Rabu, 23 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[Video] Mengapa Polis Tak Tangkap Peserta Baling Batu & Telur Di Merlimau?

Posted: 23 May 2012 03:17 AM PDT


 


KELAB GREENBOC


Iinsiden baling batu dan telur di program Hi-tea bersama Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga sehingga mengakibatkan dua kereta ADUN DAP menjadi mangsa adalah satu endorsement jelas betapa desperadonya UMNO & Perkasa mutakhir ini.

Gejala samseng Pemuda UMNO dan Perkasa ini tidak terhad di Merlimau, tetapi berlaku di mana-mana saja di dalam negara ini di acara-acara anjuran Pakatan Rakyat dan rakyat amat kesal dengan sikap pihak berkuasa terutama polis yang membiarkan hal tersebut berlaku tanpa sebarang tindakan dan penahanan.

Sekalipun Pemuda UMNO Jasin sebelum ini menafikan mereka terlibat, begitu juga dengan Perkasa yang menurut Presidennya, Ibrahim Ali, yang menyatakan insiden batu dan telur itu dilakukan oleh orang yang menyamar menyarung pakaian Perkasa, namun dari rakaman kejadian, kenyataan-kenyataan itu boleh disifatkan "baling batu sembunyi tangan".

Mana mungkin hendak dikatakan mereka (Pemuda UMNO & Perkasa) idak terlibat apabila jelas kelihatan mereka yang seramai itu mengganggu di program PR sekalipun "berlakun" menjadi "penyelia trafik" yang tidak diundang? Kalau dikatakan mereka menyamar pakai baju PERKASA, ia bukan seorang dua tetapi ramai, menunjukkan itu bukan penyamaran tetapi memang dirancang.

Jika benar mereka mahu sabotaj Perkasa seperti dakwaan Ibrahim Ali, maka Perkasa perlu mengenalpasti mereka yang terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Rakyat kini tertanya-tanya mengapa pihak polis kelihatan begitu bersahaja terhadap perbuatan dan tindakan samseng yang ada di dalam insiden tersebut.

Saksikan video di bawah ini yang menjelaskan segala-galanya.

BN terdesak dapatkan undi Melayu dengan sebar sentimen perkauman, kata Guan Eng

Posted: 23 May 2012 03:07 AM PDT

 
 
KUALA LUMPUR, — Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikuasai Umno jelas berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup memainkan sentimen perkauman dan fitnah jahat terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kerajaan pimpinan Umno ghairah untuk meraih undi sehingga mencipta fitnah yang menggambarkan seolah-oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang mempunyai niat halus untuk mengusir masyarakat Melayu dari Pulau Mutiara tersebut.

"Keghairan BN dan Umno mahu mendapat undi Melayu telah menyebabkan mereka berkali-kali memainkan sentimen perkauman dengan fitnah jahat bahawa kerajaan negeri PR mahu meminggirkan atau mengusir Melayu," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Lim, mesyuarat exco kerajaan yang bermesyuarat hari ini turut menolak keras cubaan menggunakan sentimen tersebut dan menyifatkannya sebagai "akan menjejaskan hubungan baik dan harmoni di kalangan rakyat majmuk Malaysia".

"Umno mempunyai agenda dengan menyebarkan fitnah mengatakan kerajaan negeri mempunyai agenda tersembunyi dan dikatakan mengusir keluar orang Melayu daripada Pulau Pinang dengan penduduk Melayu Pulau Pinang berkurangan sebanyak 18,000 orang dalam tahun 2010 dan tidak menjalankan projek perumahan mampu milik.

"Berdasarkan daftar pemilih pada 2011 menunjukkan tambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan pilihan raya umum pada 2008," tegasnya.

Selain itu, Lim menambah, sejak mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, kerajaan pimpinannya telah membina 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah termasuk projek dengan pemaju swasta.

Selain itu, kerajaan DAP juga tambahnya telah memperuntukkan 277 ekar tanah untuk membina 18,000 unit rumah mampu milik di semua lima daerah di Pulau Pinang, termasuk Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Daerah Timur Laut, dan Daerah Barat Daya bagi membolehkan masyarakat Melayu memiliki rumah.

Menjelaskan mengenai kadar kenaikan harga tanah yang didakwa berpunca daripada kadar premium yang dikenakan DAP di Pulau Pinang, Lim menegaskan, "Sesebuah kerajaan tidak boleh mempengaruhi harga hartanah naik atau turun kerana ia ditentukan oleh permintaan pasaran dan keyakinan orang ramai."

"Kerajaan negeri tidak pernah menaikkan peratusan kadar premium tanah, sebaliknya ia masih dikekalkan pada tahap kadar peratusan yang sama dengan kerajaan lama," tambahnya lagi.

Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan

Posted: 23 May 2012 03:05 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Rafizi Ramli bersama Datuk Abd Jalil Ali
 
Datuk Abdul Jalil Ali menyambut kedatangan Rafizi Ramli  
 
 
SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.

Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang  didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Menurutnya, jika kerajaan  menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti  yang ada di negara ini.

Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin  mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang  dan itu pastinya tidak  mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

"Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini  dibiayai oleh kerajaan persekutuan,  bukan kerajaan negeri.

"Berapa sen sangatlah kami (pembangkang)  dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita  bermasalah kerana  mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada  Barisan Nasional," katanya.

Berhubung masalah kos penubuhan IPT,  beliau membidas hujah Khairy dengan berkata,  sebenarnya  kos pembinaan sesebuah IPT  tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno tersebut.

Katanya, sebaliknya kos yang berganda itu adalah perbelanjaan 'atas angin'.

Pakatan tawar selesai isu air seluruh negara jika tawan Putrajaya

Posted: 23 May 2012 02:56 AM PDT

AHMAD NORMAN ABU TALIB

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
 
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri menegaskan Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja akan menyelesaikan masalah isu air di negeri ini tetapi seluruh negara sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, PR akan melaksanakan perkara tersebut sekiranya dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat.

"Kalau kita menang Putrajaya maka masalah air seluruh negara akan selesaikan bukan sahaja di Selangor," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurusan dan Penyelenggaraan Fasiliti 2012 di Hotel De Palma di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed yang mendakwa masalah air akan diselesaikan sekiranya BN memerintah kembali Selangor.

Ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan Mohd Zin bahawa kadar rizab air hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya iaitu 20 peratus juga tidak tepat.

"Yang menjadi masalahnya juga, badan yang menguruskan air ini juga tidak betul.

"Sebab itulah antaranya kita melantik Suez (Environment) untuk memeriksa kesemua pelan rawatan air di Selangor," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid mempersoalkan mengapa isu jambatan ketiga Klang yang sehingga kini tidak diteruskan selepas PR memenangi negeri ini walaupun sebelum itu majlis pecah tanah telah diadakan.

Beliau menegaskan sepatutnya tidak kira sama ada siapa menang atau kalah tetapi janji perlu ditunaikan.

"Kalau orang seperti ini kita nak percaya maknanya itu satu kesalahan besar pada rakyat kerana janji tidak ditunaikan.

"Patutnya tidak kira menang atau kalah mereka patut bertanggungjawab kepada rakyat negeri ini," katanya.

Mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar kelmarin yang mempertikai corak pentadbiran Kerajaan Negeri bagaikan syarikat korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat, Abdul Khalid berkata, PR akan mentadbir Putrajaya sama seperti apa yang sedang dilakukan di negeri ini supaya perbelanjaan dapat digunakan dengan betul.

Katanya, dakwaan mengatakan kononnya Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan projek Loji Rawatan Air Langat 2 kerana tidak mendatangkan keuntungan wang ringgit adalah tidak benar kerana keuntungan itu adalah untuk rakyat.

"Dia patut faham perkataan untung adalah untuk rakyat dan bukannnya Kerajaan Negeri. Adakah dia menyebelahi korporat atau rakyat?

"Kalau dia menyebelahi korporat lebih baik jangan pergi pilihan raya dan rakyat tak payah pilih dia," katanya.

Video murtad sedia didedah Sempena Himpun di Melaka 27 Mei ini

Posted: 23 May 2012 02:52 AM PDT

NORAFIZA JAAFAR

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
 
Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
 
 
BATU CAVES - Pengerusi Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dijangka mempertontonkan video pendedahan murtad buat pertama kalinya kepada umum pada program Himpun di Melaka, 27 Mei ini sekiranya mendapat persetujuan daripada peguamnya.

Perkara itu diumumkannya di hadapan 1,000 orang yang hadir pada program siri jelajah 'Selamatkan Aqidah Umat' di Pinggiran Batu Caves.

Menurutnya, pendedahan itu penting untuk membuktikan dakwaannya bahawa terdapat usaha menyebarkan agama Kristian dalam kalangan orang Islam dan ia bukan tuduhan semata-mata.

"Sebelum mendedahkan kepada umum kita perlu mendapatkan persetujuan daripada individu yang dipaparkan dalam video ini dan juga mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam.

"Jika kedua-dua pihak ini bersetuju, kita tiada halangan untuk mendedahkan kepada umum video merakamkan paderi Melayu yang berjaya mengkristiankan 300 hingga 400 orang Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya mendapat permintaan tinggi daripada orang awam yang ingin mengetahui lanjut membabitkan murtad setiap kali menghadiri siri jelajah 'Selamatkan Akidah Umat'

"Pentingnya video itu dipertontonkan kepada umum adalah untuk memberitahu kepada masyarakat tentang mudahnya orang Islam terutamanya golongan muda terpengaruh dengan usaha segelintir pihak dalam usaha mengkristiankan orang Islam.

"Keputusan sama ada bakal didedahkan kepada umum 27 Mei ini akan dimaklumkan kelak dan orang awam diharap dapat menunggu," katanya.

Hasan turut mengulas tentang hasratnya untuk membuat 10 tuntutan sekiranya berjaya mengumpulkan ahli seramai 100,000.

Katanya, tuntutan pertama yang akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah mewajibkan pengambilan peperiksaan Pendidikan Islam bagi pelajar peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Tuntutan lain akan diusulkan kemudian dan setakat ini seramai 4,000 ahli berjaya dikumpulkan," katanya.

Siswa dakwa polis campur tangan p'raya kampus

Posted: 23 May 2012 02:50 AM PDT


MALAYSIA KINI
Kumpulan mahasiswa hari ini mendakwa terdapat campur tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pilihan raya kampus di seluruh negara pada tahun ini.

Menurut Pro-Mahasiswa Nasional, polis terlibat secara langsung apabila tiga anggotanya - seorang dikenali sebagai pegawai kanan - mengambil bahagian dalam mesyuarat penyelarasan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

NONEJurucakapnya Edikorp Lakip Sediyanto, mereka mendapat maklumat ketiga-tiga anggota pasukan keselamatan itu terlibat dalam mesyuarat yang diadakan di Akademi Kenegaraan milik Biro Tata Negara di Kuala Lumpur pada malam 25 Januari lepas.

"Penglibatan wakil daripada PDRM seramai tiga orang dalam Opps 2020 ini membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga mengetuai komponen BN begitu tersepit...," kata Edikorp (atas, berbaju belang).

Menurut Edikorp lagi, BN juga terpaksa menggunakan PDRM demi kelangsungan politik mereka pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Justeru, kumpulan itu menggesa Najib dan tiga pegawai polis terbabit memberikan penjelasan berhubung dakwaan itu.

forum pru13 undi siapa jadi penentu 131211 saifuddin abdullahSementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) menolak dakwaan itu dan berkata tiada tiada pengetahuan berhubung dakwaan konspirasi itu dan yakin perdana menteri tidak terlibat.

"Sebelum ini, sebagai contoh, dalam pemilihan presiden Majlis Beliau Malaysia, nama perdana menteri dikaitkan dengan calon.

"Saya tanya perdana menteri sendiri dan beliau menafikannya. Menurutnya, beliau menghormati ruang kepada anak muda untuk membuat keputusan berhubung kepimpinan mereka," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Isu RM10j: MP Kapar mahu saman Dr Khir

Posted: 23 May 2012 02:49 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 Isu RM10j: MP Kapar mahu saman Dr Khir
 
S.Manikavasagam (kanan) menunjukkan tajuk muka hadapan akhbar Sinar
Harian 17 Mei lalu yang menyiarkan kenyataan Dr Khir.
 
 
PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataan yang mendakwa dirinya meminta wang RM10 juta untuk keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Beliau berkata kenyataan tersebut sama sekali tidak berasas dan sengaja mahu mengaibkan dirinya sebagai seorang Ahli Parlimen.

"Saya tegaskan lagi, kali pertama saya terjumpa dia (Dr Khir) pada pertemuan di Hotel Blue Wave itu dan kalau benar saya ada beberapa kali hubungi beliau sebelum pertemuan di Hotel Grand Blue Wave sila kemukakan bukti ," katanya pada sidang media khas, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Kelana Jaya ,Gow Burne Loh dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya tindakan menyaman bekas menteri besar itu terpaksa diambil berikutan Dr Khir sebelum ini mendakwa beliau ada bertemunya selepas ceramah di Kuala Selangor pada akhir 2008 meminta sejumlah wang untuk keluar parti sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Beliau yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat laporan polis hari ini berhubung artikel yang dikeluarkan oleh portal Sel13.com kerana menyiarkan berita tidak benar mengenai dirinya.

"Saya akan buat laporan di Balai Polis Meru melibat individu bernama Fakhrul Radzi Adam yang dan juga portal Sel13.com kerana terbabit menyiarkan fitnah jahat terhadap diri saya," katanya.

Pendidikan percuma dasar bersama Pakatan, kata Rafizi

Posted: 23 May 2012 02:47 AM PDT

NORHASPIDA YATIM

Rafizi Ramli bersama Datuk Abd Jalil Ali
 
Datuk Abdul Jalil Ali menyambut kedatangan Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menolak menolak dakwaan bahawa pendidikan percuma tidak ditekankan dalam Buku Jingga dan menegaskan, dasar pendidikan percuma dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri lebih tegas dalam hal ini dan menyokong apa yang di sebut dalam kitab tulisan Ibnu Khaldun bahawa pendidikan adalah pelaburan.

"Hasil daripada pendidikan percuma yang diberikan itu akan memberi imbuhan baik kepada negara," katan beliau ketika menjawab soalan bahawa dasar pendidikan percuma tidak ditekankan dalam buku jingga dan peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1997 ketika PTPTN mula-mula diperkenalkan.

Rafizi berkata, ketika Anwar menyokong skim itu pada 1997, beliau masih berada dalam Kabinet di mana keputusan dibuat perlu mendapat persetujuan semua.

"Ketika itu peranan dimainkan PTPTN bukan seperti sekarang, ia dilaksanakan untuk membantu pelajar layak yang tidak mampu untuk ke universiti, bukan untuk menyemarakkan pertumbuhan institusi pendidikan swasta seperti sekarang," katanya dalam Debat Sinar Harian mengenai PTPTN di sini, malam tadi.

Menjawab soalan mengenai cukai tinggi yang terpaksa dibayar oleh rakyat di negara maju yang mengamalkan  pendidikan percuma, Rafizi berkata, cukai dikenakan bagi pendapatan RM200,000 di negara ini lebih tinggi berbanding di negara berkenaan.

"Saya telah pergi ke Finland sendiri untuk mengkaji mengenainya, di Malaysia, kita kenakan cukai 26 peratus sementara di Finland mereka hanya kenakan cukai 21.5 peratus, lebih rendah lagi.

"Mereka kata cukai dikenakan di negara-negara Skandanavia ini tinggi, hakikatnya mereka tidak semak dahulu dengan negara itu sendiri," katanya.

Beliau turut menegaskan Malaysia tidak mengutamakan pendidikan sebaliknya mengutamakan pembangunan negara berbanding yang dilakukan negara-negara Skandinavia seperti Finland, Denmark dan Norway.

"Turki juga boleh beri pendidikan percuma kepada rakyat kerana mereka mengagihkan kekayaan negara untuk pendidikan.

"Masalah kita di Malaysia, keutamaan diberi kepada projek-projek besar," katanya.

'Negeri Hang Tuah ada Hang Samseng'

Posted: 23 May 2012 02:38 AM PDT

 
WAWANCARA Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".

NONE"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.

"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negeri Hang Tuah.

"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negari Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, tokoh yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menegaskan, serangan membaling batu hujung minggu lalu "bukan caranya dan mereka memilih cara lain" untuk menunjukkan bantahan mereka.

perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event car type puncturedDalam kejadian Sabtu lalu, dua ADUN DAP Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) diserang kumpulan pengacau yang didakwa penyokong Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA, sewaktu mereka meninggalkan tempat acara itu.

Bagaimanapun, PERKASA Melaka dan Umno Jasin menafikan terlibat dalam insiden itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.

Pak Samad yang juga terkenal dengan novel Salina itu turut menyindir pihak yang melakukan "senaman punggung" dan peniaga yang mahu menjaja di hadapan rumah Ambiga esok dan lusa.

"Kita sudah 50 tahun merdeka dan budaya serta budi bahasa kita adalah punggung. Dan selepas itu guna samsengan cat rumah orang. (Apakah) itu budaya kita," katanya.

NONESelepas perhimpunan BERSIH 3.0, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), masing-masing mahu berniaga di depan rumah Ambiga dan melakukan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga.

Ia dibuat sebagai menunjukkan bantahan kepada Ambiga yang juga seorang peguam terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menjejaskan pendapatan peniaga dan merosakkan imej negara.

Tindakan mereka itu mengundang kemarahan dan bantahan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

VIDEO | 1.50 min

PAS akan demo depan NST isu 'bapa kafir'

Posted: 23 May 2012 02:35 AM PDT

MALAYSIA KINI
Pemuda PAS akan mengadakan demonstrasi depan ibu pejabat New Straits Times (NST) di ibu negara pada Jumaat ini ekoran penyiaran laporan yang menggelar mursyidul am mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai "bapa kafir".

NONESetiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil (kanan) berkata, dewan itu telah berjumpa dan meminta NST menarik balik dan memohon maaf atas laporan itu tetapi akhbar itu didakwa masih berdegil berbuat demikian.

"Setiap ahli PAS diminta untuk hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadapan kenyataan New Straits Times iaitu (berkaitan laporan) 'Nik Aziz is father of kafir' (Nik Aziz bapa kafir) dan juga kedegilan mereka untuk memohon maaf," katanya.

Pemuda PAS pada 14 Mei lalu menyerahkan memorandum bantahan kepada NST dan memberikan tempoh 24 jam  kepada akhbar itu supaya memohon maaf atau mereka akan mengambil tindakan yang lebih keras.

Dalam kenyataannya hari ini, Khairul Faizi berkata, demonstasi itu akan diadakan selepas solat Jumaat di balai berita NST di Bangsar.

Pemimpin muda PAS itu juga berkata, pihaknya juga minggu lepas telah mengarahkan demonstrasi di peringkat negeri-negeri dilakukan sebagai tanda tidak puas hati mereka.

NST sebelum ini memetik bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor sebagai menyifatkan Nik Aziz sebagai bapa kafir yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tanggungjawab agama.

Susulan itu, PAS turut mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Rahim dan harian berbahasa Inggeris itu.

Bos Puncak Niaga tidak dicalon dalam PRU 13

Posted: 23 May 2012 02:32 AM PDT

 
Umno Hulu Selangor telah menghantar senarai calon tetapi tidak termasuk Tan Sri Rozali Ismail. 

 

Desas desus PRU 13


PETALING JAYA: Tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Rozali Ismail tidak dicalonkan untuk mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke 13.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Umno Hulu Selangor, Datuk Mohamed Ideris Abu Bakar hari ini.

Umno  akan bertanding dua kerusi Dewan Undangan Negeri – Hulu Bernam dan Batang KaIi – kedua-duanya dimenangi dalam pilihanraya umum 2008.

Desas desus tersebar, Rozali, tauke Puncak Niaga Berhad yang menguruskan bekalan air Selangor akan bertanding di salah kerusi DUN berkenaan.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor merupakan milik MIC.

Hantar 10 nama

"Kita telah menghantar 10 nama bagi setiap DUN dan tidak ada nama Rozali dalam senarai tersebut.

"Bagaimanapun, keputusan terakhir untuk menentukan calon dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

"Jadi kita tunggu saha siapa yang dipilih menjadi calon untuk DUN Hulu Bernam dan Batang Kali," tambah Mohamed Ideris.

Beliau juga mengakui kerusi Hulu Bernam dan Batang Kali merupakan kerusi yang paling selamat bagi BN dan Umno di Selangor.

Katanya, tidak ada unsur-unsur sabotaj yang dibuat ahli parti menjelang pilihanraya sejak dahulu lagi.

"Saya memberitahu mereka, supaya mengutamakan kepentingan parti (Umno dan BN. Kita mesti mengutamakan kepentingan parti dari individu.

"Sehingga ini saya tidak mendengar ada usaha kumpulan tertentu yang menentang kepimpinan parti," tambah Mohamed Ideris.

Mengapa PAS Tidak Boleh Bersama UMNO?

Posted: 23 May 2012 02:26 AM PDT



Editor Buletin

Masih ada lagi yang bertanya, mengapa PAS tidak boleh bersama UMNO sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.

Jawapan saya berbentuk cerita dan ceritanya begini:-

Ada seorang, ia itu Melayu-A, menjemput seorang yang lain, ia itu Melayu-B ke kelab malam untuk minum beer. Pada masa yang sama ada pula seorang bukan Melayu yang menjemput Melayu-B ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Tiba-tiba Melayu-A tadi marah dan terus berkata, "Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!" Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, "Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!" Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, "Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!"

Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-A tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun ditangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.

[Gambar - Presiden PAS Tuan Guru dato' Seri Abdul Hadi Awang bersama timbalan Presiden haji Mohamad sabu dan Setiausaha Agong, Dato' Mustafa Ali ketika sidang media mengumumkan tidak ada muzakarah dengan Umno sebaliknya perbincangan dengan NGO Islam, di pejabat PAS Jalan Raja Laut Isnin 21 Mei]

Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu 'dengan siapa', tetapi 'buat apa'. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustadz, ianya tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ianya tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!

UMNO ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, lucah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau PAS turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda PAS akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. PAS juga akan diminta membela segala penyelewengan seperti kes NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.

Sedangkan apabila PAS bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab "sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman". Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan UMNO yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa.

Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan PAS, maka adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang lebih baik. Ingat! Yang penting bukan soal 'buat dengan siapa' tetapi yang penting adalah 'buat apa'?

Ini selari dengan kata-kata masyhur Saidina Ali (KW), "undzur ilaa maa qala wa laa tandzur ilaa man qala" atau "lihat pada apa yang dikatakan dan jangan kamu lihat pada siapa yang mengatakannya". Dalam erti kata lain, sokonglah kebenaran walau siapa sekalipun yang memperjuangkannya.

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

ZI yakin KDN tak haram buku Irshad Manji

Posted: 23 May 2012 02:17 AM PDT

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

KUALA LUMPUR - ZI Publication Sdn Bhd percaya kerajaan tidak akan mengharamkan buku "Allah, Kebebasan dan Cinta" karya Irshad Manji yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Pengarahnya, Ezra Zaid mendakwa buku itu telah disalah erti banyak pihak sedangkan mereka belum membacanya.

"Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti pun belum baca buku ini. Saya tahu hal ini kerana ia baru dilancarkan.

"Sebagai seorang Muslim ada bahagian dalam buku itu yang saya tidak setuju. Namun, saya percaya penulis tiada niat menghina Islam," katanya.

Ezra berkata, sebelum menerbitkan sesebuah karya, beliau terlebih dahulu membaca isi kandungan dan latar belakang penulis tanpa prejudis.

Tambah beliau, karya Irshad pernah diterjemahkan dalam 15 bahasa dan itu bermaksud ia diterima umum di peringkat antarabangsa.

Ketika ditanya mengenai hasrat menjemput Irshad sekali lagi ke Malaysia, Ezra berkata, pihaknya tidak merancang untuk berbuat demikian.

Beliau memberitahu, setakat ini sebanyak 1,000 naskhah buku berkenaan telah dicetak.

Susulan kontroversi yang melanda, pengedaran buku itu agak perlahan dan ada kedai yang takut meneruskan penjualannya.

Sementara itu, bapanya Datuk Zaid Ibrahim berkata, buku Irshad tidak mendatangkan bahaya kepada umat Islam.

"Kenapa perlu diharamkan? Ia tidak berbahaya pun. Saya percaya KDN tidak akan berbuat demikian.

"Saya harap KDN juga berfikiran begitu," katanya, yang juga Presiden Kita, ketika ditemui selepas pelancaran bukunya yang bertajuk Ampun Tuanku.

Buku Ampuan Tuanku itu dijangka akan berada di pasaran pada Julai atau Ogos ini.

Bagaimanapun, sebanyak 1,000 naskkah edisi terhad telah diedar semasa pelancaran.

Buku hasil karya beliau itu dijangka bakal mencetuskan kontroversi susulan pandangan-pandangan beraninya dalam pentadbiran negara hari ini.

Ketika ditanya, Zaid memberitahu, usahanya menerbitkan buku itu bukan mahu mencetuskan kontroversi.

"Orang selalu kaitkan dengan kontroversi. Saya bukan mahukan publisiti tetapi mahu bawa perubahan dalam budaya politik tanah air," katanya.

[DEDAH] Exco Perak Tunggu Berjam-jam Dirumah Manickavasagam Pujuk Lompat Parti

Posted: 22 May 2012 10:11 PM PDT


 

KELAB GREENBOC


Subang Jaya : Pemimpin Umno-BN di Perak yang kini seorang exco kerajaan negeri adalah antara individu yang didakwa pernah memujuk MP Kapar S Manikavasagam untuk tinggalkan Pakatan Rakyat sejak 2008.

Manikavasagam berkata individu-individu tersebut sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah dan pejabat bagi berjumpa dengannya bagi tujuan tersebut.

Beliau yang mengakui pernah berselisih faham dengan kerajaan Selangor, walaubagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Malah Manikavasagam tegas dengan pendiriannya untuk terus bersama PKR dan Pakatan, dan meminta Umno-BN untuk berhenti daripada meneruskan usaha untuk memujuknya.

"Tahun 2008 saya ada senarai nama siapa yang berjumpa dengan saya sehingga mereka menunggu berjam lamanya di luar rumah saya. Hari ini individu tersebut merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak.

"Saya tidak mahu sebut nama. Kalau mereka cabar, saya akan sebut nama mereka," Manikavasagam berkata di satu sidang media di pusat khidmat MP Kelana Jaya di Sunway Mentari di sini.

Manikavasagam antara wakil rakyat Pakatan yang sering disebut akan meninggalkan gagasan itu kerana kenyataannya yang lepas yang mengkritik dasar dan pemimpin Kerajaan Selangor.

Terbaru, sebuah blog Sel13.com memaparkan artikel yang beliau minta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamed Khir Toyo untuk tinggalkan Pakatan.

Manikavasagam menjelaskan beliau tidak pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Dr Khir sebaliknya pertemuan yang berlaku di Hotel Grand Blue Wave merupakan secara kebetulan.

"Dalam perjumpaan itu, his mouth came out. Dia yang kata, Yb kalau tidak gembira, mari sini (kepada BN), kami akan jaga kamu dan memberikan wang.

"Ianya dari mulut dia bukan mulut saya. Tidak sampai lima minit dia pergi," Manikavasagam berkata.

Sehubungan itu, Manikavasagam akan membuat satu laporan polis terhadap penulis artikel, M Zakrul Adam dan Dr Khir Toyo esok bagi membersihkan nama beliau. -selangorku

Anak Ust Hadi Patah Jari Cekup Peragut

Posted: 22 May 2012 10:06 PM PDT


KELAB GREENBOC


Marang - Tindakan berani Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang, Muhammad Khalil Abdul Hadi, 35, mengejar seorang peragut membuahkan hasil, apabila dia berjaya menangkap suspek yang cuba meragut beg tangan isterinya di Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

Gambar: Jari tangan Muhammad Khalil patah akibat pergelutan dengan suspek yang cuba melarikan beg tangan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam, berlaku di sebuah kedai makan di tepi jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan itu, Muhammad Khalil dan isteri, Dr Farhana Hasbullah, 32, sedang menikmati makan malam bersama dua anak mereka, Omar, 3, dan Ali, 9 bulan.

Muhammad Khalil yang juga anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dia singgah di kedai itu selepas isterinya mengeluarkan sejumlah wang dari mesin auto teller (ATM), di sebuah stesen minyak berdekatan tempat kejadian.

Menurutnya, ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, dia melihat suspek yang membonceng sebuah motosikal masuk ke dalam kedai makan dan menuju ke arah tempat membasuh tangan sambil memesan lapan bungkus nasi.

"Secara tiba-tiba dia (suspek) menyambar beg tangan milik isteri di atas meja hingga menyebabkan isteri dan anak dalam ribaannya berusia 9 bulan jatuh dari kerusi selepas dia cuba menghalang suspek dari melarikan beg tangannya itu.

"Saya kemudian mengejar suspek dan berlaku sedikit pergelutan tetapi akhirnya berjaya menangkapnya. Pergelutan juga menyebabkan sebatang jari saya patah dan betis kanan tercedera," katanya ketika ditemui di rumahnya di Rusila, di sini, semalam.

Muhammad Khalil berkata, keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan seorang rakan suspek yang menunggu di luar kedai dengan motosikal panik dan melarikan diri, manakala suspek yang ditangkap itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Saya bersyukur kerana isteri dan anak selamat walaupun saya mengalami sedikit kecederaan akibat pergelutan dengan peragut. Saya kemudiannya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu," katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 20 tahun dari Kampung Seberang Baroh Kiri berjaya ditahan manakala rakannya yang melarikan diri masih diburu.

Menurutnya, dengan penahanan suspek, pihaknya yakin dapat selesaikan beberapa kejadian ragut di sekitar bandar raya ini termasuk kes yang berlaku pada petang hari sama berdasarkan fizikal dan modus operandi yang digunakan.

"Sebelum ini, seorang wanita Cina berusia 40 tahun kerugian hampir RM3,000 selepas beg galasnya dilarikan ketika sedang minum di sebuah kedai kopi di Jalan Ladang, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin.

"Kita tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan kes itu dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan," katanya. -SH

Ah long makin kejam guna bom petrol

Posted: 22 May 2012 09:58 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Sebelum ini pemberi pinjaman wang haram atau ah long hanya merosakkan atau menyimbah cat merah ke atas premis, kediaman dan kenderaan peminjam yang gagal melunaskan hutang.

Namun, sejak akhir-akhir ini kumpulan ah long semakin melampau dan kejam apabila sanggup membakar rumah dan premis tanpa menghiraukan nyawa orang yang tidak bersalah.

Dalam kes terbaru kelmarin, dua beranak nyaris maut selepas kumpulan ah long melontar bom molotov cocktail di hadapan pintu rumah mereka di Taman Sentosa, Klang.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ong Hwa Cheong, 44, dan ibunya yang dikenali sebagai Low, 69, terselamat selepas jiran mereka sempat memadam api yang membakar kasut di hadapan pintu.

Hwa Cheong berkata, jirannya terdengar bunyi letupan sebelum melihat api marak sebelum bertindak memadamkannya.-Utusan

Interpol berhak tangkap Najib & Zahid

Posted: 22 May 2012 09:51 PM PDT

KL TODAY

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.Peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang baru pulang dari Perancis, Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya, Mazlinda.

Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat oleh syarikat Perancis.

"Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

"Kami memberikan nama Najib Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda," kata Fadiah dengan dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching, Ahad lepas, lapor Free Malaysia Today.

Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Namun, baru-baru ini, selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata, beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.

"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis," soal Zahid.

Fadiah dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.

Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Perancis," kata Fadiah dipetik.

Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi.

"Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong.

Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka."

Bekas isteri Sultan Brunei muncul TV semula

Posted: 22 May 2012 09:47 PM PDT

KL TODAY

 

Personaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi program itu.

"Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran.

"Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan 'stand upper'," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta 'On Air'.
 
Tambah Azlan, bekas wartawan penyiaran TV3 itu juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.

"Setakat ini Azrinaz memberi komitmen yang sangat baik dalam On Air dan kami berharap dapat bekerjasama dengannya lagi selepas ini.

"Dia juga amat gembira dengan program berkenaan kerana dapat mengasah bakat golongan muda yang meminati bidang penyiaran. Saya percaya pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kemunculannya setelah sekian lama menyepi," ujarnya.

Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,6, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,4.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan Azrinaz dengan talak satu pada 16 Jun 2010 manakala semua gelaran termasuklah 'Yang Teramat Mulia Pengiran' ditarik balik.
 
Sementara itu On Air, yang diterbitkan bagi mencari pelapis pengacara baru itu akan memulakan siaran pada setiap Rabu (bermula malam ini) hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria.

Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro.

Pengacara Suhaimi Sulaiman, Aznil Nawawi dan Dang Suria Zainordin akan terlibat dalam program itu manakala Karl Shafik sebagai hos untuk segmen Diari On Air.

Penyamun mati setelah terjun ke dalam longkang untuk selamatkan diri

Posted: 22 May 2012 09:27 PM PDT

THE MALAYSIA INSIDER

KUALA TERENGGANU — Seorang lelaki maut dipercayai lemas apabila terjun ke dalam longkang ketika melarikan diri setelah terkejut disergah pemilik rumah yang cuba dipecah masuknya, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, lelaki berumur 29 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang itu cuba memecah siling rumah milik bekas tentera di Jalan Alamanda, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman, namun perbuatannya itu disedari pemilik rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata pemilik rumah berkenaan yang keluar ke halaman setelah mengesyaki rumahnya cuba dipecah masuk, ternampak kelibat penyamun di atas bumbung.

Katanya pemilik rumah yang merupakan bekas anggota tentera berumur 43 tahun itu menyergah suspek yang menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri dengan terjun dari bumbung rumah berkenaan.

"Ketika melarikan diri, suspek terjun ke dalam longkang besar tidak jauh dari rumah itu dan ketika terjun, kepalanya dipercayai terhantuk ke dinding konkrit longkang yang dipenuhi air separas pinggang menyebabkannya terus tenggelam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Manoharan berkata pemilik rumah berkenaan cuba menyelam untuk menyelamatkan suspek namun gagal.
Mayat lelaki itu ditemui di dasar longkang oleh polis yang tiba sejurus dimaklumkan mengenai kejadian, katanya.

Manoharan berkata mayat dihantar ke Hospital Kemaman dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut, katanya. — Bernama

UMNO kalau tidak berbohong, bukan UMNO namanya

Posted: 22 May 2012 04:52 PM PDT




Oleh Aspan Alias


Kenyataan Rais Yatim yang jumlah kehadiran dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini hanyalah lebih sedikit dari 22,000 sahaja dan perkiraan beliau itu disanggah oleh penulis-penulis dan individu pro UMNO dan BN. Sesungguhnya 22,000 itu hanyalah jumlah peserta yang duduk dari persimpangan Tun Razak dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja.

Tetapi saya menyeru kepada sesiapa yang tahu jumlah sebenarnya (lebih dari 300,000 orang), supaya tidak melayan kata-kata Rais itu kerana beliau adalah hulubalang kepada UMNO dan apabila bersama UMNO itu banyak perkiraan sudah semestinya salah dan terlalu jauh dari kebenaran. Jika Rais mengakui jumlah peserta itu pada hakikatnya lebih dari 300,000 orang, maka beliau tidak akan dianggap sebagai ahli-ahli UMNO. UMNO memang begitu sikapnya….berbohong dan berbohong terus-terusan. Kalau tidak berbohong mereka tidak selari dengan 'attribute' asas UMNO itu.
UMNO memang tidak merasa apa-apa jika berbohong. Berbohong itu ada satu kewajipan bagi UMNO. Jika kita hendak menunjukkan bagaimana UMNO nya kita itu, kita mesti berbohong kerana itulah UMNO.
Yang penting bagi sesiapa yang menyertai perhimpunan itu, mereka tahu yang jumlah kehadiran melebihi 300.000 orang. Yang kita tahu perhimpunan raksaksa itu dihadiri oleh setiap bangsa dan agama, yang tua dan yang muda serta para professional yang buat pertama kalinya bersama Bersih untuk merakamkan manifestasi dan keluhan rakyat tentang kekurangan dan kelemahan ketara yang menyelubungi SPRM.
Kita jangan respon kepada kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO kerana mereka adalah dari kumpulan yang tidak boleh diyakini rakyat lagi. Jika angka kedatangan peserta yang melebihi 300,000 itu dikatakan hanya 22,000 orang maka tidak syak lagi UMNO sudah begitu panik dan terpaksa berbohong dan menyorok ditempat yang terang.
Kita mesti memahami kenapa pemimpin UMNO berbohong tentang isu kehadiran peserta perhimpunan itu. UMNO tidak boleh hidup jika tidak semua pemimpin-pemimpinnya berbohong. Kalau tidak berbohong pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan lena tidur. Mereka akan berasa segar kembali apabila berbohong. Berbohong itu adalah ibarat julap dan sarapan bagi UMNO dan pemimpinnya.
Masalahnya saya sudah lama betul tidak bertemu dengan Rais ini. Oleh kerana begitu lama tidak bertemu dengan beliau, rupa-rupanya beliau belum lagi berubah. Baru sekarang saya sedar dan mengakui yang Rais sudah terlalu sebati dengan pembohongannya. Mulut manis Rais itu lah yang membolehkan beliau kekal dalam kabinet Najib. Jangan kita ambil peduli dengan angka-angka yang beliau sebut itu.
Tetapi sebaliknya perhimpunan ulang tahun UMNO ke66 baru-baru ini dikatakan oleh media arus perdana yang kehadiran perhimpunan  itu berjumlah 120,000 orang sedangkan jumlah sebenar kehadirannya hanyalah 65,000 orang sahaja. Jangan lawan mereka itu. UMNO sebenarnya ibarat orang tua yang sakit.
 
 Semua orang mesti percaya dan menuruti kehendaknya. Kita jangan respon dan biarkan pemimpin mereka bercakap untuk membohongi diri sendiri. Apabila rakyat tidak mempercayai pembohongan  mereka UMNO bertindak pula untuk membohongi diri mereka sendiri…. Mereka akan terus berbohong dan berbohong.
Tetapi pembohongan ini rasanya akan berakhir kerana selepas pilihanraya ini beliau tidak ada nada 'premis' untuk berbohong lagi. Semasa itu nanti ramai orang UMNO akan bertambah kurus bukan kerana hilang kuasa tetapi kerana semasa itu UMNO akan menghadapi kesusahan kerana mereka sudah susah untuk berbohong lagi.
Sementara masih ada kuasa sikit-sikit ini teruskanlah berbohong itu dengan sepuas-puasnya. Selepas pilihanraya nanti mungkin tidak dapat lagi berbohong dengan sewenang-wenangnya. Berbohonglah banyak-banyak. lagi pun kalau mereka cakap benar pun orang ramai akan menganggap mereka berbohong juga.....sebab berbohong itu sudah sinonim dengan UMNO.....UMNO itu bohong, bohong itu adalah UMNO.
 
http://aspanaliasnet.blogspot.com/

NFC saman Public Bank dakwa langgar BAFIA

Posted: 22 May 2012 04:28 PM PDT

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR  - Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), syarikat-syarikat berkaitan dengannya dan pengerusinya hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Public Bank Bhd. (Public Bank) kerana didakwa melanggar Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Peguam cara yang mewakili NFC menyatakan, pelanggaran keselamatan di bawah akta itu membolehkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli mendramatikkan, menanam rasa benci dan memberi gambaran yang salah untuk memburuk-burukkan NFC dengan pihak kerajaan, orang awam dan komuniti kewangan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh NFC hari ini, NFC mendakwa, akibat daripada tindakan itu juga, pusat berkenaan telah mengalami kehilangan yang tidak dapat ditebus selain reputasi serta kredibiliti mereka yang terjejas.

Debat Sinar: 'Kita sudah matang berpolitik'

Posted: 22 May 2012 04:22 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

'Kita sudah matang berpolitik'
 
Rafizi Ramli (kiri) dan Khairy Jamaluddin bertepuk tangan di akhir Debat Sinar Harian mengenai PTPTN malam tadi. Debat dipengerusikan oleh Dr Mazlee Malik. - Foto Sinar Harian
 
 
SHAH ALAM - Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan 'idea yang dipetik dari awangan'.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.


"Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara."

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

"Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?" soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

"Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar."

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.

Tiada ulasan: