Muslimeen United |
- (PANAS) Seorang TOK GURU Kata WAJIB Sokong UMNO ? - Ustaz Azhar Idrus
- "Pertahankan Kedah dan terus jadi tapak, 1 lagi tapak-tapak ke Putrajaya," Tok Guru Nik Aziz.
- Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.
- Tuan Guru Nik Aziz gesa Harussani tidak campurtangan urusan politik
- Kafir: Mohon maaf atau tindakan lebih keras
- DS Anwar: Isu hudud tak jejaskan Pakatan
- Tujuh Sebab Mengapa Umno Tidak Layak Memerintah Negara
- Lagi Terkencit UMNO Dengan Berita Ini: Mat Sabu - Sejuta Akan Sertai Bersih 4.0
- Orang Islam Yang Pegang Ajaran Islam Tak Akan Makan Rasuah - Guan Eng
- Gambar : Menarik !!! Mereka Menghormati Tok Guru Nik Aziz Dengan Berbagai Cara
- Panas!!! Nizar Muncul Dalam Ceramah Umno Yang Bertajuk"Nizar Pembohong Bersiri"
(PANAS) Seorang TOK GURU Kata WAJIB Sokong UMNO ? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 May 2012 07:00 AM PDT | ||||||||||||||||||||
"Pertahankan Kedah dan terus jadi tapak, 1 lagi tapak-tapak ke Putrajaya," Tok Guru Nik Aziz. Posted: 14 May 2012 06:53 AM PDT | ||||||||||||||||||||
Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia. Posted: 14 May 2012 06:52 AM PDT Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah. ~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti. - kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN. ~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak? ~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ... KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI ~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org. ~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI. KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ ~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah. ~ baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara. ~ Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah. KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK ~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!. ~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak. ~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan. KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK ~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah. ~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar. ~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011. ~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd. ~ pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053. ~ bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara. KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL ~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC. ~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA. KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD ~ taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah. ~ salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray. ~ jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat. ~ seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah. ~ abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut : 1) RM100 JUTA tuntutan mutaah 2) RM300 JUTA harta sepencarian ~ slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD ~ Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg. ~ mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak. ~ terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu. ~ Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad. SEBEGINILAH MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN, SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera..... ~siasahkini | ||||||||||||||||||||
Tuan Guru Nik Aziz gesa Harussani tidak campurtangan urusan politik Posted: 14 May 2012 04:11 AM PDT Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran. Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata, "mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang Umno' yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam." Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik. Dipetik Berita Harian Online, beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti. "Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu," katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS. "Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah," katanya lagi. Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan komen balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu "suka" terhadap status tersebut. Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut. "Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam. "Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri," tegasnya. Justeru, beliau menuntut agar Harussani "berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran." Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu. Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras. "Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi," katanya. Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam. Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Nik Aziz. Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan Bersih 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam./~TMI | ||||||||||||||||||||
Kafir: Mohon maaf atau tindakan lebih keras Posted: 14 May 2012 02:16 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan satu memorandum bantahan kepada pihak New Straits Times Press kerana telah mengeluarkan artikel yang bertajuk Nik Aziz is father of kafir. "Tok Guru adalah seorang tokoh agama dan beliau adalah pemimpin utama parti. Selain itu, beliau juga merupakan pemerintah rakyat Kelantan. "Artikel-artikel seperti ini hanya mendorong kemarahan daripada rakyat Kelantan khususnya dan amnya semua rakyat Malaysia yang menyokong Tok Guru," kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan (gambar) pada sidang media di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad pagi tadi. Justeru, beliau menasihatkan kepada semua wartawan dan media untuk menjaga etika kewartawanan dan penulisan satu-satu berita agar tidak mencetuskan isu-isu seperti itu hanya kerana untuk melariskan jualan akhbar sahaja. "Kita mahu NSTP atau mana-mana media untuk menjaga etika kewartawanan mahupun penulisan berita agar tidak timbul isu-isu seperti ini yang hanya akan melahirkan ketidakpercayaan rakyat Malaysia pada media sebab tidak profesional, tiada kualiti dan integriti," ujar beliau. Beliau juga mengingatkan agar NST dapat memohon maaf dan menarik semula artikel terbabit dalam tempoh 24 jam. "Oleh itu, kami mendesak agar NST memohon maaf di atas penyiaran berita tersebut dalam tempoh 24 jam selepas memorandum ini diserahkan. "Sekiranya ia tidak dilakukan maka kami akan mengambil tindakan yang lebih keras selepas ini," tegasnya. Turut menyertai beliau ialah timbalannya, Nik Mohamad Abduh, Setiausaha, Khairul Faizi dan Kamaruzaman Mohamad, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Rombongan itu disambut baik oleh pihak NST dan memorandum tersebut telah diterima oleh Wan Abdillah Wan Nawi selaku Ketua Bahagian Pemasaran Korporat yang mewakili Abdul Jalil Hamid, iaitu Ketua Kumpulan Editor News Straits Times Press (M) Berhad. -Hrkh | ||||||||||||||||||||
DS Anwar: Isu hudud tak jejaskan Pakatan Posted: 14 May 2012 02:15 AM PDT Tegasnya, gabungan itu terus berada dalam "satu semangat dan keutuhan serta muafakat sedikit tidak terjejas" dengan laporan seperti itu. "Jadi seolah-olah ada kesenjangan apa sebenarnya berlaku dan apa yang ditafsirkan di luar. "Saya tidak meremehkan tapi kenyataannya begitu. Pakatan Rakyat akan terikat untuk masa sekarang, dalam pilihan raya dan Insya-Allah ketika membentuk kerajaan," katanya. Sebaliknya, Anwar berkata semua parti anggotanya sepakat untuk memperjuangkan perkara yang dipersetujui mereka dalam konvensyen Pakatan, Buku Jingga dan konsensus tentang hudud pada 28 September lalu. Anwar berkata isu berhubung hudud juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini memandangkan pemimpin berkenaan mempertegas pendirian untuk menghormati perbezaan pandangan masing-masing. Dalam sidang media sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu hudud itu sengaja digunakan BN melalui media untuk menutup kontroversi yang timbul berhubung perhimpunan BERSIH 3.0. Tambahnya, isu pilihan raya bersih dan adil perlu diutamakan berbanding isu hukum hudud yang diuar-uarkan itu. "(Hudud) selesai secara dalaman. Utamakan isu bersih dulu. BN sengaja gunakan media untuk tutup isu BERSIH. Kita belum memerintah lagi. Pentingnya memerintah dulu," katanya. -M'kini | ||||||||||||||||||||
Tujuh Sebab Mengapa Umno Tidak Layak Memerintah Negara Posted: 13 May 2012 11:56 PM PDT Ini ialah tujuh sebab merupakan jawapan balas kepada Ucapan Presden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang di lafazkan di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan ke-66 Umno pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13. Pertama: apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah. Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu . Kedua;parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008. Ketiga; apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar. Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah "saya" untuk ganti perkataan "patik". Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu. Keempat; Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011. Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat. Kelima; parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara. Keenam; transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang "merusuh" pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer. Ketujuh; BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya. *** Tulisan Ustaz Idris Ahmad Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, merangkap Pengerusi Lujnah Tarbiah | ||||||||||||||||||||
Lagi Terkencit UMNO Dengan Berita Ini: Mat Sabu - Sejuta Akan Sertai Bersih 4.0 Posted: 13 May 2012 11:51 PM PDT Shah Alam - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta. Bersih 3.0 diadakan 28 April lalu dengan kehadiran dikatakan antara 80,000 hingga 200,000. Tiada angka rasmi. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu mananakala Bersih pada 2007. "Pelajar yang turun dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan," katanya lagi. Kebangkitan anak muda yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dalam memperjuangkan hak melalui beberapa pertubuhan telah mendapat sokongan banyak pihak. Beliau yang popular dengan panggilan "Mat Sabu" melahirkan pendirian itu pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" di Stadium Malawati di sini, malam tadi. Dua hari lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan pandangan yang sama bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0. Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan supaya wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dipelawa membuat siasatan terhadap kekecohan yang berlaku ketika Bersih 3.0. Katanya, pihaknya tidak mahu seorang bekas pegawai tertinggi polis mengetuai Panel Penasihat Khas yang dibentuk kerajaan minggu lalu. "Rakyat tak bersetuju (bekas Ketua Polis Negara) Tun Hanif 0mar menjadi ketua siasatan (Panel Penasihat) bagi Bersih 3.0, kita mahu orang yang bebas daripada mana-mana parti dan mempunyai kepentingan tertentu," katanya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan senarai enam ahli panel penasihat bebas yang dipengerusikan Hanif bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu. Dalam ucapannya, Kit Siang secara sinis mengatakan sama ada perhimpunan Umno boleh dibandingkan dan disamakan dengan perhimpunan Bersih 3.0. "Pada 28 April lalu Bersih 3.0 dilihat satu sejarah bagi parti Pakatan Rakyat kerana dapat mengumpul kesemua rakyat tidak mengira kaum dari seluruh negara mengatasi hari ini (13 Mei) yang mencatat sejarah hitam kepada negara ekoran kejadian rusuhan kaum yang memuncak pada tahun 1969," tambah beliau merujuk kepada ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri, pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-66 pada Jumaat lalu. -SH | ||||||||||||||||||||
Orang Islam Yang Pegang Ajaran Islam Tak Akan Makan Rasuah - Guan Eng Posted: 13 May 2012 11:45 PM PDT RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu SHAH ALAM, 11 MEI: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: "Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah." Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti yang dimomokkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran Umno-BN yang sebelumnya. Menurut MP Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN. "Ini bukanlah retorik atau percakapan tetapi berdasarkan amalan dan dasar-dasar yang dilaksanakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang," Khalid berkata di dalam wacana bertajuk 'Melayu, Islam dan DAP' yang diadakan diBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam. Khalid menambah, kehadiran wakil rakyat DAP dalam majlis berbuka puasa, pemberian sumbangan kepada surau dan masjid, kehadiran dalam majlis rasmi yang diadakan di Masjid dan Surau turut membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti yang anti Melayu-Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh media pro-Umno-BN. Ini dikuatkan lagi dengan amalan pemimpin dan perwakilan parti yang menggunakan Bahasa Malaysia ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan parti. "Bermula 2005, 2006 semenjak Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung mengambil alih barisan kepimpinan DAP, sudah banyak perubahan yang dilakukan," kata Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari. "Kita telah memahatkan perlembagaan kita kepada perlembagaan Malaysia termasuklah artikel 153 antaranya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu dan keistimewaan orang-orang bumiputra," ujar Zairil, seorang panelis di dalam wacana tersebut. Manakala panelis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik pula berkata persepsi yang ditanamkan oleh Umno-BN yang DAP anti-Melayu menyembunyikan hakikat bahawa parti komponen gagasan itu yang sebenarnya mengamalkan dasar perkauman. Contohnya, MCA sendiri merupakan sebuah parti yang hanya membuka keahliannya ekslusif kepada masyarakat berbangsa Cina, manakala Umno dan MIC turut menghadkan keahlian parti mereka kepada orang Melayu dan India. Sedangkan DAP merupakan sebuah parti yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Hujah ini disokong oleh Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang berpendapat DAP adalah sebuah parti yang lebih terkehadapan berbanding Umno, MCA dan MIC. Menurutnya ketiga-tiga parti komponen utama BN itu masih lagi terperangkap dengan kepompong etnik berbanding memperjuangkan idealogi sosial demokrat yang dibawa oleh DAP. | ||||||||||||||||||||
Gambar : Menarik !!! Mereka Menghormati Tok Guru Nik Aziz Dengan Berbagai Cara Posted: 13 May 2012 11:45 PM PDT
| ||||||||||||||||||||
Panas!!! Nizar Muncul Dalam Ceramah Umno Yang Bertajuk"Nizar Pembohong Bersiri" Posted: 13 May 2012 11:30 PM PDT Bakal MB perak jika pakatan rakyat menang PRU 13 Opppsss !! bukan Dato Sri Nizar masuk umNo tetapi Mantan MB perak masuk ke Majlis ceramah Umno sebagai tetamu tak diundang di Tualang Sekah Perak semalam, Tajuk ceramah puak umNO pun hebat "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI ".Dengan muka selamber beliau duduk di dif jemputan sambil tersenyum tanpa ada perasaan gentar dan bersalah . Penceramah umno malam semalam iaitu Dato Shaarani dan Hanifah Man tak jadi nak godam nizar ..ha ha ha terkedu, panik dan pucat dengan kehadiran beliau. Saya memang cukup kagum dengan sikap " anak jantan " Dato Sri Nizar memberanikan diri masuk ke kem musuh walaupun pada malam itu sememangnya ceramah umno mahu membongkar konunnya Nizar adalah pembohong bersiri. Akhir kata Gua solute sama lu Dato Sri Nizar... inilah pemimpin yang aku cari.. Perasaan aku bertambah bangga bila ada orang cina berkata jika PR berjaya tawan kembali Perak hanya Nizar la calon pilihan kami sebagai Menteri besar Perak. Bertapa tingginya harapan rakyat terhadap seorang yang bernama Nizar Jamaludin. Depan saya hanafiah trus berhenti menuduh saya pembohong bersiri,dgn sertamerta tukar isu ambiga & DSAI,cuak lesi dia! dari Tweeter Dato sri nizar [Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite. Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi? -HrkhKUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi. "Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang. "Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau. Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik. "Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu. "Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur. "Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan. "Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi. Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan