Blog-list Malaysia |
- Haiya Apek.. Lu Mabuk Ka??
- Bangkai Sudah Berbau..
- Umno Melutut Jugak Kepada Australia
- SEDARLAH WAHAI BANGSAKU..
- Lawak Najib - Polis Ceria Di Perhimpunan Umno
- 60 Ribu Untuk Sambutan 66 Tahun Umno Modal Najib Untuk Bubarkan Parlimen
- Video Kutuk BERSIH Dari Artis Malaysia Yang Bodoh-Bodoh..
- BERSIH 3.0 - 939 Peguam Kutuk Keganasan PolisBerbanding 16
- PRU13 - UMNO Bakal Menang Besar
Posted: 12 May 2012 12:22 AM PDT Ng Lum Yong turut mendakwa kebanyakan peserta yang berkumpul pada perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ini terdiri daripada warganegara Myanmar dan Indonesia yang menurut beliau telah dibayar diantara RM100 sehingga RM200 setiap seorang. Seterusnya di sini |
Posted: 11 May 2012 11:27 PM PDT Pengarah Jais Mengaku Beliau Ahli Umno Shah Alam: Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin (gambar)adalah ahli Umno. Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno. Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran. Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan. Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'. Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno. Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya. Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan. Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut. Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa. Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang. Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini. Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak. -HD |
Umno Melutut Jugak Kepada Australia Posted: 11 May 2012 09:27 PM PDT Utusan akui salah, minta maaf pada senator Australia Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini. Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk 'Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'. "Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusan dipetik. Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam'. Tambahnya, beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama. "Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut," menurut notis itu. |
Posted: 11 May 2012 07:49 PM PDT Nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Sg Buaya, Labu Johnson dan Sendayan nampaknya tidak jd pengajaran pd peneroka. Tanah tergadai dan kini miskin, hilang segala2nya. Isu penyenaraian FGVH seperti dianggap remeh meskipun ia soal survival kehidupan peneroka pd masa depan. Sesetengah pemikiran anak2 peneroka tak padan dengan kelulusan dan kerjaya. Masih berbicara soal bersyukur, berterimakasih pada kjaan ...tidak kepada persoalan pokok. Adakah memang tahap ini mentality kita? Adalah mudah utk difahami, peneroka seusia 65 th keatas 'dipaksa' tandatangan borang kosong dlm bahasa inggeris utk tujuan pinjaman saham. Pinjaman antara 50k-100k yang dikenakan interest 5 peratus. Interest adalah riba' yg membawa dosa besar. Segala risiko kegagalan FGVH di Bursa Msia, kerugiannya di tanggung oleh peneroka. Mana ada Bank sedia beri pinjaman tanpa apa2 cagaran. Tentulah kerana peneroka ada tanah 10 ekar. Itulah yg diperincikan oleh Bank melalui terma2 pinjaman yg disign peneroka. Saya boleh terima kalau peneroka dgn latarbelakang pendidikan rendah berhujah; 'takkan kerajaan nak tipu kita', Najib tu anak Tun Razak yg buka Felda ...tp kalau anak peneroka belajar tinggi2 guna hujah yg sama, lekeh sgt le. Biarlah kita berhujah atas fakta bukan guna analogi bodoh yg menggambarkan cetek kelas pemikiran kita. Durian runtuh tu duit peneroka yg diambil dpd simpanan tunai felda dan anak2 sykt. Itu bukan duit Umno atau Najib. 55 tahun diperah keringat emak bapak kita di Felda; bila ada gerakkan yg kuat memperjuangkan hak peneroka, BN sebenarnya bimbang suasana politik seperti ini yg tak pernah berlaku sebelum ini. Mereka terpaksa beri umpan dan rasuah RM15K utk kekalkan sokongan di 54 kws Parlimen yg ada Felda. Sebenarnya ini kejayaan kita memberi pelbagai tekanan dlm isu2 tertunggak spt hutang tanam semula, Kadar Perahan Gred, penyelenggaraan ladang, perumahan generasi kedua dll. Kalau 15k itu duit dpd poket pemimpin UMNO, ye kita blh katakan tak malu sape yg menentang ambil duit tsb. Tp ini duit hasil perjuangan,pengorbanan,keringat dan airmata peneroka. Jgn le smpai kita guna ayat2 dan hujah dangkal apatah lagi kondem dgn perkataan kesat spt 'HARAM JADAH'. Saya luahkan hari ini dgn mengambil kira pandangan,kritikan melalui mcm2 penulisan yg saya baca. Saya harus mengakui jln sukar penuh berliku nak fahamkan orang melayu erti perjuangan. 20 tahun turun padang masih terlalu awal lg nak yakinkan masyarakat felda. Banyak kerja lagi nak dibuat. Berdepan semua golongan dpd orang biasa sampai vvip. semua kita hadapi. Namun; saya yakin dgn pertolongan All. Walau dugaannya hebat, Allah bersama dgn orang yang benar. Serangan fitnah,lokap,dikepong, ugut dan ancam telah lali. Ia sgt kecil jika dibandingkan pejuang terdahulu. Lepas ni nak jumpa pula dgn Suhakam, Bank Negara, Bursa Malaysia dan sedang menanti temu janji dgn PM utk serah memo. Kena guna segala ruang yg ada. Insyaallah bangsaku akan sedar jua akhirnya.... Mazlan Aliman http://www.facebook.com/media/set/?set=a.214738918643763.47435.100003229707933&type=1 |
Lawak Najib - Polis Ceria Di Perhimpunan Umno Posted: 11 May 2012 04:51 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pakatan pembangkang agar berhimpun di stadium seperti yang dilakukan oleh Umno jika benar-benar mahu menunjukkan kekuatan mereka. Najib, yang juga Presiden Umno, berkata pembangkang akan bersetuju dengan tawaran untuk mengadakan perhimpunan di stadium jika mereka benar-benar mencintai keharmonian negara dan menghormati undang-undang. "Kita berhimpun dalam stadium ini secara aman. Kita berhimpun dalam stadium ini secara tertib. Kita berhimpun dalam stadium ini kerana Umno menghormati undang-undang negara. "Kita tak perlu ramai anggota polis. Anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum belaka. Mereka tak ada tension, kita pun tak ada tension. Kenapa kalau Umno boleh berhimpun dalam stadium, pihak-pihak lain tak boleh?" katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Jumaat malam. Najib berkata alasan yang diberi pembangkang bahawa Stadium Merdeka yang ditawarkan untuk mereka mengadakan perhimpunan pada 28 April lepas tidak mempunyai nilai sejarah, merupakan satu pembohongan. Katanya kerajaan telah menawarkan agar mereka berhimpun di stadium demi menjaga keamanan dan keselamatan tetapi ditolak dengan alasan sudah terlewat. "Padahal ada masa tiga hari lagi. Saya boleh beritahu, mereka nak tolak tawaran Stadium Merdeka kerana apa. Kerana mereka nak merempuh, mereka nak berbalah, mereka nak tendang pihak polis. "Kalau tak ada pergeseran, tak keluarlah cerita dalam CNN, Al-Jazeera, BBC. Inilah tujuan sebenarnya. Mereka nak tunjuk kononnya kita ni kerajaan dan pihak berkuasa yang zalim. Mereka tidak hormati undang-undang negara," katanya. Perdana Menteri berkata kekuatan Umno pada malam ini mampu merempuh mereka (peserta perhimpunan 28 April) jika mahu mempertahankan Dataran Merdeka tetapi Umno tidak bertindak sedemikian kerana mempunyai jati diri dan menghormati undang-undang negara. "Ini kerana negara ini telah dimerdekakan oleh Umno. Dibangunkan oleh Umno dan kerana Umnolah negara akan jadi negara maju dan berjaya. Sebab itulah kita tidak redha melihat apa-apa berlaku pada negara kita. Biar apa mereka nak lakukan, Umno tetap akan menjaga maruah dan imej negara kita ini," katanya. -- BERNAMA |
60 Ribu Untuk Sambutan 66 Tahun Umno Modal Najib Untuk Bubarkan Parlimen Posted: 11 May 2012 10:22 AM PDT Ucapan Ha Najib Razak baru sekejap tadi sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat. Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen. Bersih 3.0 adalah indikator pertama bagi Najib membuat penilaian dan keputusan apakah parlimen boleh dibuabrkan atau pun tidak dalam bulan Mei dan Jun ini. Dengan kehadiran lebih 60,000 ribu di stadium Bukit Jalil malam ini dianggap satu kehadiran yang terbesar dalam siri-siri majlis himpunan Umno yang diadakan selepas 28 April dapat menyangi kehebatan Bersih yang dihadiri lebih 250,000. Tidak ada lagi majlis Umno selepas ini melainkan majlis ini dibuat sempena hari ulang tahun Umno. Majlis-majlis di negeri-negeri kurang mendapat sambutan walaupun Umno menyediakan prasarana dan ubah wang poket. Di negeri kelahiran Najib sendiri satu majlis hanya dihadiri tidak sampai 200 dan ia menimbulkan kemarahan Najib. Malam ini waalaupun ahli Umno diangkut dan diupah, tetapi jumlah itu kurang dari 80,000 tetapi sudah cukup memuaskan Najib yang belaum ini belum pernah mendapat sokongan (paksa) seperti itu. Sebenarnya jumlah kehadiran di stadium Bukit Jalil ini belum dapat mengatasi ledakan penonton perlawanan akhir boleh sepak khasnya membabitkan Kelantan. Tetapi tidak mengapalah kerana inilah majlis melibatkan Najib teramai Najib perlu berpuas hati dan seronok. Mungkin bagi mereka yang tidak mahu menerima kelemahan dan berilusi Umno masih hebat, walaupun sudah lemah, menganggap himpunan malam ini sempurna dan terhebat. Kenapa mereka merasakan begitu kerana tidak ada himpunan sebesar malam ini walaupun kurang separuh dari jumlah himpunan Bersih 3.0. Najib dan Udin anak Yassin cuba sedaya upaya untuk menunjukkan majlis malam ini Umno kuat dan berpadu. Mereka berdua ingin menggambarkan kepada dunia bahawa Umno masih relevan dan utuh. Sebab itu Udin anak Yassin mengulangi jumlah hampir 100,000 dan katanya masih banyak lagi yang berada diluar dan dalam perjalanan. Sebenarnya yang dalam perjalanan sudah pun melencong ke tempat lain. Najib pula malam ini telah mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman dan luarannya. Suaranya sudah dilepaskan kesemua sekali. Jeritannya seakan sama kuat dan sama ngeri dengan jeritan harimau yang cedera ditembak. Kenapa saya kata majlis itu tidak sumpurna? Situasi itu cukup apabila bekas presiden Umno dan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak ada dalam majlis itu. Apakah beliau sakit. Begitu juga bekas pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain termasuk anak-anak bekas timbalan perdana menteri, Ghafar Baba, Tamrin Ghabar, bekas anak Ketua Pemuda Umno, Harun Idris, Mazlan Harun, anak-anak bekas pahlawan Umno dan lain-lain tidak bersama. Itu memberi gambaran bahawa Umno semakain renggas dan bercelaru, indah di luar buruk di dalam. Masak di hujung putik dipangkal. Orang-orang seperti Abdullah Badawi, Tengku Razaleigh tidak patut tidak hadir. Kalau mereka uzur dengan kerusi roda pun patut diheret. Tidak cukup dengan kedatangan Mahathir bersama isteri untuk menunjukkan Umno masih kuat dan padu seperti dulu. Penglibatan Mahathir dalam apa-apa majlis Umno hari ini dilihat bukan menyempurnakan lagi tetapi mencacatkan? Dalam perhatian saya sambutan di kalangan pemuda Umno (anak-anak muda) kurang sekali. Kalau tanpa puteri dan wanita Umno yang dilihat sebagai peminat Umno kerana ingin glamour, mungkin majlis itu semakin rengas seperti daun kepala dimakan kekabur. Dari jumlah 60,000 itu mungkin 40,000 darinya adalah dari kalangan wanita. Najib atau admit media sosialnya (Fb, blog, twitter dan lain) pernah menguar-uarkan bahawa pengikut Fb atau blog Najib sudah mencecah 1.5 juta. Apakah mereka tidak mengetahui majlis itu dan hanya menyapa Najib menerusi Fb dan blog atau twitter dengan tiap seorang membuka 10 hingga 30 akaun? Kalau benar pengikut media sosial Najib mencapai jumlah jutaan pengikut pasti di belapan stadium Bukit Jalil penuh sesak dan tidak ada kerusi kosong di tempat duduk berbumbung. Tetapi nampaknya dari suluhan kemera tv yang begitu hati-hati ternampaknya tempat duduk kosong tergohong. Begitu juga kaum India yang hadir sama-sama meraikan ulang tahun Umno tidak ramai. Jumlahnya jauh lebih ramai yang pergi berarak dekat Bersih di mana saya anggarkan kira-kira 20,000. Ke manakah kaum India kali ini. Atau mereka menyimpang wang, tenaga dan semangat untuk menyertai himpunan Hendraf hujung bulan ini? Tidak ada corong kemereka tv yang diselar ke muka India. Tidak mengapalah terpulang serah kepada Najib untuk menilai dan beliau merasa berhak untuk berseronok dengan gelombang merah malam ini. Sebagai orang yang pertama kali mendapat crowd seramai itu mungkin menyebabkan Najib tidak dapat tidur kerana mikirkan beliau mendapat sambutan. Walhal sorakan untuk Mahathir lebih hebat darinya. Dari segi ucapan Najib tidak berapa elok kerana ada kalanya terlalu emosional dan ego. Ada beberapa perkara beliau sepatutnya tidak menyebut dan mengulang-ulanginya lagi kerana sudah pun menyebut sebelum ini. Ruang dan kesempatan yang baik itu sepatutnya Najib gunakan untuk membangkit semangat orang Melayu dan rakyat Malaysia, tetapi sayang digunakan untuk menghetam Bersih, memperkecilkan Bersih dan cuba mencerminkan pembangkang sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab. Najib tidak habis-habis memuji polis dan membenci kejahatan para peserta Bersih sedangkan hakikatnya sudah diketahui jutaan orang. Pada majlis begitu yang penuh emosi dan sentimental itu sepatutnya Najib berucap secara matang mengemukakan hujan fikir secara lebih mampan untuk menjelaskan transformasi dilakukannya. Mengajak rakyat untuk bersatu dengan Umno dan tidak perlu memperlekeh dan menjahat-jahatkan pembangkang secara melulu dan berlebihan. Pengundi hari ini sudah dewasa dan matang berfikir. Betapa pembangkang di kosmetikkan dengan kejahatan, mereka akan nilai sendiri nanti. Di hadapan Najib mereka bertepuk tangan tetapi bila kembali ke rumah mereka membandingkan dengan fikiran tenang. Sebab itu ada orang yang mengucup tangan Rosmah bila balik mereka basuh dan samak dengan tujuh jenis air. Kecuali seorang manusia saja yang tidak mandi tujuh hari kerana menghidup bau tangan Rosmah untuk dijadikan saksi dan bukti kesetiaan dia kepada Umno. Najib tidak seharusnya mendabik dada Umno hebat, baik dan berjasa kepada rakyat. Sebaiknya dan paling berkesan biarlah orang lain yang memuji Umno. Najib sebagai orang Umno sudah tentu akan memuji Umno baik, seperti mana Najib melihat ke dalam cermin dia pasti merasakan dia paling kacak daripada segala orang lain termasuk bintang filem. Iya, melihat kepada semangat Najib malam ini dan keyakinan bahawa Umno sudah mentap, kuat, sihat nampaknya dia sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Najib tampaknya sudah berpuas hati dengan tahap orang-orangnya dalam mempersiapkan diri untuk berpilihan raya. Apapun hendak dikatakan Najib tetap mengambil himpunan malam ini sebagai indaktor untuk bubar parlimen. Malam ini Najib juga terlalu yakin rakyat terjerat dengan perangkapnya menerusi pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500, baucher RM100 kepada pelajar, kewujudan kedai, klinik, pasar ikan 1 Malaysia dan sebagainya. Tujuh prinsip atau pun persoalan untuk dijawab pembangkang juga menunjukkan dia konfiden. Tujuh perkara itu pasti akan dijadikan tunggak dalam manifestonya untuk berigumentasi dengan pembangkang. Melihat kepada senario dan raut muka Najib yang lebih merah pada malam ini saya percaya Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. Bila? Kerana suka tidak suka Najib sudah tidak ada masa dan ketika yang baik lagi untuk berbuat demikian. Waktu ini juga rakyat termasuk ahli Umno sedang membuak rasa, tergila-gila hendak berpilihan raya, dan semasa sekeling masih ada... bubarlah walaupun khabarnya bomoh Siam, Tok Sami dan Kiyai di Indonesia membuat telahan mengikut firasat dan ilmu batin mereka masing-masing bahawa pilihan raya ke-13 ini pilihan raya yang tidak membawa banyak tuah kepada UBN dan memberi dugaan kurba buat Najib. [wm.kl.10:43 pm 11/05/12] - mso |
Video Kutuk BERSIH Dari Artis Malaysia Yang Bodoh-Bodoh.. Posted: 11 May 2012 06:00 AM PDT |
BERSIH 3.0 - 939 Peguam Kutuk Keganasan PolisBerbanding 16 Posted: 11 May 2012 05:06 AM PDT Majlis Peguam Malaysia hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Badan peguam dengan keahlian lebih 14,000 anggota itu meluluskan usul tersebut yang diajukan presidennya, Lim Chee Wee pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) petang tadi. "Majlis Peguam Malaysia memandang serius dan mengutuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, salah, dan tanpa had terhadap peserta himpunan," kata Lim Chee Wee sewaktu membacakan sebahagian petikan daripada usul itu selepas selesai mesyuarat. Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM petang tadi dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tersebut. Lim berkata berbeza dengan polis, peserta BERSIH yang menuju ke arah Dataran Merdeka bersurai secara aman walaupun selepas polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap mereka. "Peserta berpusing dan mula beredar. Tiada pijak memijak berlaku. Ia satu bukti bahawa mereka adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya. Lim juga berkata Majlis Peguam menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas insiden itu. Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa. "Kami gesa polis mengenal pasti anggota mereka yang terlibat dalam kelakuan yang menyalahi undang-undang, terutamanya yang menyerang peserta himpunan, didakwa," kata Lim. Resolusi yang diusulkan Lim hari ini hasil daripada laporan pemerhatian 78 pemerhati dari Majlis Peguam sewaktu himpunan BERSIH anjuran gabungan 84 NGO itu. |
PRU13 - UMNO Bakal Menang Besar Posted: 11 May 2012 01:18 AM PDT Sekitar 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN) sebagai parti keutamaan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bulan depan, berbanding 21 peratus yang mahu mengundi Pakatan Rakyat (PR). Bagaimanapun hasil kajian yang dikendalikan baru-baru ini, dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, juga mendapati 30 peratus pengundi tidak pasti parti yang menjadi keutamaan mereka - yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar. Dengan perkembangan itu, pengundi atas pagar dilihat mengalami peningkatan kali ini berbanding PRU12 dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan sesebuah parti pada PRU13. Kajian itu dikendalikan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM antara 31 Mac dan 15 April lalu melibatkan 2,282 pengundi berdaftar di Semenanjung. Kajian tidak melibatkan pengundi Sabah dan Sarawak - dua negeri yang menawarkan 56 daripada 222 kesemua kerusi Parlimen. "Kumpulan 30 peratus ini, pada pandangan kami, yang akan menentukan siapa dan parti mana yang akan memperoleh kemenangan dalam PRU13 kelak," kata Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM, Amer Saifude Ghazali ketika membentangkan hasil kajian pada Wacana Politik dan Persepsi Semasa Pengundi Menjelang PRU13 di institusi pengajian tinggi itu, hari ini. Menurut beliau, arah aliran sokongan 30 peratus pengundi atas pagar itu akan menentukan sama ada Bn atau PR akan menguasai Parlimen pada PRU13. "Kadar ini boleh memihak kepada BN atau PR, bergantung pada strategi yang parti-parti politik yang bertanding. Jika parti politik bijak menggunakan strategi, mereka boleh menawan sokongan 30 peratus pengundi ini... jika mereka beralih kepada BN, maka BN akan menang dan jika pindah ke PR, PR berpeluang memperoleh kerusi majoriti Parlimen," kata Amer. Paras 30 peratus yang tidak pasti ini juga sama di peringkat negeri. Pusat itu turut mengeluarkan penemuan di beberapa negeri khususnya negeri-negeri yang sedang diperintah PR. Misalnya, di peringkat Selangor, 34 peratus pengundi Melayu menyatakan bahawa BN menjadi keutamaan mereka berbanding 33 peratus memilih PR dan 33 peratus lagi pula tidak pasti. Di kalangan pengundi Cina, 16 peratus sokong BN berbanding 49 peratus memilih PR dan 20 peratus lagi tidak pasti. Seramai 20 peratus pengundi kalangan kaum India di Selangor memilih BN dan 60 peratus cenderung kepada PR dan 20 peratus lagi berada dalam kategori tidak pasti. Di Perak, 36 peratus pengundi Melayu memilih BN sebagai parti pilihan mereka dan masing-masing 30 peratus condong ke arah PR dan 34 peratus tidak pasti. Berbanding di Selangor, 67 peratus pengundi India di Perak memilih BN dan hanya lima peratus memihak kepada PR dan mereka dalam kategori tidak pasti pula 28 peratus. Di Kedah juga, senario itu tidak jauh berbeza tetapi bilangan pengundi yang tidak pasti lebih kecil iaitu 24 peratus di kalangan pengundi Melayu, Cina (12 peratus) dan India (25 peratus). Malah, di Kedah, 33 peratus pengundi Melayu memilih BN manakala kalangan Cina dan India pula masing-masing 38 peratus dan 65 peratus. Seramai 43 peratus orang Melayu, 50 peratus Cina dan 10 peratus India memilih PR. Bagaimanapun senario agak berbeza membabitkan Kelantan, yang dipimpin oleh Pas sejak 1990, kerana 44 peratus pengundi memilih PR berbanding 27 peratus melahirkan sokongan kepada BN. Seramai 29 peratus pengundi berada dalam kumpulan tidak pasti. Menurut Amer, ia menunjukkan bahawa senario di Kelantan adalah agak berlainan berbanding Selangor dan Kedah. Ketika ditanya mengenai signifikan peratusan pengundi tidak pasti dalam menentukan parti pilihan mereka dalam PRU13, Amer berkata, meskipun 30 peratus pengundi mengatakan tidak pasti, sebenarnya penemuan "kami juga menunjukkan bahawa sebahagian besar sudah membuat keputusan." "Cuma mereka tidak mahu memberitahu parti yang menjadi keutamaan mereka secara terbuka. Pendirian mereka, kami dapat kenal pasti menerusi jawapan kepada soalan-soalan lain yang berkaitan, misalnya ada yang menentang dasar kerajaan," kata beliau. Berkenaan dengan keutamaan pilihan antara parti dan calon, 37 peratus pengundi berkata bahawa mereka akan membuat pemilihan berdasarkan calon manakala 51 peratus lagi memilih dengan mempertimbangkan aspek parti. Seramai 12 peratus lagi tidak pasti. Dari segi kaum, masing-masing 50 peratus pengundi Melayu, 54 peratus (Cina) dan 57 peratus (India) mengutamakan soal parti apabila mahu mengundi kelak. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan