WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
PRU KE 13 - KAMI TELAH `DILATIH' OLEH FRU, MAKA PENDATANG ASING JANGAN CUBA MENGUJI KAMI Posted: 11 May 2012 07:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DIBERITAKAN beberapa hari lagi Najib `Haramjadah' (perkataan popular yang beliau sendiri perkenalkan) akan mengumumkan pembubaran Parlimen. Ertinya, tuntutan BERSIH 3.0 tidak akan dilayan dan Umno/Bn kini telah bersedia untuk menjadi Pembangkang selepas PRU ke 13 nanti. Bukan mudah untuk kita ke Putrajaya kerana kita berdepan dengan sistem `haramjadah' oleh pemimpin `haramjadah'. Mahu tidak mahu, PR terpaksa lalui sistem `haramjadah' ini kerana SPR yang `haramjadah' itu kesemuanya pekak dan tuli. Ada yang mencadangkan PR boikot Pilihanraya Umum yang akan datang ini, tetapi tindakan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh parti sekutu Apco itu untuk terus `mengharamjadahkan' rakyat apabila parti mereka menang di semua kerusi Parlimen dan Dun sekiranya PR memboikot PRU akan datang. Di samping kita bertawakkal kepada Allah yang lebih berkuasa dari puak `haramjadah' itu, kita juga mesti berusaha dengan apa cara sekali pun untuk mengurangkan tipu daya `syaitan haramjadah' ini. Apa caranya? Salah satu caranya adalah mengunakan apa jua bentuk samada lembut atau keras bagi menghalang pendatang-pendatang tanpa izin atau sesiapa sahaja yang tidak layak mengundi tetapi diberi kelayakan atas tujuan untuk menipu. Setiap negeri tentukan di setiap Cabang PKR, PAS Kawasan dan DAP Bahagian melantik satu kumpulan yang agresif berkawal sepanjang masa mengundi di semua tempat peti undi. Kumpulan ini hendaklah peka dan sensitif dengan sesiapa sahaja yang mara ke kawasan tempat membuang undi. Tidak sukar untuk menentukan mereka itu pendatang asing atau tidak. Lakukan sesuatu tindakan yang boleh menakutkan pengundi-pengundi haram ini agar mereka akan pulang memberitahu rakan-rakan mereka yang lain supaya tidak tampil sebagai pengundi haram. Kita tidak lagi mementingkan No Kad Pengenalan atau nama mereka berada di dalam Daftar Pemilih kerana sehingga kini daftar pemilih masih tidak dibersihkan. Apa yang penting, tentukan mereka adalah pengundi haram yang sepatutnya tidak boleh mengundi itu dihalau dari Pusat Membuang Undi. Periksa 100 % identiti mereka termasuk tempat kediaman, waris-waris mereka, alamat mereka bekerja atau apa jua maklumat lain yang boleh membantu kita mengenalpasti samada mereka hadir sebagai pengundi yang sah atau pengundi yang `disahkan' untuk menjadi pengundi `haramjadah'. Kalau kita boleh bertahan berdepan dengan FRU dan Polis sewaktu Himpunan BERSIH, tidak masuk akal kita boleh biarkan pendatang asing ini senang lenang mengundi dan menentukan pemimpin kita. Buat SPR, jika kamu tidak peka dengan tuntutan BERSIH, maka kami di dalam PR tidak akan peka lagi dengan undang-undang dan peraturan kamu. Kini, kami telah bersedia untuk berdepan dengan pengundi-pengundi `haramjadah' kerana kami telah diuji secara ganas sewaktu BERSIH 1,2 dan 3.0 yang lalu./wfauzdin.blogspot.com |
BEKAS TIMB KETUA CABANG INDERA MAHKOTA YANG KELUAR PARTI INGIN RUJUK SEMULA? Posted: 11 May 2012 11:34 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MERUJUK kepada berita yang aku baca dari PDO, khabarnya terdapat bekas pemimpin PKR Pahang yang telah keluar parti ingin merujuk semula kepada parti tersebut. Aku cuba juga merisik, setakat ini melalui maklumat beberapa pimpinan PKR Pahang, berita ini tidak dapat disahkan. Khabarnya, bekas Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota, Kuantan yang tidak beberapa lama dahulu meninggalkan PKR ingin memasuki parti ini semula. Beberapa pimpinan yang telah aku dapatkan komen mereka menyebut bahawa PKR tiada masalah untuk menerima borang permohonan kemasukan semula sesiapa pun yang telah keluar dari parti ini, tetapi belum tentu borang permohonan tersebut diluluskan. Melihatkan kepada peluang yang mungkin ada untuk menjadi calon di Parlimen Indera Mahkota iaitu di kawasan yang berpeluang cerah untuk dimenangi oleh PKR, maka sudah tentu terdapat ramai yang berminat untuk dicalonkan di dalam PRU akan datang. Oleh yang demikian, bukan mudah rasanya PKR Pahang boleh menerima seseorang secara tiba-tiba memohon untuk menyertai parti ini semula. Harus kita fikir, sewaktu mereka ini keluar dari PKR dahulu, alasannya adalah hilang kepercayaan terhadap DS Anwar terutamanya berkaitan dengan moral Ketua Umum PKR ini. Tiba-tiba, apabila mereka mengambil keputusan untuk menyertai parti ini semula, alasan yang diberi adalah mereka merasa meluat dengan Umno yang sering bermain dengan politik lucah dan fitnah yang membabitkan DS Anwar. Boleh diterimakah alasan seumpana ini? Secara peribadi, aku tidak yakin keikhlasan mereka untuk menyertai PKR semula melainkan jika mereka sanggup bekerja kuat membantu parti ini tanpa apa-apa syarat atau jawatan yang ditawarkan. PKR juga harus memikirkan kebarangkalian mereka ini `diutus' khas untuk menjadi perisik di dalam parti. Tidak mustahil kerana perangai puak-puak sekutu APCO ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka boleh gagalkan cita-cita kita untuk menawan Pahang khususnya dan Putrajaya, amnya. Jangan lupa, Ibu Pejabat PKR Pahang baru-baru ini telah diceroboh dan komputer yang mengandungi beberapa data berkaitan parti telah dicuri. Dikhabarkan beberapa dokumen parti juga turut hilang.Peliknya, mengapa pencuri berminat untuk mencuri beberapa dokumen dan segala wayar letrik di dalam pejabat diputuskan? Ianya seolah-olah ingin melumpuhkan Ibu Pejabat parti berkenaan. PKR Pahang harus berhati-hati dengan tipu muslihat musuh menjelang PRU yang dikatakan tidak beberapa hari sahaja lagi./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan