Khamis, 10 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Fitnah Tendang Polis - Aktivis Siswa Mahu Saman Utusan & Kosmo

Posted: 10 May 2012 12:57 AM PDT


Aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.


Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.

"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.

"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

'Menteri kata bukan saya'

Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.

"Saya tak pernah pakai style macam ini. Dan kalau orang yang waras, boleh tengok dengan jelas dari segi gaya rambut, warna kulit dan sebagainya berbeza dengan saya.

"Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu," katanya.

Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.

"Dalam satu tweet , Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya.

"Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya," katanya lagi. -mk


'Haram Jadah' Dari Najib Razak

Posted: 10 May 2012 12:11 AM PDT


Zul Kulim Kurang Ajar..

Posted: 09 May 2012 08:06 PM PDT


Mahathir Harap RUU Pilihanraya Tidak Ditarik Balik

Posted: 09 May 2012 06:02 PM PDT

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan tidak menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya kerana khuatir akan berlaku perkara-perkara di luar kawalan.

"Saya khuatir kalau kerajaan 'withdraw' (tarik balik), macam-macam akan berlaku...kita tak dapat buat apa-apa, pendek kata akan berlaku penipuan yang besar dan tidak ada satu yang boleh kita lakukan.

"Saya harap ini 'rumours' (khabar angin) sahaja dan kerajaan tidak akan tarik balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Towards World War III Scenario", di Yayasan Al-Bukhary di ibunegara semalam.


Dr Mahathir mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam bahawa kerajaan akan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya berikutan tentangan daripada anggota-anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Nazri berkata beliau akan mengemukakan usul untuk menarik balik cadangan pindaan ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 itu di Dewan Negara esok.


Dr Mahathir berkata cadangan untuk menarik balik rang undang-undang itu mungkin kerana kerajaan yakin dapat menangani kemungkinan yang bakal berlaku.

Namun, beliau berkata: "Tetapi kalau saya jadi perdana menteri, saya kurang yakin la...saya tak kuat".

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) melancarkan buku bertajuk 'Towards World War III Scenario : Dangers of Nuclear War' hasil tulisan Michel Chossudovsky sempena prosiding Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah kemudian menghadiri sesi dialog dengan Chossudevsky, seorang profesor ekonomi dari University of Ottawa.

Chossudevsky dalam bukunya, antara lain menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia untuk melancarkan perang nuklear terhadap Iran dan Korea Utara, yang menurutnya mungkin menyebabkan perang dunia ketiga.

Beliau turut mendakwa bahawa pendapat saintifik diguna untuk memanipulasi pandangan masyarakat antarabangsa bagi menghalalkan 'perang kemanusiaan' menggunakan taktik senjata nuklear, atas nama keamanan dunia, dan pada masa sama mengesahkannya sebagai satu cara untuk melindungi dunia barat daripada serangan nuklear.

- Bernama


Tarik Balik RUU Pilhanraya Bukti Umno Sudah Tengelam Punca

Posted: 09 May 2012 07:34 AM PDT

K'jaan tarik balik RUU pindaan kesalahan p'raya

Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di Dewan Negara esok.

Menurutnya, keputusan itu dibuat jemaah menteri selepas mengambilk kira maklum balas dan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.

Keputusan itu juga menurutnya dipersetujui pembangkang dan Suruhanjaya Pilihan Raya selepas satu pertemuan selama sepuluh minit hari ini.


Langkah itu juga diambil memandangkan Dewan Negara sedang membahaskan dua lagi pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas tiga pindaan di peringkat Dewan Rakyat sebelum ini, katanya.

"Kita lihat banyak penolakan (terhadap rang undang-undang itu). Ia jadi berserabut (dengan dua lagi cadangan pindaan di peringkat Dewan Negara).



"(Oleh itu) kerajaan buat keputusan untuk menarik balik rang undang-undang itu," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 itu diluluskan secara tergesa-gesa pada 19 April lalu – hari terakhir persidangan Parlimen untuk kali kelima bagi penggal ke-12.

Pakatan sokong penuh

Antara pindaan yang diluluskan pada hari itu melibatkan peruntukan bawah Seksyen 14 1(A) yang tidak lagi membenarkan pemerhati pilihan raya dari parti politik ditempatkan di pondok pilihan raya (barung).

Seksyen 26A subseksyen (2) dan (3) pula dipadamkan sepenuhnya menyebabkan pemerhati pilihan raya, calon dan wakilnya dihalang daripada memantau pendaftaran pengundi pada hari pilihan raya.

Seksyen 11(c) yang turut dipadam juga menyebabkan cetakan bahan pilihan raya tidak perlu disertakan nama dan alamat pencetak atau penerbit bahan tersebut.

Mengulas lanjut, Nazri memberitahu beliau akan mengusulkan perkara itu di Dewan Negara bagi pihak jemaah menteri esok.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang yang berkata Pakatan Rakyat menyokong penuh langkah kerajaan menarik rang undang-undang itu.

"Apa yang penting, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu pertimbang cadangan BERSIH.

"Kita masih jauh lagi dari mengecapi pilihan raya yang bebas dan adil," kata penasihat DAP itu lagi.

Penarikan balik rang undang-undang di peringkat Dewan Negara, yang amat jarang berlaku, dibuat dua minggu selepas perhimpunan BERSIH 3.0 di mana kira-kira 100,000 orang turun menuntut pilihan raya bebas dan adil serta berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.



BERSIH 3.0 - Haniff Omar antara Ahli Panel Penasihat Bebas.

Posted: 09 May 2012 06:14 AM PDT

Kerajaan mengumumkan pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Mereka terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka. Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya pada persidangan media di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.


PRU13 - Pakatan kekal di Selangor, Kedah dan Kelantan

Posted: 09 May 2012 05:08 AM PDT

(Keputusan kajian yang dibuat UMCEDEL di Selangor)

KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati sokongan kepada Pakatan Rakyat lebih baik berbanding Barisan Nasional di Selangor, Kedah dan Kelantan.


Kajian ini menolak gembar gembur yang dibuat BN sekarang bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di ketiga-tiga negeri itu akan jatuh dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut kajian itu, masyarakat India paling kuat menyokong Pakatan di Selangor iaitu 60 peratus menyokong Pakatan, 20 peratus BN dan 20 peratus lagi tidak pasti.

Untuk masyarakat Melayu pula, kajian itu mendapati BN mendapat 34 peratus, Pakatan (33 peratus) dan tidak pasti (33 peratus).

Di kalangan orang Cina pula, 49 peratus dari mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan, BN (hanya 16 peratus) dan tidak pasti (35 peratus).

Bilangan responden kajian ini adalah 2282 orang.

Kajian ini dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina, etnik India dan lain-lain.


(Keputusan kajian UMCEDEL di Kedah)

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Kajian lapangan dilakukan pada 31 Mac 2012 – 15 April 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian ini melibatkan 43 orang enumerator dan 3 orang penyelia.
Kajian ini dijalankan sebelum isu PTPTN dan BERSIH 3.0.

Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Fundamental Research Grant Scheme (FRGS).

Kedah dan Kelantan

(Keputusan kajian UMCEDEL di Kelantan)

Menurut kajian ini juga, Pakatan mendapat sokongan pengundi Melayu di Kedah iaitu 43 peratus berbanding BN hanya 33 peratus manakala 24 peratus lagi tidak pasti.

Pengundi Cina juga menyokong Pakatan Rakyat iaitu 50 peratus berbanding BN (38 peratus) dan tidak pasti (12 peratus).

Namun begitu, 65 peratus pengundi India menyokong BN berbanding Pakatan (10 peratus) dan tidak pasti 25 peratus.

Sokongan rakyat kepada Pakatan juga meninggalkan BN di Kelantan iaitu Pakatan 44 peratus, BN (27 peratus) dan tidak pasti (29 peratus).

Namun begitu, mengikut kajian ini, BN akan terus menang di Perak dan Negeri Sembilan serta peringkat nasional.

Kajian tidak dibuat untuk negeri Pulau Pinang dan lain-lain negeri.

http://idahsalam.blogspot.com/2012/05/pakatan-kekal-di-selangor-kedah-dan.html


5 suspek kes culik Nayati diberkas, 2 lari ke luar negeri

Posted: 09 May 2012 02:46 AM PDT

Empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 27 April lepas berjaya ditangkap manakala dua perancang utama kes itu dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dalam sidang akhbar hari ini, berkata lima suspek berumur antara 18 hingga 40 tahun itu direman selama 14 hari bermula semalam.

Hasil tangkapan itu, polis menemui semula sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar keluarga Nayati kepada suspek, katany


"Polis masih mengesan dua lagi suspek yang terlibat dalam kes ini yang dipercayai menjadi perancang utama penculikan Nayati, dan daripada maklumat yang kami terima kedua-dua suspek telah melarikan diri ke luar negara bersama sebahagian daripada wang tebusan," katanya.

Beliau berkata polis telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan dua suspek yang dipercayai melarikan diri ke Eropah itu.

Bakri turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana banyak menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya lima suspek itu.

"Kejayaan polis ini memberi keyakinan kepada warga asing bahawa negara kita selamat daripada anasir jenayah," katanya.

Nayati, 12, diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara berhampiran rumahnya di ibunegara, dan kanak-kanak lelaki itu ditemui selamat di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan pada 7.55 pagi, 3 Mei lepas.

- Bernama


Jemputan Kepada Seluruh Rakan Media & Bloggers

Posted: 09 May 2012 02:38 AM PDT

Biro Penerangan
KEADILAN Selangor
D1-01-G Jalan PJU 1A/46,
Pusat Perdagangan Dana 1,
47200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 7832 3279
3 Mei 2012

Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Seluruh Rakan Media & Bloggers

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS HI-TEA / RAMAH MESRA MPN KEADILAN SELANGOR BERSAMA RAKAN MEDIA / BLOGGERS DAN PERASMIAN PUSAT MEDIA KEADILAN SELANGOR.

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


Sukacitanya dijemput Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10hb Mei 2012 (Khamis)

Masa : 3.00 petang – 6.00 petang

Tempat : Pejabat Parti KEADILAN Rakyat Negeri Selangor,
D1-01-G Jalan PJU 1A/46,
Pusat Perdagangan Dana 1, Lembah Subang,
47200 Petaling Jaya, Selangor.
(Jalan ke Lapangan Terbang Subang)

Berikut adalah merupakan aturcara majlis pada hari tersebut:

3.00 petang : Kehadiran pihak media & bloggers

3.05 petang : Sesi biro penerangan bersama pihak media & bloggers

3.30 petang : Kehadiran pimpinan MPN KEADILAN Selangor

3.35 petang : Bacaan doa

3.40 petang : Ucapan aluan oleh pengerusi majlis

3.45 petang : Pembentangan oleh Biro Penerangan KEADILAN Selangor & ucapan oleh
YB Shuhaimi Shafiei – Ketua Penerangan KEADILAN Selangor

4.05 petang : Ucapan perasmian oleh YB Azmin Ali – Pengerusi KEADILAN Selangor
merangkap Timbalan Presiden KEADILAN Malaysia

4.35 petang : Lawatan ke Pusat Media KEADILAN Selangor

5.00 petang : Jamuan Hi-tea / Majlis Bersurai

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat mengesahkan kehadiran (R.S.V.P) sebelum Selasa 8hb Mei 2012 kepada pihak urusetia melalui:

Irwan Hidayat – 0196665236 / irwan.hidayat@gmail.com

Semoga dengan kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan akan dapat memeriahkan lagi majlis ini. Sila rujuk lampiran untuk peta ke pejabat kami.

Sekian terima kasih

Yang Benar

Irwan Hidayat
Setiausaha Penerangan
KEADILAN Selangor


Tiada ulasan: