Blog-list Malaysia |
- PANAS - Pemuda Tolak Azizan Razak.. Pas Kedah Akan Kalah..
- Nizar Muncul Ketika Ceramah Umno Dan Mereka Pucat - PART 2
- PANAS - Nizar Muncul Ketika Ceramah Umno
- Tiba-Tiba Ada Kem Tentera di Parlimen Titiwangsa
- Menteri Macam Ni Pun Ada Kat Malaysia Ni.. Hahaha..
- Tol Percuma Bila PR Memerintah
PANAS - Pemuda Tolak Azizan Razak.. Pas Kedah Akan Kalah.. Posted: 13 May 2012 09:52 PM PDT
Pergolakkan dalam saf kepimpinan PAS Kedah yang dihebohkan baru-baru ini betul-betul mengancam peluang PAS/PR mengekalkan kedudukan parti itu pada PRU 13 nanti.... Pemuda PAS yang secara jelas dan terang dan menjadi rahsia umum kurang menyokong kepimpinan DS Azizan Razak....ini dibuktikan apabila satu himpunan Pemuda PAS sebagai mempersiapkan jentera parti menghadapi PRU 13 nanti di Stadium Guar Cempedak yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Azizan Razak telah diboikot oleh sayap parti itu.... Tak caya?....sila lihat foto-foto sebagai bukti bukan cakap pakai air liur basi.... Nampaknya kasyaf para pemimpin UMNO yang Kedah akan jatuh ketangan UMNO akan menjadi kenyataan... PSST... WAHAI JUAK-JUAK UMNO.. OK TAK AYAT-AYAT BODEK SAYA INI... |
Nizar Muncul Ketika Ceramah Umno Dan Mereka Pucat - PART 2 Posted: 13 May 2012 06:35 PM PDT Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar. Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man. Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim. Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar. Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya. Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata. |
PANAS - Nizar Muncul Ketika Ceramah Umno Posted: 13 May 2012 04:28 PM PDT Nizar hadir Ceramah UMNO: "Nizar Pembohong Bersiri". Malam tadi, YB UMNO yang sedang sibuk lantang menghentam DS Nizar Jamaluddin dalam Ceramahnya yang berjudul "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI", terkedu & tergamam bila tiba-tiba Dato Seri Nizar datang & duduk di meja utama ceramah tersebut... Lepas ni kita mintak ramai2 wakil Pakatan Rakyat hadir ke setiap siri Ceramah UMNO & kita tengok macam mana penceramah UMNO yang kaki fitnah nak berdepan dengan keadaan macam ni. Tahniah Nizar, Yeop memang Anak Jantan...!!! https://www.facebook.com/photo.php?pid=9250248&l=e96bede3f7&id=215868293045 |
Tiba-Tiba Ada Kem Tentera di Parlimen Titiwangsa Posted: 13 May 2012 06:34 AM PDT Maklumat terbaru Tulang Besi dapat, sejumlah 1500 pengundi pos telah didaftarkan di Parlimen Titiwangsa. Nama-nama pengundi pos tersebut didaftarkan di sebuah kem tentera yang telah dirobohkan. Ertinya di tapak kem tentera yang telah dirobohkan itu akan diletakkan lebih 1500 pengundi pos. Ini kerja gila SPR di bawah pimpinan Dato Wan Ahmad Wan Omar. Nama2 pengundi POS dari kem yang tak wujud pun dia boleh masukkan dalam Rang Daftar Pemilih BAru untuk Suku Tahun Pertama 2012. Kita faham UMNO amat menggelabah di Parlimen Titiwangsa. Buat pertama kali semenjak 1999 penduduk Kampung Baru akan mengundi protes terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Semua angkara percubaan menipu penduduk Kampung Baru untuk melepaskan tanah mereka dengan harga yang murah kepada syarikat kroni. Raja Nong Chik pula amat menyibukkan diri beliau di Parlimen Lembah Pantai sedangkan dia sepatutnya bertanding di TITIWANGSA. KLIK IMEJ Rasanya UMNO tahu mereka akan kalah lebih teruk di Parlimen Titiwangsa menyebabkan mereka terpaksa menipu dan mendaftar pengundi hantu berlambak2. Inshaalah, perancangan mereka akan digagalkan Allah SWT Dipetik dari - Tulang Besi |
Menteri Macam Ni Pun Ada Kat Malaysia Ni.. Hahaha.. Posted: 13 May 2012 05:01 AM PDT |
Tol Percuma Bila PR Memerintah Posted: 13 May 2012 02:43 AM PDT Kira-kira lebih 30 kenderaan berjaya melalui tol Batu Tiga, Shah Alam secara percuma hari ini dalam perhimpunan oleh 300 orang penyokong Pakatan Rakyat di plaza tol berkenaan. Kenderaan berkenaan dapat melalui tol tanpa bayaran apabila salah seorang peserta perhimpunan tersebut bertindak mengangkat palang di satu lorong di plaza berkenaan selama kira-kira lima minit. Bagaimanapun, kutipan bayaran berkenaan kembali kepada keadaan sedia kala apabila ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengarahkan agar palang itu diturunkan. Jayakumar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan menemui pemegang konsesi lebuhraya berkenaan, Projek Lebuhraya Utara Selatan, bagi membayar ganti rugi yang ditanggung akibat tindakan tersebut. "Saya telah bertemu dengan orang PLUS di sini dan mereka kata akan lihat di kamera CCTV berapa kereta yang lalu. Ada dalam 30 buah juga yang lalu. "Dan saya kata pada mereka, beritahu berapa dan saya akan bayarkan jumlahnya," katanya. Demonstrasi yang bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu. Selain membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan tol baru betul' dan 'Hapuskan tol demi rakyat', mereka melaungkan "Hidup Rakyat", "Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol", dan "Hapuskan tol". Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan tol demi rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol tersebut. Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai "paling mengarut dalam negara." Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong. Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya. "Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang?," soalnya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan