DUNIACACAMARBA |
- Bahana Ketagih Seks: Tidak Dapat Langgan Pelacur Setiap Dua Jam, Lelaki Melakukan Onani di Tandas
- 1 daripada 4 Belia Singapura Mengaku Lakukan Seks dengan Teman Internet
- Rakyat Didahulukan Cara BN...
- Fitnah Senator Australia, Utusan Minta Maaf, Tarik Artikel, TV3 dan Zahrain Bila?
- [Gambar] 100 Ribu Hadiri Sambutan UMNO Ke-66? 66 Tahun? Siapa yang Hadir Semalam?
- [Video] Khalid Samad JAWAB Hasan Ali (Video Penuh)
Bahana Ketagih Seks: Tidak Dapat Langgan Pelacur Setiap Dua Jam, Lelaki Melakukan Onani di Tandas Posted: 12 May 2012 06:30 AM PDT Seorang bekas kakitangan awam Singapura yang menghadapi masalah ketagihan seks kehilangan kerja selepas dia ditangkap beberapa kali menghilangkan diri pada waktu kerja tanpa sebab yang munasabah. Dalam temu bual dengan Lianhe Zaobao, perunding psikiatri Dr Li Jiaming mendedahkan nasib pesakitnya yang keluar pejabat pada waktu kerja untuk melanggan pelacur setiap dua jam. Jika dia tidak dapat berbuat demikian, lelaki itu akan melakukan onani di tandas kakitangan. Seorang lagi lelaki yang terjerat dengan masalah ketagihan seks bermula dengan membaca majalah lucah sebelum kemaruk menonton klip video lucah di internet. Dia akhirnya ditangkap oleh majikan selepas memuat turun pelbagai klip lucah dan menyimpannya dalam komputer pejabat. Ketagihan seks bukanlah suatu bentuk ketagihan yang asing di Singapura. Ada penghidapnya tampil ke hadapan untuk merawat masalah yang dihadapi. Pakar psikiatri yang ditemuramah oleh Lianhe Zaobao menyifatkan ketagihan seks sama seperti ketagihan alkohol, dadah, dan judi yang digambarkan dengan tingkah laku yang tidak terkawal dan berulang-ulang untuk memenuhi sesuatu keinginan. -DCM/AsiaOne | ||||||||||||||
1 daripada 4 Belia Singapura Mengaku Lakukan Seks dengan Teman Internet Posted: 12 May 2012 05:00 AM PDT
[HM] SINGAPURA: Rakyat negara ini didapati menunjukkan sikap lebih liberal dan mengambil risiko lebih besar apabila menyentuh soal seks. Kira-kira satu pertiga responden dalam kaji selidik berkata, mereka percaya melakukan hubungan seks dengan seseorang yang ditemui buat kali pertama adalah perkara biasa. Satu lagi statistik membimbangkan ialah 27.6 peratus daripada 1,790 responden, atau seorang bagi setiap empat responden berkata, mereka pernah melakukan hubungan seks dengan seseorang ditemui di Internet. Kaji selidik itu yang keputusannya dikeluarkan semalam dijalankan Persatuan Perancangan Keibubapaan Singapura (SPPA) antara Julai dan November 2010 bagi mengetahui mengenai kesedaran kesuburuan dan amalan seks di kalangan rakyat Singapura. Kaji selidik ini meminta pendapat individu antara 15 hingga 66 tahun dengan kira-kira 79 peratus responden berusia 35 tahun ke bawah. Naib Persiden SPPA, Edward Ong berkata, terdapat peningkatan meluas dalam bilangan orang muda melakukan hubungan seks, kebanyakannya belum bersedia untuk berumah tangga. Sambil menekankan kebimbangan mengenai kehamilan tidak diingini, pengguguran dan jangkitan penyakit kelamin, Ong berkata, "perlunya kepekaan untuk kembali kepada perkara asas bagi menyemai perlakuan seksual yang bertanggungjawab dan pencegahan kehamilan. - AsiaOne P/s: Maju segala-galanya. | ||||||||||||||
Posted: 12 May 2012 03:22 AM PDT Baca: Pesakit bakal dibebani kos rawatan
[Kosmo] KUALA LUMPUR – Kira-kira satu juta pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang bakal berhadapan masalah bayaran kos rawatan lebih tinggi jika pengurusannya diambil alih oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM). Setiausaha Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Serdang, Dr. M. Mahendran (gambar) berkata, sewajarnya hospital itu terus berada di bawah pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia agar rakyat yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan di situ. "Pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitar Serdang malah pesakit dari negeri lain seperti Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. "Hospital Serdang merupakan hospital pakar yang menawarkan kos rawatan yang rendah dan mampu dibayar oleh para pesakit serta menjadi tumpuan bagi pesakit jantung menjalani rawatan selain Institut Jantung Negara," katanya pada sidang akhbar di Hospital Serdang dekat sini semalam. P/s: Seperti juga pendidikan, bidang kesihatan tidak wajar diniagakan. | ||||||||||||||
Fitnah Senator Australia, Utusan Minta Maaf, Tarik Artikel, TV3 dan Zahrain Bila? Posted: 12 May 2012 01:53 AM PDT Baca: Kenyataan Maaf dan Penarikan Balik [UM] ARTIKEL Utusan Malaysia bertarikh 30 April 2012 yang disiarkan pada 1 Mei 2012 pada muka surat 6 dan di dalam Utusan Online ('www.utusan. com. my') yang bertajuk 'Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0'. Artikel tersebut merujuk kepada Senator Nicholas Xenophon, seorang senator bebas dari Selatan Australia. Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut. Kami menerima bahawa dalam ucapan beliau di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Senator Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama. Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut. P/s: Utusex kecut! | ||||||||||||||
[Gambar] 100 Ribu Hadiri Sambutan UMNO Ke-66? 66 Tahun? Siapa yang Hadir Semalam? Posted: 12 May 2012 12:23 AM PDT Perhimpunan Raksasa UMNO Ke-66? UMNO diharamkan pada 4 Februari 1988, UMNO baharu didaftarkan pada 13 Februari 1988. Bolehkah usia UMNO dikira 66 tahun? Bukahkah usia UMNO hari ini perlu dikira mulai tahun 1988? Cuba lihat pula jumlah kehadiran yang diuar-uarkan oleh media UMNO. Kata mereka 100 ribu, sedangkan Stadium Bukit Jalil hanya mampu memuatkan 80 ribu orang pada satu-satu masa. Hujah mereka gelombang merah semalam memenuhi ruang padang. Cuba lihat gambar di bawah ini. Cuba lihat ruang di belakang pentas. Cuba lihat lompong yang kelihatan dalam gambar.
Seperkara lagi, kerusi berwarna MERAH di Stadium Bukit Jalil benar-benar menyelamatkan dakwaan kehadiran perhimpunan semalam. Kalau dilihat dari jauh, memang nampak stadium itu dipenuhi orang. Namun, cuba lihat di kawasan stadium yang kerusinya berwarna KUNING. Adakah ribuan orang yang menghadiri perhimpunan semalam ahli UMNO tulen? Berapa keratkah yang benar-benar ikhlas hadir atas nama UMNO? Berapa keratkah yang datang ke sana menggunakan tambang dan belanja sendiri? Najib dan UMNO boleh berbangga dengan jumlah yang didakwa mereka di media. Namun, bolehkah mereka menipu diri sendiri? Di bawah ini ada beberapa gambar yang dipetik daripada FB. Gambar yang berupa jemputan, habuan yang didakwa ditujukan kepada pelajar IPT untuk menghadiri perhimpunan UMNO. Belum lagi dikira jumlah kakitangan awam, pasukan beruniform yang dikerah ke perhimpunan itu. Mungkin juga ada bas yang mengangkut warga emas dari rumah orang tua, atau mungkin ada juga warga asing diberi baju merah pada malam itu. Jika Patriot pernah mengagihkan baju merah kepada warga asing semasa BERSIH 2.0, tidak mustahil hal yang sama berlaku semalam. Dengan elaun, duit belanja, baju T-Shirt percuma, janganlah Najib dan geng samakan perhimpunan UMNO semalam dengan BERSIH 3.0 yang mencecah 300 ribu orang. Tiada kerusi KUNING di jalan raya. Tiada elaun makan, tiada duit tambang. Kalau ada yang diberi tambang, berapa kerat sahaja yang menerimanya. Dengan siraman air gatal, tembakan gas pemedih mata yang turut menyesak dada, kejayaan BERSIH mengumpulkan rakyat yang datang dari serata pelosok negara amat-amat membanggakan dan sudah pasti amat jauh berbza jika mahu dibandingkan dengan perhimpunan UMNO ke-24 oppss ke-66. Kalau sudah yakin boleh menang, Najib tidak perlu mengeluarkan kenyataan psiko 'Rasa-rasa hendak hadap Agong esok'.Tidak perlu tunggu 14 Mei atau 15 Mei. Malam tadi juga sudah wajar diuar-uarkan kepada dunia bahawa Malaysia akan menghadapi PRU13 dalam masa terdekat. BN sudah yakin dapat merampas kesemua negeri yang dirampas PR, BN sudah bersedia merampas kerusi Parlimen yang dijajah PR dalam PRU12 -DCM P/s: Khabar terbaharu PRU 13 dijangka diadakan pada bulan Julai, bukan Jun. Jika benar, apa sudah jadi dengan keyakinan Najib? Kemas Kini: 100 ribu? 60 ribu? 40 ribu? 20 ribu? 10 ribu? 5 ribu?
| ||||||||||||||
[Video] Khalid Samad JAWAB Hasan Ali (Video Penuh) Posted: 11 May 2012 04:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan