Rabu, 16 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Isu Zahida: Zuraida terima notis saman Shafie Apdal

Posted: 16 May 2012 08:56 AM PDT

NORHASPIDA YATIM

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
 
PETALING JAYA - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerima notis guaman daripada Shafee & Co pada 23 April lalu meminta beliau menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung dakwaan skandal membabitkan pemberian wang yang banyak daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis, Zahida Mohamed Rafik.

Menurutnya, surat yang sama turut diterima bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi yang mendedahkan mengenai perkara itu dalam satu laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lalu.

Namun, Zuraida berkata, pihaknya tidak akan menarik balik kenyataan itu sebaliknya masih menunggu jawapan Shafie sejak pendedahan mengenai perkara itu dibuat bulan lalu.

"Noor Azman dan saya menerima surat yang sama. Yang peliknya, surat saman dari pihak Shafee & Co itu daripada Zahida, bukan daripada Shafie.

"Sejak perkara ini didedahkan, Shafie tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menjelaskan secara terperinci dari mana datangnya wang sebanyak itu dan kami masih menunggu jawapan daripadanya.
Jadi, kita gesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat perkara ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Turut hadir, ibu saudara Noor Azman yang juga seorang selebriti, Dayangku Intan Tengku Hamid, bapa saudaranya, Rosman Yahil, peguamnya, Latheefa Koya, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan peguam PKR, Sivarsa Rasiah.

Zuraida berkata, PKR tidak tertarik mengenai isu membabitkan hubungan antara Shafie dan Zahida, sebaliknya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status wang yang diberikan kepada artis itu.

"Bagaimana dia boleh beri dalam jumlah yang banyak, RM100,000 hingga RM200,000 setiap minggu sebagaimana didakwa? Rakyat mahu tahu perkara sebenar dan beliau perlu tampil menjelaskan mengenai perkara itu.

"Nama Noor Azman yang sebelum ini dituduh melarikan wang Zahida sebanyak RM200,000 juga perlu dibersihkan," katanya.

Menurut Noor Azman,  terdapat beberapa individu tidak dikenali mengganggu keluarganya selepas dia keluar reman pada 16 Mac lalu.

"Selepas saya buat laporan polis berkenaan dakwaan Zahida, saya direman. Ketika reman, saya disoal dengan soalan yang tidak masuk akal. Selepas keluar reman, keluarga saya pula diganggu.

"Kami sekeluarga tidak tahan menerima gangguan sehingga ada yang memecah masuk kediaman kami untuk mencari sesuatu. Mereka juga menunggu di hadapan kediaman sehingga jam tiga, empat pagi," katanya.

Noor Azman ketika ditanya mengapa kini baru mendedahkan perkara itu, berkata, beliau sudah tidak sanggup untuk 'berlakon' dan menyimpan rahsia peribadi yang menyebabkan hidupnya berada dalam tekanan.

"Mereka akan berjumpa sekurang-kurangnya seminggu sekali di mana-mana hotel sekitar ibu negara. Setiap kali bertemu, Shafie akan memberi wang tunai dan jumlah yang paling besar pernah Zahida terima ialah RM1 juta tahun lalu.

"Sepanjang tiga tahun menjalankan tugas itu, saya tidak pernah membawa wang tunai yang diberi Shafie bersendirian, setiap kali melakukan transaksi, Zahida ada bersama saya," katanya.

Menurutnya, perkara itu didedahkan sebulan sebelum beliau memohon untuk berhenti kerja pada 29 Februari lalu.

Dalam laporan sebelum ini, Zahida dan Shafie menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan perkara itu.

Tujuh Sebab Mengapa Umno Tidak Layak Memerintah Negara

Posted: 16 May 2012 08:51 AM PDT

Ustaz Idris Ahmad


 Ini ialah tujuh sebab merupakan  jawapan balas kepada Ucapan Presden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang di lafazkan di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan ke-66 Umno pada 11 Mei 2012,  kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama: apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion.  Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda  sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah  RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor  memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan  simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah. Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman  batu .

Kedua;parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN  yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010  indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

Ketiga; apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak  Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini  angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar. Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri  pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja  ialah "saya" untuk ganti perkataan "patik". Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat; Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.  Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kelima; parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

Keenam; transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik  balik. Polis yang "merusuh" pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib.  Ini bukan transformasi tetapi transformer.

Ketujuh; BN  gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.

*** Tulisan Ustaz Idris Ahmad Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, merangkap Pengerusi Lujnah Tarbiah

Najib Akan Tersungkur di Kampungnya Sendiri!

Posted: 16 May 2012 08:48 AM PDT

Skuad BO  


KUANTAN - Walaupun Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak kelihatan begitu gembira dengan sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat 11 Mei, namun lain pula cerita yang dialami Presiden Umno itu di kampungnya, kawasan Parlimen Pekan.

Pada Sabtu 12 Mei, Najib pulang tergesa-gesa apabila Majlis perasmian Karnival Belia Pekan (Youth Of Pekan - YO Pekan) yang dirasmikannnya gagal mendapat sambutan.

Sasaran kehadiran seramai 10,000 orang meleset apabila hanya kira-kira 5,000 orang hadir ke Majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menurut saksi seorang pegawai tinggi swasta, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah hidangan jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pekan.

"Majlis bermula jam 3 pm dijangkakan kehadiran 10 ribu (orang) tapi yang hadir kurang lebih 5 ribu (orang sahaja).

"Selepas perasmian dan penyampaian hadiah PM sepatutnya bersama ke jamuan petang (yang diadakan) di dewan Majlis Daeran Pekan, tapi PM berangkat pulang (dengan tergesa-gesa),"ujarnya yang tidak mahu dikenali.

[Gambar - hanya tiga meja jamuan yang dipenuhi dari berpuluh-puluh yng disediakan untuk Jamuan minum petang bersama Najib]

Sehubungan itu, beliau kesal kerana berpuluh-puluh meja yang disediakan untuk minum petang bersama Najib akhirnya hanya tiga meja sahaja dipenuhi.

"Apa jadi jamuan yang di sediakan berpuluh puluh meja (akhirnya) cuma 3 meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Adnan Yaakob) , satu meja orangg awam , (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita,

"yang lain kosong dan yang luar dewan juga kosong,"jelasnya yang menambah, kedua majlis penyerahan tajaan Karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa di batalkan.

Beliau menyifatkan ia adalah satu pembaziran akibat Najib meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihanraya umum akan datang

Monumen-monumen ‘Salah Urus’ Kerajaan Umno-BN Terengganu Siri 1; Binjai Souq

Posted: 16 May 2012 08:44 AM PDT

Wartawan Buletin


KEMAMAN – Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu banyak menyimpan khazanah bangunan-bangunan yang menjadi 'monumen' menunjukkan berlakunya salah urus tadbir dalam kerajaan yang diterajuinya sejak mengambil alih pemerintahan dari kerajaan PAS pada tahun 2004.

Ada bangunan yang sekiranya dilihat dengan mata kasar, seperti ia telah siap pembinaannya, tetapi bangunan tersebut masih tidak digunakan.

Ada bangunan yang telah siap tetapi terbiar, ada bangunan yang telah siap tetapi digunakan bukan menurut tujuan pembinaan asalnya dan ada juga bangunan belum siap tetapi telah digunakan sepenuhnya.

Antara bangunan yang 'dilihat' telah siap tetapi tidak digunakan adalah bangunan pasar baru mukim  Binjai atau dikenali sebagai 'Binjai Souq'.

Pasar yang terletak di Atas Lot 950, 951 Dan Lot 405, Mukim Binjai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih, mula dibina oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) pada tahun 2005.

Menurut Laporan Aktiviti Dan Kajian Khas Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2005 yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara, Binjai Souq yang dibina dengan kos RM2.5 juta akan siap pada tahun 2006.

Namun begitu, Binjai Souq tidak siap sebagaimana dijadualkan apabila pembangunanya terhenti kerana kontraktor tidak dapat meneruskan kerja-kerja pembinaannya.

Oleh itu, MPk telah menawarkan semula projek tersebut pada 9 November 2007 kepada Aksi Jasa Supply & Services Sdn. Bhd. dengan kos RM 3,240,127.00

Menurut catatan CIDB, Conor Engineering And Services Sdn. Bhd. telah meneruskan pembinaan Binjai Souq bagi pihak Aksi Jasa Supply & Services Sdn. Bhd.

Sekitar akhir  tahun 2009, para peniaga pasar basah Binjai Souq dibenarkan untuk masuk dan meneruskan perniagaan dalam bangunan baru, tetapi bangunan Bazaar Binjai Souq masih belum dibuka kepada orang ramai sehingga kini.

Sebaik menjalankan perniagaan, para peniaga mula mengeluh dan merungut dan membuat laporan kepada MPk tentang keadaan pasar .

Namun ia kurang mendapat perhatian pihak berwajib yang mempamirkan sikap sekadar 'melepas batuk di tangga' sahaja.

Menurut peniaga terbabit, terdapat 'kecacatan' pada beberapa bahagian struktur pasar tersebut yang menggusarkan hati mereka.

Antara kerosakan paling ketara terdapat kesan kebocoran pada bahagian yang menempatkan tangki air serta berlaku keretakan struktur bangunannya.

Selain itu, banyak jubin lantai yang retak dan pecah menyebabkan berlaku banjir apabila hujan kerana dimasuki air dari bawah tanah.

Manakala, sebahagian besar dari kemudahan kipas angin tidak berfungsi dan semua pintu premis peniaga pasar basah rosak serta tidak boleh dikunci.

Bahkan, pasar berkenaan hanya 'indah khabar dari rupa' kerana tandasnya yang kotor, busuk serta menjijikkan para pengunjung.

Sistem perparitan serta pembentungan yang tidak mengikut 'spesifikasi' menyebabkan pelbagai masalah timbul dan menyusahkan para peniaga terbabit.

Tinjauan yang dibuat pada Februari 2010, mengesahkan segala keluhan peniaga terbabit.

Seorang peniaga ikan, Encik Mohamad Zawai Mustafa, 42, berkata aduan kepada pihak MPk pernah dibuat tetapi tiada tindakan bersungguh oleh pihak berwajib kerajaan tempatan itu.

"Kami (peniaga) ada buat beberapa kali aduan tentang masalah dan kerosakan, cuma mereka (pihak berkuasa) datang dan baiki sikit-sikit.
"Masalah besar kita (peniaga) sistem pembentungan tersumbat, kebocoran dan banjir setiap kali hari hujan," ujarnya.

Menurutnya, setiap blok premis tersebut disewa dengan pihak MPk antara RM60 hingga RM120 sebulan.

Rakannya, Shamsuddin Othman, 53, mendakwa hasil perniagaan di Pasar Binjai Souq yang baru ini kurang memuaskan.

Katanya, hasil jualan rata-rata para peniaga merosot antara 30 hingga 40 peratus dari pasar lama sebelum ini.

Menurutnya, pelbagai masalah dihadapi oleh para peniaga serta pengunjung pasar terutama dari segi keselamatan.

"Jualan kami (peniaga) merosot hampir 30 hingga 40 peratus dari tempat (pasar) lama dahulu.
"Kami (peniaga) tidak tolak pembangunan tetapi biarlah 'benda' (keadaan) yang lebih baik dan memuaskan," jelasnya.

Katanya, kebimbangan para peniaga dan pengunjung tentang 'CF' kerana banyak kerosakan dan kecacatan dapat dilihat di pasar tersebut.
Menurutnya, projek Pasar Binjai Souq ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak mengikut 'spesifikasi' yang betul.

Sementara itu, seorang aktivis Kebajikan dan Kemasyarakatan Kemaman, Encik Zulkifli Mohd Yakim mahukan pihak MPk segera memberi perhatian tentang masalah di Pasar Binjai Souq.

Kata beliau, pelbagai masalah ditimbulkan oleh para peniaga termasuk keselamatan, kebocoran, keretakan struktur bangunan dan sebagainya.

"Saya harap tindakan segera diperlukan untuk baiki dan periksa kembali struktur bangunan (pasar) ini.
"Jika dinding boleh retak, jubin lantai boleh retak dan pecah, pembentungan air boleh melimpah, banjir kilat boleh berlaku sudah tentu ada yang tidak kena," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN Air putih turut mempersoalkan kenapa di bahagian pasar kering satu blok masih belum boleh digunakan dan terbiar sejak setahun lalu.

Menurutnya, bangunan hadapan Pasar Binjai Souq ini umpama 'gajah putih' yang tersergam indah tetapi tidak boleh dimanfaatkan.

"Pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) diminta menjelaskan kepada orang ramai mengapa bangunan Pasar Binjai Souq ini masih belum digunakan walau pun dikatakan siap sepenuhnya.
"Orang ramai perlu tahu apa statusnya (Binjai Souq), mengapa para peniaga kuih-kuih masih berniaga di luar pasar.
"MPk mesti jelaskan kedudukan sebenar, kebajikan dan keselamatan para peniaga perlu ditentukan," tegasnya.

Beliau menyifatkan kerja-kerja penyudah atau 'finishing' yang dilakukan oleh pihak kontraktor terbabit dibuat secara sambil lewa sekadar siap sahaja.

"Saya lihat ada bahagian penyudah atau 'finishing' yang dibuat oleh kontraktor berkenaan ambil jalan mudah dan buat sekadar siap sahaja.
"Pihak penyelia pula tidak amanah dengan memastikan kerja-kerja dilakukan menggunakan bahan dan mengikut spesifikasi ditetapkan," ujarnya.

Setelah membisu sekian lama, kerajaan akhirnya mengaku terdapat pelbagai masalah yang timbul terhadap Binjai Souq yang didakwa telah siap dibina.

Pada 18 April, 2011 Menteri Besar (MB), Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kesal terhadap konsultan dan arkitek yang tidak menyelia projek dengan sepenuhnya sehingga bangunan yang dibina mempunyai banyak masalah termasuk Bangunan Pasar Binjai Souq.

Ahmad sebagaimana dilaporkan media tempatan berkata, setiap konsultan yang dilantik seharusnya menyelia projek dengan baik kerana ia akan memastikan kelancaran projek seterusnya mengelakkan berlakunya masalah selepas projek siap.

Maklumat terbaru yang diperolehi, pihak kerajaan pada mulanya memutuskan untuk meletupkan dan merobohkan seluruh bangunan Binjai Souq kerana masalah struktur yang dihadapi.

Namun, ia masih belum ada kata putus kerana selain menganggung kos perobohan serta pembersihan kawasan kerajaan terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi membina bangunan yang baru.

Justeru,  pasar Binjai atau Binjai Souq 48 buah premis perniagaan dan 24 buah gerai basah akan terus kekal menjadi 'Monumen Salah Urus' Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu.

HUKUM BUKAN DI TANGAN POLIS!!! Kalau polis belasah, apa perlu mahkamah

Posted: 16 May 2012 08:40 AM PDT

PASPB

KUALA LUMPUR: Kalau polis ikut suka hati pukul peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri, tidak perlu ada mahkamah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil mengutuk tindakan membelasah Mohd Safuan Mamat, peserta Bersih yang menyerah diri dengan sukarela, beliau melihat tindakan itu akan menambahkan kebencian rakyat.

"Kalau sudah tidak mahu ikut peraturan dan seronok sangat membelasah orang ikut suka hati, suruh polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka hukum orang ikut suka hati," kata Mohamad yang ternyata marah dengan tindakan tersebut.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai sengaja tidak mahu mengikut peraturan.

"Mereka sengaja tidak mahu ikut peraturan dan saya tidak mahu cakap fasal peraturan dan sifat perikemanusiaan sebab saya sudah tidak nampak sifat-sifat itu ada pada mereka yang membelasah orang lain sesuka hati," katanya.

Mohamad yakin, jika kekejaman seperti itu berterusan dan berleluasa, mungkin jutaan rakyat akan berhimpun sendiri tanpa perlu digerakkan oleh mana-mana pemimpin atau pertubuhan.

"Hari ini, sebahagian rakyat sudah tidak nampak perbezaan antara polis dan Umno.

"Jika rasa sakit hati rakyat tidak dapat dikawal lagi, bukan lagi ratusan ribu malah berjuta rakyat akan berhimpun sendiri di seluruh negara melawan Umno," katanya.

Mohamad juga yakin apa yang berlaku itu akan menjadikan rakyat semakin nampak keengganan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menerima dan menyetujui pilihan raya yang adil dan bersih.

"Saya yakin, isu utama yang rakyat nampak dengan lebih jelas ialah Umno BN tidak mahu pilihan raya yang adil dan bersih," kata beliau.

Rakyat juga, katanya, akan semakin memahami bahawa tindakan ganas yang berterusan itu adalah disebabkan ketakutan Umno apabila melihat ratusan ribu rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Mereka tidak sangka ratusan ribu rakyat berhimpun, mereka panik dan seperti kerbau yang disembelih, dia menendang-nendang sana sini," katanya.

Mohd Safuan yang membuat laporan polis semalam terhadap tindakan membelasahnya itu berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin.

Pemuda dari Marang, Terengganu itu mengadu, selepas ditendang masuk ke dalam sebuah bilik, beliau dipukul di mukanya dengan batang paip hitam oleh anggota polis yang memakai pakaian seragam sambil memaksa beliau mengaku beliaulah yang memukul kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Mohd Safuan juga dipukul di bahunya dengan batang paip hitam itu.

Apabila dibawa ke lokap, beliau ditampar pula oleh tahanan lain selepas polis yang membawanya ke lokap itu memberitahu "dia ni Bersih, gangster".

Mohd Safuan juga mengadu beliau dipaksa membuat pengakuan dan menandatangani borang tertentu.

Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!

Posted: 16 May 2012 08:34 AM PDT

Staff Berita Semasa

Harga Rumah Teres Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!

Apa lagi yang boleh diharapkan dengan keadaan harga rumah di Malaysia terutamanya melibatkan bandar-bandar besar di Malaysia sekarang ini? Bukannya semakin menyenangkan rakyat Malaysia tetapi semakin membebankan dan adakalanya harga rumah di Malaysia yang ada ketika ini agak menakutkan. 
  1. Kondominium One Menerung di Bangsar contohnya yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit
  2. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000
Apabila harga rumah sudah begitu mudah mencapai ke tahap nilai sebegitu, ia sudah bukan lagi harga yang mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Harga sebegitu rupa boleh dikatakan sudah menjadi "senaman mata" oleh rakyat Malaysia setiap hari yang kadangkalanya apabila melihat buat kali kedua boleh menyebabkan "sakit mata". Hakikatnya, rakyat Malaysia yang tergolong daripada kalangan yang berpendapatan serdahana iaitu sekitar RM6,000 sebulan hanya mampu memandang sahaja.

Senario kenaikan harga rumah untuk 5 tahun kebelakangan ini, bukan sahaja setakat berlegar di kawasan Lembah Klang malah sudah mula "berjangkit" di sekitar Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan tidak lupa juga di sekitar Semenyih. Contohnya :
  • Beberapa lokasi harga rumah teres baharu di Semenyih dengan keluasan 24×70 kaki (7×21 meter) kini sudah mencecah harga RM460,000. Anda mampu?
  • Harga rumah bersaiz 22×70 kaki sudah mencapai RM510,000. Anda mampu?
  • Harga rumah di Rawang pula untuk keluasan dijual pada harga sekitar RM288,000 (20×65 kaki). Anda mampu?
  • Harga rumah di Sungai Buloh bermain pada harga RM398,000 untuk keluasan 22×75 kaki. Anda mampu?
  • Lain-lain ada nak tambah untuk perkongsian semua?
Rata-rata kalau diperhatikan kalangan yang terdiri daripada golongan pertengahan lebih gemar memilih rumah teres disebabkan faktor keluasan pada harga yang mereka fikirkan pada harga masih lagi munasabah disebabkan "pilihan yang terhad".

Jika harga rumah terus melambung tinggi tetapi pendapatan rakyat Malaysia masih tidak menunjukkan peningkatan yang seimbang, alamatnya impian golongan pertengahan untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah teres bukan hanya tinggal angan-angan semata disebabkan keadaan menjadi lebih sukar apabila harga rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020 iaitu 8 tahun daripada sekarang

Kajian Harga Rumah Teres di Malaysia VS Pendapatan Rakyat Malaysia

Berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah :
  1. Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang walaupun berlaku krisis ekonomi
  2. Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur
  3. Harga rumah teres di Lembah Klang akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020
  4. harga rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh 8 tahun lagi
Dan bagi menampung kemungkinan kenaikan mendadak harga rumah teres pada masa akan datang (2020), anda semua perlu mempunyai pendapatan sekitar RM12,000 sebulan bagi membolehkan anda  memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020. Berapakah pendapatan anda ketika ini? Anda perlu 8 tahun daripada sekarang untuk "memperbaikinya"…

Ini kami sentuh lebih kepada golongan yang berpendapatan sekitar RM6,000. Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang ini? Bagaimana pula keadaan orang muda yang berpendapatan sekitar RM1,500 – RM3,000 sahaja? Adakah anda semua sudah bersedia ke arah itu sekarang ini?

Politik Songsong Umno Kelantan

Posted: 16 May 2012 08:26 AM PDT


 

Bagaimana bapak begitulah anak. Kata orang kalau bapak borek tentulah anak rintik. Apabila Najib Razak mempermain-mainkan rakyat untuk membawa air bersih dan membina lebih raya di Kelantan, maka begitu jugalah dengan timbalan ketua Umno Kelantan Awang Adek Hussein dalam seloka dan sepak terang politiknya.

Awang seolah-olah turut sama mempermain dan mempersendaan rakyat Kelantan dengan menjanjikan untuk memansuhkan yuran pengajian sekolah agama rakyat dan pertingkatkan taraf sekolah agama rakyat sekiranya berjaya mermapas Kelantan.

Awang Adek juga mengulangi kesediaan Najib untuk membina lebuh raya di Kelantan dengan berkata akan menjadikan Jalan Kuala Krai – Gua Musang-Bentong akan dijadikan lebuh raya sekiranya BN berjaya merampas Kelantan.

Mungkin bagi Awang Adek dengan memperolok-olokkan rakyat Kelantan itu satu tektik yang baik dikira menguntungkan Umno?

Apa yang dilakukan Najib itulah cara Umno berpolitik sejak berpuluh tahun lalu mendera rakyat Kelantan kerana tidak menyokong UBN. Cara demikian yang diterus oleh Awang Adek menunjukkan setakat itu saja kemampuan dan kapasiti Awang Adek dalam berpolitik.

Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hasan sekiranya BN ikhlas hendak bantu Kelantan kenapa perlu mengenakan syarat seperti itu. Beliau menyifatkan cara Umno itu sebagai politik songsang Umno Kelantan.

Kata Fadzli betapa Umno berjanji demikian rakyat tetap ingat bahawa Umnolah yang memusuhi sekolah agama rakyat dan menuduhnya ia menjadi pusat latih penjenayah tidak lama dulu. 


"
Betrapa pun janji itu katanya masih ingat Umnolah yang memusuhi sekolah agama dengan mengatakan pusat melatih pengganas. Umnolah juga yang telah menarik bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat," ujarnya.

Menurut Fadzli rakyat tidak lupa kezaliman Umno terhadap sekolah agama ini justeru jangan hendak bermuka muka dan berlagak baik semata mata nak pilihanraya, ujarnya menerusi satu kenyataan di Fb sebagai merujuk tawaran Awang Adek.


Mengenai pembinaan lebuh rakyat bagi kemudahan rakyat, Fadzli berkata kerajaan Kelantan serius akan membina lebuh rakyat setelah kerajaan Pusat enggan membinanya walaupun sudah pun dimasukan pembinaan lebuh raya itu dalam RMK5 dan RMK 9, yang kemudian ditiadakan dalam RMK-10.


Tindakan pembuangan perancangan membina lebuh raya itu dilihat satu lagi politik tidak bertanggungjawab Umno Kelantan. Adalah malang sekali kalau pembuang projek pembinaan lebuh raya itu ianuya dibuat atas pengsyoran para pemimpin Umno Kelantan termasuk Awang Adek sebagai timbalan menteri kewangan.


Apapun kerajaan Kelantan seperti mana dijelaskan Fadzli tetap bertanggungjawab dan akan membina lebuh raya seperti dirancangkan itu ata susaha dan peruntukan sendiri. Iltizam kerajaan untuk membina lebuh raya inilah dilihat sebagai usaha bersungguh kerajaan untuk kepentingan rakyat dan bukan bertujuan politik.

Polis Diselar Kerana Masih Mengganas Sekalipun Perhimpunan BERSIH Sudah Tamat

Posted: 16 May 2012 08:24 AM PDT


KELAB GREENBOC


BERSIH dakwa polis pukul individu dikehendaki

BERSIH hari ini mengecam tindakan polis yang didakwa memukul peserta himpunan 28 April lalu selepas menyerah diri kepada polis.

Kecaman itu dibuat selepas peserta himpunan itu Mohd Safuan Mamat mendakwa dipukul dengan salur getah supaya mengaku bersalah di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi 14 Mei lalu.

"Jadi apa (mesej) yang polis mahu sampaikan?

"Adakah itu yang akan dilakukan terhadap mereka yang lain?" tanya Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah pada sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Polis sebelum ini mengeluarkan senarai gambar 141 individu yang diminta menyerah diri untuk membantu siasatan berhubung himpunan BERSIH 3.0 hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, empat daripada gambar itu dikenal pasti pengguna Internet sebagai individu sama.

Dalam sidang media pagi tadi BERSIH turut mengumumkan akan mengadakan sidang akhbar menampilkan hampir 100 orang yang mendakwa menjadi mangsa keganasan polis.

Ia akan diadakan pada jam 11 pagi pada 19 Mei ini di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), kata ahli jawatankuasanya, Hishamuddin Rais.

"Mereka ini adalah mangsa dan mereka diganasi polis (pada 28 Aril lalu)," kata Hishamuddin.

Menurut Maria Chin pula, sebahagian mereka yang hadir itu akan menampilkan bukti dalam bentuk gambar dan menceritakan semula pengalaman mereka diganasi polis dan juga layanan diterima di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak.

"Kita akan dengar dari mulut mereka sendiri kali ini, dan bukannya daripada kami," kata Maria. -mk

Kalau polis belasah, apa perlu mahkamah

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kalau polis ikut suka hati pukul peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri, tidak perlu ada mahkamah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil mengutuk tindakan membelasah Mohd Safuan Mamat, peserta Bersih yang menyerah diri dengan sukarela, beliau melihat tindakan itu akan menambahkan kebencian rakyat.

"Kalau sudah tidak mahu ikut peraturan dan seronok sangat membelasah orang ikut suka hati, suruh polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka hukum orang ikut suka hati," kata Mohamad yang ternyata marah dengan tindakan tersebut.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai sengaja tidak mahu mengikut peraturan.

"Mereka sengaja tidak mahu ikut peraturan dan saya tidak mahu cakap fasal peraturan dan sifat perikemanusiaan sebab saya sudah tidak nampak sifat-sifat itu ada pada mereka yang membelasah orang lain sesuka hati," katanya.

Mohamad yakin, jika kekejaman seperti itu berterusan dan berleluasa, mungkin jutaan rakyat akan berhimpun sendiri tanpa perlu digerakkan oleh mana-mana pemimpin atau pertubuhan.

"Hari ini, sebahagian rakyat sudah tidak nampak perbezaan antara polis dan Umno.

"Jika rasa sakit hati rakyat tidak dapat dikawal lagi, bukan lagi ratusan ribu malah berjuta rakyat akan berhimpun sendiri di seluruh negara melawan Umno," katanya.

Mohamad juga yakin apa yang berlaku itu akan menjadikan rakyat semakin nampak keengganan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menerima dan menyetujui pilihan raya yang adil dan bersih.

"Saya yakin, isu utama yang rakyat nampak dengan lebih jelas ialah Umno BN tidak mahu pilihan raya yang adil dan bersih," kata beliau.

Rakyat juga, katanya, akan semakin memahami bahawa tindakan ganas yang berterusan itu adalah disebabkan ketakutan Umno apabila melihat ratusan ribu rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Mereka tidak sangka ratusan ribu rakyat berhimpun, mereka panik dan seperti kerbau yang disembelih, dia menendang-nendang sana sini," katanya.

Mohd Safuan yang membuat laporan polis semalam terhadap tindakan membelasahnya itu berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin.

Pemuda dari Marang, Terengganu itu mengadu, selepas ditendang masuk ke dalam sebuah bilik, beliau dipukul di mukanya dengan batang paip hitam oleh anggota polis yang memakai pakaian seragam sambil memaksa beliau mengaku beliaulah yang memukul kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Mohd Safuan juga dipukul di bahunya dengan batang paip hitam itu.

Apabila dibawa ke lokap, beliau ditampar pula oleh tahanan lain selepas polis yang membawanya ke lokap itu memberitahu "dia ni Bersih, gangster".

Mohd Safuan juga mengadu beliau dipaksa membuat pengakuan dan menandatangani borang tertentu.
-HD

BERSIH : Polis Diminta Keluarkan Senarai Nama 120 Individu Dijejaki

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Polis diminta mengeluarkan senarai nama kepada pihak media sekiranya mereka benar-benar ingin menjejaki peserta yang didakwa mencetuskan keganasan pada hari perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, perkara ini perlu bagi mengelakkan kesilapan tangkapan meskipun ada beberapa perserta yang menyerah diri setelah melihat gambar yang dipaparkan oleh polis.

"Apa yang penting adalah kalau ada 100 orang yang diburu oleh polis senarai mesti dikeluarkan. Kalau saya tidak tahu saya ada dalam senarai bagaimana saya ingin menyerahkan diri kepada pihak polis," katanya.

Maria Chin berkata awal minggu ini, seorang individu bernama Mohd Safuan Mamat @ Nordin, 25 telah menyerahkan diri kepada pihak polis di Balai Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Mohd Safuan mendakwa dia dipukul oleh seorang aggota berpakaian biasa ketika dibawa ke lokap dan dipaksa untuk mengaku merosakkan kereta peronda polis.

Apabila beliau tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan itu Mohd Safuan mendakwa dia telah dipukul menggunakan batang paip hitam di bahagian badan dan ditendang.

Setelah dia dimasukkan ke dalam lokap, beliau mendakwa tahanan lain di dalam bilik tersebut menampar beliau sebanyak empat kali namun pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan.

Beliau dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan di bawah Seksyen 440 dan 174 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Jenayah (5), Jalan Duta Kuala Lumpur pada 15 Mei lalu.

Maria turut memaklumkan, setakat ini pihaknya sedang mengumpul segala maklumat berhubung mangsa kekasaran polis pada perhimpunan berkenaan dan akan berbincang bersama pihak guaman bagi menentukan tindakan seterusnya.
-selangorku


Ulasan GB

Amat keterlaluan. Kita minta KPN dan Timbalan KPN menanggung dan menjawab persoalan ini.

Sebagai rakyat biasa, kita sudah tiada tempat lain untuk mengadu. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah menadah tangan kepada Allah supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak berkenaan termasuklah KPN dan Timbalan KPN jika kedua-duanya enggan bertanggungjawab.

Era monopoli maklumat oleh kerajaan sudah berakhir

Posted: 16 May 2012 08:16 AM PDT

 Oleh Steven Sim
Gambar ehsan http://penagadaily.blogspot.com/




Dunia melangkah ke dekad kedua dalam abad ke-21 ini dengan menyaksikan satu krisis yang melanda masyarakat dunia. Saya menggelarnya krisis kerana fenomena ini berlaku dengan terlalu mendadak dan dalam skala yang amat besar serta mampu memusnahkan struktur dan institusi yang sedia ada.

Krisis ini ialah revolusi pemikiran yang simbolnya tentulah Steve Jobs, pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc.

Keberanian individu dan masyarakat

Ciri utama revolusi pemikiran ini ialah keberanian individu dan masyarakat untuk menonjolkan kelainan dalam pemikiran mereka, dalam kata lain, manusia berani mencetus idea-idea di luar kotak tradisi.

Ini antara lain dijana oleh perkembangan mendadak dalam kecapaian maklumat (access to information).
Maklumat dicapai dan dikongsi dengan lebih pantas, lebih murah dan pada skala yang lebih besar.

Contohnya, pada setiap jam dan minit, sesebuah syarikat korporat boleh memperoleh data trend atau pun corak kepenggunaan berpuluh-juta pengguna di seluruh dunia, termasuk minat dan kecenderungan mereka terhadap produk atau pun perkhidmatan tertentu.

Data-data ini mudah diperoleh dengan mengumpul corak carian dalam laman Google atau pun corak posting yang disiarkan dalam Facebook.

Revolusi pemikiran ini bukan sahaja menyebabkan pembangunan teknologi yang pesat, contohnya Apple, malah mencetus revolusi politik di tempat-tempat yang tidak dijangka seperti negara-negara bekas Soviet Union, Afrika, Arab dan Asia.

Apabila masyarakat mempunyai lebih banyak maklumat dan berani berfikir di luar pemikiran arus perdana, maka rakyat akan bangkit mempersoalkan tradisi-tradisi sedia ada termasuk aktiviti, dasar dan hala tuju kerajaan.

Dalam aspek ini, kerajaan mesti sedar bahawa ketelusan adalah satu nilai yang tidak dapat ditawar-menawar lagi.

Kerajaan perlu telus

Pada masa dahulu, kerajaan berkuasa melalui monopoli maklumat, termasuk monopoli faktor penyebaran maklumat seperti media massa, radio, surat khabar dan TV. Malah begitu banyak kerajaan termasuk kerajaan Malaysia di peringkat pusat mempunyai undang-undang rahsia rasmi yang menghadkan capaian rakyat ke atas maklumat-maklumat penting.

Selepas krisis revolusi pemikiran, semua ini akan berubah. Sama ada kerajaan memberikan maklumat atau tidak, maklumat akan tetap disebarkan, dikongsi dan dicapai pada skala besar, pantas dam murah.

Dalam sistem demokrasi seperti Malaysia, rakyat akan bangkit menyuarakan pandangan, memberikan idea serta menyokong atau membangkang dengan menggunakan maklumat-maklumat baru tersebut.

Justeru, kerajaan haruslah telus. Kerajaan haruslah berada di baris hadapan menawarkan maklumat operasinya secara berterusan.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa dalam krisis revolusi pemikiran ini, sama ada sesebuah kerajaan itu menyiarkan maklumat mereka atau tidak, rakyat akhirnya akan memperolehinya juga.

Bayangkan pada hari ini resit-resit perbelanjaan dan perbualan-perbualan tertutup pun boleh disiarkan dalam Internet.

Pihak kerajaan perlu sedar bahawa kawalan dan monopoli maklumat oleh kerajaan telah pun dimusnahkan oleh krisis ini.

Kerajaan yang masih menyimpan rahsia daripada rakyat akan dihukum rakyat. Ketelusan dan bercakap benar bukan lagi pilihan yang kita boleh tolak.

Ketelusan maklumat untuk akar umbi

Sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), saya menyeru supaya MPSP mengkaji semula pengurusan maklumat Majlis selaras dengan kedudukan Pulau Pinang yang mendahului negeri-negeri lain dari segi ketelusan melalui prinsip pentadbiran cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga dalam proses menggubal enakmen kebebasan maklumat. Justeru, tiada alasan mengapa MPSP tidak boleh menerapkan unsur-unsur ketelusan secara lebih meluas dalam operasi kita.

Di sini izinkan saya memberi tiga cadangan sebagai permulaan:

1. Majlis perlu menambahkan usaha menyebar maklumat tentang mesyuarat biasa Majlis atau pun lebih dikenali sebagai mesyuarat Majlis Penuh kepada orang awam serta mempertingkatkan penglibatan orang awam dalam mesyuarat Majlis Penuh.

Mesyuarat ini merupakan instrumen utama meluluskan dasar kerajaan tempatan, justeru amat penting melibatkan orang awam terutamanya warga Seberang Perai. Dalam aspek ini, saya juga menyeru pihak media untuk bekerjasama memberikan peringkatan setiap bulan sebelum mesyuarat Majlis Penuh pembaca agar orang awam turut menghadiri mesyuarat ini.

2. Membenarkan orang awam untuk mendaftar bagi menyertai mesyuarat jawatankuasa sebagai pemerhati.
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Seksyen 23) memperuntukkan penyertaan orang awam dalam mesyuarat jawatankuasa. Akta ini juga menekankan prinsip ketelusan dalam mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan memperuntukkan bahawa semua mesyuarat PBT adalah terbuka kepada orang awam, dengan mengambil kira pengecualian-pengecualian tertentu.

3. Penyiaran atau pun penyebaran maklumat dalam laman web MPSP termasuk minit mesyuarat, laporan kemajuan berkala, dokumen berkaitan bajet dan sebagainya. – Roketkini.com

Penulis adalah Bendahari Pemuda DAP Pulau Pinang

Semoga Tunku Aziz terus berjuang untuk integriti, hak asasi dan kedaulatan undang-undang

Posted: 16 May 2012 08:13 AM PDT

Roketkini.com




KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang berharap Senator Tunku Aziz Tunku Ibrahim akan sentiasa berjuang bersama walau berbeza wadah bagi mewujudkan Malaysia yang baru dan bersih yang berpegang kepada integriti, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, beliau akan menjadi orang yang pertama yang mengalu-alukan Tunku Aziz jika beliau (Tunku Aziz) mengubah pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP serta keluar parti.

"Bagaimana pun saya hormati sepenuhnya keputusan beliau jika terus ingin meletak jawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, beliau telah kenal baik dengan Tunku Aziz sejak beberapa dekad lalu sebagai seorang yang berpinsip dan berintegriti.

"Dan pandangan saya terhadap beliau masih tidak berubah sedikit pun, sebagaimana Tunku Aziz sendiri ketahui dalam tiga pertemuan kami baru-baru ini, dua di rumahnya dan yang ketiga di Parlimen.

"Jika terpaksa berpisah kerana perletakan jawatannya dari parti tidak dapat dielakkan, biarlah ia dalam keadaan yang paling terhormat dan bersopan, tanpa perlu ada persengketaan," tambah beliau.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengucapkan terima kasih kepada Tunku Aziz atas segala khidmat dan sumbangannya sebagai Naib Pengerusi DAP di samping menjadi Senator DAP yang pertama, mewakili negeri Pulau Pinang. – Roketkini.com

Daripada REFORMASI kepada BERSIH: Gerakan kesedaran kolektif

Posted: 16 May 2012 08:10 AM PDT

Oleh Hafiz Zainudin




BERSIH dalam media arus perdana cuma ada dua. Pertama, mahu mencetuskan kekacauan; kedua, mahu menggulingkan kerajaan dengan campur tangan asing. Media kawalan Barisan Nasional masih menganggap seolah-olah rakyat Malaysia tidak pernah pergi ke sekolah atau tidak sedar wujudnya Google, Facebook, malah internet.

Kerajaan UMNO-BN cuma mahu masyarakat terlingkung dalam propaganda murahan mereka yang mahu mewujudkan suasana di mana masyarakat hanya mengikut telunjuk pemerintah dan menonjolkan kuasa kerajaan yang mahu menghukum tanpa mewajarkan kebenaran.

Tujuannya mudah: agar pimpinan UMNO-BN mendapat manfaat dari persepsi yang mereka ciptakan sendiri.

Persoalannya, apakah tuduhan-tuduhan tidak masuk akal tersebut akan wujud sekiranya gerakan rakyat jelata melalui BERSIH tidak wujud?

REFORMASI 1998: Benih kesedaran rakyat

Saya suka untuk mengungkap jawapan Allahyarham Rustam Sani sewaktu diwawancara oleh Fathi Aris Omar pada tahun 1999 mengenai persoalan berkaitan Gerakan Reformasi 1998 dengan politik semasa.

Jawapan Rustam: Memang benar gerakan reformasi tercetus selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan, dipukul dan dibelasah oleh bekas Ketua Polis Negara, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudian dipenjarakan atas tuduhan yang menimbulkan banyak persoalan, tetapi ia lebih kompleks daripada peristiwa tersebut.

Gerakan reformasi terhasil dari proses pemodenan, pendidikan, liberalisasi masyarakat kita sendiri dalam dunia yang kian sejagat. Reformasi 1998 menuntut sebuah reformasi sistem pemerintahan yang telah dikotori gejala kronisme, rasuah, penyelewengan, penindasan dan proses melemahkan minda rakyat hasil pemerintahan Mahathir Mohamad sejak 1981, kepada sebuah pentadbiran kerajaan yang lebih adil, telus dan demokratik.

Apabila gerakan rakyat ini meledak di Kuala Lumpur, ia berjaya menawan Terengganu dan mengekalkan status quo di Kelantan oleh PAS dalam pilihan raya umum 1999. Pihak oposisi yang ketika itu dilihat optimis untuk 'Malaysia Baru' terpaksa akur dengan keputusan PRU 1999 di mana mereka diperangi habis-habisan melalui media arus perdana kawalan UMNO-BN termasuklah penipuan dan manipulasi serta salah guna jentera kerajaan dalam pilihan raya.

Tuntutan gerakan reformasi 1998 tidak kurang bezanya dengan tuntutan BERSIH yang mempunyai matlamat dan halatuju yang serupa, iaitu mahukan Malaysia yang lebih demokratik melalui pilihan raya yang bersih, adil dan telus serta media yang benar-benar bebas.

Ternyata, benih-benih reformasi telah pun berkembang, malah ia mendapat dokongan sebahagian besar kelompok rakyat dan menyeluruh. Malah, benih reformasi 1998 juga lahir daripada usaha gigih oposisi serta kumpulan masyarakat madani sejak satu, dua dekad sebelum itu.

BERSIH: Kesedaran kolektif rakyat

Hasil dari perkembangan teknologi maklumat yang diperkenalkan oleh Mahathir sendiri – sebenarnya lebih kepada mahu menunjuk-nunjuk kepada dunia daripada inginkan rakyat lebih celik maklumat dan kebenaran – rakyat Malaysia semakin terdedah dengan maklumat alternatif yang segar dan pelbagai mengimbangi maklumat arus perdana.

Gerakan BERSIH adalah gerakan demokrasi massa terbesar di Malaysia hasil usaha masyarakat madani dan pihak oposisi yang bergabung di atas nama Pakatan Rakyat. Ia merupakan gerakan massa kedua terbesar selepas kebangkitan gerakan reformasi lebih satu dekad lalu.

Gerakan BERSIH adalah manifestasi atas kesedaran kolektif dan kefahaman rakyat terhadap politik semasa negara bertitik tolak dari 'proses pemodenan, pendidikan, liberalisasi masyarakat' dan di atas keserakahan kuasa kerajaan Barisan Nasional. Kesedaran inilah yang paling ditakuti oleh UMNO-BN.

Kesedaran kolektif rakyat yang disalurkan melalui gerakan BERSIH berlandas atas prinsip dan fakta yang konkrit dan sama sekali bukan atas pengaruh luar atau 'ejen-ejen asing' seperti Starbucks, McDonald's, Toyota dan sebagainya.

Ia juga bukan disebabkan Datuk Ambiga Sreenevasan seorang yang tidak makan daging (vegetarian), Datuk A. Samad Said seorang Sasterawan Negara, Datuk Paduka Marina Mahathir anak bekas Perdana Menteri, sama ada mereka makan daging atau tidak, atau pun sebab sokongan LGBT yang kuat. Itu semua karut.

UMNO: Benih kejatuhan Barisan Nasional

Benih-benih reformasi sudah menampakkan hasilnya, keperihatinan rakyat terhadap politik nasional semakin teserlah selepas pilihan raya umum 2008. Gelombang kuning BERSIH yang bermula sejak November 2007 telah berjaya menghimpunkan rakyat pelbagai bangsa yang sudah jelak dengan mainan politik sempit UMNO-BN.

Dan sekarang, kita dapat melihat BN berusaha menarik semula sokongan rakyat yang kian merosot dengan pelbagai cara memberikan pelbagai insentif dan peruntukan kepada rakyat Malaysia; terus menggunakan wang rakyat untuk gula-gula politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan begitu terdesak, beliau mengumumkan transformasi demi transformasi; namun ia masih dengan keadaan separuh takut. Misalnya ISA dimansuhkan tetapi digantikan dengan akta yang lebih menyekat hak serta dipinda undang-undang keselamatan yang ada untuk terus mengekang hak rakyat.

Rakyat mula sedar, selama beberapa penggal mereka memberikan mandat kepada UMNO-BN, tetapi kerajaan tidak menunjukkan prestasi dan perubahan yang baik. Sama ada sebermula era Mahathir, sepanjang era singkat Tun Abdullah Ahmad Badawi sehinggalah Najib, pokok pangkal permasalahan iaitu rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi terhadap rakyat kekal berterusan. Kini ditambah pula dengan tekanan pihak berkuasa, budaya samseng dan lucah.

Apakah mereka beranggapan bahawa, selain penyokong UMNO-BN, rakyat Malaysia bukan warga negarayang membayar cukai tetapi dianggap mereka tidak layak untuk diberi keadilan sewajarnya?

KUASA: Di tangan kita

Tidak ada lagi yang UMNO-BN mampu lakukan saat ini selain meneruskan dasar 'merasuah rakyat' menjelang PRU13. Skripnya masih di takok lama. Jika rakyat masih tertipu, maka segala gula-gula politik itu hilang manisnya sebaik sahaja UMNO-BN kembali memerintah. Apakah rakyat kini terlalu benak untuk membezakan antara kaca dan permata?

Selagi UMNO-BN masih selesa kekal dengan keangkuhan dan kesombongan mereka, terus merasuah, mencabul ruang kebebasan dan peribadi, membolot kekayaan negara dan menelanjangi demokrasi kita, selagi itu 'perubahan" hanya menjadi mainan lidah tak bertulang.

Keputusan muktamad di tangan kita. Sama ada mahu terus lawan secara terbuka atau sekadar diam-diam mengundi dalam PRU untuk 'perubahan', semuanya hak kita sendiri. – Roketkini.com

Enggan hadir Mahkamah Perancis bukti Najib, Zahid bersalah

Posted: 16 May 2012 12:36 AM PDT

Oleh Aedi Asri


KUALA LUMPUR : Keengganan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Perancis berhubung rasuah Scorpene memberi gambaran jelas mereka sebenarnya bersalah dan boleh didakwa.



Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi yang terus berdolak dalik itu menimbulkan tanda tanya kepada rakyat.

"Mereka seolah-olah cuba sembunyikan sesuatu agar skandal yang melibatkan wang rakyat serta maruah negara ini tidak terbongkar," katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Zahid semalam bahawa rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis, justeru tidak perlu hadir ke mahkamah memberi keterangan.

"Kenyataan Zahid bahawa Mahkamah Perancis tidak berkuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam kes rasuah Scorpene menggambarkan ketakutan beliau yang amat sangat," kata beliau.

Fariz berkata, isu skandal Scorpene ini sangat serius dan memerlukan komitmen serta kehadiran Najib dan Zahid dalam perbicaraan itu.

"Malah, Hakim Penyiasat, Roger Le Loire telah terima mereka berdua sebagai saksi kes ini," katanya.

Tambah beliau, isu ini juga cukup memalukan negara apabila ia berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

"Justeru, Jingga 13 mendesak Najib dan Zahid ke Mahkamah Perancis memberi keterangan, dan tidak perlu takut jika mereka tidak bersalah," kata Fariz.

Pada 20 April lalu, La Rue menerima tujuh saksi yang dinamakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu Najib, Zahid, Razak Baginda, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.

Peguam Lawyers for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri sebelum ini berkata, 'amaran merah' akan dikeluarkan selepas waran tangkap, jika saksi masih enggan hadir ke mahkamah memberi keterangan.

Menurut Fadiah, waran tangkap berkuasa dalam wilayah Perancis manakala 'amaran merah' adalah untuk kawasan antarabangsa dan akan dihantar kepada Interpol.

Xavier Bayar Tol Bagi Pihak 35 Kereta

Posted: 16 May 2012 12:28 AM PDT





SHAH ALAM: Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar hari ini menjelaskan bayaran tol bagi 35 buah kereta yang melalui tol Batu Tiga pada demonstrasi mansuh Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga Sabtu lalu.

Beliau yang juga Adu Sri Andalas berkata, gantirugi sebanyak RM 38.50 kepada pihak Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dan  mengharapkan pihak PLUS tidak mengambil tindakan kepada kenderaan-kenderaan yang tidak membayar tol pada hari itu.

"Saya ingin menjaga hubungan baik dengan PLUS tetapi saya tetap mendesak agar tol ini segera dimansuhkan," katanya ketika ditemui di Pejabat Plaza Tol Batu Tiga hari ini.

Pada Sabtu lalu, hampir 300 rakyat berkumpul di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini bagi menyertai demonstrasi mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan kedua-dua tol terbabit.

Demonstrasi aman anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor itu mencuri tumpuan pengguna lebuh raya hari itu apabila mereka membunyikan hon sebagai tanda sokongan dan mengambil pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan Tol Demi Rakyat'.

Namun, seorang individu tidak dikenali mengangkat palang di satu lorong plaza tol Batu Tiga menyebabkan beberapa kenderaan melepasinya tanpa membuat bayaran.

Sementara itu, Dr Xavier mengandaikan jika lima minit direkodkan untuk 35 buah kenderaan melalui satu laluan tol, maka sebanyak 420 buah kenderaan dalam masa sejam serta hampir 10,000 buah kenderaan sepanjang hari dan mencatatkan kutipan tol mencecah RM400,000 sehari.

"Tidak mungkin PLUS mengalami kerugian serta tidak mampu menanggung kos membaikpulih lebuhraya itu kerana Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau sudah beroperasi melebihi 25 tahun," katanya yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor.

Malah, semua pihak termasuk Umno-BN sendiri menyokong pemansuhan tol Sungai Rasau dan Batu Tiga ini kerana ia jelas membebankan penggunanya selain kesesakan teruk setiap hari.

Bagaimanapun, pihak PLUS hanya bertindak menambah laluan tol tetap ia tidak mengurangkan kesesakan selain hanya mengaut keuntungan setiap hari.

Maria Chin: Jangan Layan 120 Orang Peserta BERSIH Macam Penjenayah

Posted: 16 May 2012 12:24 AM PDT





SHAH ALAM: Polis perlu menghantar surat pemberitahuan lebih awal kepada 120 orang peserta BERSIH 3.0 sebelum bertindak menahan atas dakwaan menimbulkan kekacauan semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0 mengesa agar polis tidak melayan kesemua peserta ini sebagai penjenayah kerana banyak kaedah lain untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka ini.

Menurutnya, jika polis ingin meminta kerjasama peserta BERSIH 3.0, polis perlu bertindak secara professional dengan tidak hanya menggertak dan menakut-nakutkan mereka supaya hadir ke balai polis sebelum tindakan diambil.

"Jika benar polis mempunyai nama mereka, kenapa tidak menghantar surat pemberitahuan kepada mereka yang terlibat dan bukannya hanya menyiarkan gambar mereka di dada akhbar-akhbar," katanya ketika dihubungi  hari ini.

Katanya, penangkapan 120 orang ini merupakan salah satu bentuk gangguan dan  tidak seharusnya berlaku kerana polis mempunyai data yang diperlukan untuk mengetahui alamat peserta-peserta BERSIH 3.0 ini.

Sementara itu, mulai esok polis akan mencari 120 orang baki individu-individu yang disyaki terlibat mencetuskan rusuhan pada himpunan bantah terhadap keengganan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) menunaikan lapan tuntutan bagi membaiki sistem pilihanraya di Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik berkata, polis tidak memerlukan waran tangkap untuk menahan mereka kerana terlibat dengan kesalahan lazim seperti merusuh dan polis berhak menahan sesiapa sahaja untuk siasatan.

Maria Chin juga menasihati mana-mana individu yang akan dipanggil polis tidak perlu panik dan jangan melawan polis tetapi perlu mendapatkan nama pegawai, balai polis serta nombor pegawai yang menghubunginya.

"Individu-individu terbabit akan diberi khidmat guaman atau boleh terus menghubungi pihak SUARAM atau Ahli Jawatankuasa Bersih 3.0 dan jangan menghadirkan diri ke balai polis seorang diri," jelasnya lagi.

Nombor yang boleh dihubungi adalah 03-77723275 atau 016-9670921 bagi mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan guaman yang telah disediakan.

Wakil rakyat Umno, wakil rakyat lama

Posted: 16 May 2012 12:14 AM PDT

 
Jika Najib mengekalkan mereka, tranformasi parti sebagaimana dilaung-luangkannya hanya menjadi sia-sia.

 

Desas-desus PRU 13


PETALING JAYA: Menjelang pilihanraya umum 13, Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin ramai senarai menteri serta ahli parlimen yang sudah empat penggal atau hampir 20 tahun memegang jawatan.

Jika Najib mengekalkan mereka, tranformasi parti sebagaimana dilaung-luangkannya hanya menjadi sia-sia.

Mendahului senarai tersebut tidak lain tidak bukan ialah Najib sendiri yang menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 32 tahun pada 1982 hingga 1986. Beliau sudah tujuh penggal menajdi wakil rakyat Umno.

Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lapan penggal sejak  ahli Parlimen Pagoh pada 1978.

Tetapi wakil rakyat Umno paling lama yang masih berkhidmat ialah Tengku Razaleigh Hamzah sejak tahun 1969 lagi.

Pemimpin kedua paling lama Umno ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mula menjadi ahli Parlimen Samarahan pada 1970.

Beberapa menteri sekarang  juga boleh dianggap cukup lama terutama Datuk Seri Rais Yatim yang menjadi menjadi kabinet semasa Tun Razak Hussein menjadi Perdana Menteri.

Selain beliau, termasuk dalam senarai tersebut ialah Datuk Seri Mohd Nazri Aziz (Menteri Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian),  dan Datuk Seri Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tidak terkecuali dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub dan Datuk Ghani Othman, Menteri Besar Johor.

`Kereta Mercedes'

Manakala bekas menteri yang masih menjadi ahli parlimen Umno ialah Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Datuk Seri Shahrir Samad (Johor Baru).

Ini tidak termasuk senarai Adun di seluruh negara yang lebih 20 tahun memegang jawatan itu.

Mengulas perkara tersebut, tokoh politik veteran politik Umno, Datuk Tengku Mahmud Mansor berkata, Umno memerlukan 60 hingga 70 muka baru yang berumur bawah 50 tahun bertanding dalam PRU 13.

"Tidak boleh meletakkan orang muda seratus peratus, biar 30 peratus orang lama. Ini gandingan terbaik Umno," katanya yang menjadi wakil rakyat Umno selama tujuh penggal atau 30 tahun.

Mengenai perlukah Umno terus mencalonkan pemimpin veteran, Tengku Mahmud yang pernah menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama berkata,  pertimbangan perlu dibuat mengikut pertimbangan semasa.

"Jika rakyat masih memerlukan mereka, beliau perlu bertanding. Dalam politik usia tidak menjadi ukuran sebaliknya prestasi dan kemampuan.

"Orang lama itu seperti kereta Mercedes. Walaupun sudah antik tetapi tetap disukai orang," katanya.

Menteri deposit RM1 juta ke akaun Zahida

Posted: 16 May 2012 12:10 AM PDT

 
Purata sebulan empat kali, menteri berkenaan akan masukkan duit secara tunai ke dalam akaun Zahida, dakwa bekas pemandu Noor Azman Azemi.




PETALING JAYA: Seorang bekas pemandu peribadi mendakwa Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pernah deposit wang sebanyak RM1 juta ke dalam akaun pelakon wanita, Zahida Mohd Rafik.

Noor Azman Azemi yang pernah berkhidmat sebagai pemandu peribadi Zahida selama tiga tahun mendakwa menteri berkenaan mendeposit wang sejumlah itu ke dalam akaun artis terbabit.

"Angka itu merupakan jumlah yang tertinggi sepanjang beliau berkhidmat dengan Zahida," katanya dalam sidang media PKR di sini hari ini berhubung dakwaan skandal yang hangat diperkatakan dewasa ini.

Katanya, purata sebulan empat kali Datuk Seri (Shafie) akan masukkan duit secara tunai ke dalam akaun Zahida. Ia untuk menjelaskan bayaran kereta, rumah dan kad kredit milik artis terbabit.

"Baki wang itu akan diguna untuk belanja Zahida. Paling rendah Datuk Seri akan masukkan sebanyak RM100,000 sehingga RM200,000.

"Namun pada tahun lepas saya tersedar saya telah masukkan wang bernilai RM1 juta ke dalam bank,"
katanya.

Hubungan Zahida dengan seorang pemuda

Noor Azman menjelaskan beliau cukup tertekan selama berkhidmat dengan Zahida dan mengakui berlaku pergaduhan kecil sebelum beliau membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai pemandu peribadi artis terbabit.

Beliau turut mendakwa Zahida mempunyai hubungan dengan seorang pemuda dan memaklumkan perkara itu kepada Mohd Shafie

 

"Saya cukup tertekan sepanjang tiga tahun bekerja dengan Zahida. Dah tiga tahun saya berlakon dan simpan segala rahsia dan keburukan. Ini juga salah satu sebab saya letak jawatan.

"Sebulan sebelum letak jawatan saya ada bergaduh dengan Zahida. Saya bagi tahu pada Datuk Seri Shafie, Zahida ada kaitan atau hubungan dengan seorang pemuda," dakwa beliau.

Ujarnya, Mohd Shafie dan Zahida kerap bertemu di sebuah hotel berasingan di ibu negara.

Turut hadir dalam sidang media itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin; ahli keluarga Noor Azman, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan (ibu saudara); Rosman Yahil (bapa saudara) dan peguam yang mewakilinya, Lateefa Koya.

Beliau tampil memberi kenyataan hari ini untuk membersihkan nama dan keluarganya ekoran satu laporan polis yang menuduh beliau melarikan wang bernilai RM200,000 milik bekas majikan.

Keluarga diganggu


Sementara itu, ibu saudara Noor Azman yang juga seorang artis terkenal suatu ketika dulu, mendakwa keluarganya mengalami gangguan daripada individu tidak dikenali sejak anak saudaranya bebas dari tahanan reman.

Polis menahan reman Noor Azman pada 13 hingga 16 Mac tahun ini untuk siasatan lanjut berhubung laporan polis yang dibuat ke atas bekas majikannya.

"Rumah kami diganggu kerana alamat kad pengenalan Noor Azman adalah alamat rumah saya. Saya tidak kenal individu yang buat gangguan itu, tapi sedar di antara jam 2.00 – 4.00 pagi mereka ada depan rumah. Tak tahu polis atau siapa," kata Dayangku Intan.

Menurut Dayangku Intan, mereka sekeluarga tampil untuk membersihkan nama dan maruah bagi pihak kerabat DiRaja Kedah.

Zuraida ketika sesi parlimen bulan lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Mohd Shafie kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida hanya dalam tempoh empat bulan sahaja.

Program belia di parlimen Najib hambar

Posted: 16 May 2012 12:03 AM PDT

 
Ketua PKR Pekan, Mohd Jafri Abdul Rashid memberitahu itu program politik Najib.




PETALING JAYA: Majlis Karnival Belia Pekan, Sabtu lalu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan tidak mendapat sambutan.

"Hanya berapa ribu yang datang dari anggaran penganjur iaitu 10, 000. Banyak banya meja jamuan yang kosong kerana belia meninggalkan lebih awal.

"Najib pun tidak menjamah makanan itu," kata seorang remaja yang menghadiri karnival tersebut.

Katanya, meja makan di dalam dewan serta di luar juga kosong kerana belia tidak mahu makan hidangan yang disediakan.

Ketua PKR Pekan, Mohd Jafri Abdul Rashid memberitahu, "Itu program politik Najib."

"Beliau yang datang itu diangkut dari tempat lain."

PAS pula mendakwa, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah hidangan jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pekan.

Nazri akan kaji pembentukan Majlis Peguam kedua

Posted: 16 May 2012 12:00 AM PDT

 
 
KUALA LUMPUR— Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah bersetuju untuk mengkaji pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai alternatif kepada peguam yang tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada berhubung dakwaan mereka menyokong perjuangan pembangkang.

Menggelarkan badan berkenaan sebagai "pembangkang", menteri berkaitan hal ehwal perundangan itu menegaskan kebanyakan peguan kecewa dengan kepimpinan di bawah Lim Chee Wee namun tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi ahli kepada Majlis Peguam.

Ketika mesyuarat tergempar (EGM) minggu lalu, peguam Abu Backer Sidek berkata kepada pemberita beliau telah hilang minat untuk menjadi ahli "bodoh" Majlis Peguam, yang menurutnya bersifat berat sebelah.

Beliau mencadangkan dibentuk satu lagi Majlis Peguam sebagai alternatif untuk mereka yang mempunyai pendirian sepertinya.

"Saya akan berbincang dengannya (Abu) dan Peguam Negara untuk melihat sama ada terdapatnya kemungkinan untuk membentuk badan alternatif," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Padang Rengas (gambar) itu berkata ia akan dijadikan sebagai tambahan kepada cadangan untuk pembentukan akademi undang-undang untuk graduan di lapangan terbabit tetapi tidak mengamalkan perundangan.

Bernama Online dua hari lalu berkata, Nazri dipetik berkata cadangan penubuhan akademi berkenaan akan di bawa ke Kabinet dan dibincangkan dengan Peguam Negara.

"Majlis Peguam sedia ada akan diteruskan, ia sudah pasti. Tapi ia tidak menghalang kami dari membentuk akademi perundangan untuk graduan yang belum lagi berada dilapangan ... Professor, pensyarah, mereka di Pejabat Peguam Negara, di sektor korporat,  ... mereka di pertubuhan," katanya kepada The Malaysian Insider apabila diminta penjelasan lanjut.

Veteran Umno itu menjelaskan terdapatnya "monopoli" dalam sistem perundangan oleh Majlis Peguam, yang mana sekarang dilihat seperti parti pembangkang.

"Selama ini, kerajaan enggan mengambil jalan untuk meneruskan cadangan akademi itu, dan berharap majlis tersebut dapat berjalan dengan efektif.

"Tapi sekarang, mereka dilihat sebagai sebuah parti pembangkang," katanya.

Nazri menyalahkan Lim terhadap perubahan yang berlaku dan mengulangi cabarannya untuk berdepan melalui politik di Padang Rengas dalam pilihan raya akan datang.

"Saya cabar Chee Wee — daripada seseorang kepada orang lain. Adakah beliau berani.

"Saya tunggu beliau di Padang Rengas dalam pilihan raya akan datang ... saya akan menunggu dengan penuh semangat, jadilah lelaki seperti Nazri," katanya.

Jika Lim dipilih tambah Nazri, beliau kemudiannya boleh bercakap seperti seorang ahli politik.

Jika tidak, Lim harus fokus dan menguruskan Majlis Peguam tersebut dengan bebas dan bersih daripada politik, katanya dan menambah, badan itu umpama "kucing tanpa taring".

Nazri berkata sesiapa sahaja yang dipilih menyokong Bersih 3.0 dalam EGM minggu lalu adalah tidak mewakili majlis yang dianggotai lebih 14,000 ribu ahli Majlis Peguam.

Daripada 1,270 ahli yang hadir, 939 menyokong dengan 16 menentang.

Usul berkenaan merangkumi 12 resolusi menyalahkan pihak polis menggunakan kekerasan terhadap perusuh Bersih 3.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih.

"Mereka sendiri tidak mempu untuk menjalankan EGM dengan betul. Macam mana mereka mengundi dengan mengangkat tangan? Kali terakhir saya dilantik menjadi ketua "Rumah Hijau" (pasukan sukan) di sekolah," sindir Nazri.

The Malaysian Insider melaporkan Lim menolak kenyataan menteri Kabinet mengatakan Majlis Peguam prejudis dan menggesa majlis tersebut dibubarkan.

Lim berkata badan mewakili peguam itu "tidak boleh dibubarkan" di bawah Akta Pengamal Perundangan namun ahlinya boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap ahli majlis.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April menyaksikan ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan dan bertukar menjadi kecoh pada jam 3 petang apabila perusuh mula merobohkan halangan yang dibina pihak polis di sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Tindakan itu memaksa pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perusuh yang kemudiannya lari menyelamatkan diri ke lorong-lorong berhampiran.

Namun Majlis Peguam menjelaskan, berdasarkan pemerhatian anggotanya yang terdiri daripada 78 pemerhati, polis telah menembak bertalu-talu dan juga tidak memberikan ruang untuk mereka melarikan diri.

Apabila lembu tunjuk punggung kepada Ambiga…

Posted: 15 May 2012 11:41 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

Penulis berasa teruja untuk membuka satu pautan artikel yang ditemui di Google semata-mata kerana tajuknya – Lembu tunjuk punggung depan rumah Ambiga…

Penulis berasa terkejut dan kurang percaya, tetapi masih mahu tahu kalau-kalau memang benar ada lembu beraksi songsang terhadap Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Ini kerana baru-baru ini ada sekumpulan manusia beraksi songsang menjual burger di kawasan yang tidak biasa bagi aktiviti sebegitu dilakukan di situ.

Setelah membuka pautan berkenaan baru penulis tahu dan faham – apa yang dimaksudkan sebagai lembu ialah sekumpulan manusia yang mendakwa bekas askar, melakukan 'senaman punggung' (mungkin sejenis senaman baru yang hanya digemari segelintir manusia) di hadapan rumah Ambiga sebagai bantahan terhadap pemimpin Bersih itu.

Rupa-rupanya aksi songsang ini mendapat perhatian ramai komuniti online negara ini. Tinjauan inimajalah.com mendapati ia menerima tumpuan ramai di pelbagai forum, blog dan laman sosial Facebook.

Bukan kerana ia sesuatu yang membanggakan, sebaliknya rata-rata majoriti komuniti online menganggap ia perbuatan songsang dan memualkan.

Seperti komen ringkas seorang pelawat blog arituarini.blogspot.com yang hanya dikenali sebagai Logorithm, ia adalah satu "tindakan bodoh yang kebudak-budakan…".

Ternyata, perbuatan songsang terbaru ini adalah satu lagi babak 'politik bodoh lawan politik cerdik'.
– inimajalah.com

Anti-Lynas: MCA gantung ketua Pemuda Indera Mahkota

Posted: 15 May 2012 11:34 PM PDT

MALAYSIA KINI

Lembaga disiplin MCA menggantung keahlian Ketua Pemuda bahagian Indera Mahkota, David Choi selama tiga tahun.

mca snoop squad hearing 140508 michael chenChoi dikenali berpendirian kuat menentang loji nadir bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng, Pahang.

Pengerusi lembaga tersebytm Datuk Michael Chen (kiri) memberitahu
akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily bahawa Choi boleh merayu terhadap keputusan itu.

Lembaga telah memanggil Choi membela dirinya terhadap 20 aduan, termasuk mengenai isu Lynas dan merosakkan reputasi Ketua MCA Bahagian Indera Mahkota, Pang Tsu Ming.

Walaupun mendapat bantahan dari dalam parti, Choi menyertai perhimpunan jalanan anti-Lynas tahun lepas di Kuantan, seperti juga perhimpunan Himpinan 3.0 Hijau bulan lalu di Kuala Lumpur.

Nenek 15 cucu dicekup khalwat

Posted: 15 May 2012 11:31 PM PDT

AHMAD ISMADI ISMAIL

Nenek 15 cucu dicekup khalwat
 
Anggota penguatkuasa menyoal siasat warga emas bersama pasangan yang dicekup dalam operasi cegah maksiat
 
 
AMPANG - Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai.

"Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian," katanya.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air.

"Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.

"Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota," katanya.

Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam.

Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan.

"Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya.

"Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

BERSIH gesa henti ancaman peribadi pada Ambiga

Posted: 15 May 2012 11:25 PM PDT

 
Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa agar segala gangguan dan ancaman peribadi kepada pengerusinya Datuk S Ambiga dihentikan segera.

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said melahirkan rasa sedih dan marah beliau terhadap gangguan berterusan yang dialami Ambiga di rumahnya.

NONE"Ketika serangan dengan kelakuan hina dan kadang kala ganas ini dilakukan di hadapan rumahnya, Ambiga melayani keadaan tersebut penuh sopan dan hormat," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

Semalam, sekumpulan veteran tentera membuat "senaman punggung" selama kira-kira 15 minit di hadapan rumah Ambiga.

Pada 10 Mei lalu, sekumpulan peniaga kecil mendirikan gerai burger di hadapan rumah Ambiga sebagai tanda protes terhadap himpunan BERSIH yang didakwa menyebabkan kerugian kepada perniagaan mereka.

Samad turut membidas kenyataan polis sebelum ini yang membenarkan perhimpunan yang diadakan di luar rumah Ambiga.

"Pihak berwajib seharusnya bersuara mengutuk apa yang sedang dilakukan terhadap seorang pemimpin masyarakat madani.

"Jika kerajaan dan pihak berwajib senyap dan membisu ini bermakna mereka menyokong kerja bangan dan perangai hina ini," katanya.

Tiada niat runtuhkan kerajaan
Pak Samad seterusnya menegaskan bahawa BERSIH hanya menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dan tidak pernah berniat menggulingkan kerajaan melalui cara tidak sah seperti didakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga bekas ketua polis.

"Itu tindakan sama yang (cuba) menunjukkan BERSIH ini membahayakan.

NONE"Padahal apa yang kami lakukan adalah membersihkan mandat demokrasi, bukannya menentang kerajaan.

"Tidak ada niat lain walaupun di sebelah sana sentiasa menyatakan kami ingin meruntuhkan kerajaan," kata sasterawan negara itu.

Dalam sidang media sama, BERSIH melancarkan kempen baru bagi melawan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang.

Berasakan konsep undi dan pantau BERSIH menyeru rakyat Malaysia agar meningkatkan peratusan keluar mengundi dan memantau sebarang penipuan yang mungkin berlaku pada hari mengundi.

"BERSIH menyeru semua warga yang berdaftar mengundi menggunakan undi mereka sebagai benteng melawan penipuan.

"Kami (juga) menyeru semua penyokong BERSIH untuk sama-sama melawan penipuan dengan menjadi pemantau, pengira undi dan agen pengundi," kata BERSIH dalam kenyataannya.

'Terserah kepada mana-mana pihak anjur Bersih 4.0'

Posted: 15 May 2012 11:17 PM PDT

Jamilah Hamzah

Bersih 3.0
 
Peserta dan penyokong Bersih 3.0 membanjiri kawasan Masjid Jamek selepas
waktu tengah hari. - Foto ihsan Trinna Leong
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menegaskan pihaknya tiada rancangan untuk menganjurkan Bersih 4.0 yang diuar-uarkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Kami tiada perancangan untuk anjurkan Bersih 4.0 buat masa ini, dan jika ada pihak lain yang ingin anjurkannya itu terpulang kepada mereka.

"Kami juga tidak akan terlibat dan tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Bersih 4.0 yang dianjurkan nanti," kata beliau yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Sebelum ini, Bersih 3.0 pada April lalu yang sepatutnya berlangsung secara aman tetapi dicemari dengan pelbagai insiden yang boleh memburukkan imej negara.

"Kami akan fokuskan pada isu pengundi untuk pilihanraya umum akan datang, dan kami seru semua yang layak mengundi untuk turun menunaikan tanggungjawab mereka untuk PRU akan datang," katanya lagi.

Kelab pesara tentera tolak 'senaman punggung'

Posted: 15 May 2012 05:45 PM PDT

Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.

NONE"Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera yang rapat dengan PAS itu.

Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

'Pesara polis tak akan buat begitu'


Sementara itu, Mohd Nazari juga menuduh, tindakan sesetengah persatuan tentera yang dilihat seperti pro-Umno bertujuan bersaing merebut peruntukan kewangan yang disalurkan Menteri Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.

"Pecahan fungsi dalam angkatan tentera terlalu banyak jadi masing-masing tubuhkan persatuan," katanya.

NONEMalah, tanpa merujuk langsung kepada PVTM, Mohd Nazari mendakwa, ahli-ahli persatuan tentera yang didakwa terabai dipergunakan oleh pimpinan mereka "yang menjadi kroni kepada pemimpin BN".

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri pula ketika dihubungi Malaysiakini menyerahkan tindakan itu untuk dinilai oleh pihak tentera sendiri.

Bagaimanapun, katanya, persatuannya sendiri tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi percaya bekas polis akan mencari cara lebih sesuai jika mahu menyatakan bantahan mereka.

"Kita tidak akan ambil tindakan sebegitu," kata Shafie katanya yang enggan merujuk secara langsung kepada kejadian di rumah Ambiga pagi kerana tiada pesara polis terlibat.

Dr M pertahan kekerasan pada 'samseng' BERSIH

Posted: 15 May 2012 05:41 PM PDT


MALAYSIA KINI
Polis terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghentikan hooliganisme atau tindakan buas peserta perhimpunan BERSIH untuk mencegah kemudaratan terhadap pegawai polis dan kerosakan harta benda, kata bekas perdana menteri.

perodua tea time with mahathir function 271011 04"Apa yang sepatutnya polis buat? Biarkan hooligans (samseng) lakukan apa mereka mahu? Terima saja ditendang oleh samseng? Terima sahaja kereta peronda mereka dihentam dan diterbalikkan?" soal Dr Mahathir Mohamad.

Menulis dalam blognya, Dr Mahahtir berkata, perkataan "kekejaman polis" digunakan secara sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, khususnya Majlis Peguam, walaupun kekerasan yang dibenarkan perlu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

NONEMahathir menuduh peserta perhimpunan BERSIH sebagai "jelas ganas" dan polis hanya melakukan apa yang perlu untuk mengawal keadaan.

"Jelas sekali daripada gambar dan klip video, peserta perhimpunan bukan hanya memecahkan penghadang tetapi menyerang, benar-benar menyerang polis yang ditugaskan menjaga mereka daripada memecahkan penghadang," katanya.

Tiada ulasan: