DUNIACACAMARBA |
- Siapa Mahu Makan? Tosai Percuma di Luar Kediaman Timbalan Ketua Polis Negara Ahad Ini (20/5)
- Abang Kemaruk Seks Rakus Rogol Adik Kandung
- Hanya 20% Pengurusan Tertinggi Felda Sokong Penyenaraian FGHV
- Peguam Perancis Jawab Dakwaan Zahid Hamidi
- [Video] "Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta" - Bekas Pemandu Zahida Rafik
- Antara Dua Darjat, Perhimpunan BERSIH 3.0 dengan Perhimpunan UMNO Ke-66 (?)
- Ingat Pencari Cicak Tokek yang Diculik di Filipina Mei Tahun Lalu? Dia Sudah Bebas
- Nenek 15 Cucu Ditangkap Khalwat
- [Video] RTM Siarkan Dokumentari Burukkan BERSIH 3.0
- Panglima "Senaman Punggung" Pernah Mengaku Beli "Datuk"...Memalukan!
- [Video- Wajib Tonton] Nizar Menceritakan Detik Beliau Menerjah Ceramah UMNO yang Menibai Dirinya
Siapa Mahu Makan? Tosai Percuma di Luar Kediaman Timbalan Ketua Polis Negara Ahad Ini (20/5) Posted: 16 May 2012 08:30 AM PDT [MK] Mula-mula burger, kemudian senaman punggung... dan Ahad ini tosai pula. Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan. Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu. "Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi. Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau. "Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan". Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak. "Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya. P/s: Terbaik! | ||
Abang Kemaruk Seks Rakus Rogol Adik Kandung Posted: 16 May 2012 06:34 AM PDT [HM] KUALA LUMPUR: Akibat kemaruk seks, seorang lelaki sanggup melompat masuk ke dalam bilik air dan menarik keluar adik perempuannya berusia 17 tahun sebelum memaksa mangsa memuaskan nafsunya dalam kejadian di Taman Dato Senu, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berkenaan yang pernah cuba untuk merogol mangsa beberapa kali itu masuk ke dalam rumah ketika mangsa berseorangan dalam rumah. Sumber polis berkata, sebaik nampak abangnya masuk ke dalam rumah, mangsa yang ketakutan menyembunyikan diri dalam bilik air bagaimanapun lelaki berkenaan yang nampak mangsa melarikan diri memanjat perabot di dalam rumah untuk mengintai mangsa. Menurutnya, selepas memaksa mangsa untuk membuka pintu, lelaki berkenaan kemudian melompat masuk ke dalam bilik air sebelum menarik keluar mangsa. "Tidak cukup dengan itu, mangsa dicabul lelaki berkenaan selain pakaiannya cuba ditanggalkan namun akibat mangsa melawan, lelaki itu menolak ke atas katil," katanya. Selepas itu, katanya, lelaki berkenaan membogelkan mangsa dengan ganas sebelum merogolnya dan meninggalkan mangsa bersendirian di rumah. P/s: Lahanat! | ||
Hanya 20% Pengurusan Tertinggi Felda Sokong Penyenaraian FGHV Posted: 16 May 2012 06:13 AM PDT [TVS] PETALING JAYA,16 MEI : Hanya 20 peratus dari pengurusan tertinggi Felda yang benar-benar menyokong proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia ,dedah Rafizi Ramli. Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, lebih separuh dari pengurusan Felda atau 55 peratus tidak bersedia untuk melalui proses penyenaraian itu. "Pendedahan ini mengesahkan bahawa proses penyenaraian yang cuba dilakukan kerajaan BN mendapat tentangan hebat dari kalangan pimpinan tertinggi Felda sendiri. "Ini memberi gambaran bahawa mereka yang lebih arif dan mengikuti proses dalaman sepanjang keputusan menyenaraikan Felda berpandangan penyenaraian ini lebih membawa keburukan daripada kebaikan kepada Felda dan peneroka," jelas Rafizi dalam sidang media di Pejabat PKR di sini hari ini. Tambah Rafizi, tentangan pengurusan tertinggi Felda ini akan menyulitkan proses penyenaraian dan membawa risiko bahawa ia akan gagal kerana tidak mendapat kerjasama kakitangan Felda. "Adalah menjadi tanggungjawab Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Isa Abdul Samad untuk memberikan penjelasan kenapa pandangan dan tentangan pengurusan tertinggi Felda ini tidak diambil kira dan penyenaraian Felda diteruskan jua. "Mereka juga perlu memberi jaminan bahawa pengurusan Felda sedia ada tidak diketepikan dan muka-muka baru yang lebih akur dengan kehendak BN akan dilantik mengisi sebahagian besar jawatan baru di dalam Felda," tegas Rafizi. Beliau juga mendedahkan kira-kira 65 peratus dari pengurusan tertinggi Felda percaya proses penyenaraian ini akan gagal kerana Felda masih belum bersedia. Kesimpulan itu dibuat oleh Boston Consulting Group (BCG) setelah menemuramah dan mengadakan kaji selidik melibatkan 30 orang pengurusan tertinggi Felda dalam bulan Oktober tahun lalu. Pada 18 Oktober 2011 , pengurusan FGVH mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyenaraian FGV yang ketiga dipengerusikan oleh Isa. Antara lainnya, mesyuarat tersebut membincangkan kesediaan pengurusan Felda dan pandangan mereka mengenai penyenaraian FGV dan penstrukturan korporat yang akan berlaku berikutan penyenaraian tersebut. | ||
Peguam Perancis Jawab Dakwaan Zahid Hamidi Posted: 16 May 2012 01:45 AM PDT [MK] Mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu. "Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada. "Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam Perancis Joseph Breham dalam kenyataan yang keluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Breham mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu. Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv. Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis. P/s: Belum menghadap hakim mahkamah Perancis, Zahid sudah kecut??? | ||
[Video] "Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta" - Bekas Pemandu Zahida Rafik Posted: 15 May 2012 11:55 PM PDT [MK] Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal. Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu. "Yang paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai. Noor Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000. Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang. P/s: Shafie-Zahida tolong saman lagi! | ||
Antara Dua Darjat, Perhimpunan BERSIH 3.0 dengan Perhimpunan UMNO Ke-66 (?) Posted: 15 May 2012 11:00 PM PDT
P/s: Pihak berkuasa juga bertindak menuntup jalan untuk pelbagai acara lain termasuk sukan, acara rasmi negara seperti Hari Kebangsaan dan sebagainya. Mengapa pihak berkuasa tidak boleh menutup jalan untuk memberikan laluan kepada BERSIH 3.0 berhimpun seketika? Mudah, BERSIH ialah perhimpunan yang memecahkan tembelang sebenar pilihan raya di negara ini, BERSIH juga menjadi penanda aras sokongan rakyat berbilang kaum terhadap PR. Dari pelbagai segi, BERSIH tidak boleh dibenarkan demi kelangsungan hidup BN yang menanti hari untuk gugur! | ||
Ingat Pencari Cicak Tokek yang Diculik di Filipina Mei Tahun Lalu? Dia Sudah Bebas Posted: 15 May 2012 10:09 PM PDT [SH] KUALA LUMPUR – Peniaga cicak tokek, Mohd Nazarrudin Saidin, 39, yang meloloskan diri dan diselamatkan selepas lebih setahun diculik di Pulau Jolo, selatan Filipina, menyifatkan diberi peluang kedua untuk hidup bersama keluarga tercinta. Nazarrudin berkata, sebelum ini dia pernah melarikan diri dan bersembunyi di hutan paya bakau selama sebulan. Katanya, dia melarikan diri pada hari ke-10, Hari Raya Aidilfitri, 8 September tahun lalu. Dia yang memiliki enam anak berusia antara 5 dan 16 tahun berkata, tindakan nekad itu dilakukan kerana rasa rindu yang tidak terhingga kepada keluarga di tanah air. "Saya nekad biarpun menyedari nyawa terancam. Sebaik berjaya meloloskan diri, saya bersembunyi di kawasan hutan paya bakau berseorangan selama sebulan. "Saya kepenatan dan kurang makan. Saya berputus asa dan kembali semula ke perkampungan tersebut," katanya pada sidang media di pejabat Kelab Putera 1Malaysia, semalam. Katanya, sebagai hukuman, kakinya digari selama dua hari. Menurutnya, selepas itu, dia tidak terfikir untuk melarikan diri sehinggalah dibantu orang kampung, kira-kira jam 9 malam, Sabtu lalu. Katanya, dia kemudiannya dihantar oleh penduduk kampung ke sempadan berhampiran perairan Sandakan, Sabah dengan menggunakan bot, yang mengambil masa 10 jam perjalanan. Di situ, Kelab Putera 1Malaysia, diketuai Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim membantu Nazaruddin dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga. Ketika menceritakan detik awal diculik, Nazarrudin berkata, dia bersama jurupandunya, Abdul Ghafar Akkirullah diculik 10 lelaki bersenjata api di sebuah rumah di Indanan, 8 Mei tahun lalu. "Kami ditempatkan di sebuah rumah. Di luar pula, ada orang bersenjata sedang berkawal. Selama di sana, kami diberi makan dan minum. Saya juga membantu mereka bercucuk tanam," katanya. Nazarrudin juga mendedahkan, peniaga ikan warga Malaysia, Pang Chong Pong yang diculik di Pondohan Lok Angki, Sitangkai di Kepulauan Tawi-Tawi, selatan Filipina, Oktober tahun lalu, turut ditempatkan bersama dengannya. Sementara itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya tidak memberikan wang tebusan walaupun sebelum ini, kumpulan penculik meminta bayaran sebagai pembebasan Nazaruddin. "Memang sebelum ini Umno dan Kelab Putera 1Malaysia berusaha menjejak Nazarrudin. Itu bukan satu tindakan mudah, tetapi kami tetap berusaha. "Kami juga tidak dapat masuk ke kawasan perkampungan itu dan mujur penduduk kampung membantu menyelamatkannya," katanya. | ||
Nenek 15 Cucu Ditangkap Khalwat Posted: 15 May 2012 08:57 PM PDT [SH] AMPANG - Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam. Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai. "Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian," katanya. Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air. "Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu. "Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota," katanya. Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam. Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan. "Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya. "Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek," katanya. Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan. Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. | ||
[Video] RTM Siarkan Dokumentari Burukkan BERSIH 3.0 Posted: 15 May 2012 08:00 PM PDT Jahat! Klik label Bersih di atas untuk melihat situasi, gambar, video sebenar yang tidak ditayang oleh media UMNO. P/s: Moga-moga pak cik, mak cik di kampung, abang, kakak di Felda mendapat cerita sebenar tentang BERSIH 3.0 daripada ratusan ribu rakyat Malaysia yang hadir dalam perhimpunan aman 28 April 2012. | ||
Panglima "Senaman Punggung" Pernah Mengaku Beli "Datuk"...Memalukan! Posted: 15 May 2012 07:04 PM PDT | ||
[Video- Wajib Tonton] Nizar Menceritakan Detik Beliau Menerjah Ceramah UMNO yang Menibai Dirinya Posted: 15 May 2012 05:54 PM PDT Video yang diedit oleh pencacai UMNO boleh ditonton di sini. Transkrip (lebih kurang): "Buatkan satu ceramah tajuknya 'Pembohongan Nizar Pembohong Bersiri'. lantak dorang la. jadi saya pergi menunggu kat sana tu. naik motor yob.saya xda masa Mat Raie cakap tadi saya dengar mereka (umno) cakap duduk depan.saya jangka kira2 saya ada tadi dalam 76 orang dan saya tgk ada ke rupa orang tualang Sekah. Tak nampak. ada ke rupa orang Kampung Kota. nampak2 Wan tu budak Kampung Batu Berangkai. lepas tu dengar suara belakang 'balik la tan, katanya', orang air hitam labu.lpas tu tepi dia org changkat badak.tau changkat badak? changkat badak pun tak tahu. orang bukit pekan ada dua orang.ate mane org tualang sekah? yang sedang bercakap masa saya sampai berapi pakai baju merah hanafiah man dia tgh bantai saya tak sedor saya merangkak belakang dia.perlahan2 saya duduk belakang datuk radzi manan. pucat muka dia. oh awak ke katanya. hanafiah man bila tgk muka saya udah rupe burung cekik jering tau. lepas tu dia tukar terus cerita pasal ambiga. takkan saya tak boleh dengar ceramah yang membantai saya. datuk radzi manan bisik2 sebelah kata datuk balik la. ape salah dengar. kata dia kalau kami pergi sana dengar dorg bagi tak? dorang bagi saya jawab, lantak la. lepas tu ada sorang saya kenal nama dia norodin. norodin ni saya kenal sebab dia kawin dengan anak saudara saya nak dijadikan cerita. sempat menyapa dia. mereka cuk cap menangkap gambar nampak gayanya kalau mereka ingin bercerita mengenai pembohongan saya dihadapan saya lagi la patutt saya diraikan. betul tak? mereka menyuruh saya keluar. jadi maknanya dalam tu ada benda yang suruh saya keluar. mereka tukar topik pasal ambiga, anwar ibrahim, azmin ali. cerita pasal benda ni. jadi norodin ni walaupun kuat oleh kerana saya datang dengan sifat ingin dengar dia melayan saya lebih dari dia orang. dah nak kumbah (balik) dia hantar saya naik moto. insya Allah malam ini kita berdoa esok dia keluar Umno. -Kredit: JKKK Fan Club P/s: Salut DS Nizar! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan