri, Kota Sarang Semut.

Sesi kedua pula diadakan di Stadium Darul Aman dan akan menghimpunkan seluruh anak muda dalam program yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.

Program tersebut diisi dengan satu kuliah daripada penceramah popular Azhar Idrus dan juga persembahan termasuk sketsa oleh anak muda sehingga jam 6.45 petang.

Pada sebelah malam pula, solat berjamaah dan munajat perdana akan diadakan dengan pimpinan seorang tokoh ulama pondok, Tuan Guru Salleh Musa.

Program kemuncaknya ialah selepas itu ialah ucapan oleh pemimpin utama PAS, termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan  Abu Bakar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pemimpin PAS juga akan melafazkan ikrar mereka untuk memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya ke-13, diketuai setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali.

Turut dimuatkan dalam program tersebut ialah deklamasi pusi khas oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, serta ucapan oleh wakil bekas penjawat awam, wakil bekas tentera, wakil artis serta wakil selebriti yang menyertai PAS.

Tapak niaga depan rumah Ambiga habis 'dijual'

Posted: 22 May 2012 03:25 AM PDT

Kesemua 60 tapak perniagaan depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga yang 'dijual' oleh kumpulan peniaga anti-BERSIH habis dijual dengan jualan tertinggi RM5,000 untuk tapak utama.

Jualan itu dibuat pantas oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi selepas bertemu Datuk Bandar.

NONEPeniaga makanan dan minuman Ahmad Diah Ali (kiri), bertopi merah) yang mendapat tapak utama - terletak betul-betul di hadapan rumah Ambiga - sanggup membayar RM5,000 kerana tidak berpuas hati dengan peguam itu.

"Saya sanggup bayar RM5,000 sebab saya tak puas hati dengan Ambiga. Kerana dia, peniaga yang selama ini berniaga dengan bersih menjadi kacau.

"Saya nak tunjuk tak puas hati saya dengan meniaga depan rumah Ambiga," kata Ahmad Diah, 51, kepada pemberita selepas membuat bayaran tunai.

NONESelain itu, tapak lain habis dijual dengan harga RM100 setiap satu.

Semalam, MBPKL berkata lelongan itu untuk menampung kos menganjurkan demonstrasi anti-BERSIH pada 24 dan 25 Mei ini.

Menamakan perhimpunan itu "BERSIH 4.0", ketuanya Datuk Jamal Md Yunus menganggarkan seramai 10,000 akan hadir dalam demonstrasi bagi "mencucikan BERSIH 1,2,3" itu.

Kumpulan itu merancang untuk membuka gerai jualan pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam dengan sasaran mendapat pulangan antara RM300 hingga RM500 sehari.

Anwar: Ramai lagi di Pejabat AG akan sertai saya

Posted: 22 May 2012 03:22 AM PDT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas peguam cara negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentu mempunyai alasan kuat untuk mewakili beliau dalam kes berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Anwar berkata tindakan tersebut membawa makna besar kepadanya kerana Yusof merupakan bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

NONE"Tentu beliau ada alasan kuat dan kekuatan moral. Belum pernah dalam sejarah, ketua pendakwa selesai kes terus 'menyeberang'. Tentu ini memberi kekuatan kepada kes.

"Orang dalam kerajaan sedar bahawa kekotoran dalam kerajaan dia tidak ingin pertahan semua," kata Anwar ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Anwar juga berkata, ramai lagi rakan Yusof di Pejabat Peguam Negara yang mempunyai sikap yang sama.

Golongan berkenaan kini "menunggu masa untuk bersama saya," kata Anwar lagi.

NONEMohd Yusof hari ini mewakil Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0.

Tuduhan sama turut dibacakan ke atas dua lagi pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin – atas dakwaan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Buku Irshad Manji diharam jika canggah Ahli Sunah Wal Jamaah

Posted: 22 May 2012 03:14 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan perintah larangan ke atas buku penulisan atau penerbitan Irshad Manji sekiranya isi kandungannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN, Abd Aziz Md Nor berkata, buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta, tulisan Irshad, yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dikaji dan diteliti.

"Tindakan ini diambil memandangkan kandungan buku tersebut dipercayai mengandungi unsur-unsur yang boleh memesongkan pemahaman umat Islam terhadap nilai-nilai peradaban semasa dan mencabar aliran pemikiran dalam Islam tanpa merujuk kepada sumber-sumber sahih.

"Selain itu, penerbitan ini juga dikhuatiri boleh mengelirukan pandangan masyarakat tentang kaitan antara agama dan budaya di kalangan penganut Islam dan mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam," kata Abd Aziz dalam kenyataan, dipetik Bernama.

Irshad ialah seorang wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Pada 30 Julai 2009, sebuah buku Irshad bertajuk 'The Trouble With Islam Today' diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana kandungannya mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah.

'Senaman punggung manifestasi kekecewaan'

Posted: 22 May 2012 03:09 AM PDT

 
'Senaman punggung' oleh sekumpulan pesara tentera depan rumah Datuk S Ambiga adalah "penzahiran semangat" dan manifestasi kekecewaan terhadap pengerusi bersama BERSIH itu, kata seorang pemimpin PERKASA.

Bagaimanapun, ahli dewan tertinggi kumpulan pendesak Melayu itu Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah berkata, sama ada semangat itu betul atau tidak ia bersifat subjektif.

NONE"Saya rasa kumpulan yang buat itu reaksi individu yang ada semangat. Sama ada semangat itu betul atau tidak itu subjektif.

"Mereka ini pernah berkhidmat dalam tentera dan bergadai nyawa untuk negara.

"Bayangkan kemuliaan pekerjaan ini dengan gaji yang kecil dan bergadai nyawa.

"Mereka inilah yang berani tunjukkan manifestasi kekecewaan mereka," kata Mat Rabi (gambar atas, sebelah kanan) yang sebelum ini memegang jawatan ketiga tertinggi dalam pasukan tentera laut.

Bercakap lanjut Mat Rabi mengaku tindakan veteran tentera itu sememangnya terbuka kepada pelbagai persepsi sehingga menimbulkan perbincangan oleh banyak pihak.

Namun, beliau sendiri secara peribadi berpendapat tindakan mereka wajar.

"Kalau tanya pendapat saya, saya rasa itu perkara yang betul. Ia mungkin tidak disokong orang lain," kata Mat Rabi.

Bantuan pada polis dituduh pukul wartawan
Hujahnya, akibat tindakan Ambiga, masyarakat kini tidak menghargai keamanan yang wujud hasil khidmat pasukan keselamatan negara tetapi lebih menghargai individu seperti Ambiga yang didakwanya tidak berjasa kepada negara.

Malah, beliau sendiri turut merasa tempiasnya apabila tindakannya menyertai PERKASA dikutuk sebahagian bekas-bekas rakannya dalam pasukan tentera.

"Mereka mengutuk saya dan tidak menghargai pengorbanan tentera tetapi sebaliknya menghargai pengorbanan Ambiga.

"Nampak tak akibat buruk pemikiran yang dipengaruhi sekumpulan manusia yang tidak berjasa kepada negara dan memperkecilkan orang yang berjasa kepada negara?" katanya.

NONEDalam perkembangan lain, PERKASA turut berikrar akan memberi bantuan guaman kepada dua anggota polis berpangkat konstabel yang didakwa di mahkamah atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas peserta BERSIH.

Menurut Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (atas), bantuan itu ditawarkan bukan kerana PERKASA percaya mereka tidak bersalah.

Sebaliknya, beliau yakin anggota polis berpangkat rendah tersebut perlu diberi 'perhatian' berbanding peserta BERSIH yang sudah dibela banyak pihak seperti pimpinan Pakatan Rakyat dan Majlis Peguam.

"Saya akan hubungi dan temui mereka (berkenaan perkara itu)," katanya

'Batu & telur mahu sabotaj PERKASA'

Posted: 22 May 2012 03:07 AM PDT

Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu cubaan untuk mensabotaj PERKASA dan Umno, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu memberitahu Malaysiakini, ia mungkin usaha sesetengah pihak memburukkan imej PERKASA yang tidak akan sesekali melakukan tindakan ganas itu.

NONEKadangkala ada pihak yang memakai baju-T PERKASA dan apabila sesuatu berlaku pertubuhan itu yang dipersalahkan, kata Ibrahim selepas sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Diminta menjelaskan siapa yang dimaksudkannya, Ibrahim berkata beliau tidak tahu tetapi ia mungkin atas tujuan politik.

PERKASA Melaka dan Umno Jasin sebelum ini menafikan terlibat dalam insiden di Merlimau itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.

Malah yang dipertua PERKASA negeri Abd Rahim Osman berkata, mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan menyerang dan merosakkan kereta dua wakil rakyat DAP kerana ia dianggap perbuatan jenayah.

PTPTN sentiasa bertolak ansur dengan peminjam

Posted: 22 May 2012 03:06 AM PDT

SINAR HARIAN

SUNGAI PETANI - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa bertoleransi dalam memberikan pertimbangan berhubung pembayaran balik pinjaman asalkan peminjam bersedia mengadakan perbincangan.
  
Ahli Lembaga Pengarah PTPTN Datuk Tajul Urus Md Zain berkata walaupun PTPTN mensyaratkan setiap peminjam membayar balik selepas enam bulan tamat pengajian, namun pihaknya sedia memberi kelonggaran kepada mereka yang mempunyai alasan munasabah.
   
"PTPTN tidaklah bertindak kejam terhadap peminjam. Semua perkara boleh dirunding dengan syarat wujud komunikasi antara peminjam dengan kami.
   
"Sebenarnya PTPTN menyediakan kaedah yang memudahkan semua pihak, termasuk bayaran serendah RM50 sebulan. Kalau tak boleh bayar dalam kadar yang ditetapkan, jangan terus menghilangkan diri," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta peringkat Kedah bagi sesi Mei/Jun 2012 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kedah di Merbok, dekat sini.
  
Seramai 2,999 orang pelajar di negeri Kedah mendapat WPP dengan jumlah keseluruhan RM4.49 juta. Turut hadir ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Shahlan Ismail Nasution.
  
Tajul Urus berkata PTPTN juga sentiasa bersikap mesra pelanggan asalkan peminjam sedar tanggungjawab mereka untuk membuat pembayaran balik.
  
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sehingga 31 Mac 2012, PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 1.96 juta peminjam melibatkan peruntukan berjumlah RM43.85 bilion.
  
Bagaimanapun, katanya, jumlah kutipan balik bayaran masih rendah iaitu sekitar RM3.2 bilion sedangkan jumlah sepatutnya sebanyak RM6.8 bilion.
  
Mengenai WPP, seramai 32,777 pelajar mendapat wang pendahuluan berjumlah RM1,500 setiap orang bagi sesi pengajian Mei/Jun 2012.
 
"Pengagihan WPP akan dibuat secara berperingkat selepas ini yang meliputi pelajar peringkat diploma, ijazah dan juga politeknik," katanya.
  
Sementara itu, Shahlan dalam ucapannya berkata rakyat Malaysia amat bertuah kerana kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman PTPTN kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.
  
Katanya WPP pula banyak membantu meringankan beban ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
  
"Cuma saya berharap selepas ini para pelajar yang meminjam, dapat membayar balik kepada PTPTN. Kegagalan membayar balik  pinjaman akan mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian mereka," katanya. - Bernama

Seorang maut, 2 cedera tertimbus di Sungkai

Posted: 22 May 2012 03:03 AM PDT

SINAR HARIAN

IPOH - Seorang pekerja sebuah syarikat pembinaan maut, manakala dua lagi cedera apabila tertimbus dalam timbunan tanah sedalam empat meter ketika melakukan kerja-kerja mengorek lubang di Jalan Masjid, Felda Besaut 2, Sungkai, hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Osman Nayan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika mangsa yang meninggal dunia, Mohd Nor Fitri Musa, 25, serta dua lagi rakannya Nuzul Mohamad Shaari, 25, dan Mohd Shahril Zaidi Mohd Ismail, 24, sedang melakukan kerja-kerja mengorek lubang untuk menanam kabel di kawasan berkenaan.
  
Beliau berkata Mohd Nor Fitri meninggal dunia di Klinik Kesihatan Felda Besaut akibat cedera parah di bahagian kepala manakala dua lagi rakannya yang cedera turut dirawat di klinik yang sama.
  
Katanya ketiga-tiga mangsa tertimbus apabila tanah di bahagian tepi tebing lubang yang dikorek runtuh.
  
Dua pekerja Telekom Telekom Malaysia Bhd yang berada di tempat kejadian bagi memantau pekerja terbabit yang melakukan kerja-kerja mengorek lubang untuk syarikat berkenaan cuba membantu mangsa tetapi gagal. Mereka kemudiannya menghubungi pihak polis.
  
Ketiga-tiga mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan mengunakan jentera pengorek dan kesemua mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan.
  
Mayat Mohd Nor Fitri kemudiannya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat. Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut. - Bernama

Yusof: Bukan peribadi dengan AG

Posted: 21 May 2012 10:17 PM PDT

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat II'.

NONEYusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.

"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.

"Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari.

DBKL larang, anti-BERSIH tetap mahu niaga

Posted: 21 May 2012 10:14 PM PDT

 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini tidak membenarkan sekumpulan 60 peniaga yang merancang untuk berniaga di kawasan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini.

Sehubungan itu, Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad menasihatkan agar kumpulan peniaga daripada Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur itu menggunakan saluran yang betul bagi membuat tuntutan.

"Kalau berterusan macam ni, benda ini akan bersambung dan tak habis-habis. Untuk mengadakan himpunan aman di kawasan rumah dia tak apalah, tapi nak dirikan gerai, DBKL tak benarkan di bawah Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan.

"Kerana bukan ada rumah Ambiga sahaja disitu. Jadi saya nasihatkan kalau nak buat, cari tempat yang sesuai dan yang dibenarkan," kata Ahmad Fuad ketika bertemu dengan wakil peniaga, Datuk Jamal Md Yunus di lobi bangunan DBKL, hari ini.

Sementara itu, bercakap pada sidang media selepas berjumpa datuk bandar, Jamal berkata, pihaknya akan meneruskan rancangan mereka untuk berniaga.

Rahim Nor Mungkin Cadang: Tangkap Anwar Ibrahim

Posted: 21 May 2012 10:05 PM PDT

MSO



[kemaskini] Provokasi berterusan dan konotasi buruk oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor terhadap Bersih memberi petanda-petanda awal beliau akan bertindak lebih jauh dari panel penyiasat Bersih. Cara beliau mengomen dan memberi pandangan berhubung himpunan Bersih dilihat sebagai 'penyambungan' tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara.


Rahim Mohd Nor
Banyak komen beliau mengenai Bersih dipertikaikan dan campur tangan beliau dilihat tidak revelan.  Sebelum ini orang sudah tahu dan masih ingat macam mana beliau berusaha keras mengikut kehendak dan arahan pihak tertentu dengan membelakangkan semangat dan profesional polis apabila beliau melakukan kekejaman kepada bekas TPM Anwar Ibrahim.

Ekoran pendedahan suruhanjaya di raja yang menyiasat mengenai insiden mata lebam dialami Anwar terdedah di pelakunya buruk dan sadis Rahim. Pendedahan itu sungguh memalukan Rahim dan maruahnya sebagai KPN terjejas. Pasukan polis di raja Malaysia juga tercermar.

Penangkapan Anwar waktu itu ada hubung kait dengan konspirasi untuk meleburkan kerjaya politik Anwar. Tindakan Rahim menangkap kemudian menumbuk mata Anwar semasa dalam tahanan polis dengan kedua belah tangannya digari tidak menyelesaikan masalah, perkiraan Rahim bahawa dengan tumbukan itu Anwar akan 'mati' tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Anwar menjadi lebih segar dengan tumbukan Rahim itu. Tumbukan itu menyuntik semangat dan nekad waja kepada Anwar. Tumbukan itu juga menyebabkan keadaan Umno huhuhara dan akhirnya kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.

Rahim perlu bertanggungjawab dan perlu menebusnya. Satu-satu cara untuk menebus dosanya kepada Umno ialah mengekangkan kemaraan Anwar yang semakin gila disambut rakyat hari ini.

Apabila Rahim melakukan kekejaman ke atas Anwar dengan harapan Anwar akan kojol dalam politik, tetapi jadi sebalilknya, Rahim harus merasa malu. Beliau sepatutnya meletak jawatan lebih awal demi menjaga maruah dan reputasi polis. Tidak boleh dinafikan perosak maruah dan imej polis negara ini ialah Rahim.

Kini tugasnya disambung dengan membuat kenyataan-kenyataan palsu bersifat perkauman dan jahat mengenai Bersih 3.0. Rahim berharap dengan kenyataan dan maklumat kononnya sulit diperolehi itu akan mempengaruhi panel penyiasat Bersih diketui seorang lagi bekas KPN Hanif Omar. Hanif  boleh membuat rumusan dan dapatan-dapatan mengenai Bersih. Beliau juga boleh mencadangkan apa-apa tindakan wajar dan tidak masuk akal. Tektik dan strategi jahat polis yang selalu digunakan untuk menangkap orang tanpa bukti boleh digunapakai, dan Hishmauddin Hussein akan merestuinya asalkan ia boleh menyelamatkan Umno.

Sudah dapat dibayangkan apakah tindakan diingini. Dia sudah pun mula membuat provokasi dan andaian-andaian yang busuk yang membolehkan beliau membuat kesimpulan khianat untuk mempengaruhi  siasatan. Percayalah usaha Umno untuk menawan hati rakyat dan transformasi dilakukan Najib akan hancur apabila pendekatan dan tindakan mengekang pembangkang dilakukan mengikut cara dan otak lapok polis cara Rahim.

Tidak dapat dipastikan apakah kerajaan telah berbincang dengan KPN Ismail Omar sebelum melantik Hanif Omar?  Rasanya tidak? Sewajarnya kalau pihak kerajaan terlebih dahului bertanya Ismail untuk mengelakkan timbul implikasi lain kerana umum tahu mengenai latar belakang Hanif dan juga hubungkait dengan bekas pemimpin sebelum ini

Cadangan atau pun tuduhan mengatakan Bersih ada rancangan untuk melakukan pertumpahan darah adalah bahaya dan ia merupakan tuduhan lebih dahsyat dari hasutan. Kata Rahim dia ada maklumat perkara itu digerakkan oleh individu yang ada rekod buruk. Siapa dia? Tektik Rahim membuat provokasi itu untuk menarik perhatian panel penyiasat.

Kenapa Rahim berkata begitu?  Dalam hal ini Rahim merendahkan minda politik pembangkang dan memberi konotasi pembangkang sebagai jahat dan tidak tamadun serta sedia melakukan keganasan untuk mendapatkan kuasa. Rahim lupa beberapa keganasan yang meletus di tempat-tempat ceramah hari ini adalah perbuatan siapa? Kalau Rahim ikhlas beliau harus siasat segala kejadian itu dulu sebelum membelokkan jarinya ke arah lain.

Saya tidak terkejut selepas selesai siasatan ke atas Bersih, panel itu khususnya ketunya Hanif  akan mencadangkan kepada kerajaan agar menahan dan menangkap individu tertentu termasuk pemimpin Bersih dan pembangkang. Undang-undang pencegahan khas yang baru diluluskan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh diguna pakai dan ditry. Apabila dua orang bekas KPN bergabung tenaga ia boleh mengelirukan orang ramai dengan menganggap dakwaan mereka benar kerana mereka adalah bekas KPN.

Lama sebelum ini bila bercakap fasal bila pilihan raya akan diadakan, saya meramalkan parlimen dibubarkan apabila Anwar ditolak masuk ke penjara. Apakah dengan campur tangan Rahim dalam usaha menyelamat kapal UBN yang hampir karam ini menyebabkan Anwar akan ditangkap?

Rais Jangan Ukur Panjang Saja, Lilit Pun Kena Ukur Juga

Posted: 21 May 2012 10:02 PM PDT


Nampaknya si pembakar jambatan, Rais Yatim terus mencari alasan untuk menolak Bersih 3.0 dan cuba memperkecil-kecilkannya. Bukan saja untuk Bersih 3.0, Bersih 2 dulu pun beliau telah membuat arahan kepada pegawainya supaya membuat laporan negatif. Salah satu aspek ianya dari segi jumlah yang hadir pada himpunan berkenaan.

Kalau tidak silap (ada saya catat dalam blog) arahan diberikan Rais seperti mana didedahkan salah seorang pegawainya, Rais arah supaya laporan dibuat senegatif yang boleh. Angka kehadiran Bersih 2 yang disebut ketika itu sekitar 6,000 sahaja, walhal dalam hitungan rawak saya yang hadir sekitar 65,000 walaupun ada pihak mendakwa lebih 100,000.

Rais Jantan@Yatim
Kali ini hal yang sama berlaku. Rais sekali lagi menumpukan kepada jumlah yang hadir. Kali ini angka yang dikutip agak besar berbanding dengan Bersih 2 iaitu sebanyak 27,270 orang. Angka ini seperti spesifik dan tulen. Sumber itu dikutip Rais dari laporan Bernama? Apa itu Bernama? Iya adalah agensi kerajaan. Bernama maksudnya "Berita Nasional Malaysia", agensi rasmi kerajaan.
Untuk memperkuatkan hujah itu Rais memadankan dengan angka disebut oleh BBC iaitu sebanyak 25,000. Mungkin Rais meminta Bernama memberi angka saguhati kepada Bersih sebanyak 2,270 orang. Mungkin tambahan angka itu Rais mengutipnya dari Utusan Malaysia.

Menurut Rais angka itu lebih tepat daripada angka yang diperbesar-besar kan Anwar Ibrahim diuar negara. Menurut gemburan Anwar lebih 300,000 yang hadir pada himpunan Bersih 3.0. Rais mendakwa angka disebut itu dibuat melalui sistem blok fotografi dan bukan agak-agakan minda sahaja. Iya lebih tepat. Saya nak tanya apakah atau gambar manakah yang diukur dan apakah ia dibuat dari semua dimensi atau hanya di Jalan Raja saja. Rais kalau benar dan jujur jangan ukur dari sekeping gambar saja tetapi semua gambar. Dalam hal ini kalau hendak ukur jangan panjang saja, tetapi lilit pun kena ukur juga.

Biarlah Rais hendak kata apa dan memberi kredit berapa jumlah yang hadir. Tidak kisah. Dalam hal ini mungkin jumlah kehadiran tidak berapa penting, tetapi impak dari Bersih itu yang penting. Sampai hari ini topik Bersih belum dilupakan. Di mana-mana orang bercakap dan kejayaan itu menyebabkan ada yang mahu agar diadakan Bersih 4.0. Kalau Berih gagal kenapa kerajaan terus sibuk sampai menubuh panel penyiasat khas untuk menyiasat Bersih. Siasatan itu lebih terarah untuk mengambil tindakan ke atas penganjur Bersih.

Jika Bersih 3.0 tidak ada kesan dan membimbangkan UBN untuk apa ia disiasat. Tujuan siasatan ialah untuk menyekat acara itu di masa akan datang. Rakyat umum tahu akan maksud dan tujuan siasatan ini, apakah Rais bebal mengenainya. Tidak... kerana itu beliau cuba negatifkan Bersih dan cuba memberi gambaran dari berbagai sudut bahawa Bersih gagal.

Begitu juga dengan tukang kempen Umno sudah kehabisan akal sehingga diberi akal itu oleh Rais dengan memberi angka yang 'sebenar' yang menghadiri Bersih untuk berdepan dengan orang ramai. Usaha itu nampaknya gagal dan orang awam tidak mempercayai. Sebabnya mudah, gambaran akan jumlah kehadiran itu diberikan oleh tv dan media penjilat buntut, telah dipadam ataupun diperbetulkan oleh foto dan you tube bebas yang kini berselerakan dan tersebar luas dalam internet. Wartawan tidak bertauliah memberi laporan lebih jelas dan adil mengenai Bersih berbanding dengan wartawan yang menggantungkan kad media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia.

Inilah bahaya media baru kerana ia tidak dapat menyembunyikan sesuatu yang cuba disorot atau dipaling pontingkan cerita sebenar. Media baru akan menjawab pembohongan dan penipuan yang cuba dilakukan orang seperti Rais Yatim itu. Media baru tidak tolol dan 'bundak' seperti media penjilat buntut kerana media baru tidak ada tuan atau pun orang yang mengawal dan memegang tangan mereka dari menyatakan yang benar.

Sedikit tip untuk Rais kalau Umno masih terus mahu menipu rakyat dengan manipulasi berita oleh media usang, tutuplah kebebasan media baru ini. Selagi ia dibuka maka selama itulah Rais akan kehilangan akal, idea dan akan lengguh mulut untuk memusing cerita kepada rakyat. Cakap-cakap Rais hanya menghabiskan air liur saja.

Seperkara lagi kenapa Rais beriya-iya untuk membilang para himpunan Bersih. Kenapa tidak dikira juga berapa ramai yang hadir pada sambutan hari ulang tahun Umno 11 Mei lalu. Rais sepatutnya membetulkan angka di majlis itu bukannya Bersih. Berapakah yang telah di skan oleh Rais berdasarkan blok fotografi di stadium Bukit Jalil itu. Apakah kehadirannya sama ramai dengan penonton yang memenuhi stadium semasa perlawanan bola antara Kelantan dengan Same Darby?

Rasanya lebih baik kalau Rais memberi figure di stadium itu daripada memperkecilkan figure di himpunan Bersih. Tidak ada guna juga Rais menghitung jumlah mereka yang datang hendak duduk dan bantah tetapi tidak menghitung sama yang datang di stadium Bukit Jalil yang diangkut dengan bas dan lori termasuk juga kanak-kanak yang belum khatan. Ataupun kehadiran di Bukit Jalil tempoh hari tidak payah menggunakan apa-apa sistem untuk membilangnya kerana ia boleh dibilang dengan menggunakan kedua belah tangan dan kaki Rais serta memimjam sebelah tangan Mahathir Mohamad saja?

Ternyata tindakan Rais itu menggambarkan tindakan orang yang gelisah, yang resah dan yang bimbang. Kalau Umno khasnya Rais berada dalam keadaan selesa, beliau tidak kalut dengan jumlah himpunan Bersih. Beliau tidak payah kutip angka-angka dari laporan agensi yang dia terlebih dahulu mengajar melaporkan demikian. Dalam hal ini Rais menipu dirinya sendiri dua kali dalam satu masa. Apakah sifat itu sebagai bijaksana atau bodoh?

Apabila Rais terus bermain kata-kata dan cuba merendahkan Bersih dan mengurangkan rasa cemas rakyat dengan mengecilkan angka itu maka jelas sekali Umno ketakutan dan kehilangan akal untuk menjawab kepada rakyat. Paling jelas lagi yang Umno takut gara-gara Bersih yang berjaya dan gara-gara himpunan di Bukit Jalil tidak berjaya menyebabkan ketua Rais, Ha Najib Razak masih terkapai-kapai sama ada hendak membubar Parlimen atau pun tidak.

Buktinya... kalau Bersih tidak berkesan masakan akan ada senanam tungging punggung di hadapan rumah Ambiga oleh Melayu belum tamadun dan juga masakan ada orang yang bodoh berniaga burger di rumah Ambiga. Fahamlah kita kenapa orang Melayu rugi dalam perniagaan kerana mereka menjalankan aktiviti perniagaan sekecil dan mudah burger pun di tempat yang salah.  Ertinya kerugian yang didakwa sesetengah peniaga di Masjid India semasa Bersioh 3.0 dulu bukan kerana adanya demonstrasi itu tetapi kerana kebodohan mereka dalam perniagaan.

Semoga esok atau lusa Rais akan mengeluarkan perangkaan mengenai jumlah kerusi yang bakal diperolehi UBN dalam pilihan raya akan datang dan berapa buah negerikah yang akan dapat dimenangi UBN. Semoga... Bukankah begitu Mat, Mat mana? Mat Maslan lah siapa lagi

PKR Mahu Kerajaan Telus Tangani MAFTA

Posted: 21 May 2012 09:54 PM PDT





SHAH ALAM  : Sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA) esok, PKR menuntut Kerajaan Pusat bertindak secara integriti dan telus demi kepentingan rakyat dalam memeterai perjanjian berkenaan.

Menurut Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, PKR menyokong mana-mana Perjanjian Perdagangan Bebas asalkan ianya dilakukan berdasarkan prinsip yang adil dan tidak merugikan.

"PKR menyokong mana-mana FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) andai semua pihak yang berkepentingan terlibat dalam proses selain perlunya laporan kajian dan ratifikasi oleh sidang Parlimen.

"Semua FTA juga haruslah berlandaskan perdagangan adil tanpa menjejaskan sfera sosio-ekonomi, alam sekitar, domain budaya, hak asasi buruh , keselamatan awam dan keselamatan negara," jelas Nurul dalam kenyataan akhbarnya.

Dalam nada sama, PKR juga mendesak agar isu berhubung projek LYNAS dijalankan secara telus tanpa mengenepikan kepentingan awam.

"MAFTA yang diselubungi rahsia dan kurangnya ketelusan serta pendedahan penuh pasti akan menarik lebih perhatian ke atas kontroversi Lynas.

"Projek Lynas di Gebeng, Pahang, dijadualkan memulakan operasi pada suku ke-2 2012, dijangka akan mengimport bahan mentah bumi dari Barat Australia untuk diproses di fasiliti penapisan di sini.

"Oleh itu, PKR menuntut jawapan muktamad kepada soalan sama ada Australia, di bawah MAFTA, akan menerima eksport sisa dan produk hasil bahan-bahan bumi diproses dari Gebeng yang boleh dinamakan sebagai 'produk perdagangan'," jelas Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Di samping itu, PKR juga menuntut agar Parlimen Malaysia dapat memainkan peranan kali ini dalam meneliti serta mengesahkan semua keputusan dan pindaan bagi mengelak kesilapan lalu daripada terus berulang.

"Sejarah telah membuktikan kita kehilangan kepentingan dan kedaulatan negara dalam pelbagai kes.

"Antaranya kes Pulau Batu Putih (dengan Singapura), Blok L dan M (dengan Brunei), Perjanjian Air (dengan Singapura) dan Tanjong Pagar KTM (dengan Singapura)," tegas Nurul lagi.

BERSIH 3.0 : Anwar, Azmin, Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah

Posted: 21 May 2012 09:51 PM PDT





KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tombalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengaku tidak bersalah ke atas dua tuduhan yang kenakan kepada mereka kerana didakwa terlibat atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan, di bawah Akta Perhimpunan Aman 28 April lalu di Kuala Lumpur

Turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan yang sama ialah Badrul Hisham Sharin.

 Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah

.

Apabila tuduhan pertama dibacakan Anwar menjawab, "tujuan politik, minta bicara".

Anwar juga menjawab "tak bersalah yang arif, buang masa mahkamah sahaja apabila tuduhan ke -dua dibacakan.

Mahkamah memerintah tertuduh diikat jamin RM500 tuduhan pertama dan bon persendirian untuk tuduhan ke dua.

Kes akan disebut semula pada 2 Julai.

Islam, Melayu dan DAP – Bahagian II

Posted: 21 May 2012 09:47 PM PDT

 Oleh Izmil Amri




Perkaitan DAP dan Islam bukanlah perkara yang susah sangat untuk dirungkai dan difahami sebenarnya. Tambah mudah kerana DAP ini parti sekular. Cumanya masalah berikutan momokan UMNO ini, kita sebenarnya tidak pernah teringin mahu faham apa yang sekularnya dengan DAP. Justeru Melayu yang menghampiri DAP dituduh menghampiri kekafiran dan rosak aqidahnya.

Sekular DAP ini adalah sekular pentadbiran, bukan sekular kepercayaan; demikian kata Zairil, anaknya mantan menteri UMNO, Tan Sri Khir Johari. DAP tetap tegas dengan pendiriannya untuk peluang dan hak sama rata, peluang saksama. Maka baiklah ia sekular. Cuba anda bayangkan kalau DAP ini tidak sekular, sebaliknya menuntut hak sama rata. Mau melompat sekalian umat kalau tiba-tiba DAP mengeluarkan saranan supaya semua agama mendapat ruang sama rata di televisyen.

Nasib baik DAP sekular dan tidak mengheret Tuhan ke dalam kancah sistem pentadbiran. Justeru kedangkalan jitu sesetengah makhluk yang memfitnah DAP (sebuah parti sekular yang tidak masuk campur hal urus agama) ingin mengKristiankan Malaysia melalui cadangan seorang Ahli Parlimen beragama Buddha dalam negara majoriti Islam hanyalah bahan ketawa yang akan terus dihikayatkan oleh mereka yang mabuk tapai di tengah-tengah malam.

Inilah kesan yang lahir kerana sistem pembodohan terancang UMNO. Parti Melayu tersebut dengan jayanya telah menipu kesemua kita ini dengan metode Menteri Propaganda Nazi, Joseph Goebbels, yang menyuruh supaya penipuan diulang-ulang sehingga dianggap menjadi kebenaran.

Pembodohan ini jugalah yang menyebabkan orang Melayu begitu seriau dengan perubahan, meski sudah lebih setengah abad merdeka dengan UMNO di kerusi kuasa sepanjang masa. Maka UMNO-lah aqidahnya umat Melayu sampai bila-bila? Ini indoktrinasi fasisme. Ini yang namanya assabiyah. Maka takutlah sekalian umat Melayu akan hilangnya UMNO itu, kerana hanya dengan UMNO maka boleh beroleh rahmat dan selamat serta kejayaan dunia akhirat. Eh?

Inqilabiyah

Antara Islam, Melayu dan perubahan ini, DAP menjadi kayu ukur yang baik. Kesediaan Melayu untuk menolak hegemoni UMNO dan menerima parti yang sekian lama dimomok sebagai parti Cina adalah kekalahan besar kepada UMNO. Kesediaan orang Islam untuk menerima DAP sebagai wadah perjuangan politik mesti difitnah sebagai parti komunis memperteguhkan hakikat bahawa bukan Islam cara UMNO yang menjanjikan kesejahteraan.

Sewaktu sessi soal jawab dalam Wacana anjuran Roketkini.com di Shah Alam minggu lalu, persoalan menarik yang mungkin boleh kita rungkai bersama ialah tentang keperluan orang Islam untuk menggunakan parti politik berideologi demokrat-sosial sedangkan seharusnya perubahan mestilah atas dasar aqidah dan acuan Islam. Atau secara mudahnya, dengan berteraskan saranan kekhalifahan ketimbang saluran demokrasi. Radikal bunyinya?

Saranan perubahan yang terbina dari puing-puing runtuhan ini disebut sebagai inqilabiyah. Slogan 'inqilab' ini turut digunakan oleh Bhagat Singh, pejuang nasionalis India yang secara mudah boleh ditafsirkan sebagai revolusi. Perubahan melalui jalan revolusi ini adalah perubahan yang romantik. Perubahan sebegini melibatkan darah dan air mata. Sungguh pun begitu, sedekad ke dalam milenia baru, perubahan dengan tumpahan air mata darah bukanlah pilihan yang bijak.

DAP menghormati sistem demokrasi, yang setakat ini walau pun dimanipulasi secara hebat oleh partai pemerintah, masih lagi merupakan sistem yang boleh digunakan untuk mengukur persetujuan rakyat bagi memberikan wakil-wakilnya amanah untuk menguruskan hal negeri. Jalur tengah yang dipilih DAP ini adalah jalur yang seboleh mungkin mencuba untuk mengelak konfrontasi dan konflik, menjadikannya sebuah partai yang bijak dan selamat.

Sungguh, ada pihak-pihak yang lebih bersemangat dan radikal demi menuntut perubahan, DAP mengambil langkah bijak untuk berpolitik dengan akal demi kemaslahatan umat terbanyak. Pendekatan begini adalah pendekatan yang menjadi saranan utama di dalam Islam sendiri, yang seringkali dilupakan politisi muslim.
Jalan hikmah yang dipilih DAP adalah pendekatan terbaik untuk memacu perubahan di dalam negara yang ibarat ais kacang; atau hiasan jubin berwarna-warni. Ibarat air batu campur kerana campuran dan gaulan segala macam benda di dalamnya bersatu pada elemen yang sama, ais. Ibarat hiasan jubin atas analogi kepingan-kepingan berwarna-warni itu membentuk suatu corak yang cantik, tetapi masih punya sempadan-sempadan antara jubin yang membuatkannya tidak mungkin mencair sekali.

Perubahan

Maka untuk mengatakan memilih DAP sebagai wadah perubahan sebagai sesuatu yang menyalahi aqidah dan adat nilai orang Melayu Islam adalah pernyataan yang salah sama sekali. Tambah-tambah kalau disebut pula 'kerana berkawan dengan Cina'. Ini mentaliti zaman batu. Mentaliti menjaga gua masing-masing. Ini yang perlu berubah.

Adalah salah juga untuk menyatakan bahawa memberi pengiktirafan kepada DAP sebagai wakil rakyat ertinya merintis jalan menuju natijah Singapura. Ini juga mentaliti zaman batu.

Di saat ini di Singapura sedang berlangsung pilihanraya kecil bagi kawasan Hougang, yang kerusinya dikosongkan apabila wakil rakyatnya dipecat daripada pembangkang Workers' Party atas sebab tuduhan skandal. Baru disyaki punya skandal, terus dipecat. Tak banyak cakap. Justeru sekarang berentaplah calon pemerintah PAP dengan calon Workers' Party.

Seorang sahabat Melayu di Singapura menyebut kepada saya bahawa beliau menyokong PAP, meski PAP ini dituduh Melayu Malaysia sebagai cauvinis Cina dan abang kepada DAP. Beliau menyokong PAP kerana katanya WP tidak ada agenda Melayu. Saya tidak hairan dengan politik orang Melayu Singapura yang masih tegar berteraskan ras kerana Melayu di Singapura itu minoriti. Maka kerunsingan Melayu Singapura demi kemandiriannya adalah perlu.

Tetapi Melayu di Malaysia ini bukan minoriti. Kalau Melayu masuk DAP, bilangan Melayu tidak menurun. Melayu akan tetap beranak pinak dan melahirkan lebih ramai Melayu lagi. Malah kalau Melayu berjiwa demokrat dan berhati peluang saksama itu beramai-ramai masuk DAP, maka berubahlah wajah DAP walau prinsip, idelogi dan perjuangan tetap kekal untuk mewujudkan Malaysia untuk rakyat Malaysia.

Maka kerisauan tidak berasas 'kalau UMNO tak berkuasa habislah Melayu' adalah satu lagi kejayaan propaganda dan pembodohan UMNO.  Jadi kesimpulannya apa?

Takut?

Pilihan raya umum ke 13 sudah terlalu hampir. Nafasnya yang hangat sudah boleh dirasa di balik tengkuk kita semua. Orang Melayu, Islam tidak lagi wajar untuk merasa takut dengan DAP. Malah, perlukah orang Melayu yang tebal dengan semangat waja dan berani menjadi takut kepada DAP yang kadang-kadang ditertawakan sebagai parti skema, betul bendul, tak pandai rasuah?

Hanya mereka yang merelakan akalnya dibodohkan berkali-kali tanpa berusaha berfikir sendiri sahaja yang akan kata DAP ini parti komunis Cina, sambil meraikan delegasi Parti Komunis China yang dijemput UMNO pada setiap kali perhimpunan agungnya.

Oh ya…Tahukah kita bahawa di Sabah ada ramai ahli UMNO beragama Kristian? – Roketkini.com

ACCIN, MAPIM & PUM: Menuntut Penjelasan Kerajaan Dan Pihak Berkenaan Dalam Isu Irsyad Manji

Posted: 21 May 2012 09:40 PM PDT

Editor Buletin


Dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada parti politik, NGO atau individu prihatin, Kami mewakili Allied Coordinating Committee of Islamic NGO's (ACCIN) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang dianggotai oleh lebih 37 NGO Islam di seluruh negara, serta Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) amat kesal atas kegagalan Kerajaan Persekutuan menghalang kemasukan Irsyad Manji, program, pelancaran dan penjualan bukunya, "Islam, Liberty and Love" (Versi Bahasa Melayu) yang sarat dengan unsur Religiophobia dan Islamophobia, khasnya menfitnah dan menghina agama secara terbuka, khasnya pada Sabtu lepas, bertarikh 19 Mei 2012, pada 2.00 – 3.00 petang, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor.

Kami juga ingin menyatakan kekesalan terhadap Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, ZI Publication, Emily Rees Associate dan beberapa pihak lain yang tidak sensitif terhadap peningkatan dan kemerbahayaan isu Religiophobia dan Islamophobia apabila sedia membantu tindakan tidak bertanggungjawab Irsyad Manji tersebut. Kami menuntut ucapan maaf atau penjelasan sewajarnya daripada pihak berkenaan di atas.

Kami juga menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri dan Kerajaan, khasnya Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berhubung perkara di atas dan jaminan bahawa ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor, khasnya Jabatan Agama Islam Selangor yang telah menggunakan kuasa yang sedia ada untuk menghalang program Irsyad Manji yang dijadualkan pada pada Jumaat, bertarikh 18 Mei 2012, pada 1.00-2.00 petang di Monash University, Bandar Sunway, Selangor.

Ucapan penghargaan juga kami ucapkan buat Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas pembatalan program ceramah umum Irsyad Manji yang dijadualkan berlangsung di Mini Auditorium UIAM pada Isnin, 14 Mei 2012, jam 1.30-3.30 petang.

Akhirnya, kami ingin menegaskan bahawa tiada siapa wajar dinafikan haknya untuk memasuki mana-mana negara, asalkan mereka bersedia untuk menghormati undang-undang, agama dan budaya negara tersebut. Menyedari Irsyad Manji bukanlah individu yang bersedia menghormati perkara tersebut di atas, kami meminta agar Irsyad Manji dan individu seumpamanya tidak lagi diberi kebenaran memasuki negara ini pada masa hadapan. Atas dasar ini juga, kami menentang pengharaman kemasukan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi ke Perancis pada tahun 2012 ini dan pengharaman kemasukan Sheikh Dr. Zakir Naik ke United Kingdom pada tahun 2010 dan sesiapa, bila dan di mana pun tanpa mengira agama, bangsa dan negara.


DATUK ZAINAL ABIDIN BIN AB. KADIR
Pengerusi ACCIN
019-2501700

TUAN HAJI MOHD AZMI BIN ABDUL HAMID
Setiausaha Agung MAPIM
019-4744856

DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung PUM
013-9913048


AHLI GABUNGAN ACCIN DAN MAPIM
1.    ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2.    Al-Hidayah (Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia)
3.    Al-Hunafa (Persatuan al-Hunafa')
4.    AMAL (Yayaan Amal Malaysia)
5.    ASB (Aqsa Syarif Berhad)
6.    Darul Fitrah (Persatuan Darul Fitrah)
7.    Darusshifa' (Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia)
8.    FORUM (Forum Umat Islam Pulau Pinang)
9.    GEPIMA (Pergerakan India Muslim Malaysia)
10.    HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia)
11.    IIS (Islamic Information and Services Foundation)
12.    IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia)
13.    IMAN (Interactive Muslimah Association)
14.    ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
15.    ITMAM (Yayasan Itmam)
16.    JAMAIY (Jaringan NGO Islam Perak)
17.    JAM'IYAH (Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P)
18.    JAM'IYAH (Persekutuan Seruan Islam Perak)
19.    JIM (Jemaah Islam Malaysia)
20.    MACMA (Malaysian Chinese Muslin Association)
21.    MAMPAT (Pusat Aduan Mampat)
22.    MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Rakyat Sejahtera)
23.    MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia)
24.    PAKSI
25.    PBMIIT (Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah)
26.    PM (Pemuda Masjid)
27.    PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia)
28.    PGPO (Perdana Global Peace Organisation)
29.    PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
30.    PUM (Persatuan Ulama' Malaysia)
31.    RICOI (Research and Information Centre on Islam)
32.    SALIMAH (Pergerakan Muslimah)
33.    SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia)
34.    TERAS (Teras Pengupayaan Melayu)
35.    WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)
36.    WAMY (World Assembly of Muslim Youth)
37.    WEHDAH (Jaringan NGO Kedah)

Siasat dan Dakwa Rahim Noor Kerana Memfitnah dan Menghasut!

Posted: 21 May 2012 09:32 PM PDT

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mahu pihak polis menyiasat dan mendakwa Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor kerana kenyataan beliau yang disiarkan sebuah akhbar tempatan bertajuk "Nik Aziz is Father of Kafir" pada 8 Mei lalu

Oleh itu Setiusahanya, Muhammad Zaidan Abdullah dengan diiringi beberapa orang Exco Pemuda PAS telah melaporkan kepada polis kerana bekas Ketua Polis Negara itu  telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan

Laporan polis itu telah dibuat pada jam 10.00 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Ahad 20 Mei.

Muhammad Zaidan berkata kenyataan Tan Sri Rahim Nor itu jelas menghina dan memfitnah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, tuduhan sebagai 'bapa kafir' kepada Menteri Besar Kelantan menggambarkan beliau sebagai seorang berfahaman sesat, pemecah belah masyarakat dan tidak boleh dipercayai.

Katanya, kenyataan tersebut sangat berbahaya kerana Dato' Nik Aziz juga merupakan ketua sebuah kerajaan demokratik yang dipilih rakyat secara pilihan raya dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Kenyataan bekas Ketua Polis Negara (Rahim Noor) itu berbaur hasutan dan boleh menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan 1.2 juta ahli PAS yang dipimpin beliau (Nik Aziz) yang akhirnya boleh mengganggu-gugat keamanan Negara.

"Saya membuat laporan ini supaya siasatan dimulakan terhadap Tan Sri Rahim dan Akhbar NST dengan kadar segera selaras dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

"Saya juga mahu beliau ditahan untuk siasatan dan didakwa di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan kerana membuat kenyataan fitnah yang boleh menyebabkan timbul huru-hara dalam masyarakat," tegasnya.

Beliau diiringi oleh Eco Pemuda PAS Terengganu yang juga Ahli Lujnah Guaman PAS Terengganu Fathi Azizi Abu Bakar, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Wan Ahmad Faizul Wan Abas serta Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kuala Terengganu Wan Mohd Ariffuddin Wan Omar.

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional ‘Langgar’ Tanah Rakyat

Posted: 21 May 2012 09:30 PM PDT

Wartawan Buletin

KUALA NERUS – Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat (Gempar) Haji Salleh Embong mendakwa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah terbiasa dengan kerja-kerja 'haram' melanggar hak rakyat sehingga tidak lagi merasakan ianya suatu kesalahan.

Beliau berkata, terbaru kerajaan Umno-BN Terengganu telah memasuki tanah penduduk Kampung Baru Tetambah Manir dekat sini bagi melaksanakan projek membina balai raya sebelum tanah diwartakan dan dibayar pampasan.

"kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah biasa buat projek, 'masuk dulu kira kemudian', melaksanakan projek dengan 'melanggar' hak rakyat,

"saya telah diberitahu oleh seorang penduduk Kampung Tetambah, Manir, tanahnya diceroboh sebelum diwartakan dan dibayar pampasan, untuk dibina balai raya,"ujarnya ketika ditemui semalam,  Isnin 21 Mei.

Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi Bertindak Tanah Penduduk Banggol Donas memaklumkan akan membuat satu laporan 'baru' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal Jun depan.

Menurutnya, laporan tersebut akan memasukkan beberapa fakta dan kejadian terbaru yang berlaku ke atas penduduk Kampung Banggol Donas.

Beliau juga sedang mengkaji untuk mendapat perintah injuksi dari mahkamah supaya pembinaan jalan dan jambatan Kampung Jeram ke Kampung Bukit Guntong yang melanggar tanah penduduk kampung itu dihentikan.

"Kita akan membuat satu laporan kepada pihak SPRM, dengan memasukkan beberapa fkta dan kejadian terbaru (dimana),

"kita yakin ada penyelewengan dan salah laku serta rasuah yang dilakukan dalam pembinaan jalan tersebut,

"saya juga sedang meminta pihak peguam mengkaji bagi mendapat perintah mahkamah memberhentikan projek yang jelas dilaksanakan tanpa persetujuan pemilik tanah,"tegasnya.

Menurutnya, Gempar akan terus mendedahkan salah laku dan salah urus kerajaan Umno-BN Terengganu berhubung dengan pegambilan tanah rakyat secara zalim dan tidak mengikut tata cara yang betul bagi menyedarkan pihak-pihak yang terbabit.

Haji Salleh berkata, kerajaan perlu mengubah sikap dalam melaksanakan sesuatu projek kerana rakyat kini sudah mempunyai maklumat dan mengetahui hak-hak mereka.

Katanya, kuasa sebenar ada pada rakyat dan rakyat akan mengubah kerajaan yang tidak mahu berubah melalui pilihanraya.

Katanya, pada 30 April lalu, seorang penduduk kampung Banggol Donas telah membuat laporan polis ekoran kenyataan bohong Menteri Besar (MB)Dato' Seri Ahmad Said yang disiarkan sebuah akhbar pada 26 April 2012.

Menurut Haji Salleh, sehingga kita tidak ada respon atau penafian daripada MB menunjukkan pembohongan itu benar-benar berlaku.

PR umum calon PRU13 bulan depan

Posted: 21 May 2012 05:37 PM PDT

RUWAIDA MD ZAIN

Azmin (tengah) bersama wakil PKR Selangor selepas pelancaran SISMEP3.0
 
Azmin (tengah) bersama wakil PKR Selangor selepas pelancaran SISMEP3.0 dan
penyerahan Bahan Kempen PRU13 yang mengandungi pelbagai maklumat
berkaitan pilihan raya.
 
 
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) bakal mengumumkan pengagihan kerusi dan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) awal bulan depan.

Menurutnya, PR akan menampilkan ramai muka baru dalam kalangan anak muda, namun calon yang mempunyai pimpinan akar umbi tidak diketepikan.

"(Pengumuman akan dibuat) minggu pertama Jun, saya kira kita boleh membuat satu ketetapan tentang pengagihan kerusi dalam PR, saya cukup optimistik. Pengumuman calon kita tengok suasana sesuai. Parti akan menonjolkan muka baru dalam kalangan anak muda, profesional dan wanita muda untuk mewakili parti.

"Ini dalam proses akhir, yang penting kita mahu anak muda hari ini diberikan tempat dan ruang untuk mewakili rakyat dalam menggubal dasar sama ada di peringkat Parlimen atau negeri. Ini satu penghormatan dan pengiktirafan kita kepada anak muda untuk menentukan negara dan negeri," katanya pada sidang media selepas pelancaran SISMEP3.0 & Penyerahan Bahan Kempen PRU13 Peringkat Negeri Selangor, semalam.

Azmin berkata, Selangor adalah negeri pertama dimuktamadkan pembahagian kerusi bersama anggota PR.

"Satu mesyuarat PR khusus mengenai pembahagian kerusi beberapa hari lalu diadakan, jumlah yang bertindih terlalu kecil. Boleh dikatakan setiap negeri ada satu atau dua kerusi sahaja yang perlu diselesaikan. Ini satu pencapaian cukup positif.

"Saya gembira kerana dukungan pimpinan PR, kita dapat selesaikan dengan cara muafakat," katanya.

Mengulas mengenai SISMEP 3.0 katanya, ia mula diperkenalkan pada 2006 yang dilaksanakan sepenuhnya pada 2008 dan kini parti menambah baik sistem pengkomputeran yang dapat mengesan pergerakan pemilih daripada satu lokaliti kepada satu lokaliti yang lain.

Beliau berkata, sistem tersebut penting kerana masalah daftar pemilih yang tidak bersih timbul kerana keengganan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk mengambil satu usaha lebih proaktif membersihkan dasar pemilih.

Katanya, sistem tersebut juga penting untuk melihat prestasi parti dalam 2008 berbanding dengan Barisan Nasional (BN) di sesuatu kawasan dan ia akan membantu gerak kerja jentera parti bagi melihat tindakan yang harus diambil bagi menangani masalah tersebut.

Bekas pengarah JSJ Bukit Aman sah sertai PAS

Posted: 21 May 2012 05:22 PM PDT





KUALA LUMPUR — Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari sebagaimana yang dijangkakan sebelum ini telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi.

Borang tersebut telah diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dalam satu majlis pengisytiharan rasmi malam tadi di Larut, Perak.

Dipetik Harakahdaily, Fauzi (kiri) dalam ucapannya berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya, sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Semasa menjadi Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya berkenaan.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian itu turut disaksikan lebih kurang 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Penyertaan Fauzi itu dilihat adalah antara nama besar yang menganggotai parti Islam tersebut yang memulakan kempen merekrut tokoh ternama untuk meningkatkan undi dalam pilihan raya akan datang.

Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut, telah di katakan akan menyertai PAS sebulan lalu bersama bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff dan bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ramli dan Abdul Kadir, yang merupakan timbalan presiden Amanah, NGO yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, menafikan mereka menyertai PAS walaupun telah mengumumkan keluar Umno setelah mengatakan parti itu dibelenggu politik wang.

Fauzi, bersara dua tahun daripada pasukan keselamatan berkenaan tanpa sebarang hebahan.

The Malaysian Insider sebelum ini turut melaporkan PAS mahukan Ramli dan Abdul Kadir untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ramli dilihat sering memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk tribunal menyiasat dakwaan salah guna kuasa Peguam Negara.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua mereka akan memberikan maklumat jenayah yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini.

"Mereka dari sistem. Ini adalah orang-orang yang berkelayakan untuk itu. Mereka telah melihat banyak penyelewengan, dan berani tampil menentang sistem tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider.

Abdul Kadir turut mengesahkan kedua-dua PAS dan PKR telah "mencadangkan" untuk menyertai mana-mana antara dua perti itu, sebelum pilihan raya, namun beliau masih lagi tidak membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjelaskan beliau menyertai program ceramah PAS sebagai tetamu jemputan, dan akan terus menghadiri program  Pakatan Rakyat (PR).

Tiada ulasan: