Jumaat, 18 Mei 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Perompak Paksa Wanita Hamil Jilat Air Kencing

Posted: 18 May 2012 06:00 AM PDT


[SH] SUNGAI SIPUT - Bukan sahaja mulut disumbat dengan telur mentah, seorang wanita hamil sembilan bulan dipaksa menjilat air kencing dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Lintang di sini, awal pagi semalam.

Lebih malang, wanita yang hanya menunggu hari untuk bersalin itu turut ditendang tanpa peri kemanusiaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, M Yugeswari, 22, tinggal bersendirian di rumah selepas suaminya keluar ke sebuah stesen minyak manakala ibu bapa mertua ke kandang lembu bagi menjaga ternakan.

Menurutnya, secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang tanpa sempat dia berbuat apa-apa.

"Salah seorang lelaki berkenaan memegang dan menyuruh saya diam manakala dua lagi menggeledah rumah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

3 lelaki samun seksa wanita hamil
Kata Yugeswari, tidak tahan dengan bau badan tiga lelaki berkenaan, menyebabkan dia termuntah.

Tambahnya, akibat berang dengan tindakannya itu, salah seorang lelaki berkenaan menyumbat telur dalam mulutnya yang diambil dari peti sejuk.

"Selepas itu, salah seorang daripada lelaki tersebut kencing di atas lantai dan memaksa saya menjilat air berkenaan, tetapi saya enggan berbuat demikian.

"Marah dengan tindakan itu, penyamun tersebut terus menendang saya, namun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan," katanya.

Yugeswari berkata, dalam kejadian itu tiga lelaki berkenaan melarikan wang hasil jualan lembu berjumlah RM5,000 dan juga barang kemas.

Katanya, laporan polis dibuat sebaik sahaja suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek masih belum dikenal pasti.


Nik Aziz Bapa Kafir: NST Disaman RM1Juta

Posted: 18 May 2012 05:00 AM PDT


[HD] KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.

Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai "bapa kafir" dalam tempoh yang diberikan.

 
Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi (gambar) berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.

Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.

Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah.
 
 

Tiada Tosai Percuma di Kawasan Rumah Timbalan Ketua Polis Negara Ahad Ini (20/5)

Posted: 18 May 2012 03:43 AM PDT


[MK] Protes tose' yang dirancang di luar rumah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar pada Ahad ini dibatalkan.

Gabungan NGO WargaAman - pihak di belakang rancangan itu - mengambil tindakan itu sebagai respons kepada gesaan tidak memberikan reaksi balas terhadap kumpulan anti-BERSIH.



Pengerusi WargaAman A Rajaretinam (kanan) mengesahkan perhimpunan bantahan itu secara rasminya dibatalkan tetapi mereka akan tetap menghantar tose telur kepada Khalid.

Beberapa anggota WargaAman akan membeli tose telur daripada gerai berdekatan dan menghantarnya melalui serahan tangan ke rumah Khalid pada pagi Ahad ini, katanya dalam sidang media hari ini.

Rajaretinam berkata, keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan nasihat pemimpin DAP Lim Kit Siang, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga.

Rajaretinam memberikan 24 jam kepada Khalid bagi menyatakan sama ada beliau masih mahukan tose supaya mereka tidak menghantarnya.

"Kami batalkan gerai tetapi akan penuhi hasratnya (untuk tose). Dia pelanggan kami," katanya merujuk kepada reaksi Khalid berhubung rancangan acara itu apabila secara berjenaka berkata memesan 'tose telur'.

[Video] Wah, Filem 3D Malaysia Ada Adegan Berahi/Dedah Payudara !

Posted: 17 May 2012 06:39 PM PDT




Barisan pelakon


The Hunter adalah filem 3D pertama Malaysia dan mungkin juga yang pertama di Asia Tenggara. Namun jika diperhatikan pada trailers filem ini, anda akan terperanjat apabila melihat satu adegan panas yang menunjukkan pelakon wanitanya berpelukan ghairah dengan pelakon lelaki tanpa memakai coli.

Menurut maklumat di internet, filem ini merupakan arahan Bjarne Wong, pengarah yang pernah mengarahkan filem "Sayang You Can Dance (2008)". Filem ini menampilkan pelakon seperti Carmen Soo, Sharifah Amani, Lou Qi, Cindy Chen, Soo Wincci, Tavani, Koe Yeet, Smyth Wong dan Isaac Ong.

Selebihnya, google di internet.

Cuma teringat slogan:  Filem kita wajah kita??? -DCM


  

[Gambar] Najib, Altantuya, Skandal Scorpene Kini "Hot" di Kanada dan Dunia

Posted: 17 May 2012 06:02 PM PDT

Akhbar dan media Malaysia tidak melaporkan kes ini. Sepatah haram pun tidak ditulis atau disebut oleh pembaca berita media pro-UMNO. Mak cik, pakcik di kampung mengetahui hal ini melalui Harakah, Suara Keadilan, dan sebagainya. Abang, kakak di Felda mengetahui hal ini melalui siri ceramah dan sebagainya. 

Namun bolehkah perkara ini disembunyikan di peringkat antarabangsa? Jawapannya ada di bawah ini:

Kredit kepada empunya paparan skrin.
- DCM

P/s: Najib, cepat-cepatlah ke Paris, bersihkan nama! kah kah kah!




Tiada ulasan: