Sabtu, 12 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRU13: Isu NFC boleh jejas imej Umno-BN

Posted: 12 May 2012 06:06 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

PRU13: Isu NFC boleh jejas imej Umno-BN
 
Graf kajian berdasarkan data dari UMCEDEL


SHAH ALAM - Kontroversi berkaitan dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang tercetus November lalu, dilihat sebagai antara isu masih 'segar' di kalangan pengundi dan boleh menjejaskan imej Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana memberi gambaran parti itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Ia antara penemuan kajian kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang baru dikeluarkan.

Daripada lebih 2,200 responden ditemui, yang terdiri daripada pengundi berdaftar, majoriti pengundi mengatakan mereka bersetuju yang isu NFC menjejekasn imej Umno kerana ia memberi gambaran parti teras Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Isu itu telah membawa kepada tindakan mahkamah ke atas Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Salleh Ismail manakala isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh senator berakhir 8 April lalu.

Kajian ini dijalankan dalam lingkungan tersebut.

Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan 68 peratus responden Melayu berada dalam kelompok sangat setuju dan setuju apabila diajukan soalan berkaitan.

Begitu juga dengan responden kalangan pengundi Cina - masing-masing 31 peratus sangat setuju dan 49 peratus setuju. Pengundi India yang sangat bersetuju dan setuju dengan soalan itu masing-masing 13 peratus dan 32 peratus.

Kontroversi NFC merupakan salah satu daripada empat isu yang menjadi pilihan responden apabila ditanya mengenai antara isu yang boleh menjejaskan prestasi BN pada PRU13.

Dua isu yang lain ialah kenaikan harga rumah yang melambung tinggi dan aspek berkaitan dengan integriti pemimpin BN-Umno.

Salah satu aspek penemuan hasil kajian, yang dibawa Sinar Harian Online semalam menunjukkan BN menjadi keutamaan di kalangan 49 peratus pengundi manakala 21 peratus kepada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun 30 peratus pengundi masih belum membuat keputusan, dilihat sebagai pengundi atas pagar.

Berhubung soalan sama ada isu NFC tidak berkaitan dengan Shahrizat dan diperbesarkan oleh parti pembangkang, 49 peratus respoden tidak setuju manakala 35 peratus tidak pasti.

Hanya masing-masing empat peratus dan 12 peratus sangat setuju dan setuju dengan soalan itu.

Malah, arah aliran pandangan itu seiring dengan pendirian yang dilahirkan oleh responden yang cenderung menyokong BN.

Peratusan mereka yang tidak setuju dan sangat tidak setuju (38 peratus) mengatasi kumpulan responden yang setuju dan sangat setuju (21 peratus).

Majoriti responden juga bersetuju bahawa isu NFC melibatkan Shahrizat kerana penglibatan keluarganya secara langsung.

Seramai 58 peratus sangat setuju dan setuju manakala 35 peratus lagi tidak pasti.

Menjawab soalan sama ada keluarga Shahrizat perlu memulangkan kembali wang NFC kepada kerajaan, 66 peratus responden berada dalam kelompok sangat setuju dan setuju.

Hanya 29 peratus responden tidak pasti.

Kalau hendak tunjuk kuat himpun di stadium, Najib bidas Bersih

Posted: 12 May 2012 06:05 AM PDT

Jamilah Hamzah

Datuk Seri Najib Tun Razak
 
Datuk Seri Najib Tun Razak


KUALA LUMPUR - "Kalau nak tunjuk kuat, berhimpunlah di stadium seperti kita... kalau mereka sayangkan negara dan menghormati undang-undang berhimpunlah seperti kita," kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Sambutan Hari Umno ke-66 di sini, malam tadi.

Kata Presiden Umno ini, penganjur Bersih 3.0 akhir bulan lalu telah ditawarkan beberapa tempat seperti Stadium Nasional Bukit Jalil serta Stadium Merdeka.

"Mengapa mereka (Bersih3.0) tidak mahu menggunakan tempat yang telah disediakan seperti kita malam ini, adakah mereka takut jumlah penyokong yang hadir tidak ramai.

"Bukan alasan yang bagus mereka mengatakan kita memberitahu mereka terlalu lambat untuk mengubah tempat perhimpunan mereka daripada Dataran Merdeka dan mereka menyatakan Stadium Merdeka bukan tempat sejarah adalah satu pembohongan," tambah Najib yang memulakan ucapan dengan mengkritik pendirian penganjur Bersih 3.0 mahu berhimpun di Dataran Merdeka.

Sekitar 100,000 orang hadir pada majlis sambutan malam tadi.

Dalam ucapannya, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Umno tidak pernah mendominasi kuasa politik negara ini.

Beliau juga meminta pembangkang berhenti daripada mempersalahkan Umno atas setiap masalah dihadapi mereka.

"Umno tak mabuk kuasa dan kami akan berubah mengikut tuntutan masa yang inginkan perubahan dan dasar Umno boleh berubah, namun kami matlamat memperjuangkan agama, bangsa dan negara tidak akan berubah," kata beliau lagi.

Peneroka hanya peroleh 25 peratus ‘durian runtuh’ dari keuntungan Felda, kata PKR

Posted: 12 May 2012 06:03 AM PDT





PETALING JAYA— PKR hari ini mendedahkan pemberian durian runtuh yang diterima peneroka Felda hanyalah 25 peratus daripada keuntungan keseluruhan Felda selepas penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH).

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, jumlah RM15,000 yang dikatakan "durian runtuh" hanyalah 9 peratus daripada keuntungan penuh Felda melalui penyenaraian berjumlah RM18.7 bilion

"Berdasarkan analisa kami, jumlah RM15,000 itu hanyalah 9 peratus daripada keuntungan sebenar, dan baki 15 peratus yang bakal diterima peneroka adalah dari saham Syarikat Felda Aset Holding (FAHC).
"Pemberian itu menunjukkan kerajaan tidak ikhlas untuk membantu peneroka.

"Objektif utama Felda adalah supaya kaum peneroka dapat tingkatkan ekonomi, dan taraf hidup yang baik, kalau hanya beri 9 peratus, bagaimana kehidupan peneroka hendak maju?" soal Wong ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Jelas Wong, daripada analisa yang dilakukannya, 112,635 peneroka Felda seharusnya diberikan 50 peratus daripada keuntungan keseluruhan Felda yang diperolehi daripada penjualan saham FGVH sebanyak 1.2 bilion, ekuiti 40 peratus dalam FGVH, dan kutipan sewa RM500 juta setahun untuk 99 tahun tempoh cagaran.

"Kenapa Felda membolot keuntungan 75 peratus dan peneroka hanya diberikan sebahagian daripada keuntungan yang sepatutnya menjadi milik mereka? Kenapa peneroka selalu diberikan tawaran yang buruk?" soalnya lagi, dan menambah peneroka seharusnya diberikan keadilan.

"Kita memang menentang penyenaraian, tapi memandangkan kerajaan dah bertekad untuk meneruskan penyenaraian, kita juga perlu pastikan peneroka mendapat imbuhan yang setimpal," tegasnya.

Justeru, Wong mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memberikan keadilan kepada peneroka dan berhenti daripada memihak kepada Felda.

"Felda kini sudah terlalu dipolitikkan dan peneroka perlu dilayan secara adil.

"Saya tidak faham kenapa kerajaan sendiri cuba mengambil kesempatan terhadap peneroka yang majoritinya orang Melayu.

"Kalau betul kerajaan sayangkan peneroka, beri hak mereka 50 peratus keuntungan Felda supaya hidup mereka lebih bartambah baik," katanya lagi.

DAP gesa polis ambil tindakan terhadap Perkasa Pulau Pinang

Posted: 12 May 2012 06:01 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER




GEORGE TOWN— DAP hari ini menggesa polis mengambil tindakan terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan tindakan anggotanya berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) semalam.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata barisan pemimpin DAP kesal dengan tindakan lebih 70 anggota Perkasa Pulau Pinang yang telah menganggu ketenteraman Ketua Menteri dan anggotanya.

Pada sidang media di sini hari ini, beliau turut meminta polis memberikan penjelasan kerana didakwa tidak mengawal himpunan Perkasa dan hanya mengiringi kumpulan itu ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tanpa mengambil sebarang tindakan.

Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata perbuatan anggota Perkasa itu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Kanun Keseksaan.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Delima R.S.N. Rayer berkata DAP sedang menimbangkan untuk memfailkan injunksi bagi menghalang Perkasa supaya tidak lagi mengacau kententeraman Ketua Menteri dan anggota keluarganya dan memfailkan saman jika polis tidak mengambil tindakan terhadap anggota Perkasa berkenaan.

Semalam lebih 70 anggota Perkasa berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat negeri ini. — Bernama

SU Agung: BN tapis lebih 1,000 nama calon

Posted: 12 May 2012 05:55 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
 
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor


KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mengenal pasti lebih 1,000 nama calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor berkata senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno dalam masa terdekat untuk dikemaskini dan disenarai pendek.

"Untuk calon Umno dan BN, kita akan buat saringan tertentu sebelum diserahkan kepada presiden parti dan untuk makluman perhubungan negeri.

"Yang penting, calon yang dipilih adalah mereka yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional sempena ulang tahun ke-66 Umno di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata senarai nama itu diperoleh daripada badan perhubungan negeri melibatkan 191 bahagian Umno dan 222 Parlimen.

Beliau berkata pihaknya akan meneliti laporan senarai nama yang dikaji oleh 'sumber parti' dan agensi dilantik untuk senarai akhir.

"Bukan semestinya senarai yang diserahkan bahagian atau negeri akan menjadi calon kelak. Kita juga ada tengok sumber lain. Untuk makluman, bahagian ada bagi tiga nama, ada yang bagi kurang, ada yang langsung tidak bagi dan serah kepada pucuk pimpinan untuk pemilihan nama," katanya.

Ketika ditanya mengenai identiti calon yang dikenal pasti itu, Tengku Adnan berkata gabungan muka baru dan lama menjadi pilihan khasnya pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dan boleh memimpin rakyat dan memajukan negara.

Beliau turut ditanya mengenai desas-desus kononnya Najib menemui Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

"Ada yang cakap (pembubaran) esok lusa. Itu semua spekulasi. Apa yang saya tahu PM ada kenduri kahwin di Johor Baharu dan akan menghadiri graduation anaknya. Tapi apa-apa pun, kita sudah bersedia sepenuhnya bila semboyan ditiupkan," katanya.

Terdahulu beliau meluangkan masa dan beramah mesra dengan pempamer dan peserta pameran dan berharap lebih ramai anak muda akan datang ke karnival ini untuk mengetahui peluang pekerjaan selain mendekati dan mengenali Umno serta sayap parti mereka.

Adnan turut gembira dengan sambutan yang diterima pada sambutan ulang tahun kali ini apabila hampir 20,000 orang mengunjungi karnival kerjaya selain hampir 100,000 orang memeriahkan segenap lapisan stadium pada majlis perasmian semalam. - Bernama

Perkasa cadang majlis fatwa kaji gugur nama Islam pada parti PAS

Posted: 12 May 2012 05:53 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


PASIR MAS,— Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran Pas menggunakan perkataan Islam pada parti itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis ceramah di sini malam tadi, beliau berkata ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin Pas sebagai tuntutan Islam.

Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu Negara baru-baru ini.

"Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu, yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera," katanya.

Beliau berkata ini menunjukkan Pas telah menyeleweng jauh dari Islam dan seolah-olah fahaman yang dibawa Pas semuanya adalah tuntutan Islam.

Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas dalam pada itu berkata beliau sanggup mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin parti itu, terutama berkaitan pembelian tanah yang melibatkan pemimpin parti itu.

"Saya sedia membawa perkara itu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika ada pemimpin parti itu sanggup mencabarnya berbuat demikian," katanya.

Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (Jati) yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang turut serta pada majlis ceramah itu berkata Jati akan menghantar satu memorandum tuntutan 10 perkara kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika anggotanya mencecah 100,000 orang.

Antara tuntutan utama ialah menggesa kerajaan menjadikan mata pelajaran agama Islam sebagai mata pelajaran wajib di peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR); Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). — Bernama

PRU13 penentu kelangsungan Umno, kata Muhyiddin

Posted: 12 May 2012 05:51 AM PDT


 
Tan Sri Muhyiddin: "Inilah saat yang ketikanya Umno akan berhadapan dengan dugaan yang paling getir." — Foto oleh Choo Choy May
 
 
KUALA LUMPUR— Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 adalah penentu kepada kelansungan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara.
 Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, pilihan raya yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat itu adalah "ibu" kepada segala pilihan raya dan Umno bakal berhadapan dugaan yang paling getir.

"Inilah saat yang ketikanya Umno akan berhadapan dengan dugaan yang paling getir. PRU13 adalah ibu kepada segala pilihan raya.
Ingatlah, apa yang kita pertaruhkan bukan sekadar kuasa politik, tetapi seluruh isi perjuangan dan nasib kepada sebuah bangsa." — Tan Sri Muhyiddin
"Ingatlah, apa yang kita pertaruhkan bukan sekadar kuasa politik, tetapi seluruh isi perjuangan dan nasib kepada sebuah bangsa," katanya dalam ucapan sewaktu Majlis Sambutan Ulangtahun ke-66 parti terbesar Melayu itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.

Jelas Timbalan Presiden Umno ini lagi, rakyat seharusnya tidak menyerahkan kuasa kepada musuh mereka dan merosakkan akidah dengan ideologi songsang pembangkang.

"Jangan kita biarkan musuh-musuh merosakkan perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina.
"Jangan benarkan mereka menyebarkan dakyah dan ideologi songsang yang mempengaruhi akidah kita," katanya di hadapan sekitar 60,000 peserta di dalam stadium dan ribuan lagi di luar stadium.

Tambah Ahli Parlimen Pagoh ini lagi, rakyat juga seharusnya tidak membiarkan "dakyah fahaman yang menyesatkan mereka mengharu birukan rakyat".

Justeru, beliau mengharapkan rakyat akan terus memberikan sokongan penuh kepada Umno hanya kerana parti itu sahaja yang menjadi benteng rakyat.

"Umno perlu kekal sebagai benteng kepada rakyat. Umno sebenar-benarnya pembela rakyat.

"Andaikata benteng ini rosak dan terhakis, akan rosaklah segala kota perpaduan dan keharmonian yang terbina selama ini," katanya diikuti sorakan dan tepukan gemuruh peserta "Gelombang Merah".

Tambah Muhyiddi, Umno juga sedia berubah seiring dengan perubahan yang dialami landskap politik tanah air.

"Landskap politik sudah berubah. Pendekatan kita juga sudah berubah, namun matlamat dan hasrat perjuangan Umno akan kekal utuh

"Umno sudah membuktikan kemampuan untuk berubah mengikut kesesuaian masa dan tidak akan berkompromi dengan apa yang kita perjuangkan," katanya lagi.

Perhimpuanan rasaksa Umno ini disertai oleh ahli diperingkat akar umbi dari seluruh negara dan mereka akan berkampung di Bukit Jalil bermula hari ini hingga Ahad ini.

Panel menyiasat insiden keganasan Bersih perlu bebas dan adil, gesa Suhakam

Posted: 12 May 2012 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR – Panel bebas yang ditubuhkan Putrajaya untuk menyiasat dakwaan penggunaan kekerasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu haruslah "berhati-hati" dalam memastikan hasil siasatannya dapat selesaikan perkara ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata.

Dalam satu kenyataan media, pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam menyeru panel itu supaya bebas, tidak berat sebelah, telus dan berintegriti tanpa gentar atau pilih kasih apabila menjalankan siasatan agar dapat pulihkan keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa.

"Ini merupakan ciri-ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya seperti yang rakyat cita-citakan dan kerajaan komited untuk mencapainya," beliau ujar.

Tambahnya lagi, Suhakam akan terus mengkaji aduan dan pengemukakan daripada pelbagai pihak dan laporan media berkaitan dengan insiden yang berlaku pada hari itu.

"Suhakam benar-benar menyedari  mandatnya untuk menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia dan sedang meneliti aduan-aduan yang telah diterima daripada orang awam mengenai persitiwa tersebut sebelum membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya yang sesuai."

Dalam hasil siasatan Suhakam ke atas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, Suhakam mendapati pihak polis menggunakan taktik yang "tidak sesuai" untuk  menghalau kumpulan perusuh Bersih 2.0 dengan menggunakan gas pemedih mata tanpa sebarang jalan keluar.

Suhakam juga mendapati beberapa organisasi media arus perdana gagal untuk melapor secara adil pandangan Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai Bersih 2.0, dan juga menjejaskan keselamatannya dengan menerbitkan maklumat peribadinya.

Hari ini, ketua setiausaha DAP Lim Guan Eng telah mencadangkan Suhakam menyertai panel bebas itu untuk menyiasat insiden keganasan Bersih 3.0.

Semalam, Majlis Peguam berkata bahawa panel bebas itu tidak mempunyai kedudukan dari segi undang-undang dan pendirian Tan Sri Hanif Omar terhadap Bersih tidak melayakannya untuk mengetuai siasatan itu.

Bersih juga berpendapat kumpulan itu akan berat sebelah dan diibaratkan sebagai pasukan petugas sahaja.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan akan melantik panel bebas yang "kredibel, berpengalaman, dan dihormati" untuk menyiasat keganasan polis terhadap peserta dan wartawan sewaktu insiden Bersih di Dataran Merdeka.

Tambah Najib, rakyat boleh melihat perkembangan siasatan tersebut bagi menyiasat kebenaran dakwaan keganasan terhadap wartawan, media tempatan dan antarabangsa ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu berlangsung.

Enam media dan kira-kira 12 jurugambar termasuk media asing dikatakan telah diserang pihak polis ketika kekacauan di dataran bersejarah terbabit, selepas polis melepaskan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan perusuh yang menceroboh ke kawasan dataran.

Media antarabangsa dan tempatan mula mengkritik pentadbiran Najib menggunakan kekerasan terhadap kumpulan itu, yang menurut mereka hanya menjalankan tugas.

Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0'

Posted: 12 May 2012 05:46 AM PDT

Fakhrurrazi Usuldin

Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0'
 
Nik Abdul Aziz menerima borang penyertaan ke dalam Pas daripada Wan Aishah di Gombak, malam tadi. - Foto ihsan telokbakong.blogspot.com 
 
 
GOMBAK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

"Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram. "Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul," katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum ini menggalakkan orang ramai khususnya ahli-ahli Pas agar menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu. Malah beliau sendiri mengakui ada membiayai beberapa peserta perhimpunan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Langkah Rakyat ke Putrajaya di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar dekat sini, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba.

Aishah ketika berucap pada majlis itu berkata, beliau mengambi keputusan menyertai Pas kerana merasakan ia fasa kedua dalam hidupnya selepas mendapat hidayah Allah.

"Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah," katanya.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat negara ini perlu menukar parti yang memerintah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan parti yang mendukung Islam.

"Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat," katanya. "Saya menyokong Bersih, itu baru 3.0, akan ada yang keempat lagi," kata beliau.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PKR memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya tetap dengan pendirian untuk terus menyokong jika akan ada perhimpunan Bersih 4.0.

"Pihak kami belum berbincang apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat mengenai Bersih 4.0," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Subang, Sivarsa Rasiah pula berkata, pihaknya juga akan terus menyokong tindakan Bersih kerana setakat ini, kerajaan belum memberi sebarang jaminan mengenai  tuntutan-tuntutan Bersih.

"Saya juga akan terus menyokong kerana rakyat sendiri inginkan pilihan raya dibuat secara bersih, adil dan saksama," katanya lagi.

Sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah memberi amaran perhimpunan  yang lebih besar akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya yang bebas dan adil.

Anwar: Pakatan mahu 'angkat' Najib ketua pembangkang

Posted: 12 May 2012 05:43 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
 
HULU SELANGOR - "Kita perintah bukan sebab saya masuk penjara atau mahu (Datuk Seri) Najib masuk penjara, tidak. "Kita perintah, kita mahu angkat Najib sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia, itu saja." Demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 6,000 penyokong beliau terdiri daripada kaum India, yang hadir pada program Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Bukit Beruntung dekat sini malam tadi.

Anwar berkata, apabila Najib menjadi ketua pembangkang mudah bagi beliau memperlihatkan bagaimana menguruskan sumber kewangan negara dengan baik sehingga mampu melaksanakan apa yang beliau janjikan selama ini iaitu penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan pembatalan kutipan tol.

Menurutnya, PR mampu melaksanakan janji tersebut kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan kaedah pengurusan yang betul dan yakin negara tidak mungkin bankrup.

"Orang tanya, Anwar, apa pasal mahu ambil Putrajaya? Sebab negara ini kaya tapi rakyat miskin. "Kita (akan) umum minyak turun, sekolah percuma, tol batal. Saya mahu jawab macam mana ini boleh dilaksanakan kerana saya duduk Menteri Kewangan lapan tahun. Najib kata bankrup. Dia tak boleh kira, dia kena jadi ketua pembangkang," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Anwar turut menyatakan antara hasrat PR memerintah adalah untuk memperlihatkan amalan pemerintahan adil kepada parti MIC, yang selama dikatakan pembela utama kaum India di negara ini.

Menurutnya, MIC juga perlu ditunjukkan bagaimana kaedah pemerintahan yang adil tanpa unsur rasuah.

"Kita perintah bukan mahu pukul MIC, tapi kita mahu tunjuk MIC apa itu keadilan. Jangan rasuah," katanya.

Anwar turut menegur Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanthan berhubung kelantangannya di Parlimen yang disifatkan kebudak-budakan dan tidak menghormati ahli dewan.

Menurut Anwar, Kamalanthan tidak seperti pemimpin MIC lain yang dianggap lebih menghormati orang dan beliau menasihatkan Ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bersikap sedemikian.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat harus segera membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jika tidak, katanya, rakyat perlu menunggu lagi empat atau lima tahun untuk mengubah kerajaan dan terpaksa berada dalam pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang rasuah, bongkah dan kuasa zalim.
Terdahulu, program anjuran sepenuhnya ahli perniagaan Datuk Dr K Ramachandran itu turut dihadiri, Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar dan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin.

Kerajaan setuju bentuk badan peguam baru

Posted: 12 May 2012 05:42 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz


KUALA KANGSAR - Kerajaan bersetuju dengan tuntutan golongan peguam yang mahu membentuk satu organisasi baru bagi mewakili mereka mempertahankan profesion, kebajikan dan kepentingan guaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata golongan peguam itu boleh membentuk organisasi itu atas nama persatuan atau agensi lain yang baru seperti Akademi Undang-undang dengan menggunakan pendekatan lain.

"Kalau (mahu) ada satu persatuan dan agensi yang lain yang (boleh) dibentuk untuk mewakili mereka yang berkelulusan undang-undang mesti tahu, Malis Peguam (sedia ada) hanya mewakili mereka yang praktis undang-undang dan berdaftar dengan majlis itu sahaja.

"Tapi ada juga yang lulusan undang-undang jadi pensyarah namun tidak menjadi anggota majlis berkenaan. Ada lulusan udang-undang yang bekerja di bank-bank dan sektor korporat. Mereka ini bukan 'practising lawyer', mereka tidak jadi anggota majlis, tidak ada persatuan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada program Profesional Guru-guru Daerah Kuala Kangsar Zon Padang Rengas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak di Padang Rengas di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan anggota Majlis Peguam Abu Backer Sidek supaya sebuah badan guaman baru yang bebas dibentuk kerana Majlis Peguam sedia ada gagal dipertahankan sebagai sebuah badan yang profesional dan berintegriti.

Menurut Mohamed Nazri, golongan peguam berkenaan boleh mewujudkan Akademi Undang-undang yang mewakili semua lulusan undang-undang di negara ini.

Katanya beliau tidak terkejut apabila terdapat anggota Majlis Peguam sendiri tidak berpuas hati dengan badan itu.

Majlis Peguam sepatutnya menjaga anggota dan kepentingan profesion guaman serta mengambil tindakan terhadap mana-mana peguam yang didapati menyelewengkan hasil aduan yang dibuat orang ramai terhadap peguam yang terbabit, katanya.

"Saya dari awal lagi menyatakan kalau Majlis Peguam mahu terlibat politik, sila daftar sebagai parti politik maka tidak berbangkitlah masalah seperti hari ini. Ia ada hampir 20,000 anggota dan hanya 1,270 hadir (semalam ke mesyuarat agung luar biasanya). Itu tidak mewakili kehendak suara majoriti peguam-peguam," katanya.

Beliau berkata pemilihan dalam jawatankuasa Majlis Peguam juga dimonopoli oleh segelintir kumpulan sahaja kerana sistem pemilihannya dibuat secara pos dan tiada sistem undi serta peti undi.

Semalam, Majis Peguam meluluskan 12 resolusi pada mesyuarat agung luar biasanya yang antaranya mengecam tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas.

Mengenai tuntutan Majlis Peguam supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf atas tindakan polis ketika perhimpunan berkenaan, Mohamed Nazri berkata tidak ada kesalahan yang dilakukan pihak berkuasa.

"Jangan mimpi, esok matahari terbit di timur, kita tidak akan meminta maaf. Jangan mimpi. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh kita. Dia patut bubarkan (Majlis Peguam) kerana mendatangkan malu besar pada profesion dia.

Susah sangat lawan sayalah (dalam pilihan raya)...kalau tidak anda hanya penakut, bacul," katanya.

Beliau turut berkata pihaknya akan meneliti sekiranya penganjur perhimpunan berkenaan Datuk S.Ambiga melanggar apa-apa kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 terutama kerana menghina mahkamah.

"Kita nak tengok kalau dia ada langgar apa-apa kesalahan di bawah akta baru ini. Kita nak lihat di bawah (kesalahan) menghina mahkamah (kalau) saya nak minta supaya dia didakwa.

"Paling  ketara adalah menghina mahkamah sebab jelas ada perintah mahkamah yang tidak boleh dilanggar. Dia ketua, jadi dia mesti ambil semua tanggungjawab ini. Jangan 'semut' sahaja kena dakwa, anda sebagai ketua nak lari?" soalnya. - Bernama

AMK: Tolak pelantikan Haniff sebagai pengerusi siasatan panel Bersih 3.0

Posted: 11 May 2012 11:01 PM PDT

  Shamsul Iskandar Akin

 Sejarah perundangan dilengkapi dengan penegasan bahawa 'keadilan itu bukan sekadar perlu dilaksanakan, tetapi mesti dilihat dilaksanakan'.
Memperlihatkan kepada prinsip ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpandangan bahawa pelantikan mantan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar selaku Pengerusi Panel Siasatan Bebas Bersih 3.0, adalah satu langkah terkebelakang, menempangkan proses keadilan dan membuktikan kerajaan BN terdesak untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Malah, AMK berpandangan pelantikan ini sebenarnya hanyalah satu strategi mainan media Umno-BN. Ini bertujuan untuk terus-menerus mengalihkan pandangan rakyat daripada menekankan soal reformasi sistem pilihanraya, dengan memfokuskan kepada isu siasatan yang 'bebas' di bawah panel yang diketuai oleh individu yang 'tidak bebas'.

AMK menggariskan tiga (3) sebab mengapa kredibiliti Tun Haniff selaku Pengerusi Panel ini boleh dipertikaikan:

1. Sebagaimana yang telah disiarkan oleh media beberapa hari lepas, sikap prejudis beliau kononnya Bersih 3.0 didalangi oleh pihak pro-komunis, adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab malah keluar daripada norma realiti politik negara. Kenyataan tanpa fakta, digembar gembur secara bersistematik, memperlihatkan Bersih 3.0 seolah-olah satu gerakan yang 'kotor'. Dan inilah persepsi awal yang diperlihatkan oleh beliau sebelum memimpin panel yang akan dinanti-nantikan oleh rakyat apakah resolusi lanjut yang bakal dihasilkan.

2. Tun Haniff juga tidak pernah kita lupakan dengan kalimah keramat beliau di mana beliau tidak pernah menjumpai ayat di dalam Al-Quran yang mengharamkan judi. AMK tidak berminat untuk tahu apa iktiqad pegangan beliau, tetapi dalam keadaan prinsip keadilan asas di dalam Al-Quran pun masih gagal beliau fahami, bagaimana beliau mampu mengemudi sebuah panel yang bertanggungjawab menyiasat gerakan Bersih yang menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya Malaysia?

3. Bersih 3.0 menyaksikan keganasan pihak polis berada pada tahap yang paling parah dalam sejarah penyuraian perhimpunan aman yang berlaku di Malaysia. Bagaimanakah seorang mantan Ketua Polis Negara, mampu mengheret institusi yang pernah beliau pimpin selama 20 tahun ke kancah pengadilan? Ini persepsi dan realiti yang sedang membelenggu rakyat ke atas kredibiliti beliau kini.

AMK berharap Tun Haniff boleh kembali menyemak artikel tulisan beliau di dalam The Star pada 12 Februari 2006, tatkala beliau memberikan respon balas mengenai cadangan penubuhan IPCMC :
The IPCMC must have the confidence not only of the public but also of the police. Thus, appoint the right people to be commissioners; this is absolutely vital.

Dalam kes siasatan Bersih ini, Panel harus meraih keyakinan rakyat, bukan keyakinan polis. Maka, melantik pihak yang tepat sebagai Pengerusi adalah sesuatu yang maha penting. Terbukti, Tun Haniff bukan individu yang sesuai. Maka AMK berpandangan, sewajarnya beliau, atas integriti selaku bekas Ketua Polis Negara, mengundur diri secara terhormat. Begitu juga dengan ahli-ahli panel yang lain.

AMK dengan tegas mengajak rakyat Malaysia untuk menolak hasil siasatan Bersih 3.0 sekiranya Pengerusi dan ahli-ahli panel yang tempang kredibilitinya terus dikekalkan !

Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Undi Pos Di Dun Ladang Yang Meragukan!!!

Posted: 11 May 2012 10:55 PM PDT

EDITOR BULETIN


Kemasukan undi pos di Dun Ladang sangat meragukan. Didalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu undi pos di dun Ladang hanya 901 orang sahaja. Semasa pilihanraya umum 2004 hanya terdapat 756 pengundi sahaja.

Walaubagaimanapun sekarang ini sehingga suku pertama 2012
terdapat 1575 pengundi pos di Dun Ladang. 1184 pengundi berada di Unit Petiundi Tekukur dan 383 pengundi di Unit Petiundi Batas Baru. 

Terdapat  banyak keraguan pertambahan  undi pos di Dun Ladang. Mengapa terlalu banyak pertambahan undi pos ( 674 pemilih) . Jumlah kemasukan sebenar dari pilihanraya umum lalu sehingga sekarang, seramai 468 pemilih melalui pendaftaran baru dan 517 pemilih melalui pendaftaran pindah alamat, menjadikan jumlah terkini selepas tolak pemilih yang di keluarkan 1575 orang pengundi pos.Jumlah ini termasuk 258 pengundi pos yang didaftarkan bagi suku pertama tahun 2012.

Wow!!! Suatu jumlah yang tinggi. Adakah kemasukan ini secara normal atau secara berperancangan. Ini adalah kerana YB Dato' Tengku Hasan hanya menang dengan majoriti 31 undi sahaja di dalam pilihanraya lalu.  Saya yakin ini adalah perancangan terancang oleh pihak BN dengan kerjasama pihak tertentu untuk merampas secara kotor Dun  Ladang dari PAS.

Dari mana datangnya pertambahan pengundi. Dimana penempatan pengundi ini. Tidak nampak pun kuarters baru dibina. Ini sangat meragukan .... Suatu contoh pengundi yang meragukan. Didalam semakan suku pertama 2012 terdapat pengundi pos ditukarkan dari Dun Batu Buruk , Bandar, Wakaf Mempelam ke Dun Ladang.

Contohnya Amri Ibrahim RS11083 , 701 Polis, dari Petiundi Kg Nibung di tukar ke Ipd ktrg, petiundi Tekukur, Dun Ladang. Samsudin Aziz RS 111820,  701 polis Petiundi Pulau Kambing Dun Bandar dipindahkan ke Ipd Kuala Terengganu, Petiundi Tekukur. 

Diharap pihak SPR jangan pandang sebelah mata isu ini. Rakyat juga hendaklah sedar akan penipuan ini. Undi pos sangat meragukan dan merupakan talian hayat BN di Dun Ladang.  Inilah sebab Bersih diadakan.... Bersihkan daftar pengundi dan hapuskan undi pos....

Ariffin Deraman
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu
10 Mei 2012

http://ariffinderaman.blogspot.com/

Pilihanraya Mungkin Bulan Julai Pula, PAS Mungkin Tangguh Muktamar

Posted: 11 May 2012 10:53 PM PDT

Skuad BO  


KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Dewan Rakyat (parlimen) akan mengadakan sidang pada 11hb hingga 23hb Jun yang akan datang.

Oleh itu, selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu beliau berpendapat, pilihanraya umum (PRU) kali ke-13 akan diadakan selepas bulan sidang tersebut pada bulan Julai yang akan datang.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata satu mesyuarat akan diadakan pada Ahad 13hb di Pejabat Agong PAS Pusat, yang besar kemungkinan akan mennagguhkan Muktamar tahun PAS Pusat.

"Saya ucap terima kasih banyak-banyak  kerana memberikan peluang kepada saya (merasmikan Muktamar Muslimat), saya harap Muktamar Tahunan Muslimat (negeri Terengganu) akan bincang (tentang pilihanraya) kerana mungkin ini Muktamar yang terakhir,

"lusa ada mesyuarat PAS Pusat besar kemungkinan Muktamar (Tahunan PAS Pusat) akan ditangguhkan,"ujarnya.

[Gambar - Ketua dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Puan Safinah Jusoh memberi ucapan pada Muktamar Muslimat Kali Ke-39 di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu Kuala Ibai]
Haji Wahid berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Kali Ke-39 yang diadakan di Markaz Tarbiah Kuala Terengganu di Kuala Ibai hari ini, Jumaat 11 Mei.

Sebelum itu beliau menegaskan, tiga sasaran utama kumpulan pengundi yang mempunyai kecenderungan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Justeru beliau menggesa Muslimat memainkan perananan mendekati golongan sasar tersebut bagi memastikan PAS menang dlam pilihanraya tersebut.

"Pengundi atas pagar adalah sasaran kita, pengundi muda adalah sasaran kita dan pengundi Cina adalah sasaran kita, saya harap muslimat dapat mendedakati sasaran-sasran ini,"tambahnya.

Menurutnya, pelbagai pendekatan boleh diambil bagi menawan hati pengundi antaranya adalah menghantar tanda ingatan seperti kad ucapan hari lahir dan lain-lain yang memberi kesan perasaan.

Hassan Ali Jadi Saksi Pihak Umno Saman PAS

Posted: 11 May 2012 10:51 PM PDT

Skuad BO


 SHAH ALAM: Disebalik dakwaannya, kononnya beliau masih sayangkan PAS, Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat oleh parti kini menjadi saksi bagi pihak Umno Selangor menyaman PAS dan Harakah.

Beliau yang juga mantan Exco kerajaan Selangor telah memberitahu mahkamah tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali yang disifatkannya menjurus kepada peranan Umno dalam operasi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist, Damansara Utama.

Bahkan, kata beliau tidak menyangka dengan tindakan Dato' Mustafa membuat kenyataan tersebut.

"Saya tidak setuju dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS yang menjurus kepada Umno. Saya tidak sangka beliau (Dato' Mustafa Ali) buat kenyataan itu," jelasnya ketika menjawab soalan peguam Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor, 10 Mei lalu.

Dato' Dr Hasan juga bersetuju dengan pendapat peguam Hanipa bahawa seseorang pemimpin politik akan dapat maklumat dari sesiapa sahaja.

Namun, katanya Setiausaha Agung PAS itu tidak pernah memanggil beliau untuk mendapatkan maklumat dalam isu serbuan Jais-Gereja yang membawa kepada tindakan Umno Selangor menyaman PAS dan Harakah.

Ketika ditanya peguam Hanipa adakah pernah berbincang dengan pimpinan PAS lain termasuk dalam mesyuarat mengenai isu tersebut beliau menyatakan tidak ingat.

"Saya tidak ingat jika ada dibincangkan dalam mesyuarat PAS. Saya tidak ingat tapi kebiasaan saya sebagai Pesuruhjaya (PAS Selangor) ada berhubung atau bermesyuarat tapi tidak pasti dalam isu (Jais-Gereja) ini.

"Dato' Mustafa tidak pernah panggil saya untuk dapat maklumat. Dia tidak menghubungi saya," jelasnya kepada mahkamah.

Sementara itu, beliau turut mengakui tidak diberitahu sebelum serbuan dibuat pihak Jais ke atas gereja berkenaan dan hanya mengetahui selepas tempoh 12 jam melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) oleh rakan-rakan Exconya.

Menurutnya, pada waktu serbuan Jais-Gereja tersebut beliau merupakan ahli PAS, Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ahli Exco kerajaan negeri Selangor.

"Saya tidak diberitahu sebelum serbuan Jais-Gereja. Saya hanya diberitahu dalam tempoh 12 jam selepas serbuan itu dibuat, melalui SMS oleh rakan-rakan Exco," ujarnya menjawab pertanyaan peguam Hanipa.

Umno Selangor diwakili Setiausaha Perhubungannya, Ir Dato' Seri Mohd Zin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah yang bertarikh 19 Ogos 2011 memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk "PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais".

Bagaimana pun, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta Umno Selangor ke atas Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu atas alasan saman tersebut bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Manakala, Wartawan Harakah Terengganu, Khairul Azlam Mohamad turut dipanggil bagi memberi keterangan berhubung artikelnya dalam akhbar Harakah tersebut.

Beliau yang juga merupakan defenden telah hadir bagi memberi keterangan berhubung dengan sidang media yang diadakan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali di Terengganu berhubung dengan isu serbuan gereja DUMC di Selangor.

Turut dipanggil memberi keterangan di mahkamah pada 11 Mei lalu Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman selaku defendan kelima di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim.

Mahkamah juga diberitahu oleh wakil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.

Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Nor Hanis Mazlan, 27,  berkata Dato' Abdul Rauf Jusof adalah Penjawat Awam Umno sebagai Pendaftar Pertubuhan.

"Dato' Abdul Rauf Jusof adalah Penjawat Awam Umno adalah penama yang berdaftar sebagai Pendaftar Pertubuhan. Perkara itu telah ditetapkan di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan," jelasnya kepada hakim mahkamah.

Mengikut peraturannya, kata Nur Hanis, sepatutnya Dato' Abdul Rauf sahaja yang berhak mengemukakan saman bagi pihak Umno seluruhnya.

Beliau bersetuju bahawa hanya Abdul Rauf sahaja berhak membuat saman atau pendakwaan atau didakwa di mahkamah serta mewakili Umno di seluruh negara.

Nor Hanis bertugas sebagai pegawai yang menjaga Umno di Jabatan Pendaftaran Malaysia serta mempunyai kuasa untuk akses kesemua dokumen berkaitan dengan Umno dalam Pendaftar Pertubuhan.

Ketika ditanya, adakah nama Umno Selangor didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, beliau menjelaskan tidak pasti, namun nama yang didaftarkan adalah Cawangan Badan Perhubungan Negeri Selangor.

Perbicaraan kes saman Umno Selangor terhadap pemimpin PAS, Harakah dan juga pencetakan ditunda pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.

Hakim, Dato' Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar keterangan tiga orang saksi dan hadir sama pada perbicaraan tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali

Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Ustaz Abdul Hadi dan Mohamad Sabu diwakili Awi & Co, Dato' Mustafa Ali diwakili Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Manakala, defendan kelima dan keenam yang mewakili Ahmad Lufti dan Khairul Azlam adalah Tetuan Asri Musa & Co. Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd diwakili Tetuan Saufi Putra & Associates.

[Video] 939 Peguam Kutuk Kekerasan Polis Pada Bersih 3.0 Berbanding 16 Menentang

Posted: 11 May 2012 10:35 PM PDT


KELAB GREENBOC


Hanya 16 peguam tolak usul kutuk keganasan polis

Majlis Peguam Malaysia hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Badan peguam dengan keahlian lebih 14,000 anggota itu meluluskan usul tersebut yang diajukan presidennya, Lim Chee Wee pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) petang tadi.

"Majlis Peguam Malaysia memandang serius dan mengutuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, salah, dan tanpa had terhadap peserta himpunan," kata Lim Chee Wee sewaktu membacakan sebahagian petikan daripada usul itu selepas selesai mesyuarat.

Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM petang tadi dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tersebut.

Lim berkata berbeza dengan polis, peserta BERSIH yang menuju ke arah Dataran Merdeka bersurai secara aman walaupun selepas polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap mereka.

"Peserta berpusing dan mula beredar. Tiada pijak memijak berlaku. Ia satu bukti bahawa mereka adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya.

Lim juga berkata Majlis Peguam menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas insiden itu.

Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa.


"Kami gesa polis mengenal pasti anggota mereka yang terlibat dalam kelakuan yang menyalahi undang-undang, terutamanya yang menyerang peserta himpunan, didakwa," kata Lim.

Resolusi yang diusulkan Lim hari ini hasil daripada laporan pemerhatian 78 pemerhati dari Majlis Peguam sewaktu himpunan BERSIH anjuran gabungan 84 NGO itu. -mk

Set up IPCMC, tender apology

KUALA LUMPUR: The Bar Council renewed its calls for the government to set up the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) in the aftermath of the Bersih 3.0 rally.

This key point is one of the 12 resolutions passed at the Bar Council's extraordinary general meeting (EGM) today.

Out of 1,270 members who attended the EGM, 936 voted in favour of the resolutions, 16 opposed with no abstentions. The rest did not vote on the resolutions.

Speaking at a press conference later, its president Lim Chee Wee said the violence that took place during the rally was clear proof that the government must set up the IPCMC without delay.

"It's obvious that the police cannot police themselves," he added.

On April 28, scores of protesters and journalists were assaulted by the police during the mammoth rally.

Minister, police must apologise

Lim also called upon Home Minister Hishammuddin Hussein and Inspector-General of Police Ismail Omar to issue a public apology for the conduct of the police on that day and the indiscriminate use of tear gas and water cannons during the rally.

"The Bersih rally in four other places like Kuantan, Johor, Malacca and Ipoh went on smoothly as the police facilitated and cooperated with the demonstrators. But in Kuala Lumpur, the situation was totally the opposite," he said.

Although Lim admitted that his monitoring team had confirmed reports that some of the protesters had breached a police barricade, he said that did not justify the police's high-handed actions.

"The police should have isolated the area and the specific protesters. Instead, they launched attacks on all demonstrators," he said.

Lim added that the police did not provide enough time frame and space for the crowd to disperse.

"Suhakam recommended that the police should launch tear gas after three warnings at an interval of 10 minutes. But during Bersih, our monitoring team reported that warnings were only given at two minute intervals," he said.

Lim also urged Hishammuddin and Ismail to apologise to all those who were assaulted on that day, including lawyers and journalists.

"The government should offer due compensation to those who were beaten up by the police," he added.

On his next course of action. Lim said he would establish a team of volunteers to assist the victims of police brutality.

"We will provide advise to them on how to seek legal redress but it will be up to them whether they want to pursue the case or otherwise," he added.
-FMT

LIHAT VIDEO DI SINI

[Bergambar] 2 Buah Bas Bawa Ahli UMNO Terengganu Ke Bukit Jalil Kemalangan Di Tol Rasah

Posted: 11 May 2012 10:27 PM PDT


KELAB GREENBOC

Gelombang Merah Umno Terhempas Di Tol Rasah

Dua buah bas yang membawa pulang penyokong-penyokong Umno Terengganu dari perhimpunan di Stadium Bukit Jalil telah terlibat dalam satu nahas jalan raya di exit Tol Rasah awal pagi ini.

Menurut Cikgu Bard melalui tweeternya nya, sebuah bas yang membawa penyokong Umno Terengganu (Kuala Terengganu) telah merempuh sebuah treler yang dipercayai berjalan perlahan dari arah belakang.

Ini diikuti pula oleh sebuah lagi bas yang membawa penyokon Umno Kuala Berang merempuh dari belakang bas tersebut.

Cikgu Bard beserta beberapa aktivis SAMM Negeri Sembilan yang dalam perjalanan pulang dari Johor terserempak dengan kejadian tersebut serta merta turut membantu mangsa nahas yang terlibat.

Setakat ini tiada kematian dilaporkan, cuma beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan yang agak serius. Beliau juga mendoakan agar mereka semua selamat!

Syabas kita ucapkan kepada Cikgu Bard yang walaupun diherdik dan dimaki hamun oleh sekumpulan Samseng Umno seperti disini , sikap dan rasa per kemanusian beliau perlu dicontohi oleh kita semua.Syabas Cikgu Bard dan aktivis SAMM Negeri Sembilan! -alhusseyn




Pengarah Jais Mengaku Beliau Ahli Umno

Posted: 11 May 2012 10:23 PM PDT



KELAB GREENBOC

Shah Alam: Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin (gambar)adalah ahli Umno.

Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno.

Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.

Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.

Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.

Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno.

Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya.

Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan.

Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut.

Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa.

Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang.

Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini.

Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak. -HD

Bisnes Saman Trafik Bernilai RM15 Bilion Sedang Menjaga Lalulintas di 831 Kawasan Hitam di Malaysia

Posted: 11 May 2012 10:18 PM PDT

Staff Berita Semasa
 
Speed Trap Malaysia Bisnes Saman Trafik Bernilai RM15 Bilion Sedang Menjaga Lalulintas di 831 Kawasan Hitam di Malaysia


Sekarang ini apabila kalangan daripada anda yang "terkena" dan "terpaksa" bayar saman trafik di atas nama membawa kenderaan melebihi had laju, terdapat 2 syarikat yang akan menikmati sebahagian daripada wang anda semua.

Semuanya projek atas nama dasar penswastaan yang bertanggungjawab untuk melakukan pengawasan lalulintas di Malaysia menerusi lambakan kamera yang akan dipasang dan ditambah daripada masa ke semasa di sepanjang jalan-jalan raya yang "menguntungkan".

Kami rasa ramai yang sudah perasan dengan lambakan kamera di jalan raya sekarang ini dan ramai juga yang sudah menjadi "pelanggan" kepada kedua-dua syarikat ini. Sebenarnya di bawah "Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik", kedua-dua syarikat yang kami maksudkan di sini adalah :
  1. Beta Tegap Sdn Bhd (yang akan membuat pengawasan untuk kawasan selatan, tengah Semenanjung Malaysia)
  2. ATES Sdn Bhd (melibatkan kawasan utara, Sabah, Sarawak dan Labuan).
Speed Trap Camera Malaysia Bisnes Saman Trafik Bernilai RM15 Bilion Sedang Menjaga Lalulintas di 831 Kawasan Hitam di Malaysia

Model perniagaan yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat ini atas nama penswastaan ini adalah seperti berikut :
  1. Tahap 1: Jika terdapat 5,000,000 juta saman trafik berjaya mereka kutip, sebanyak RM16 daripada nilai setiap saman akan diberikan semula kepada kedua-dua syarikat ini. (Oleh itu, jikalau syarikat ini berjaya melepasi tahap satu ini mereka berpeluang untuk mengaut pendapatan sebanyak RM80,000,000 – RM80 juta untuk peringkat ini sahaja
  2. Tahap 2: Tahap 2 pula lebih menguntungkan. Di mana, jika syarikat ini berjaya mengeluarkan 5,000,000 (5 juta saman trafik), syarikat ini bakal menerima agihan skim yang lebih menarik di mana mereka layak menerima 50% daripada jumlah nilai saman trafik yang berjaya diperolehi dan juga selepas ditolak daripada apa yang diperolehi mereka ketika dibayar selepas mereka berjaya melepasi tahap 1. Kerajaan pula seperti biasa akan mendapat lagi 50%. Maksimum yang dibenarkan bagi syarikat untuk peringkat adalah RM270 juta sebagai angka maksimum
  3. Tahap 3 : Akhir sekali ditahap yang ketiga, selepas ditolak daripada  jumlah yang terhutang di peringkat 1 dan juga peringkat 2, syarikat ini bakal menerima lagi 7.5% daripada baki tersebut dan selebihnya kerajaan yang akan memperolehinya.
Hari ini nampaknya kita akan bermain dengan kira-kira di atas keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang berjaya menangkap kesalahan rakyat Malaysia ketika berada di jalan raya. Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:
  • Andaikata terdapat 10 juta saman yang berjaya dikeluarkan dan dikumpulkan setiap tahun dan setiap satu saman trafik itu bernilai RM300, bermakna jumlah saman trafik yang berjaya dikumpulkan mereka adalah sebanyak RM15 bilion
  • Dan daripada jumlah tersebut, syarikat itu akan menikmati pendapatan sebanyak RM80 juta (untuk Tahap 1), RM270 juta (di bawah tahap 2) dan RM66 juta (tahap 3)
  • Bermakna jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM416 juta berjaya diperolehi syarikat itu atau bersamaan 28 peratus daripada nilai saman trafik yang terkumpul
Bayar Saman Trafik 2012 Bisnes Saman Trafik Bernilai RM15 Bilion Sedang Menjaga Lalulintas di 831 Kawasan Hitam di Malaysia

Pelaburan Beta Tegap & ATES Untuk Bisnes Saman Trafik di Malaysia :

  • Beta Tegap dan ATES dilaporkan masing-masing telah membelanjakan sekitar RM300 juta dan RM400 juta bagi melaksanakan sistem penguatkuasaan trafik secara automatik di 831 "kawasan hitam" atau "kawasan yang menguntungkan" di seluruh Malaysia
  • Kamera dan sistem yang digunapakai sekarang ini diimport khas dari pembekal Australia ($50 juta) dan Jerman (Euro40 juta)
  • Tempoh konsesi adalah lima tahun
  • Sistem Kamera mereka mampu rakam kelajuan, kesalahan langgar lampu istarat, memotong laluan berkembar dan juga menggunakan laluan kecemasan
  • Beroperasi 24 jam
  • Rekod data kesalahan trafik akan dihantar terus ke pengkalan data JPJ untuk tindakan samna trafik serta -merta
  • Gambar lebih jelas dan adanya sistem "kedap udara"
  • Perancangan jangka panjang, untuk ATES sahaja mereka dalam perancangan untuk memasang lebih 3,000 kamera di Malaysia
Agak-agaknya berapa & bagaimana pantas masa yang bakal diambil oleh kedua-dua syarikat konsesi ini bagi mengaut semula pelaburan besar yang telah mereka lakukan selama ini dan mula membuat keuntungan berdasarkan jumlah saman trafik yang dikeluarkan mereka dan yang telah dibayar?
"Dengan pelaburan besar yang telah mereka laburkan ditambah skim dan ganjaran yang kerajaan tawarkan kepada mereka, adakah mereka lebih suka kelompok pengguna jalanraya yang patuh undang atau yang langgar undang-undang?"
P/S : Diharapkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) selepas ini turut mewajibkan AIRBAG untuk semua kenderaan tanpa caj tambahan disamping mutu jalanraya di Malaysia dipertingkatkan atas nama menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia.
PP/S : Adakah anda merasakan ia adalah pelaburan yang baik untuk negara dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia?

Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..

Posted: 11 May 2012 10:09 PM PDT

Staff Berita Semasa
 
Arab Saudi Malaysia Haji Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..


Kami perhatikan isu melibatkan kalangan rakyat Malaysia yang menunjukkan protes bagi memberikan sokongan kepada perhimpunan Bersih 3.0 sudah berlarutan lebih seminggu lamanya.
Jikalau diperhatikan berita-berita yang dilaporkan di media arus perdana di Malaysia, berat juga "jenayah" yang telah dilakukan oleh peserta Bersih di Arab Saudi. 

Antara Laporan Berita Media Arus Perdana Mengenai Tekanan Kerajaan Arab Saudi Ke Atas Peserta Bersih di Arab Saudi :

  1. Arab Saudi pertimbang sekat jemaah Malaysia (Utusan Malaysia – 8 Mei 2012)
  2. Arab Saudi Kecewa Demonstrasi (Berita Harian – (Berita Harian – 9 Mei 2012)
  3. Saudi Buru Peserta Bersih & Arab Saudi Buru Dalang Bersih 3.0 (Mingguan Malaysia – 6 Mei 2012)
Perhimpunan Bersih 3.0 Arab Saudi Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..

Baru-baru ini, terdapat kalangan rakyat Malaysia yang telah mengambil inisiatif yang telah menghantar email terus ke Kedutaan Arab Saudi di Malaysia bagi mendapatkan penjelasan terus daripada pihak kedutaan mengenai isu visa Haji yang sedang hangat di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Ini Jawapan Balas Daripada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia:

Setakat ini, kami tidak lagi mendapat sebarang makluman mengenai tindakan ke atas rakyat Malaysia (merujuk daripada kerajaan Arab Saudi) – Kedutaan Arab Saudi
Kedutaan Arab Saudi di Malaysia Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..

Pendirian kami mudah sahaja, jikalau benarlah apa yang dikatakan kerajaan Malaysia di mana kerajaan Arab Saudi tidak gemar perhimpunan-perhimpunan yang cuba diadakan seperti yang dilakukan  peserta Bersih 3.0 di Arab Saudi, sehingga menyebabkan orang lain juga mendapat "musibah" dan "kesusahan" untuk menunaikan umrah dan haji selepas ini, makanya mereka-mereka yang terlibat harus dikenakan tindakan sebagai pengajaran.

Yang salah tetap salah. Jika undang-undang Arab Saudi melarang mereka berbuat sedemikian rupa. Kita mesti hormati peraturan dan undang-undang di tempat orang.
"Walaupun di hati kecil kami ada sedikit aneh melihat situasi yang berlaku sekarang jika benarlah ianya realiti"
Visa Haji Malaysia Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..

Walaubagaimanaun semakan kami (Berita Semasa) di laman web antarabangsa PressTV menunjukkan laoran berita ekitar tahun 2011, di mana jemaah Bahrain pernah menggunakan pentas jalan-jalan raya di sekitar Mekah, Arab Saudi bagi membuat demonstrasi jalanan menuntut kejatuhan rejim Al-Khalifa di Bahrain.

Apa yang kami perhatikan demonstrasi tersebut lebih hebat dan jauh lebih besar bilangan yang menyertainya.

Arab Saudi Bersih 3.0 Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..
Berita Lengkap : PressTV

Cuma yang menjadi persoalan kami sekarang ini, apa tindakan kerajaan Arab  Saudi ke atas mereka dan berapa lama agaknya rakyat Bahrain kena ban dengan kerajaan Arab Saudi? Apa pandangan anda pula mengenai isu ini?

Siapa Lidah Bercabang Mengatakan Nik Aziz "Bapak Kafir?"

Posted: 11 May 2012 10:03 PM PDT

MSO


Bekas ketua polis negara Rahim Noor yang telah bertindak ganas dan diluar perikemanusiaan dan tatacara kepolisan semasa menjawat jawatan itu dengan menumbuk mata Anwar Ibrahim sampai lebam menafikan yang beliau telah menuduh atau menggelarkan Menteri Besar Kelantan sebagai "bapak kafir" atau "Nik Aziz is father of kafir" seperti mana dilaporkan The New Straits Time pada 8 Mei lalu.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kata Rahim apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin Pas termasuk Nik Aziz dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno. Betulkah itu yang Rahim kata dan macam mana kalau itu yang keluar dari mulutnya, lain yang ditulis?
Apakah Rahim sudah mulai merasa panas dengan cemuhan dan marah orang ramai kepada beliau ekoran laporan berkenaan. Sejak NST melaporkan Rahim berkata begitu, rasanya sudah puluh ribu orang menyumpah dan mengeji Rahim Nor kerana tidak sepatutnya dia menyifatkan Nik Aziz sebagai bapak kafir.

Nik Aziz bukan lawan Rahim kalau pun Rahim ingin mendapat award atau pun apa-apa imbuhan dari kerajaan UBN kerana turut melayak dan menyerang Nik Aziz. Tidak payah lawan Nik Aziz dengan kata-kata cacian, kejian dan persendaan beliau tidak akan kalah. Nik Aziz mungkin boleh kalah kalau beliau dilawan dengan hujah dari Quran dan Hadith.

Pelik laporan yang jelek terhadap Nik Aziz itu juga turut dinafikan oleh wartawan yang menulis (diletakkan namanya) pada tulisan itu, iaitu Rahmah Ghazali. Tulisan itu memakai dua nama (byline) Rahmah dan Lim Poh Lian.

Rahmah menerusi Twitternya dikatakan telah menafikan yang beliau membuat laporan itu dan hanya menulis laporan dari memetik kenyataan Mahfuz Omar yang dimasukkan di kaki berita berkenaan saja. Ertinya Rahmah tidak tahu menahu dengan kenyataan Rahim itu.

Jelas si penumbuk itu, (Rahim) kenyataan itu dipetik hasil dari temubual beliau dengan wartawan menerusi telefon. Beliau tidak menyebut siapakah wartawan berkenaan apakah Lim Poh Lim, atau Lim Poh Lim hanya tulisan kenyataan Rahim kerana disuruh oleh pihak lain.

Biasa berlaku dalam dunia surat khabar, bos akan menyuruh mana-mana wartawan menulis bahan atau pun maklumat yang diperolehi kerana kesibukan ataupun untuk mengelak timbul implikasi kerana jika timbul implikasi penulis yang dicatat namanya akan dipertanggungjawabkan.

Rahim juga mengaku dia tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah political animal sebaliknya istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature' - politik haiwan hidup. Sebenarnya animal politik sama dengan political creature.

Persoalan sekarang ini kalau bukan Rahim yang dilaporkan berkata demikian dan Rahmah yang namanya diletakkan di situ sebagai pelapor juga menafikan, siapakah yang pandai-pandai membubuh perkataan itu? Disebabkan berita itu ditulis oleh dua orang, seorang lagi Lim Poh Lim, besar kemungkinan perkataan itu ditulis oleh Lim Poh Lim. Kita berharap Lim Poh Lim akan membuat penjelasan kalau didiamkan orang ramai akan menganggap dia yang tulis.

Boleh jadi juga wartawan berkenaan tidak menulis perkataan itu, (bapa kafir) tetapi ia pandai-pandai penyunting akhbar berkenaan yang mengawal laman berita berkenaan yang tokok tambahnya untuk menimbulkan sensasi. Pun begitu kalau ia menulis demikian dari manakah asasnya? Kalau hendak dikatakan tersilap terjemahan, ia tentu juga ada asasnya dari perkataan atau maksud apa?

Politikal creature yang disebut Rahim Nor itu juah larinya dengan maksud yang diguna oleh akhbar berkenaan, iaitu bapak kafir.

Ada baiknya untuk memastikan siapa punya angkara menuduh Nik Aziz sebagai bapa kafir itu, MB Kelantan itu wajar menyamannya dan tidak akan memaaf sehingga orang terbabit di bawa ke mahkamah. Sebelum ini Nik Aziz banyak memaafkan orang yang memburukkanya.

Dia juga pernah memaafkan Utusan Malaysia yang memfitnahnya dengan menarik balik cadangan saman. Sikap Tok Guru yang pemaaf begitulah menyebabkan media massa khasnya MPB tanpa berfikir panjang memfitnah dan menghina beliau seperti bapak kafir dan sebagainya itu.

Dalam hal ini kalau Nik Aziz meneruskan cadangan menyaman NST dan Rahim Nor bukan tujuan mengharapkan mendapat wang kerana pampasan ekoran kata-kata itu memalu dan merosakkan imejnya tetapi hanya untuk tahu siapa yang lidahnya sama dengan lidah syaitan menyifatkan Tokguruku sebagai "bapak kafir" itu.

Dalam kes ini tiga orang suspek sudah pun dikenal pasti kerana mereka terlibat secara langsung dengan berita berkenaan, Rahim Noor, Rahmah Ghazali dan Lim Poh Lim. Mungkin dua lagi saya boleh agak-agakkan mereka ialah penyunting atau pengarang akhbar berkenaan sendiri.

Tiada ulasan: