Ahad, 6 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selangor mahu SPRM siasat rasuah Scorpene RM3 bilion

Posted: 06 May 2012 05:27 AM PDT

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memulakan siasatan terhadap dakwaan bahawa perdana menteri meminta RM3 bilion, untuk Perimekar daripada anak syarikat pembuat kapal Perancis, DCN.

"Perkara ini tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa Malaysia terutama SPRM memandangkan orang yang tertuduh sekarang memegang jawatan tertinggi dalam Kerajaan Malaysia serta Pengerusi Barisan Nasional Selangor.



"Saya mewakili rakyat Selangor, menyeru kepada SPRM untuk memulakan penyiasatan dalam isu ini kerana ianya melibatkan rasuah berbillion ringgit dan salah guna kuasa untuk pembelian dua kapal selam Scorpene.

Katanya, sekiranya SPRM mempunyai masalah teknikal dari segi undang-undang dalam memulakan penyiasatan, kerajaan Selangor bersedia membantu suruhanjaya berkenaan mendapat nasihat dari pakar undang-undang antarabangsa.

Ia katanya, termasuk menggunakan dana anti-rasuah dari Geran Selangorku yang boleh digunakan untuk menjayakan usaha tersebut.

"Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mementingkan ketelusan dan pertanggujawaban, Selangor komited dalam memerangi rasuah disemua peringkat dan tidak boleh hanya memeluk tubuh dalam isu yang sebegini serius," katanya.

Malaysiakini melaporkan, pendakwa perancis yang menyiasat urusniaga Scorpene mendakwa menemui bukti bahawa Datuk Seri Najib Razak yang merupakan menteri pertahanan ketika itu meminta AS$1 bilion untuk Perimekar daripada DCNI-anak syarikat pembuat kapal Perancis, DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan Suaram, satu faks menunjukkan Najib meminta jumlah tersebut sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Keganasan polis: AMK desak Najib mohon maaf

Posted: 06 May 2012 05:25 AM PDT

KEADIALN DAILY

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak perdana menteri memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia atas keganasan yang dilakukan polis pada himpunan Bersih, 28 April lalu.

Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn perlu bertanggungjawab atas keganasan polis terhadap peserta himpunan itu.



"Tindakan polis seolah-olah samseng yang berlesen. Ramai wartawan media juga dipukul dan ditembak semasa menjalankan tugas mereka.

"Terdapat kamera dan memori kad yang merekodkan keganasan polis yang dimiliki oleh wartawan juga dirampas oleh polis. Tindakan polis tersebut dilihat cubaan untuk memusnahkan bukti keganasan polis serta menghalang kebenaran ditegakkan," kata beliau dalam satu kenyataan.

AMK turut menyeru supaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mengamalkan  sindrom penafian terhadap tuntutan Bersih, serta berhenti menuduh Gabungan itu sebagai alat kepada parti pembangkang.

"Pimpinan tinggi SPR perlu akur kepada kuasa rakyat dan meletakkan jawatan segera bagi membolehkan reformasi sistem pilihanraya dapat dilaksanakan dengan segera," tegas beliau.

Fitnah Lucah: AMK Selangor bakar Utusan Malaysia

Posted: 06 May 2012 05:23 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid


SHAH ALAM : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor semalam bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia di depan pejabat KEADILAN negeri sebagai protes terhadap media kawalan Umno itu melaporkan berita fitnah dan lucah.



Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, akhbar berkenaan tidak sesuai dibaca di kalangan rakyat, terutama pelajar sekolah apabila menyiarkan berita seumpama itu.

"Sebagai contoh, Utusan kini banyak diedar di sekolah-sekolah dan rumah ke rumah secara percuma ekoran boikot berterusan rakyat terhadap media Umno itu.

 "Malah kita mendapat aduan dari ibu bapa di mana anak mereka bertanyakan mengenai perkara lucah yang disiarkan Utusan Malaysia," katanya dihubungi Keadilan Daily.

 Pada 2 Mei lalu, akhbar itu di muka depannya menyiarkan berita dan gambar adegan seks seorang lelaki yang meniru gaya Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali

Azmizam berkata, akhbar Utusan yang dibakar itu juga diperoleh dari seorang anggota Cabang KEADILAN yang menerimanya secara percuma.

"Ini menunjukkan betapa terdesaknya Umno untuk menyiarkan propaganda mereka sehingga terpaksa mengedar akhbar mereka secara percuma walaupun tahu rakyat menolak laporan berita mereka.

"Utusan patut kembali kepada perjuangan asal dengan melaporkan berita mengenai isu rakyat seperti harga barang kerana selepas Datuk Seri Najib Razak umum Gaji Minimum, harga barang di beberapa kawasan di Lembah Klang melonjak," tegasnya.

Sah sungguh ke k’jaan BN ini?

Posted: 06 May 2012 05:01 AM PDT

 
Mursyidul Am PAS mempersoal sejauh mana kebenaran disebalik kenyataan Najib bahawa kerajaan yang dipilih adalah sah mengikut sistem yang telus dan adil.




SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 untuk menggulingkan kerajaan adalah tidak tepat.

Malah Mursyidul Am PAS itu mempersoalkan pula sejauh mana kebenaran disebalik kenyataan Najib bahawa kerajaan yang dipilih adalah sah mengikut sistem yang telus dan adil.

"Bila timbul masalah Bersih di sebut ketua kerajaan yang pergi Kelantan kelmarin, Bersih ini nak guling kerajaan yang sah. Sah sungguh ke kerajaan ini?" soalnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis malam pemimpin Pakatan Rakyat di I-City malam tadi.

Kelmarin Najib dilaporkan berkata, bahawa perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Najib berkata tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan. Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir." ujar Najib.

Kepincangan perlu diperbetulkan 


Walau bagaimanapun, Nik Aziz berkata masih terdapat kepincangan yang perlu diperbetulkan kerajaan berhubung prosedur pilihan raya yang ada di negara ini.

Ini membabitkan pengundi hantu yang masih belum dapat dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Datuk Presiden PAS sebut berkali-kali mengenai undi luar yang di bawa masuk ke Terengganu tapi Umno tak boleh cabar. Bila undi luar masuk dalam pilihan raya umum ke-12 di Terengganu, (jadi) pilihan raya itu tak sah.

"Kamu (kerajaan) kata sah tapi akhirat kelak kebanyakkan wakil rakyat Umno yang menang di Terengganu akan masuk neraka kerana menang menggunakan undi hantu," ujarnya.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan adalah untuk mengutip dana bagi negeri itu sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PKR sedia bantu individu buruan polis semasa Bersih 3.0

Posted: 06 May 2012 04:55 AM PDT

 
 
PETALING JAYA— Ekoran tindakan pihak polis mengedarkan gambar 91 individu yang dikaitkan dengan keganasan sewaktu perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu lalu, PKR hari ini bersedia memberikan bantuan guaman kepada kumpulan individu tersebut.

Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pihaknya telah sebulat suara untuk menyelaraskan kumpulan tersebut yang mana gambar mereka telah disebarkan media secara meluas, dan pihaknya juga menuntut pihak polis menyatakan kesalahan yang dilakukan kesemua individu terbabit.

"Dalam mesyuarat AMK hari ini, kami  bersetuju untuk menyelaraskan mereka yang dikeluarkan muka di media, yang mana gambar mereka telah dipaparkan dan menyediakan khidmat guaman kepada mereka ini.

"Kami angkatan muda PKR juga mendesak pihak polis untuk memaklumkan kepada rakyat kesalahan yang telah dilakukan kumpulan ini dan nyatakan secara terperinci peruntukan perundangan yang telah dilanggar mereka," katanya merujuk kepada tindakan perusuh merobohkan halangan polis di Dataran Merdeka sewaktu perhimpunan tersebut.

Shamsul (gambar) juga menjelaskan, pihaknya yakin kesemua 91 individu tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Jelaskan undang-undang mana yang menyatakan melanggar halangan di dataran itu satu kesalahan."

Polis telah mengedarkan gambar individu yang menjadi buruan kerana dipercayai menjadi dalang keganasan sewaktu perhimpunan Bersih 28 April lalu, namun tiada satu daripada mereka merupakan anggota polis.

Media antarabangsa melaporkan demonstrasi Bersih telah mencalarkan imej negara apabila polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perusuh.

Sehubungan itu, Shamsul menggesa kesemua individu terbabit supaya tampil memberikan kenyataan kepada pihaknya melalui alamat emel amkbersih428@gmail.com, atau boleh berhubung terus dengan AMK PKR di talian: 0126541415.

Perhimpunan Bersih 3.0 telah bertukar ganas apabila kumpulan perusuh mula merobohkan halangan yang dibina pihak berkuasa di sekeliling kawasan dataran bersejarah tersebut.

Pihak polis kemudiannya mula melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh bagi menyuraikan keadaan.
Penganjur perhimpunan itu tetap mempertahankan tindakan mermeka menuntut pilihan raya yang adil dan bersih akibat daripada kegagalan kerajaan melaksanakan pembaharuan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Namun begitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menjelaskan perhimpunan Bersih 3.0 itu adalah satu cubaan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan dan menurutnya, penganjur juga bercadang untuk menduduki kawasan dataran bagi tujuan tersebut seperti mana insiden di Dataran Tahrir di Mesir.

Saifuddin tetap tegaskan timbalan SPR adalah ahli Umno

Posted: 06 May 2012 04:51 AM PDT


KUALA LUMPUR— Datuk Saifuddin Nasution hari ini menafikan beliau telah tersilap apabila menuduh timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjadi ahli Umno Kubang Bunggor, Pasir Mas.

Setiausaha Agung PKR itu menegaskan "kesalahannya" adalah tidak bermakna Wan Ahmad bukan ahli Umno, menjelaskan timbalan pengerusi SPR itu sebelum ini mengakui menyertai Umno.

"Ia mungkin berlaku (kesilapan). Umno ada 3.3 juta ahli, saya mungkin tersilap cawangan Wan Ahmad.

"Tapi Wan Ahmad sendiri mengakui. Beliau sebelum ini mengakui menjadi ahli Umno, cuma beliau tidak ingat bila ... jadi, beritahu kami, cawangan mana?" kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Wan Ahmad sebelum ini menafikan dakwaan itu, dan menyifatkannya sebagai tuduhan untuk merosakkan nama baik dan imej badan berkenaan.

Kenyataan Wan Ahmad itu dilihat bercanggah dengan kenyataan yang dibuatnya kepada Sinar Harian sebelum ini yang mengakui beliau adalah ahli Umno namun terlupa cawangan yang didaftarnya.

Sinar Harian hari ini turut melaporkan seorang ahli Umno, Wan Ahmad Wan Omar berkata Saifuddin telah mengelirukannya dengan timbalan SPR Datuk Wan Ahmad, kerana kedua-duanya memiliki nama yang serupa.

Peniaga itu berkata beliau terkilan dengan Saifuddin dan simpati terhadap Datuk Wan Ahmad yang dijadikan subjek kritikan.

"Tak kira apa pun, kenyataan Datuk Wan Ahmad telah berubah - sebelum ini beliau kata beliau ahli Umno, sekarang bukan ahli Umno.

"Jika beliau bukan ahli cawangan Pasir Mas, beliau perlu menjelaskan cawangan mana," kata Saifuddin.

Bila ditanya sama ada beliau mengesahkan laporan Sinar Harian hari ini berkenaan ahli Umno Wan Ahmad, bukanlah orang yang sama dengan timbalan pengerusi SPR itu, ahli Parlimen Machang ini berkata : "saya belum semak dengan sumber saya".

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa timbalan pengerusi SPR itu ahli Umno cawangan Kubang Bunggor Umno di Pasir Mas, Kelantan yang mana mempunyai 2,374,564 ahli.

Wan Ahmad, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan Saifuddin mungkin merujuk pada ahli Umno dengan nama yang sama.

SPR telah menerima kritikan yang membawa kepada perhimpunan Bersih pada 9 Julai tahun lalu yang mana ribuan rakyat membanjiri kawasan jalanan dan 1,500 ditahan dan cedera.

Putrajaya telah mengambil langkah mewujudkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) bagi menangani perkara berkaitan pembersihan daftar pemilih.

Ketika tempoh enam bulan jawatankuasa itu, Pakatan Rakyat (PR) menuduh SPR tidak komited melakukan perubahan dan mereka menolak syor panel terbabit yang kemudian tercetusnya Bersih 3.0 sabtu lalu.

Pertubuhan dengan gabungan 84 NGO itu menegaskan syor PSC itu tidak memuaskan hati mereka dan tidak memenuhi tuntutan mereka dalam penambah baikan pilihan raya.

BN dijangka mengadakan pilihan raya mengejut, berkemungkinan Julai

Posted: 06 May 2012 04:48 AM PDT




 
Perdana Menteri Najib Razak dijangka mengumumkan pilihanraya Julai akan datang. ― Gambar fail
KUALA LUMPUR,  ― Pilihan raya umum dijangka mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN.

The Malaysian Insider
difahamkan pilihan raya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan "Rakan BN" di London pada 14 Mei.

"Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, perdana menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider.

"Berkemungkinan pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa.

Sumber lain menjelaskan Pengerusi BN itu telah mula mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan terbaru beliau ke Gua Musang Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan dakwaan piihan raya akan dilanjutkan ekoran insiden keganasan Bersih 3.0.

Malah beliau menegaskan hanya rakyat yang akan menentukan tarikh sebenar pilihan raya.

Beberapa laporan media antarabangsa menjangkakan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas insiden Sabtu lalu.

Namun perdana menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini, tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu."

"Ia terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib.

Sumber itu turut menjelaskan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah melawat ke semua negeri sejak beberapa bulan lalu bersama dengan ketua BN Sarawak minggu lepas dan timbalannya di Sabah pada hujung minggu lalu.

"Mereka yakin dan BN negeri turut yakin. Pilihan raya semakin hampir," kata sumber tersebut.

Beliau menjelaskan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dijalankan serentak di 11 negeri dan 80 negara di seluruh dunia hanya menguatkan lagi sokongan pengundi untuk menghadapi pilihan raya.

"BN masih kuat. Bersih hanya memberikan kesan yang minimum kerana ia dirosakkan oleh PKR dan keganasan sewaktu protes tersebut telah mengubah pendirian pengundi atas pagar," tambah sumber.

Rating Najib telah meningkat mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik terbaru telah mewujudkan spekulasi pilihan raya bakal dijalankan pada Jun depan, walaupun penggal BN memerintah masih lagi berbaki hingga Mac tahun depan.

Pakatan kerajaan tersebut menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan menguasai kesemua negeri kecuali empat diperintah Pakatan Rakyat (PR).

Pilihan raya seterusnya bakal menyaksikan lebih 2.2 juta pengundi baru, yang telah mendaftar antara pilihan raya sebelumnya pada 2008 dan penghujung tahun lalu. Hampir 60 peratus pengundi baru berbangsa Melayu, bangsa dominan di negara ini.

Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710),Sabah (86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305), Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan (42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya (1,920).

Bersih, pertubuhan dengan 84 gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk bantah.

Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar ganas setelah perusuh mula meruntuhkan penghadang yang didirikan bagi mengelakkan mereka memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Pentadbiran Najib telah melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 pada Julai lalu apabila membentuk pasukan khas pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya, namun Bersih tetap berkeras daftar pemilih SPR masih lagi tidak bersih sepenuhnya.

Ribuan sertai Himpunan Tanah Rakyat di Johor

Posted: 06 May 2012 04:22 AM PDT

Harakahdaily,



JOHOR BAHRU: Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru semalam berjaya menarik kehadiran ribuan rakyat khususnya dari negeri Johor dan juga dari seluruh negara.

Program yang bermula kira-kira jam 2 petang itu berjalan lancar tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.

Menurut Setiausaha Tanah, Suhaizan Bin Kaiat, himpunan semalam diadakan sebagai menyatakan solidariti dari penduduk negeri Johor yang banyak menghadapi masalah tanah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Johor dibawah pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman selaku Menteri Besar Johor.

"Kita menganjurkan himpunan hari ini untuk membantu rakyat negeri Johor terutamanya yang banyak dizalimi atas isu tanah. Mesej yang ingin disampaikan jelas bahawa kerajaan negeri Johor harus segera menyelesaikan tuntutan yang diminta oleh Tanah untuk dilaksanakan.

"Kehadiran ribuan rakyat hari ini menghantar mesej yang cukup jelas kepada Menteri Besar Johor agar menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk negeri ini. Kita bawakan mangsa-mangsa yang dizalimi untuk mereka memberi mesej kepada kerajaan negeri agar mendengar rintihan mereka," katanya semasa berucap memulakan himpunan tersebut semalam.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dalam ucapannya turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan membantu penduduk negeri ini menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi.

"Saya dan pimpinan Pakatan Rakyat berjanji kepada penduduk negeri Johor bahawa kami akan membantu penduduk negeri ini menyelesaikan masalah tanah yang mereka hadapi.

"Kami akan turun selepas ini ke segenap penjuru negeri Johor untuk mendengar rintihan rakyat seterusnya membantu rakyat menyelesaikan masalah rakyat berkenaan isu tanah ini," tegas beliau.
mencabar pimpinan Umno BN agar bersemuka dengan beliau di negeri Johor secara anak jantan.

Terdahulu, himpunan Tanah semalam turut membuat 10 tuntutan untuk diserahkan kepada Menteri Besar Johor.

Tuntutan itu antara lain mahu kerajaan Johor menuntut semula Pulau Batu Puteh, siasat penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, hentikan pengurniaan tanah KPRJ/kroni, rampas tanah penyeleweng serta selamatkan tanah rizab Melayu.

Selain itu mereka juga mahu kerajaan negeri mewartakan tanah rizab orang asal, memastikan ketelusan pengurniaan tanah, pemilik tanah miliki ekuiti projek mega, selesaikan projek rumah terbengkalai dan hentikan manipulasi dan kurangkan birokrasi.

Akhbar dakwa Arab Saudi buru penganjur BERSIH

Posted: 06 May 2012 04:13 AM PDT


MALAYSIA KINI
Satu laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendakwa kerajaan Arab Saudi sedang memburu pemimpin pembangkang yang didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH pada 28 April di kota suci Mekah dan Madinah.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, akbar itu mendakwa individu berkenaan diburu kerana "dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah."

Laporan itu turut memuatkan dua keping gambar yang menunjukkan kumpulan aktivis BERSIH berkumpul berhampiran Masjidil Haram di Mekah dan juga di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah.

Laporan berkenaan turut dihiasi dengan gambar sama yang disiarkan Malaysiakini dan Harakahdaily pada 26 April lalu.

Gambar berkenaan menunjukkan sekumpulan kira-kira 20 aktivis di Mekah dan anggaran 30 lagi di Madinah yang berpakaian baju kuning dan kain rentang BERSIH 3.0.

Mingguan Malaysia bagaimanapun tidak menyiarkan gambar perhimpunan 28 April seperti yang didakwa berlaku.

Laporan itu seterusnya memetik kenyataan seorang penasihat kerajaan negeri Terengganu, Abu Backer Sidek yang mendakwa menyaksikan tindakan peserta berkenaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 di Mekah pada 28 April.

Beliau mendakwa perhimpunan "memalukan" itu akan menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi selain menyukarkan Malaysia menambah kuota jemaah untuk menunaikan haji dan menyukarkan pelajar Malaysia mendapat tajaan kerajaan negara itu.

Laporan berkenaan adalah rentetan daripada tulisan satu blog, sel13.com, yang mendakwa risikan Arab Saudi mendapat maklumat bahawa "NGO berkiblatkan Yahudi" terlibat dalam menganjurkan BERSIH 3.0 di negara itu.

'Baju hitam' pertahan bangunan di Jalan Sultan

Posted: 06 May 2012 04:10 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
Dianggarkan seramai 1,000 orang yang berpakaian hitam berhimpun di Jalan Sultan hari ini untuk membantah tindakan merobohkan dua bangunan di kawasan itu bagi pembinaan projek MRT.
Dua bangunan tersebut terletak di bahagian barat Jalan Sultan yang termasuk dalam jajaran projek MRT.

save jalan sultan protest 060512 16Kawasan itu menempatkan bangunan yang bakal dirobohkan, seperti yang sedang dijalankan ke atas bangunan Stesen Bas Klang di lokasi sama.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong berkata peserta perhimpunan itu mengepung bangunan berkenaan hari ini untuk mengekalkan struktur berkenaan.

"Kami mahu kerajaan mendengar (seruan) kami dan menghentikan perobohan ini," katanya.

Akhbar siar interbiu penuh drama dengan ibu Azmin

Posted: 06 May 2012 04:09 AM PDT

MALAYSIA KINI

Ibu kepada Azmin Ali berkata beliau sedia menerima semula anaknya itu sekiranya timbalan presiden PKR itu meninggalkan gerakan tersebut, lapor akhbar Mingguan Malaysia.

"Berhentilah daripada kumpulan-kumpulan itu. Kawan-kawan dia banyak yang sudah berhenti dan sedar.

"(Kemudian) barulah dia balik. Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok," kata Che Tom Yahaya dalam wawancara penuh drama yang disiarkan akhbar tersebut hari ini.

Wawancara eksklusif stesen TV3 itu turut dilaporkan akhbar Berita Minggu hari ini.

Che Tom, 78, juga mempersoalkan tindakan Azmin yang tidak mahu melakukan sumpah laknat atas dakwaan melibatkan hubungan menantunya, Shamsidar Taharin dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita manusia, kalau kita tak buat, orang tuduh-tuduh, kenapa kita tak menentang? Kenapa tak mahu sumpah laknat? Kenapa tak mahu saman?," katanya lagi seperti dipetik Mingguan Malaysia.

Che Tom juga berkata beliau sedih kerana ahli parlimen Gombak itu didakwa tidak lagi mengambil berat perihal dirinya.

Wawancara dengan wanita berkenaan disiarkan hari ini, selang beberapa hari selepas Azmin memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berikutan laporan 2 Mei lalu yang menuduhnya terlibat dalam satu aksi panas dalam tandas.

Azmin ketika menafikan perbuatan itu berkata dakwaan ke atasnya itu ditimbulkan beberapa orang bekas sekutu politiknya yang mempertikai kesahihan hubungan darah daging beliau sebagai bapa anak-anaknya.

Beliau juga membuat ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 ke atas isteri dan anak beliau untuk menafikan dakwaan tersebut.

Pelapor PBB sedia siasat BERSIH 3.0

Posted: 06 May 2012 04:07 AM PDT

 

Seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Frank La Rue menawarkan diri untuk menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

La Rue memberitahu Malaysiakini bahawa beliau juga menawarkan untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 memandangkan beliau berada di Malaysia pada Julai tahun lalu.

Katanya beliau berada di Malaysia pada 10 Julai, sehari selepas perhimpunan itu diadakan, dan perhimpunan itu menarik perhatiannya.

Tambahnya, beliau diberitahu bahawa perhimpunan itu mengejutkan memandangkan ia turut dihadiri anggota keluarga dan kanak-kanak.

Katanya lagi, beliau difahakmkan bahawa peserta perhimpunan itu tidak agresif mahupun mengingkari arahan, tetapi polis bertindak ganas.

Peguam dari negara Guatemala yang berpengkalan di Geneva itu ditemui Malaysiakini di Persidangan Kebebasan Akhbar Sedunia di Tunis yang berakhir semalam.

Pak Samad raih gelaran Seniman Rakyat

Posted: 06 May 2012 04:03 AM PDT

 
 
Sekumpulan seniman bebas menyampaikan penghargaan kepada pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said atas pengorbanan yang ditunjukkan Sasterawan Negara itu dalam membela hak rakyat.

Pemimpin utama Kumpulan Kartunis Independen, Zunar (foto) berkata anugerah Seniman Rakyat itu diberikan atas pengorbanan tenaga, minda, bakat dan titik peluh oleh A Samad.

NONE"Hari ini kami, Kumpulan Kartunis Independen mengiktiraf seorang seniman, budayawan yang mengabdikan karya-karyanya demi membela rakyat, demi membuka mata rakyat dan sentiasa berjuang di garis depan membimbing rakyat.

"Beliau tidak mengharapkan darjat dan kebesaran malah sanggup menempuh rintangan biar berdepan dengan kekuasaan dan hujung senapang demi sebuah prinsip dan kehormatan sebagai manusia," katanya.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar ulHaque berkata tidak memadai sekiranya seorang seniman hanya berjaya menghasilkan karya seni demi keuntungan peribadi tetapi mengabaikan penderitaan rakyat di sekeliling.

Seniman seharusnya mengabdikan karya "untuk kepentingan rakyat terbanyak, membela rakyat tertindas dan perakam denyut nadi rakyat," katanya dalam ucapan di satu majlis KKI di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan BERSIH 3.0 untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dipimpin A Samad menarik kehadiran sehingga 100,000 orang pada 28 April lalu.

Dalam ucapannya selepas itu, A Samad turut memberikan semangat kepada kartunis dan seniman supaya terus memperjuangkan kebebasan dan menjaga hubungan dengan tuhan.

"Kalau ada halangan, rempuhlah kerana itulah maruah seorang seniman," katanya yang turut menceritakan pengalaman beliau mengadakan protes 'duduk bantah' di Kuala Lumpur.

Majlis ringkas itu turut diserikan dengan persembahan lagu Mentari Kuning, Menyalalah yang turut disertai Pak Samad dengan isterinya.

Hadi: Saya tak sebut mahu pinda Perlembagaan jika menang PRU

Posted: 06 May 2012 04:00 AM PDT

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
 
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, beliau tidak pernah menyebut akan meminda perlembagaan berkaitan agama Islam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pimpinan Pas itu mengakui tidak pernah menyebut untuk meminda perkara tersebut sebagaimana dilaporkan beberapa media tempatan, yang menimbulkan kontroversi pelbagai pihak.

Penafian itu sekali gus menjawab isu sebenar dan membuktikan laporan beliau mengenai perkara itu sebelum ini telah disalahtafsirkan.

"Saya tak sebut (pinda Perlembagaan), Perlembagaan yang itu juga. Tak betul, tak betul," katanya kepada media ketika ditanya berhubung dakwaan beliau sebagaimana yang disiarkan media tempatan sebelum ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah umum di Kampung Bukit Tok Beng,  di sini, semalam.

Media melaporkan parti itu berhasrat mahu mengubah Perlembagaan Persekutuan dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin iaitu sebagai cara hidup yang meliputi seluruh kehidupan manusia jika berjaya mentadbir negara pada pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan tersebut, Abdul Hadi dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai di negara ini tidak menggunakan Islam sebagai Addin atau cara hidup, malah ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menjelaskan tiada sebab untuk meminda perkara itu kerana ia telah diterima rakyat negara ini termasuk bukan Islam.

Menjelaskan maksud sebenar mengenai perkara itu, beliau berkata, Pas mahu memperkasakan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan kerana ia didakwa tidak mampu dilakukan kerajaan ketika ini.

Hadi: Beri peluang Azmin bela diri

Posted: 06 May 2012 03:58 AM PDT

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN

hadi awang
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
 
 
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta RTM dan TV3 membuat liputan secara langsung bagi memberi peluang kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membela diri dan menjawab tuduhan yang mengaitkan beliau berhubung isu video panas yang tersebar baru-baru ini.

Bercakap kepada media di sini, Abdul Hadi menganggap beliau tiada hak mengulas mengenai pembabitan pelaku yang mirip Azmin itu, tetapi menyifatkan kaedah yang dicadangkan itu adil kepada individu terbabit.

Beliau berkata, siaran secara langsung boleh memberi liputan penuh kepada kenyataan Azmin tanpa sebarang suntingan.

"Saya minta RTM, TV3 bagi peluang kepada Azmin untuk bercakap di TV. Biar dia bercakap, bagi peluang kepada dia barulah adil. Saya tiada hak untuk bercakap tentang itu. Biar dia sendiri melalui siaran secara langsung. Kalau rakaman, nanti dipotong pula," katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah umum di Kampung Bukit Tok Beng, di sini, semalam.

Abdul Hadi turut menggesa pihak yang menyebarkan video terbabit diambil tindakan kerana ia tidak wajar didedahkan sedemikian rupa kepada umum.

Berhubung pendirian Pas, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pihaknya berpegang kepada kaedah Islam yang menuntut empat saksi bagi mengesahkan kesahihan pelaku dalam video terbabit.

"Kita berpegang kepada ajaran Islam. Adat Islam kena ada empat saksi, saksi yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas, akhbar boleh jadi mahkamah," katanya.

Ditanya khabar angin mengenai penglibatan pemimpin Pas yang turut dikaitkan dalam video tidak bermoral yang masih belum didedahkan, beliau menegaskan, jika benar, ia perlu dibawa ke mahkamah.

Jelasnya, sebarang penyebaran imej tidak senonoh tidak boleh disebarkan sewenang-wenangnya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana pihak yang terlibat dengan penyebaran imej lucah adalah berdosa termasuk pihak penerbitan akhbar dan penulis yang menyampaikan maklumat berkaitan, walaupun ia benar kerana kesalahan yang dilakukan pelaku itu disifatkan sebagai hak tuhan.

"Mana boleh sebar, bawalah pergi mahkamah kalau mahu buat tuduhan, tak baik dan berdosa, akhbar pun berdosa, yang tulis itu pun berdosa. Kalau tuduhan itu betul sekali pun tapi tiada saksi, tiada bukti tetap berdosa apatah lagi benda salah. Islam tak benar begitu.

"Walaupun kita tengok orang buat benda salah, kita seorang ada, itu tetap salah sebab itu adalah hak tuhan, ini pergi rampas hak tuhan mana boleh macam tu," katanya.

Azmin: ‘Serangan’ petanda PRU makin dekat

Posted: 06 May 2012 03:56 AM PDT

MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan wawancara ibunya, Che Tom Yahaya kepada beberapa media semalam petanda Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat.

Dalam rakaman video yang disiarkan portal Agenda Daily pagi ini, Azmin berulang kali menyebut "pilihanraya semakin dekat"antara sebab mengapa beliau terus diserang.

"Pilihanraya dah dekat," katanya ringkas selepas Program Ramah Mesra bersama Penduduk di AU3, Keramat apabila diajukan soalan berkaitan dengan kenyataan ibunya.

Semalam, ibunya berkata, beliau masih mengharapkan Azmin pulang ke pangkuan keluarga untuk memaut kembali hubungan yang sudah terjurang antara beliau dengan adiknya, Ummi Hafilda.

Che Tom, 78, berkata, beliau dan suaminya, Ali Omar sudah memberikan didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam dan budi bahasa, jadi dia masih sayangkan Azmin dan mengharapkan anaknya itu berubah dengan bertaubat dan meninggalkan PKR.

Menurut Che Tom, kali terakhir Azmin pulang ke rumahnya di Kampung Klang Gate Baru, Setapak di sini pada 1 Syawal tahun lalu.

Apabila sekali lagi ditanya reaksinya berhubung laporan itu, beliau mengulang "pilihanraya dah dekat."

"Itu saja Umno boleh menang dengan fitnah dan tohmahan, ok, ok," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Sambil menyifatkan ia adalah serangan peribadi kepadanya, beliau berkata, hampir sebulan beliau diserang  sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini, Azmin juga dikaitkan dengan klip seks yang didakwa miripnya.

Beliau memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman sebuah akhbar.

Majlis Fatwa: Haram sertai perhimpunan langgar undang-undang

Posted: 06 May 2012 03:54 AM PDT

SINAR HARIAN
Profesor Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin
 
Abdul Shukor Husin
 
 
SEPANG - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.

Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

"Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya. – Bernama

Bersih 3.0: Dakwaan Najib tidak logik, kata Ambiga

Posted: 06 May 2012 03:47 AM PDT

RUZY ADILA IDRIS

ambiga
 
 
SHAH ALAM  –  Datuk S. Ambiga menyindir Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan menggulingkan kerajaan sedangkan anggota Kabinetnya sendiri sebelum ini mengatakan perhimpunan itu tidak mengancam keselamatan negara.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu berkata, sebaliknya tindakan Najib sebagai pemimpin nombor satu  amat mengecewakan dengan mengatakan tindakan peserta perhimpunan cuba menjadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir.

"Adakah perkara ini tidak penting?" kata beliau kepada Sinar Harian Online.

"Kenyataan beliau juga amat mengejutkan kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sendiri mengakui pihaknya (perhimpunan Bersih 3.0) bukanlah satu ancaman keselamatan," katanya lagi.

Ambiga berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib  yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 yang mendapatkan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan kepimpinan pembangkang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

Ujar Ambiga, pihaknya sentiasa berpegang kepada satu perkara iaitu menuntut pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang dituntut oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Satu-satunya cara kita mahu menolak seorang wakil rakyat adalah melalui peti undi. Bagaimana ini boleh berlaku jika ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri adalah seorang ahli Umno?" ujar Ambiga lagi.

Mengulas isu sama, Ambiga berkata, pihaknya menggesa supaya jawapan mengenai keganasan polis dikemukakan tetapi sehingga kini pihaknya masih tidak mendapat apa-apa respons.

Sehubungan itu, Ambiga mendakwa, bukan Bersih yang menyebabkan keganasan tetapi tindakan beberapa anggota polis melepaskan tembakan gas pemedih mata yang pertama adalah penyebab kepada insiden buruk itu.

Pintu belum tertutup untuk Azmin pulang

Posted: 06 May 2012 03:43 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Pintu belum tertutup untuk Azmin pulang
 
Che Tom Yahaya bersama anaknya Umi Hafilda. – Foto ihsan mynewshub.my
 
 
KUALA LUMPUR - Pintu rumah Che Tom Yahaya di Kampung Klang Gate Baru, Setapak, di sini belum tertutup buat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Che Tom, 78, berkata, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.

"Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa.

"Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya dalam rakaman temu bual disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi.

Dalam nada sebak tetapi tegas menerusi slot kira-kira tiga minit itu, Che Tom berkata, ada dua perkara yang perlu dilakukan Azmin untuk kembali semula ke pangkuannya.

"Yang pertama, dia perlu bertaubat kepada ALLAH. Kedua, tinggalkan kumpulan itu (PKR). Ramai kawan-kawan dia yang sudah tinggalkan (PKR)," katanya.

Menurutnya, dengan didikan yang sempurna, dia sama sekali tidak menyangka Azmin boleh berubah sikap setelah dewasa dan mempunyai kedudukan.

Che Tom mengakui, hatinya luluh mengenangkan tindak-tanduk Azmin yang seperti sudah berpatah arang dengan keluarga.

Difahamkan, kali terakhir Azmin pulang ke rumah itu pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Namun pada hari yang sama juga, dikatakan telah berlaku pertelingkahan serius Ahli Parlimen Gombak itu dengan Umi Hafilda.

Sejak itu, Azmin dikatakan tidak pernah lagi menjenguk ibunya.

Bagi Che Tom, jika semasa hidup ini pun anaknya itu tidak menziarah, tiada apa lagi yang boleh diharapkan setelah dia (Che Tom) tidak ada lagi di dunia ini.

"Saya tak boleh harap dia pulang menziarah lagi selepas ini, jika sekarang pun dia tak mahu balik menjenguk ibunya," kata wanita itu dengan nada sayu.

Ada roket boleh pergi ke bulan

Posted: 05 May 2012 05:09 PM PDT



Oleh SELENA TAY 

SEKARANG kerjasama antara PAS dan DAP telah sampai ke tahap yang kukuh dan mantap. Memang perkara inilah yang amat digeruni oleh Umno yang sentiasa mengungkitkan sentimen asabiyah demi usaha mereka untuk meraih sokongan Melayu.

Orang Cina sekarang boleh terima PAS dan orang Cina amat menghormati PAS sebagai sebuah parti Islam yang adil dan berwibawa.

Malangnya ramai lagi orang Melayu masih merasa benci dan menaruh prasangka yang buruk terhadap DAP.

Ini menunjukkan bahawa ramai orang Melayu telah berjaya diperdayakan oleh Umno. Di manakah semangat kerjasama 1-Malaysia yang hangat diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak itu?

Ini amat berbeza sekali dengan orang PAS, contohnya Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin yang telah banyak membantu masyarakat Cina Jalan Sultan untuk mempertahankan hartanah warisan mereka dan ini amat-amat dihargai oleh orang Cina.

Pada masa kini juga, orang Cina yang hendak mengetahui mengenai agama Islam akan meminta orang PAS untuk memberi penerangan dan ini bererti PAS telah berjaya berdakwah terhadap orang bukan-Islam.

Dulu orang Cina menganggap PAS sebagai sebuah parti yang ekstremis dan fanatik disebabkan oleh propaganda media arus perdana tetapi pemikiran seperti ini tidak wujud lagi di kalangan masyarakat Cina sebab ini ialah zaman internet dan sudah tiba masanya Malaysia bergerak ke arah demokrasi yang lebih maju dan sempurna.

Sudah tiba masanya orang Melayu bekerjasama dengan orang Cina tanpa apa-apa buruk prasangka untuk membangunkan negara ini sebab negara Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dengan bermacam-macam jenis hasil sumber kekayaan yang boleh dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Dengan kerjasama yang erat diantara semua kaum barulah negara akan mencapai kejayaan dan wujudnya suasana harmoni dan kedamaian.

Kecam polis: Khalid Ismath tertekan kerana ibu dizalimi, KAMI

Posted: 05 May 2012 05:04 PM PDT



Oleh Khairul Naim Rafidi 


Rentetan daripada tindakan Khalid Ismath yang menulis status di laman sosial facebook beberapa hari yang lepas, empat orang anggota Polis dari Unit Cawangan Khas IPK Klang telah hadir ke rumah Khalid pagi tadi.

Status yang dianggap mengecam Polis itu kami kira sebagai satu bentuk ekspresi yang dilakukan bila mana dirinya berada dalam keadaan tertekan dan hiba melihat ibu kesayangan Faridah Abdul yang dizalimi ketika Himpunan BERSIH 3.0.

Ibunya (gambar kiri) terpaksa bermalam lima hari di hospital kerana cedera parah.  Sudah tentu sebagai manusia Khalid juga punyai rasa amarah apabila berdepan dengan perkara seperti ini.  Lebih-lebih lagi ibunya merupakan warga emas yang hadir ke perhimpunan tersebut hanya untuk melihat kebangkitan anak muda.

Malangnya, ia berakhir dengan satu tragedi malang apabila pihak polis mula membuat tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Lantaran itu, Khalid mula bertindak menulis di laman sosial facebook bagi mengekspresikan rasa amarah kepada pihak yang bertanggungjawab.

 Bagi kami, ia bukanlah satu kesalahan yang besar memandangkan banyak lagi unsur menghasut dalam laman sosial yang masyarakat secara umum ketahui.  Kenapa pula tiada dikenakan apa-apa tindakan?

Atas permintaan Unit Cawangan Khas yang hadir pagi tadi, Khalid (gambar kanan) yang merupakan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) akan menghadirkan diri ke IPK Kuala Lumpur esok jam 10 pagi.  Kami berharap siasatan dapat dijalankan dengan baik dan berhemah. InsyaAllah.

*Kenyataan media oleh Khairul Naim Rafidi selaku Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Panas: 'Mahasiswa' Yang Ugut Polis Kini Di Tahan, Tapi Pemuda UMNO Yang Ugut Nik Aziz Di Biarkan

Posted: 05 May 2012 04:57 PM PDT

PAHANG DAILY

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd. Ismath (foto) yang didakwa mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju jika kesemua polis dibunuh gara-gara keganasan mereka di Himpunan Bersih 3.0, telah ditahan reman oleh pihak polis sebaik saja tiba untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

 Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10.00 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut. 

Difahamkan, sejak emalam rumahnya telah dikepung oleh pihak polis. Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) kini berkemungkinan besar akan didakwa atas tuduhan tersebut. 

Sama ada beliau turut akan dibelasah atau tidak, ia meungkin bergantung kepada pihak polis. Namun, ramai pihak percaya anak muda itu pasti akan dibelasah teruk gara-gara kenyataan beliau itu. 

Persoalannya yang timbul sekarang ialah jika benar pihak polis melaksanakan tugas dengan betul dan adil kepada semua rakyat maka kenapa mereka tidak turut mengambil tindakan yang sama terhadap seorang anggota Pemuda UMNO, Mohd Safuan Hilmi (foto bawah) yang juga telah mengeluarkan kenyataan "Aku Sanggup Di Hukum Gantung Jika Aku Dapat Bunuh Nik Aziz"?. 

 Apakah kerana dia UMNO maka pihak polis tidak melakukan apa-apa tindakan terhadapnya?. Kenapa kenyataan Khalid yang hanya diandaiakan dengan perkataaan "Jika" itu dijadikan asas untuk mereka menangkap beliau?. Apakah ini cara pihak polis melaksanakan kerja dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. 

Jika mereka namanya UMNO BN maka begitu sukar untuk pihak polis jalankan siasatan. Namun, jika namanya menyokong pembangkang maka sepantas kilat mereka laksanakan tugas. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin hari semakin "menyampah" dan tidak yakin lagi dengan pihak polis sebenarnya.

 Apapun, kita mengharapkan agar Khalid Mohd Ismath berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan terhadap diri beliau ketika ditahan polis hendaknya. 

Barisan peguam yang hebat-hebat perlu untuk membela anak muda tersebut. Apapun, sokongan semua amatlah diharapkan untuk menguatkan lagi semangat anak muda berkenaan untuk terus berjuang untuk tegakkan kebenaran dan keadilan di bumi tercinta ini.


[Undang-undang polis kini begitu berbeza di negara kita sebenarnya. Rakyat yang tidak menyokong kerajaan akan dilayan umpama penjenayah dalam kes-kes berkaitan, sebaliknya mereka yang menyokong kerajaan UMNO BN pula akan ditatang bagai minyak yang penuh. 

Buatlah apa jua kesalahan jenayah yang melibatkan politik, namun mereka bebas tanpa ada sebarang tindakan. Tetapi bagi rakyat yang tidak menyokong mereka, buatlah apa saja pun hatta SMS, facebook, MMS, twitter dan sebagainya maka pihak polis begitu cekap dan profesional akan mengambil tindakan keras.

 Soalnya, polis ini berkerja untuk rakyat atas profesionalisme mereka atau atas arahan orang politik agaknya. Kenapa ini harus berlaku di Malaysia yang kononnya sebuah negara demokrasi berparlimen ini?.

 Terbukti, rakyat kini umpama musuh kepada pihak polis yang perlu diperangi habis-habisan. Maka, itulah juga kita tidak hairan polis boleh melakukan tindakan diluar batasan kemanusia semasa membelasah para peserta dalam perhimpunan Bersih 3.0 dekat Kuala Lumpur baru-baru ini].

Panas: 'Mahasiswa' Yang Ugut Polis Kini Di Tahan, Tapi Pemuda UMNO Yang Ugut Nik Aziz Di Biarkan

Posted: 05 May 2012 04:54 PM PDT



PAHANG DAILY
 

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd. Ismath (foto) yang didakwa mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju jika kesemua polis dibunuh gara-gara keganasan mereka di Himpunan Bersih 3.0, telah ditahan reman oleh pihak polis sebaik saja tiba untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

 Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10.00 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut. 

Difahamkan, sejak emalam rumahnya telah dikepung oleh pihak polis. Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) kini berkemungkinan besar akan didakwa atas tuduhan tersebut. 

Sama ada beliau turut akan dibelasah atau tidak, ia meungkin bergantung kepada pihak polis. Namun, ramai pihak percaya anak muda itu pasti akan dibelasah teruk gara-gara kenyataan beliau itu. 

Persoalannya yang timbul sekarang ialah jika benar pihak polis melaksanakan tugas dengan betul dan adil kepada semua rakyat maka kenapa mereka tidak turut mengambil tindakan yang sama terhadap seorang anggota Pemuda UMNO, Mohd Safuan Hilmi (foto bawah) yang juga telah mengeluarkan kenyataan "Aku Sanggup Di Hukum Gantung Jika Aku Dapat Bunuh Nik Aziz"?. 

 Apakah kerana dia UMNO maka pihak polis tidak melakukan apa-apa tindakan terhadapnya?. Kenapa kenyataan Khalid yang hanya diandaiakan dengan perkataaan "Jika" itu dijadikan asas untuk mereka menangkap beliau?. Apakah ini cara pihak polis melaksanakan kerja dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. 

Jika mereka namanya UMNO BN maka begitu sukar untuk pihak polis jalankan siasatan. Namun, jika namanya menyokong pembangkang maka sepantas kilat mereka laksanakan tugas. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin hari semakin "menyampah" dan tidak yakin lagi dengan pihak polis sebenarnya.

 Apapun, kita mengharapkan agar Khalid Mohd Ismath berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan terhadap diri beliau ketika ditahan polis hendaknya. 

Barisan peguam yang hebat-hebat perlu untuk membela anak muda tersebut. Apapun, sokongan semua amatlah diharapkan untuk menguatkan lagi semangat anak muda berkenaan untuk terus berjuang untuk tegakkan kebenaran dan keadilan di bumi tercinta ini.


[Undang-undang polis kini begitu berbeza di negara kita sebenarnya. Rakyat yang tidak menyokong kerajaan akan dilayan umpama penjenayah dalam kes-kes berkaitan, sebaliknya mereka yang menyokong kerajaan UMNO BN pula akan ditatang bagai minyak yang penuh. 

Buatlah apa jua kesalahan jenayah yang melibatkan politik, namun mereka bebas tanpa ada sebarang tindakan. Tetapi bagi rakyat yang tidak menyokong mereka, buatlah apa saja pun hatta SMS, facebook, MMS, twitter dan sebagainya maka pihak polis begitu cekap dan profesional akan mengambil tindakan keras.

 Soalnya, polis ini berkerja untuk rakyat atas profesionalisme mereka atau atas arahan orang politik agaknya. Kenapa ini harus berlaku di Malaysia yang kononnya sebuah negara demokrasi berparlimen ini?.

 Terbukti, rakyat kini umpama musuh kepada pihak polis yang perlu diperangi habis-habisan. Maka, itulah juga kita tidak hairan polis boleh melakukan tindakan diluar batasan kemanusia semasa membelasah para peserta dalam perhimpunan Bersih 3.0 dekat Kuala Lumpur baru-baru ini].

Buku Faisal Tehrani dan Abdul Shukur Harun di Pesta Buku

Posted: 05 May 2012 04:44 PM PDT

SIASAH DAILY

Dua buku terbaharu terbitan Unit Buku Harakah boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, di gerai M20-M21, bilik Mawar.

Sinema Spiritual: Dramaturgi dan Kritikan ialah karya terbaharu penulis dan pengkaji seni budaya Faisal Tehrani (Dr Mohd Faizal Musa), memuatkan ide-ide asas gagasan yang dinamakan "Sinema Spiritual" dan kritikan filem-filem terpilih dari seluruh dunia.

"Sesungguhnya kita tidak boleh lagi bergantung dengan produk filem seperti Lion of the Desert, atau
The Message dan dua tiga lagi filem yang sudah lapuk. Musuh Islam telah meninggalkan kita jauh, amat jauh. Maka atas semangat dan kesedaran itulah saya teringin menerjuni dalam lubuk dunia ini.

"Kerana kita sudah banyak membina masjid, kita sudah melahirkan beratus ribu graduan al-Azhar, Madinah dan Jordan tetapi ulama masih gagal menyelesaikan persoalan masyarakat malah asyik bergaduh dan terikut-ikut mengejar populariti seperti artis.

"Rasa-rasanya di sini kita tiada filem Islam (saya sedari sesetengah orang begitu alahan dengan label ini), jadi kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dan tidak ada yang paling anggun sekali dengan memulakan produk pertama kali dalam bidang perfileman dengan menghasilkan sebuah filem mengenai peranan manusia sebagai khalifah Allah," tulis Faisal dalam sebuah artikel awalnya.

Dengan kata pengantar oleh Sasterawan Negara dan pengerusi bersama Bersih 3.0, A Samad Said, penulis veteran Abdul Shukur Harun melahirkan karya terbaharu Gelombang di Pesisir Waktu: Kumpulan Rencana Politik, Gerakan Islam, Kesusasteraan dan Kehidupan.

Buku ini mengumpulkan tulisan-tulisan terbaik Abdul Shukur yang lebih dikenali sebagai Pak Shukur oleh teman-teman wartawan yang rapat, mengenai politik negara terutama yang berkaitan dengan PAS, isu-isu sastera dan seni budaya negara.

Pak Shukur, bekas pengarang akhbar Harakah juga banyak menulis untuk akhbar Siasah semasa masih di bawah kendalian kumpulan Harakah memerhatikan perkembangan PAS dalam politik negara, melalui era kebangkitan dan paling menarik perhatiannya, selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Gelombang di Pesisir Waktu mengemukakan pandangan dan analisis dari perspektif seorang wartawan yang telah memerhatikan dunia politik dan seni budaya tempatan sejak puluhan tahun lalu.

Juga boleh didapati di gerai yang sama ialah Kebangkitan Gerakan Islam dalam Fenomena Arab Spring oleh Haris Zalkapli, buku kedua menyusuli Revolusi Global yang menganalisis perkembangan di dunia Arab dan implikasi kepada gerakan Islam.

Kebangkitan Gerakan Islam dalam Fenomena Arab Spring memberi fokus pada isu-isu berkaitan gerakan Islam dalam menangani tuntutan rakyat dan sistem politik demokrasi, persaingan kuasa-kuasa serantau di Asia Barat dan isu terbaharu yang kritikal kepada gerakan Islam Hamas, Hizbullah dan Jihad Islami, iaitu isu Syria.

Buku ini diterbitkan oleh Jundi Resources, dan dengan kata pengantar oleh Riduan Mohamad Nor.

500 rumah di Terengganu rosak dipukul ribut

Posted: 05 May 2012 04:42 PM PDT




MARANG - Lebih 500 buah rumah di tiga buah daerah di negeri ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut dan hujan lebat kira-kira pukul 3 petang kelmarin.

Tiga buah daerah terlibat ialah Kuala Terengganu, Setiu dan Marang.

Dalam kejadian itu, kebanyakan rumah terlibat mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar berkata, beliau difahamkan tidak terdapat mangsa tercedera dalam kejadian ribut itu.

"Kita sedang mendapatkan maklumat terperinci tentang kerosakan rumah daripada pihak berkenaan di kampung-kampung yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat rumah mangsa kejadian di Kampung Undang di sini semalam.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, Zaidi Muda memberitahu, sebanyak 208 buah rumah di Bukit Payung terjejas akibat kejadian ribut tersebut.

Tiada ulasan: