Jumaat, 25 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ahli sendiri pun Umno tidak percaya

Posted: 24 May 2012 07:31 PM PDT

Kalau tidak silap saya pada hari Isnin yang lepas, Mahathir telah mengingatkan ahli-ahli UMNO di Kedah yang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO ditewaskan dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kata beliau yang Melayu akan hilang kuasa politik mereka jika UMNO tidak lagi memegang tampuk kuasa setelah ditolak oleh orang Melayu.

Tetapi Mahathir tidak langsung menyentuh kenapa orang Melayu sudah ramai yang menolak UMNO itu. Setiap perkara yang berlaku mesti bersebab dan perubahan kepada sikap orang Melayu terhadap UMNO itu pun bersebab. Perubahan tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab-sebab yang besar. Orang Melayu bukan mudah untuk berubah, tetapi kenapa mereka kini berubah? UMNO sepatutnya memandang ke dalam diri mereka untuk mencari masalah dan penyebabnya.


Kalau kali ini Mahathir berubah pun tentu bersebab. Kalau dalam pilihanraya yang lepas Mahathir membelakangkan UMNO dengan keluar dari parti itu, mesti ada sebab yang tersendiri. Semasa itu Mahathir menyeru rakyat memilih calon, jangan memilih parti. Kali ini beliau menyeru orang ramai memilih sesiapa juga yang diturunkan oleh parti.

Jadi kita berhak untuk memilih nasihat yang mana satu yang kita mahu ikut: nasihat beliau semasa pilihanraya yang lalu atau nasihat beliau yang sekarang ini? Jika rakyat tidak mahu mendengar nasihat beliau lagi pun semestinya ada sebab. Hanya Mahathir tidak sedar yang rakyat sudah terlalu keliru dengan sikap beliau yang sentiasa bertukar-tukar (flip-flop) arah pandangannya setiap kali piliharaya umum tiba. Tiada 'consistency' dan tiada perjuangan dan itu juga bersebab.

Ramai yang berjumpa dengan saya meminta saya memberikan komen tentang sikap Mahathir pada hari ini, tetapi saya hanya menjawab saya tidak faham kerana Mahathir hanya berjuang untuk apa yang beliau ingin untuk berlaku dan tidak ada kena mengena dengan perjuangan Melayu dan rakyat yang ramai.

Kalau beliau keluar dari UMNO dahulu kononnya untuk memprotes kepimpinan Abdullah Badawi kita tidak nampak sekarang ini kenapa beliau tidak keluar kerana kekalutan UMNO di bawah Najib sekarang adalah jauh lebih teruk daripada Abdullah Badawi.

Tetapi hakikatnya ramai yang tahu sebabnya. Mahathir akan mengamuk jika mana-mana PM selepasnya tidak melayan kehendak politik peribadi beliau. Beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang mesti diikuti oleh pemimpin selepas beliau kerana beliau merasakan seorang yang hebat dan mampu 'berjalan di atas air' dan perlu disembah dan dipuja.

Oleh kerana Abdullah Badawi itu degil orangnya walaupun apabila berjalan pijak semut pun tidak mati. Beliau tidak melayan kehendak Mahathir…itu sebab Mahathir keluar dari UMNO dan terus mensabotaj UMNO dalam pilihanraya yang lalu. Beliau berkata, "jangan pilih parti, kita mesti pilih calon".

Tetapi di Alor Setar Isnin lalu, beliau mahukan semua pemimpin dan ahli UMNO melakukan seperti 'aku janji' supaya jangan mensabotaj calon-calon UMNO dan beliau seolah-olah telah mengugut ahli-ahli UMNO dengan tekanan yang kuat ke atas ahli-ahli parti itu yang mereka akan menghadapi tindakan jika melakukan sabotaj terhadap parti.

Apa yang UMNO boleh lakukan jika ahli-ahlinya melakukan sabotaj terhadapnya dalam pilihanraya nanti? Jika UMNO ingin mengambil tindakan terhadap ahli-ahli UMNO yang mensabotaj parti dalam pilihanraya yang lalu ia terpaksa mengambil tindakan terhadap 1.5 juta ahlinya yang telah mengundi pembangkang di dalam pilihanraya itu. Inilah masalahnya jika sesebuah parti itu mengumpulkan keahlian yang berjuta-juta orang.

Seorang pemimpin UMNO selalu berkata kepada saya, "The huge number of memberships in UMNO will sink the party as it has to accept the scum and the useless members in it altogether." Apabila keahlian begitu ramai maka ia mewujudkan banyak cawangan dan di cawangan-cawangan dan peti-peti undi yang banyak inilah bermulanya perpecahan parti. Di peti-peti undi inilah ahli-ahli UMNO keluar parti semasa memilih parti-parti alternatif yang menawarkan pencalonan mereka.

Jika Mahathir meminta ahli-ahli UMNO tidak mensabotaj parti itu merupakan nasihat yang sudah pasti tidak akan dituruti oleh mereka di peti-peti undi. Keluarga yang besar dan anak yang terlalu ramai selalunya akan menghadapi masalah mentadbir mereka kerana kehendak dan ragam anak-anak itu berbagai-bagai macam.

Kata-kata Mahathir di Kedah itu membayangkan yang UMNO sudah tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri. Kalau dahulu mereka membesarkan keahlian parti kerana tidak yakin dengan sokongan orang ramai, sekarang UMNO sudah tidak yakin kepada ahli-ahlinya sendiri.

Nampaknya budaya bai'ah dan bersumpah sudah menjadi perkara biasa dalam UMNO kerana parti itu sedang menghadapi krisis keyakinan di antara pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli mereka. Jika perasaan curiga terhadap ahli mereka sendiri ini begitu tebal, bagaimanalah orang ramai hendak meningkatkan keyakinan terhadap UMNO yang sudah terlalu uzur dan tempang itu.

Saling tidak mempercayai di antara mereka itulah yang menjadi 'immediate cause' yang akan menjatuhkan parti itu dalam PRU yang akan datang. Saya agak hairan kenapa Mahathir tidak berdaya untuk menyatukan kembali orang Melayu sekarang ini. Lazimnya jika seseorang itu mahir memecahkan Melayu dalam sesuatu masa dia akan mampu menyatukannya kembali.

Kalau dahulu Mahathir boleh memecahkan ahli-ahli UMNO dan pada bila-bila masa sahaja beliau boleh menyatukan mereka kembali, kenapa sekarang beliau tidak lagi boleh melakukannya? Kenapa sekarang beliau terpaksa mengeluarkan kata-kata ugutan pula?

Pendeknya, UMNO tidak percaya yang ahli-ahlinya akan memberikan sokongan kepada parti itu. Oleh itu kita sekarang sedar bahawa keahlian yang ramai itu diharapkan akan mengundi UMNO kerana parti ini tidak percaya kepada pengundi yang bukan ahli. Tetapi sekarang Melayu telah sedar yang bukan ahli tidak diyakini oleh UMNO, tetapi yang lebih merunsingkan UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri pun turut tidak dipercayai oleh pimpinan tertinggi mereka.

Mungkin jawapannya ialah Melayu sekarang sudah pandai berfikir dan tidak mahu lagi menjadi burung balam yang kerjanya hanyalah untuk menganggukkan kepala dan bertepuk tangan apabila Mahathir berucap.

Orang Melayu sedar bahawa 'Melayu itu tidak akan hilang di dunia' seperti sorakan pemimpin UMNO, tetapi yang mereka lupa 'Melayu itu akan hilang dunianya' jika UMNO terus menerus dalam keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan perubahan minda dalam barisan kepimpinannya.

Tetapi memang 'conclusive', UMNO tidak akan berubah lagi. Maka UMNO itu akan diubah dari saat ini. Pemimpin-pemimpin mereka sendiri pun tidak berkeyakinan tentang sokongan orang Melayu.

Kalau tidak masakan UMNO telah memilih untuk menggunakan 'gangster' untuk mengganggu program-program anjuran Pakatan Rakyat di mana-mana.

- http://aspanaliasnet.blogspot.com


Lagi Tindakan Ganas Penyokong Umno

Posted: 24 May 2012 06:24 PM PDT






Kuala Kangsar.

Akibat cemburu dengan karisma Dato Sri Nizar, bermula dengan gelagat Mat Motor membuat bising tanpa disangka sangka11 biji kereta telah di sembur cat berwarna biru oleh orang yang tidak di kenali di bahagian lampu hadapan .

Majlis ceramah dihadri lebih kurang 2 ribu pendengar dengan kupasan dan isu menarik terkini negara oleh Dato Sri Nizar . Kebetulan pada waktu yang sama umNO kawasan tersebut pun mengadakan ceramah bersebelahan dengan program ceramah Nizar yang mana kehadiran tidak ramai.

Dalam ceramah itu Dato Sri Nizar membongkar pembohongan ketua pemuda Umno Kampar yang berbohong , serta isu beliau di panggil ke Balai Polis Ipoh berkaitan pembabitan Najib dengan ATM..Melalui kepimpinan Umno selama 55 tahun juga banyak pembohongan serta salah guna kuasa telah berlaku kata Nizar .Berbilion duit negara lesap di bawah pentakbiran BN selama ini, diantaranya skandal Lembu, kapal selam , PKZ katanya lagi.

Nizar juga mempersenda taktik Umno yang suka menggangu ceramah PR yang semakin menjadi-jadi muktahir ini.Di akhir ceramah Dato Sri Nizar pihak urusetia ceramah telah menanyang kembali video klip pembohongan oleh Ketua Pemuda Umno Kampar yang menuduh Dato Sri Nizar menipu konun beliau tidak membuat panggilan telefon itu.

Tepat jam 12 malam ceramah berakhir dan kesemua mangsa kereta yang di cat oleh orang yang di kenali itu membuat laporan Polis.


Dipetik dari - Batu vs Kayu


Bukan Semua Penyiaga Kota Sebodoh Lembu BERSIH 4.0

Posted: 24 May 2012 04:39 PM PDT

Sekumpulan peniaga berkecuali isu BERSIH

Sekumpulan penjaja di Lorong Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur meluahkan rasa tidak berpuas hati terdapat pihak yang cuba melibatkan mereka untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai hari ini.

Mereka juga mengambil sikap "berkecuali dan tidak mahu main politik", tidak seperti yang dilakukan oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL), dan hanya mahu mencari rezeki dengan menjaja di lorong itu setiap Sabtu.

Malah, mereka juga bimbang pelanggan akan lari jika mereka dikaitkan dengan tindakan berniaga di hadapan rumah Ambiga, sehingga boleh menjejaskan pendapatan mereka selepas ini.


"Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga.

"Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan.

Dilaporkan MBPKL yang diketuai Datuk Jamal Md Yunus akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman di hadapan rumah Ambiga selama dua hari bermula hari ini bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan pada 28 April lalu.

'Tak sampai 10 sokong BERSIH 4.0'

Selain menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", semalam mereka membida tapak perniagaan sehingga
mencecah nilai tertinggi sebanyak RM5,000.

Mengunjungi Malaysiakini semalam, kumpulan penjaja itu mendakwa kira-kira 95 peratus daripada kira-kira 300 penjaja di lorong tersebut bersikap berkecuali dengan tindakan majlis Jamal yang mahu berniaga di hadapan rumah Ambiga.

Penjaja itu mendakwa penjaja di situ tidak diajak berbincang dengan rancangan tersebut, sebaliknya hanya mengetahui melalui kain rentang dan risalah yang diedarkan kepada mereka.

"Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal - pemilik peniagaan kereta mewah dan restoran.

Sementara itu, menceritakan suasana pada hari demonstrasi, kira-kira 50 peratus penjaja menjalankan aktiviti seperti biasa, tetapi terpaksa menghentikannya selepas polis berpangkat biasa didakwa mengarahkan ia dihentikan sewaktu berlakunya kekecohan di situ.

"Tidak ada arahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata penjaja itu yang mendakwa tindakan polis dibuat kerana penjaja dikatakan "melindungi" peserta BERSIH.

http://www.malaysiakini.com/news/198851


PANAS - Penyokong Umno Mengganas Di Pantai Permai

Posted: 24 May 2012 08:39 AM PDT

Keadaan agak tegang di tapak ceramah PKR, Umno

Ceramah PKR di perkarangan flat di Lembah Pantai di sini menjadi kecoh apabila beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin kanan parti itu.

Seorang penonton ceramah tersebut yang diadakan di dalam perkarangan flat Pantai Permai cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.

Beberapa penonton lain terkena telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam.


Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada pentas ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap.

Peralatan Krew TVSelangor yang berada dilokasi tersebut untuk tujuan siaran langsung juga terkena serpihan telur yang dilemparkan.

Suasana dikatakan tegang dari pukul 8 malam ekoran sebuah lagi ceramah Umno-BN yang telah diadakan berhampiran tapak ceramah PKR.

Wartawan TVSelangor berkata beberapa kumpulan mat rempit yang berkeliaran di jalan ke flat tersebut bertindak membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan.

Setelah beberapa minit, bekalan elektrik ceramah itu dapat disambung semula.

Bagi menenangkan keadaan, Nurul Izzah di dalam ucapannya berkata provokasi tersebut diadakan kerana Umno-BN takut akan kehadiran Pakatan


Tiada ulasan: