Jumaat, 4 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selepas BBC, Adakah Liputan Berita Al-Jazeera Menjadi Mangsa Undang-undang Malaysia? Ini Jawapannya?

Posted: 04 May 2012 05:41 AM PDT

 Staff Berita Semasa
 
Al Jazeera Bersih 3.0 Rally Selepas BBC, Adakah Liputan Berita Al Jazeera Menjadi Mangsa Undang undang Malaysia? Ini Jawapannya?


Jikalau semalam, kami ada melaporkan mengenai aduan dan tuntutan stesen TV antarabangsa iaitu BBC mengenai tindakan pihak Astro yang memotong dan menyunting sebahagian laporan berita yang dibuat oleh wartawan BBC World mengenai perhimpunan Berish 3.0.

Kali lagi satu lagi stesen berita TV terkemuka di Timur Tengah, Al Jazeera menuntut jawapan daripada pihak Astro juga mengenai kemungkinan besar laporan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 melalui wartawan mereka, Harry Fawcett turut telah diubahsuai dan dipalsukan oleh stesen satelit Astro Malaysia. 

Di mana kebenarannya? 

Kenyataan jurucakap Al Jazeera yang dipetik oleh laman terkemuka, SarawakReport.org sekali lagi :
"We have not been censored in this way by another distribution platform anywhere in the world."
Pihak Al Jazeera mendakwa mereka mempunyai alasan kuat untuk mengatakan pihak Astro telah mengubahsuai laporan berita mereka. Ini kerana sepanjang liputan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari wartawan Al- Jazeera mendapati :
  1. Kebanyakan bahan berita dan laporan yang disediakan menunjukkan banyak insiden kekerasan yang berlebihan oleh pihak polis terhadap penunjuk perasaan
  2. Serangan terhadap pihak wartawan sehingga mengakibatkan kerosakan peralatan dan bahan berita mereka
Kenyataan Harry Fawcett di Twitter :
Harry Fawcett Al Jazeera Selepas BBC, Adakah Liputan Berita Al Jazeera Menjadi Mangsa Undang undang Malaysia? Ini Jawapannya?

Senarai Serangan Kes Pihak Polis VS Pihak Media Semasa Bersih 3.0

Senarai Kes Yang Melibatkan Serangan & Kekerasan Pihak Polis Terhadap Krew Media. Antaranya ialah :

Video Al Jazeera Bersih Selepas BBC, Adakah Liputan Berita Al Jazeera Menjadi Mangsa Undang undang Malaysia? Ini Jawapannya?
  1. Radzi Razak (wartawan TheSun)  - mendakwa dibelasah oleh tujuh atau lapan orang pegawai polis walaupun mendapati dirinya merupakan kalangan krew media
  2. Arif Kortono (jurugambar MalayMail) – mendakwa diserang oleh enam anggota polis lengkap beruniform dan kameranya telah dihancurkan
  3. Koh Jun Lin (wartawan – jurugambar Malaysiakini) – ditangkap selepas mengambil gambar yang menunjukkan keganasan pihak polis terhadap penunjuk perasaan. Kamera dan kad memori juga dirampas.Koh telah dibebaskan, malangnya hanya kamera beliau telah dipulangkan
  4. P. Malayandy (jurugambar  akhbar India, Tamil Makkal Osai) – mendakwa diserang oleh kira-kira lima anggota polis semasa mengambil gambar-gambar polis ketika menahan penunjuk perasaan. Kamera beliau yang bernilai RM7,000 didakwanya telah diambil pihak polis.
  5. Harry Fawcett (wartawan Al-Jazeera) –  mendakwa pihak polis telah bertindak ganas apabila krewnya sedang membuat liputan ketika pihak polis melakukan tangkapan dan menunjukkan kekerasan terhadap penunjuk perasaan. Fawcett dan rakan-rakannya dilaporkan ditolak oleh pihak polis sehingga kamera mereka rosak semasa Perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung. Akhirnya mereka terpaksa menggunakan iPad mellaui kemudahan Skype untuk membuat liputan.
  6. Huang Satu Jian (jurugambar dengan akhbar Cina, Guang MingDaily) – ditahan ketika mengambil gambar penunjuk perasaan ditangkap. Dia telah pun dibebaskan
  7. Kenny Lew (Juruvideo Channel News Asia) – mendakwa telah ditumbuk oleh pihak polis, dan tripod miliknya telah pun dirampas
  8. Chen Shaua Fui (penolong editor berita Merdeka Review) –  mendakwa empat anggota polis telah bertindak kasar ketika cuba merampas kamera milik beliau. Apabila beliau mengeluarkan kad akreditasi media, beliau telah ditendang dan diancam untuk ditangkap
  9. Lisa J. Arrifin (wartawan The Malaysian Insider) – telah tercedera akibat terkena kanister. Nota: Polis Malaysia menembak kanister ke arah orang ramai dan bukan ke udara.

Video Liputan Al-Jazeera Ketika Perhimpunan Bersih 3.0 

Di sini, antara video-video liputan berita yang dilaporkan oleh Al-Jazeera melalui wartawan, Harry Fawcett. Persoalannya, adakah kesemua babak laporan berita Al-Jazeera ini disiarkan di saluran Astro Malaysia tanpa sebarang suntingan?

Persoalannya apakah butiran yang terperinci undang-undang yang digunapakai dalam menyekat beberapa kandungan berita dan rancangan sebelum boleh disiarkan di saluran milik stesen TV swasta seperti Astro?
Walaubagaimanapun, semakan kami menunjukkan garis panduan dalam penapisan filem di laman Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan salah satu elemen yang menyebabkan sesuatu filem itu tidak "dilepaskan" ialah :
  • unsur-unsur yang bertentangan dengan dasar kerajaan
TV Malaysia Selepas BBC, Adakah Liputan Berita Al Jazeera Menjadi Mangsa Undang undang Malaysia? Ini Jawapannya?
TV Malaysia Astro Selepas BBC, Adakah Liputan Berita Al Jazeera Menjadi Mangsa Undang undang Malaysia? Ini Jawapannya?

P/S : Adakah ini punca utama sesetengah laporan berita daripada BBC dan kemungkinan juga milik Al-Jazeera "terpaksa" disunting dan diubahsuai sebelum boleh disiarkan kepada anda semua?

(Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?

Posted: 04 May 2012 05:33 AM PDT


Staff Berita Semasa

Azmin Ali Seks (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?


Sebenarnya gambar skandal seks Azmin Ali (didakwa adalah Azmin Ali oleh PapaGomo – papagomo.com) sudah tersebar di Internet sejak 2, 3 hari lepas.

Seperti dijangka Buletin Utama TV3 tidak melepaskan peluang menyiarkan tulisan "emas" daripada Papagomo untuk disiarkan kepada umum yang mengaitkan gambar seks terbaru ini dengan pemimpin parti pembangkang. Dipendekkan cerita, Azmin Ali namanya. Itu dakwaan Papagomo. 

Gambar Azmin Ali (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?
Skandal Azmin Ali (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?

Laporan Kosmo : Skandal Seks Pemimpin Pembangkang Selangor (Mirip)

Kosmo juga tidak melepaskan peluang menyiarkan laporan berita skandal pemimpin pembangkang Selangor ini sehingga menyiarkan gambar-gambar yang tidak senonoh.

Video Seks Azmin Ali1 (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?

Kenyataan Azmin Ali VS Dakwaan Video Skandal Seks Azmin Ali?

"Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan.

"Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata," katanya. (sumber : Malaysiakini)
Kami terpaksa censor beberapa bahagian yang kami merasakan ia tidak sepatutnya disiarkan kepada umum apatah lagi apabila anak-anak kecil melihatnya  tidak kira di kaca televisen ataupun di media cetak. Sangat tak elok.

Kalau diperhatikan daripada aspek taktikal politik apatah lagi bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin terasa, kami menjangkakan gambar dan sedutan akan dikeluarkan sedikit demi sedikit dan akhirnya apabila tibanya saat menjelangnya PRU ke 13 akan lebih banyak bahagian gambar dan sedutan video akan disiarkan kepada umum untuk menontonnya.

Bagi kami yang salah tetap salah, tidak kira dari pembangkang atau kerajaan sekalipun. Kami sama sekali tidak mahu mempunyai pemimpin yang mempunyai integriti yang rendah apatah lagi jika terbukti ianya bersalah daripada aspek undang-undang.

Oleh itu, nasihat kami kepada penyiar gambar-gambar yang mendakwa ianya ada kaitan dengan skandal seks Azmin Ali, terus gunakan saluran undang-undang yang ada.

P/S : Apa pandangan dan respon anda pula?

Hitam menjadi tema Hari Kebebasan Media sedunia

Posted: 04 May 2012 05:27 AM PDT




Empat akhbar bahasa Cina di bawah Media Chinese International Limited menjadikan warna hitam sebagai temanya di muka depan, untuk memprotes keganasan polis terhadap wartawan yang membuat liputan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.  Di samping itu, Kwong Wah Yit Poh juga menjadikan muka depannya hitam-putih untuk meluahkan ketidakpuasan.

Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan Guang Ming Daily di bawah kumpulan Media Chinese International Limited hari ini menggunakan muka depan akhbarnya untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap tindakan polis mengasari wartawan dan jurugambar yang membuat liputan dalam perhimpunan BERSIH 3.0, baru-baru ini.

Antaranya, seluruh muka depan Nanyang Siang Pau menjadi hitam-putih, dengan reben kuning sebagai lambang kebebasan media; Sin Chew Daily mengekalkan ruang iklan berwarna; Guang Ming Daily hanya mengekalkan tajuk dan ruang iklannya berwarna; dan China Press dengan hitam semuanya di bahagian atas (separuh), dan berwana pada bahagian bawah (separuh).

Kakitangan di bawah empat buah syarikat media ini juga menyahut seruan The Malaysia Chinese Photojournalists Association (MCPA) untuk memakai baju hitam dan riben kuning, sebagai tanda protes.

Dalam notis yang disiarkan pada muka depan, Nanyang Siang Pau (gambar kiri) menulis, "Ya, muka depan hari ini diterbitkan dalam hitam-putih, yang menampung ketidakpuasan, kemarahan dan kekecewaan Nanyang Siang Pau."

"Sehingga hari ini, kami masih belum reda.  Ini kerana selepas beberapa hari pengamal media dibelasah, dirampas kamera, dipadamkan kad memorinya, masih tiada pengawai tinggi yang sanggup bertanggungjawab ke atas peristiwa itu, apatah lagi menyatakan hasrat untuk memohon maaf."

"Sempena Hari Kebebasan Media sedunia, kakitangan editorial pihak kami di seluruh Negara menyahut seruan MCPA untuk memakai baju hitam.  Kami berharap, dengan sistem pertanggungjawaban, pihak berkuasa mendedahkan apa yang gelap dalam pasukan polis, mencantas perosak dalamnya dan mengembalikan nama baik untuk polis yang baik.  Pada masa yang sama kami memakai riben kuning, dengan harapan pengamal media boleh menjalankan tugas dalam suasana yang selamat."

Kebebasan bersuara paling penting
China Press pula mengadu, "Hey, pada 28 April, buku lima kamu telah melukai wajah kebebasan media Malaysia, yang mengalirkan air mata berwarna hitam.  Hey hey, hari ini kami menyarung warna hitam, bukan sahaja menuntut agar anda nampak, tetapi mendengar kata-kata kami.  Hey hey hey, hari ini kami adalah vokalis, anda dengarlah apa yang kami nyanyikan."

China Press berkata, apa yang paling penting dalam semangat kebebasan yang dinikmati oleh seseorang warga negara adalah kebebasan bersuara.  Kebebasan akhbar adalah lanjutan daripada kebebasan bersuara.  Sebagaimana yang tertera dalam Virginia Declaration of Rights, "Kebebasan akhbar adalah asas kepada segala kebebasan bersuara.  Mana-mana regim sekalipun tidak harus menghalang kebebasan ini."

"Tiada kebebasan yang mutlak dalam dunia ini.  Kami percaya, sepanjang ini kami akur untuk berada dalam keadaaan tertekan tanpa boleh berbuat apa-apa.  Apa yang dimahukan sebenarnya tidak banyak.  Kami mahu pihak polis mengambil berat apa yang kami ambil berat.  Berikan kebebasan untuk rakyat negara ini, bukan ketakutan; berikan keberanian kepada rakyat, bukan kemarahan," tambah China Press (gambar kanan).

Di samping itu, Kwong Wah Yit Poh juga mempersoalkan siapa yang memasukkan pencakar ke dalam (media)?  Kwong Wah Yit Poh berkata, 428 menyaksikan pencakar yang tidak asing itu kembali semula untuk menghalang pengamal media di garis depan menjalankan tugasnya, malah menggunakan keganasan.

"Tahun ini, Hari Kebebasan Media sedunia kebetulan telah mengejutkan kemarahan yang sekian lama ini terpendam dalam pengamal media.  Kami bersuara di depan penguasa, memperjuangkan ruang kebebasan media; kami bersuara di depan warga internet, laporan berasaskan kebenaran lebih penting daripada memutarbelitkan berita."

*Disedut dan diterjemah dari teks asal.

Mat Sabu cedera akibat pelanggaran dengan kereta polis

Posted: 04 May 2012 05:16 AM PDT

Nazri Abdullah,


KUALA LUMPUR: Panel Siasatan Suhakam merumuskan kecederaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu adalah disebabkan pelanggaran dengan kenderaan polis.

Ianya berdasarkan keterangan beberapa saksi termasuk tiga orang doktor yang merawat Mohamad yang dipanggil memberi keterangan kepada panel itu.

"Panel berpendapat, kecederaan W6 (Mohamad Sabu) berpunca daripada pelanggaran dengan kenderaan PDRM," laporan siasatan itu dipetik.

Laporan siasatan itu turut dibaca kepada media pada sidang akhbar di pejabat Suhakam di sini tengahari tadi.

Sidang media itu dikendalikan Pengerusi Panel Prof Datuk Dr. Khaw Lake Tee yang juga Timbalan Pengerusi Suhakam dan dua ahli panel lain iaitu Prof Datuk Dr Mahnood Zuhdi Abd Majid dan Detta Anak Samen.

Dalam penemuan mereka, Suhakam bersetuju dengan pandangan doktor-doktor tersebut bahawa tiada kesan kotoran seperti pasir atau tanah pada bahagian cedera.

Kesemua mereka juga berpendapat ianya mungkin akibat pelanggaran dengan permukaan keras.

Walau bagaimanapun menurut panel tersebut, tiada sebarang bukti konklusif bagaimana cara pelanggaran berlaku sama ada kenderaan polis melanggar Mohamad atau Mohamad sendiri melanggar kereta polis.

Dalam laporan itu panel turut mengesyorkan pihak polis agar mengutamakan hak asasi dan keselamatan anggota mahupun individu yang hendak ditahan.

"Satu garis panduan haruslah diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggota dalam melakukan tangkapan," kata panel itu.

Dalam pelanggaran tersebut pada 9 Julai tahun lalu, Mat Sabu yang membonceng motosikal cedera di lutut kanannya cedera dan terpaksa dibedah ekoran ligamennya koyak.

Senator Australia akan saman NST, dakwaan anti Islam ‘meloyakan’

Posted: 04 May 2012 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR— Senator Australia Nicholas Xenophon telah mengesahkan beliau akan mengemukakan saman terhadap New Straits Times (NST), menuduh akhbar Umno itu sengaja menjejaskan keselamatannya apabila mengeluarkan artikel yang menggambarkan dirinya sebagai anti Islam.

Ahli Parlimen bebas itu berkata kepada The Malaysian Insider, beliau memahami niat akhbar berkenaan menarik balik laporan yang disiarkan mereka namun beliau akan tetap mengambil tindakan perundangan sama ada di Malaysia mahupun Australia.

"Saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam di Malaysia dan Australia berhubung perkara ini.
"Ini adalah fitnah yang keterlaluan dan ianya amat menyedihkan.

"Pendapat saya terhadap Islam adalah satu rekaan semata-mata ... ianya menjelikkan," katanya dalam perbualan telefon kepada The Malaysian Insider semalam.

Akhbar pro-Umno itu semalam mengakui telah membuat kenyaatan tidak benar terhadap Xenophon (gambar) dalam artikelnya pada Rabu lalu yang menggelarkan Islam sebagai "pertubuhan jenayah" ketika ucapannya pada 2009 di Parlimen Australia.

Namun, menurut Hansard, senator terbabit yang merupakan sekutu kuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau menggunakan istilah "Scientology".

"Sudah tentu ia membahayakan saya. Saya dituduh melakukan sesuatu yang sangat serius ... menghina Islam dalam keadaan yang amat hina.

"Saya telah dinasihatkan keselamatan saya sekarang ini berada dalam keadaan merbahaya," katanya.

Xenophon menjelaskan walaupun NST telah menarik balik kenyataan dalam artikel tersebut daripada laman web mereka, ia telah dibaca oleh ribuan pelawat.

Beliau menegaskan dirinya tidak menentang Islam malah amat menghormati agama tersebut.

"Sampai hati mereka melakukan perbuatan itu?" soalnya. "Saya amat menghormati masyarakat Malaysia ... Malaysia merupakan rakan saya."

Tambahnya, beliau berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada suruhanjaya pemerhati antarabangsa pembangkang untuk memantau Bersih 3.0 bukan atas jemputan tetapi atas "dasar kehendak" untuk negara dan rakyatnya.

"Ini adalah perkara yang saya perlu lakukan, satu keperluan. Saya perlukan tindakan mahkamah atas apa yang berlaku," katanya merujuk kepada keputusan mengambil tindakan mahkamah.

Apabila ditanya, sama ada beliau akan menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap NST, Xenophon menjelaskan beliau akan mendapatkan nasihat peguamnya terlebih dahulu.

Namun begitu, menurutnya, akhbar Umno itu telah "mengeruhkan keadaan."

"Saya tidak faham bagaimana mereka boleh melakukan perkara ini," katanya.

Dalam respon terhadap insiden semalam, NST telah berjanji akan menyiarkan "kenyataan yang sepatutnya" di akhbar dan juga laman webnya, dan menambah mereka menyesali tindakan ke atas senator bebas Australia itu.

Respon balas NST adalah: "merujuk kepada berita yang disiarkan terhadap rungutan Encik Nicholas Xenophon berhubung artikel bertajuk 'Pemerhati Di dalam Perhatian' dengan sub tajuk 'Rakan Subahat Dipersoal: Pemimpin Anti Islam Australia Dikecam', seperti yang disiarkan pada 2 Mei, 2012 edisi New Straits Times yang disiarkan kami.

"Kami menyesali artikel tersebut mengandungi kenyataan terhadap Xenophon, terutamanya yang menggunakan perkataan 'Islam' yang beliau tidak gunakan sewaktu ucapan di Parlimen pada November 2009. Kami mengambil langkah untuk meminda kenyataan itu dengan kenyataan yang wajar dalam akhbar dan versi online untuk menyelesaikan isu ini.

"Kami menyesali perkara ini dan memahami Xenophon telah terseksa dan malu daripada penyiaran artikel berkenaan, dan secara jujurnya, tindakan kami ini akan menyelesaikan perkara ini.

Menurut laporan Sydney Morning Herald (SMH) semalam, Xenophon mendakwa NST telah menuduhnya menggunakan perkataan "Islam" bagi menggantikan perkataan sebenar "Scientology", yang telah dikritiknya pada ucapan 2009 adalah,"contoh taktik kotor kerajaan yang juga digunakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar."

NST telah menggugurkan artikel tersebut daripada laman web mereka, namun salinan tersebut masih boleh ditemui dalam direktori mereka.

Dalam artikel NST, Xenophon bukan sahaja dituduh menghina Islam dalam ucapan penangguhan Parlimen Australia pada 2009, namun turut menyatakan sokongan terhadap komuniti LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender.

NST memetik laporan ucapan tersebut yang mana senator itu berkata: "Apa yang kita lihat adalah paten jenayah dan kekejaman dunia. Sebagai bukti, ia tidak berlaku dengan sengaja; ia telah dirancang. Islam bukanlah pertubuhan agama. ia adalah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan beragama." ("What we are seeing is a worldwide pattern of abuse and criminality. On the body of evidence, this is not happening by accident; it is happening by design. Islam is not a religious
organisation. It is a criminal organisation that hides behind its so-called religious beliefs.")

Namun begitu, SMH melaporkan, ucapan sebenar Xenophon berbunyi: "Apa yang kita lihat adalah paten jenayah dan kekejaman dunia. Sebagai bukti, ia tidak berlaku dengan sengaja; ia telah dirancang.

Scientology bukanlah organisasi keagamaan. Ia adalah organisasi jenyah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan beragama." ("What we are seeing is a worldwide pattern of abuse and criminality. On the body of evidence, this is not happening by accident; it is happening by design. Scientology is not a religious organisation. It is a criminal organisation that hides behind its so-called religious beliefs.")

Menurut laporan NST, Xenophon turut menyatakan sokongan terhadap perkahwinan sejenis dalam ucapan penangguhan yang sama, dan menyatakan ahli Parlimen lain turut sependapat dengannya dan pertubuhan sedemikian dibenarkan oleh undang-undang.

Akhbar itu turut memetik kenyataan Ahli Parlimen Bebas, yang bersama PKR sebelum ini, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengkritik Xenophon atas kenyataan tersebut yang bukan sahaja melampau terhadap Islam malah turut menyokong LGBT.

"Perlukah kita membiarkan orang macam Xenophon ini mempengaruhi budaya dan moral masyarakat kita menggunakan politik? dengan bersama Xenophon, adakah ini menyatakan Anwar turut menyokong pergerakan LGBT?" soalnya dipetik NST.

"Saya turut mencabar ulama PAS untuk menyoal Anwar kenapa beliau bersama Xenophon sebagai rakan, sedangkan jelas Xenophon menentang nilai-nilai Islam."

SMH bagaimanapun tidak menyatakan laporan NST berkenaan sokongan Xenophon terhadap gejala homoseks.

Namun akhbar itu mendakwa NST enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu malam tadi.

Xenophon merupakan salah seorang panel bebas yang antarabangsa "pra pilihan raya" yang dijemput ke Kuala Lumpur oleh Anwar untuk memerhati sistem pilihan raya negara.

Kumpulan tersebut mempunyai misi enam hari bermula 25 April ditugaskan untuk menemuramah kerajaan tempatan dan pemimpin politik, sebelum menyiapkan laporan dan cadangan berkenaan penambah baikan system pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia, berikutan pembangkang menyatakan sistem pilihan raya Malaysia adalah tidak adil dan bebas.

Mereka turut membuat pemantauan sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu, dan dalam respon awal, Xenophon menegaskan perhimpunan itu aman dan meriah, walaupun pemimpin kerajaan mendakwa berlakunya kekacauan. Oleh kerana kenyataan itu, Xenophon menerima kritikan kerana dikatakan bersekongkol dengan Anwar, dan persoalan berkenaan pendirian bebasnya ditimbulkan.

Bapa 4 anak dipenjara hantar mesej lucah

Posted: 04 May 2012 05:03 AM PDT

RUBIAH OMAR

Bapa 4 anak dipenjara hantar mesej lucah
 
Mohd Ruslaini dipenjara tiga bulan setelah mengaku salah sengaja mengaibkan kehormatan seorang janda anak satu dengan mengirim SMS berbaur lucah
 
 
KUALA TERENGGANU - "Bagi saya awak 'best of the best', biarlah awak janda pun, ikhlas dari hati saya bagitahu."

Itu antara isi kandungan khimat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar seorang buruh yang gila bayang selepas 'merindui' penangan urutan tangan seorang janda beranak satu.

Bukan itu sahaja, bapa kepada empat anak itu juga kerap mengganggu janda berkenaan dengan menghantar SMS dan MMS berbaur lucah.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral tertuduh, Mohd Ruslaini Rais, 49, akhirnya menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang mengaku bersalah dengan sengaja mengaibkan kehormatan terhadap mangsa, 40, melalui SMS dan MMS berunsur lucah pada 28 Disember tahun lalu kira-kira jam 6.11 petang di sebuah kedai makan di Kuala Ibai, di sini.

Tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa sedang makan bersama rakannya dan menerima SMS daripada nombor telefon tidak dikenali dipercayai milik tertuduh.

Disebabkan tidak tahan dengan gangguan tertuduh, mangsa yang bekerja sebagai tukang urut profesional itu mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu.

Susulan laporan dibuat, tertuduh ditangkap di kediamannya pada 9 April lalu, kira-kira jam 4 pagi.

4 peguam ditahan polis saman KPN, kerajaan

Posted: 04 May 2012 04:56 AM PDT

SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Empat peguam wanita yang ditahan polis ketika hendak berjumpa dengan anak guam mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin tiga tahun lepas, hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan.

Fadiah Nadwa Fikri, 29, Murni Hidayah Anuar, 28, Puspawati Rosman, 31, dan Syuhaini Safwan, 28 memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Daim & Gamany.

Mereka menamakan tiga pegawai penangkap, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Timbalan Penguasa Polis DSP Jude Pereira, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka berkata pada 7 Mei 2009, pukul 9.35 malam mereka telah hadir di luar perkarangan Ibu Pejabat Daerah Brickfields (IPD).

Tujuan mereka adalah untuk memberi bantuan guaman kepada 14 anak guam mereka yang ditahan pada hari itu kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin terhadap Wong Chin Huat, aktivis hak asasi yang ditahan mengikut Akta Hasutan.

Mereka pada masa itu peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mendakwa telah dihalang memasuki kawasan IPD itu untuk bertemu anak guam atas alasan anak guam mereka telah menandatangani satu borang bagi melepaskan hak mereka untuk bertemu peguam.

Keempat-empat peguam itu mendakwa anak guam mereka ketika dihubungi melalui telefon bimbit menafikan mereka menandatangani borang itu.

Mereka mendakwa telah beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan anak guam mereka tetapi gagal berjumpa.

Selepas itu seorang pegawai polis muncul bersama "loud hailer" membuat pengumuman supaya mereka bersurai di kawasan luar IPD itu namun mereka gagal berbuat demikian dan seterusnya mereka ditahan di dalam IPD itu.

Peguam-peguam itu mendakwa pada pukul 5 pagi, 8 Mei 2009 mereka dibawa menaiki kereta ke Balai Polis Travers dan dibebaskan dengan jaminan polis pukul 12 tengah hari.

Mereka mendakwa penahanan mereka itu tidak sah dan menyalahi undang-undang dan memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan kos.- Bernama

Isu Azmin: MP, Senator PKR serah kepada polis

Posted: 04 May 2012 04:54 AM PDT

Mohd Zulfadli Sharifudin

Isu Azmin: MP, Senator PKR serah kepada polis
 
Sebahagian daripada pemimpin PKR, ahli-ahli Parlimen dan Senator, yang menghadiri sidang media hari ini.
 
 
PETALING JAYA - Barisan wakil rakyat PKR menegaskan pihaknya tidak akan membuat siasatan atau laporan polis mengenai gambar imej lucah, yang disiarkan beberapa akhbar dan blog pro-Umno, yang lelakinya dikatakan mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, "kami menyerahkan pihak polis dan Jabatan Agama (Islam) untuk menyiasat isu itu."

"Tindakan menyebar gambar lucah dan seks adalah jenayah yang perlu diambil tindakan," kata beliau.

Menurutnya, ahli-ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara PKR menolak keras dan mengecam politik fitnah dan tuduhan jahat media pro-Umno terhadap Azmin kononnya beliau terlibat dalam adegan lucah yang dipapar dengan cara yang tidak bermoral oleh beberapa media cetak dan elektronik.

"Kami mendesak agar pihak-pihak tersebut meminta maaf dengan kadar segera terhadap Azmin.

"Isu gambar dan imej lucah yang didakwa kononnya Timbalan Presiden PKR sengaja didedahkan di media blog pro-Umno-BN boleh disifatkan sebagai cubaan niat jahat politik untuk meruntuhkan kredibiliti serta mengaibkan maruah pimpinan kanan Pakatan Rakyat," kata beliau lagi.

Katanya, kebangkitan rakyat pada Bersih 3.0 dan menolak Umno telah mempercepatkan penyebaran imej lucah yang dikatakan mirip Azmin bagi memperlahankan sokongan rakyat terdapat Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, ternyata, tindakan mereka gagal kerana rakyat dan anak muda semakin meluat dengan dengan politik lucah tajaan media pro-Umno-BN berbanding politik fakta serta pelaksanaan kebajikan rakyat oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Suhakam: Mat Sabu cedera kerana ‘pelanggaran’ tapi…

Posted: 04 May 2012 04:26 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Mohamad Sabu
 
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
 
 
KUALA LUMPUR - Inkuiri Suhakam menunjukkan kecederaan dialami oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berpunca daripada pelanggaran dengan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi tidak terdapat bukti konklusif mengenai cara insiden itu berlaku.

Laporan penemuan dikeluarkan hari ini berkata, tiada bukti sama ada kenderaan PDRM yang telah melanggar beliau dan penunggang motosikal, Mohd Zulkifli Abdul Halim atau kedua-dua mereka sendiri melanggar kenderaan polis dalam usaha untuk mengelak diri daripada ditangkap atau pelanggaran tersebut berlaku dengan begitu saja tanpa sesiapa yang melakukannya dengan sengaja.

Perkara itu terkandungan dalam laporan siasatan awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan Bersih 9 Julai 2011.

Suhakm berkata, walaupun PDRM mempunyai kuasa dan sebab yang sah di sisi undang-undang untuk melakukan tangkapan, cara yang digunakan untuk melaksanakan penahanan terhadap mana-mana individu haruslah bersesuaian dengan kesalahan.

"Prinsip hak asasi dan keselamatan terhadap anggota mahupun individu yang hendak ditahan haruslah diutamakan di mana satu garis panduan haruslah diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggota-anggota PDRM dalam melakukan tangkapan.

"Rawatan segera haruslah diberikan kepada mana-mana individu yang ditahan," kata laporan Suhakam.
Malah ia menambah, pegawai atau anggota yang melakukan tangkapan juga sepatutnya membuat penilaian yang objektif di mana sekiranya kecederaan berkemungkinan besar berlaku semasa proses penahanan, bantuan perubatan haruslah diberikan dengan segera.

Dalam keterangannya kepada panel pendengaran awam yang diadakan sejak akhir tahun lalu, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau telah memasuki kawasan Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Menurut Mohamad, sekitar jam 1 tengah hari beliau telah membonceng sebuah motosikal menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zohor.

Mohamad mendakwa beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta Pajero di sekitar Jalan Travers.

"Akibat daripada pelanggaran tersebut beliau telah terjatuh dan mengalami kecederaan parah sehingga memerlukan pembedahan," kata Mohamad dipetik laporan Suhakam itu.

Menurut Mohamad, beliau hanya menyedari bahawa kenderaan tersebut adalah milik PDRM setelah pelanggaran tersebut benar-benar berlaku.

"Selanjutnya W6 (Mohamad) menyatakan beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan untuk beliau berhenti yang dibuat oleh mana-mana pegawai atau anggota polis yang menahan beliau sebelum pelanggaran tersebut berlaku.

"Mohd Zulkifli bin Abdul Halim (W7), pemandu motosikal tersebut, juga melalui kenyataan yang dibuat di hadapan Panel menyokong kenyataan W6 dengan sedikit pembetulan, iaitu pelanggaran tersebut sebenarnya berlaku di Bukit Persekutuan dan bukannya Jalan Travers," kata laporan itu.

Saksi-saksi dari PDRM iaitu ASP Kamal Khan Mohd Sharif (W8) dan Lans Koperal Muhamad Fauzi Mustafa (W9) sebaliknya menyatakan bahawa mereka telah memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai dan anggota PDRM kepada Mohamad dan Zulkifli dan telah beberapa kali mengeluarkan arahan kepada mereka melalui isyarat tangan dan laungan, bermula dari Jalan Travers sehingga lokasi pelanggaran supaya memberhentikan kenderaan tetapi tidak diendahkan.

"Selanjutnya W9 mengatakan bahawa beliau telah melakukan sekatan dengan menggunakan kereta yang mempunyai lambang PDRM untuk menghalang W6 dan W7 dari melarikan diri.

"Mengikut keterangan W9 lagi, kenderaan yang dinaiki oleh W6 dan W7 telah melanggar bahu jalan sebelum berlanggar dengan kenderaan PDRM yang dipandu oleh W9," kata laporan itu.

Laporan itu menambah, W8 pula menyatakan beliau menyedari W6 mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan semasa di lokasi tangkapan, lalu memaklumkan hal tersebut kepada Dr Nurul Azlean binti Norzah (W12) yang memberikan rawatan kepada W6 di Balai Polis Jinjang.

"W12 menyatakan beliau telah mengesyorkan supaya W6 dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut dan ini telah disahkan oleh W6 sendiri.

"W12 juga menyatakan tidak terdapat kesan kotoran seperti pasir atau tanah di bahagian yang cedera. Berdasarkan kepada keadaan tersebut beliau berpendapat bahawa kecederaan berkenaan berkemungkinan terjadi akibat pelanggaran dengan permukaan keras dan bukannya pergeseran dengan permukaan seperti itu.

"Dr Abang Askandar Kamel Basrull bin Abang Bruce (W18), Dr Ankimtey anak Rutel (W13) dan W12 yang memberikan rawatan kepada W6 mengesahkan kecederaan yang dialami oleh W6 adalah disebabkan pelanggaran dengan objek tumpul.

"W18 juga telah melakukan pembedahan ke atas W6 untuk merawat kecederaan yang dialami oleh W6," kata laporan Suhakam itu lagi.

Sultan Kelantan jalan kaki 7 Km

Posted: 04 May 2012 04:14 AM PDT

Rizal Tahir,

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah berjaya berjalan sejauh 7 kilometer sekitar Bandar Kota Bharu sempena program 'Walk Whith Me 2012' yang bermula selepas solat Asar semalam.

(Sultan Kelantan [tengah depan] berjalan kaki 7 KM di Kota Bharu semalam)

Baginda berkenan berjalan kaki bersama peserta kenamaan dan pimpinan selepas majlis pelepasan dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira 6.05 petang.

Terdahulu baginda membuat pelepasan untuk peserta 40 tahun ke bawah.

Turut bersama baginda hampir 30,000 peserta lain yang terdiri dari pemimpin kerabat D'Raja Kelantan, kerajaan negeri, Persekutuan, individu serta pelajar sekolah pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di negeri itu.

Program ini semakin mendapat sambutan selepas kejayaannya yang mula diadakan pada tahun lalu yang dianjurkan Persatuan Kerabat Di Raja Al Muhammadi.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohammad, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain pimpinan negeri dan Persekutuan.

Pelombongan pasir bahayakan penduduk

Posted: 04 May 2012 04:11 AM PDT

 
PAS mendakwa Yayasan Bukit Katil dan syarikat swasta melombong pasir di tanah milik kerajaan dan persendirian sejak beberapa tahun lalu.




PETALING JAYA: PAS Melaka mendedahkah pihak tidak bertanggungwab mengorek pasir yang membahayakan penduduk setempat di Kampung Bukit Senggeh  dalam  Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

PAS mendakwa Yayasan Bukit Katil dan syarikat swasta melombong  pasir di tanah milik kerajaan dan persendirian sejak beberapa tahun lalu.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, beliau sudah beberapa kali melawat kawasan tersebut dan yang terbaru minggu lalu.

`Lubang besar'

"Terdapat sekurang-kurangnya enam atau lapan 'lubang besar' yang boleh diibaratkan sebagai bencana kepada penduduk sekiranya lubang-lubang itu pecah dan bercantum boleh mengakibatkan banjir besar.

"Lubang itu sangat dalam dan pasir yang dikorek itu dijual di sekitar Melaka" katanya lagi.

Menurutnya, penduduk mendakwa pengorekan pasir tersebut akan membahayakan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

Beliau berkata, tanah yang dikorek itu sudah menjadi lombong dan menjadi lebih tinggi dari tanah milik penduduk di kawasan berhampiran.

"Tanah penduduk menjadi tidak berguna lagi dan menjadi semakin sempit akibat hakisan dari kerja mengorek pasir lombong tersebut," beliau menambah.

Adly berkata, penduduk telah membawa isu ini kepada pihak berwajib tetapi masih belum diselesaikan.
Seorang peguam kin sedang menguruskan kes ini.

Suhakam: Tembak gas di KL Sentral tak sesuai

Posted: 04 May 2012 04:09 AM PDT

Nazri Abdullah,


Orang ramai yang terperangkap di laluan bawah KL Sentral akibat serangan gas pemedih mata FRU.


KUALA LUMPUR: Panel Siasatan Suhakam hari ini mendakwa tembakan gas pemedih mata oleh polis di KL Sentral pada himpunan Bersih 2.0 juga tidak bersesuaian dengan keadaan dan faktor lokasi.

"Tempat menunggu bas tersebut adalah separuh tertutup dan akses untuk peserta-peserta himpunan bersurai secara teratur dan selamat adalah terbatas di mana hanya terdapat satu tangga dan satu eskalator untuk keluar dari ruang ini.

"Panel mendapati bahawa tembakan gas pemedih mata telah dilepaskan oleh PDRM dari dua arah yang bertentangan dan ini telah menimbulkan kemungkinan kecederaan atau kematian terhadap peserta perhimpunan yang berada di kawasan berkenaan," laporan siasatan itu dipetik.

Laporan siasatan itu turut dibaca kepada media pada sidang akhbar di pejabat Suhakam di sini tengahari tadi.

Sidang media itu dikendalikan Pengerusi Panel Prof Datuk Dr. Khaw Lake Tee yang juga Timbalan Pengerusi Suhakam dan dua ahli panel lain iaitu Prof Datuk Dr Mahnood Zuhdi Abd Majid dan Detta Anak Samen.

Sementara itu, panel siasatan turut mengesyorkan pihak polis agar tidak menggunakan sebarang senjata yang berisiko terhadap keselamatan orang ramai di dalam mahupun di sekitar kawasan awam.

Ianya termasuk, hospital, sekolah, tempat-tempat ibadah dan tempat-tempat dikategorikan sebagai kawasan awam yang lain.

Syor itu dibuat merujuk kepada tindakan pihak polis menembak meriam air dan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Shin (HTS) dan Hospital Bersalin Cina (HBC) pada himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu.

"Panel berpendapat bahawa walaupun tiada bukti dikemukakan bahawa gas pemedih mata dilepaskan ke dalam perkarangan HTS, gas pemedih mata yang dilepaskan di sekitar jalan pudu berkemungkinan memasuki HTS.

"Panel juga berpendapat bahawa tembakan meriam air dan gas pemedih mata telah dilepaskan dari kedua arah bertentangan dan ini menyebabkan peserta perhimpunan tersepit dan mengalami kesukaran untuk bersurai,' katanya.

Pegawai Najib bertanding PRU13?

Posted: 04 May 2012 04:06 AM PDT

 
Andaian itu dibuat oleh bekas pemimpin Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin.




PETALING JAYA: Beberapa pegawai Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa berminat menjadi calon BN dalam pilihan raya umum ke 13.

Andaian itu dibuat oleh bekas pemimpin Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Shahbudin Husin.

Dalam blognya, shahbudin.blogspot.com. pegawai Perdana Menteri yang didakwa berminat ialah Datuk Mohd Fatmi Che Salleh; Datuk Mohd Shafie Abdullah; Datuk Sahlan Ismail; Datuk Jalaini Ngah; Datuk Ghazali Ibrahim; Datuk Farid Ridzuan dan Datuk Latt Shariman Abdullah.

Mohd Fatmi, Mohd Shafie, Jalaini dan Shahlan merupakan setiausaha politik Najib, Ghazali (pegawai khas), Farid (pegawai media) dan Latt Shahriman (pegawai tugas-tugas khas).

"Mohd Fatmi  berminat bertanding di kerusi parlimen Kota Baru manakala Mohd Shafie di parlimen Wangsa Maju sesuai dengan kedudukan mereka sebagai ketua Umno bahagian," kata beliau.

`Menteri Penerangan'

Manakala, Sahlan dikhabarkan sedang mengintai untuk bertanding di parlimen Pokok Sena yang dikini disandang Datuk Mahfuz Omar, seorang Naib Presiden PAS.

Jailani anak jati Terengganu kata Shahbudin melobi untuk bertanding  DUN Batu Rakit dalam parlimen Kuala Nerus.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kerusi yang akan ditanding Ghazali,  ahli Parlimen Padang Terap pada 2004.

"Farid dijangka bertanding di Perak atau negeri lain yang boleh menang dan diwar-warkan dilantik Menteri Penerangan," kata Shahbudin.

Latt Shariman pula dijangka bertanding di Kedah. Beliau merupakan ketua Umno Kuala Kedah.

Panel bebas: Kerajaan cuba ketepikan Suhakam

Posted: 04 May 2012 04:03 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa,
 

KUALA LUMPUR: Kerajaan sengaja mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila hendak menubuhkan panel siasatan bebas yang lain untuk menyiasat perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Itu kerja Suhakam. Kenapa ketepikan Suhakam dan tubuh pula kononnya panel siasatan bebas untuk siasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu?

"Apa perlu panel siasatan itu sedangkan Suhakam telah membuktikan ia menjalankan kerjanya dengan professional," beliau mempersoalkan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan tindakan itu sebagai bukti nyata bahawa kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak menghargai kewujudan Suhakam malah terangan-terangan menunjukkan rasa tidak percaya kepada suruhanjaya tersebut.

"Mengapa kerajaan terang-terang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam?

"Adakah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaannya marah dan sakit hati sangat kerana merasakan pendengaran Suhakam sebelum ini tidak menyebelahi pihak mereka," soal Mahfuz lagi.

Tindakan kerajaan yang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam itu seolah-olah sengaja mahu mendorong masyarakat antarabangsa khususnya meragui kemampuan suruhanjaya itu, katanya.

"Kerajaan nampaknya tidak mahu mengiktiraf peranan Suhakam sebagai pelindung hak asasi semua pihak termasuk pihak polis sendiri," kata Mahfuz (gambar)

Beliau juga bimbang kerajaan sengaja menolak peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Suhakam untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu kerana mahu mencari pihak yang boleh melindungi jenayah yang dilakukan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu.

"Adakah kerajaan sengaja hendak mencari orang yang boleh berkerjasama untuk melindungi apa yang dilihat umum sebagai jenayah kerajaan Umno dan sebahagian anggota polis yang bertindak kejam dan ganas terutama yang mengarahkan tindakan sedemikian terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu?" tanya Mahfuz.

Beliau menyifatkan tindakan mengetepikan Suhakam itu menambahkan lagi keyakinan masyarakat termasuk masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan cuba melindungi keganasannya dari disiasat secara bebas, bersih dan adil.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.

Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika.

Himpunan Tanah Rakyat di Johor esok

Posted: 04 May 2012 04:01 AM PDT

Mazlan Aliman,
Esok, 5 Mei bakal mencipta sejarah. Dijangkakan 30 ribu rakyat, bermula jam 1.45 tenghari; bakal membanjiri Dataran Plaza Angsana Johor Bharu. Kehangatan Himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri 250,000 rakyat akan bersambung ke Negeri Johor; kubu terkuat Barisan Nasional.

Isu Pulau Batu Putih, Penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia, penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, masadepan Penduduk Pengerang disebabkan projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia, perampasan tanah rakyat, perobohan rumah Peneroka Bandar dan siri-siri kezaliman terhadap rakyat bakal dizahirkan dalam himpunan terbesar di Selatan tanahair.

Suara rakyat adalah suara keramat. Terlalu lama rakyat bersabar. Tangisan dan derita rakyat tidak dipeduli kerajaan BN yang terus2an merampas tanah rakyat. Sudah kering air mata rakyat. Laporan Polis sudah, hantar memorandum pun sudah. Apa kesudahannya?

Berkorban rakyat hingga ke Parlimen dan Putrajaya mencari pemimpin mereka. Tiada yang sudi bertemu muka. Mana janji pemimpin BN, apa yang telah dilakukan oleh Wakil Rakyat mereka?

Kini, Plaza Angsana akan menerima ' tetamu yang paling ramai'. Selamat Datang kepada pencinta kebenaran dan teman-teman seluruh negara. Kita tamatkan keangkuhan dan kesombongan Kerajaan BN di Johor.

Ini perhimpunan Aman. Kita bukan nak bermusuh dengan polis. Kita mahu beri isyarat kepada Kerajaan BN. Selesaikan segera masalah rakyat....atau Kerajaan BN bakal berkubur selepas PRU 13!

* Penulis adalah Pengerusi Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) merangkap Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah PAS Pusat

Bersih 3.0: Malapetaka perhubungan awam terbesar Najib

Posted: 04 May 2012 04:00 AM PDT

Harakahdaily,



(Najib merenung Bersih 3.0 yang menjadi malapateka untuknya)


KUALA LUMPUR: Magnitud kerosakkan  perhubungan awam Bersih 3.0 jauh lebih besar berbanding Bersih 2.0 untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila kisah ngeri kekejaman polis dibongkarkan.

Demikian kata pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

"Sepertimana yang telah saya katakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas, memang terdapat banyak 'mangsa' terutamanya dari pihak Polis, petugas media arus perdana dan Suruhanjaya Pilihan Raya; tetapi tanpa sebarang keraguan, orang yang menanggung kekalahan paling teruk ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Keadaan ini lebih kelihatan pasca "duduk bantah" Bersih 3.0 Sabtu lepas pada 28 April lalu, kerana Bersih 3.0 merupakan satu malapetaka perhubungan awam untuk Najib berbanding Bersih 2.0.



(Orang ramai lari pertempiaran selepas diserang dengan gas pemedih mata)

Magnitud kerosakkan dan impaknya bertambah buruk apabila kisah ngeri kekejaman dan kezaliman Polis dibongkarkan oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang turun ke Kuala Lumpur dalam keadaan aman tetapi tidak pula dibenarkan pulang dan bersurai dalam keadaan aman.

Tiada seorang pun rakyat Malaysia yang waras dan boleh berfikir mungkin mudah terbeli dengan dakwaan Najib semalam bahawa penganjur Bersih 3.0 bertanggungjawab atas keganasan Sabtu lalu, khasnya amukan keganasan dan kekejaman Polis terhadap peserta perhimpunan aman dan petugas media.

Bagi beliau, kuasa berlebihan, tidak bertempat dan tanpa berkecuali yang digunakan oleh polis, sama ada penembakan gas pemedih mata, tembakan meriam air mahupun keganasan dan kekejaman lainnya, tidak boleh dihalalkan atas alasan demonstran merempuh hadangan Dataran Merdeka Sabtu lepas.

Sebuah kritik terhadap salahtadbir kerajaan dalam menangani perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihanraya bebas dan adil pada Julai tahun lepas menggesa agar pentadbiran Najib membuang mentaliti 'Perang Dingin' dan memodenkan konsepnya dalam menangani isu keselamatan dalam negara dan isu-isu nasional lain.

"Namun begitu, mentaliti 'Perang Dingin' ini dilihat dominan dalam cara pengurusan acara 'duduk bantah' Bersih 3.0 selepas 3 petang Sabtu lepas," katanya.

Pentadbiran Najib harus diingatkan semula bahawa 'musuh'nya bukan lagi komunis yang mengangkat senjata dan berperang di dalam hutan belantara.

"tetapi sebuah gerakan masyarakat yang terdiri daripada golongan pertengahan yang sudah celik politik yang turut berhubung dengan masyarakat dunia dan bergerak atas isu-isu yang sah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan seperti pilihanraya yang bebas dan adil; hak asasi untuk berhimpun dan berpersatuan; pentadbiran berintegriti, baik, bersih dan tanpa rasuah!"

Tentang salahurus kerajaan semasa perhimpunan Bersih 2.0, Najib mempunyai peluang untuk berhenti sejenak, berundur dan menyelamatkan situasi sebelum kerosakkan yang lebih parah berlaku – yang membawa kepada ucapan Hari Malaysia pada 16 September tentang Transformasi Politik besama janji-janji reformasi kebebasan demokrasi dan hak asasi.

(Apa yang Najib boleh jelaskan dengan gambar ini)

"Adakah Najib mampu merentasi kabut propaganda ciptaannya dan para penasihat beliau untuk menyedari bahawa Bersih 3.0 merupakan satu bencana yang lebih besar untuk beliau berbanding Bersih 2.0.

"Ini kerana ia turut membawa kepada 'hari terburuk dalam sejarah media di Malaysia' di mana wartawan dan jurugambar sekaliannya telah protes pada Hari Kebebasan Media Sedunia semalam dengan memakai pakaian berwarna hitam bersama riben kuning.

"Dan profesionalisme polis mendapat lebam mata paling teruk dalam sejarah dengan amukkan keganasan dan kekejaman anggotanya terhadap peserta perhimpunan aman dan petugas media?" kata Lim Kit Siang.

Beliau turut mempersoalkan, adakah Najib menyedari bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein, pernah menyatakan sebelum ini bahawa Bersih 3.0 bukanlah "ancaman keselamatan" kerana ia "tiada daya tarikan".

Beliau juga amat pantas memuji 'ketahanan diri dan profesionalisme polis' meski terpampang kes amukkan keganasan dan kekejaman polis paling teruk.

Beliau tidak boleh meyakinkan orang awam bahawa sebuah penyiasatan awam tanpa sebarang halangan akan menyiasat keganasan Bersih 3.0 tanpa mengira mangsa – sama ada polis, wartawan mahupun peserta perhimpunan aman?

"Bolehkah Najib berhenti sejenak, melihat ke belakang, dan menyelamatkan keadaan sebelum lebih banyak binasa dilakukan terhadap pentadbirannya dan juga persepsi antarabangsa terhadap negara akibat salahurus yang lebih besar sewaktu "duduk bantah" Bersih 3.0 berbanding Bersih 2.0 Julai lalu?" soal Kit Siang lagi.

Keganasan Polis Tidak Gentarkan Anak Muda

Posted: 04 May 2012 03:57 AM PDT

MSO


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama 70 Ngo dibawa kendalian anak-anak muda dari berbagai-bagai lapisan anak muda Malaysia akan mengadakan pamiran bergerak menayangkan video dan mempamirkan pelbagai bentuk gambar-gambar keganasan polis semasa menyuraikan himpunan Bersih 3.0 minggu lalu.

Perkara ini dinyatakan oleh ketua SAMM, Badrul Hisham Sharin atau dikenali dengan Che GuBadr malam tadi dalam majlis ringkas perkisahan beliau dan teman-teman yang menjadi mangsa keganasan dan kedurjanaan polis semasa di rumah Anwar Ibrahim.


Anwar memuji Badul dan rakan-rakannya.
Dalam pamiran itu orang ramai dapat menyaksikan aksi polis yang membelasah para peserta di mana aksi dan sikap rakus polis ini tidak ditayangkan di media eletronik dan cetak penjilat tahi.  Sebaliknya apa yang mainkan oleh media massa mengenai aksi para himpunan yang digambarkan ganas dan bertindak ke atas polis.
Pemiran itu menurut Badrul akan diadakan di seluruh negara, ke kampung-kampung dan desa di mana masyarakatnya hanya menerima akses media penjilat tahi sahaja.

"Kita berharap pamiran ini akan memberi gambaran jelas apa yang berlaku pada himpunan Bersih 3.0 lalu mengenai tindakan ganas polis," katanya.

Dalam pengkisan ringkasan mengenai senario Bersih dan tindakan ganas polis, Badrul mencerita polis telah melakukan para perserta sebagai mangsa mereka tanpa ada belas kesian. Polis akan membelasah mana-mana para peserta secara beramai-ramai. "Keadaanya macam di dalam hutan rimba dimana polis bertindak semacam haiwan liar kelaparan yang menerkam mangsa," tegasnya.

Beliau sendiri ditendang, ditumbuk beramai-ramai oleh anggota polis, sampai berdarah hidung dan keluar air dari telinga. "Saya tidak dapat bebruat apa-apa dalam keadaan begitu selain diam dan meminta maaf agar jangan diperlakukan demikian.... namun permohonan dan rayuan saya tidak dipedulikan," ceritanya lagi.

Paling tidak bermoral polis yang dilakukan ke atas Badrul sambil membelasah wang beliau juga RM200 dirampas (curi) polis. "Saya dengar setelah selesai membelasah dan mencuri duit saya mereka gelak beramai-ramai.

Sambil membelasahnya juga polis mengeluar kata-kata kesat dan menghina dirinya dan juga diri Anwar Ibrahim dengan mengatakan, ini orang kuat Anwar bontot. (Cis kepada polis ini).

Malam tadi selain Badrul tiga orang rakannya yang turut menjadi mangsa polis turut mengisahkan nasib pada himpunan itu. Shafik yang pertama kali menyertai Bersih atas kemahuannya sendiri bersumpah dia tidak akan menyokong Umno lagi dan sebaliknya akan menentang parti yang dianggap durjana kerana mengarah polis berlaku sadis.

"Walaupun inilah kali pertima saya menyertai demonstrasi dan saya dibelasah ia tidak akan memeritkan saya, apa yang berlaku itu menjadikan saya akan turun di mana saja demonstrasi untuk menjatuhkan Umno. Umno kena jatuhkan sebab ia sebuah parti jahat," katanya tanpa menggambarkan kegerunan.

Tegas Badrul lagi himpunan Bersih 3.0 adalah sejarah bagi anak-anak muda. "Saya melihat himpunan Bersih 3.0 menunjukkan kebangkitan anak-anak muda Malaysia untuk merubah kerajaan,"

Malam tadi juga Badrul dan anak-anak muda menyatakan janji dan ikrar mereka, bahawa keganasan polis itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus bangkit bagi menghancurkan kezalaiman.

"InsyaAllah kami tidak akan gentar bahkan apa yang berlaku itu memberi semangat kepada kami untuk terus bangkit," ujarnya disambut takbir dan tepukan gemuruh dari kira-kira 100 orang yang hadir pada setiap malam Jumaat di rumah Anwar untuk bertahlil, munajak dan solat hajat. 

Anwar pula dalam memberi reaksi kepada kebangkitan anak-anak muda, Badrul dan rakan-rakannya menganggap mereka adalah hero-hero baru yang boleh disandarkan oleh rakyat. Saya ucap syabas dan tahniah atas keberanian mereka kerana menegakkan keadilan dan kebenaran.

Sila rujuk you tube ini.

http://www.youtube.com/watch?v=DXC9AS0-vs4

Fitnah lucah: Umno, Utusan bankrap maruah

Posted: 04 May 2012 03:54 AM PDT

KEADILAN DAILY

PETALING JAYA : Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Umno dan media kawalannya semakin bankrap maruah dan moral apabila menggunakan fitnah seks sebagai senjata menjatuhkan musuh politik.

Beliau berkata, Umno BN tidak mempeduli kesan kepada generasi muda apabila budaya fitnah dan lucah disebar secara terbuka dan berleluasa.

"Melihat peningkatan gejala keruntuhan moral seperti zina, gay, lesbian, pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah yang begitu ketara sejak akhir-akhir ini, nyata ia kesan buruk dari gejala fitnah seksual.

"Umno dan Utusan Malaysia melakukan jenayah besar kepada rakyat dan mereka perlu bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Nur berkata, tindak-tanduk akhbar itu mengesahkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad Umno kini ketandusan bijak pandai dan profesional sebagai peneraju perjuangan.

Ia juga ekoran tekanan dihadapi Umno BN dalam menghadapi kebangkitan rakyat pada Bersih 3.0 dan isu rasuah RM3 bilion dalam pembelian Scorpene.

"Apa yang dilakukan hanya penerusan budaya tahyul, liar dan lucah yang telah diamalkan sekian lama melalui pelbagai terbitan. Strategi sama diguna kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri fitnah seksual sejak 1998.

"Namun, usaha yang dilakukan untuk memudar sinar kepimpinan tokoh ini tetap gagal kerana rakyat Malaysia lebih bijaksana dalam menilai hakikat dan kebenaran," katanya.

Indeks menurun, bukti Najib tak ikhlas reformasi kebebasan media

Posted: 04 May 2012 03:48 AM PDT

Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR : Penurunan indeks kebebasan media daripada 143 kepada 144 yang dikeluarkan Freedom House membuktikan liberalisasi media oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya retorik.

 Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, lebih malang indeks itu menurun selepas kerajaan Najib meminda Akta Mesin Cetak dan Akta Penerbitan kononnya ke arah kebebasan media.
 
"Saya tidak terkejut. Penurunan sepatutnya lebih teruk daripada itu. Serangan bertubi-tubi ke atas petugas media pada perhimpunan Bersih 3.0 bertujuan menyekat mereka melaporkan berita yang benar.

"Insiden paling malang itu menyebabkan mereka (media) membuat protes membantah kekasaran terhadap mereka sewaktu menjalankan tugas. Adakah ini yang dikatakan kebebasan media oleh Najib?

"Najib tidak ikhlas mereformasi kebebasan media dan lebih malang ia berlaku selepas beliau meminda akta kononnya untuk menjadikan kebebasan media lebih baik," katanya dihubungi Keadilan Daily.

Freedom House, badan yang menyokong kebebasan demokrasi dan hak asasi, mengeluarkan laporan, kebebasan akhbar Malaysia jatuh satu anak tangga pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Menurut kaji selidik itu, 10 negara terbaik adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Denmark, Luxembourg, Belanda, Switzerland, Andorra, Iceland dan Liechtenstein.

Manakala 10 negara terburuk Myanmar, China, Syria, Cuba, Guinea Khatulistiwa, Iran, Belarus, Eritrea, Uzbekistan, Turkmenistan dan Korea Utara.

Di Asia Tenggara, Timor Timur (75), Filipina (88), Indonesia (97), dan Thailand (132) menduduki tangga lebih baik dan dikategori  'sebahagian bebas' manakala Malaysia (144) masih dalam kategori 'tidak bebas'.

Sebanyak 197 negara tersenarai dalam kaji selidik oleh organisasi yang berpangkalan di  Washington DC, Amerika Syarikat.

Pada masa sama, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap penurunan itu kerana ia bercanggah dengan janjinya membawa kebebasan media di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Chin Sung Chew yang masih tidak berpuas hati dengan kebebasan media negara ini mendesak kerajaan menghapuskan semua akta yang mengongkong kebebasan media.

"Kekasaran terhadap petugas media pada Bersih 3.0 mencetuskan perspektif negatif masyarakat terhadap kebebasan media. Jadi saya menyeru kerajaan mengotakan janji untuk membawa kebebasan media lebih baik," katanya.

Isham Rais: Provokasi, khabar angin rancangan pihak berkuasa

Posted: 04 May 2012 03:46 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja Bersih 3.0, Hishamuddin Rais menjelaskan, keganasan terhadap peserta himpunan yang dikatakan berpunca dari khabar angin dan provokasi sebenarnya adalah sebahagian dari perancangan pihak berkuasa.

Pada Forum 'Pasca Bersih 3.0: Keganasan Polis & Media Blackout' di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor malam tadi, Hishamuddin berkata, sebagai alat pemerintah, peranan polis adalah menyokong sistem dan struktur kerajaan.

"Kita perlu tahu apa itu polis dan apa itu keganasan. Khabar angin itu sebenarnya adalah sebahagian dari perancangan.

"Jangan ada ilusi bahawa kita sedang berdemonstrasi di London, berarak dari Hyde Park menuju ke Trafalgar Square. Boleh duduk-duduk dan minum kopi. Ini negara dunia ketiga. Jadi kita tidak perlu takut kepada keganasan.

"Ada dua jenis keganasan. Satu keganasan reaksioner, dan satu lagi keganasan revolusioner. Bila anak-anak muda bangun melawan, itu keganasan revolusioner," tegas Hishamuddin.

Justeru, beliau menjelaskan persoalan tentang siapa yang mula memecahkan penghadang di Dataran Merdeka bukan soalan fundamental melainkan fokus kepada asas tuntutan, iaitu pilihan raya yang bebas dan adil.

"Bersih dah buat tiga tahun. Kalau Bersih adalah sekolah, maka kamu sekarang sudah 'graduate'. Kamu boleh adakan demonstrasi kamu sendiri dan pensyarah boleh letak jawatan dan pindah ke Bali," katanya sambil disambut ketawa dan tepukan gemuruh hadirin.

Sementara itu, Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya menjawab soalan hadirin menjelaskan, tidak ada sesiapa yang perlu dipersalahkan ketika serangan dibuat, sama ada penganjur mahu pun peserta himpunan.

"Pihak yang patut disalahkan kerana tidak dapat berhimpun di Dataran Merdeka adalah kerajaan sendiri," jelasnya.

Mengakui lebih giat sebagai aktivis parti politik berbanding aktivis awam, Latheefa bersimpati terhadap pihak yang berhujah kononnya himpunan Bersih 3.0 direbut parti politik.

"Kita tidak boleh neutral (tidak berpihak). Saya tak hairan sekiranya ada pandangan yang mengkritik media arus perdara kerana menggelapkan (blackout) kenyataan mereka. Perkara inilah yang kami (parti politik) hadapi selama ini.

"Bersih 3.0 ialah manifestasi keganasan. Tetapi kita perlu juga tahu keganasan sebenarnya berlaku setiap hari. Kita perlu tahu apabila kita mencabar kekuasan, memperjuangkan kebebasan bersuara, ketika itulah kita ditekan.

"Namun kita mesti sentiasa optimis, bahawa perubahan di negara ini masih boleh dilakukan," kata Latheefa.

Bilik berita jadi hitam dan kuning

Posted: 03 May 2012 09:08 PM PDT

 
 
Hari Kebebasan Akhbar Antarabangsa pada 3 Mei biasanya datang dan pergi dengan sedikit keriuhan, tetapi lain pula halnya pada tahun ini.

NONESemalam Malaysia menyaksikan satu percubaan terbesar oleh para wartawan untuk menyuarakan kebebasan akhbar dan mengambil pendirian keras terhadap kekasaran polis.

Bilik berita di seluruh negara menyaksikan ramai wartawan yang datang bertugas dengan berpakaian hitam - sebagai tanda protes, serta reben kuning - simbol yang digunakan untuk kebebasan akhbar.

Ia merupakan satu semangat perpaduan untuk belasan rakan-rakan mereka yang dikasari, diganggu dan diugut ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

NONEMalah, kebanyakan wartawan yang menghadiri satu sidang akhbar
polis di Kuala Lumpur semalam, berpakaian hitam, manakala jurugambar pula mengikat kain kuning di kamera masing-masing sebagai tanda perpaduan.

Beberapa wartawan yang bertugas The Star (kiri) dan akhbar-akhbar utama berbahasa Cina turut mengadakan hari 'Media in Black (MIB)' di tempat kerja mereka.

NONEDan gambar-gambar mereka dikongsi di laman rangkaian sosial peribadi Facebook dan Twitter, manakala media cetak Cina pula menyiarkan gambar-gambar yang sama di laman rasmi Facebook mereka.

Media cetak Cina, yang petugasnya paling ramai dikasari polis Sabtu
lalu, tampil bergambar beramai-ramai sambil memegang kain rentang kebebasan akhbar, di depan pejabat masing-masing.
NONEDi stesen radio 988, deejay juga berpakaian hitam dan kuning, untuk bersama-sama rakan-rakan dari portal berita Malaysiakini, Merdeka Review, Free Malaysia Today dan saluran berita Astro Awani dan malah stesen TV kerajan - TV2 (foto di bawah).

Pembaca berita NTV7 Lee Siad Huey menulis di laman Facebooknya
bahawa rakan-rakannya di seksyen Mandarin memakai MIB, tetapi mengeluh kerana kurangnya sokongan daripada rakan-rakan mereka dari seksyen bahasa lain.

NONEDi The Sun dan Malay Mail, di mana wartawan kedua-duanya didakwa dikasari polis Sabtu lalu, petugasnya juga berpakaian hitam, bersama reben kuning.

Malah, wartawam The Sun, Radzi Razak, yang dimasukkan ke hospital
kerana kecederaan yang dialami pada hari berkenaan, turut menyiarkan gambarnya berpakaian hitam untuk memperingati hari tersebut di Twitter.

NONERadzi (kiri) dan jurukamera al Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang dialami semasa
membuat liputan di perhimpunan tersebut. Azmi cedera diserang peserta. Radzi dibenarkan keluar hospital pukul jam 7 malam semalam.

'Kamu sudah graduasi, boleh susun demo sendiri'

Posted: 03 May 2012 09:04 PM PDT

 

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0 dan aktivis sosial Hishamuddin Rais berkata rakyat tidak memerlukan perhimpunan itu buat kali keempat jika kerajaan dan Umno didakwa masih terus menipu dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, katanya, rakyat sendiri akan mengurus perhimpunan tanpa organisasi seperti BERSIH atau parti politik untuk membantah tindakan tersebut dan tidak mustahil boleh mencecah sehingga satu juta orang berbanding perhimpunan Sabtu lalu.


after permatang pauh 916 an oppotunity to change forum 100908 hishamuddin raisBercakap dalam forum pasca-BERSIH 3.0 di ibu negara malam tadi, Hishamuddin menyifatkan ia bukan "satu ancaman" sebaliknya janji dan tidak mustahil sentimen keluar beramai-ramai ke jalanan akan berlaku.

"Kalau perkara (tuntutan) asas (BERSIH) tidak didengari, rakyat tidak perlu organisasi seperti BERSIH untuk menyusun (perhimpunan.

"Kita sudah ada BERSIH satu, dua dan tiga. Kamu sudah graduasi. Sudah boleh buat sendiri (perhimpunan). Kamu sudah dapat ijazah protes jalanan, sudah boleh buat sendiri," katanya sambil diiringi dengan tepukan dan gelak ketawa hadirin yang hadir.

Beliau menyifatkan kehadiran ratusan ribu peserta yang membanjiri Kuala Lumpur Sabtu lalu berada atas landasan yang betul sebagai bantahan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

'Untuk pertahan Najib'
Hishamuddin menjawab pertanyaan umum berhubung keharusan mengadakan perhimpunan itu kali keempat selepas peserta perhimpunan tidak dibenarkan memasuki Dataran Merdeka - lokasi asal - untuk mengadakan protes itu kerana larangan mahkamah.

Sebaliknya mereka mengadakan protes 'duduk bantah' di kawasan berdekatan dataran tersebut, yang kemudiannya dihujani dengan gas pemedih mata dan air kimia daripada polis untuk menyuraikan mereka.

toh ching hong tigongkia at bersih rally 3.0Dalam forum yang bertajuk "Keganasan polis dan media blackout"malam tadi, Hishamuddin mengingatkan supaya rakyat tidak lagi berbincang dan menyalahkan mana-mana pihak yang didakwa cuba memecah halangan yang dibuat.

Ini kerana, katanya, persoalan tersebut bukan satu perkara asas sebaliknya mendakwa mengubah kerajaan merupakan perkara pokok kepada rakyat.

"Kita nak jatuhkan United Malays National Organisation. Itu perkara fundamental. Oleh itu kita jangan lari... Stay on the point terhadap lapan agenda kita... Kami mahu lapan tuntutan itu dilunaskan," tambahnya.

Mengulas mengenai dakwaan keganasan polis pada perhimpunan tersebut, Hishamuddin mendakwa ia dilakukan untuk "mempertahankan Najib Razak".

Aziz Bari: Keganasan semakin teruk
Turut diundang menjadi penceramah adalah Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar, Ketua Penerangan PKR Lateefah Koya, bekas pensyarah Undang-undang UIA Dr Abdul Aziz Bari dan peguam Haijan Omar.

NONESebelum itu, Dr Abdul Aziz mendakwa keganasan polis dalam perhimpunan itu tidak berakhir dan nampak semakin teruk, seperti tergambar dalam rakaman video menunjukkan peserta dipukul.

Bagaimanapun, beliau - yang turut ditahan pada hari tersebut - menegaskan supaya isu keganasan polis tidak melarikan fokus rakyat mendesak supaya reformasi sistem pilihan raya diteruskan.

"Lagi mengecewakan apabila Umno dan BN menggunakan isu ini untuk mengalih daripada isu sebenar. Ini meletakkan BN berasa selesa," katanya.

Sementara itu, Lateefah yang juga seorang peguam mendakwa keganasan dilihat "sebati dengan polis" dan pihaknya berusaha mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara tersebut.

Dakwanya, pihaknya turut mendapat banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mendakwa dikasari polis dalam perhimpunan tersebut.

Bersih: Ketua Wanita MCA tolak desakan Ali Rustam

Posted: 03 May 2012 08:57 PM PDT

NORDIANA JOHARI

Ketua Wanita MCA Melaka
 
Ketua Wanita MCA Melaka
 
bersih
 
 
MELAKA – Ketua Wanita MCA Melaka, Datuk Kian Sit Har bertegas tidak akan meletakkan jawatannya walaupun didesak oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menurutnya, jawatan yang disandang sejak 1975 itu adalah pilihan rakyat dan beliau harus menghormatinya.

"Saya menyertai perhimpunan Bersih di Dataran Pahlawan Sabtu lalu atas tiket peribadi, bukannya membawa parti MCA.

"Saya hormat beliau sebagai Ketua Menteri dan desakan itu pandangan beliau sendiri. Betul atau salah, saya tidak mahu cakap.

"Saya bersedia untuk bertemu beliau dan setakat ini saya tidak dikenakan tindakan apa-apa dari MCA, sebaliknya saya tetap akan meneruskan kerja saya dalam parti," katanya di sini, semalam.

Sit Har berkata, penyertaannya dalam perhimpunan itu adalah disebabkan Bersih dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa tuntutan pilihan raya adil, tiada rasuah dan penutupan projek pemprosesan nadir bumi, Lynas di Pahang.

Katanya, suara rakyat harus didengar dan kerajaan tidak harus berdiam diri berikutan undi yang membawa kemenangan kepada BN selama ini datangnya daripada rakyat.

"Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek turut memberitahu tiada halangan kepada ahli untuk menyertai Bersih dan beliau cukup bersifat terbuka," katanya.

Saifuddin: 'Kenapa perlu saya minta maaf'

Posted: 03 May 2012 08:55 PM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

Saifuddin Nasution Ismail
 
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
 
SHAH ALAM –  Setiausaha Agung  PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak akan membuat permohonan maaf kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berhubung isu dakwaan beliau ahli Umno.

"Kenapa perlu saya minta maaf?" kata beliau apabila diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad agar beliau memohon maaf.

Ahli Parlimen Machang ini berkata, Wan Ahmad pernah mengaku bahawa dirinya ialah ahli Umno, namun memberi alasan 'tidak ingat' mengenai statusnya.

Namun beliau mengakui kesilapannya jika dakwaan beliau tidak sahih, tetapi menuntut Wan Ahmad mengisytiharkan nombor keahlian Umno dan dari cawangan mana jika beliau benar-benar tidak ingat.

"Saya mempunyai dua pelan dan tindakan selanjutnya bakal dibuat berhubung perkara ini tetapi tidak dapat menjelaskan kepada media buat masa ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Susulan dengan itu, beliau berkata akan memanggil satu sidang media dalam waktu terdekat.

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini Saifuddin mendakwa Wan Ahmad seorang ahli Umno di salah satu cawangan di Pasir Mas, Kelantan.

Kelmarin, Wan Ahmad menafikan beliau ahli Umno sebagaimana dakwaan Saifuddin.

Menurutnya, beliau tidak pernah mendaftar untuk jadi ahli Umno dan tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai kaitan dengan individu bernama Wan Ahmad bin Wan Omar yang memegang keahlian Umno bernombor 2374564 di Cawangan Umno Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

"Saya juga bukan orang Kelantan tetapi berasal dari Terengganu. Saya tidak pernah tinggal di mana-mana tempat di negeri Kelantan," tegasnya.

Sehubungan itu, kata Wan Ahmad, beliau mengesyaki dakwaan Saifuddin itu semata-mata bertujuan menjatuhkan kredibiliti dirinya serta SPR.

"Dia buat tuduhan tanpa usul periksa dan semata-mata bermotif politik sehingga menjatuhkan maruah saya. Ini fitnah. Dia semata-mata mahu merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Berikutan itu, Wan Ahmad menuntut Saifuddin membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan namanya.

Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti Najib dapatkan Perimekar RM3 bilion

Posted: 03 May 2012 05:15 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan kenyataan pendakwa Perancis bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mendapatkan bagi pihak Perimekar sejumlah USD 1 bilion (RM3 bilion) daripada syarikat pembuat kapal Perancis DCNI.

Dokumen tersebut ialah kiriman faks dalam Bahasa Inggeris yang dihantar Francois Dupont bertarikh 1 Jun 2001 sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan Najib pada 14 Julai 2001 kepada kepada D Arnaud.

Menurut kenyataan Suaram, dokumen yang ditandakan nombor 87 dari keseluruhan 153 dokumen itu disita polis Perancis dari pejabat Henri Gide (Thales) pada 28 Mei 2010.

Dokumen itu turut memperinci kronologi lawatan dan tindakan yang bakal diambil Dupont sepanjang lawatannya ke Malaysia, di mana beberapa rancangan antaranya pertemuan dengan Menteri Pertahanan ketika itu.

Manakala dokumen baru ditanda bernombor 144 yang diperolehi Suaram ialah arahan Pejabat Pendakwaraya yang diperoleh dari Thales International Asia dari satu sampul surat bertarikh 22 Ogos 2011.

Terkandung di dalamnya ialah sub-folder bernama 'C4′, sub folder bernama 'invois', fail PDF dan USB humb drive.

Salah seorang Hakim Penyiasat, Roger Le Loire secara prinsipal menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu, Razak Baginda, Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok, Najib Razak dan isteri Abdul Razak, Mazlinda Makhzan.
 
Suaram adalah organisasi hak asasi manusia yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuatan kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.
 
Kes itu difailkan kerana DCNS membayar 'komisen' lebih daripada RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki Abdul Razak yang merupakan rakan karib Najib.
 
Pada 20 April lalu, Pengarah Suaram, Kua Kia Soon; anggota sekretariat, Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan tiga hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6.00 petang waktu Perancis).
 

Tiada ulasan: