Kelab Greenboc |
- Insiden Lembah Pantai: UMNO Jangan Baling Batu Sembunyi Tangan!
- Kalau UMNO Kalah, Bukannya Melayu Yang Hilang Kuasa, Tetapi UMNO!
- BN Cemas, Jika Kalah Ramai Yang Akan Ke Penjara
- Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Najib Perlu Dipertanggungjawabkan
- "Haramjadah" Timpa Najib Lagi....
- [BERGAMBAR] Lagi Intimidasi Ke Atas Ambiga, Petanda Lebih Cepat UMNO BN Berkubur!
- "Zulkifli Bidas Pak Janggut": Utusan Kalah Lagi, Diperintah Bayar RM60,000 Kepada Khalid Samad
Insiden Lembah Pantai: UMNO Jangan Baling Batu Sembunyi Tangan! Posted: 25 May 2012 12:00 AM PDT Insiden Lembah Pantai: Umno tak pasti salah siapa Umno Lembah Pantai hari ini berkata pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi. Bagaimanapun, naib ketua Umno bahagian itu, Mohd Azuz Abdul Razak berkata, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi di masa depan. "Saya tak pasti (apa berlaku). Saya meninggalkan tapak ceramah awal sedikit sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam sampai," katanya. Wakil rakyat itu Khalid Samad sampai kira-kira jam 11 ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berucap. Semalam, seorang warga emas penyokong PKR dilaporkan luka di kepala terkena balingan batu dari arah ceramah Umno yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari ceramah PKR. Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR. Mengulas kemungkinan berlaku kecederaan di pihak penyokong Umno, Aziz berkata belum menerima laporan berhubung perkara itu. Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu. -mk Ulasan GB Semalam GB sudah membuat ulasan. Petikan: Gejala samseng itu sebenarnya adalah manifestasi ketakutan UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat dan ia adalah kesan daripada ucapan Najib sendiri yang bersifat provokasi di Perhimpunan Agong UMNO dengan deklarasi beliau "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa" di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 untuk mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi. klik untuk baca |
Kalau UMNO Kalah, Bukannya Melayu Yang Hilang Kuasa, Tetapi UMNO! Posted: 24 May 2012 11:00 PM PDT Kemaman – Sekurang-kurangya enam puluh peratus warga Malaysia berketurunan Cina akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang, yang akan membawa kemenangan kepada Pakatan rakyat dan menguasai Putrajaya. Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Perak, Chan Ming Kai ketika berucap pada majlis ceramah Himpunan Selamat Tinggal Umno yang diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga semalam Rabu 23 Mei. Anggota Angkatan Muda Keadilan itu berkata demikian setelah beliau melihat sokongan masyarakat Cina kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan jelajah yang dilakukannya ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung. "Lebih 50% dari ratusan ribu yang hadir memberikan sokongan kepada Bersih 3.0 adalah orang-orang Cina terutamanya golongan muda, "selepas saya menjelajah kepada negeri-negeri dari Perlis hingga ke Johor dan sekarang ke Terengganu, ini lah saat dan peluangnya kita membuat perubahan menyokong mana-mana calon Pakatan Rakyat,"ujarnya. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat menyeru supaya ahli-ahli Umno meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyokong PAS serta Pakatan Rakyat. Katanya, Umno dan BN bukan parti yang boleh membela nasib rakyat, bahkan ahli-ahli Umno sendiri turut menerima nasib yang buruk. "hari ini telah menyaksikan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu membela nasib rakyat, hatta ahli-ahli Umno sendiri, "kejadian menyodok dan memusnahkan tempat pembaikian kapal (dock) milik ahli Umno dibawah jambatan sungai Kemaman bukti yang cukup jelas,"ujarnya ketika ditemui selepas ceramah tersebut. Menurut Haji Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, pemilik 'dock' terbabit telah bertemu dengan beliau dalam Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Cina yang diadakan pada sebelah petangnya [Gambar bawah]. Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Rasah Anthony Loke Siew Fok mengesahkan parti itu tidak akan meletakkan calonnya untuk brtanding di negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang. Beliau yang turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut menegaskan slogan DAP Ganti PAS adalah propaganda Umno dan Barisan Nasional yang takut kehilangan kuasa. "Dia (Umno) kata kalau Umno kalah Pakatan Rakyat menang, maka orang Umno akan kehilangan kuasa politik orang Melayu akan hilang segala-galanya…….ini cakap-cakap yang bodoh, "kerana kalau Umno kalah bukannya orang Melayu yang kalah, yang hilang kuasa adalah Umno…… kalau di Terengganu kalau Umno kalah yang akan jadi Menteri Besar kemungkinan adalah Haji Wahid Endut bukan Lim Kit Siang, "bukannya DAP kerana DAP tidak bertanding di negeri Terengganu,"jelasnya yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat DAP. Turut hadir dan berucap dalam kedua-dua majlis, Makan malam bersama masyarakat Cina dan ceramah sempena Himpunan Selamat tinggal Umno semalam adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut. -buletinonline |
BN Cemas, Jika Kalah Ramai Yang Akan Ke Penjara Posted: 24 May 2012 08:02 PM PDT Semua pemimpin BN tahu jika mereka kehilangan kuasa selepas PRU13 nasib masing-masing tidak keruan. Sebahagian akan ke mahkamah atas dakwaan mempunyai wang yang berlebihan hingga boleh memberikannya kepada artis seksi dan sebahagiannya pula terpaksa ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa. Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika baru-baru mengambil alih jawatan PM, antara ucapannyadi hadapan perwakilan UMNO ialah "kita akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan dara terakhir". Kata-kata ini ada kaitan denga ketakutan yang amat sangat pemimpin BN terhadap kehilanga kuasa. Lebih-lebih lagi selepas PRU12 BN sudah merasakan mereka tidak kebal dan rakyat boleh memilih parti mkana yang mereka suka, membolehkan BN tumbang di lima buah negeri. Bukan main gelabah UMNO, parti terbesar di dalam komponen BN menerima keputusan PRU12. Mereka hairan mengapa akhbar dan media eletronik yang selama ini merupakan "sebahagian dari parti komponen BN" gagal memberi kelebihan kepada BN di dalam PRU12. Disebabkan itu, pelbagai desakan bermula menyerang kepimpinan Pengerusi Bn ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia bermula di Johor dan kemudian diikuti pelbagai pihak hinggalah Abdullah melepaskan jawatan PM tersebut kepada Najib. Dalam keadaan sebegini, dengan mood rakyat yang tidak berpihak kepada BN kepimpinan BN sudah dapat merasakan mereka bukan sahaja memerlukan akhbar dan media elektronik, malahan buat pertama kalinya blogger dan media baru seperti mendapat pengiktirafan yang amat istimewa. Najib dan Muhyiddin Yassin sudah pun ada akaun FB dan tweeter. Mereka akan menggembar gemburkan jumlah yang menjadi rakannya tetapi tidak diketahui apakah mereka yang menyertainya itu sudah boleh mengundi atau tidak. Dalam nanar dan kepeningan yang amat sangat, media massa memberi gambaran kononnya sokongan anak muda sudah kembali ke pangkuan BN. Tetapi pelbagai tragedi dari pihak mahasiswa dan beberapa perhimpunan yang disertai anak-anak muda, jelas BN masih belum berada dalam zon selamat. Itulah sebabnya apabila Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz membuka mulut kesediaan muzakharah mereka berlumba-lumba memberi kenyataan, walaupun berbagai bunyinya tetapi memasang satu harapan, mahu PAS meninggalkan KeADILan dan DAP. Pada perkiraan Najib, jika PAS masih bersama Keadilan dan DAP, sokongan masyarakat Cina memang berpihak kepada Pakatan Rakyat dan harapan untuk BN kembali mengekalkan kuasa amat tipis. - Safar Jumaat Ulasan GB Bukan saja menteri dan tokoh politik UMNO/BN, malah ramai penjawat awam juga bakal ke penjara terutama ketua-ketua agensi kerajaan yang terlibat secara terus membantu UMNO/BN mengekalkan kuasanya secara kotor. Itulah yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN sekarang. |
Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Najib Perlu Dipertanggungjawabkan Posted: 24 May 2012 05:07 PM PDT Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya. Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam. Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa. Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya. Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)." Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu -mk Ulasan GB Gejala samseng yang berlaku kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Ia angkara sikap pemimpin negara terutama Perdana Menteri dan Menteri KDN yang membiarkan hal tersebut berlaku dan bercambah terutama apabila ianya dihala dan ditujukan kepada Pakatan Rakyat. Mereka seperti merestui hal itu dilakukan oleh ahli-ahli mereka. Gejala samseng itu sebenarnya adalah manifestasi ketakutan UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat dan ia adalah kesan daripada ucapan Najib sendiri yang bersifat provokasi di Perhimpunan Agong UMNO dengan deklarasi beliau "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa" di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 untuk mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi. Najib, Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan. Jika mereka tidak mahu bertanggungjawab, percayalah hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka dan UMNO akan hancur binasa lantaran Allah tidak akan membiarkan kezaliman dan kekejaman itu berpanjangan dan berkekalan. Seperti yang pernah GB nukilan sebelum ini: yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. Begitu juga halnya di timur tengah seperti Syria dan Tunisia. |
"Haramjadah" Timpa Najib Lagi.... Posted: 24 May 2012 09:13 AM PDT Kes 154 peneroka tandatangan hutang bank selesai KUANTAN, 24 Mei: Seramai 154 orang peneroka semalam berjaya mendapatkan injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Peguam Harris Abdullah berkata, dokumen untuk membeli saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) itu terpaksa tandatangan peneroka kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing untuk mendapat durian runtuh. "Selanjutnya kes ini akan diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut," katanya. Baru-baru ini peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli 'blue form' untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh. Pada 16 Mei lalu 154 orang peneroka sekitar negeri Pahang telah memohon injunksi mahkamah dengan 'inter parte' bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada FGVHB kerana kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham. Harris berkata, borang dokumen tersebut dalam bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham sedangkan kakitangan Felda memberitahu dokumen tersebut untuk mendapat durian runtuh. "Tidak ada pegawai atau peguam bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan diteliti atau mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan. "Tempoh masa yang diberikan singkat dan kena diisi depan pegawai Felda. Jadi proses yang seumpama itu menimbulkan banyak kemusykilan sehingga peneroka-peneroka terasa mereka tertipu...", jelasnya. Difahamkan, ramai peneroka yang marah kerana purata usia mereka sudah melebihi setengah abad dan berusia lanjut jadi sepatutnya mereka tidak diheret dengan hutang bank dan riba' yang tidak dinyatakan jumlahnya, apa cagarannya serta tempoh masa yang mereka kena bayar. Dalam pada itu Harris mengatatakan durian runtuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8 baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan saham kerana FGVH belum disenarai di Bursa Malaysia. Sementar itu turut hadir memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden ANAK Mazlan Aliman, Timbalannya Aris Faizul Ismail, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong serta beberapa orang pimpinan PAS Kawasan aktivis peneroka. -HD Kes Najib – Altantuya disiarkan dalam media HongKong Ulasan GB Suka-suki nak mengharamjadahkan orang apatah lagi rakyatnya sendiri... terimalah akibatnya sendiri... Akan ada lagi nanti berita "haramjadah" untuk Najib & UMNO. Kita sama-sama tunggu. klik untuk baca |
[BERGAMBAR] Lagi Intimidasi Ke Atas Ambiga, Petanda Lebih Cepat UMNO BN Berkubur! Posted: 24 May 2012 06:08 AM PDT 100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal. Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi. Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita". Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan. Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan. -mk 'Ancaman sasar Ambiga kerana dia India, wanita' Ulasan GB Intimidasi yang berterusan yang dilakukan oleh puak pencacai UMNO ke atas Pengerusi BERSIH, S.Ambiga, menyerlahkan lagi sikap "assabiyah" dan perkauman sempit UMNO itu sendiri. Dan semua mata rakyat Malaysia terbuka luas: bahawa laungan 1Malaysia Najib BENAR-BENAR omongan kosong. Bak kata Pak Samad, hanya kerana Ambiga itu keturunan India dan merupakan seorang wanita pula, maka tidak hairan beliau menjadi sasaran ancaman pelbagai pihak. Bagi GB yang sentiasa berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan, perbuatan pemuda-pemuda samseng UMNO itu akan hanya memakan diri mereka sendiri. Lebih kerap dan keras UMNO/BN melakukan / merelakan intimidasi ke atas Ambiga, maka lebih ramai (setidak-tidaknya kaum India yang semakin celik dan sekalian peserta BERSIH) yang akan menolak UMNO BN ... dan akan lebih ramai yang akan bersimpati dengan Ambiga, berarti juga akan lebih cepat UMNO BN berkubur. Hukum kebenaran itu tidak boleh ditolak atau dinafi. Dan itulah juga diantara "haramjadah" yang bakal menimpa Najib dan UMNO! |
"Zulkifli Bidas Pak Janggut": Utusan Kalah Lagi, Diperintah Bayar RM60,000 Kepada Khalid Samad Posted: 24 May 2012 03:33 AM PDT Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000.00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad. Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " adalah memfitnah ke atas Khalid Samad. Antara lain artikel tersebut menulis: 'Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu. Menurutnya, 'Pak Janggut' turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka. "Yang paling pelik, 'Pak Janggut' ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,'katanya.' Mahkamah memutuskan perkataan "Pak Janggut" di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan, Khalid ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar pada pagi ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Pada prosiding pagi ini Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka. Ketika membacakan keputusannya pagi tadi Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyatakan bahawa beliau, Hakim Datuk Azhar Haji Ma'ah dan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail iaitu panel hakim yang mendengar rayuan tersebut sebulat surat menolak rayuan Utusan kerana kecacatan rayuan tersebut. Mahkamah menyatakan rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu. Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad. Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan. -HD klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan