Kelab Greenboc |
- UMNO Terjun Dari Pokok Kelapa [?]
- Lagi Terkencit UMNO Dengan Berita Ini: Mat Sabu - Sejuta Akan Sertai Bersih 4.0
- Najib Cabut Ke UK, Masih Takut Bubar Parlimen Bukti Himpunan UMNO Gagal
- Orang Islam Yang Pegang Ajaran Islam Tak Akan Makan Rasuah - Guan Eng
- Tol Sudah Sepatutnya Dihapuskan, Berapa Banyak Lagi Mahu Untung?
- PAS Buat Keputusan Tangguh Muktamar, Himpunan Raksasa I Jun Di Alor Setar
- Isu Air Selangor : Khalid Selar Najib Sebagai Bukan Negarawan
- Mat Sabu: PR Mahu 'Guling' BN, Tapi Bukan Guna Kekerasan
- Janda Dicekup Khalwat Bersama Kekasihnya
- UMNO Gunakan Kemewahan Butakan Hati Ahlinya
UMNO Terjun Dari Pokok Kelapa [?] Posted: 14 May 2012 01:01 AM PDT Kuala Selangor - Jika kawasan Ijok kecoh dengan demonstrasi penduduk yang tidak mahu kuil dan pondok komuniti dirobohkan pemaju, lain pula ceritanya di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram di sini apabila ketenangan penduduk diganggu pekikan seorang lelaki yang mengugut mahu terjun dari pokok kelapa, semalam. Seorang lelaki menggemparkan orang ramai di Jeram, Selangor semalam apabila bertindak nekad terjun dari pokok kelapa. Dia mati di tempat kejadian. Lelaki terbabit terjun dari pokok kelapa dengan ketinggian enam meter jam 10.45 pagi semalam. Ketua Kampungnya, Hashim Mansor, 63, berkata, selepas penduduk kampung, imam masjid dan anggota polis gagal memujuk, lelaki berasal dari Sabah itu nekad terjun selepas dipercayai berada di atas pokok lebih lima jam. Ketika kejadian, Hashim sekeluarga dikejutkan dengan jeritan meminta tolong jam 7 pagi semalam sebelum keluar melihat lelaki tidak dikenali berada di atas pokok kelapa di belakang rumahnya. "Jeritan lelaki itu menimbulkan tanda tanya penduduk dan kawasan belakang rumah saya menjadi kecoh selepas dipenuhi orang ramai. Ramai datang melihat kerana tidak percaya apa berlaku. "Saya tidak faham tindakan lelaki itu yang meminta pelbagai perkara tidak munasabah termasuk mahu anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman datang," katanya. Beliau berkata, anggota polis cuba memujuk lelaki itu supaya turun sendiri dan berbincang mengenai masalahnya, namun sia-sia. -SH Ulasan GB Berlaku di Kuala Selangor adanya. Mungkin tak tahan apabila pelbagai rencana untuk merampas Selangor termasuk upah orang untuk demonstrasi hari-hari semuanya gagal, ada kemungkinan UMNO terpaksa terjun dari pokok kelapa seperti kisah lelaki di atas? Setiap kejadian dan peristiwa itu adalah ayat manzurah dari Allah swt dan ada hal yang perlu difahami kerana tiadalah satu kejadian dari Allah itu sia-sia. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui Lagi Maha Perkasa. |
Lagi Terkencit UMNO Dengan Berita Ini: Mat Sabu - Sejuta Akan Sertai Bersih 4.0 Posted: 13 May 2012 11:25 PM PDT Shah Alam - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta. Bersih 3.0 diadakan 28 April lalu dengan kehadiran dikatakan antara 80,000 hingga 200,000. Tiada angka rasmi. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu mananakala Bersih pada 2007. "Pelajar yang turun dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan," katanya lagi. Kebangkitan anak muda yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dalam memperjuangkan hak melalui beberapa pertubuhan telah mendapat sokongan banyak pihak. Beliau yang popular dengan panggilan "Mat Sabu" melahirkan pendirian itu pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" di Stadium Malawati di sini, malam tadi. Dua hari lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan pandangan yang sama bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0. Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan supaya wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dipelawa membuat siasatan terhadap kekecohan yang berlaku ketika Bersih 3.0. Katanya, pihaknya tidak mahu seorang bekas pegawai tertinggi polis mengetuai Panel Penasihat Khas yang dibentuk kerajaan minggu lalu. "Rakyat tak bersetuju (bekas Ketua Polis Negara) Tun Hanif 0mar menjadi ketua siasatan (Panel Penasihat) bagi Bersih 3.0, kita mahu orang yang bebas daripada mana-mana parti dan mempunyai kepentingan tertentu," katanya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan senarai enam ahli panel penasihat bebas yang dipengerusikan Hanif bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu. Dalam ucapannya, Kit Siang secara sinis mengatakan sama ada perhimpunan Umno boleh dibandingkan dan disamakan dengan perhimpunan Bersih 3.0. "Pada 28 April lalu Bersih 3.0 dilihat satu sejarah bagi parti Pakatan Rakyat kerana dapat mengumpul kesemua rakyat tidak mengira kaum dari seluruh negara mengatasi hari ini (13 Mei) yang mencatat sejarah hitam kepada negara ekoran kejadian rusuhan kaum yang memuncak pada tahun 1969," tambah beliau merujuk kepada ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri, pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-66 pada Jumaat lalu. -SH |
Najib Cabut Ke UK, Masih Takut Bubar Parlimen Bukti Himpunan UMNO Gagal Posted: 13 May 2012 08:45 PM PDT Najib ke UK, spekulasi Parlimen bubar meleset SEPANG - Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi. Gambar: Najib Tun Razak bersalam sebelum berlepas ke UK dari KLIA malam tadi. Foto Sinar Harian Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini. Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu. Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II. Perkembangan terbaru ini kali kedua spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen meleset. Spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 November lalu juga tidak menepati ramalan. Selepas spekulasi ini meleset, penganalisis meramalkan Parlimen masih boleh dibubarkan selepas sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong awal bulan depan. Ini kerana ramai meramalkan PRU13 akan diadakan sebelum bulan Ramadan. Mandat Kerajaan Pusat hanya akan berakhir penghujung April 2013. Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, Najib akan menghadiri majlis resepsi diberikan oleh pewaris takhta Britain, Putera Charles dari Wales, bersempena penganugerahan Piagam Diraja kepada OCIS, semasa lawatan rasmi beliau ke UK esok dan lusa. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, undangan kepada perdana menteri itu adalah berikutan komitmen Malaysia dalam memberi sumbangn kepada penubuhan pusat itu. Beliau berkata, ini merupakan acara utama lawatan perdana menteri ke UK. Charles, yang begitu aktif mempromosi dasar pelbagai agama, adalah penaung OCIS, sementara Najib adalah anggota Majlis Tertinggi OCIS dan pernah memberikan syarahan bertajuk "Coalition of Moderates and Inter-civilizational understanding" (Gabungan Sederhana dan Persefahaman Antara Tamadun). Majlis itu berlangsung di Istana St James pada petang Selasa. "Malaysia amat dihargai kerana penglibatannya dalam pelbagai aktiviti di OCIS. Ahli-ahli akademik kita juga terlibat di pusat itu," kata Zakaria kepada media Malaysia di London, hari ini. OCIS memfokus usaha terhadap pengajian Islam dan masyarakat Muslim dan mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Malaysia. Malaysia banyak terlibat dalam pembinaan pusat baru OCIS dan telah menyumbangkan ukiran kayu kepada pusat itu. Lawatan Najib ke UK berlaku hanya sebulan selepas lawatan Perdana Menteri Britain David Cameron ke Malaysia dan ini mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara, dan yang punya ikatan sejarah yang erat. Beliau menyebut lawatan Cameron ke Malaysia yang berlaku sejurus selepas Najib melwat United Kingdom pada Julai tahun lepas. Beliau juga mengulas perayaan Jubli Intan Ratu Elizabeth tahun ini, di mana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diundang oleh Ratu ke perayaan itu. "Ini jelas membuktikan hubungan erat antara kedua negara," kata Zakaria. Semasa lawatan itu, perdana menteri yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, akan juga melancarkan Rakan Barisan Nasional UK (FBNUK) pada Isnin. Zakaria berkata, kelab itu ditubuhkan oleh rakyat Malaysia di UK dan di Malaysia. "Ia adalah satu usaha untuk menghubungi rakyat Malaysia lain dan menyampaikan kepada mereka pelbagai program yang telah dilancarkan Perdana Menteri," kata beliau. Wakil itu juga berkata, kelab itu merupakan pusat sehenti di mana rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat berhubung perdagangan, rangkakain kerja dan juga pelancongan. Kelab itu akan membantu perbadanan lain Malaysia seperti Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA). Rakyat Malaysia di London akan juga berpeluang bergaul dengan perdana menteri di majlis "Evening with the Prime Minister" dijadualkan pada lewat petang esok. Zakaria menjangkakan kehadiran ramai orang di The 02 arena di Greenwich di East London, yang boleh menampung kira-kira 2,000 orang. Perdana menteri akan juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda Global Ventures dan rakan-rakan strategiknya. Najib dan isteri dijangka berlepas ke Amerika Syarikat pada malam Selasa. -SH
Ulasan GB Bukti perhimpunan sambutan ke 66 UMNO di Bukit Jalil gagal. Jika berjaya, Najib pasti teruja dan dan telah menghadap Agong untu mohon perkenan pembubaran parlimen. Belum lagi.... takut sebab beliau lihat yang datang budak-budak yang belum boleh mengundi... |
Orang Islam Yang Pegang Ajaran Islam Tak Akan Makan Rasuah - Guan Eng Posted: 13 May 2012 05:20 PM PDT RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu SHAH ALAM, 11 MEI: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: "Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah." Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti yang dimomokkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran Umno-BN yang sebelumnya. Menurut MP Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN. "Ini bukanlah retorik atau percakapan tetapi berdasarkan amalan dan dasar-dasar yang dilaksanakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang," Khalid berkata di dalam wacana bertajuk 'Melayu, Islam dan DAP' yang diadakan diBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam. Khalid menambah, kehadiran wakil rakyat DAP dalam majlis berbuka puasa, pemberian sumbangan kepada surau dan masjid, kehadiran dalam majlis rasmi yang diadakan di Masjid dan Surau turut membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti yang anti Melayu-Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh media pro-Umno-BN. Ini dikuatkan lagi dengan amalan pemimpin dan perwakilan parti yang menggunakan Bahasa Malaysia ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan parti. "Bermula 2005, 2006 semenjak Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung mengambil alih barisan kepimpinan DAP, sudah banyak perubahan yang dilakukan," kata Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari. "Kita telah memahatkan perlembagaan kita kepada perlembagaan Malaysia termasuklah artikel 153 antaranya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu dan keistimewaan orang-orang bumiputra," ujar Zairil, seorang panelis di dalam wacana tersebut. Manakala panelis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik pula berkata persepsi yang ditanamkan oleh Umno-BN yang DAP anti-Melayu menyembunyikan hakikat bahawa parti komponen gagasan itu yang sebenarnya mengamalkan dasar perkauman. Contohnya, MCA sendiri merupakan sebuah parti yang hanya membuka keahliannya ekslusif kepada masyarakat berbangsa Cina, manakala Umno dan MIC turut menghadkan keahlian parti mereka kepada orang Melayu dan India. Sedangkan DAP merupakan sebuah parti yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Hujah ini disokong oleh Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang berpendapat DAP adalah sebuah parti yang lebih terkehadapan berbanding Umno, MCA dan MIC. Menurutnya ketiga-tiga parti komponen utama BN itu masih lagi terperangkap dengan kepompong etnik berbanding memperjuangkan idealogi sosial demokrat yang dibawa oleh DAP. |
Tol Sudah Sepatutnya Dihapuskan, Berapa Banyak Lagi Mahu Untung? Posted: 13 May 2012 09:50 AM PDT Antara perkara utama adalah kaji hapus tol SUBANG JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad hari ini memberitahu apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, antara perkara yang utama akan dipertimbangkan adalah menghapuskan tol bagi mengurangkan beban rakyat. Beliau yang ditemui ketika himpunan hapuskan tol di Tol Batu Tiga memberitahu apa yang dilakukan ini adalah tindakan rakyat untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Lebih kurang seribu orang hadir bagi mendesak tol dihapuskan di kedua-dua tempat iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM1 bagi Tol Sungai Rasau dan RM1.10 untuk kepada sebuah kereta telah mengakibatkan kesesakan yang teruk setiap awal pagi dan juga petang. Turut hadir pada himpunan tersebut adalah exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Adun Seri Muda, Suhaimei Shafiei dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin. "Ini merupakan satu program yang ditunjukkan oleh rakyat agar kedua-dua tol di Lebuhraya Persekutuan dihapuskan dengan segera supaya ia tidak terus membebani rakyat. "Kita menjangkakan sepanjang tiga puluh tahun operasi tol ini, syarikat tersebut sudah mendapat kembali modal yang mereka keluarkan malah telah mendapat keuntungan yang berlebihan," kata Khalid. Tambahnya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau merupakan tol yang terawal beroperasi di bawah kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hampir tiga puluh tahun operasi. "Tol ini merupakan yang paling laris dan mustahil jika pihak Plus belum mendapat apa-apa keuntungan dari pengoperasian mereka. "Malah sebelum tol ini beroperasi, lebuhraya persekutuan telah wujud lebih awal iaitu sekitar tahun 60an bagi menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang," sambung beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut. Maka atas dasar tersebut, Khalid berpendapat tol ini sudah sepatutnya dihapuskan. Menurutnya lagi, kewujudan kedua-dua tol tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas yang teruk pada awal pagi dan waktu petang. "Matlamat mewujudkan lebuhraya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas tetapi kalau tol menyebabkan kesesakan melampu saya pasti matlamat mewujudkan lebuhraya ini tidak akan tercapai. "Bagi saya penghapusan tol ini selain dapat membebankan kos sara hidup rakyat ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalulintas," tambah beliau lagi. -HD 5 minit tol percuma di Batu Tiga |
PAS Buat Keputusan Tangguh Muktamar, Himpunan Raksasa I Jun Di Alor Setar Posted: 13 May 2012 08:31 AM PDT PRU13: PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13. "PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu. "Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu. "Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. "PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya. Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura. "Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya. Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat. "Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya. Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali. -HD |
Isu Air Selangor : Khalid Selar Najib Sebagai Bukan Negarawan Posted: 13 May 2012 07:03 AM PDT Isu Air : Najib Razak Bukan Negarawan BANTING 12 MEI : Kenyataan Datuk Seri Najib Razak berhubung isu air di Selangor membuktikan Perdana Menteri hanyalah seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan bukannya negarawan sebenar yang sepatutnya mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenyataan Najib itu juga bertentangan dengan titah DYMM Sultan Selangor yang menyeru semua pihak tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri. "Kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan tawaran kepada syarikat konsesi termasuk menggunakan arbitari antarabangsa. "Bagaimanapun, kita tidak menerima maklum balas malah Kerajaan Pusat berdolah-dalih untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan air. "Jika Perdana Menteri negarawan sejati, beliau sepatutnya mengarahkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan dengan segera," katanya. Abdul Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Visit Kuala Langat 2012 di Pantai Morib sempena Program Mesra Khas Terima Kasih Rakyat peringkat Daerah Kuala Langat. Beliau juga berjanji kepada rakyat Selangor yang tarif air hanya akan dinaikkan pada kadar munasabah sekitar 12 peratus dan pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan diteruskan, jika selesai penstrukturan semula air. Kadar kenaikan air mengikut pelan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) adalah melebihi 70 peratus. "Rancangan kerajaan Selangor adalah menjaga kebajikan rakyat keseluruhan. Justeru, Perdana Menteri perlu mengotakan janji untuk mengutamakan rakyat dengan mempercepatkan penstrukturan air," katanya. Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor kosisten dengan pendirian bahawa projek Langat 2 dibina selepas rundingan penstrukturan semula diselesaikan. Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, laporan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang diterima setiap bulan menunjukkan bekalan air mentah di Selangor pada tahap lebih dari mencukupi. "Masalah ialah bekalan air bersih kerana kegagalan syarikat konsesi mengguna sepenuhnya loji-loji rawatan air yang sedia ada, tidak menaiktaraf paip-paip air dan gagal mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW)," katanya. - selangorku |
Mat Sabu: PR Mahu 'Guling' BN, Tapi Bukan Guna Kekerasan Posted: 13 May 2012 05:29 AM PDT Kota Bharu - Pakatan Rakyat (PR) hanya akan menggulingkan kerajaan menerusi pilihan raya yang bersih bukannya melalui kekerasan seperti dakwaan pihak tertentu. Gambar: A Samad Said berkongsi pengalamannya menyertai Bersih 3 0 di Kota Bharu. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, PR nekad menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun dakwaan yang mengatakan pihaknya akan menggunakan kekerasan hanya fitnah semata-mata. "Betul, kita nak gulingkan kerajaan tetapi kita akan melakukannya berdasarkan pilihan raya bersih dan bukannya melalui kekerasan pada himpunan yang lalu seperti didakwa," katanya sempena Ceramah Perdana Pasca Bersih 3.0 di sini. Turut hadir dalam ceramah yang dihadiri 10,000 pengunjung, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A Samad Said dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke. Muhamad menegaskan himpunan Bersih 3.0 yang disertai ratusan ribu rakyat itu menakjubkan dengan penglibatan pelbagai bangsa dan ia menunjukkan rakyat bersatu untuk memilih kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang. "Sekiranya tuntutan rakyat ini tidak dipenuhi saya berharap pihak Bersih boleh memerintahkan kita untuk melaksanakan Bersih 4.0 dan dianggarkan kira-kira satu juta orang akan berhimpun dan ada yang menyatakan kesungguhan menyokong himpunan ini," katanya. Dalam masa sama, Mohamad meragui panel Siasatan Bebas Bersih 3.0 yang diketuai oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar kerana beranggapan masih ramai bekas pegawai dan peguam yang boleh dilantik. Mohamad turut menegaskan beliau tidak pernah memusuhi pihak polis, namun menentang kekejaman yang dilakukan oleh segelintir anggota keselamatan itu yang bertindak kejam ketika menyuraikan perhimpunan. Sementara itu, Samad berkata, golongan sasterawan menyedari kepentingan keadilan dalam pemerintahan yang sebelum hanya diperjuangkan oleh golongan politik sahaja. "Buktinya, Bersih 1.0 digerakkan golongan kuasawan (berkuasa), namun Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 bukan lagi dikepalai orang politik dan pada awalnya saya hadir memberi sokongan sahaja, namun diminta berada di barisan depan sebagai pengerusi bersama Bersih 3.0 bersama Datuk Ambiga," katanya. Anthony dalam ucapannya berkata, Bersih 3.0 pada 28 April lalu mendapat sokongan luar biasa daripada anak muda Cina yang dianggarkan kehadiran mencecah puluhan ribu. |
Janda Dicekup Khalwat Bersama Kekasihnya Posted: 13 May 2012 03:56 AM PDT Ampang - Seorang janda dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam. Janda anak satu yang bercerai dengan suaminya sejak sembilan bulan lalu memberi alasan dia tidak ada tempat tinggal apabila datang dari Nilai, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri di salah sebuah universiti di ibu kota hari ini. Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan. "Kami menemui seorang wanita yang hanya berseluar pendek keluar dari tandas, mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram," katanya. Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi itu sanggup mengambil pasangannya yang berusia 27 tahun itu dari Nilai kemudian bawa ke hotel berkenaan. Dalam serbuan sama di bilik berasingan, seorang penuntut universiti dicekup khalwat bersama pasangannya. Beliau berkata, perempuan berusia 23 tahun itu memberi alasan mahu berkahwin dengan teman lelakinya. "Perempuan itu memberitahu keluarganya tidak merestui perhubungan mereka kerana pasangannya yang berusia 24 tahun itu bekerja sebagai kontraktor," katanya. Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah. |
UMNO Gunakan Kemewahan Butakan Hati Ahlinya Posted: 13 May 2012 02:50 AM PDT Membeli rakyat dengan kemewahan PETALING JAYA: Umno bukan seperti parti-parti lain. Tidak ada parti lain yang boleh menandingi Umno – parti terbesar berusia 66 tahun itu. Sama ada dari jumlah ahli atau kemewahan, Umno adalah nombor satu. Kehadiran puluhan ribu ahli Umno ke Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi kerana menyambut kelahiran parti itu bukan sesuatu yang di luar jangkaan. Nyata sambutan itu mewah dan meriah. Sambutan yang meriah itu memang sudah sinonim dengan Umno. Sebelum ke Bukit Jalil, ahli-ahlinya bermalam terlebih dahulu di hotel yang di tempah khas di sekitar Kuala Lumpur dan lokasi berdekatan. Mereka menaiki bas yang disewa khas dan dijanjikan wang saku. Ini tradisi Umno bagi ahlinya yang tinggal di luar ibu kota bagi menghadiri program parti termasuk perhimpunan agung Umno di PWTC. Sesetengah mereka menaiki khas jabatan kerajaan kerana wakil rakyat mereka menjadi Exco kepada jabatan berkenaan. Beberapa ahli Umno berkata, mereka sangat beruntung menjadi ahli parti itu terutama ketika menghadiri program parti di Kuala Lumpur. Rosli Awang dari Kuala Terengganu berkata, "Saya datang ke Kuala Lumpur semuanya percuma." "Saya tidur di Hotel Grand Seasons dan dijanjikan wang poket tetapi belum dapat lagi. Masa perhimpunan agung Umno pun begini juga." Jadi anggaran kasar 100, 000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil bukan luar biasa dan mengejutkan. Dengan kekayaan yang ada, Umno boleh membawa seberapa ramai yang mereka mahu. Jangan lupa ahli parti itu berjuta orang. Namun menjelang pilihan raya umum 13 yang kini di depan mata, kemeriahan sambutan 66 tahun itu mungkin untuk seketika sahaja. Percakapan di cawangan dan bahagian ialah Umno masih tidak dapat bersatu padu sepenuhnya. Tolak calon parti "Isu yang paling besar ialah masih tidak semua ahli akan setuju dengan calon yang dipilih parti. Ini yang berlaku dalam setiap kali pilihan raya. "Umno kalah kerana sikap pemimpin di cawangan dan bahagian berlaku tikam belakang menjelang pilihan raya. Kerana mereka tidak bersatu, kerana ada kepentingan sendiri, ahli akar umbi berpecah belah. "Umno kalah kerana tidak bersatu. Mereka bermusuhan sesama sendiri," kata Rosli lagi. Apa yang berlaku itu mungkin satu contoh sahaja. Barangkali perkara serupa timbul juga ditempat lain. Najib mungkin menyedarinya tetapi apa yang boleh dilakukannya? Beliau cuma boleh merayu tetapi apa yang berlaku sebelum ini tidak semua suara presiden didengari. Ini yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadapi pilihan raya umum 2008 yang menyebabkan BN kalah empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Perbalahan sesama sendiri adalah musuh dalam parti. Adakah ahli Umno memberi sokongan sepenuh hati kepada Najib? Adakah rakyat boleh menerima sepenuhnya pemerintahan Najib? Untuk menukurnya dari segi program turun padang atau bantuan kepada rakyat ia bukan jaminan BN secara automatik mendapat undi. Pengundi sudah bijak. Mereka kini menilai antara kebaikan yang dibuat BN sejak 1957 dengan harapan baru yang diberikan Pakatan Rakyat. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan