Biaqpila |
- Saya bukan katak
- Akhbar Pencacai: Muka Depan Tibai PAS, Muka 35 Siar Keputusan Nombor Ekor
- 7 sebab Umno BN sudah tidak layak perintah negara
- Broker Dibogel, Dicabul, Diikat & Dikurung
- Tol Sudah Sepatutnya Dihapuskan, Berapa Banyak Lagi Mahu Untung?
Posted: 14 May 2012 07:28 AM PDT Tunku Abdul Aziz keluar DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti. Keputusannya itu yang diumumkan malam ini, adalah satu tamparan besar terhadap DAP ketika parti itu membuat persediaan untuk pilihan raya umum yang ramai meramalkan mungkin diadakan seawal bulan depan. Beliau bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sepertimana khabar angin yang menyebut beliau akan menyertai Umno. "Saya bukan katak," katanya. Tunku Abdul Aziz sebelum ini tidak bersetuju dengan pendirian parti itu menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 - yang disertai kira-kira 200,000 yang turun membanjiri ibunegara bulan lalu bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis. Menurutnya, disebabkan perselisihan pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei, tidak adalah dilanjutkan. "Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya," kata Tunku Abdul Aziz kepada Malaysiakini. Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, beliau telah mencadangkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya parti itu melaksana "prosedur tatatertib yang sama terhadapnya, sepertimana yang dikenakan ke atas ahli-ahli yang lain", ekoran tindakannya itu. MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Akhbar Pencacai: Muka Depan Tibai PAS, Muka 35 Siar Keputusan Nombor Ekor Posted: 14 May 2012 05:00 AM PDT Sesiapa yang berminat membaca dakwaan Tuan Mufti Perak bahawa PAS menyalahgunakan Islam boleh klik di sini. Di bawah ini pula ialah respons TG Nik Aziz tentang komen mufti tersebut: Sebuah akhbar hari ni (Isnin 14 Mei) mempamerkan tajuk besar "PAS salah guna Islam" yang berlapikkan pandangan lapuk seorang mufti. Saya nak beritahu, mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang UMNO' yang melihat UMNO tak mampu berjuang Islam. Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah. Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam. Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri. Walhasilnya rejim mungkar dapat dikalahkan. Berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran. -FB TG Nik Aziz DCM KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
7 sebab Umno BN sudah tidak layak perintah negara Posted: 14 May 2012 02:16 AM PDT Oleh Ustaz Idris Ahmad Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13. Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu. Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008. Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar. Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah "saya" untuk ganti perkataan "patik". Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu. Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011. Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat. Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara. Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang "merusuh" pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer. Ketujuh, BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya. DD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Broker Dibogel, Dicabul, Diikat & Dikurung Posted: 13 May 2012 10:28 PM PDT Polis buru suami, isteri kurung mangsa 10 jam di kondo mewah Gambar Hiasan [BH] KUALA LUMPUR: Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang broker hartanah turut dikurung lebih 10 jam di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara, di sini, petang Khamis lalu ketika mengendalikan urusan jual beli hartanah berkenaan. Difahamkan, wanita berusia 34 tahun itu dihubungi sepasang suami isteri dipercayai warga tempatan melalui laman web hartanah menyatakan minat untuk melihat dan membeli unit kondominium berkenaan sebelum mengadakan janji temu pada petang hari kejadian. Bagaimanapun, sebaik tiba di unit kondominium itu, mangsa dipercayai dipukul kedua-dua suspek sebelum dibogel dan dicabul, seterusnya diikat dan dikurung dalam bilik di unit kondominium itu. Mangsa hanya berjaya diselamatkan kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu oleh Polis Bantuan yang menjalankan rondaan rutin di kawasan kondominium selepas dimaklumkan penduduk yang terdengar tangisan dan jeritan wanita berkenaan meminta pertolongan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian, berkata polis terpaksa memecahkan pintu unit kondominium itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak berpakaian dengan kedua-dua tangannya diikat, selain mengalami beberapa kecederaan dipercayai dipukul. "Mangsa juga broker hartanah dari Kepong, dihubungi suspek atas alasan mahu melihat rekaan dalaman unit kondominium itu. Bagaimanapun, suspek bertindak agresif sebaik memasuki kondominium dengan memukul mangsa, seterusnya mencabul sebelum mengikat dan mengurung wanita itu. "Hasil siasatan mendapati suspek turut menyamun barangan berharga milik mangsa, termasuk telefon bimbit dan beg duit, selain melarikan sebuah kereta jenis Toyota Vios milik wanita itu," katanya. Ku berkata, polis sedang menjalankan gerakan memburu kedua-dua suspek berdasarkan kesan cap jari, selain mengenal pasti identiti mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu. DCM KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Tol Sudah Sepatutnya Dihapuskan, Berapa Banyak Lagi Mahu Untung? Posted: 13 May 2012 05:00 PM PDT Antara perkara utama adalah kaji hapus tol SUBANG JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad hari ini memberitahu apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, antara perkara yang utama akan dipertimbangkan adalah menghapuskan tol bagi mengurangkan beban rakyat. Beliau yang ditemui ketika himpunan hapuskan tol di Tol Batu Tiga memberitahu apa yang dilakukan ini adalah tindakan rakyat untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Lebih kurang seribu orang hadir bagi mendesak tol dihapuskan di kedua-dua tempat iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM1 bagi Tol Sungai Rasau dan RM1.10 untuk kepada sebuah kereta telah mengakibatkan kesesakan yang teruk setiap awal pagi dan juga petang. Turut hadir pada himpunan tersebut adalah exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Adun Seri Muda, Suhaimei Shafiei dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin. "Ini merupakan satu program yang ditunjukkan oleh rakyat agar kedua-dua tol di Lebuhraya Persekutuan dihapuskan dengan segera supaya ia tidak terus membebani rakyat. "Kita menjangkakan sepanjang tiga puluh tahun operasi tol ini, syarikat tersebut sudah mendapat kembali modal yang mereka keluarkan malah telah mendapat keuntungan yang berlebihan," kata Khalid. Tambahnya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau merupakan tol yang terawal beroperasi di bawah kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hampir tiga puluh tahun operasi. "Tol ini merupakan yang paling laris dan mustahil jika pihak Plus belum mendapat apa-apa keuntungan dari pengoperasian mereka. "Malah sebelum tol ini beroperasi, lebuhraya persekutuan telah wujud lebih awal iaitu sekitar tahun 60an bagi menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang," sambung beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut. Maka atas dasar tersebut, Khalid berpendapat tol ini sudah sepatutnya dihapuskan. Menurutnya lagi, kewujudan kedua-dua tol tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas yang teruk pada awal pagi dan waktu petang. "Matlamat mewujudkan lebuhraya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas tetapi kalau tol menyebabkan kesesakan melampu saya pasti matlamat mewujudkan lebuhraya ini tidak akan tercapai. "Bagi saya penghapusan tol ini selain dapat membebankan kos sara hidup rakyat ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalulintas," tambah beliau lagi. -HD 5 minit tol percuma di Batu Tiga Kira-kira lebih 30 kenderaan berjaya melalui tol Batu Tiga, Shah Alam secara percuma hari ini dalam perhimpunan oleh 300 orang penyokong Pakatan Rakyat di plaza tol berkenaan. Kenderaan berkenaan dapat melalui tol tanpa bayaran apabila salah seorang peserta perhimpunan tersebut bertindak mengangkat palang di satu lorong di plaza berkenaan selama kira-kira lima minit. Bagaimanapun, kutipan bayaran berkenaan kembali kepada keadaan sedia kala apabila ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengarahkan agar palang itu diturunkan. Jayakumar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan menemui pemegang konsesi lebuhraya berkenaan, Projek Lebuhraya Utara Selatan, bagi membayar ganti rugi yang ditanggung akibat tindakan tersebut. "Saya telah bertemu dengan orang PLUS di sini dan mereka kata akan lihat di kamera CCTV berapa kereta yang lalu. Ada dalam 30 buah juga yang lalu. "Dan saya kata pada mereka, beritahu berapa dan saya akan bayarkan jumlahnya," katanya. Demonstrasi yang bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu. Selain membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan tol baru betul' dan 'Hapuskan tol demi rakyat', mereka melaungkan "Hidup Rakyat", "Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol", dan "Hapuskan tol". Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan tol demi rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol tersebut. Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai "paling mengarut dalam negara." Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong. Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya. "Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang?," soalnya. -mk greenboc KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan