ALHUSSEYN |
- Bawean - Sejenak Dalam Kenangan Ku
- SYABAS KEPADA SDR RAFIZI & KHAIRY
- Bila Lagi Bekas Ketua Polis Negara Nak Masuk PAS?
Bawean - Sejenak Dalam Kenangan Ku Posted: 23 May 2012 09:18 AM PDT Dua tahun yang lalu saya telah berkesempatan mengunjungi tanah tumpah orang tua ku, Bawean. Saya berasa megah dan bertuah sejurus dapat menjejak kaki ke bumi asal keturunan ku itu. Tambahan pula dapat mengunjungi saudara mara ku yang ada disana. Setidak-tidaknya, aku berpeluang menghirup udara yang pernah ibu bapa ku rasai. Turut dapat melihat kesuburan buminya. Tani adalah merupakan punca utama kehidupan di pulau itu. Orang Bawean , rata-ratanya adalah petani. Mereka kenal apa itu 'landuk'. Tapi apabila mereka berhijrah ke lain tempat umpama ke Malaysia ini, boleh dikatakan kebanyakan mereka sudah lupa kepada 'landuk' lalu menukar cara menyara hidup dengan yang lebih mudah bagi mereka. melihat Pulau Bawean dari feri Bahri Itulah yang generasi arwah bapa ku dan kawan-kawannya lakukan ketika membawa hidup ke Malaya ketika itu. Kebanyakan mereka lebih gemar menjadi 'pemandu kereta' atau sopir kepada towkey-towkey Cina. Ramai juga yang bekerja di Race Course. Di mana ada race-course, pasti ada orang Bawean.Kalau ada ungkapan, dimana ada gula, di situ ada semut, maka begitu juga yang boleh diungkapkan mengenai orang Bawean di Malaya atau di Singapura – Dimana ada kuda, di situ ada Bawean! pengangkuatan yang popular di Bawean Sekarang, orang India dan Melayu yang lain pun sudah ramai bekerja di stable kuda.Dulu profession ini dimonopoli oleh orang Bawean. Orang Bawean kini sudah semakin maju dan punya status yang lebih baik berbanding dari dahulu.Masing-masing kini sudah mampu hidup dengan punya rumah sendiri. (belakang sekali) selama berada di Bawean Dulu, mereka tinggal berkelompok. Mereka ramai-ramai tinggal di sebuah rumah yang sederhana besarnya dan dikenali sebagai 'Ponthuk'. Tatkala menjejak kaki di Pulau Bawean, saya perhatikan rumah disana besar-besar dan lebih cantik dari kebanyakan rumah orang Bawean di tempat saya ini (Ipoh). akhirnya mereka mampu membina rumah seperti ini Ha! ha! ha! Orang Bawean Ipoh jangan eklah sama orang Bawean Ori yang baru datang ke sini! Mereka tidak heran lihat kita tinggal di rumah teres macam kita di sini!Rumah mereka jauh lebih besar dan cantik! Tapi melihat dari segi perekonomiannya, Bawean masih jauh mundur. Kita boleh lihat keadaan pasarnya.Tidak ada banyak barangan yang dapat ditawarkan kepada pembeli. Jangan mimpi kalau ingat mahu lepak-lepak dengan kenkawan di kedai makan atau cafe seperti kita di sini.Nampaknya mereka di sini jenis tidak makan luar! Ketika meninjau pasarnya, tidak banyak ikan yang ada walaupun saya kesitu di awal waktu.Mereka kata, laut sangat bergelora, nelayan tidak berani keluar menangkap ikan. Melihat kepada peniaga sayur, tidak ada kepelbagaian sayur-sayuran.Orang kurang mengusahakan tanaman sayuran untuk jualan.Maasing-masing tanam dan makan sendiri! Begitu juga dengan buah-buahan yang sangat terhad. Mereka lebih gemar buah-buahan tanaman sendiri. Kebetulan ketika itu tiada musim buah-buahan di sana. Hanya buah pisang yang banyak kelihatan. Jangan mimpi kalau mahu makan epal atau Sunkist. Ini semua menunjukan kepada kita bahawa kuasa membeli sangat terhad. Maka itu peniaga di sini tidak mampu untuk menawarkan barangan dagangan yang lebih banyak untuk pembeli membuat pilihan. Sekadar itu apa yang masih terlintas di ingatan saya. Sambung di lain waktu, Insya' Allah. |
SYABAS KEPADA SDR RAFIZI & KHAIRY Posted: 23 May 2012 05:08 AM PDT Saya sangat setuju dengan pandangan komentar berikut, yang saya cekuh dari sini di ruang komen pembaca. Seperti apa yang diharapkan oleh moderator, maka begitulah juga harapan sebilangan besar rakyat Malaysia – mahukan teraju utama negara, iaitu Perdana Menteri Najib sendiri tampil untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Najib tidak perlu memberi alasan yang bukan-bukan.Beliau perlu tonjolkan kewibawaan dan kemampuan beliau berhujah mempertahankan polisi-polisi pentadbirannya yang semakin hebat dikritik oleh rakyat.Biar rakyat nilai sendiri keterampilan Perdana Menteri yang selama ini hanya berani berhujah di hadapan tukang angguk sahaja. Komen berikut,saya tidak edit, saya copy dan paste sahaja sebagaimana yang asalnya.
*Kartun Zunar - Kredit to Malaysiakini |
Bila Lagi Bekas Ketua Polis Negara Nak Masuk PAS? Posted: 22 May 2012 08:22 PM PDT Sejak kemasukan Dato Fauzi Shaari, bekas orang nombor tiga PDRM bersama PAS, rakyat mulai bertanya dan menaruh harapan, bilakah lagi yang lain-lainnya seperti bekas-bekas KPN Hanif Omar, Rahim Nor, dan Musa Hasan ? Alangkah baiknya kalau mereka ini ikut serta bersama PAS. Sudah tentu ini akan menaikan lagi imej parti dan pakatan Rakyat!. Ramai yang mengharapkan begitu. Jom kita terjah serba sedikit latar belakang personaliti negarawan-negarawan tersebut. Mantan KPN Hanif Omar : Sekarang ini adalah sebagai Timbalan Pengerusi Genting Bhd. Dia juga adalah Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Bhd. Selain itu, dia adalah Pengerusi General Corporation Berhad Ahli Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad, AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad, AMFB Holdings Berhad dan AmInvestment Bank Berhad. Rujukan Adakah beliau sanggup berkorban dengan melepaskan jawatan-jawatannya dengan gaji yang sangat lumayan itu? Mantan KPN Rahim Noor : Dia inilah yang melebamkan mata Anwar semasa beliau ditahan di dalam tahanan sah polis dulu. Dia terpaksa bersara pada 8 Januari 1999 apabila siasatan keatasnya bermula. Dia didapati bersalah dan dihukum penjara 2 bulan diatas perlakuan jenayahnya itu. Setelah keluar penjara, bukan nak bertaubat dan terus jadi baik, dia gi join gang provokatif Melayu Perkasa dan terbaru, mencetuskan kontraversi apabila dia tuduh TGNA sebagai Bapa Kafir! Mantan KPN Musa Hasan : Anak seorang guru al-Qur'an, tapi cerita-cerita yang mengaitkan beliau dengan kumpulan gangster Cina susah untuk disangkal. Menurut Datuk Ramli Yusuff , bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, bahawa Musa bersekongkol dengan Goh Cheng Poh, ketua kongsi gelap Johor dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu yang didakwa terbabit dengan wang haram.Baca di sini Ingat lagi komentar Hakim Supang Lian ketika beliau membebaskan Ramli daripada satu lagi tuduhan di Sabah? Bahawa Ketua Polis Negara Musa Hassan adalah saksi pembohong . Bahkan hakim itu berpendapat bahawa KPN Musa Hassan adalah seorang bajingan. Kita sudah pun mengimbas secara ringkas profail mereka tadi. Adakah kita masih menaruh harapan terhadap mereka? Nampaknya harapan tersebut semakin menjadi kabur dan terus pudar apabila kita merenung dan meneliti ungkapan Mat Sabu, "Saya yakin sangat, jika seseorang bekas polis tidak terbabit jenayah, rasuah atau melindungi gangster, dia tidak akan takut menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam PR." |
You are subscribed to email updates from KE ARAH PILIHANRAYA TELUS , BERSIH & ADIL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan