Pemberian Durian Runtuh Kepada Peneroka Tidak Ikhlas Hari ini Ha Najib Razak telah mengumumkan durian runtuh untuk 112,000 peneroka berupa wang sebanyak RM15,000 untuk satu kelurga. Pemberian durian runtuh itu secara berperingkat, RM5,000 untuk bapak, RM5,000 untuk isteri dan RM5,000 untuk anak-anak menelan belanja keseluruhannya RM1.689 billion. Sudah tentu kalau peneroka berkahwin dua atau tiga yang RM5,000 itu harus dibahagi.
|
Ha Najib Razak |
Dalam pengumuman itu Najib tidak menjelaskan apakah wang itu merupakan nilai saham yang bakal diterima peneroka selepas Felda Golobal Vantures Holdings Berhad (FGVHB) diniagakan atau pun wang simpanan (rezab) Felda?
Serentak dengan itu juga kaki tangan Felda diberikan bonos dua bulan setengah gaji. Tujuan pemberian itu untuk menarik perhatian para peneroka agar terus menyokong UBN yang kini dikatakan mulai kurang mendapat sokongan penerokam bahkan ada peneroka yang terang-terang menentang kerajaan.
Antara faktor kenapa peneroka marah ialah berikutan berapa tindak tanduk dan langkah dibuat oleh pengurus tidak memenuhi matlamat asal penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu dan juga banyak wang digunakan untuk perkara tidak memberi manfaat kepada peneroka.
Perlantikan Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda juga dan pertukaran pengurus atasan yang bermotifkan politik antara sebab faktor kemarahan peneroka.
Apabila sekali lagi peneroka diberikan wang sebanyak itu, ini menunjukkan pemberian wang sebagai pancing undi dibuat sebelum ini tidak menjamin peneroka mengundi BN lantaran itu ia perlu ditambah.
Serangan oposisi kepada kerajaan UBN kerana menyenaraikan FGVHB yang didakwa menganiaya dan merugikan peneroka mungkin menyebabkan kerajaan (Najib) terpasa mencari wang tambahan sebanyak itu. Sebelum ini cadangan Felda untuk menyenaraikan FGVHB telah menimbulkan kemarahan para peneroka kerana ia dianggap sebagai menjual harta dan kepentingan peneroka di dalam syarikat berkenaan.
Cadangan penyenaraian FGVHB itu juga katanya tanpa persetujuan peneroka keseluruhannya. Bantahan yang dibuat tidak diendahkan oleh pengurusan Felda khasnya pengerusinya Mohd Isa Samad.
Kenapa dikatakan begitu, pemberian sebelum tidak berkesan, kerana kalau pemberian sebelum ini tidak menimbulkan persoalan untuk apa kerajaan memberi durian runtuh berkenaan? Sementara kalau penyenaraian FGVHB diuruskan secara betul dan tidak ada undang di sebalik batu, kenapa menyebabkan peneroka bangkit menentangnya?
Bacaan umum apabila peneroka membangkit beberapa isu dan menimbulkan kurang senang kepada Felda ini mencerminkan Felda berbuat sesuatu yang tidak mengikut matlamat asal penubuhan Felda.
Yang menjadi persoalan kini apakah dengan wang sebanyak RM15,000 untuk seisi rumah itu UBN dapat jaminan dari peneroka agar mengundi mereka? Belum tentu lagi.
Najib jelas sekali tidak senang dan kecewa dengan sikap peneroka akhir-akhir ini yang tidak mudah untuk mendengar arahan kerajaan. Cara beliau bersikap bengis dan menyindir peneroka menunjukkan Najib diamuk rasa resah kehilangan kuasa. Kalau Najib adalah Najib sebelum ini, tidak mungkin dia menjadi bengis.
Semasa berucap mengumumkan pemberian durian runtuh itu Najib berkata wang sebanyak RM15,000 itu untuk peneroka yang jujur dan setia kepada BN. Katanya dia mahu tenguk muka para pengkritik penyenaraian FGVHB dan juga pembangkang, apakah mereka ambil atau tidak wang itu.
Cara Najib itu tidak ikhlas dan menjelaskan pemberian itu dibuat kerana kepentingan Umno dan dirinya sendiri dan bukan untuk kesejahtraan peneroka. Dengan memerhati sikap Najib itu sudah pasti kalau Najib tidak terdesak akan kalah dalam pilihan raya ke-13, dia tidak akan memberi durian runtuh berkenaan. Adalah wajar kalau peneroka tidak berterima kasih di atas pemberian itu kerana ia dibuat dengan adanya motif politik dan bukan secara jujur, bertanggungjawab dan ikhlas.
[wm.kl.3:24 pm 08/05/12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan