Nuffnang

Pengikut

Biaqpila

sumber :-

Biaqpila


SEJARAH KENCING

Posted: 06 May 2012 05:00 AM PDT


Klik pada gambar untuk besarkan

DEY MACHA!!!
TUUUUDIAAA PUNYA TAKSUB
SAMPAI TEMPAT KENCING PUN DISEJARAHKAN
PATUTLA HARI-HARI KENA KENCING
KAH! KAH! KAH!

HARAP-HARAP BETOI JADI SEJARAH LA
LEPAS PRU 13 NI
KAH! KAH! KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

NAJIB KENA JELAS DAKWAAN MINTA RM3 BILION

Posted: 06 May 2012 01:40 AM PDT



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib menjelaskan tindakannya meminta bayaran AS$1 bilion (RM3 bilion) berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene.Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tuntutan bayaran itu merupakan jenayah rasuah dan ia dibuat untuk kepentingan pemimpin Umno itu dan syarikat Perimekar milik kroninya."Tiga point penting di sini, pertama, menunjukkan ketidakupayaan agensi seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis menyiasat skandal ini secara terbuka dan telus hanya kerana ia melibatkan Najib dan kroninya.

"Berbanding agensi sama di Perancis yang berjaya mengesan skandal ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang di negara berkenaan," katanya.

Beliau mengulas pendedahan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bahawa Najib semasa menjawat Menteri Pertahanan meminta RM3 bilion untuk syarikat Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCNS sebagai syarat bertemu beliau pada 14 Julai 2001.

Kedua katanya, dokumen itu mengesahkan penglibatan Najib dalam skandal itu dan ia hanya satu daripada 153 dokumen yang didedahkan setakat ini.

"Rakyat tidak mempertikai pembelian kapal selam kerana ia amat diperlukan kerana negara kita memiliki sempadan seperti Selat Tebrau dan Laut Cina Selatan tetapi yang kita pertikai ialah proses pembelian.

"Najib mungkin boleh lepas di Malaysia kerana beliau berkuasa menekan agensi kerajaan, namun pasti gagal di peringkat antarabangsa," tegas beliau.

Ketiga pula jelas Saifuddin, apa yang didedah Pakatan Rakyat mengenai skandal Scorpene selama ini adalah benar dan menjadi kewajipan Najib untuk menjawabnya.

"Maka menjadi tugas rakyat juga untuk membuat pilihan pada pilihan raya umum kali ini sama ada mahu mengekalkan Najib selaku PM atau tidak.

"Malaysia kini menjadi tumpuan dunia ekoran penglibatan Najib dalam skandal rasuah dan ini sangat memalukan negara kerana pemimpinnya sanggup meminta rasuah demi kepentingan diri dan kroni," katanya.

Najib sebelum ini enggan memberikan komen ketika ditanya mengenai kes perbicaraan rasuah Scorpene oleh wartawan, malah memendekkan sidang media di Universiti Sains Malaysia, 21 April lalu.

Beliau ditanya sama ada akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Bagaimanapun, sidang media yang tidak sampai 10 minit itu segera ditamatkan.

Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya.

Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan.

Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia.

Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.

Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.

Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.

kl-today


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: MAKAN RUMPUT

Posted: 05 May 2012 06:00 PM PDT




Pada suatu hari ada seorang bapak yang kaya raya melawat sebuah kampung yang terpencil, ketika ia sedang memandu keretanya tiba2 melihat seorang ibu tua yang sedang memakan rumput, lalu bapak itu pun turun dari keretanya dan menghampiri ibu
itu, lalu ia bertanya...

Bapak: Bu, kenapa ibu makan rumput..?

Ibu: Saya sangat miskin pak sehingga saya tidak mampu untuk membeli nasi...

Bapak: Kalau begitu mari ikut kerumah saya bu!

Ibu: Tapi saya ada 7 orang anak pak...

Bapak: Tidak apa, ibu bawalah anak2 ibu sekali..!

Lalu si ibu dan anak-anaknya naik ke dalam kereta menuju ke rumah bapak itu, dan kerana musykil si ibu bertanya lagi...

Ibu: Kenapa bapak baik sekali kepada kami..?

Bapak: Tiada ada apa-apa bu, kebetulan saja rumput di rumah saya sudah panjang-panjang...


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT