Jumaat, 18 Mei 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan K'jaan Selangor - Pengarah Merdeka Centre

Posted: 18 May 2012 12:43 AM PDT

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.

Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.

"Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.

"Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan raya umum berlangsung.

"Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat.

"Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama.

Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan pilihanraya.

"Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa.

"Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan lain-lain," ujar Ibrahim lagi.
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan.

Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor menerusi program "Selangorku Bersih" hanya akan selesai pada akhir bulan Julai.

Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan. -selangorku

Kepala Saya Ditumbuk Depan Balai Polis – Peserta Bersih

Posted: 17 May 2012 11:09 PM PDT

Petaling Jaya 17 Mei: Seorang peserta Himpunan Bersih 3.0, mendedahkan beliau dipukul sekumpulan polis di hadapan balai polis ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyertai perhimpunan itu.

Menceritakan pengalaman ngeri di Jalan Dang Wangi pada 28 April lalu, Abdul Razib Abu, 45, berkata, pada jam 5.00 petang selepas menyaksikan keadaan tidak terkawal, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, apabila mendapati kebanyakan jalan di ibu negara ditutup, beliau mengambil keputusan singgah di sebuah restoran di sekitar Jalan Masjid India untuk membeli makanan.

Menyangkakan keadaan kembali terkawal, beliau memutuskan menggunakan Jalan Dang Wangi untuk pulang ke rumahya di Semenyih.

"Kira-kira jam 7.00 malam, ketika melintasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, motosikal saya diserbu lapan hingga 12 anggota polis berpakaian seragam.

"Saya tidak diberikan arahan supaya memberhentikan motosikal. Secara tiba-tiba, saya diserbu dan dikelilingi kumpulan polis berkenaan.

"Pada masa itu, saya memakai baju Bersih 3.0 tetapi ditutup dengan baju kemeja lain. Mereka memaksa saya menanggalkan baju kemeja, saya tidak melawan dan mengikut arahan mereka.

"Selepas menanggalkannya, polis berpangkat sarjan menarik baju Bersih 3.0 dan anggota lain terus memukul saya. Mereka menumbuk saya dan mengetuk kepala tanpa henti" katanya selepas membuat laporan di IPD Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau diiringi Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan peguam, Fadiah Nadwa Fikri.

Abdul Razib berkata, dalam keadaan bertarung nyawa, beliau merayu kepada kumpulan polis berkenaan supaya berhenti memukulnya.

Bagaimanapun, rayuan itu tidak dihiraukan, malah beliau diherdik dan dimaki dengan kata-kata kesat.

"Saya rela memberikan baju Bersih 3.0 yang saya pakai kalau itu yang mereka mahu. Saya beritahu mereka, saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Namun, dengan tiada belas kasihan mereka memukul saya.

"Beg saya diselongkar dan dicampak ke tepi jalan. Selepas 15 minit dibelasah, saya diherdik supaya meninggalkan kawasan ini segera," katanya yang cedera di badan dan motosikalnya rosak.

Beliau melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan polis di luar kewarasan tanpa rasa belas ehsan.

Katanya, beliau diperlakukan seperti penjenayah besar sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan pada ketika itu ataupun semasa perhimpunan berlangsung.

"Saya sedih bukan disebabkan saya dipukul, tetapi sedih memikirkan sikap polis yang menggangap orang awam sebagai musuh dan bertindak samseng.

"Sikap inikah yang ditunjukkan pasukan keselamatan sedangkan mereka sepatutnya membela rakyat yang teraniaya, bukan menganggap sebagai musuh demi tunduk kepada pemerintah Umno BN," tegasnya.

Seorang lagi mangsa keganasan polis, Pang Choy Wan, 27, mendedahkan beliau ditembak gas pemedih mata di pehanya dalam jarak 10 meter.

Menurut Choy Wan, kejadian itu berlaku sewaktu dia berada di Jalan Yap Ah Loy selepas bersurai daripada himpunan.

Tembakan itu menyebabkan pehanya cedera dan lebam. -KD

Yang Terlibat & Yang Pukul Semasa BERSIH Polis Muda, Yang Dipanggil Kawatcam Polis Tua

Posted: 17 May 2012 08:49 PM PDT

Pemberita: Polis dalam kawat cam 'terlalu tua'

Pemberita yang mendakwa dipukul polis semasa perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu dipanggil membuat pengecaman tetapi gagal mengenalpasti penyerangnya.

Selepas meluangkan setengah jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Radzi Razak daripada theSun berkata, seramai 20 anggota polis yang dibariskan untuk kawat cam itu terlalu tua.

Radzi berkata, ini berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini bahawa polis yang memukulnya semua "muda".

Menurutnya lagi, beliau juga sebelum ini meminta polis mencari suspek berusia bawah 30 tahun.

"Saya harap semua ini akan berakhir segera kerana sudah lama pemberita diganggu oleh pihak berkuasa. Kita tahu polis cuma melakukan tugas, tetapi pemberita juga melakukan tugas mereka," kata Radzi.

Radzi berkata, beliau akan dipanggil untuk sesi pengecaman berikutnya pada Jumaat minggu depan.

Ulasan GB

Hairan, cuba lihat polis-polis yang terlibat di bawah.

Polis yang ramai dan yang mengganas di perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari kebanyakannya muda-muda (polis pelatih dari PULAPOL, buktinya, tiada sebarang "paku" di bahu), yang rata-rata umur mereka di dalam lingkungan 20an, tetapi yang dipanggil untuk kawad cam ialah yang tua bangka.

Apa maksud polis bertindak demikian?

Supaya tiada polis yang yang dapat dicam bagi mempastikan pesalah di kalangan anggota polis tidak dapat dikesan?

Kedua, apa yang boleh dipertikaikan sekarang, mengapa pelatih PULAPOL dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja polis sekalipun mereka belum ditetapkan di dalam jawatan mereka?

Apakah pembelasahan di BERSIH 3.0 adalah medan bagi polis pelatih ini untuk mendapat penetapan jawatan dan kenaikan pangkat?

Berbagai hal boleh terbongkar, tetpai kebenaran dari Ilahi akan mencerahkan segala-galanya.











Dah Dasar Lembu, Seluar Dah Terlucut Pun Masih Terus Jugak Nak Bersenam Punggung

Posted: 17 May 2012 06:39 PM PDT

Selepas Ambiga, 'senaman tarian' untuk Anwar pula

PETALING JAYA: Kelmarin kita diperkenalkan dengan gimik 'senaman punggung' oleh sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), bakal menyusul selepas ini satu senaman tarian yang diadakan khas untuk beberapa individu.

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.

"Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik," katanya ketika dihubungi FMT.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.

Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.

"Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.

"Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara," katanya.

Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.

'Senaman punggung'

Sementara itu, beliau turut mempertahankan tindakan mereka yang membuat gimik 'senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau turut mencabar Ambiga untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

"Saya pertahankan bahawa senaman itu untuk jaga kesihatan dan apa yang kami lakukan tidak menyalahi undang-undang. Kami tidak buat dalam rumah beliau (Ambiga).

"Bukan kami tidak berpakaian sedangkan kami lengkap berpakaian kemas tempoh hari.

Kalau salah saya cabar Ambiga untuk ambil tindakan undang-undang pada saya. Hakim yang akan tentukan dan keputusan bukan di tangan Ambiga," ujar beliau. -FMT

Ulasan GB

Kalau dah kata lembu, seluar terlucut pun tak kisah nak bersenam punggung lagi.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[AWAS] Trend Gantung Patung Di Kereta Rosakkan Aqidah

Posted: 17 May 2012 04:57 PM PDT

Assalamualaikum....

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.

Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: "Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka" (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

sumber: FB






Selangor Umum Pilihanraya Berasingan Selagi Daftar Pemilih Belum Dibersihkan

Posted: 17 May 2012 08:35 AM PDT

Shah Alam: Kerajaan negeri hanya akan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan dari unsur-unsur yang meragukan.

Dianggarkan, proses semak semula daftar pemilih melalui program 'Selangorku Bersih' hanya akan selesai pada pertengahan Julai, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini bermaksud, masih ada kemungkinan pilihan raya bagi kerusi DNS tidak akan diadakan serentak dengan pilihanraya bagi kerusi parlimen.

Spekulasi bahawa pilihan raya umum (PRU) bagi parlimen akan diadakan pada bulan Jun ini.

Selain itu, pilihanraya selepas pertengahan tahun ini akan memberikan peluang kepada Kerajaan Selangor untuk mengagihkan wang di dalam bajet 2012 dan Geran Selangorku.

"Lebih 400 ribu pengundi baru dan yang seratus ribu itu adalah pengundi yang dipindahkan kawasan dan projek ini dalam perlaksanaan.

"Kita rasa kita hanya dapat selesaikan pada pertengahan bulan Julai dan barulah kita buat keputusan samada kita berjumpa semula SPR tentang kesahihan daftar pengundi itu.

"Saya rasa dengan sebab-sebab ini, kalaulah pilihan raya diumumkan berlaku dalam bulan Jun sudah tentulah saya akan memberikan cadangan kepada DYMM Sultan Selangor supaya Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat dalam pilihan raya yang diumumkan dan kita akan adakan pilihan raya yang berasingan," kata Abdul Khalid kepada Selangor Kini.

Kempen 'Selangorku Bersih' yang dilancarkan bulan lepas akan menggunakan tenaga kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi menyemak nama di dalam daftar pengundi.

Usaha ini bagi menentukan pengundi sahih dan membersihkan daftar pemilih daripada pengundi yang meragukan.

Kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mengenal pasti antara 40,000 hingga 300,000 pemilih yang statusnya diragui.

Antaranya termasuk pemilih yang berumur lebih dari 100 tahun dan mereka yang kad pengenalannya menunjukkan tempat lahir luar dari Malaysia.

Ada juga pemilih yang didaftar sebagai pengundi pos tetapi tidak layak untuk klasifikasi tersebut.

"Kita juga meminta ketua-ketua masyarakat mengenal pasti mereka sebab biasanya dalam penentuan tempat-tempat mengundi adalah orang yang tinggal di tempat-tempat tersebut yang diberikan kemudahan mengundi di tempat tersebut.

"Kita memang berharap rakyat Selangor diberi peluang untuk mengundi dan kita juga mahukan demokrasi ini berasaskan keadaan bertanding yang adil atau pun 'level playing field' supaya semua dapat kesempatan membuat pilihan yang baik," Abdul Khalid berkata.

Selain itu Abdul Khalid berkata, kurang daripada 40 peratus daripada dana belanjawan untuk tahun ini telah diagihkan untuk projek dan program di seluruh Selangor.

"Jadi oleh sebab itu kita memerlukan masa lagi untuk melaksanakan perancangan atau penggunaan dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor," katanya. -selangorku

'Rakyat Baru', 'Majlis Peguam Baru' Malah 'Sultan Baru' Pun Pernah Ditabalkan Oleh Umno Baru

Posted: 17 May 2012 06:39 AM PDT

Kalau rakyat baru pun kerajaan Umno boleh wujudkan, apa dihairankan kalau ia tubuh "Majlis Peguam" yang baru, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jelas berlaku di hadapan kita, bila kerajaan Umno berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang menentangnya dan tahu dia akan kecundang dalam pilihan raya ke-13 akan datang, laporan-laporan mendedahkan ia mencipta rakyat baru dengan memberikan kad pengenalan Malaysia kepada pendatang-pendatang asing dan kemudian dimasukkan di dalam daftar pemilih dengan tujuan supaya mereka mengundi Barisan Nasional (BN).

"Kalau rakyat baru pun Umno boleh wujudkan, apa yang hendak dihairankan jika ia mahu menubuhkan badan baru yang mengambil fungsi Majlis Peguam," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru-baru ini membuat pengumumuman berhubung cadangan penubuhan akademi undang-undang yang "boleh menjadi alternatif" sehingga Majlis Peguam yang ada kini terbubar sendiri.

Bagi Mahfuz, semua itu berlaku kerana kerajaan gagal mengawal Majlis Peguam supaya mengikut telunjuknya.

Kerajaan Umno semakin marah dan tertekan apabila mesyuarat agung luar biasa Majlis Peguam baru-baru ini meluluskan usul tergempar (EGM) mengutuk keganasan polis ketika himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Dari 1,270 anggota Majlis Peguam yang hadir ke EGM itu, 939 menyokong usul tersebut dan hanya 16 orang yang menolak.

Turut sama menyuarakan kemarahan Umno, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti politik.

Mengulas lanjut apa yang disifatkannya sebagai "histeria Umno" itu, Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku memang menjadi tabiat dan amalan parti itu.

"Tubuh benda baru memang menjadi modus operandi Umno sejak dari dulu lagi.

"Bila kira-kira 50 peratus ahli Umno memihak kepada Team B yang diketuai Tengku Razaleigh (Hamzah) pada penghujung 80-an, mereka tubuh Umno baru,"
katanya.

Begitu juga, kata Mahfuz lagi, bila badan kehakiman di bawah Tun Salleh Abas tidak rela mengikut telunjuk Umno, beliau digulingkan dan diganti dengan kumpulan yang digelar "correct, correct, correct".

"Pada tahun 90an, bila Sultan Kelantan pada masa itu tidak setuju dengan Umno, mereka tabalkan sultan baru," katanya. -HD

Najib Pulang Tergesa2, Majlis Di Pekan Tak Dapat Sambutan

Posted: 17 May 2012 04:58 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa pulang tergesa-gesa apabila majlis perasmian Karnival Belia Pekan yang dirasmikannya gagal mendapat sambutan.

Sasaran 10,000 kehadiran meleset dengan kira-kira hanya 5,000 sahaja ke majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Merujuk Buletin Online, saksi seorang pegawai tinggi swasta dilapor berkata, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah jamuan petang di Dewan Majlis Daerah Pekan pada 12 Mei lalu itu.

"Majlis bermula jam 3.00 petang dijangkakan kehadiran 10,000 tapi yang hadir kurang 5,000.

"Selepas perasmian dan penyampaian hadiah, PM sepatutnya bersama ke jamuan petang, tapi PM tergesa-gesa berangkat pulang," katanya yang tidak mahu dikenali.

Beliau menyifatkan tindakan Najib itu membazir kerana meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihan raya umum akan datang.

"Apa jadi jamuan yang disediakan berpuluh-puluh meja, (akhirnya) cuma tiga meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Datuk Seri Adnan Yaakob), satu meja orang awam, (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita.

"Selebihnya kosong dan yang luar dewan juga kosong," jelasnya menambah, majlis penyerahan tajaan karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa dibatalkan. -KD

Tak Semua Polis Jahat, Tapi Yang Ini Memang Jahat, Ambil Dadah Dalam Balai

Posted: 17 May 2012 03:26 AM PDT

Ipoh - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas sebagai Ketua Balai di salah sebuah daerah di negeri ini ditahan kerana disyaki memiliki dan mengambil dadah di pejabatnya, 24 April lalu.

Sebelum ini, pegawai polis berkenaan pernah berkhidmat sebagai Ketua Balai di negeri lain, tetapi dipindahkan ke negeri ini selepas mempunyai salah laku dalam tugasnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, Inspektor berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas pihaknya menemui peket kecil berisi dadah dipercayai jenis ketamin di balai berkenaan.

Menurutnya, pegawai yang sudah berkhidmat 15 tahun dalam polis itu turut didapati positif dadah jenis yang sama ketika melakukan ujian air kencing pada hari yang sama dia ditahan.

"Penangkapan pegawai tersebut membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terbabit dengan jenayah.

"Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang ini sama ada anggota polis atau siapa sahaja, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, pegawai berkenaan kini dipindahkan ke bahagian pentadbiran buat sementara waktu bagi pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Ulasan GB

Di dalam hal ini kita mengucapkan syabas kepada pihak polis yang tidak memilih bulu dengan menahan anggotanya yang terlibat dengan jenayah.

Sebelum ini GB pernah mengulas mengenai kejadian jenayah yang menjadi-jadi di kalangan anggota polis:

Inilah senario yang hodoh berlaku di dalam KDN & PDRM.

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Di dalam kes seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. Petikan:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?

Sekali lagi ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.

Kini rakyat masih menunggu dan AMAT BERHARAP polis-polis yang mengganas semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari ditahan dan dibawa ke muka pengadilan!

Tiada ulasan: