ALHUSSEYN |
Isu Sebenar - Pulihkan Proses Pilihanraya , Bukan Nak Gulingkan Kerajaan Posted: 06 May 2012 09:02 AM PDT Semua orang kampung tahu, bahawa para peserta BERSIH 3.0 hanya membawa bersama mereka air mineral, garam dan tuala kecil selain berbaju kuning untuk Duduk dan Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April lalu. Polis yang menangkap beberapa peserta tidak menemui apa-apa senjata daripada mereka. Sebaliknya, Para peserta telah diperlakukan lebih buruk dari seekor kaldai dengan sepak terajang selain semburan air asid serta bom asap pemedih mata. Amat lucu sekali, bila 3 bekas KPN mendakwa BERSIH 3.0 mahu menawan Dataran Merdeka dan mengguling kerajaan. Apakah dengan menawan Dataran Merdeka maka kerajaan yang ada ini akan tumbang? Memang tidak masuk akal bagi orang yang waras. Tetapi begitulah dakwaan 3 bekas KPN yang sebenarnya sudah tidak ada kewibawaan lagi dalam masyarakat. Isu tuntutan pemulihan proses pilihan raya kini cuba dikesampingkan sebaliknya dicetuskan pula isu kononnya BERSIH 3.0 mahu menggulingkan kerajaan. Itulah yang dikatakan oleh Najib dan Mahathir.Maka tidak hairanlah apabila tukang ampu mereka seperti 3 bekas KPN itu mengulangi apa yang didendangkan oleh Najib dan Mahathir. Ratusan ribu peserta yang hadir sepatutnya sudah cukup untuk memberikan isyarat kepada kerajaan supaya tuntutan rakyat yang mahukan pemulihan proses pilihanraya dilakukan segera sebelum PRU-13. Tetapi beberapa insiden yang berlaku menunjukan kerajaan tetap berdegil dan mahu menegakkan benang basah. Di sebalik dakwaan Pakatan Rakyat bahawa SPR menyebelahi parti pemerintah dan senarai daftar pengundi dicemari dengan nama-nama pengundi palsu, kerajaan tetap mendabik dada dengan mengatakan bahawa PRU yang akan datang nanti adalah bebas dan adil. Malah Hishammudin Hussein , menteri dalam negeri mendakwa kononnya ianya menepati piawaian tertinggi antara bangsa! Hoi! Hentikanlah melayan rakyat umpama kamu melayan kaldai dengan sebiji lobak merah. Engkau herdik dan maki , sepak dan terajang semahu hati hanya dengan jasa mu dengan sebiji lobak merah itu? |
Siapa Makan Cili, Dia Yang Merasa Pedas Posted: 06 May 2012 02:26 AM PDT "Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama," katanya di sini Dalam ayat 175 surah al-A'raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan 'duri dalam daging' yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya. Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap. Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap 'sampah sarap' yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi. |
You are subscribed to email updates from KE ARAH PILIHANRAYA TELUS , BERSIH & ADIL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan