Jumaat, 18 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kumpulan Tentera Bebal Diketuai Datuk Palsu Akan Serang KJ

Posted: 17 May 2012 11:32 PM PDT

Sekumpulan pesara tentera yang melakukan "senaman punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga bercadang menggempur rumah Ketua Pemuda Umno KhairyJamaluddin Abu Bakar pula.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata (kanan), Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia.

"Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah.


"Saya rasa dia keluarkan kenyataan macam itu sebab tak dapat jawatan menteri dan nak membalas dendam," kata Ali sambil memaklumkan tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Khairy semalam menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Ambiga kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

Sementara itu, menamakan senaman itu sebagai "senaman tarian ala gempur", Mohd Ali berkata beliau kini sedang membincangkan lanjut rancangan itu dengan rakan-rakannya yang lain.

"Masa dan tarikh nanti dulu. Tapi memang kita akan buat...

"Khairy tak layak menjadi pemimpin dan gila jawatan sebenarnya... kami, veteran memang marah dengan kenyataan dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

http://www.malaysiakini.com/news/198320


Inilah Rupa Sebenar Ustaz Kazin Elias

Posted: 17 May 2012 08:08 PM PDT

Rakyat Kampung Sri Rahmat berasa kesal dan sedih apabila ceramah UMNO diadakan di Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat (Berhampiran Kelab Golf Clearwater) pada 16 Mei 2012.

Menurut keluhan beberapa jemaah surau berkenaan mereka berasa terkejut dan kesal kerana penganjuran ceramah oleh JASA dan pemuda UMNO bahagian Gopeng itu tidak mendapat persetujuan daripada ajk surau berkenaan untuk diadakan ceramah politik.

Walaupun tajuk ceramah yang diadakan dihebahkan bertajuk bicara Agama bertajuk Tidak Amankah Malaysia?, hakikatnya penceramah yang dijemput pada malam itu iaitu Ustaz Kazim Elias telah menggunakan peluang berceramah di atas pentas Pemuda UMNO untuk menceritakan kekesalannya berada dalam PAS sebelum ini.


Malah cerita-cerita picisan kononnya beliau dipinggir oleh ajk surau PAS yang dikumandangkan dalam ceramah beliau itu jelas menampilkan isi hati beliau sebenarnya yang sebernarnya telah lama menyebelahi UMNO.

Menurut Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat beliau telah menerima banyak keluhan rakyat Sri Rahmat malah yang lebih memalukan sikap Ustaz Kazim sendiri yang sanggup menyatakan bahawa beliau bukan menyokong UMNO semasa berceramah bersama Ustaz Azhar Idrus di Manjoi beberapa bulan yang lalu dan ia merupakan suatu pembohongan. Sikap sebegini tidak cocok ditonjolkan oleh seorang yang bergelar Al hafiz.

Bekas Ketua kampong Sri Rahmat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Che Ahmad Osman menyelar penyokong UMNO Sri Rahmat yang sanggup membenarkan Pemuda UMNO Gopeng untuk memanipulasikan tajuk ceramah agama untuk memancing hadirin sebaliknya mereka menampilkan penceramah yang sebenarnya memang menyokong UMNO secara terbuka.

Beliau juga berkata sikap Ustaz Kazim jelas akan menghilangkan penyokong ceramah-ceramah beliau memandangkan ahli PAS lah yang sebenarnya memberi sokongan dan menaikkan ceramah beliau selama ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat


Palsu Lagi.. Gila Betul La SPR Nie..

Posted: 17 May 2012 05:30 PM PDT


Lagi satu, kalau nombor kad pengenalan hujung tu nombor genap, dah tentu-tentu perempuan. Kenapalah tiba-tiba boleh Mansor bin Jali la pulak. Atau berkemungkinan kad pengenalan tersebut telah di'edit tetapi hujungnya nombor genap masih menjadi tanda tanya. Heh.


BATU GAJAH: Seorang wanita mendakwa dirinya hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.

Ketika membuat semakan, Puan Tamil Malar yang memiliki no kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya tidak keluar tetapi yang dipapar adalah nama seorang lelaki Mansor Bin Jali.


Puan Tamil Malar menetap di DUN Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun dalam semakan menggunakan no kad pengenalannya itu memaparkan beliu adalah pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka.

Sementara itu, Adun Tronoh V.Sivakumar berkata, pihaknya hairan dengan kes yang berlaku itu sedangkan daftar pemilih dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Terbukti ada unsur-unsur penipuan dalam pendaftaran pemilih.

"Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat megesan 'pengundi hantu' yang mungkin wujud di Dun itu.

"Kami sedang membuat operasi 'Ghost Busters' di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata," katanya merujuk kepada kes Puan Tamil Malar itu.




Umno Makin Kelemasan Dan Ditinggalkan..

Posted: 17 May 2012 08:03 AM PDT


Dato' Fauzi Shaari adalah anak jati Pantai Besar Batu kurau Perak. Antara jawatan yg pernah disandang beliau semasa bertugas dlm PDRM :

-Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM (CID) (jawatan no 3 tertinggi PDRM)
-Timbalan Pengarah Logistik PDRM
-Ketua Polis Selangor.
-Ketua Polis Sarawak.
-Timbalan Ketua Polis Selangor.
-Ketua Polis daerah Pasir Putih Kelantan.
-Ketua Polis Daerah Shah Alam.
-Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
-Timbalan OCPD Sentul.

TAHNIAH Dato' Fauzi Shaari...Semoga lebih ramai anggota polis membuat keputusan bijak utk menyokong Pas dan PR....

http://arusperjuangan.blogspot.com/2012/05/wajah-bakal-pengerusi-bersih-40amacam.html

Bangkai Yang Semakin Membusuk

Posted: 17 May 2012 05:33 AM PDT



Dipetik dari http://manjongmari.blogspot.com/2012/05/dulu-islam-melayu-dan-raja-sekarang.html

Trick Muhyiddin Takut Tak Sempat Jadi PM

Posted: 17 May 2012 05:00 AM PDT

TPM: Umno sedia muzakarah dengan PAS

Umno sedia menyahut seruan PAS untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun agak terkejut dengan pelawaan PAS itu, beliau yang juga timbalan presiden Umno berkata perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri di ibu negara hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata parti itu sedia menerima pelawaan itu kerana perkara tersebut telah disuarakan Umno sejak sekian lama atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini berpecah kepada beberapa kelompok kerana berbeza ideologi.

"Jadi kalau ada dan hasrat itu adalah ikhlas, lahir daripada niat yang ikhlas, yang tujuannya ialah untuk kebaikan, kita tiada masalah," katanya.

Berhubung pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa bekas partinya cuba merasuah sebanyak RM50,000 selepas beliau meletak jawatan, Muhyiddin berkata pendedahan itu mengesahkan lagi pandangan banyak pihak yang mengatakan DAP sebenarnya tidak demokratik adalah benar.

Katanya, apa yang dilakukan parti itu terhadap seorang pemimpin yang cukup berprinsip seperti Tunku Aziz juga menyerlahkan sifat dan sikap sebenar DAP, iaitu berlagak, sombong dan tidak boleh ditegur.

"Saya juga pernah mengatakan demikian semasa saya melawat Pulau Pinag dulu bahawa Lim Guan Eng sebagai ketua menteri biasa bersikap sombong dan angkuh tetapi itu mungkin tidak dilihat penting sangat tetapi apabila seorang tokoh seperti Tunku Aziz menerima padah yang sama barulah kita ketahui sikap sebenar DAP.

"Jadi, sama ada dia (Guan Eng) buat tawaran RM50,000 itu, pendedahan Tunku Aziz itu tentu membolehkan kita membuat penilaian mengenai DAP sebenarnya, bukan Guan Eng sahaja," katanya.

Tunku Aziz dalam temu bualnya dengan sebuah akhbar semalam, dilaporkan berkata Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai felo kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya.

"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan bekerja lagi dengan lelaki ini," katanya dipetik sebagai berkata dalam temu bual itu.

Timbalan perdana menteri berkata masyarakat, khususnya orang Melayu yang menyokong parti itu harus melihat semula sokongan mereka kerana apa yang berlaku jelas menunjukkan DAP yang kononnya mengamalkan prinsip demokrasi bukanlah sebuah parti untuk orang Melayu.

"Bagi saya ini suatu isyarat yang penting untuk rakyat Malaysia. Sebab itu sahaja cara-cara yang dilakukan oleh pemimpin DAP biasanya tidak serasi serta sebulu dan langsung tidak menghormati orang lain," katanya.

- Bernama


Lagi Cerita Samsengnya Polis Malaysia..

Posted: 17 May 2012 03:24 AM PDT

Pasca Bersih 3.0 : Kepala saya ditumbuk depan balai polis

PETALING JAYA 17 Mei: Seorang peserta Himpunan Bersih 3.0, mendedahkan beliau dipukul sekumpulan polis di hadapan balai polis ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyertai perhimpunan itu.

Menceritakan pengalaman ngeri di Jalan Dang Wangi pada 28 April lalu, Abdul Razib Abu, 45, berkata, pada jam 5.00 petang selepas menyaksikan keadaan tidak terkawal, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, apabila mendapati kebanyakan jalan di ibu negara ditutup, beliau mengambil keputusan singgah di sebuah restoran di sekitar Jalan Masjid India untuk membeli makanan.


Menyangkakan keadaan kembali terkawal, beliau memutuskan menggunakan Jalan Dang Wangi untuk pulang ke rumahya di Semenyih.

"Kira-kira jam 7.00 malam, ketika melintasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, motosikal saya diserbu lapan hingga 12 anggota polis berpakaian seragam.

"Saya tidak diberikan arahan supaya memberhentikan motosikal. Secara tiba-tiba, saya diserbu dan dikelilingi kumpulan polis berkenaan.

"Pada masa itu, saya memakai baju Bersih 3.0 tetapi ditutup dengan baju kemeja lain. Mereka memaksa saya menanggalkan baju kemeja, saya tidak melawan dan mengikut arahan mereka.

"Selepas menanggalkannya, polis berpangkat sarjan menarik baju Bersih 3.0 dan anggota lain terus memukul saya. Mereka menumbuk saya dan mengetuk kepala tanpa henti" katanya selepas membuat laporan di IPD Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau diiringi Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan peguam, Fadiah Nadwa Fikri.

Abdul Razib berkata, dalam keadaan bertarung nyawa, beliau merayu kepada kumpulan polis berkenaan supaya berhenti memukulnya.

Bagaimanapun, rayuan itu tidak dihiraukan, malah beliau diherdik dan dimaki dengan kata-kata kesat.

"Saya rela memberikan baju Bersih 3.0 yang saya pakai kalau itu yang mereka mahu. Saya beritahu mereka, saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Namun, dengan tiada belas kasihan mereka memukul saya.

"Beg saya diselongkar dan dicampak ke tepi jalan. Selepas 15 minit dibelasah, saya diherdik supaya meninggalkan kawasan ini segera," katanya yang cedera di badan dan motosikalnya rosak.

Beliau melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan polis di luar kewarasan tanpa rasa belas ehsan.

Katanya, beliau diperlakukan seperti penjenayah besar sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan pada ketika itu ataupun semasa perhimpunan berlangsung.

"Saya sedih bukan disebabkan saya dipukul, tetapi sedih memikirkan sikap polis yang menggangap orang awam sebagai musuh dan bertindak samseng.

"Sikap inikah yang ditunjukkan pasukan keselamatan sedangkan mereka sepatutnya membela rakyat yang teraniaya, bukan menganggap sebagai musuh demi tunduk kepada pemerintah Umno BN," tegasnya.

Seorang lagi mangsa keganasan polis, Pang Choy Wan, 27, mendedahkan beliau ditembak gas pemedih mata di pehanya dalam jarak 10 meter.

Menurut Choy Wan, kejadian itu berlaku sewaktu dia berada di Jalan Yap Ah Loy selepas bersurai daripada himpunan.

Tembakan itu menyebabkan pehanya cedera dan lebam.

Dipetik dari http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/05/pasca-bersih-30-kepala-saya-ditumbuk.html


Pekida Pun Nak Nama Jugak..

Posted: 17 May 2012 03:05 AM PDT

NGO berkumpul di balai gesa tindakan pada BERSIH

Beberapa NGO dan persatuan penduduk sekitar Puchong hari ini berhimpun di ibu pejabat polis daerah (IPD) Serdang bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan polis menjaga keamanan, termasuk dalam perhimpunan BERSIH lalu.

Pada masa yang sama, kira-kira 100 orang daripada mereka mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap anggota jawatankuasa Pemandu BERSIH yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman dalam perhimpunan 28 April lalu.

Antara kumpulan terlibat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Puchong, Waris Malaya, Gabungan NGO Puchong, dan Pembangunan Belia Enggang Bandar Kinrara.


"Begini caranya untuk kita berhimpun, tidak melakukan kerosakan... Bukan melakukan kekecohan atau rusuhan.

"Kita sokong untuk polis mengambil tindakan tegas terhadap jawatankuasa pemandu BERSIH," ucap wakil Pekida daripada cawangan Puchong.

Bagaimanapun, dalam laporan polis yang dibuat selepas perhimpunan itu, mereka menolak "rusuhan dan huru-hara" yang boleh menjatuhkan imej negara, tanpa menyebut langsung nama BERSIH.

Kumpulan itu membawa pelbagai kain rentang dan poster bagi menyatakan sokongan mereka terhadap polis menjaga keamanan di negara ini.

Mereka berhimpun di pintu pagar masuk ke IPD berkenaan, sebelum berarak ke pintu utama ibu pejabat berkenaan sambil melaungkan "hidup polis".

Mereka kemudiannya menyampaikan plak, bendera kepada Ketua Polis Daerah Serdang Abd Razak Elias yang sedia menanti di pintu masuk.


Tiada ulasan: