Biaqpila |
- Pak Samad : “Jangan Hiraukan Kenyataan Menteri Dalam Negeri”
- UMNO: Tak payah guna kepala, sekarang guna punggung pula
- Presiden 'Senaman Punggung' Pernah Guna Gelaran Dato' Palsu.. Ini Buktinya
Pak Samad : “Jangan Hiraukan Kenyataan Menteri Dalam Negeri” Posted: 16 May 2012 02:00 AM PDT SHAH ALAM, 14 MEI: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa terdapat unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang mahu menyebabkan kematian tidak perlu diambil perhatian. Demikian menurut Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) Datuk A. Samad Said ketika dihubungi TVS petang ini. Menurut beliau kenyataan tersebut boleh dianggap sebagai andaian kerajaan pusat untuk memberikan gambaran negatif terhadap BERSIH 3.0. "Untuk saya, itu andaian mereka. Itukan sesuatu yang kita tidak tahu hasrat orang jadi kita cuma boleh buat andaian sahajalah dan kita boleh buat tohmahan untuk menyebelahi kita. "Saya sendiri fikir, itu tidak payah diambil berat. Benda semacam itu akan bertingkat-tingkat dan berkembang-kembang. "Memang tak perlu dilayan, sebab mantan IGP (Ketua Polis Negara) sudah kata, mantan Perdana Menteri sudah kata, ini pula Menteri Dalam Negeri pun sudah kata dan nanti akan banyak lagilah yang akan berkata," kata Samad yang lebih dikenali Pak Samad. Menurut Sasterawan Negara itu lagi, pihak berkuasa sepatutnya menubuhkan sebuah jawatankuasa yang mampu menjalankan siasatan lebih adil. "Apa yang harus berlaku adalah seperti yang disarankan mengadakan suatu pemeriksaan yang lebih rasmi, yang lebih adil barangkali untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang khusus daripada membiarkan hal ini agak merayau dan berselerak," ujar beliau. Samad turut memberitahu jawatankuasa BERSIH 3.0 pada masa ini masih belum membincangkan samada akan mengadakan satu lagi perhimpunan BERSIH atau BERSIH 4.0. "Itu masih dalam khayalan lagi, sebab masih jauh lagi, tetapi ada orang yang menginginkannya, itu biasalah. "Kami akan adakan mesyuarat untuk bincangkannya nanti, saya tak dapat beritahu sekarang, nanti kalau ia berlaku saya akan maklumkan," kata beliau. Samad memberitahu lagi, BERSIH 3.0 bukanlah mengejar jumlah penyertaan yang besar semata-mata tetapi mahukan mesej perhimpunan dapat disampaikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. selangorku KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | ||
UMNO: Tak payah guna kepala, sekarang guna punggung pula Posted: 15 May 2012 11:00 PM PDT Saya berasa geli hati dengan gelagat UMNO yang kian hari kian memalukan. Pagi semalam sekumpulan penyokong parti itu telah berbaris dihadapan kediaman Ambiga, Pengerusi Bersih, dengan menonggeng dan menunjukkan bontot kepada rumah Ambiga. UMNO sudah menjadi parti lawak dan telah benar-benar jatuh martabatnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong tegarnya itu. Kemasukkan saya kedalam DAP dahulu disambut oleh seorang dua sebagai tindakan politik bangkrap. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku semalam itu merupakan betul-betul politik bangkrap yang tidak ada tolok bandingnya. Nampaknya politik UMNO ini tidak lagi boleh lari dari bontot dan punggung, sejak 14 tahun yang lalu. Sudah tidak terlarat untuk membesarkan isu bontot dan punggung Saiful, sekarang mereka memanjangkan lagi perjuangan berlandaskan kepada bontot dan punggung. Dalam kesemua 213 negara yang berkerajaan didunia ini, Malaysia lah yang parti pemerintahnya mempertahankan kuasa dengan menggunakan bontot dan punggung dan ini amat memalukan. Saya tidak tahu bagaimana kah perasaan mereka-mereka ini semasa melakukan kerja keji ini. Malah nampaknya mereka berbangga melakukannya. Masa demi masa UMNO melakukan kerja-kerja yang tidak menunjukkan tamaddun yang asas sebagai rakyat sebuah negara yang mengaku sebagai negara sedang membangun yang termasyor didunia ini. Melakukan kerja menonggeng terhadap rumah Ambiga itu merupakan kerja sia-sia dan ianya amat mengerikan untuk memberikan mandat kepada parti yang sudah bangkrap politiknya. Tidak beberapa lama dahulu UMNO telah mengejutkan rakyat dengan tindakan penyokongnya menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri P Pinang Lim Guan Eng. Apabila politik BN sudah sampai ketahap ini, bagaimana setengah pemimpin UMNO masih mengaku yang parti itu boleh mempertahankan maruah Melayu dan menjaga Agama Islam, agama anutan kesemua orang Melayu itu. Mengapa UMNO sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak semenggah ini, tetapi begitu marah apabila parti itu dikritik dan tidak mendapat sokongan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu? Apa Islamnya dengan tindakan sekumpulan manusia yang hidup dizaman ini melakukan 'exercise punggung' dihadapan rumah Ambiga itu? Inikah mentaliti yang berjanji untuk membawa transformasi kepada negara dalam segala bidang sedangkan penyokong kepada kepimpinan yang ada pada hari semalam telah menunjukkan sikap kuno dan menjijikan itu. Berapakah upah yang mereka terima untuk melakukan itu tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti UMNO sudah bangkrap dan saya jangka masih ada yang mempertahankan kerja itu sebagai kerja mulia dan perlu untuk menyambung kuasa politik UMNO dan BN itu. Tidak dapat dibayangkan bagaimanalah masyarakat antarabangsa memandang terhadap kita semua. Sekolot-kolot negara-negara Afrika tidak ada kejadian seburuk dan sehina ini berlaku dalam politik mereka. UMNO memang sah sebagai sebuah parti yang sudah hilang hidayah kerana mereka berbangga dengan melakukan kerja-kerja yang memalukan ini. Tidak pernah terfikir yang UMNO sudah jatuh sedemikian rendah darjat dan martabatnya. Sesungguhnya kelemahan yang sedang dihadapi oleh UMNO ini berpunca dari kelemahan UMNO itu sendiri. UMNO sudah menjadi parti yang penuh dengan kekalutan dan marilah kita bertindak dan berdoa agar selepas pilihanraya ini nanti tidak akan ada lagi kejadian-kejadian sehina ini lagi berlaku dalam politik negara kita lagi. Ianya amat memalukan kita semua. Kadang-kadang kesian juga melihat UMNO ini. Tapi sudah tidak dapat lagi berbuat apa-apa kerana ia sudah terlalu jauh tersasar dari sasaran perjuangan. Hilang agama, hilang budaya dan hilang adab serta adat Melayunya. Melayu telah hilang segala identitinya. Itulah sumbangan terbesar UMNO terhadap bangsanya. aspanaliasnet.blogspot.com HD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | ||
Presiden 'Senaman Punggung' Pernah Guna Gelaran Dato' Palsu.. Ini Buktinya Posted: 15 May 2012 08:00 PM PDT Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Mohd Ali Baharom pernah menggunakan gelaran Datuk palsu dan tidak di perakukan pada tahun 2011 yang lalu. Nama Persatuan Veteran Tentera Melayu timbul apabila membuat 'senaman punggung' di hadapan rumah Pengerusi BERSIH 3.0 iaitu Ambiga. 'Senaman punggung' bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga. Tindakan PVTM tersebut di kecam hebat sesetengah pihak kerana amat memalukan dan dipercayai didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno).
addin77 KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan