DIALOG RAKYAT |
- Umno berslogan, Pakatan pelaksana
- Hero senaman punggung mengaku beli 'datuk'
- Nik Aziz sarung selendang cinta untuk isterinya
- Kebenaran Bersih terbukti: Letak jawatan, Najib Razak, anda memalukan
- Kumpulan pesara tentera mahu gempur KJ pula
- Cubaan pecah masuk pejabat Ambiga
- 25 NGO buat laporan terhadap Lim Guan Eng
- Bersih 3.0: 2 anggota polis didakwa kasari jurugambar
- Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu
- Muzakarah selepas PRU, bukan kerjasama politik
- Sun Lohas Labur RM 8 bilion, Bukti Kemampuan Selangor Tarik Pelabur Asing
- Hanya si bacul suka goyang punggung – Kobat
- Pilihanraya Selangor Hanya Selepas Daftar Pemilih Dibersihkan
- Penganalis Politik : Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan Kerajaan Selangor
- Selangor Sasarkan 50 Pingat Emas Dalam SUKMA
- Lesen Peniaga Makanan Remeh Luar Sekolah Ditamatkan
- Dakyah Blogger Umno Hanya Sia-sia
- Senaman punggung langgar adab, budaya Melayu – Teras
- Adam rayu bantuan RM300,000 rawat tumor
- Annuar: 'Saya akan hadir esok sebagai penyokong Kelantan'
- Ketua Pemuda: Umno masih perlukan Khairy
- Pakatan serah DBKL memo protes ganggu Ambiga
- Hudud: Pas tidak akan 'menyerah kalah'
- Bersih gerak kempen Jom Pantau PRU 13
Umno berslogan, Pakatan pelaksana Posted: 18 May 2012 03:47 AM PDT Maka tidak ada lagi masalah pelaksanaan slogan-slogan apabila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat semasa pilihan raya umum akan datang ini. Oleh Aspan Alias Slogan selalunya diperkenalkan oleh seseorang pemimpin itu untuk membezakan 'brand' kepimpinan masing-masing. Selalunya ia akan diwar-warkan yang dibawah pimpinannya keadaan itu berbeza dari keadaan yang lazim dialami rakyat di zaman kepimpinan sebelumnya. Slogan mula bercambah ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja. Apabila Mahathir mengambil alih rakyat telah cuba di dakyahkan sebagai zaman yang amat berbeza dengan pimpinan sebelum beliau. Gandingan beliau dengan Musa Hitam digambarkan sebagai pimpinan yang sangat berbeza dengan kepimpinan sebelumnya kerana bermula dari beliau zaman itu bermulalah zaman kepimpinan negara diterajui oleh orang biasa. Maka pimpinan itu telah dipanggil sebagai kepimpinan 2M (Mahathir-Musa). Pimpinan 2M terbengkalai dengan perletakan jawatan Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Februari 1986. Perletakan jawatan Musa akhirnya membawa kepada pertandingan besar dalam Umno pada tahun berikutnya 1987 di antara gandingan Tengku Razaleigh Hamzah – Musa dan Mahathir – Tun Ghafar Baba. Apabila Mahathir mula-mula mengambil alih, maka terciptalah slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah'. Tetapi slogan ini hanya tinggal slogan kerana masa itu tidak ada yang bersihnya, tidak ada kecekapan dan jauh sekali untuk melihat amanahnya. Zaman inilah bermulanya rasuah yang begitu hebat dan budaya itu terus diwarisi kepimpinan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, perdana menteri sekarang ini. Dalam masa yang sama tercipta juga slogan 'kepimpinan melalui tauladan' dan inilah satu-satunya slogan yang amat berjaya yang dicipta Mahathir. Ini adalah kerana segala budaya rasuah itu telah diteladani oleh semua pemimpin setiap peringkat dalam kerajaan dan parti serta pimpinan-pimpinan yang mewarisi kepimpinan Mahathir sehingga sekarang ini. Semua pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) benar-benar berjaya melaksanakan slogan ini sehinggakan susah untuk mendapatkan kepimpinan yang tidak rasuah. Semuanya ini adalah hasil dari kempen 'kepimpinan melalui tauladan' unjuran Mahathir itu. Di adakan pula slogan 'penerapan nilai-nilai Islam' dalam pentadbiran dalam masa yang sama tetapi tidak ada addin keislaman di dalamnya kerana kejayaan slogan kepimpinan melalui teladan tadi. Tidak faham Kita terus pula kepada slogan dalam pentadbiran Najib iaitu '1Malaysia' yang masih belum difahami oleh rakyat satu Malaysia ini. Yang kita lihat hanyalah pin-pin 1Malaysia yang terlekat di dada dan kolor baju-baju pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan sahaja. Yang sedapnya Mahathir sendiri mengaku yang beliau tidak faham tentang slogan ini. Bagaimana slogan 1Malaysia hendak berjaya sedangkan kepimpinan termasuk Najib yang mencipta slogan itu sendiri bercakap isu rasis apabila bertemu dengan ahli-ahli Umno. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tidak menyokong slogan ini kerana beliau secara terbuka telah mengakui yang beliau mengambil sikap Melayu dahulu barulah rakyat yang lain. Walau bagaimana pun rakyat tidak perlu gusar tentang slogan yang tidak terlaksana oleh penciptanya sendiri. Ada pihak lain yang mampu melaksanakan slogan ciptaan pemimpin-pemimpin Umno itu. Kita tidak payah pergi jauh. Kita tinjau sahaja apa yang dilakukan oleh negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Selangor telah berjaya mempunyai bajet yang seimbang dengan 'reserve' hampir RM2 billion. Pulau Pinang telah berjaya untuk menghilangkan budaya rasuah dan telah menunjukkan nilai kesamarataan. Peruntukkan untuk kegiatan hal ehwal agama Islam sekarang telah meningkat sehingga RM63 juta sedangkan semasa BN memerintah Pulau Pinang, peruntukkannya hanya RM12 juta sahaja. Skandal kewangan Tidak ada kedengaran skandal kewangan sehingga RM12 billion seperti isu PKFZ di Selangor sekarang ini atau pun kedapatan pemimpin negeri itu yang telah membina rumah peribadi sehingga RM20 juta di Shah Alam. Tidak ada lagi kedengaran skandal kehilangan RM500 juta wang Yayasan Selangor. Kedah dan Kelantan juga mempunyai rekod baik dan tidak kedengaran rasuah yang berbillion ringgit berlaku dinegeri-negeri tersebut. Kedah merupakan salah satu negeri yang mendapat kemasukan pelaburan dalam bidang pembuatan yang besar dan negeri itu adalah salah sebuah dari lima negeri teratas berbanding dengan negeri-negeri tadbiran BN. Pulai Pinang merupakan negeri yang kedudukan nombor satu dan diikuti oleh Selangor. Sarawak menduduki tempat ketiga dan yang keempat ialah Johor, satau-satunya negeri yang ditadbir BN yang masuk kedalam kategori lima teratas itu. Dalam kata-kata lain secara ringkasnya jika slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah' adalah laungan BN semasa Mahathir menjadi PM dalam senyap-senyap negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyatlah yang menjayakan slogan itu. Begitu jugalah slogan '1Malaysia' ciptaan Najib, BN tidak mampu melaksanakannya tetapi yang berjaya melaksanakan konsep 1Malaysia itu ialah parti-parti dalam Pakatan kerana setiap bangsa bersatu dan tidak ada parti untuk satu-satu kaum sahaja. Oleh itu kita nampak dengan jelas yang BN hanya pandai berslogan tetapi Pakatanlah yang mampu melaksanakannya. Kita akui slogan- slogan ciptaan BN itu adalah baik kesemuanya. Hanya mereka tidak mampu melaksanakannya dan ia hanya tinggal retorik kosong BN sahaja. Maka kita simpulkan sahaja isu ini: BN berslogan PR melaksanakannya. Maka tidak ada lagi masalah pelaksanaan slogan-slogan tersebut apabila Pakatan diberi mandat oleh rakyat semasa pilihan raya umum yang akan datang ini. Umno dan BN boleh membantu mewujudkan slogan-slogan yang baik semasa jadi pembangkang nanti. Berilah tugas kepada Pakatan untuk melaksanakannya dengan baik sebagai kerajaan baru yang begitu lama ternanti-nanti saat untuk membetulkan kebobrokan bekas parti pemerintah, iaitu BN yang cemas itu sudah duduk dikerusi pembangkang di semua Dewan-Dewan Legislatif di negara ini. Sistem dua parti Apabila perubahan berlaku maka bermula jugalah sistem dua parti yang sangat penting untuk mendapatkan pimpinan yang mengakui yang kuasa dalam negara demokrasi ini terletak ditangan rakyat. Rakyat tidak payah lagi bersusah payah kerana jika Pakatan tidak dapat melaksanakan tugas seperti yang dijanjikan maka rakyat boleh memberikan kembali mandat itu kembali kepada BN. Tetapi yang penting sekali kita mesti bermula untuk menunjukkan kepada kepimpinan yang bongkak dengan kuasa itu bahawa rakyat, jika diizin Tuhan, merupakan penentu kepada nasib mereka yang berkuasa. Rakyat boleh menggali dan menganjak pimpinan negara, kerana negara ini sebenarnya adalah kepunyaan rakyat. Hanya sebelum ini rakyat belum lagi sedar yang kuasa itu adalah kuasa mereka. Baru sekarang mereka (rakyat) sedar yang merekalah yang mesti bertindak untuk melakukan usaha memperbetulkan keadaan negara kita ini Lagi pun BN sudah terlalu lama memerintah, iaitu selama 55 tahun. Kita mesti ingat jika pokok kelapa itu sudah berumur 55 tahun ia terlalu tinggi dan beruk pun takut untuk memanjatnya. Jika ditebang pokok kelapa yang berumur 55 tahun, umbutnya pun sudah keras dan tidak sedap lagi untuk digulai.FREE MALAYSIA TODAY *Penulis ialah ahli DAP dan bekas penjawat awam. |
Hero senaman punggung mengaku beli 'datuk' Posted: 18 May 2012 03:43 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE |
Nik Aziz sarung selendang cinta untuk isterinya Posted: 18 May 2012 03:41 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KOTA BHARU-Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarungkan selendang tanda cinta yang tidak berbelah bagi pada isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Tuan Guru menyarungkan selendang berkenaan sempena majlis Himpunan Isteri Pimpinan dan Muslimat Kelantan – Gempur PRU 13, di Pusat Tarbiah Islamiah PAS Kelantan (PUTIK) tengahari tadi. Sebelum ini Tuan Guru menghadiahkan bunga kepada isterinya yang tercinta itu, namun hari ini ianya agak berlainan menjadikan majlis bertambah ceria. Program sehari itu anjuran Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa. Tuan Guru ketika merasmikan majlis ini mengingatkan para isteri mencontohi isteri-isteri pimpinan terdahulu yang telah banyak mengorbankan masa, kewangan dan sebagainya untuk perjuangan Islam. Sambungnya, apa yang penting para isteri atau muslimat wajib mengikut perintah Allah kerana akan memperolehi hasil yang manis masa depan. "Bonda Nabi Musa diperintahkan Allah membuang anaknya itu ke laut selepas disusukan hingga kenyang, walaupun hati begitu pilu berpisah dengan anak apa lagi mesti dibuang ketika masih bayi, namun kerana perintah Allah, dia berbuat demikian. "Akhirnya Nabi Musa membesar dalam istana Firaun yang dibesarkan oleh ibu angkatnya sendiri Asiah,"ujarnya. Ketika berucap pada majlis penutup, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Siti Zailah Yusof, juga turut menyeru para isteri mengambil contoh para isteri pimpinan khasnya yang dikenakan tahanan ISA. Menurutnya, walaupun hidup mereka sengsara sepanjang suami mereka tiada, namun kekentalan jiwa mereka sentiasa kukuh. Program separuh hari itu turut dihadiri Normah Alwi (isteri timbalan Presiden PAS) dan beberapa orang pimpinan muslimat PAS Pusat yang lain, selain Timbalan Purnama, Siti Zubaidah Abdul Hamid dan lain-lain pimpinan.--Harakahdaily |
Kebenaran Bersih terbukti: Letak jawatan, Najib Razak, anda memalukan Posted: 18 May 2012 03:30 AM PDT Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Apabila kita membaca pengalaman peribadi yang ditulis oleh Renee Talalla, seorang pesara guru berusia 70 tahun yang menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, kami merasa begitu malu. Kemudian kami sedar akan sesuatu yang tida betul. Apakah jenis kerajaan yang sanggup melakukan perkara demikian pada rakyat? Perdana Menteri apakah yang sanggup membahayakan keselamatan orang mudanya, wanita dan warga tua? Begitu biadap sekali! Malaysia Chronicle juga telah memerhatikan perarakan Bersih 3.0 dan dari pengamatan kami, ia tidak jauh berbeza daripada apa yang diceritakan oleh Puan Renee. Telah tiba masanya kita melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan di Malaysia dan Malaysia Chronicle ingin memulakan dengan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab. Letak jawatan, sila berhenti dan jangan memalukan negara lagi. (Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle) KEBAIKAN, KEBURUKAN dan KEJAHATAN yang berlaku di BERSIH 3.0 - Renee Talalla Walaupun letih, mengantuk dengan sakit-sakit diseluruh badan, saya perlu juga menulis untuk mengeluarkan segala yang dipendam di minda supaya saya dapat melelapkan mata. Jadi, di sini pengalaman Bersih 3 bagi saya yang ditulis pada pukul 11 malam pada 28 April 2012. Sebagai rakyat yang juga warga emas yang mematuhi undang-undang, walaupun tidak mempunyai keberanian seperti orang lain, kami telah memilih untuk tidak menyertai Bersih 2 apabila ia telah diharamkan, , KL dikawal ketat dan sebagainya. Kali ini, seperti mereka yang lain, kami telah membuat keputusan untuk menunjukkan sokongan kami untuk menyertai Bersih 3.0. Tiada salah kiranya kami menyangka tidak akan ada masalah, namun kami tetapi bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan - garam, tuala basah dan sebagainya di dalam beg. Kami yakin peserta akan berdisiplin dan pihak polis akan lebih berhati-hati selepas kekacauan pada Bersih 2. Pada jam 10.30 pagi, saya dan suami saya menaiki LRT ke Pasar Seni. Kereta api begitu sesak dengan orang ramai berborak dan beramah mesra. Dari Pasar Seni pada kira-kira pukul 11 pagi, kami berjalan-jalan melalui Pasar Seni dan menyelusuri tepian Tun Perak. Orang ramai yang berkumpul, berdiri di sekeliling atau duduk di atas kaki lima di sepanjang jalan. Kami berjalan melalui orang ramai yang sangat bersesak berhampiran pertemuan antara Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mencari tempat duduk yang sedikit tinggi dari atas tanah. (Pada usia 70 dan suami yang hampir mencecah 80, jika kami cuba untuk duduk di atas jalan atau tepi jalan, kami akan menghadapi kesukaran untuk bangun! Bagaimanapun, kami berjaya mendapati tempat yang sesuai. Diatas tiga anak tangga bersebelahan kolam air di tepi dinding. Sudah ramai yang duduk disitu tetapi beberapa orang telah membuat ruang untuk kami. Jika berdiri di atas anak tangga kedua, kami dapat melihat sedikit. Kami juga boleh duduk di atas anak tangga itu. Ada satu barisan orang di belakang kami pada anak tangga ketiga. Tempat itu agak teduh. Tempat yang cukup sempurna. Peserta semakin ramai, semua beradap dan berdisiplin Pada pukul 11.30; semakin ramai yang tiba pada setiap minit. Saya jangka 80% daripada mereka orang Melayu, selebihnya Cina dengan sedikit kaum India. Kami semakin dihimpit, tetapi masih boleh bertahan di tempat teduh kami tadi. Kami menjadi sangat lapar pada pukul 1:00 petang, (lupa untuk membawa makanan!) tetapi tidak boleh bergerak walau 6 inci pun. Saya mula mengambil gambar. Manusia berada sejauh mata dapat memandang pada setiap arah. Mungkin ada kira-kira 40 orang atau lebih barisan orang di hadapan kami- terbukti ini menjadi begitu membahayakan kemudian! Lagu kebangsaan dinyanyikan beberapa kali dan melaungkan Bersih , bersih, bebas , bebas dan sebagainya. Semua berada dalam kawalan walaupun berada dalam panas dan kelaparan! Saya berbual-bual dengan seorang pakcik ceria berusia 75 tahun yang datang pada pagi itu dari Pahang. Seorang makcik yang memakai tudung berdiri berhampiran dengan saya datang dari Terengganu. Kedua-duanya orang biasa tanpa banyak yang dibual bicarakan, namun kami merasakan ikatan yang erat atas niat dan tujuan yang sama apabila berada disitu. Kami tidak dapat mendengar ucapan-ucapan yang telah dibuat sekali-sekala dan terlalu ramai orang berada di hadapan kami untuk menyaksikan siapa yang telah bercakap dan sebagainya. Tetapi, kami dapat melihat dengan jelas polis yang mendindingi kami disepanjang bahagian depan Dataran. Satu perkara kecil yang dapat membuktikan disiplin penonton sebelum panik bermula: ribuan orang telah duduk dan berdiri di hadapan kami, namun tiada sesiapa pun yang merokok. Saya telah terbaca ia adalah satu perkara yang mesti dielakkan. Arahan telah dipatuhi. Hanya perokok yang tahu bagaimana rasanya untuk tidak merokok selama 3-4 jam sambil menunggu dengan tahap ketegangan dan keseronokan yang sebegitu! Anwar berucap dan setelah berhenti, keadaan menjadi kacau bilau Pada kira-kira pukul 2.30 petang, Anwar membuat ucapan, setelah kurang daripada 5 minit, ramai yang bersorak, kami berdiri di atas platform yang dibuat. Kami boleh nampak Anwar namun tidak dapat mendengarnya. Setelah selesai Anwar berucap dia mungkin telah beredar. Saya boleh mendengar laungan Buka! Buka! Buka! Tiba-tiba kami melihat barisan hadapan bergerak ke arah Dataran hanya berhampiran di mana Anwar telah berucap dan polis berundur. Dari kedudukan kami, ia kelihatan seperti mereka benar-benar telah membuka halangan dan membiarkan orang ramai masuk ke Dataran. Semua orang berdekatan bersorak dengan sekuat hati dan gembira dengan perkembangan yang ajaib ini! Tiba-tiba keadaan menjadi kacau bilau. Tanpa sebarang amaran [yang kami boleh dengar], meriam air dilepaskan dan gas pemedih mata dipancarkan kepada beribu-ribu di hadapan kami. Saya fikir kami berada jauh dibelakang jadi tiada apa yang akan berlaku - polis menghentikan mereka yang sudah melepasi halangan dan menghentikan pemerhatian ke atas kami. Kami tersilap!! Mereka terus menembak kanister gas pemedih mata beberapa kali tepat ke arah orang ramai - tidak henti-henti untuk membenarkan orang ramai lari. Pop pop pop bunyi tembakan, asap berada di mana-mana. Orang ramai berlari ke semua arah untuk menyelamatkan diri. Beratus-ratus datang ke arah kami dan ingat, kami adalah baris yang dibelakang berdekatan air dan dinding!! Tiada tempat untuk pergi dan diasak oleh beratus-ratus orang yang panik. Lebih banyak yang diserang dengan gas beracun berlari ke kolam berdekatan dinding. Kami tidak dapat turun dua langkah pun apatah lagi mengeluarkan garam, tuala dan sebagainya. Orang ramai yang panik menolak kami dan bergelut untuk mendapatkan air. Suami saya sudah terbaring di atas tangga dan langsung tidak dapat duduk. Saya telah ditolak dan separuh badan berada di dalam kolam, bersama beg. Entah bagaimana saya berjaya merangkak keluar dari kolam renang, cuba untuk membantu suami duduk tetapi tidak boleh. Terlalu ramai orang yang bergelut di atas kami. Pada masa itu, gas pemedih mata telah sampai kepada kami. Memedihkan dan memualkan, batuk dan sebagainya, kami tidak dapat bernafas atau melihat untuk keluar dari sana walaupun tidak ditolak dan diasak ke belakang. Polis sengaja memerangkap orang ramai Selepas beberapa detik yang menakutkan, orang ramai mula bangun dari tangga. Dengan mata yang pedih, batuk dan sesak nafas, kami cuba melepaskan diri dari kawasan Dataran. Kami menuju ke belakang tetapi diasak lagi dengan lebih banyak gas pemedih mata yang datang dari kawasan Jalan Raja Laut. Tiada tempat untuk lari. Bagaimana hendak bersurai? Mengapa mereka memerangkap rakyat dengan melepaskan tembakan dari depan dan belakang? Semua orang yang melarikan diri keliru dan tidak tahu di mana harus dituju. Melihat kesusahan kami, beberapa orang muda berbangsa Cina datang dan memberikan kami garam, menenangkan kami sambil berkata 'jangan lari, tinggal di sini, ia akan berlalu. Setelah berdiri di tengah-tengah awan gas pemedih mata dan meletakkan garam pada lidah gejala gas reda sedikit. Kemudian, beberapa orang Melayu yang telah berlindung di belakang kereta yang diletak di belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman menyeru kepada kami "makcik, pakcik mari sini , mari sini". Kita menuju ke arah mereka. Mereka memberikan kami air dan garam yang lebih dan begitu prihatin. Dari belakang kereta kami Nampak peserta berlari-lari ke semua arah dengan polis mengejar mereka. Kami memutuskan untuk bersembunyi di belakang kereta sehingga keadaan menjadi lebih tenang. Sahabat-sahabat kami mula beredar. Kami bersendirian dalam keadaan yang lebih tenang tapi masih cemas. Akhirnya sekumpulan anggota polis datang dan mendapatkan kami. Seorang polis muda menjerit kasar "mari sini". Suami saya berjalan perlahan-lahan ke arah mereka tetapi polis biadap itu terus menjerit pada saya. Saya kemudian berjalan perlahan-lahan ke arah dia dan berkata lembut, jangan bising, kenapa bising, itu kurang ajar. Dia kelihatan seperti mahu memukul saya. Mujurlah seorang pegawai polis datang dan berkata perlahan-lahan kepada kami. Saya bertanya, 'Adakah kami akan selamat?' 'Ya", katanya kepada kami "kami akan bawa anda keluar". "Jadi, suruh orang anda berhenti menjerit", saya memberitahunya. Dia menyuruh si biadap berhenti dan si biadap mula meninggalkan kami. Kami telah diiringi keluar berhampiran Dataran dan dibenarkan pergi. Polis berada di mana-mana dan mengiringi tahanan dan kami nampak mencurigakan kepada polis dan penonton!! Kami berjalan menuju kelab Selangor. Pintu-pintu telah ditutup. Kami terpaksa mengemukakan kad keahlian kami sebelum mereka membenarkan kami masuk. Rupa kami pada masa itu sudah semestinya teruk!! Basah, bermata merah dan berlumuran air. Kami bergegas ke tandas dan menukar baju T yang basah, mengeringkan rambut ( nasib baik kami telah dibawa baju T bersih). Setelah membersihkan diri, kami duduk dan makan sandwich dan minum teh, makanan pertama sejak sarapan pagi. Lega rasanya hidup dalam keadaan yang bertamadun lagi! Young and bonded together to help each other Kini kira-kira jam 4 petang. Pada pukul lima kami memutuskan untuk menaiki LRT untuk kembali ke rumah. Satu lagi drama! Ramai polis berada di luar kelab Selangor, berehat sambil merokok dan sebagainya. Seorang daripada mereka dengan menggunakan bahasa Melayu berkata, 'pakcik, maaf semua jalan untuk LRT ditutup'. 'Bagaimana kami nak balik rumah? kami bertanya. Dia menggelengkan kepala dan kemudian menunjuk ke arah Jalan Raja Laut. Di sepanjang jalan, orang ramai memberitahu bahawa satu-satunya cara keluar adalah melalui komuter. Sogo, Masjid Jamek dan stesen LRT Pasar Seni semuanya ditutup. Setelah jauh berjalan kaki di sepanjang Raja Laut, kami mendaki ke atas bukit yang curam, tiada laluan sebenar, dan akhirnya memanjat pagar untuk mendapatkan keretapi. Tidak boleh menggunakan jejantas kerana ia telah disekat oleh pihak polis. Semua jalan yang kami telah dibantu oleh anak-anak muda Cina dan Melayu, menolak kami dari belakang dan mengheret kita di hadapan atas bukit dan atas pagar! Perasaan yang mengagumkan dan bernilai seluruh pengalaman jahat mengalami kebaikan ini dari orang yang tidak dikenali. Kereta ke Sentral dan kemudian LRT ke PJ padat. Sekali lagi pengalaman bersama mengeratkan semua, tua dan muda, semua yang mereka telah lalui sehinggalah kepada orang asing yang berada di sebelah mereka. Biadap kerana sanggup membahayakan orang muda, wanita dan warga tua Semua orang terkejut dengan kekerasan dan tahap tindak balas polis hanya kerana beberapa orang telah melanggar halangan. Setelah berada di rumah, kesakitan dan kepenatan baru dirasai! Jauh lebih mengejutkan adalah tindakan polis yang sanggup membahayakan nyawa orang muda dan tua. Mereka tahu orang ramai begitu bersesak dan untuk melarikan diri adalah amat sukar. Mereka mahu menyuraikan orang tetapi memerangkap mereka di tengah-tengah dengan menembak gas pemedih mata dari depan dan dari belakang? Dan mengapa mereka mengejar orang yang cuba untuk menjauhkan diri daripada gas? Orang tua, wanita dan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri. Ia bukanlah perhimpunan haram, dan mereka telah berjaya menjauhkan orang ramai dari Dataran. Jadi mengapa mereka dikejar di jalanan dan lorong-lorong? Kenapa stesen LRT ditutup dan menyusahkan orang ramai untuk pulang ke rumah. Terlalu banyak persoalan yang tidak dijawab. Ia tidak masuk akal Namun, saya bersyukur kerana melakukannya. Ini telah membuka mata saya, bagaimana Malaysia boleh lakukannya, tanpa mengira bangsa dan juga agama. Orang ramai bergegas membantu kami. Paling menyentuh perasaan adalah anak-anak muda Melayu dan Cina yang telah membantu kami. Perangai terburuk dan mulia manusia telah kami lihat. Kami baik sahaja. Suami saya telah hilang tuala dan topinya dan mempunyai ada beberapa kesan luka pada kaki. Ia boleh menjadi lebih buruk. Beliau telah bangun dan pergi ke gereja pada jam 6.30 pagi ini! Semuanya berjalan dengan lancar. Begitu banyak untuk diraikan bagi Malaysia kita! Kita sendiri akan berubah selama-lamanya – tidak akan menjadi takut sekiranya masyarakat sivil perlukan kita, denga izin Tuhan, kita akan menjadi lebih bersedia untuk bertindak balas! Renee Talalla merupakan seorang guru bahasa yang berkahwin dengan pesara Diplomatik Malaysia. Suaminya telah menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1990-an. Usianya hampir mencecah 80 dan Renee pula berusia 70 tahun. |
Kumpulan pesara tentera mahu gempur KJ pula Posted: 18 May 2012 03:18 AM PDT Sekumpulan pesara tentera yang melakukan "senaman punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga bercadang menggempur rumah Ketua Pemuda Umno KhairyJamaluddin Abu Bakar pula. Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata (kanan), Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia. "Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah. "Saya rasa dia keluarkan kenyataan macam itu sebab tak dapat jawatan menteri dan nak membalas dendam," kata Ali sambil memaklumkan tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat. Khairy semalam menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Ambiga kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat. Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu. Sementara itu, menamakan senaman itu sebagai "senaman tarian ala gempur", Mohd Ali berkata beliau kini sedang membincangkan lanjut rancangan itu dengan rakan-rakannya yang lain. "Masa dan tarikh nanti dulu. Tapi memang kita akan buat... "Khairy tak layak menjadi pemimpin dan gila jawatan sebenarnya... kami, veteran memang marah dengan kenyataan dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. |
Cubaan pecah masuk pejabat Ambiga Posted: 18 May 2012 03:16 AM PDT Kotak kawalan akses pejabat Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga yang dirongkah pagi tadi membangkitkan kecurigaan terdapat cubaan pecah masuk ke pejabatnya. Menurut Ambiga, perkara itu disedari pada kira-kira jam 8 pagi tadi. "Pekerja saya menyedarinya awal pagi dan sekarang laporan sedang dibuat di balai polis Jalan Travers (dekat Kuala Lumpur). "Kami tidak pasti jika penceroboh (lari kerana) takut, bagaimana ia berlaku, atau jika ia berkaitan perkara lain," katanya sewaktu dihubungi. Kejadian itu susulan dua demonstrasi oleh kumpulan anti-BERSIH di depan rumahnya di Bukit Damansara dekat Kuala Lumpur sejak himpunan BERSIH 3.0 berlangsung pada 28 April lalu. |
Posted: 18 May 2012 03:07 AM PDT Hadir BERSIH: Senator Australia sedia disiasat M'sia EKSKLUSIF Senator Bebas Australia Nick Xenophon akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang Malaysia kerana berada dalam perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur bulan lalu. Bercakap kepada Malaysiakini melalui wawancara telefon, Xenophon berkata beliau "tidak akan menjauhkan diri" daripada siasatan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. "Jika terdapat pihak berkuasa Malaysia berniat mendakwa saya, saya tiada masalah datang ke Malaysia untuk pertahankan diri," katanya. "Saya tidak akan lari atau menjauhkan diri daripada perkara ini. Saya tidak mahu dihalang memasuki negara yang saya beri perhatian besar." Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar lagi berhubung sebarang siasatan terhadapnya. Xenophon mengulas laporan portal The Mole bahawa beliau boleh disiasat bawah Seksyen 4(2)(a) Akta Perhimpunan Aman, yang melarang bukan warganegara Malaysia daripada mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan di negara ini. Senator itu bagaimanapun berkata beliau tidak hadir dalam perhimpunan besar itu sebagai peserta yang menuntut pilihan raya bebas dan adil tetapi menjadi pemerhati. Perkara itu, menurutnya sebahagian daripada misi mengumpul maklumat berhubung sistem pilihan raya di Malaysia. "Sekiranya pihak berkuasa Malaysia mahu bercakap dengan saya, saya sedia bercakap dengan mereka. Tetapi saya rasa ia perhimpunan aman. "Sebagai pemerhati, (saya lihat) keadaan mula tidak kena apabila gas pemedih mata dilepaskan," katanya. |
25 NGO buat laporan terhadap Lim Guan Eng Posted: 18 May 2012 03:01 AM PDT NIBONG TEBAL - Lebih 25 wakil badan bukan kerajaan (NGO) di Nibong Tebal membuat laporan polis hari ini meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng disiasat berhubung tawaran jawatan kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Seberang Perai Selatan Zulkifli Musa berkata siasatan itu perlu kerana tindakan Lim tersebut boleh mencemarkan nama baik Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Pengerusi Transparency International Malaysia. Beliau ditemui pemberita selepas mewakili kumpulan NGO terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini. Antara NGO berkenaan ialah Perkasa, Sekretariat Melayu Pulau Pinang dan Kelab Warisan Melayu Pulau Pinang. Media sebelum ini melaporkan Tunku Abdul Aziz berkata beliau menganggap tindakannya keluar parti itu tepat selepas Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, menawarkan jawatan kanan di sebuah agensi kerajaan negeri serta RM50,000 kepada beliau susulan peletakan jawatannya. Tunku Abdul Aziz bertindak meninggalkan DAP selepas beliau menerima kecaman hebat daripada pemimpin parti itu susulan kenyataan peribadinya berhubung perhimpunan yang bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas.- Bernama |
Bersih 3.0: 2 anggota polis didakwa kasari jurugambar Posted: 18 May 2012 02:56 AM PDT SINAR HARIAN Lans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap jurugambar Guang Ming Daily, Wong Onn King, 33, di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja antara pukul 5.20 petang dan 5.30 petang. Mohd Khairul Asri, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim, Perak manakala Shahrul Niza, dari IPD Dang Wangi, didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassaniah Bakri menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. Peguam Salim Bashir, yang mewakili kedua-dua anggota polis, membantah jumlah jaminan itu atas alasan ia tinggi dan tertuduh juga berpendapatan rendah. Majistret Zulkipli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Jun depan untuk sebutan kes. Mereka membayar jaminan tersebut. - Bernama |
Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu Posted: 18 May 2012 02:53 AM PDT KUALA TERENGGANU - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said tidak menolak kemungkinan Bersih 4.0 diadakan jika rakyat sekali lagi bersedia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Pendirian Sasterawan Negara itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan Datuk S. Ambiga, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, sebelum ini menyatakan beliau tidak bercadang ke arah penganjuran Bersih 4.0. A Samad berkata, perhimpunan Bersih 4.0 mungkin menjadi kenyataan sekiranya penyokong pembangkang berhajat berbuat demikian dan pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan seterusnya. |
Muzakarah selepas PRU, bukan kerjasama politik Posted: 18 May 2012 02:51 AM PDT SHAH ALAM - Pas menyambut baik kesediaan Umno untuk bermuzakarah tetapi menegaskan platform itu tidak akan menyentuh isu kerjasama politik, idea yang pernah dibangkitkan susulan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Pas memberi kenyataan ini susulan respons Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sedia menyahut seruan parti itu untuk bermuzakarah asalkan tujuannya demi kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya bersetuju untuk mengadakan muzakarah dan berharap ia akan menjadi kenyataan. "Dengan adanya muzakarah ini, kita dapat menjawab segala isu semasa dan membetulkan sentimen negatif rakyat terhadap Pas, sekali gus menjawab segala tuduhan dan kontroversi," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Katanya lagi, buat masa ini pihaknya belum berbincang mengenai isu khusus yang akan dibincangkan dalam muzakarah tetapi yang pastinya isu semasa menjadi inti pati perbincangan. "Pihak kami tidak boleh membuat keputusan ketika ini kerana saya akan membawa usul ini dalam mesyuarat bersama ahli tertinggi terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi," kata beliau. Tambah beliau, pihaknya sendiri akan menghantar surat rasmi kepada Umno bagi menjemput mereka menghadiri muzakarah ini tanpa menggunakan orang tengah. "Saya menjangkakan muzakarah boleh diadakan selepas pilihan raya. Ketika ini, kami masih menumpukan sepenuh perhatian ke atas persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang. |
Sun Lohas Labur RM 8 bilion, Bukti Kemampuan Selangor Tarik Pelabur Asing Posted: 18 May 2012 02:49 AM PDT SHAH ALAM: Kemampuan Pakatan Rakyat Selangor menarik pelabur luar terbukti apabila terbaru, syarikat pemaju gergasi dari China, Sun Lohas Group Limited (Sun Lohas) pula melabur dalam pembangunan hartanah yang bernilai RM8 bilion di Bestari Jaya. Projek pembangunan-eko di kawasan seluas 4,976 ekar di Bestari Jaya itu dinamakan 'Sun Lohas City' atau Bandaraya Sun Lohas. Menurut Pengerusi Sun Lohas, Chen Ping dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Sun Lohas dan syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), projek pembangunan itu bakal memiliki gabungan beberapa ciri unik. "Cadangan 'Bandaraya Sun Lohas' akan dibangunkan dengan konsep revolusi kehidupan dengan struktur mengintegrasi manusia, alam sekitar, kebudayaan dan bandaraya. "Sun Lohas teruja dengan peluang yang ditawarkan dan bertekad untuk membangunkan Bestari Jaya sebagai Bandaraya Lestari," kata Chen. Chen berkata Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok telah memainkan peranan memperkenalkan Selangor sebagai distinasi pelaburan kepada Sun Lohas. Chen memberitahu, projek pembangunan yang dijalankan di atas tanah milik KHSB itu dijangkakan siap dalam 10 tahun. Projek pembangunan tersebut akan mempromosikan kebudayaan hijau dengan nilai tinggi, tenaga rendah dan pencemaran sifar. Pembangunan Bandaraya Sun Lohas itu turut dibina dengan tiga lapisan menggabungkan bandaraya muhibbah, bandaraya hijau dan bandaraya kreatif. Ketiga-tiga lapisan melambangkan kecintaan sesama manusia, alam sekitar dan kebudayaan. Bagi melestarikan konsep bandaraya hijau, seluruh cadangan pembangunan akan dibina berdasarkan pemeliharaan ekologi, kecekapan perancangan, mereka bentuk, pengangkutan, lanskap dan polisi tenaga. Sun Lohas turut menawarkan pertanian moden berhampiran kediaman dan pusat pertanian kerjasama-eko untuk mempromosikan hasil tanaman. Pengerusi Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, Raja Idris Raja Kamaruddin pula berkata, projek berkonsep pembangunan-eko itu dapat memberi pelbagai manfaat kepada ekonomi negeri Selangor. "Cadangan projek ini akan menawarkan peluang untuk pembangunan kemahiran di negeri Selangor terutama sekali bagi syarikat berkaitan kerajaan. "Kemahiran yang boleh dibangunkan adalah dalam bidang kejuruteraan, pertanian, teknologi bangunan, pengurusan projek dan aspek-aspek lain dalam perancangan bandar serta pembinaan. "Di samping itu juga, cadangan projek ini boleh memajukan kebolehan usahawan kecil dan sederhana dalam kontrak tempatan. "Mereka juga boleh menyertai projek ini dalam bidang mereka berbentuk perundingan dan kejuruteraan serta kontrak pembinaan," kata Raja Idris. Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata Kumpulan Hartanah Selangor harus mengambil kesempatan dari projek usahasama yang dijalankan oleh kedua-dua syarikat tersebut. "Saya bagi pihak kerajaan negeri dan Kumpulan Hartanah Selangor merasa gembira dapat berkerjasama dengan Sun Lohas. "Saya juga gembira apabila dapat melihat gabungan kretiviti, visi dan perancangan rapi yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ini. Dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman bagi menandakan kerjasama petang tadi, Raja Idris menurunkan tandatangan bagi pihak KHSB dan Sun Lohas telah diwakili oleh Pengerusi, Chen Ping sambil disaksikan oleh Abdul Khalid. |
Hanya si bacul suka goyang punggung – Kobat Posted: 17 May 2012 09:23 PM PDT Oleh Masdar Wahid KUALA LUMPUR: Tindakan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan 'senaman punggung' depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sangat memalukan, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman. Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang itu menyifatkan, kumpulan yang diketuai Mohd Ali Baharom berfikir menggunakan punggung. "Tindakan ini sangat biadab, jijik dan meloyakan kerana hanya mereka yang berfikir menggunakan punggung sahaja melakukan aksi tidak bertamadun itu," katanya dihubungi Keadilan Daily. Jika PVTM tidak bersetuju dengan Ambiga, persoalan pokok kata Fauzi ialah, adakah aksi yang dilakukan kumpulan itu beradab dan sesuai dengan adat dan tata susila rakyat Malaysia? "Kami dari Kobat, malah puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak sedikit pun megah dengan aksi `goyang punggung' di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan' bekas tentera. "Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang bacul sahaja suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan," tegasnya. Beliau turut melihat tekanan berterusan puak seumpama itu melakukan pelbagai aksi di depan rumah Ambiga untuk mengalih perhatian rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil sebagaimana dibuktikan pada Himpunan Bersih 28 April lalu. "Tentera sepatutnya menyokong Bersih kerana NGO ini bertujuan baik iaitu menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak antaranya membersihkan daftar pemilih. "Daftar pemilih di Malaysia kotor sebab warga asingpun turut mengundi dan dalam hal ini, tentera patut sokong dan bukan menjadi alat Umno," tegas Fauzi lagi. Mengenai pengabaian Kementerian Pertahanan terhadap bekas tentera yang lumpuh, beliau turut mengaitkannya dengan aksi senaman punggung itu. "Sebab itu saya katakan, aksi goyang punggung ini tidak menyelesaikan masalah golongan tentera yang masih ramai hidup susah sebab Najib kekal enggan turunkan harga minyak termasuk abaikan bekas tentera. "Kobat pula tidak bercadang menggoyang punggung depan rumah Najib dan disaksikan Rosmah Mansor kerana ia tidak menyelesai masalah negara yang menuju bankrap ekoran rasuah Umno dan sekutunya," katanya sinis. Sehubungan itu, beliau menyeru tentera dan bekas tentera melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan menolak Najib yang terus memperalat segelintir bekas tentera demi kepentingan hayat politik Umno. Fauzi yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham Tan Sri General Abdul Hamid Bidin, bekas Yang Di-Pertua Persatuan Bekas Perajurit Malaysia menubuhkan Kobat di Pahang bertujuan membela nasib bekas tentera dan perajurit negara. Penubuhannya berikutan nasib kumpulan terbabit tidak terbela khasnya di Pahang walaupun Najib pernah menjadi Menteri Pertahanan sebanyak dua kali masing-masing pada 1990 hingga 1995 dan 1999 hingga 2008. Aktiviti Kobat juga boleh diakses di laman ini: http//kobatpkr.blogspot.com/ |
Pilihanraya Selangor Hanya Selepas Daftar Pemilih Dibersihkan Posted: 17 May 2012 09:16 PM PDT SHAH ALAM: Kerajaan negeri hanya akan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan dari unsur-unsur yang meragukan. Dianggarkan, proses semak semula daftar pemilih melalui program 'Selangorku Bersih' hanya akan selesai pada pertengahan Julai, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ini bermaksud, masih ada kemungkinan pilihan raya bagi kerusi DNS tidak akan diadakan serentak dengan pilihanraya bagi kerusi parlimen. Spekulasi bahawa pilihan raya umum (PRU) bagi parlimen akan diadakan pada bulan Jun ini. Selain itu, pilihanraya selepas pertengahan tahun ini akan memberikan peluang kepada Kerajaan Selangor untuk mengagihkan wang di dalam bajet 2012 dan Geran Selangorku. "Lebih 400 ribu pengundi baru dan yang seratus ribu itu adalah pengundi yang dipindahkan kawasan dan projek ini dalam perlaksanaan. "Kita rasa kita hanya dapat selesaikan pada pertengahan bulan Julai dan barulah kita buat keputusan samada kita berjumpa semula SPR tentang kesahihan daftar pengundi itu. "Saya rasa dengan sebab-sebab ini, kalaulah pilihan raya diumumkan berlaku dalam bulan Jun sudah tentulah saya akan memberikan cadangan kepada DYMM Sultan Selangor supaya Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat dalam pilihan raya yang diumumkan dan kita akan adakan pilihan raya yang berasingan," kata Abdul Khalid kepada Selangor Kini. Kempen 'Selangorku Bersih' yang dilancarkan bulan lepas akan menggunakan tenaga kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi menyemak nama di dalam daftar pengundi. Usaha ini bagi menentukan pengundi sahih dan membersihkan daftar pemilih daripada pengundi yang meragukan. Kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mengenal pasti antara 40,000 hingga 300,000 pemilih yang statusnya diragui. Antaranya termasuk pemilih yang berumur lebih dari 100 tahun dan mereka yang kad pengenalannya menunjukkan tempat lahir luar dari Malaysia. Ada juga pemilih yang didaftar sebagai pengundi pos tetapi tidak layak untuk klasifikasi tersebut. "Kita juga meminta ketua-ketua masyarakat mengenal pasti mereka sebab biasanya dalam penentuan tempat-tempat mengundi adalah orang yang tinggal di tempat-tempat tersebut yang diberikan kemudahan mengundi di tempat tersebut. "Kita memang berharap rakyat Selangor diberi peluang untuk mengundi dan kita juga mahukan demokrasi ini berasaskan keadaan bertanding yang adil atau pun 'level playing field' supaya semua dapat kesempatan membuat pilihan yang baik," Abdul Khalid berkata. Selain itu Abdul Khalid berkata, kurang daripada 40 peratus daripada dana belanjawan untuk tahun ini telah diagihkan untuk projek dan program di seluruh Selangor. "Jadi oleh sebab itu kita memerlukan masa lagi untuk melaksanakan perancangan atau penggunaan dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor," katanya. |
Penganalis Politik : Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan Kerajaan Selangor Posted: 17 May 2012 09:13 PM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat. Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku. "Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya. "Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan raya umum berlangsung. "Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki," kata Ibrahim. Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat. "Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama. Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan pilihanraya. "Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa. "Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan lain-lain," ujar Ibrahim lagi. Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan. Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor menerusi program "Selangorku Bersih" hanya akan selesai pada akhir bulan Julai. Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan. |
Selangor Sasarkan 50 Pingat Emas Dalam SUKMA Posted: 17 May 2012 09:08 PM PDT Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata kontijen Selangor berupaya memenangi pingat emas di dalam semua acara dan menjadi juara keseluruhan SUKMA. "Kita mengharapkan kita akan dapat (mencapai sasaran). Kalau kita berjaya memperoleh 55 pingat emas bererti kita berada dalam kedudukan selesa untuk menjadi juara (keseluruhan). "Kita cuba," kata Dr Ahmad Yunus selaku Ketua Kontinjen Selangor. Dalam kejohanan kali ini, pasukan Selangor yang berjaya merangkul pingat emas menerima insentif berjumlah RM3,500 yang akan dibayar secara 'on the spot'. SUKMA akan berlangsung di Pahang pada 1 hingga 16 Julai. Selain itu, Program Bapa Angkat pasukan kontinjen SUKMA 2012 sekali lagi dilaksanakan bagi memastikan seluruh negeri terlibat dalam menyumbang kearah pembangunan sukan negeri ini. Program ini melibatkan barisan Exco kerajaan negeri dan Yang diPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Adun Jenderak, Datuk Mohamad Jaafar menjadi bapa angkat untuk kontinjen Selangor di Pahang sementara Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) bertindak selaku jabatan angkat. Dianggarkan seramai 650 orang yang terdiri daripada pengurus pasukan, jurulatih, atlet, pegawai-pegawai sukan dan petugas dalam Kontinjen Selangor, SUKMA 2012. |
Lesen Peniaga Makanan Remeh Luar Sekolah Ditamatkan Posted: 17 May 2012 09:04 PM PDT SHAH ALAM : Lesen bagi peniaga makanan di luar kawasan sekolah tidak akan diperbaharui, manakala mereka yang tidak mempunyai lesen diminta menghentikan aktiviti mereka dengan serta merta. Keputusan ini susulan daripada mesyuarat bersama Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada April lalu. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew berkata mereka yang mempunyai lesen boleh meneruskan perniagaan sehingga lesen tamat. "Ini disebabkan aduan daripada ibu bapa yang mengatakan pembelian bahan makanan tidak berkhasiat dari peniaga ini menyebabkan anak mereka mengalami obersiti atau kegemukan. "Ia adalah satu usaha bagi mencegah kejadian tidak diingini seperti ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Kerajaan Selangor di sini hari ini. Menurutnya, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor telah dimaklumkan dan mereka tidak akan lagi mengeluarkan lesen bagi peniagaan tersebut. "Lesen ini tidak akan disambung lagi selepas ini," katanya. |
Dakyah Blogger Umno Hanya Sia-sia Posted: 17 May 2012 09:02 PM PDT SHAH ALAM : Blogger pro Umno-BN hanya membuang masa dengan cerita rekaan mereka kerana segala usaha bagi melemahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berkesan sama sekali. Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata usaha blogger pro Umno-BN itu adalah sia-sia dan tidak memberi kesan langsung terhadap keutuhan parti itu bagi menempuh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) nanti. "Ia hanyalah usaha yang dibuat sekumpulan blogger kecil pro Umno-BN bagi mewujudkan satu keadaan yang memihak kepada Umno-BN tetapi malangnya tidak berlaku. "Kita tidak terkesan langsung dengan segala usaha yang dibuat mereka," begitu kata Shuhaimi kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung penafian Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Beliau dituduh meminta wang RM10 juta daripada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo supaya keluar dari PKR selepas PRU12 2008 seperti didakwa blogger pro Umno-BN. Tuduhan itu dipaparkan di dalam sebuah artikel blog yang mengatakan Manikavasagam bertemu Dr Mohamad Khir pada akhir 2008 untuk meminta wang tersebut. Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda berkata tiada apa yang perlu dilakukan PKR bagi membetulkan keadaan berikutan segalanya berjalan seperti sedia kala. Katanya, PKR tidak akan melayan sebarang usaha sebegitu kerana ianya hanya membuang masa dan tenaga. "Tiada apa yang perlu kita lakukan bagi menanganinya kerana ia tidak memberi kesan. "Ia dilihat usaha bagi melemahkan parti menjelang berlangsungnya PRU ke 13 nanti. Usaha untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli di dalam PKR. "Bagaimanapun ia tidak menjejaskan kita dan tiada apa yang menggugatkan keutuhan kita," katanya. |
Senaman punggung langgar adab, budaya Melayu – Teras Posted: 17 May 2012 08:55 PM PDT Oleh Aedi Asri KUALA LUMPUR : Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan 'senaman punggung' oleh bekas tentera di depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sebagai tindakan bodoh dan gila. Katanya, tindakan itu tidak patut diterima oleh mana-mana pihak kerana ia tidak menunjukkan tata susila dan budaya Melayu yang sebenar. "Saya cukup kesal dengan kelakuan mereka yang langsung tidak matang dan beradap. "Apatah lagi ia adalah satu provokasi dan boleh menimbulkan ketegangan (di kalangan masyarakat)," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau juga kesal sikap lepas tangan pihak berwajib kerana tidak menghalang kelakuan di kediaman peribadi itu. "(Pihak berkuasa) seolah merestui, (ia) patut dihalang kerana mengganggu kediaman dan privasi (Ambiga)," katanya. Semalam, dilaporkan 15 anggota tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) berdemonstrasi di depan kediaman Ambiga kerana membantah peranan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan apa yang dikatakan sebagai 'gerakan seks bebas'. Selain membawa sepanduk mengutuk Ambiga dan Bersih 3.0, mereka turut menarik perhatian dengan membongkok dan menggoyangkan punggung ke arah kediaman peguam itu. Demonstrasi ini dilihat sebagai susulan 'protes Burger' oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) 10 Mei lalu yang membuka gerai burger di hadapan rumah beliau. Mohd Azmi sehubungan itu, menyeru semua pihak, terutama ahli agama dan bekas tentera untuk tegas mengecam aksi tersebut. "Mereka telah menghina Islam, (kerana) mencetuskan fitnah dan salah faham terutamanya kepada masyarakat bukan Islam. "Ia juga memberi gambaran buruk kepada bekas tentera, padahal hanya dilakukan oleh sebilangan kecil sahaja," kata beliau lagi. |
Adam rayu bantuan RM300,000 rawat tumor Posted: 17 May 2012 08:52 PM PDT AYER KEROH - Adam Akbar Ali, 10, yang menghidap penyakit tumor di saraf tunjang merayu bantuan orang ramai menderma RM300,000 untuk menjalani pembedahan segera. Penyakit yang menyerang 10 dalam sejuta itu, boleh menyebabkan lumpuh secara perlahan sekiranya ketumbuhan itu tidak dibuang. Bapanya, Akbar Ali Mohamed Noordin berkata, penyakit itu mula dikesan selepas Adam sering mengadu sakit kaki dan lemah badan. "Akhirnya kami mengetahui dia menghidapi ketumbuhan ini pada tahap dua selepas doktor di Hospital Selayang melakukan kajian. "Tumor ini mengganggu saraf kaki, tangan dan pernafasan, membuatkan Adam sering sakit kepala dan kaki, malah akan jatuh kerana kaki tidak kuat sekiranya kepenatan," katanya kepada Sinar Harian di Seri Bendahara, semalam. Menurutnya, walaupun telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di Hospital Queen Elizabeth, Singapura pada Julai 2010, namun hanya sebahagian tumor dibuang. Katanya, enam bulan kemudian, penyakit Adam kembali menyerang dan dia terpaksa menjalani pembedahan sama pada November 2011 di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Selepas mendapat khidmat beberapa doktor pakar di Malaysia, Akbar Ali berhasrat untuk mengubati penyakit anaknya melalui Pakar Neuro, Dr George Jallo di Hospital Johns Hopkins, Baltimore, Amerika Syarikat. Namun, Akbar Ali berkata, dia tidak mampu menyediakan kos RM300,000 itu. Justeru, Adam yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, amat berharap bantuan daripada orang ramai. Setakat ini hanya RM25,000 terkumpul dan orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh melakukannya menerusi akaun Maybank 512101054830 atau Bank Islam 12038025182964. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Belia Pemikir Muda (Pemikir), Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pihaknya turut menyediakan tabung membantu Adam mengumpul dana dan Kerajaan Negeri Melaka menyumbang sebanyak RM10,000. |
Annuar: 'Saya akan hadir esok sebagai penyokong Kelantan' Posted: 17 May 2012 08:48 PM PDT KOTA BHARU - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang dilihat berhadapan dengan 'kontroversi baru' menegaskan, beliau tetap akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai "penyokong biasa" untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA membabitkan Kelantan dan Sime Darby. "Lagipun saya mempunyai hak kerana negara ini bebas dan mereka tidak boleh menyekat saya dan setakat ini saya sendiri turut membeli tiket untuk menonton perlawanan ini termasuk untuk keluarga. "Namun saya belum buat keputusan untuk duduk di kawasan mana kerana tiket yang saya beli itu tempat duduk terbuka (astaka) namun saya turut menerima jemputan daripada beberapa syarikat penaja untuk duduk di kerusi VVIP," katanya di sini, semalam. Annuar membuat komen ini susulan tulisan beliau dalam laman sosial awal pagi semalam ekoran amaran diberikan oleh FAM kelmarin. "Apa salah saya," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ini semasa mengulas mengenai amaran yang dikeluarkan FAM kerana menghadiri majlis pelancaran Dikir Warrios dan penjualan tiket Piala FA yang diadakan di Kafe The Red Warrior, Kelantan Trade Centre (KTC) Isnin lalu. Annuar berkata, tindakannya disalah erti oleh pandangan pihak luar berhubung penglibatannya dalam aktiviti bola sepak sehingga diberi amaran keras oleh FAM. "Kenyataan terbabit jelas tidak cermat dan badan induk bola sepak kebangsaan itu sepatutnya menulis surat kepada saya menjelaskan mengenai tindakan saya dan tidak melaporkan dalam akhbar. "Jelas maklumat yang dilaporkan pihak terbabit tidak tepat kerana saya tidak menjalankan aktiviti sebagai Presiden Kafa dan Timbalan Presiden FAM dalam majlis itu," katanya kepada Sinar Harian pada majlis pelancaran konvoi Satu Malaysia di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) semalam. Beliau berkata, majlis yang dihadiri juga bukan anjuran pihak Kafa dan kehadirannya itu hanya untuk memeriahkan majlis berkenaan dan tidak menyalahi peraturan ditetapkan. "Lagipun mengikut Kod etika FAM 2011, saya hanya digantung dari menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan bola sepak dan bukannya digantung kedua-dua jawatan seperti dilaporkan di beberapa media tempatan sebelum ini. "Saya mempunyai hak untuk hadir mana-mana majlis kerana mengikut peraturan saya tidak boleh hadir di padang sama ada sebagai penganjur, jurulatih, duduk di kawasan padang selain turun berjumpa pemain dan menghadiri majlis itu bukan satu kesalahan," katanya. Beliau berkata, sebelum membuat tuduhan pihak berkenaan perlu menjalankan siasatan terperinci dan menunggu keputusan mesyuarat exco FAM pada 30 Mei ini, sebelum menghebahkan di media eletronik dan cetak. Awal bulan lalu, Annuar digantung dua setengah tahun apabila melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar di mana hanya Presiden FAM, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan. Selain itu, Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut. |
Ketua Pemuda: Umno masih perlukan Khairy Posted: 17 May 2012 08:46 PM PDT SHAH ALAM - Keputusan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai ketua sayap pemuda itu sesuai dengan keadaan semasa yang masih memerlukan kepimpinannya. Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Khairy sebagai seorang pemimpin yang amat diperlukan parti ketika ini. "Pemuda Umno kini berada dalam keadaan sangat baik bawah pimpinan Khairy di mana pelbagai cadangan yang telah dibawanya kepada kerajaan melalui usaha pemuda, antaranya Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN). "Hasil daripada inisiatif yang dibawa beliau adalah suara pemuda bagi memenuhi kehendak rakyat negara ini," katanya kepada Sinar Harian. Minggu lalu, Khairy berkata beliau berhasrat menawarkan diri untuk memimpin Pemuda Umno bagi tempoh satu lagi penggal di mana pemilihan akan dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Khairy menyatakan hasratnya melalui laman Twitter. Khairy juga menyatakan pendirian akan cadangkan had umur ketua pemuda sehingga 40 tahun sahaja berbanding sebelum ini. "Pendekatan dibawa Khairy berjaya menyatukan orang muda di bawah payung BN," katanya. Menurutnya, gandingan Khairy dan Naibnya, Datuk Razali Ibrahim serta seluruh Exco merupakan gandingan mantap, sekali gus Pemuda Umno mempunyai masa depan yang amat cerah dalam membantu BN terus memenangi majoriti dua pertiga dalam PRU13. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, mereka menghormati hak Khairy, bagaimanapun posisi pimpinan dalam parti banyak bergantung pada keberkesanan kita dalam mengembalikan sokongan rakyat pada Umno dalam PRU13. "Mengenai had umur, saya setuju kepada 40 tahun kerana ia beri ruang lebih ramai pemimpin muda untuk diketengahkan," katanya. Berlainan nada dengan Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Husin yang menyarankan had umur sesuai bagi jawatan ketua pemuda adalah 45 tahun. "Ini adalah bersesuaian dengan landskap politik negara yang sukar menerima perubahan secara mendadak. Umno adalah parti lama yang mempunyai seni yang tersendiri, jadi tidak boleh tergesa-gesa," katanya. |
Pakatan serah DBKL memo protes ganggu Ambiga Posted: 17 May 2012 08:45 PM PDT KUALA LUMPUR - Wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) Wilayah Persekutuan pagi ini menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berhubung tindakan pihak tertentu membuka gerai burger di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga minggu lalu. Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, memorandum dihantar sebagai tanda bantahan kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sepatutnya bertindak cepat menghalang perkara ini berlaku. "Ini merupakan kawasan kediaman, sepatutnya pihak berkuasa tempatan harus peka kerana ia melanggar Akta Jalan Parit Bangunan 1987 kerana membuat kacau ganggu di jalan keluar masuk individu... menggangu ketenteraman individu, boleh didenda RM1,000. |
Hudud: Pas tidak akan 'menyerah kalah' Posted: 17 May 2012 08:43 PM PDT SHAH ALAM - Pas akan terus berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) bagi mendapatkan sokongan dasar perjuangan Islam yang sesuai untuk dilaksanakan di negara ini. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, perkara yang terus akan dibincangkan dalam setiap rundingan bersama PR adalah dasar perjuangan Pas dan agenda parti termasuklah melaksanakan hukum hudud. Menurutnya, sebagai sebuah parti berlandaskan agama Islam, Pas tidak akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan perkara tersebut. "Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR. "Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang. "Seperti yang dijelaskan, usaha Pas tidak akan berhenti. Pas bukan sahaja berpolitik malah berdakwah," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, Pas tidak pernah 'tutup buku' atau menyerah dalam soal-soal melibatkan Islam. "Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, Pas akan ke depan. Ini membuktikan dasar perjuangan kami tidak pernah tersasar," katanya. |
Bersih gerak kempen Jom Pantau PRU 13 Posted: 17 May 2012 08:42 PM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menggerakkan dua kempen penting iaitu keluar mengundi dan jom pantau bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adil dan bersih. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said berkata, selepas Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) gagal mereformasi pilihan raya walaupun ratusan ribu rakyat menuntut pilihan raya bersih pada Himpunan Bersih 3.0, rakyat perlu menjadikan undi mereka sebagai benteng melawan penipuan. "SPR tidak ada sedetik niat untuk memperbaiki pilihan raya, jauh sekali untuk memastikan perkara paling fundamental iaitu membersihkan senarai daftar pemilih. "Jelas SPR tidak boleh dipercayai untuk menjalankan pilihan raya umum dengan adil dan bersih. Justeru, kami menyeru semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, anak semua bangsa keluar mengundi bagi melawan penipuan ini. "Kita keluar beramai-ramai dengan jumlah yang belum pernah terjadi di Malaysia!" gesa Sasterawan Negara yang lebih dikenali Pak Samad pada sidang media hari ini. Turut hadir, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin dan aktivis Hishamuddin Rais. Pak Samad berkata, rakyat juga diseru memantau situasi pilihan raya untuk memastikan tidak berlaku penipuan. "Kita memerhati dengan mata yang tajam pada masa berkempen dan pada hari membuang undi. Laporkan, hebohkan dan lawan penipuan ini!" gesa beliau lagi. Menurut beliau, Bersih 2.0 akan bekerjasama dengan Tindak Malaysia dan Jom Pantau bagi melatih sukarelawan yang berperanan sebagai pemantau, pegawai pilihan raya, pengira undi dan ejen pengundi pos. Tindak Malaysia adalah NGO yang terlibat melatih sukarelawan pilihan raya dan Ejen Pengundi, Pengira Undi dan Ejen Barung (Pacaba). Mereka juga akan memastikan pilihan raya tidak terlibat dengan penipuan. Manakala Jom Pantau pula diketuai Komas yang bekerjasama dengan Malaysian Observes Network (MEO-Net), Southeast Asian Center for e-Media (SEACAM) dan National Institute for Democracy Electoral Iintegrity (NIEI). Rakyat boleh mengambil bahagian dalam pemantau pilihan raya dengan cara membuat laporan kepada umum di www.pru13.info. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan