Najib akan pasti mengalami kerugian besar dari sudut politik, sekiranya Anwar, Azmin dan Badrul didakwa, kes pertama dibawah Akta Perhimpunan Awam Posted: 23 May 2012 04:26 AM PDT Ucapan oleh Lim Kit Siang di majlis perasmian Cawangan DAP Triang di Triang, Pahang pada hari Selasa, 22hb Mei 2012 pada jam 3 petang:
Najib akan pasti mengalami kerugian besar dari sudut politik, sekiranya Anwar, Azmin dan Badrul didakwa, kes pertama dibawah Akta Perhimpunan Awam
Saya berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi dimana Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR Azmin Ali serta Badrul Hisham telah didakwa berhubung dengan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang mungkin menyebabkan mereka tidak layak memegang jawatan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak untuk bertanding sebagai ADUN atau Ahli Parlimen sekiranya dikenakan denda yang melebihi amaun RM2,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pasti mengalami kerugian besar dari sudut politik sekiranya kes pendakwaan Anwar, Azmin dan Badrul, sebagai kes pertama untuk didakwa dibawah Akta Perhimpunan Awam yang tentunya akan mencemari nama baik beliau dan usaha beliau dalam pelbagai program transformasi, terutamanya Program Transformasi Politik.
Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah memberi amaran dalam sidang Parlimen bahawa janji-janji Najib untuk menggubal atau memansuhkan undang-undang drakonian yang tidak berdemokratik dan peruntukan-peruntukan baru yang lebih menindas dimana undang-undang baru ini yang menggantikan undang-undang yang lama sememangya lebih mengongkong dan menindas – yang dilihat dalam dakwaan yang dilemparkan terhadap Anwar, Azmin dan Badrul.
Pendakwaan ini juga menyampaikan satu mesej yang jelas kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada ratusan ribu tidak kira kaum, agama, kawasan, jantina dan umur yang telah berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 28 April, dengan hanya 'bersenjatakan' garam dan air berbotol untuk melindungi diri mereka dari tembakan gas pemedih mata dan semburan air yang telah dicampur dengan bahan kimia, dengan satu mesej yang nyata kepada pimpinan Najib yang mereka mahukan pilihanraya bersih untuk Malaysia yang bersih.
Adalah jelas, Najib memandang rendah terhadap tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih untuk Malaysia yang bersih.
Najib harus sedar bahawa tindakan beliau akan membawa bencana dalam pilihanraya umum yang akan datang dengan keangkuhan kuasa dan penghinaan terhadap aspirasi rakyat Malaysia merentasi kaum, agama, kawasan, kelas, jantina dan umur.
Najib harus mengambil mengambil perhatian dan mengikuti teladan bekas Peguam Cara Negara II yang telah mengetuai pihak pendakwa terhadap perbicaraan kes Sodomi II Anwar, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden, yang kini telah mewakili pihak pembela bersama Karpal Singh.
Jika Perdana Menteri tidak dapat mentafsir isi tersirat dan implikasi Yusuf dalam pembelaan Anwar, bererti beliau bukanlah sebijak seperti yang disangka.
Dakwaan terhadap Anwar, Azmin dan Badrul sebenarnya adalah isu terbaru dalam kempen fitnah terhadap Bersih 3.0, dengan memporak perandakan keadaan dan bukannya untuk memulihkan keadaan. Saya ingin menegaskan seruan saya kepada Najib untuk menghentikan semua kempen fitnah terhadap Bersih 3.0 untuk menawan semula keyakinan masyarakat umum dan kredibiliti atau bersedialah untuk berhadapan dengan kerugian besar dari sudut politik dalam pilihanraya umum yang akan datang.
*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor |
Himpunan Jutaan Belia Di Putrajaya. Jom Tengok Siapa Yang Datang Ganti Ustaz Azhar Idrus Posted: 22 May 2012 08:08 PM PDT tersenyum lebar dengan program melalaikan Kumpulan K Pop : Dal Shabet Pengisian bermanfaat menerusi Konsert K-Pop Yang bakal MENG"GEGAR"kan anak anak muda pada sambutan Hari Belia Negara di Putrajaya 23-27 Mei 2012.
Kalau tak caya korang tengok tarikh dan masa di dalam jadual tu. Sama tak dengan jadual asal Ustaz Azhar? |
Jawapan Pelajar Islam Untuk Kertas Agama Amat Merisaukan Kita. Anda Lihat La Sendiri. Posted: 22 May 2012 06:08 PM PDT Pihak kami mendapat salinan gambar tersebut. Jawapan ini diberikan semasa menjawab soalan Agama Islam.
Apa yang ibu bapa fikirkan? Apa nak jadi dengan masyarakat muda mudi hari ini?
Mereka rosak disebabkan lambakan hiburan dan gambar serta video lucah yang 24 jam ditayangkan kat tv.
Walhal pemimpin Islam yang jadi kepala pegang tampuk negara.
Muda mudi di sekolab ni la yang satu masa akan ganti masyarakat yang ada sekarang. |
Apabila Hishammuddin Bertegur Sapa Dengan PapaGomo Dalam Twetter. Hebat! Posted: 22 May 2012 05:04 PM PDT Blogger umno ni banyak kes padahalnya tapi pihak berwajib lansung tak ambil tindakan.
Ditambah pula Menteri terbabit sendiri yang begitu mesra dalam media maya.
Apa yang bermain dalam fikiran rakyat?
Gambar lucah, video seks dan fitnah penuh dalam blog. Pihak yang bertanggungjawab senyap sedangkan banyak laporan polis sudah dibuat.
Apa ni wahai menteri? |
Debat Sinar: 'Kita sudah matang berpolitik'. Syabas buat Khairy Dan Rafizi Posted: 22 May 2012 04:39 PM PDT Oleh: Wartawan Sinar Harian
SHAH ALAM - Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.
Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.
Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.
Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan 'idea yang dipetik dari awangan'.
Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.
Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.
"Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara."
Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.
Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.
"Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?" soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.
Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.
"Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar."
Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.
Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.
Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan