Kelab Greenboc |
- [Bergambar] Tiba-tiba Ada Azan & Sujud Di Padang Kota Lama
- [Bergambar] Program Ambiga Di Merlimau Diganggu Pemuda Liar. Dua ADUN DAP Jadi Mangsa
- Mahasiswa Dakwa Kepala Retak Diganasi Polis
- [Video & Bergambar] Kelantan Juara Piala FA 2012. Penantian 22 Tahun Berakhir
- Polis Mabuk Atau Mengantuk Rempuh Pagar Rumah Najib Di Putrajaya
- Khianat Pada Bangsa Melayu: Kaji Nama Melayu Pada UMNO
- Dakwaan Ke Atas 2 Anggota Polis Hanya Wayang
- [Video & Bergambar] Isu Bapa Kafir: Kemarahan Merebak Ke Pulau Pinang
[Bergambar] Tiba-tiba Ada Azan & Sujud Di Padang Kota Lama Posted: 20 May 2012 12:33 AM PDT Georgetown: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012. Gambar: Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud Ia diikuti wacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman. Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan. Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang. Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus. Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini. Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown. Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda. Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid. Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya. Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya. Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa. "Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong. Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya. Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu. Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri. Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga. Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan. Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan. -HD |
[Bergambar] Program Ambiga Di Merlimau Diganggu Pemuda Liar. Dua ADUN DAP Jadi Mangsa Posted: 19 May 2012 10:34 PM PDT Program Hi-tea bersama Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga di Merlimau terganggu ekoran serangan oleh kumpulan yang tidak dikenali. Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga dihadiri sekumpulan pemarah yang tidak berpuas hati, menurut malaysiakini. ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong berkata kumpulan pengacau itu menyerangnya dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew apabila mereka meninggalkan tempat acara itu. "Batu dan telur mengenai kereta kami. Cermin depan anggota kami turut pecah," katanya. Salah satu daripada tayar kenderaan Tey juga dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu. Beliau membuat laporan polis di balai polis Merlimau. |
Mahasiswa Dakwa Kepala Retak Diganasi Polis Posted: 19 May 2012 09:02 PM PDT Seorang pemuda mendakwa retak di kepala akibat dipukul polis sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu - antara insiden paling serius diketahui setakat ini. Mohd Najib Rahimi, 27, mendakwa dipukul kira-kira 30 anggota polis selepas ditangkap dan diseret polis dari kawasan Masjid Jamek ke Dataran Merdeka. Menurutnya, beliau dipukul selepas cuba menghalang polis yang mahu merempuh peserta BERSIH yang berlindung di Masjid Jamek. Beliau juga kesal dengan tindakan polis yang didakwa bertindak seolah-olah beliau melawan sewaktu ditangkap untuk membolehkan polis lain menyerangnya bertalu-talu. "Dia tarik dan koyakkan leher baju saya dan menggoyang-goyangkan badan saya seolah-olah saya melawan. "Sepanjang perjalanan (dari Masjid Jamek ke Dataran) saya ditumbuk, ditendang dan saya hanya mampu beristighfar sahaja," katanya. Mohd Saufi Othman, 26 tahun, seorang pelajar politeknik pula mendakwa dihentak dengan gari dan bucu pistol pada bahagian tulang rusuknya. "Sehingga kini setiap kali saya menarik nafas, saya terasa sakit di bahagian dada," katanya yang menyertai himpunan BERSIH bersama keluarganya. Seorang agen insurans, Daniel Lee, 39 tahun mendakwa menerima lima jahitan di belakang telinganya selepas dipukul polis sewaktu menunggu tren berhampiran Masjid Jamek untuk pulang ke rumah "Polis naik ke atas platform dan menarik dan membelasah saya sepanjang perjalanan dari stesen itu sehingga ke Dataran Merdeka," katanya. -mk
|
[Video & Bergambar] Kelantan Juara Piala FA 2012. Penantian 22 Tahun Berakhir Posted: 19 May 2012 06:34 PM PDT piala FA: Kelantan akhiri penantian 22 tahun KUALA LUMPUR - Kelantan mengukir sejarah apabila berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang Piala FA buat kali pertama, setelah menewaskan pasukan berstatus kelab, Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penonton, pasukan yang terkenal dengan gelaran 'The Red Warriors' itu melancarkan serangan ke kubu Sime Darby seawal minit pertama namun berjaya dipatahkan ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir. Pemain tengah Kelantan Indra Putra Mahayuddin pula gagal memanfaatkan peluang sepakan percuma yang diberi pengadil pada minit ke-15 apabila cubaanya tersasar dari gawang gol yang dikawal Mohd Redzuan Harun. Kecewa gagal memecahkan kebuntuan terikat 0-0 pada babak pertama, Red Warriors yang nyata pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan meneruskan asakan yang akhirnya membuahkan hasil apabila dihadiah sepakan penalti pada minit ke-58. Peluang itu tidak disia-siakan pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar yang menceriakan penyokong Red Warriors. Tersentak dengan jaringan itu, Sime Darby bangkit melakukan beberapa serangan berbahaya namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Mohammed Ghaddar cuba menggandakan jaringan namun sepak deras yang dilakukan olehnya pada minit ke-79 tersasar. Kelebihan satu gol itu gagal dibatalkan Sime Darby yang akur menyaksikan Piala FA dijulang pasukan Kelantan. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyampaikan trofi kepada Red Warriors. Ketua pasukan Sime Darby Es Lizuan pula diumum pemain terbaik perlawanan. - Bernama Kelantan juara Piala FA Piala FA: Kafa umum ganjaran masa terdekat |
Polis Mabuk Atau Mengantuk Rempuh Pagar Rumah Najib Di Putrajaya Posted: 19 May 2012 03:51 PM PDT 5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan. Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut. Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana. "Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar. "Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan," katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini. Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. -SH Ulasan GB Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. 2 pihak disebutkan di dalam berita di atas: Polis dan PM Apabila polis tak mahu mengambil tindakan ke atas kezaliman polis yang dilakukan ke atas peserta BERSIH, maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.... tetiba banyak kes kebelakangan ini melibatkan kemalangan anggota polis. GB tak boleh ulas panjang bab ini. Kedua: peringatan juga kepada Najib. Itu baru pagar rumah yang terlanggar! Kepada Polis, kepada Najib, wasn't that a crystal-clear warning of the Golden Rule? So, do not play the fool with truth! Betapa cepat Allah bertindak. Baru semalam GB menulis mengenai hal kezaliman polis: Amat keterlaluan. Kita minta KPN dan Timbalan KPN menanggung dan menjawab persoalan ini. Yang berlaku itu baru mukaddimahnya. |
Khianat Pada Bangsa Melayu: Kaji Nama Melayu Pada UMNO Posted: 19 May 2012 10:23 AM PDT 1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) berpandangan sudah sampai masanya untuk mengkaji semula penggunaan nama Melayu pada nama UMNO (United Malay National Organization) berdasarkan situasi hari ini bahkan tidak menolak kemungkinan bahawa istilah tersebut perlu ditarik balik dan dihalang dari digunakan oleh UMNO. 2. Ini kerana jelas terbukti bahawa UMNO telah mengkhianati bangsa Melayu sekian lama dengan pelbagai dasar pragmatik yang diamalkan sehingga ke hari ini. Di antara pengkhianatan UMNO yang jelas kepada bangsa Melayu ialah dengan mengubah mengubah persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 selepas tewas dalam banyak kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya 1999. Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus tetapi tidak ada pertambahan kerusi. Manakala negeri-negeri di pantai barat, selatan, Sabah dan Sarawak yang bukan majoriti Melayu ditambah kerusi Parlimen pada persempadanan tersebut. Sehingga ke hari ini, pemimpin UMNO gagal menjelaskan kenapa mereka tidak mengambil kesempatan daripada persempadanan tersebut untuk menambah kerusi Melayu di Parlimen! 3. Selain itu, UMNO juga yang bertanggungjawab memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 yang ditentang hebat oleh seluruh cendikiawan Melayu. Anak-anak Melayu di luar bandar menerima kesan kemerosotan akademik hasil daripada dasar yang dianggap gila oleh Prof DiRaja Ungku Aziz ini. Pemuda PAS telah menyaman Kementerian Pendidikan dalam isu ini. Saudara Hasni Abas, Pengerusi Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) telah berjumpa dengan Pemuda PAS bagi membangkitkan gerakan untuk memansuhkan PPSMI pada akhir tahun 2008. Pejuang-pejuang bahasa seperti Dato A. Samad Said, Dato Hassan Ahmad, Dr Shahrir Mohd Zin , Prof Emeritus Abdullah Hassan dan ramai lagi bersama Pemuda PAS menubuhkan Gerakan Rakyat Membantah PPSMI (GMP). PAS telah mengarahkan semua ahlinya turun dalam Himpunan 100 ribu rakyat membantah dasar PPSMI pada 7hb Mac 2009 di Kuala Lumpur. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan pimpinan utama PAS yang lain telah bersama dalam himpunan ini. Akhirnya dasar ini terbukti gagal dan ditarik balik sekarang. Negara kerugian hampir RM5 billion kerana langkah 'tidak cerdik' UMNO ini. 4. Begitu juga dengan kegagalan UMNO untuk memperuntukkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada orang Melayu sekalipun UMNO mendapat majoriti di DUN Pulau Pinang berbanding MCA dan GERAKAN. Satu perkiraan politik yang cukup bacul sekali lagi berlaku apabila jawatan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diberikan dengan hormatnya kepada Setiausaha Agung GERAKAN, Teng Chang Yeow sedangkan GERAKAN tewas begitu teruk di Pulau Pinang di dalam pilihanraya umum yang lepas berbanding dengan UMNO. Hairannya, tidak kedengaran pejuang-pejuang Melayu yang hebat menjulang keris membantah keputusan ini. 5. Hakikatnya, banyak lagi senarai pengkhianatan UMNO kepada bangsa Melayu boleh disenaraikan sepanjang lebih 50 tahun UMNO menjadi tulang belakang kerajaan Malaysia pada hari ini. Sesuai dengan namanya sendiri di dalam bahasa Inggeris, UMNO sewajarnya menerima hakikat bahawa parti itu bukan lagi mewakili Melayu bahkan tidak berhak untuk mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu. 6. Justeru, DPPNK menggesa agar nama Melayu yang dipakai di dalam nama UMNO dikaji balik dan dibuang terus sebagai mengelakkan salah faham masyarakat terhadap perjuangan UMNO yang pada hakikatnya tidak pernahpun meletakkan agenda perjuangan Melayu sebagai agenda utama. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, AHMAD FADHLI BIN SHAARI, Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) |
Dakwaan Ke Atas 2 Anggota Polis Hanya Wayang Posted: 19 May 2012 06:34 AM PDT Dakwa polis di mahkamah hanya pertunjukan' Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah menyifatkan tindakan mendakwa dua orang polis atas tuduhan mengasari seorang jurugambar sebagai satu 'pertunjukan' semata-mata. Menurutnya, lebih ramai polis sepatutnya didakwa berdasarkan jumlah peserta yang tampil ke depan memberi keterangan dan membuat laporan polis. "Saya rasa tidak cukup. Apabila kita dengar cerita daripada mereka kita tahu ada lebih daripada dua orang anggota polis yang sepatutnya didakwa. "Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," katanya. Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong. Berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa dikasari, Maria Chin menggesa agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan sebab sebahagian polis yang didakwa melakukan kekasaran tidak memakai tag nama atau nombor pengenalan polis pada hari itu. "IGP kena jawab kenapa polis pada hari itu tidak memakai tag nama" kata Maria Chin. Sementara itu, wartawan dari Pulau Pinang Zainulfaqar Yaacob mempertikaikan kenapa hanya wartawan theSun Radzi Razak dipanggil membuat kawat cam terhadap penyerangnya setakat ini. "Saya memang cam tiga orang polis yang menyerang saya. "Saya bercadang nak buat kawad cam macam saudara Radzi Razak juga lakukan," katanya. -mk Bersih 3.0: 2 anggota polis didakwa kasari jurugambar |
[Video & Bergambar] Isu Bapa Kafir: Kemarahan Merebak Ke Pulau Pinang Posted: 19 May 2012 04:52 AM PDT Pulau Pinang: Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula. Semalam Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan 'sanggup ke titisan darah terakhir' untuk mempertahankan maruah ulamak daripada dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agama. Kata-kata perangsang diluahkan pimpinan kedua-dua sayap PAS di Pulau Pinang itu ketika berdemontrasi secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tengahari semalam. Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah. Turut serta adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ust Hasbul Nizal Zakaria, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Redwan Ramli, Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Shafirol Rozali, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad serta Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani. Kesemua nada ucapan serentak kesal dengan akhbar NST dan mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang melapur dan mengeluarkan kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertamadhun. Kerajaan negeri Kelantan telah menghantar notis kepada NST dan Rahim agar memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun selepas tamat masa yang diberikan, NST tidak berbuat apa-apa menyebabkan mereka mengambil keputusan akan memfailkan saman itu di mahkamah minggu depa ini. Biadab "Kita mahu NST dan Rahim Noor segera minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan yang amat biadap dan memalukan. "Sampai sekarang NST dan Rahim Noor tidak memohon maaf dan ini menunjukan ada dalang yang melindungi mereka, " tegas Ustaz Soid Mohd Amin ketika memulakan ucapan di pentas menggunakan lori berwarna hijau di perkarangan masjid itu. Menurutnya, mereka tidak langsung menghormati maruah ulamak sehingga sanggup memperlekehkan institusi berkenaan dengan hina sekali. Akhbar yang menyiarkannya terlebih bersalah sebab ini bukan perkara baru NST melakukanya bahkan pernah beberapa kali menyiarkan kenyataan yang menghina Islam. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria pula membidas peranan mufti kerana tidak pantas mengeluarkan fatwa tentang penghinaan terhadap Nik Aziz sebaliknya bertindak cepat apabila sesuatu isu yang ada kepentingan dengan Umno dan Barisan Nasinal (BN). "Mana dia mufti bila bertembung isu itu. Tentang Bersih mereka begitu cepat bertindak nampak sangat mereka bertindak tidak adil, " tegasnya. Seramai 200 orang berkumpul selama sejam tanpa ada apa-apa gangguan polis bagi menyuarakan pandangan serta luahan hati kepimpinan yang begitu prihatin apabila institusi ulamak dipermainkan. Semalam dua demontrasi diadakan serentak iaitu sebelah tanah besar di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh manakala sebelah pulau di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan