Blog-list Malaysia |
- Mahathir Pelopor Fitnah No 1 Malaysia
- Tersebar Fitnah Anwar Sedang Mengurat Pelajar IPTA Pulak..
- Meleleh Air Liur Fathul Bari Gara-Gara Nak Jadi Calun PRU13
- Selepas Ku Li, Anuar Musa Turut Sokong Tuntutan Royalti Minyak Kelantan
- Kereta Polis Rempuh Rumah PM Najib
- Anwar mesti dihapuskan, demi survival UMNO
Mahathir Pelopor Fitnah No 1 Malaysia Posted: 19 May 2012 09:29 PM PDT Oleh kerana lamanya orang ini hidup pelbagai masalah telah di timbulkannya.Fitnah ,Dengki dan Khianat terhadap seseorang yang tidak sehaluan dengan nya terus di perkatakannya.Tidak mahu duduk diam selepas bersara.Dia terus bercakap walaupun dia dalam jamban manakala wartawan mendengar dan mencatat di luar pintu jamban.Busuknya berak mamak ini hingga keluar jamban tetapi wartawan terus setia mencatatkan apa yang dicakapkan nya. Hukum Allah yang ada dalam Al Quran tidak pernah dipersetujui.Dipertikaikan dengan mengatakan bahawa hukum tersebut di reka oleh ulama'-ulama' politik.Pernah menyarankan supaya Qur'an di tafsirkan mengikut kehendak semasa.Banyaknya dia membaca telah banyak menerima pelbagai anugerah buku dikurniakan kepadanya. Apakah tidak ada tafsir AlQuraan dalam koleksinya.? Inilah mamak yang patut diberi gelaran "abu jahal moden". Mamak ini yang sentiasa menjadikan undang–undang di bawah tapak kakinya, baru-baru ini memperlecehkan majlis peguam .Majlis peguam bernasib baik mamak ini tidak memerintah lagi. Kiranya dia masih menjadi ketua gangster negara Malaysia sudah tentu majlis peguam menerima nasib macam Tun Saleh Abbas atau pun senasib dengan raja-raja melayu yang kuasa imunitinya ditarik oleh mamak ini. Dalam usia sudah lebih 86 tahun dan menjadi ketua gangster negara lebih 22 tahun masih tidak mahu muhasabah diri dan bertaubat dari bercakap merapu dan tidak memberi peluang orang lain menguasai media.Tidak pernah cuba duduklah dalam bilik dan sentiasa sujud kepada Allah jadikan berzikir dan bermunajat menggantikan cakap-cakap hal dunia berkaitan politik dan sentiasa tidak berpuasahati terhadap orang lain.Dia sentiasa menyangka umurnya panjang dan tidak ingat umurnya semakin pendek.Dia juga menyangka semasa berkuasa musuhnya 1000 orang ,selepas berhenti menjadi 500 orang. Dosanya menjadi kepala fitnah dan mengaibkan orang dalam politik yang disah-guna hingga hari ini ,mamak inilah pelopornya.Dari zaman mamak ini perkataan liwat dan lewat anak kecil dan cucu kita menjadi "confused" apabila dalam akhbar dan tv menyebutnya setiap saat berita berkumandang .Semasa mamak ini memerintah juga media malaysia tidak menjadi sumber ilmu melainkan fitnah,sex dan propaganda. Dalam media dari tahun 1998 hingga 2011, sudah 13 tahun,perkataan liwat dan lewat - baru anak dan cucu yang sudah pun tingkatan 1, faham perbezaannya kerana kes liwat kedua berlaku. Walaupun bapa fitnah dan aib negara pernah mengaku yang dia berkuasa boleh buat apa sahaja ,walaupun mereka tidak ada salah apa pun,tapi hari ini lidah biawaknya disambung oleh lidah ular yang sama bercabang. Kali ini seorang lagi telah menjadi mangsa anak didik mamak bapa fitnah negara dengan mengaibkan gambar orang politik pembangkang melayan perempuan sundal. Surat khabar lucah dan tv porno negara menyiarkan dan mengulas perilaku sex dalam gambar tersebut. Dalam zaman "bapa fitnah dan aib negara "hanya seorang sahaja musuh politik yang menjadi mangsa nya tetapi dalam waktu anak didiknya berkuasa,"bapa haramjadah" dua orang musuh politik menjadi mangsa fitnah dan aib.Semua rakyat Malaysia telah menganggap dengan berhentinya bapa Abu Jahal Malaysia maka hilang fitnah politik,sebaliknya lebih hebat perangai anak muridnya ini. Tidak tahu apa yang hendak dicari oleh mamak ini lagi.Kuasa dan kekayaan hingga hari kiamat keturunannya tidak habis-guna ,kecuali keturunannya menyambung perangai Qarun. Marilah orang islam di Malaysia ini berdoa agar mamak yang panjang umurnya ini sesekali mencuba-cuba perangai malaikat. Dia boleh melakukan sifat tersebut kiranya dia mahu, walaupun anak,bini dan cucunya "terkojut boghok "sekejap ,tapi demi mencapai keredhaan Allah lupakan sebentar terkejut tersebut. Dipetik dari - http://udin53.blogspot.com/2012/05/oleh-kerana-lamanya-orang-ini-hidup.html |
Tersebar Fitnah Anwar Sedang Mengurat Pelajar IPTA Pulak.. Posted: 19 May 2012 07:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mei 2012 - "Saya sanggup bersumpah bahawa Anwar sedang 'mengurat' lelaki itu sejak tahun lalu sehinnga ke hari ini. Saya boleh bongkarkan siapa budak ini, anak siapa dia, pernah belajar di mana serta jurusannya," kata Abdul Ghani Haron. Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan hubungannya dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipercayai meminta pelajar tersebut mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya. Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron mendakwa 'gambar luar biasa' itu adalah gambar seorang lelaki dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang yang dikenali oleh Ketua Pembangkang itu melalui laman sosial. "Kita mendesak Anwar tampil menjelaskan perlakuannya yang meminta lelaki tersebut menghantar gambarnya tanpa berpakaian dan turut meminta bekas pelajar itu jangan segan silu menghubungi beliau," kata Abdul Ghani. Menurutnya lagi, Anwar dicabar untuk melakukan sumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali bekas pelajar terbabit dalam apa-apa rangkaian sekalipun. "TIBAI akan mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi ceramah-ceramah akan datang. "Saya yakin Anwar kenal suapa lelaki ini kerana beliau telah berkali-kali menghubungi bekas pelajar terbabit dalam pelbagai rankaian telekomunikasi," kata Abdul Ghani. |
Meleleh Air Liur Fathul Bari Gara-Gara Nak Jadi Calun PRU13 Posted: 19 May 2012 05:56 PM PDT Ulama Muda Umno tidak menolak untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sekiranya mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan jika parti memerlukan mereka, bagaimanapun menegaskan, pihaknya bukan jenis yang meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam. "Kami tidak akan menolak. Kami bukanlah jenis yang meminta-minta, jika parti perlukan kami, kami sedia berkhidmat untuk memperjuangkan prinsip Islam," jelasnya. Kewujudan cabang ulama muda di dalam Umno dilihat masih baru berbanding PAS yang mempunyai Dewan Ulama sendiri, khusus untuk pemantapan ahli PAS dan penyertaan politik yang aktif. Bagaimanapun, ulama muda Umno ini menjelaskan, kewujudan mereka tidak seharusnya dilihat sebagai satu entiti semata-mata, sebaliknya perlu dilihat dari konteks yang lebih luas. "Kami bukan berjuang atas dasar peribadi, politik. Tetapi kami berjuang demi agama," tegas Fathul Bari. Menurut bekas Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN) ini lagi, pihaknya tidak berat sebelah dalam mengeluarkan kenyataan, sama ada melibatkan pembangkang mahupun kerajaan pimpinan Umno-BN, parti yang dianggotai mereka. "Suara kami tidak pernah disekat. Umno tidak pernah menghalang kami, bahkan, kami turut mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada parti, tapi kami tidak pernah disekat," katanya lagi membandingkan kebebasan bersuara di dalam PAS. "Bukan seperti PAS. Ramai ulama PAS yang dihalang daripada mengemukakan kenyataan yang bercanggah dengan pemimpin mereka. Kita lihat mereka bercakaran dalam Pakatan Rakyat (PR), tapi mana suara ulama, pemimpin PAS?", soal beliau lagi. Fathul Bari turut menegaskan, segala kenyataan yang diutarakan ulama muda tersebut juga bukanlah atas telunjuk Umno, sebaliknya atas inisiatif mereka sendiri selaku umat Islam. "Adakah kami keluarkan kenyataan mengikut kepentingan Umno?" Tidak," tegasnya, dan menambah, perjuangan kumpulan ulama muda tersebut adalah semata-mata kerana Islam dan masyarakat Melayu di negara ini. |
Selepas Ku Li, Anuar Musa Turut Sokong Tuntutan Royalti Minyak Kelantan Posted: 19 May 2012 05:39 PM PDT Apa yang anda lihat dalam gambar tersebut bukannya gambar yang di edit seperti yang puak umno selalu buat, itu gambar yang diambil di bukit Jalil petang semalam sebelum berlangsungnya piala F.A yang menyaksikan Kelantan menang dan buat najib terkebil-kebil diam kaku tak bersuara. Gambar tersebut menunjukkan orang kuat umno itu pun tidak setuju dengan apa yang umno buat dengan meng anaktiri kan kelantan, Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam tadi, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jali.Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam semalam dan berterusan sehingga malam tadi. "Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya . Sebagaimana yang kita tahu selain Terengganu, Kelantan juga dianugerahkan dengan hasil bumi iaitu minyak, dan itu rezeki yang ALLAh beri buat rakyat kelantan. Tapi kalau najib masih jadi PM... dan selagi umno berkuasa, rakyat negeri yang punya minyak tidak akan dapat menikmati wang royalti tersebut kerana menteri umno nak baham semua dan bagi kat anak, adik, pakcik, sepupu sepapat dan kroni. termasuklah kaki bodek dan penjilat tegar umno. Jadi Annuar Musa pun tahu benda tu, dia pun tahu kalau umno masih berkuasa, jangan mimpi la nak dapat, dia pun sain la walaupun dia tahu BN ni memang tak boleh harap lagi, ye la, kalau dah berkumpul dekat stadium, semua rakyat kelantan ada, semangat tu jadi lain, sampai dia lupa dia orang umno. Tu yang tersain tu, sebab dalam hati dia pun nak juga royalti minyak dikembalikan pada Kelantan, cuma ada satu masalah paling besar.. iaitu Umno, parti yang pernah diharam kan itu (Istilah najib ialah "haram jadah" ) berkuasa dan kikis semua harta negara, nafikan hak rakyat kelantan. Jadi senang, lepas ni ingat ABU,... asalkan bukan Umno.. korang pilih lah... sebab umno tu tak boleh harap.. "haram jadah" bak kata najib... kita tunjuk dekat najib,. negara ini sapa punya... bukan bapak najib punya. Disesuaikan dari http://pkrl.blogspot.com/2012/05/panas-anwar-musa-pulak-hentam-najib.html |
Kereta Polis Rempuh Rumah PM Najib Posted: 19 May 2012 06:50 AM PDT 5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan. Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut. Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana. "Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar. "Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan," katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini. Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. ~ Sinar Harian |
Anwar mesti dihapuskan, demi survival UMNO Posted: 19 May 2012 05:13 AM PDT Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar Mahathir pada tahun 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah. Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus di sempadan juga akan menjadi tidak selamat. Dia adalah penggugat yang mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda progresif membina garis baru politik Malaysia - Negara bangsa yang adil serta hak asasi lebih terjamin. Politik UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh. Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam setiap jiwa yang cintakan keadilan. Dalam konflik kuasa politik orang-orang Melayu sejak dulu fitnah adalah aparat politik yang sangat ampuh untuk menghapuskan musuh. Dalam hal ini Datok Bahaman pernah berpesan kepada pengikutnya agar jangan sekali-kali percaya kepada pembesar-pembesar Melayu. Bahaman adalah panglima raja - bergelar Orang Kaya Semantan menentang dasar cukai tanah yang zalim oleh Inggeris di Pahang akhirnya menjadi orang buruan. Minumannya pernah dibubuh racun dalam satu majlis bersama pembesar-pembesar Melayu di Kota Bharu pada tahun 1896. Ia terselamat dan selepas itu Bahaman kemudian menukar namanya untuk setiap perjalanannya agar jejak beliau tidak dikesan. Abdullah CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971 yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO. Dalam kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad. Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda. Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS-DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS. Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini. Sebelum ini PAS adalah "kui" atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup disunat….! Anwar berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil. Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti. Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal. Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah "Anwar" dia mestilah dihapus demi kesinambungan kuasa bangsawan Melayu itu. Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini. Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS-DAP yang sepanjang sejarah bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan. Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama. Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS - DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adakah aneh sekiranya "Anwar" dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai! Rekayaksa video lucah dan tayangannya di TV untuk ditonton oleh rakyat adalah hanya untuk memainkan emosi Melayu. Kenapakah isu Sodomi dan video lucah ini langsung tidak mempengaruhi masyarakat Tionghua? Ternyata isu video lucah ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini. Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar. Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlaknya. Isu video lucah ini meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua anak-anak kita di sekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim! Bila mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli UMNO. Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak. Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya. Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan. Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal selam Scorpene sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan yang terkenal - wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu. Ternyata UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu separation of power seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya. Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Sanggupkah mereka menyembelih ketiga-tiga monyet video lucah itu sebagai langkah bermuka-muka terhadap rakyat dan apakah akan terjadi sekiranya ketiga-tiga monyet ini menyanyi mengikut musik kemudian melompat menggigit lengan tuannya sekiranya ia ingin disembelih seperti si toyol. Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina - dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu rendah? *Tulisan ini dipetik dari blog Tongkat Bahaman. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan