Rabu, 23 Mei 2012

Biaqpila

Biaqpila


Perbicaraan Scorpene: Najib mesti hadir

Posted: 23 May 2012 05:00 AM PDT



Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan baik beliau, Razak Baginda.

Jingga 13 meminta agar seluruh media khususnya media arus perdana menyiarkan liputan pembicaraan tersebut secara telus dan profesional kerana ianya adalah turut melibatkan wang rakyat dalam membeli kapal-kapal selam tersebut.

Media arus perdana khususnya Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan sebagainya wajar menyiarkan liputan perbicaraan tersebut untuk dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui perbicaraan skandal tersebut.

Kenapa isu yang melibatkan maruah negara ini terus disembunyikan daripada rakyat? Kontroversi rasuah pembelian kapal selam Scorpene termasuk kes pembunuhan Altantuya benar-benar telah mencalarkan reputasi dan imej negara di mata dunia.

Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak sewajarnya begitu takut untuk menghadiri perbicaraan tersebut sekiranya mereka tidak bersalah dan selama ini mereka begitu tegas menafikan keterlibatan dengan skandal tersebut. Perbicaraan tersebut adalah sangat penting untuk memulihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan maruah rakyat Malaysia seluruhnya.

Jingga 13 juga meminta agar Datuk Seri Najib memberikan komen terhadap kes perbicaraan tersebut yang sehingga kini beliau terus mendiamkan diri.
Tidak ada sebarang kenyataan yang dibuat oleh beliau sedangkan Datuk Seri Najib Razak antara saksi yang disenaraikan oleh Suaram dalam perbicaraan tersebut.
Kehadiran Datuk Seri Najib Razak adalah sangat penting kerana beliau ketika itu adalah merupakan Menteri Pertahanan dan beliau wajar bertanggungjawab.

KD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tunggang motosikal 3 jam datang temui MB

Posted: 23 May 2012 12:00 AM PDT



GUA MUSANG: Agak luar biasa kehadiran masyarakat pelbagai kaum pada program penyampaian surat hak milik tanah, dividen Ladang Rakyat dan bantuan sosial yang diadakan di Dewan Sivik hari ini.

Sebelum ini jarang dapat dilihat rakyat pelbagai kaum termasuk Orang Asal, Cina, India dan Melayu bersama memenuhi dewan dan kawasan sekitarnya sejak pagi lagi.

Lebih 300 masyarakat Orang Asal termasuk yang datang menaiki motosikal selama tiga jam dari Pos Tuil bertolak jam 6 pagi melalui jalan pembalakan sebelum sampai ke jalan raya Lojing – Gua Musang.

Kesukaran itu tidak mematah semangat Zaman Kavi bersama rakan-rakan datang untuk bertemu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berada di Gua Musag sejak malam tadi.

Seramai 140 penduduk termasuk keluarga masyarakat Cina yang tinggal di Kampung Pulai menerima surat hak milik tanah.

Mereka meluah rasa begitu gembira kerana impian mendapat hak milik tanah akhirnya menjadi kenyataan.

Ng Nget Fah dari Kampung Pulai mendapat surat milik tanah kebun getahnya seluas 2.5 hektar yang diusahakan sejak berpuluh tahun lalu.

"Tentunya saya rasa gembira yang amat sangat kerana mendapat surat hak milik tanah kebun yang diusahakan keluarga saya selama ini," katanya sambil menunjukkan geran yang baru diterima daripada Menteri Besar.

Dua keluarga India iaitu Bhaskaran A/L Rengasamy dan R Parimala A/P Ramachandran masing-masing menerima cek sebanyak RM1,000 di majlis berkenaan ekoran kematian ibu mereka yang merupakan peserta program skim Takaful Kifaalah.

Hadir sama pada majlis yang penuh bersejarah itu anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Che Abdullah Mat Nawi dan Wan Ubaidah Omar.

Turut hadir Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Hussin, Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad, Penyelia Dun Galas, Abdullah Hussin dan Penyelia Paloh, Shah Amiruddin dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.

Abdullah melahirkan rasa syukur di atas kehadiran begitu ramai rakyat Gua Musang yang terdiri daripada pelbagai kaum sehingga memenuhi dewan sivik dan kawasan sekitarnya.

"Sokongan rakyat pelbagai kaum begitu hebat sekali. Saya terharu di atas sambutan yang luar biasa hari ini," katanya pada ucapa mewakili tuan rumah. Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan bagi jamuan orang ramai.

Pada 4 Mei lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga melakukan lawatan kerja ke Gua Musang merasmikan Komuniti 1Malaysia yang diadakan di padang Majlis Daerah Gua Musang. Sehingga hari ini padang tersebut tidak dapat digunakan kerana rosak.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berharap orang ramai yang mendapat geran tersebut tidak menjualnya kepada orang lain sehingga habis tempoh masa yang ditetapkan kerajaan.

Katanya juga tanah menjadi rebutan rakyat kerana bilangan manusia semakin ramai sedangkan keluasan tanah tidak berubah.

Pada lawatan kerja itu juga sebelah petang Menteri Besar melawat kolam penternakan ikan kelah milik Mohd Saiful Basri Mat Yaakub di Kampung Lepan Jaya.
template joomla


HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Perbicaraan Scorpene: Jika enggan, Interpol boleh tangkap saksi – Peguam

Posted: 22 May 2012 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.


Fadiah (tengah) bersama Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel di hadapan Mahkamah Perancis.

Peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang baru pulang dari Perancis, Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya, Mazlinda.

Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat oleh syarikat Perancis.

"Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

"Kami memberikan nama Najib Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda," kata Fadiah dengan dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching, Ahad lepas, lapor Free Malaysia Today.

Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Namun, baru-baru ini, selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata, beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.

"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis," soal Zahid.
Fadiah dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.

Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Perancis," kata Fadiah dipetik.

KD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO DEBAT: KJ VS RAFIZI

Posted: 22 May 2012 07:00 PM PDT

Beranikah Najib letak pisau di leher Rosmah?

Posted: 22 May 2012 06:15 PM PDT

Mohd Sayuti Omar


Pada hemat saya tidak mungkin Imigresen negara ini akan mengeluarkan visa kerja untuk mana-mana peguam yang mewakili Suaram untuk datang ke negara ini bagi menjelaskan perkembangan saman berhubung pembelian kapal selam dikatakan membabitkan pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang melibatkan perbelanjaan RM7.3 billion pada tahun 2002.

Suaram telah menyaman firma pertahanan DCNS di Perancis atas dakwaan rasuah melibatkan pegawai-pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam yang ada unsur rasuah sebanyak RM540 juta.


Peguam yang mewakili Suaram dari badan guaman Sherpa di Paris yang berkhidmat tanpa bayaran bercadang untuk datang ke negara ini seminggu dua lagi bagi menjelaskan kedudukan dan perkembangan isu itu kepada Suaram, demikian menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.

Mahkamah Perancis telah menerima senarai saksi untuk disoal oleh peguam berkenaan berhubung kes rasuah itu. Mereka termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi. Zahid nampaknya sudah menggunakan berbagai helah untuk menenangkan dirinya kerana takut dipanggil ke Perancis. Antara lain katanya kerajaan Perancis tidak berhak untuk memanggilnya ke sana.


Keyakinan ini berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini, peguam Bourdon yang pernah datang ke negara ini dan berucap di satu majlis makan malam di Pulau Pinang telah dihalau keluar kerana dianggap melakukan perbuatan menyalahi syarat-syarat lawatan ke negara ini. Penghalauan peguam Suaram itu menandakan kerajaan takut dengan apa yang sedang berlaku.


Makanya saya tidak fikir kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak akan berani memberi visa kerja kepada mereka kerana apa yang akan dilakukan nanti sedikit sebanyak ada kaitan dengan perdana menteri itu. Membenarkan peguam itu masuk ke negara ini dan menjelaskan isu itu ia seolah-olah Najib meletakkan pisau di tengkuk Rosmah.


Bagaimana pun tindakan tidak telus kerajaan dan cuba menghalang peguam itu menunjukkan pihak kerajaan termasuk Najib sendiri ada akses di dalam dakwaan berkenaan?

HD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: