Kelab Greenboc |
- [KAJIAN] Isu "2L" (Lembu NFC & Lynas) Bakal Buat UMNO BN Terkangkang Pada PRU13
- Pengarah Jais Mengaku Beliau Ahli Umno
- [Bergambar] 2 Buah Bas Bawa Ahli UMNO Terengganu Ke Bukit Jalil Kemalangan Di Tol Rasah
- Najib: Rasa-rasa Nak Mengadap Agong Esok (Hari Ini)
- Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta
- [Video] 939 Peguam Kutuk Kekerasan Polis Pada Bersih 3.0 Berbanding 16 Menentang
- Pengerusi SPR Langgar Perlembagaan Gagal Isytihar Keanggotaan Ahli UMNO
- Mahathir Lebih Rela Belasah Marina Untuk Selamatkan Kareer Mukhriz
[KAJIAN] Isu "2L" (Lembu NFC & Lynas) Bakal Buat UMNO BN Terkangkang Pada PRU13 Posted: 12 May 2012 01:08 AM PDT PRU13: Isu NFC boleh jejas imej Umno-BN Shah Alam - Kontroversi berkaitan dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang tercetus November lalu, dilihat sebagai antara isu masih 'segar' di kalangan pengundi dan boleh menjejaskan imej Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana memberi gambaran parti itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Ia antara penemuan kajian kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang baru dikeluarkan. Daripada lebih 2,200 responden ditemui, yang terdiri daripada pengundi berdaftar, majoriti pengundi mengatakan mereka bersetuju yang isu NFC menjejekasn imej Umno kerana ia memberi gambaran parti teras Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Isu itu telah membawa kepada tindakan mahkamah ke atas Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Salleh Ismail manakala isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh senator berakhir 8 April lalu. Kajian ini dijalankan dalam lingkungan tersebut. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan 68 peratus responden Melayu berada dalam kelompok sangat setuju dan setuju apabila diajukan soalan berkaitan. Begitu juga dengan responden kalangan pengundi Cina - masing-masing 31 peratus sangat setuju dan 49 peratus setuju. Pengundi India yang sangat bersetuju dan setuju dengan soalan itu masing-masing 13 peratus dan 32 peratus. Kontroversi NFC merupakan salah satu daripada empat isu yang menjadi pilihan responden apabila ditanya mengenai antara isu yang boleh menjejaskan prestasi BN pada PRU13. Dua isu yang lain ialah kenaikan harga rumah yang melambung tinggi dan aspek berkaitan dengan integriti pemimpin BN-Umno. Salah satu aspek penemuan hasil kajian, yang dibawa Sinar Harian Online semalam menunjukkan BN menjadi keutamaan di kalangan 49 peratus pengundi manakala 21 peratus kepada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun 30 peratus pengundi masih belum membuat keputusan, dilihat sebagai pengundi atas pagar. Berhubung soalan sama ada isu NFC tidak berkaitan dengan Shahrizat dan diperbesarkan oleh parti pembangkang, 49 peratus respoden tidak setuju manakala 35 peratus tidak pasti. Hanya masing-masing empat peratus dan 12 peratus sangat setuju dan setuju dengan soalan itu. Malah, arah aliran pandangan itu seiring dengan pendirian yang dilahirkan oleh responden yang cenderung menyokong BN. Peratusan mereka yang tidak setuju dan sangat tidak setuju (38 peratus) mengatasi kumpulan responden yang setuju dan sangat setuju (21 peratus). Majoriti responden juga bersetuju bahawa isu NFC melibatkan Shahrizat kerana penglibatan keluarganya secara langsung. Seramai 58 peratus sangat setuju dan setuju manakala 35 peratus lagi tidak pasti. Menjawab soalan sama ada keluarga Shahrizat perlu memulangkan kembali wang NFC kepada kerajaan, 66 peratus responden berada dalam kelompok sangat setuju dan setuju. Hanya 29 peratus responden tidak pasti. -SH
|
Pengarah Jais Mengaku Beliau Ahli Umno Posted: 11 May 2012 10:28 PM PDT Shah Alam: Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin (gambar)adalah ahli Umno. Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno. Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran. Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan. Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'. Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno. Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya. Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan. Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut. Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa. Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang. Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini. Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak. -HD |
[Bergambar] 2 Buah Bas Bawa Ahli UMNO Terengganu Ke Bukit Jalil Kemalangan Di Tol Rasah Posted: 11 May 2012 08:41 PM PDT Gelombang Merah Umno Terhempas Di Tol Rasah Dua buah bas yang membawa pulang penyokong-penyokong Umno Terengganu dari perhimpunan di Stadium Bukit Jalil telah terlibat dalam satu nahas jalan raya di exit Tol Rasah awal pagi ini. Menurut Cikgu Bard melalui tweeternya nya, sebuah bas yang membawa penyokong Umno Terengganu (Kuala Terengganu) telah merempuh sebuah treler yang dipercayai berjalan perlahan dari arah belakang. Ini diikuti pula oleh sebuah lagi bas yang membawa penyokon Umno Kuala Berang merempuh dari belakang bas tersebut. Cikgu Bard beserta beberapa aktivis SAMM Negeri Sembilan yang dalam perjalanan pulang dari Johor terserempak dengan kejadian tersebut serta merta turut membantu mangsa nahas yang terlibat. Setakat ini tiada kematian dilaporkan, cuma beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan yang agak serius. Beliau juga mendoakan agar mereka semua selamat! Syabas kita ucapkan kepada Cikgu Bard yang walaupun diherdik dan dimaki hamun oleh sekumpulan Samseng Umno seperti disini , sikap dan rasa per kemanusian beliau perlu dicontohi oleh kita semua.Syabas Cikgu Bard dan aktivis SAMM Negeri Sembilan! -alhusseyn |
Najib: Rasa-rasa Nak Mengadap Agong Esok (Hari Ini) Posted: 11 May 2012 06:40 PM PDT Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Tun Razak menarik perhatian banyak pihak malam ini sambil berkata, beliau seolah-olah sudah mendapat inspirasi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong "esok" bagi mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen - ekoran sokongan dan kehadiran luar biasa ahlinya pada majlis sambutan hari ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. "Rasa-rasa esok (hari ini) saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?" kata Presiden Umno ketika spekulasi memuncak yang Parlimen akan dibubarkan dalam waktu terdekat. Penganalisis dan pemerhati politik meramalkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan bulan depan. Kata-kata itu disusuli dengan Najib bertanya, "boleh (kita) menang, boleh menang, boleh menang." Perdana Menteri seterusnya bertanya kepada hadirin di Stadium Nasional sama ada bersedia untuk dipanggil PRU13 bulan depan atau pada bila-bila masa sahaja. "Tahun ini, tahun depan, bulan Jun? (Atau) bila-bila boleh, tahun depan?" kata beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sambil memandang ke arah ahli-ahli Majlis Tertinggi yang duduk di pentas utama. Sebahagian pemimpin dilihat memberi isyarat tidak diadakan PRU13 tahun depan, sebaliknya mahu ia disegerakan. Ucapan beliau disiarkan menerusi stesen-stesen televisyen. Spekulasi terbaru menyebut Najib sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong Khamis lalu. Spekulasi sebelum ini meramalkan PRU13 pada November lalu dan suku pertama tahun ini. Ucapan Najib malam ini dilihat petanda PRU13 sudah semakin dekat, lebih-lebih lagi sambutan yang pertama kali diadakan dalam sebuah stadium. Ucapan kira-kira 10 minit pertama beliau juga dimulakan dengan kecaman ke atas penganjur perhimpunan Bersih 3.0 yang enggan mengadakan perhimpunan di stadium. Dalam ucapannya, Najib juga menyifatkan perhimpunan ulang tahun Umno ke-66 sebagai "satu perhimpunan raksasa, satu perhimpunan yang luar biasa, yang dianggap sebagai perlambangan kekuatan Umno." "... perlambangan roh dan semangat, perjuangan gigih Umno. Sebab itulah perhimpunan menunjukkan semangat Umno, sokongan tidak menurun, hampir 100,000 yang berhimpun," kata Najib lagi. -SH Najib Gambarkan Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat |
Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta Posted: 11 May 2012 04:40 PM PDT Protes di Mekah, Arab Saudi hantar nota diplomatik Kerajaan telah menerima nota diplomatik daripada Kedutaaan Arab Saudi yang menasihati rakyat Malaysia supaya tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi dan mematuhi undang-undang dan norma di Arab Saudi. Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, protes BERSIH yang dianjurkan di Mekah dan Madinah telah menimbulkan kebimbangan kerajaan Arab Saudi yang mungkin mengugat kuota jemaah Malaysia untuk pergi menunaikan ibadat haji. Katanya, Malaysia akan menghoramti tindakan kerajaan Arab Saudi yang akan diambil terhadap rakyat Malaysia yang terbabit dalam protes di bawah apa jua undang-undang. "Kita akan memberi kerjasama penuh," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur petang ini. Satu laporan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu mendakwa kerajaan Arab Saudi sedang memburu pemimpin pembangkang yang didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH pada 28 April di kota suci Mekah dan Madinah. Memetik sumber yang tidak dinamakan, akbar itu mendakwa individu berkenaan diburu kerana "dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah." Sementara itu, Anifah juga berkata tidak ada keperluan untuk orang luar menyiasat Prhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April. Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan mampu menjalankan penyiasatan sendiri yang saksama dan yakin dengan pihak berkuasa dan polis. "Bagi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya tidak fikir ini adalah satu isu," tambahnya. Jamil Khir: Arab Saudi sedang mempertimbangkan kena sekatan kepada jemaah haji, umrah Malaysia Bersih Perlu Bertanggungjawab Jika Arab Saudi Sekat Jemaah Malaysia Ulasan GB Ketiga-tiga berita di atas cukup meragukan. Kerana tiada sebab untuk kerajaan Arab Saudi berasa bimbang terhadap sekumpulan rakyat malaysia yang sekadar bergambar sambil memegang bendera kuning BERSIH tanda sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur. GB cukup yakin bahawa ketiga-tiga menteri di atas berdusta, semata-mata untuk memburukkan BERSIH di mata masyarakat kita. Nota diplomatik? Kalau serius mengapa sekadar nota? Betul-betul menteri luar punya auta! Menteri-menteri yang cuba membodohkan rakyat menyangkakan penduistaan mereka boleh menyebabkan rakyat akan merenggangjkan diri denagn BERSIH. Sebenarnya sesiapa punboleh membuat semakan di Kedutaan Arab Saudi apakah benar ada nota diplomatik dikeluarkan khusus kerana BERSIH. Dan juga, sebenarnya buang masa untuk pihak keselamatan Arab Saudi hendak pergi memburu pemimpin pembangkang yang kononnya didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH seperti dilaporkan akhbar pencacai, Mingguan Malaysia. Beberapa orang sahabat GB yang berkebetulan sedang mengerjakan umrah di Mekah menyatakan tidak ada apa-apa pun berlaku di sini. OK sahaja. Mengenai berita tentang sekatan kuota haji & umrah, cuma akhbar dan agensi berita di Malaysia sahaja yang sengaja menggembar-gemburkannya untuk memburukkan BERSIH. Ini disokong pula oleh kenyataan Ustaz Zamri di dalam FBnya yang GB kutip dari ASD: |
[Video] 939 Peguam Kutuk Kekerasan Polis Pada Bersih 3.0 Berbanding 16 Menentang Posted: 11 May 2012 08:31 AM PDT Hanya 16 peguam tolak usul kutuk keganasan polis Majlis Peguam Malaysia hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Badan peguam dengan keahlian lebih 14,000 anggota itu meluluskan usul tersebut yang diajukan presidennya, Lim Chee Wee pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) petang tadi. "Majlis Peguam Malaysia memandang serius dan mengutuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, salah, dan tanpa had terhadap peserta himpunan," kata Lim Chee Wee sewaktu membacakan sebahagian petikan daripada usul itu selepas selesai mesyuarat. Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM petang tadi dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tersebut. Lim berkata berbeza dengan polis, peserta BERSIH yang menuju ke arah Dataran Merdeka bersurai secara aman walaupun selepas polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap mereka. "Peserta berpusing dan mula beredar. Tiada pijak memijak berlaku. Ia satu bukti bahawa mereka adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya. Lim juga berkata Majlis Peguam menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas insiden itu. Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa. "Kami gesa polis mengenal pasti anggota mereka yang terlibat dalam kelakuan yang menyalahi undang-undang, terutamanya yang menyerang peserta himpunan, didakwa," kata Lim. Resolusi yang diusulkan Lim hari ini hasil daripada laporan pemerhatian 78 pemerhati dari Majlis Peguam sewaktu himpunan BERSIH anjuran gabungan 84 NGO itu. -mk Set up IPCMC, tender apology |
Pengerusi SPR Langgar Perlembagaan Gagal Isytihar Keanggotaan Ahli UMNO Posted: 11 May 2012 06:31 AM PDT PKR dakwa Aziz tidak isytihar status keahlian Umno selepas dilantik PETALING JAYA, 10 Mei — PKR mendakwa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof tidak mengisytiharkan keanggotaan sebagai ahli Umno selepas dilantik menganggotai badan pengendali pilihan raya itu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz seharusnya membuat pengisytiharan tersebut dalam masa tiga bulan selepas pelantikannya sebagai anggota SPR. "Beliau sepatutnya sudah gugur taraf sebagai pengerusi SPR jika tidak mengisytiharkan dirinya menganggotai mana-mana pertubuhan selepas tiga bulan dari tempoh masa dilantik," kata Saifuddin ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Berdasarkan Perkara 114 Fasal 4A Perlembagaan Persekutuan berkenaan pelantikan keanggotaan SPR, Saifuddin menjelaskan, "pengerusi SPR itu hilang kelayakan jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu menjadi mana-mana anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam mana-mana organisasi sama ada mendapat keuntungan atau tidak." "Tuntutan itu jelas menunjukkan selepas tiga bulan dilantik, beliau perlu menarik diri daripada menganggotai mana-mana badan pertubuhan dengan membatalkan keahlian, atau beliau akan terlucut jawatan secara automatik dalam menganggotai SPR. "Sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan Perlembagaan," tegas Saifuddin lagi. Menurut Saifuddin ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam berkenaan keahlian Umno Abdul Aziz, "setelah mana-mana pihak membayar yuran keahlian parti, beliau adalah ahli parti dan tidak akan terlucut." Tambah Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan yang mana yuran tahunan membolehkan ahli mengundi dan diundi serta boleh dipilih menjadi perwakilan parti, sedangkan yuran keahlian hanya dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran sebagai ahli. "Yuran tahunan perlu bagi ahli itu untuk menyertai perhimpunan dan mesyuarat parti. Malah dia boleh dipilih atau menggunakan hak ahli untuk memilih penjawat jawatan dalaman parti. "Seseorang tidak akan terlucut sebagai ahli, dia hanya tidak boleh ambil bahagian mengundi dan diundi jika hanya membayar yuran keahlian semasa pendaftaran," katanya lagi. Tambah Saifuddin, walaupun Nazri sudah sahkan status Aziz semalam, tapi hakikatnya beliau pernah menjadi ahli Umno dan itu tidak menafikan keanggotaan Aziz sebagai ahli Umno. "Apabila yuran keahlian sudah dibayar, beliau akan menjadi ahli Umno selama-lamanya, kecuali apabila beliau dipecat atau menghantar surat untuk keluar parti," katanya lagi. Nazri Aziz semalam berkata pengerusi SPR itu kini bukan lagi ahli Umno apabila Aziz sendiri memberitahu beliau perkara itu selepas memeriksa status keahlian tersebut dengan cawangan terbabit. "Pengerusi SPR beritahu saya yang beliau bukan ahli Umno. "Beliau mengesahkan dengan cawangannya (didaftarkan sebelum ini) yang beliau bukan lagi ahli," katanya dalam satu sidang media semalam. Menurutnya lagi, keahlian tersebut tidak lagi disambung selepas Aziz gagal memperbaharui keahlian selepas mendaftar buat pertama kali. Nazri turut berkata Aziz memberitahu beliau bahawa keahlian itu didaftarkan jemaah surau berhampiran tempat tinggalnya. Sehubungan itu, Saifuddin telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi mewujudkan tribunal khas bagi menyiasat perkara ini yang turut melibatkan Naib Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. -TMI PKR : Tubuh Tribunal Siasat Pengerusi SPR Langgar Perlembagaan Persekutuan |
Mahathir Lebih Rela Belasah Marina Untuk Selamatkan Kareer Mukhriz Posted: 11 May 2012 04:52 AM PDT Mahathir selar Marina, apa keganasan polis? KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0. Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0. "Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu," tulis beliau. "Dan jika Menteri Dalam Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi yang begitu teruk? 65 orang masuk di hospital, hanya dua sahaja polis. Ini memberitahu sesuatu," kata Marina lagi. Marina berkata insiden tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya penyiasatan yang bebas. "Ramai yang tercedera bukan disebabkan polis. Para pendemo, juga melakukan serangan terhadap orang ramai yang mereka sangka sedang menyaksikan atau merakam apa yang berlaku," selar Mahathir yang dipetik The Star. Mahathir turut mendakwa Unit Amal PAS "yang berbaju merah" dan "dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan" turut terlibat. Mahathir turut berkata bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 kerana beliau mengikut "arahan". "Ini kerana beliau tidak cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau, semua tidak akan cedera," hujah Mahathir lagi. Marina, kata ayahnya, sudah pasti tahu akan peristiwa "benteng diceroboh", "cermin kereta polis pecah" dan "kereta polis diterbalikkan". Membela pihak polis yang terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih 3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan ramai "akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi." -HD Ulasan GB Sebenarnya, Mahathir khuatir gelombang BERSIH 3.0 yang lalu akan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO/BN dan yang menerima kesan lansungnya ialah anaknya yang kini menjadi Timbalan menteri MITI, Mukhriz Mahathir. Bersusah payah untuk Mahathir melobi Najib supaya anaknya yang tewas di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO itu untuk mendapat tempat di dalam kabinet Najib dengan menepis menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO untuk satu kerusi di dalam kabinet. Mahathir sendiri tahu bahawa keganasan polis memang berlaku. Beliau juga tahu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 dihuruharakan oleh tindakan provocator, seperti kejadian peristiwa "benteng diceroboh", "cermin kereta polis pecah" dan "kereta polis diterbalikkan", bukan oleh peserta BERSIH. Tetapi mengakui secara berterus-terang kenyataan Marina bererti menyembelih masa depan Mukhriz. Cukup sekadar "membela" Marina dengan menyatakan bahawa beliau mengikut "arahan". Mahathir membuat tuduhan kononnya Unit Amal PAS "yang berbaju merah" dan "dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan". Mahathir perlu dibawa ke majlis Unit Amal PAS untuk melihat sendiri aktiviti Unit Amal PAS sebelum membuat tuduhan berat tersebut atau sebelum diheret untuk kemukakan bukti-bukti nyata terhadap tuduhannya itu. Apa-apa pun, Mahathir sebenarnya sedang menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan menyaksikan parti yang pernah dipimpinnya itu kini sedang menuju kehancuran dan kemusnahan. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan