WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
LEMBU SEMAKIN MENGGANAS, KITA PULA SEMAKIN LEMAH !! Posted: 25 May 2012 05:47 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PUAK itu memang gampang dan celaka serta haramjadah, kerana bapak mereka adalah tokoh haramjadah yang memperkenalkan perkataan `haramjadah' itu. Inilah puak-puak yang bacul lagi dayus sama juga seperti bapak segala dayus iaitu orang yang sama yang amat takut dan terkencing apabila disebut untuk diketemukan dengan DS Anwar di dalam perdebatan. Puak-puak lembu yang dimaksudkan adalah mereka yang datang melacur menjual maruah demi wang ringgit datang mengganggu program ceramah di Lembah Pantai baru-baru ini. Baca kisah di SINI. Patutkah kita di dalam PR hanya menyalahkan lembu-lembu ini sahaja? Sampai bila kita mahu melihat aksi lembu-lembu gila ini di dalam setiap program kita? Di mana kekuatan kita sebenarnya? Mengapa begitu lemah sekali aspek keselamatan di dalam program-program yang kita anjurkan? Kita masih yakin dengan perlindungan dari pihak Polis kah? Mahu harapkan Polis jaga ceramah kita sedangkan yang berucap di atas pentas itu bukannya Ketua Polis Negara. Di atas pentas itu pemimpin dan tokoh kita, maka kita lah sepatutnya lebih peka dengan aspek keselamatan ini. Ada yang bertanya mengapa begitu mudah program kita disabotaj dan kini dilihat semakin agresif. Jika dahulu lembu-lembu ini sekadar membuat hingar di sebelah pentas kita sahaja. Kini mereka sudah berani bermain batu dan melempar botol air mineral. Kita mahu tunggu mereka gunakan pisau dan parang kah baru kita mahu bertindak? Amat lemah sekali aspek keselamatan kita menjelang PRU. Kita hanya redha dan pandai membuat laporan Polis sedangkan kita tahu sangat sejauh mana laporan Polis kita itu akan berkesan. Kita jangan samasekali menjual, tetapi kita kena rajin membeli !!/wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan