Jumaat, 4 Mei 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Fuh, Lukisan Berharga RM363 juta!

Posted: 04 May 2012 05:20 AM PDT


Lukisan yang dihasilkan Edvard Munch berjudul The Scream dilelong pada harga AS$120 juta (RM363 juta) kelmarin sekali gus mencatat rekod baharu sebagai hasil seni yang paling mahal pernah dijual dalam satu acara lelongan.

Lelongan itu dikendalikan firma Sotheby's.

Munch menghasilkan lukisan itu pada tahun 1895 dan ia menjadi tarikan utama dalam lelongan tersebut yang dihadiri oleh para pengumpul lukisan, pengedar dan media.

Walaupun NST Mohon Maaf, Senator Australia Teruskan SAMAN

Posted: 04 May 2012 12:47 AM PDT



[TMI] KUALA LUMPUR, 4 Mei — Senator Australia Nicholas Xenophon telah mengesahkan beliau akan mengemukakan saman terhadap New Straits Times (NST), menuduh akhbar Umno itu sengaja menjejaskan keselamatannya apabila mengeluarkan artikel yang menggambarkan dirinya sebagai anti Islam.

Ahli Parlimen bebas itu berkata kepada The Malaysian Insider, beliau memahami niat akhbar berkenaan menarik balik laporan yang disiarkan mereka namun beliau akan tetap mengambil tindakan perundangan sama ada di Malaysia mahupun Australia.

"Saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam di Malaysia dan Australia berhubung perkara ini.

"Ini adalah fitnah yang keterlaluan dan ianya amat menyedihkan.

"Pendapat saya terhadap Islam adalah satu rekaan semata-mata ... ianya menjelikkan," katanya dalam perbualan telefon kepada The Malaysian Insider semalam.

Akhbar pro-Umno itu semalam mengakui telah membuat kenyaatan tidak benar terhadap Xenophon (gambar) dalam artikelnya pada Rabu lalu yang menggelarkan Islam sebagai "pertubuhan jenayah" ketika ucapannya pada 2009 di Parlimen Australia.

Namun, menurut Hansard, senator terbabit yang merupakan sekutu kuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau menggunakan istilah "Scientology".

"Sudah tentu ia membahayakan saya. Saya dituduh melakukan sesuatu yang sangat serius ... menghina Islam dalam keadaan yang amat hina.

"Saya telah dinasihatkan keselamatan saya sekarang ini berada dalam keadaan merbahaya," katanya.

Xenophon menjelaskan walaupun NST telah menarik balik kenyataan dalam artikel tersebut daripada laman web mereka, ia telah dibaca oleh ribuan pelawat.

Beliau menegaskan dirinya tidak menentang Islam malah amat menghormati agama tersebut.

"Sampai hati mereka melakukan perbuatan itu?" soalnya. "Saya amat menghormati masyarakat Malaysia ... Malaysia merupakan rakan saya."

Tambahnya, beliau berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada suruhanjaya pemerhati antarabangsa pembangkang untuk memantau Bersih 3.0 bukan atas jemputan tetapi atas "dasar kehendak" untuk negara dan rakyatnya.

"Ini adalah perkara yang saya perlu lakukan, satu keperluan. Saya perlukan tindakan mahkamah atas apa yang berlaku," katanya merujuk kepada keputusan mengambil tindakan mahkamah.

Apabila ditanya, sama ada beliau akan menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan NST, Xenophon menjelaskan beliau akan mendapatkan nasihat peguamnya terlebih dahulu.

Namun begitu, menurutnya, akhbar Umni itu telah "mengeruhkan keadaan."

"Saya tidak faham bagaimana mereka boleh melakukan perkara ini," katanya.

Dalam respon terhadap insiden semalam, NST telah berjanji akan menyiarkan "kenyataan yang sepatutnya" di akhbar dan juga laman webnya, dan menambah mereka menyesali tindakan ke atas senator bebas Australia itu.

Respon balas NST adalah: "merujuk kepada berita yang disiarkan terhadap rungutan Encik Nicholas Xenophon berhubung artikel bertajuk 'Pemerhati Di dalam Perhatian' dengan sub tajuk 'Rakan Subahat Dipersoal: Pemimpin Anti Islam Australia Dikecam', seperti yang disiarkan pada 2 Mei, 2012 edisi New Straits Times yang disiarkan kami.

"Kami menyesali artikel tersebut mengandungi kenyataan terhadap Xenophon, terutamanya yang menggunakan perkataan 'Islam' yang beliau tidak gunakan sewaktu ucapan di Parlimen pada November 2009. Kami mengambil langkah untuk meminda kenyataan itu dengan kenyataan yang wajar dalam akhbar dan versi online untuk menyelesaikan isu ini.

"Kami menyesali perkara ini dan memahami Xenophon telah terseksa dan malu daripada penyiaran artikel berkenaan, dan secara jujurnya, tindakan kami ini akan menyelesaikan perkara ini.

Menurut laporan Sydney Morning Herald (SMH) semalam, Xenophon mendakwa NST telah menuduhnya menggunakan perkataan "Islam" bagi menggantikan perkataan sebenar "Scientology", yang telah dikritiknya pada ucapan 2009 adalah,"contoh taktik kotor kerajaan yang juga digunakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar."

NST telah menggugurkan artikel tersebut daripada laman web mereka, namun salinan tersebut masih boleh ditemui dalam direktori mereka.

Dalam artikel NST, Xenophon bukan sahaja dituduh menghina Islam dalam ucapan penangguhan Parlimen Australia pada 2009, namun turut menyatakan sokongan terhadap komuniti LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender.

NST memetik laporan ucapan tersebut yang mana senator itu berkata: "Apa yang kita lihat adalah paten jenayah dan kekejaman dunia. Sebagai bukti, ia tidak berlaku dengan sengaja; ia telah dirancang. Islam bukanlah pertubuhan agama. ia adalah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan beragama." ("What we are seeing is a worldwide pattern of abuse and criminality. On the body of evidence, this is not happening by accident; it is happening by design. Islam is not a religious organisation. It is a criminal organisation that hides behind its so-called religious beliefs.")

Namun begitu, SMH melaporkan, ucapan sebenar Xenophon berbunyi: "Apa yang kita lihat adalah paten jenayah dan kekejaman dunia. Sebagai bukti, ia tidak berlaku dengan sengaja; ia telah dirancang. Scientology bukanlah organisasi keagamaan. Ia adalah organisasi jenyah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan beragama." ("What we are seeing is a worldwide pattern of abuse and criminality. On the body of evidence, this is not happening by accident; it is happening by design. Scientology is not a religious organisation. It is a criminal organisation that hides behind its so-called religious beliefs.")

Menurut laporan NST, Xenophon turut menyatakan sokongan terhadap perkahwinan sejenis dalam ucapan penangguhan yang sama, dan menyatakan ahli Parlimen lain turut sependapat dengannya dan pertubuhan sedemikian dibenarkan oleh undang-undang.

Akhbar itu turut memetik kenyataan Ahli Parlimen Bebas, yang bersama PKR sebelum ini, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengkritik Xenophon atas kenyataan tersebut yang bukan sahaja melampau terhadap Islam malah turut menyokong LGBT.

"Perlukah kita membiarkan orang macam Xenophon ini mempengaruhi budaya dan moral masyarakat kita menggunakan politik? dengan bersama Xenophon, adakah ini menyatakan Anwar turut menyokong pergerakan LGBT?" soalnya dipetik NST.

"Saya turut mencabar ulama PAS untuk menyoal Anwar kenapa beliau bersama Xenophon sebagai rakan, sedangkan jelas Xenophon menentang nilai-nilai Islam."

SMH bagaimanapun tidak menyatakan laporan NST berkenaan sokongan Xenophon terhadap gejala homoseks.

Namun akhbar itu mendakwa NST enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu malam tadi.

Xenophon merupakan salah seorang panel bebas yang antarabangsa "pra pilihan raya" yang dijemput ke Kuala Lumpur oleh Anwar untuk memerhati sistem pilihan raya negara.

Kumpulan tersebut mempunyai misi enam hari bermula 25 April ditugaskan untuk menemuramah kerajaan tempatan dan pemimpin politik, sebelum menyiapkan laporan dan cadangan berkenaan penambah baikan system pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia, berikutan pembangkang menyatakan sistem pilihan raya Malaysia adalah tidak adil dan bebas.

Mereka turut membuat pemantauan sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu, dan dalam respon awal, Xenophon menegaskan perhimpunan itu aman dan meriah, walaupun pemimpin kerajaan mendakwa berlakunya kekacauan. Oleh kerana kenyataan itu, Xenophon menerima kritikan kerana dikatakan bersekongkol dengan Anwar, dan persoalan berkenaan pendirian bebasnya ditimbulkan. 


P/s: Saman Zahrain dan TV3 sekali!


Kiriman berkaitan di sini, di sini.


[Wajib Baca] Laporan PANAS tentang Skandal Scorpene

Posted: 03 May 2012 09:20 PM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya.


(Abdul Razak dan isteri didakwa pemilik syarikat misteri di Hong Kong)

Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan.

Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia.

Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.

Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.

Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.

Temu ramah Najib

Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemu ramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda.

"Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan," tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka.

Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah dikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya.

Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris.

Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.

Perimekar kini dimiliki 20 peratus setiap satu oleh LTAT and Boustead Holdings.

Menurut laporan Agence France Press (AFP), siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002.
Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen:

Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta;

Dan kedua ialah mengenai penghantaran "sokongan logistik" dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang.

Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta).

Yang ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi.

Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia.

"Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda," tambahnya.

Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, "Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera."

"Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda," tulis beliau.

Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong.


P/s: Kalau orang putih memanggil nama orang, misalnya Najib Razak, bahagian mana yang disebutnya, Najib atau Razak? 


[PANAS] 4 Lagi Video Lucah Pemimpin PR Akan Ditayang di Seluruh Malaysia, 2 Milik PKR, 1 PAS, 1 DAP

Posted: 03 May 2012 07:46 PM PDT


Baca:

Lagi video bakal didedah?
 
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Mei - Belum pun reda isu penyebaran gambar aksi panas seorang lelaki mirip Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, kini tersebar pula desas-desus mengatakan empat lagi video aksi panas pemimpin pembangkang akan didedahkan.

Difahamkan video-video panas tersebut hanya menanti masa untuk didedahkan dengan dua daripadanya dikatakan menyerupai dua pemimpin tertinggi PKR dan masing-masing seorang lelaki yang mirip pemimpin kanan Pas serta DAP.

Malah, khabar angin mengenai kemungkinan penyebaran empat lagi video panas terbaru itu turut disiarkan di dalam blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com.

"Semua ini, kalau-kalau benar berlaku nanti penulis lihat bakal mengusutkan senario politik negara yang sudah sedia kusut dengan pendedahan gambar dari video (didakwa) membabitkan Azmin.


Macam ***%&$&*  tajuk berita Utusan. Memang *&^%$##&!  
 
Mungkin Rejim BN menganggap pengaiban dan politik kotor ini sebagai tali hayat terakhir mereka untuk menghadapi PRU13. Namun mereka tersilap kerana rakyat Malaysia pada hari ini bukanlah rakyat Malaysia yang buta maklumat sekitar tahun 1990-an dahulu.

Hari ini warga emas sudah pandai menyelongkar maklumat di internet. Hari ini abang, kakak, mak cik, pak cik di kampung dan di Felda sudah berani menghadiri ceramah PR, sudah bijak mencari maklumat alternatif. Mereka tidak lagi terkongkong dengan kelentong, propaganda, dan manipulasi media pencacai.

Apabila puak yang terdesak ini mendakwa ada 4 lagi video seks membabitkan pemimpin PR termasuk PAS, maka 1Malaysia menunggu kemunculan video-video tersebut. Lagi banyak video lagi cepat hayat BN berakhir!

Membuka aib orang adalah dilarang oleh Islam. Namun, jika kemaruk mendedahkan aib orang, pastikanlah video atau gambar itu disahkan ketulenannya. Hal ini memang mengantoikan puak kaki fitnah ini. Dua video fitnah yang melibatkan DSAI sehingga hari masih belum disahkan oleh polis. Walaupun mereka mendakwa pakar forensik video dari AS telah memberikan pendapat, namun apabila diselidik, pakar-pakar yang dinyatakan enggan mengeluarkan kenyataan. Malah, tiada bukti fizikal yang memperincikan ketulenan video itu.

Yang pasti trio Datuk K telah dikenakan tindakan oleh mahkamah kerana menyebarkan bahan lucah, walaupun hukuman yang dikenakan terlalu ringan. Apa perkembangan lanjut tentang video-video tersebut? Apa tindakan yang dikenakan kepada blog pro-UMNO yang masih menyiarkan video-video itu?

Apabila Tun Mahathir berkata bahawa orang cerdik pandai masuk Pakatan Rakyat, saya amat-amat bersetuju dengan pandangan beliau. Kata-kata beliau jelas dibuktikan dengan petikan berita di bawah ini.

Kata orang, di Malaysia kita boleh menemukan pelbagai perkara pelik termasuk orang bingai yang tidak boleh diajar. Kata-kata mamak UMNO di atas dapat diumpamakan menyuruh pembunuh membuktikan dia tidak membunuh. Walhal di mahkamah, beban untuk membuktikan sesuatu kesalahan terletak di bahu pendakwa. Jika ada keraguan munasabah, barulah tertuduh perlu membela diri.

Samalah dengan kes video lucah yang dikaitkan dengan DSAI dan Azmin. Beban untuk membuktikan ketulenan video terletak di bahu penuduh (pemfitnah). Mangsa (DSAI, Azmin) sudah menafikan tuduhan jahat itu dan kedua-duanya telah mengambil langkah menyaman Utusex kerana menyiarkan gambar-gambar tersebut. -DCM


Tidak Pulang Rumah 3 Bulan, Akhirnya Dicekup dengan Kekasih Baharu

Posted: 03 May 2012 07:00 PM PDT



[SH] AMPANG- Seorang lelaki yang dipercayai tidak pulang sejak tiga bulan lalu ditangkap khalwat bersama kekasihnya dalam serbuan di Taman Chempaka, di sini, awal pagi semalam.

Serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah kira-kira 1 pagi berjaya menahan lelaki berusia 27 tahun dan seorang perempuan, 22 tahun yang dipercayai tinggal bersama di rumah sewa berkenaan.

Ketika ditahan, perempuan itu memberi alasan tiada pilihan untuk tinggal di tempat lain menyebabkan dia tinggal bersama rakan sekerja yang berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta itu.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai lelaki dan wanita berkenaan tinggal serumah sehingga menimbulkan keraguan penduduk.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang perempuan berpakaian lengkap di dalam bilik," katanya.

Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan sudah berkahwin dan tidak pulang ke rumah isterinya sejak tiga bulan lalu, manakala pasangannya masih bujang.

"Difahamkan lelaki berkenaan mengenali teman wanitanya itu sejak setahun yang lalu. Dia juga dipercayai tidak memberi nafkah kepada isterinya.

"Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 dan jika disabit kesalahan kedua-duanya boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Isu Keahlian UMNO Bos SPR, Saifuddin Akan Panggil Sidang Media dalam Masa Terdekat

Posted: 03 May 2012 06:40 PM PDT


[SH] SHAH ALAM –  Setiausaha Agung  PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak akan membuat permohonan maaf kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berhubung isu dakwaan beliau ahli Umno.

"Kenapa perlu saya minta maaf?" kata beliau apabila diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad agar beliau memohon maaf.

Ahli Parlimen Machang ini berkata, Wan Ahmad pernah mengaku bahawa dirinya ialah ahli Umno, namun memberi alasan 'tidak ingat' mengenai statusnya.

Namun beliau mengakui kesilapannya jika dakwaan beliau tidak sahih, tetapi menuntut Wan Ahmad mengisytiharkan nombor keahlian Umno dan dari cawangan mana jika beliau benar-benar tidak ingat.

"Saya mempunyai dua pelan dan tindakan selanjutnya bakal dibuat berhubung perkara ini tetapi tidak dapat menjelaskan kepada media buat masa ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Susulan dengan itu, beliau berkata akan memanggil satu sidang media dalam waktu terdekat.

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini Saifuddin mendakwa Wan Ahmad seorang ahli Umno di salah satu cawangan di Pasir Mas, Kelantan.

Kelmarin, Wan Ahmad menafikan beliau ahli Umno sebagaimana dakwaan Saifuddin.

Menurutnya, beliau tidak pernah mendaftar untuk jadi ahli Umno dan tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai kaitan dengan individu bernama Wan Ahmad bin Wan Omar yang memegang keahlian Umno bernombor 2374564 di Cawangan Umno Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

"Saya juga bukan orang Kelantan tetapi berasal dari Terengganu. Saya tidak pernah tinggal di mana-mana tempat di negeri Kelantan," tegasnya.

Sehubungan itu, kata Wan Ahmad, beliau mengesyaki dakwaan Saifuddin itu semata-mata bertujuan menjatuhkan kredibiliti dirinya serta SPR.

"Dia buat tuduhan tanpa usul periksa dan semata-mata bermotif politik sehingga menjatuhkan maruah saya. Ini fitnah. Dia semata-mata mahu merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Berikutan itu, Wan Ahmad menuntut Saifuddin membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan namanya.


[Video -Wajib Tonton] Bersih 2.0 & Bersih 3.0

Posted: 03 May 2012 05:40 PM PDT




Tiada ulasan: