Isnin, 14 Mei 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS Sahut Cabaran Najib - Himpunan Perdana 1 JUN Di Alor Setar

Posted: 13 May 2012 11:31 PM PDT

PM CABAR PEMBANGKANG TUNJUK KEKUATAN DI STADIUM


PAS SUDAH SEDIA MENYAHUT CABARAN NAJIB

Bingai betui blogger penjilat Hamidah Osman yang seekoq nih! dia mungkin percaya sangat apa yang Najib katakan.....lalu si bingai ini pun menulis :


id="BLOGGER_PHOTO_ID_5742214268428713698"


Korang percaya ker? Stadium yang hanya mampu memuatkan 87,000 orang boleh menampung sampai 200,000 manusia? Hoi! bingai betul blogger penjilat Hamidah nih!!

Ada terdapat banyak gambar yang membuktikan jumlah gelombang merah itu tidak mencapai sasaran Najib yang mewarwarkan 500,000 orang walaupun dikhabarkan 2,800 bus telah diarahkan untuk membawa orang ramai ke situ.


Kalau penuh padat pun cuma 87,000 kerana jumlah itulah yang SBJ dapat tampung. Maknanya, perhimpunan Umno pada Jumaat lepas itu tidak sampai pun 87,00 orang kerana nampak tidak padat dan longgar.Terdapat banyak tompok-tompok yang kosong.Tetapi blogger penjilat Hamidah Osman ini ngaku ada 200,000.Ha! ha! ha! Bingai betui!

Dah tu pula, Umno gunakan agensi kerajaan.Ini adalah antara salah satu bas daripada sejumlah 2,800 bas yang digunakan untuk mengangkut penyokong-penyokong Umno. Yang ateh ni dari Trengganu , terlibat dengan nahas jalanraya mengakibatkan seorang terkorban dan ramai yang cedera. Inilah yang dimegahkan oleh Najib yang mendabik dada kononnya perhimpunan Umno itu adalah aman.....


Takziah kepada mereka yang ditimpa kemalangan tersebut. Rasa-rasanya, tak padan sekadar dapat baju merah dan makan nasi bungkus selain upah RM30/- Kesal kemudian tiada berguna , tobat lahum, lain kali mereka ini tentu akan fikir banyak kali kerana sudah serik!

Najib sudah silap perhitungan.Dia ingat PAS macam Umno - nak ngimpun orang kena bagi baju, bagi makan, transport percuma, bagi duit.

Umno, tanpa itu semua, jangan harap mereka dapat kumpulkan orang! ....ha! ha! ha! .

Blogger bingai penjilat Hamidah Osman tu kata, PAS akan taja keseluruhan perhimpunan PAS di Alor Setar tu nanti? Korang tolonglah ketawakan untuka aku.Aku dah tak larat nak ketawakan orang bingai macam tu!

"PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," kata Mahfuz - Pengarah perhimpunan itu kata.

Seperti lazimnya, PAS akan minta derma dari mereka yang datang , bukan PAS bagi duit macam Umno! Dan orang PAS dengan rela hati dan suka hati menghulurkan derma kerana percaya mereka akan pasti mendapat ganjaran dari Allah S.W.

Hudud bukan fokus utama PAS dalam pilihan raya ini.

Posted: 13 May 2012 06:08 PM PDT


Hazayani Zakaria - Harakah

Abdul Hadi dilaporkan berkata, isu hudud bukan menjadi fokus dan isu utama PAS dalam pilihan raya ini.

KUALA LUMPUR: PAS berpendirian isu hudud sudah lama selesai dan Pakatan Rakyat harus menumpukan perhatian kepada isu-isu bersama seperti yang termaktub dalam Buku Jingga.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat dalam menangani masalah kemiskinan, menegakkan keadilan, mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, kebebasan mengamalkan agama-agama lain dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Saya tidak mahu ulangi lagi (kenyataan tentang hudud) kerana saya mahu tumpu perkara yang sekarang. Perkara itu (hudud) tunggu kita memerintah dahulu. Sekarang kita tumpu cabaran pilihan raya ke-13.

"Saya berpijak di atas apa yang saya buat. Isu (hudud) ini tak berbangkit. Isu ini dah selesai kita bincang dulu," kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan karpal yang mahu beliau berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud.

Beliau juga berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa yang harus diraikan.

"Kalau ada perbezaan, itu perbezaan yang kita raikan antara satu sama lain," katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, isu hudud bukan menjadi fokus dan isu utama PAS dalam pilihan raya ini.

Tiada ulasan: