Biaqpila |
- Remaja Bawah Umur Dicekup Di Bilik Rahsia
- KONSERT K-POP NAIKKAN NAFSU BELIA
- KENAPA NAJIB TAKUT DEBAT DENGAN ANWAR?
- Najib habiskan RM20Juta untuk Himpunan Belia?
Remaja Bawah Umur Dicekup Di Bilik Rahsia Posted: 30 May 2012 07:38 AM PDT Kuala Terengganu -Seorang remaja perempuan bawah umur antara lima warga Thailand yang dicekup dalam sebuah bilik rahsia selepas digeledah selama dua jam oleh anggota Jabatan Imigresen Terengganu dalam satu operasi 'OPS Sayang' 8 Mei lalu jam 3 pagi di sebuah rumah urut "Macam-macam ada' di Jalan Ladang, di sini. Gambar: Remaja berusia 16 tahun ini (kiri) dipercayai bekerja sebagai tukang urut di sebuah rumah urut, "Macam-macam ada' di Jalan Ladang, Kuala Terengganu Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu yang berasal dari Narathiwat Thailand diarahkan dijaga di bawah pengawasan Rumah Perlindungan Kanak-kanak sementara menunggu siasatan penuh laporan Jabatan Imigresen Terengganu atas pertuduhan Anti Pemerdagangan Orang 2007 oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin. Majistret Noradila Ab Latif mengeluarkan perintah perlaksanaan dikuatkuasa selama 14 hari manakala empat lagi wanita yang berusia dari 26 tahun hingga 37 tahun itu diperintah dijaga di bawah pengawasan rumah perlindungan wanita. Terdahulu, laporan Jabatan Imigresen Terengganu mengenal pasti kelima-lima mereka dicekup ketika itu menggunakan pasport lawatan sosial serta tidak mempunyai permit sah bekerja di premis berkenaan. Mereka dipercayai bekerja sebagai tukang urut yang turut menawarkan khidmat urutan 'istimewa' serendah RM50 dengan berpakaian seksi bagi menarik pelanggan. -SH greenboc KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
KONSERT K-POP NAIKKAN NAFSU BELIA Posted: 30 May 2012 12:30 AM PDT DEY MACHA!!! MUFTI DAH MULA BERSUARA TAPI TAK BERANI NAK KATA HARAM MACAMANA DEPA KATA PERHIMPUNAN BERSIH HARAM KAH! KAH! KAH! ANTARA K-POP DAN CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS KALAU MASALAH TRAFIK JADI ALASAN KENAPA PULAK CERAMAH AGAMA YANG DIBATALKAN? PATUTNYA KONSERT K-POP YANG DIBATALKAN MENTERI PUN IKUT NAFSU PROGRAM AGAMA LETAK TEPI HIBURAN JADI ELEMEN MENDIDIK BELIA KAH! KAH! KAH! Mufti Perak tegur konsert K-Pop KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu. Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya. "Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu. "Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini," katanya di sini kelmarin. Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata. "Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia. "Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula," katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian menjolok mata. Tangguh ceramah Ustaz Azhar Idrus tiada kaitan konsert K-Pop Tangguh ceramah Ustaz Azhar Idrus tiada kaitan konsert K-Pop Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan kononnya penangguhan majlis ceramah oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop. Sebaliknya, beliau berkata, penangguhan itu berkaitan dengan masalah trafik kerana kedua- dua program terbabit berlangsung pada hari yang sama dan memerlukan komponen tambahan dalam menguruskan perjalanan trafik. "Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan," katanya semalam seperti dilaporkan Bernama. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam laman portal bahawa penangguhan ceramah tersebut dibuat kerana serentak dengan konsert K-Pop dan dibimbangi konsert itu tidak mendapat sambutan hangat apabila bersaing dengan majlis ceramah berkenaan. Mengenai ketiadaan sambutan pada himpunan itu sekiranya ceramah itu juga berlangsung, Ahmad Shabery memberi contoh pada hari tersebut, himpunan belia turut diadakan di Shah Alam, namun tidak mendapat sambutan hangat. "Pada himpunan belia di Shah Alam (penganjurnya) mengharapkan belia akan pergi ke sana. Difahamkan pemimpin besar mereka yang sepatutnya merasmikan himpunan itu tidak hadir dan akhirnya 150 orang sahaja yang datang, dibandingkan dengan himpunan di Putrajaya yang lebih ramai," katanya.-SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
KENAPA NAJIB TAKUT DEBAT DENGAN ANWAR? Posted: 29 May 2012 08:00 PM PDT Di saat budaya debat mula diterima rakyat negara ini sebagai medium membuat penialaian terhadap sesuatu isu, namun masih ada lagi yang melihat debat tidak mendatangkan apa-apa faedah.Malangnya, kenyataan 'memperlekeh' debat itu yang seolah-olah dilihat hanya mendatangkan keburukan, datang dari pemimpin negara sendiri.Terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyifatkan debat tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista. Beliau merujuk kepada keperluan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan banyak pihak. Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengeluarkan pandangan serupa bahawa, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu. Beliau memberi alasan pembangkang khususnya Anwar akan mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik dalam debat itu. Apa yang menjadi persoalan kini, adakah pemimpin Umno ini tidak melihat contoh depan mata debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung Pemansuhan PTPTN pada 22 April lalu? Rata-rata melihatnya sebagai sesuatu yang positif, dan langsung tidak timbul persoalan siapa menang siapa kalah antara mereka. Bagaimana pula debat antara Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Julai 2008 untuk menurunkan harga minyak. Adakah debat tersebut mendatangkan keburukan? Terbaru sebuah NGO Asli sekali lagi mahu menganjurkan debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas debat serupa dianjurkan mereka Februari lalu. Malah Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang dengan hati terbuka menerima tawaran debat itu hari ini. Jika benar budaya debat tidak membawa kebaikan, patut hapuskan sahaja pertandingan debat di sekolah mahupun di universiti yang sudah diamal sejak sekian lama. Dalam isu debat Najib-Anwar ini, saya tidak tahu kenapa Najib dan Umno perlu mengelak sampai rapat ke dindidng. Kenyataan dari pemimpin Umno yang mewakili suara Najib menolak debat ini hanya akan dilihat sebagai 'mengampu' bos sahaja. Manakala sikap sepi perdana menteri menyahut debat ini hanya mengesahkan pandangan rakyat bahawa Najib sememangnya takut untuk berhadapan dengan Anwar. Penulis: Ridhuan Mohd Noor - ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia. kl-today KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Najib habiskan RM20Juta untuk Himpunan Belia? Posted: 29 May 2012 04:51 PM PDT Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu. Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu. “Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu. “Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini. Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu. “Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini,” katanya. Bertemakan ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’, 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian. Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini ‘tercemar’ apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu. Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton. Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut. - Keadilandaily Apa kata mufti?? darisungaiderhaka KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan