Selasa, 8 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Rahim Noor Takut Bila PR Menang Kilang Judi Genting Akan Ditutup

Posted: 08 May 2012 12:28 AM PDT

Bekas ketua polis negara Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.


"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.

Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.

"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.

Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".

Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".

Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.

Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas ketua polis negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah".

"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya

Harakahdaily.


Panas - Bekas Presiden MCA Akan Sertai Pakatan Rakyat

Posted: 07 May 2012 07:36 PM PDT

Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengumumkan dalam bulan ini, menyertai salah satu parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - Parti Tindakan Demokratik (DAP)!

Ong Tee Keat adalah bekas presiden MCA paling lantang mengkritik beberapa polisi Barisan Nasional sejak kalah dalam perebutan jawatan Presiden di tangan Chua Soi Lek yang disokong Umno-APCO.

Tee Keat berkata, beliau akan membawa kumpulan pengikutnya, termasuk Ketua Wanita MCA Melaka, Xuexia, Pengerusi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Qingzhou Weng bersama bekas Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.


Ong Tee Keat Ahli Parlimen Pandan, sekiranya dia menyertai Parti Tindakan Demokratik, pertempuran di kawasan parlimennya yang sama, akan membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandang Exco Kerajaan Selangor, Iskandar A Samad seterusnya meningkatkan peratusan kemenangan Pakatan Rakyat.

Menurut sumber maklumat dalaman mengatakan bahawa selepas Tahun Baru Cina, Tee Keat bertemu dengan dengan penyokongnya di satu lokasi yang dirahsiakan untuk meminta pandangan mereka tentang nasibnya dalam MCA.

Menurut sumber itu, bahawa penyokong memihak kepada keputusannya untuk meninggalkan MCA, kerana perjuangan yang berterusan dan tidak masuk akal tidak akan membawa MCA ke mana-mana.

Sumber yang mengatakan bahawa Tee Keat telah bertemu pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah-masalah mereka, sebenarnya adalah Chua Jui Meng yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tee Keat dan Jui Meng selepas mesyuarat, menegaskan bahawa penghijrahan Tee Keat tidak akan mendesak untuk memperoleh jawatan, hanya mendengar kepada analisis Jui Meng bagaimana Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan persekutuan dengan pelan peralihan kuasa yang teratur.

Tee Keat akan mengumumkan hasratnya dalam masa terdekat, dipercayai sebelum pembubaran parlimen yang dijangka 14 Mei ini.

JALAN PULANG


Pelajar Tendang Polis Ditahan - Jom Buat Analisa

Posted: 07 May 2012 05:58 PM PDT

Kesian Ustaz Ni.. Dia Tak Tahu Langsung Perkembangan Politik Semasa..

Posted: 07 May 2012 04:35 PM PDT

Aku kalau ostad ni mengaku standnya sebagai ostad UMNO macam Fathul Bari OK,,, aku masih lagi hormat.. sebab ostad ni ada pendirian,,, nak buat macam mana dah hatinya terbuka dengan UMNO....

Tetapi kalau jenis bangsat macam ni,, saya bukan ostad politik... kepala butttt..... lah... hanglah lebih teruk dari pencacai UMNO.... inilah manusia yang nak bagi keliru umat Islam...

http://manjongmari.blogspot.com/2012/05/minta-maaf-saya-bukan-ostad-politik.html

Bilakah rakan-rakan di Utusan Melayu akan bertaubat?

Posted: 07 May 2012 08:31 AM PDT

Saya telah dipecat dari Utusan Melayu (M) Berhad ketika bertugas di akhbar Utusan Malaysia pada 21 April dan ketika menerima berita pemecatan itu saya melakukan solat sunat memohon kepada hadrat Allah SWT memberi hidayah kepada rakan-rakan saya di Utusan Malaysia agar menjadi seorang mukmin dan muslimin yang mematuhi perintah Allah SWT supaya mereka akan dapat menikmati kelazatan hidup sebagai seorang Islam yang patuh kepada perintah Allah SWT dan suruhan Rasululullah.

Namun selepas setahun dipecat dari Utusan Melayu, nampaknya rakan-rakan saya dan juga Ketua Pengarang Utusan Melayu, Aziz Ishak yang saya anggap sebagai mentor dalam dunia kewartawanan tidak berubah langsung, nampaknya Allah SWT tidak memabulkan doa saya kerana membiarkan rakan-rakan saya terus bergelumang dengan dosa terutama terus membuat fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada sesama manusia, ingatlah rakan-rakanku fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhuatirkan Rasulullah saw.


"Dari Amru bin Auf al-Anshari ra bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke al-Bahrain untuk mengambil jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang dari bahrain dengan membawa harta dan orang-orang Anshar mendengar kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk shalat Subuh dengan Nabi saw. tatkala selesai dan hendak pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda, 'Saya yakin kalian mendengar bahawa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa sesuatu?' Mereka menjawab, 'Betul wahai Rasulullah'. Rasul saw. bersabda, 'Berikanlah kabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka." (HR Bukhari danMuslim).

Tindakan rakan-rakan saya di Utusan Malaysia terus menerus menaburkan fitnah kepada sesama manusia, amat memalukan, apakah yang akan menyedarkan mereka agar tidak berterusan mengumpulkan dosa.

Rakan-rakanku sudah-sudahlah tu membuat dosa dengan menyebarkan fitnah, takkanlah kerana gaji RM4,000.00 hingga RM24,000.000 sebulan kita menggadaikan nasib kita di akhirat dengan membuat pelbagai fitnah.

Apa yang disiarkan sejak setahun lepas oleh Utusan Malaysia semakin tidak bertamadun, seks menjadi keutamaan, fitnah menjadi keutamaan, melindungi kerakusan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menjadi ulam utama dalam setiap berita yang disiarkan.

Bilakah rakan-rakan di Utusan Melayu akan bertaubat, ingatlah rahmat dari Allah SWT itu semakin jauh apabila kita semakin jauh mengingati Allah SWT dan melanggar segala larangannya.

Sudah-sudahlah tu membuat fitnah, berubahlah untuk nasib kita di akhirat nanti, tetapi saya sedar bahawa fitnah memfitnah itu perkara biasa di dalam Utusan Melayu, sesama rakan pun difitnah apatah lagi orang di luar, fitnah itu menjadi makanan dan minuman harian. Cuma harapan saya ingatlah siska kubur dan siksa neraka, azabnya amat pedih sekali.

Yang benar,
Hata Wahari (Bekas Wartawan Utusan Malaysia dan Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, NUJ Malaysia).


34 Polis Mengganas Di Himpunan Bersih Dikehendaki

Posted: 07 May 2012 06:03 AM PDT


Ada lagi.. Tangkap yang ni dulu.. Yang lain lain tu 2nd phase pulak..

Baca seterusnya di sini

Video Kumpulan Pro Dan Anti-BERSIH Bertembung Di Bukit Aman

Posted: 07 May 2012 05:26 AM PDT


PAS temui 5,422 pengundi ragu dalam daftar baru

Posted: 07 May 2012 03:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengenal pasti 5,422 pengundi berdaftar baru yang mempunyai kod nombor kad pengenalan luar biasa dan tidak serupa seperti warganegara biasa.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jumlah itu sebahagian daripada senarai daftar pemilih baru pada suku pertama tahun 2012 yang sedang dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama dua minggu.

Mahfuz berkata, melalui pemeriksaan setakat semalam pihaknya mengesan kewujudan beberapa kod negeri kelahiran yang luar biasa dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), antaranya bernombor '82′, '67′, '99′, '77′, '85′, serta '71′.


Katanya, kod angka terbabit wujud selepas '71′ yang dipertahankan JPN dengan alasan ia digunakan untuk rakyat asing yang mendapat taraf warganegara serta rakyat Malaysia yang lahir di luar negara.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan SPR menerima pendaftar yang kod kelahirannya tiada dalam rekod JPN.

Tidak ikut peraturan sendiri

"JPN perlu menjawab apakah mereka keluar di negeri yang tidak diketahui…sangat meragukan apabila JPN tak ikut kod kelahiran yang ditetapkan mereka sendiri," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu percaya kemungkinan sebahagian daripada senarai nama yang meragukan itu adalah warga asing yang baru memperoleh taraf kerakyatan.

"Saya percaya mungkin puluhan ribu lagi nama daftar pemilih yang ada dalam sistem JPN tapi kita tak nampak," katanya.

Selain itu, beliau turut mendedahkan wujudnya 113 pemilih yang bertugas sebagai pegawai latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA), namun diletakkan dalam kod lokaliti 400.

Lokaliti tersebut hanya digunakan oleh tentera bertugas yang membolehkan mereka menjadi pengundi awal.

Namun, menurut Mahfuz situasi ini tidak logik kerana Palapes hanyalah satu pasukan yang dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum universiti.

"Walaupun ada yang mempunyai kad pengenalan tentera, mereka sepatutnya diletakkan ke kem asal dan bukannya menjadi pengundi awal di Palapes IPTA.

"Kalau tidak pun mereka sepatutnya dijadikan sebagai pengundi biasa," katanya yang menyifatkannya sebagai pertama kali dalam sejarah lokaliti sebegini timbul.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/07/pas-temui-5422-pengundi-ragu-dalam-daftar-baru/


Tiada ulasan: