Sabtu, 12 Mei 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sekat Haji dan Umrah - Auta Umno/BN

Posted: 11 May 2012 11:00 PM PDT

Satu pertemuan di antara pihak Universiti al Azhar, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan beberapa orang mahasiswa.

Di dalam pertemuan itu, Dato Duta telah menyerahkan fail berkenaan himpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di Mesir.

Pihak kedutaan telah mengheret al Azhar dalam isu ini", kata Saudara Zuhaili bin Saiman, Presiden PMRAM di sini

Itu adalah cerita lama, ketika BERSIH 2.0 dulu.Yang terkini, Umno/ BN cuba menghasut orang ramai supaya membenci BERSIH 3.0 pula.

Bahawa kononnya kerajaan Arab Saudi terasa amat tergugat oleh BERSIH 3.0 dan akan menyekat Jemaah dari Malaysia mengerjakan haji dan Umrah tahun ini gara-gara demonstrasi BERSIH 3.0 yang diadakan di negara tersebut.

Dan kononnya kerajaanArab Saudi sedang memburu mereka yang berdemo disana.Korang tentu nak ketawa kan?

Tentulah ketawa! cer tengok gambar demo BERSIH 3.0 disana kat atas tu.Takkanlah bilangan banyak itu dah buat Arab Saudi gabra tersangat hingga nak sekat jemaah dari Malaysia melakukan Haji dan Umrah pada tahun ini!

Sekumpulan rakyat Malaysia yang sekadar bergambar sambil memegang bendera kuning BERSIH tanda sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 28 April lalu amat menggerunkan Arab Saudi? Korang percaya ke? Jangan biarkan diri anda diselubungi oleh pembohongan Umno/BN.

Bacalah entrii ini

Gelombang Merah Umno Terhempas Di Tol Rasah

Posted: 11 May 2012 03:39 PM PDT

Dua buah bas yang membawa pulang penyokong-penyokong Umno Terengganu dari perhimpunan di Stadium Bukit Jalil telah terlibat dalam satu nahas jalan raya di exit Tol Rasah awal pagi ini.

Menurut Cikgu Bard melalui tweeternya nya, sebuah bas yang membawa penyokong Umno Terengganu (Kuala Terengganu) telah merempuh sebuah treler yang dipercayai berjalan perlahan dari arah belakang.

Ini diikuti pula oleh sebuah lagi bas yang membawa penyokon Umno Kuala Berang merempuh dari belakang bas tersebut.

Cikgu Bard beserta beberapa aktivis SAMM Negeri Sembilan yang dalam perjalanan pulang dari Johor terserempak dengan kejadian tersebut serta merta turut membantu mangsa nahas yang terlibat.

Setakat ini tiada kematian dilaporkan, cuma beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan yang agak serius. Beliau juga mendoakan agar mereka semua selamat!

Syabas kita ucapkan kepada Cikgu Bard yang walaupun diherdik dan dimaki hamun oleh sekumpulan Samseng Umno seperti disini , sikap dan rasa per kemanusian beliau perlu dicontohi oleh kita semua.Syabas Cikgu Bard dan aktivis SAMM Negeri Sembilan!

Tiada ulasan: