Rabu, 9 Mei 2012

bumiperak

bumiperak


Najib label Peneroka yang menentang penyenaraian Felda -'Haram Jadah'

Posted: 09 May 2012 12:56 AM PDT

 JERANTUT, 9 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kumpulan peneroka yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) agar jangan mengambil durian runtuh yang diumumkan semalam untuk warga Felda.

Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.

Petikan transkrip Najib Tun Razak:

"Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan modal. Kalau mereka tidak memenangi hati nurani rakyat, mereka cuba mencelarukan fikiran. Sebab itu ada orang yang cuba bawa kes ini ke mahkamah.. dah bawapun ke mahkamah. Ttapi kita tetap cekal hati, kita teruskan juga Felda Global Ventures ini disenaraikan dan kita tahu ini untuk kebaikan.. HARAM JADAH, jangan terima kebaikan daripada penyenaraian ini. Saya nak tengok muka-muka ini.. DURIAN RUNTUH ini nak terima atau tidak.. HARAM JADAH.. Saya tak rela dan saya tak redha mereka ini menerimanya. Mengkhianati apa yang kita buat.. mereka memang muka tebal.." 

Tiada ulasan: