Biaqpila |
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 12/05/2012
- VIDEO PANAS!!! UMNO HARAM
- BUKTI UMNO PERALAT MAHASISWA UNTUK KE MAJLIS MATEMATIKNYA 2012-1988=66
- NASI CAMPUR SEPINGGAN RM7.50
- MATEMATIK UMNO ( 2012 - 1988 = 66 )
- UMNO baru 24 tahun, bukan 66 tahun! Jangan perasan laa...
KEPUTUSAN LIGA SUPER 12/05/2012 Posted: 12 May 2012 07:50 AM PDT
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 12 May 2012 05:00 AM PDT DEY MACHA!!! RAMAI ORANG KAMPUNG TAK TAU MAKCIK2 FELDA PUN TAK TAU PATUTLA NAJIB KATA HARAM BEJADAH KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | |||
BUKTI UMNO PERALAT MAHASISWA UNTUK KE MAJLIS MATEMATIKNYA 2012-1988=66 Posted: 12 May 2012 12:00 AM PDT Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil. Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus. Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas 'main sorok-sorok, pancing umpan baik punya'. Mereka mengatur peliharaan mereka untuk menjadi wakil-wakil di kampus supaya senang mereka mencari mangsa. Tiba masa, hanya perlu dibaling umpannya. Mekanisme beginilah digunakan UMNO di UPM. Demi mencapai matlamat mereka mahasiswa dari persatuan-persatuan fakulti telah disogok untuk menghadiri perhimpunan mereka. (gambar diatas: bukti penyebaran mesej yang diperolehi jelas terdapat sogokan wang dalam memperalatkan mahasiswa ke program UMNO)Sikap ini jelas merosakkan masa depan politik malaysia kerana mahasiswa yang merupakan bakal pemegang tampuk pemerintahan negara telah dilatih supaya mengamalkan politik budaya UMNO yang kotor lagi menjijikkan. Bayangkanlah jika pendokong Aspirasi mereka menjadi pimpinan kelak, apa lagi kekotoran yang mereka telah rencanakan lantas akan dilaksanakan. Serangkap pantun penutup bicara dari ProM untuk kali ini. Moga dapat kita ambil ibrahnya. Politik wang dan UMNO jelas sudah sebati, Mahasiswa diperalatkan lagi! Ayuh bersama Pro Mahasiswa dalam kelangsungan hidup yang adil. promupm KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 11 May 2012 10:00 PM PDT Kelmarin saya terbaca berita dalam akhbar Daily Telegraph London keluaran 4 April tentang seorang Pak Cik yang berumur 77 dari kota Athens telah menembak dirinya di Dataran Syntagma di hadapan pintu masuk ke Parlimen Greek.Pak Cik ini telah meninggalkan surat wasiat menerangkan kenapa dia membunuh diri. Dari suratnya dunia diberitahu bahawa dia tidak lagi sanggup hidup kerana kos untuk hidup dan bernafas terlalu mahal. Gambar: Sekadar hiasan. Dia tidak sanggup untuk berhijrah dari satu tong sampah ke tong sampah untuk mencari sisa makanan. Nilai duit pencen Pak Cik ini telah merosot hinggakan dia tidak berkeupayaan untuk membeli bahan makanan. Sehari sebelum Pak Cik Greek ini membunuh diri, seorang Mak Cik dari bandar Gela Sicily telah terjun dari tingkat tiga. Mak Cik Itali yang berumur 78 tahun ini membunuh diri kerana tidak lagi sanggup untuk hidup. Duit pencen bulanannya telah diturunkan dari s$800 Euro ke $600 Euro. Kes-kes membunuh diri ini semakin banyak berlaku di Eropah. Krisis ekonomi ini telah memaksa kerajaaan di Itali, Greek. Sepanyol dan Portugal 'mengikat perut' – memotong belanjawan untuk membayar hutang negara. Tiga minggu yang lalu saya telah bertemu dengan seorang kawan lama. Pertemuan ini disebuah tempat yang tidak ada nama. Mungkin asalnya sebuah warung, kemudian dibesarkan untuk menjadi restoran. Atau lebih tepat lagi ini 'kedai makan setinggan' yang tidak memiliki surat izin dari Dewan Bandaraya. Ini kedai makan nasi campur Melayu, khusus untuk makan tengah hari. Sebagai seorang 'foodie' rasa masakan di kedai ini bukanlah di tahap yang tinggi. Kalau saya hendak beri markah, saya akan beri C-. Saya memilih untuk datang ke sini kerana letaknya tidak jauh dari bilik saya menginap. Kedai makan ini menjadi tarikan untuk Mat Motor, Minah Kelisa dan Mat Proton. Tempat ini selesa kerana senang hendak meletakkan kereta. Tetapi bukan ini yang ingin saya ceritakan. Apa yang nak saya ceritakan ialah bagaimana saya terperanjat besar. Setelah selesai makan saya bertanya berapa harga makanan kami. Kawan saya mengambil nasi, gulai daging dan sayur. Saya mengambil nasi, sepotong ikan masak kari dan sayur. Kawan saya minum air teh limau sejuk dan saya air suam. Kenapa saya terperanjat? Kerana bil kami ialah RM19.70 sen. Dua hari dulu saya makan disebuah warung. Saya ulangi – saya makan di warung, bukan restoran atau kedai makan. Tempat duduk di bawah pokok kayu. Tidak ada kipas angin. Tidak ada kertas tisu. Lantai tempat meja makan ini ialah lorong pejalan kaki. Saya mengambil nasi, sayur terung dan sepotong ikan tenggiri goreng. Seperti biasa saya mengambil segelas air suam. Bil saya ialah RM7.50 sen. Apa yang saya tulis ini bukan tanda kemarahan saya terhadap tuan empunya rumah makan atau kepada tuan warung. Ketika saya melihat harga nasi campur yang terbaru ini menjadikan saya bernostalgia. Bila harga sepinggan nasi campur naik maka saya teringat kembali di zaman saya membeli nasi campur ketika bersekolah dalam kampus Univesiti Malaya. Menu makan saya tidak pernah berubah. Masakan Melayu, India atau Cina di Malaysia juga tidak berubah. Ketika itu nasi campur harganya dibawah RM2 sepingan. Semangkuk mee rebus hanya 60 sen dan secawan teh di kantin UM hanya 15 sen. Mee itik di restoran China di belakang panggung wayang Lido Brickfields harganya hanya RM1.20 sen – cukup untuk dua orang. Ini nostalgia saya tentang harga makanan. Lalu saya berfikir panjang. Saya cuba membayangkan jiran saya – di Kampong Kerinchi atau Pantai Dalam atau yang duduk di flat Seri Kelantan atau Seri Pahang di Bangsar Utama. Rata-rata banyak yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Dengan tiga anak yang masih bersekolah dan Sang Isteri sedang hamil, bagaimana agaknya jiran saya ini mengatur hidupnya? Bagaimana agaknya mereka berekonomi hidup dalam kota Kuala Lumpur ini yang semuanya wajib di beli? Bulan lalu saya telah menjadi ahli panel di satu forum anak muda di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur. Seorang YB ahli pemikir Parti Pas dan seorang bekas Profesor Undang-Undang telah turut sama menjadi ahli panel. Kami sempat membincangkan tentang duit bantuan RM500 agihan kerajaan yang diterima oleh keluaraga yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Apa yang menarik perhatian saya ialah dua orang ahli panel ini berkata bahawa duit RM500 ini akan habis dalam masa dua minggu. Dua minggu? Saya terperanjat. Mata saya terbuka luas apabila saya mendengar perkataan 'dua minggu'. Untuk saya si YB dan si Profesor ini tidak pernah turun ke pasar atau ke kedai membeli barang dapor. Mereka tidak sedar dan tidak tahu tentang nilai hakiki duit RM500 ini. Saya berani berkata demikian kerana saya cukup arif tentang harga barang dapur. Ini kerana saya – walau pun hidup bersendirian – saya memasak dan makan tengah hari dirumah. Tidak seperti Sang YB atau Sang Profesor yang memiliki pembantu untuk ke pasar. Saya bershopping di pasar termurah dalam kota kita ini – di Chow Kit. Justeru saya kenal rapat hampir kesemua harga barang dapur. Saya tahu harga beras hancur RM2.75 sekilo, beras Siam RM5 sekilo, bawang besar RM3.70 sekilo, ubi kentang China RM 2.70,ubi kentang Belanda RM3.50. Manakala tomato, terung, lada besar – semuanya berubah-ubah mengikut musim. Musim hujan harga lada besar boleh meledak ke RM16 sekilo. Tomato boleh mencecah RM6. Ikan kembong dari RM6 hingga RM12 sekilo. Ikan tenggiri boleh mencecah RM27 sekilo – lebih mahal dari daging segar. Udang kolam antara RM18 ke RM20 sekilo. Sotong dari RM16 ke RM24 sekilo. Ikan patin kolam RM5 sekilo. Ikan talapia hitam RM3 sekilo. Satu papan telur ayam kelas A harganya RM11.50. Semua ini hanyalah barangan asas untuk hidup yang tidak lumayan. Tidak ada barangan 'lux' seperti buah zaiton, keju, mentega atau krim. Tidak ada salmon, trout dan tuna dalam senarai shopping saya. Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah RM500 untuk satu keluarga akan habis untuk sekali shopping sahaja. Apa yang ingin saya paparkan disini ialah kenaikan harga barangan dapur telah menjadikan nilai gaji yang diterima oleh buruh dan pekerja terus merosot. Ertinya kalau dahulu dengan RM200 mungkin boleh berbelanja ke pasar untuk dua minggu. Hari ini dengan RM200 mungkin tidak sampai lima hari. Ura-ura kerajaan untuk memperkenalkan Cukai Khidmat – Good & Services Tax – pasti akan memberatkan lagi kehidupan majoriti rakyat negara ini. Hujah kerajaan ialah; siapa menggunakan barangan tersebut maka si pengguna wajib dicukai. Sekali dengar bunyinya cukup adil. Tetapi dibelakang hujah ini ada racun manis. Apabila cukai ini diperkenalkan, kerajaan juga telah berjanji untuk mengurangkan cukai peribadi (personal taxes) dan cukai korporat (corporate taxes) Apa maknanya pengurangan cukai peribadi dan cukai korporat? Ini bermakna orang kaya akan kurang membayar cukai. Ianya juga bermakna syarikat-syarikat akan dikurangkan dari membaya cukai, walaupun keuntungan mereka berlipat ganda. Mengikut hujah yang menyokong dasar ini – jika badan korporat ini dikurangkan cukai, maka mereka berkeupayaan melabur kembali untuk merangsang ekonomi. Sebenarnya Cukai Khidmat ini akan dibebankan kepada orang yang berpendapatan rendah. Warga yang tidak mampu membayar cukai akan diwajibkan membayar. Dasar inilah yang telah dan sedang dijalankan di Greece, Portugal dan Itali. Hasil dari dasar ini telah kita lihat Pak Cik dari Greek dan Mak Cik dari Itali itu tidak memiliki kesanggupan untuk terus hidup. Kos kehidupan semakin melonjak. Di Kuala Lumpur – nasi campur yang dulunya – nasi ekonomi – kelihatan bertambah mahal. Ini bukan bermakna saya akan membunuh diri minggu hadapan kerana harga nasi campur telah naik menjadi RM7 sepinggan. Apa yang ingin saya nyatakan ialah, politikus dan para YB yang membuat dasar sebenarnya mereka tidak tahu harga sekilo beras atau harga sesisir pisang. Mereka hanya bijak membuat dasar. Saya masih menunggu untuk melihat bilakah agaknya para YB dan para Menteri yang membuat dasar ekonomi negara akan bershopping tengah malam di Chow Kit untuk membeli seikat kangkung. Hishamuddin Rais kl-today KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | |||
MATEMATIK UMNO ( 2012 - 1988 = 66 ) Posted: 11 May 2012 07:58 PM PDT Percayakah anda nasib baik kerusi warna merah boleh la coverline sikit-sikit tapi tang kerusi kuning tu yang buat Najib mengigau semalam...kahkahkah!!!! Dah kerah segala pun tak penuh stadium jugak?? Tingkat atas sekali tu kerusi warna biru dan kuning tu ahli umngok jugak ke? Betoi2 penuh stadium..tapi kerusi la kahkahkah!!! 100,000 apa belakang stage tu kosong je... DEY MACHA!!! NAJIB TIPU DIRI SENDIRI DENGAN BANGGA KATA PENUH STADIUM TAPI KERUSI BANYAK KOSONG KAH! KAH! KAH! NASIB BAIK KERUSI WARNA MERAH SAMA KALER DENGAN BAJU DIA JADI TAK LA PERASAN SANGAT KAH! KAH! KAH! ITULAH PERHIMPUNAN MATEMATIK UMNO 2012-1988 = 66 (sila guna kalkulator pengerusi spr) KAH! KAH! KAH! HANGPA TAU PASAI PA DEPA PAKAI MERAH? HAAA.. NAK COVER MUKA MERAH PADAM PASAI STADIUM PUN TAK PENUH CELAH MANA MAI 100,000 ORANG? KALAU LAGU NI PUNYA GAYA KAH! KAH! KAH! TAPI YANG BETOINYA DEPA PAKAI BAJU MERAH PASAI LEMBU KAN SUKA WARNA MERAH KAH! KAH! KAH! Percayakah anda kehadiran kat Bukit Jalil bagi sambutan matematik umno 2012-1988=66 hanya setaraf dengan kehadiran malam sebelum Bersih3.0 je... INILAH HAKIKATNYA... UMNGOK BAWA PESERTA PAKAI 2800 BIJI BAS PUN TAK DAPAT MENYAMAI KEBANGKITAN RAKYAT YANG MENYOKONG BERSIH 3.0 KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | |||
UMNO baru 24 tahun, bukan 66 tahun! Jangan perasan laa... Posted: 11 May 2012 04:00 PM PDT بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ Tahun ini, menurut para pendukung sang keris kontot, depa akan merayakan ulang tahun parti tersebut yang ke 66. Ini berdasarkan kepercayaan depa yang UMNO wujud sejak tahun 1946 iaitu ketika berlaku penentangan terhadap Malayan Union yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar. Benar ke UMNO ini berusia 66 tahun? Mungkin generasi zaman sekarang, terutamanya yang lahir tahun 1987 ke atas tidak mengetahui atau kurang menyedari hakikat bahawa pada tanggal 4 Februari 1988, UMNO telah diharamkan oleh Mahkamah Persekutuan rentetan daripada kemelut pemilihan UMNO pada ketika itu. 9 hari kemudian, Dr Mahathir telah menubuhkan satu PARTI BARU iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (BARU) atau akronimnya UMNO(Baru). Menurut undang2 pendaftaran pertubuhan, UMNO dan UMNO(Baru) adalah dua entiti yang berbeza dan tidak bersekali. Bermakna, UMNO yang telah diharamkan pada tahun 1988 itu TELAH MATI dan yang wujud kini hanyalah UMNO(Baru) yang sebenarnya TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMNO yang telah mati itu. Aku bawa analogi mudah - di England, pasukan bolasepak Wimbledon telah lupus pada tahun 2005 akibat masalah kewangan hingga menyebabkan pasukan itu terpaksa dibubarkan. 5 tahun kemudian, sekumpulan peminat dan bekas pemain Wimbledon yang asal mewujudkan AFC Wimbledon yang menggunakan lambang yang hampir sama dan jersi pasukan yang serupa, tetapi peraturan Liga England menyatakan AFC Wimbledon harus memulakan langkah mereka dalam kancah bolasepak Inggeris dari kejohanan Blue Square, iaitu kejohanan pra liga sebelum diserap masuk ke Liga 2 Inggeris (tahap divisyen 4) dan bukannya sekadar "menyambung" kembali hayat depa di Liga 1 Inggeris (divisyen 3) seperti yang diduduki oleh Wimbledon yang asal sebelum dibubarkan. Nampak tak? Baik, jom kita kembali ke masa lampau utk mengimbas kembali peristiwa UMNO asal diharamkan. Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan. Fakta2 yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO. (keratan2 akhbar berkenaan isu kewujudan UMNO Baru pada tahun 1988. Ku Li mengambil keputusan untuk menubuhkan Semangat 46 sebagai menyambung kesinambungan perjuangan UMNO yang telah diharamkan itu) Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan depa. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula. Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan. Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti. Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988. Dr Mahathir dipercayai merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif. Mahathir selaku ketua badan eksekutif telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu. Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988. Apabila UMNO diharamkan oleh hakim Datuk Harun Hashim beberapa implikasi yang besar telah berlaku di Malaysia. UMNO 11 tidak berhasrat mengharamkan UMNO. Mungkin Dr Mahathir sendiri tidak menyangka parti UMNO akan diharamkan kerana beliau berdiam diri buat beberapa hari. Dr Mahathir tidak senang semua masalah dalaman parti dibawa ke mahkammah. Masalah parti biarlah diselesaikan dan diputuskan oleh parti, bukan oleh orang luar iaitu para hakim. Sejak kes ini, tidak ada lagi masalah parti dibawa ke mahkamah dan perkara ini turut disokong oleh pelbagai pertubuhan dan parti pembangkang. Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Dr Mahathir telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu, Tun Ling Liong Sik. Dengan itu juga Dr Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Ling Liong Sik. (keratan akhbar menunjukkan flip flop dalam penggunaan nama (Baru) bagi UMNO yang baru ditubuhkan itu yang sepatutnya dikekalkan kerana menurut undang2, UMNO (Baru) dan UMNO adalah 2 entiti berbeza) Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini diputuskan oleh mahkamah. Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada UMNO Baru. Antaranya ialah pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO, Menara Dato Onn, syarikat perniagaan milik UMNO dan lain-lain. Walaupun bagaimanapun harta keseluruhan UMNO tidak dapat dikenalpasti. Soalnya, apa haknya UMNO (Baru) mengambilalih semua aset UMNO yang diharamkan itu? Sebenarnya, perbuatan ini menyalahi undang2! Even Tunku Abdul Rahman sendiri pernah melakukan usaha menghalang aset2 UMNO yang diharamkan itu dipindahkan ke UMNO (Baru) tetapi gagal. (keratan akhbar menyaksikan percubaan 2 bekas presiden UMNO berusaha menghalang aset2 UMNO lama dipindahkan oleh Dr Mahathir ke UMNO (Baru), satu tindakan yang sebenarnya menyalahi undang2) Pada ketika UMNO diharamkan, ramai pihak berasa begitu tertekan dan apabila UMNO (Baru) ditubuhkan, ramailah yang menarik nafas lega sedangkan hakikatnya UMNO (Baru) ini TIDAK MEMBAWA INTIPATI PERJUANGAN UMNO YANG ASAL. Hanya nama dan jasadnya sama (atau disamakan) tetapi ruhnya berlainan sama sekali. Dek kerana itulah, 2 bekas Perdana Menteri Malaysia yang keahlian UMNO mereka automatik terbatal dek pengharaman UMNO TIDAK MENYERTAI UMNO BARU sehingga akhir hayat depa. Walaupun usaha memujuk giat dijalankan oleh Dr Mahathir, namun takdir Allah menentukan depa mati di luar UMNO (Baru). Berdasarkan kronologi dan fakta ini, jelaslah bahawa pemimpin UMNO kini hanya menipu atau berdelusi mengenai hakikat umur UMNO. Penyokong2 depa lak semestinya membenarkan diri depa diperbodohkan oleh pemimpin2 depa yang pantas menyembunyikan hakikat sebenar. Hakikatnya UMNO kini hanyalah berusia 24 tahun dan mempunyai ruh perjuangan yang jauh menyimpang dari perjuangan UMNO 1946. Kiranya, UMNO yang ada sekarang ini HANYALAH ZOMBI KAMPUNG PISANG sahaja. So, janganlah perasan ye. al-hajari KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan