Khamis, 10 Mei 2012

Biaqpila

Biaqpila


'Protes burger' depan rumah Ambiga

Posted: 10 May 2012 06:36 AM PDT

PERCAYAKAH ANDA NI LAGI SATU CUBAAN MENUNJUK BANGANG
SAPA SURUH TAKNAK BERNIAGA 28 HB TU
ORANG MENIAGA BELON PUN UNTUNG BESAQ
KAH! KAH! KAH!



Sekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur menerjah' rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger.

Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu.

"Kita di sini hendak menuntut ganti rugi terhadap kerugian yang dialami oleh peniaga-peniaga semasa BERSIH 3.0.

"Kami beri masa selama dua minggu. Jika Ambiga tidak respons kita tidak akan mendirikan lebih banyak lagi gerai di sepanjang jalan ini," katanya pada sidang media hari ini.

Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.MK


TENGOK BERAPA BANYAK UNTUNG PENIAGA AYAQ NI...


MAMAK PUN UNTUNG BESAQ HARI TU...


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Cerita Sarip Dol, samseng Kampung Dusun

Posted: 09 May 2012 09:13 PM PDT




Sarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun, selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk Kampung Dusun.

Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Sarip Dol.

Tambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.

Mereka berasa ok juga Sarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, nanya jadinya.

Hasil penipuan kadar perahan ini, Sarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.

Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini.

Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kampung Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik.

Berita ini membimbangkan Sarip Dol, menyebabkan ia mulai memikir bagaimana untuk menghalang penduduk Kampung Dusun dari menjual ke kilang lain.

Lalu, ia kumpulkan penduduk kampung kononnya untuk memberi anugerah jasamu dikenang. Sarip Dol fikir dari RM200,000 yang berjaya dikumpul selama setahun hasil penipuan perahan, apa salahnya kalau diberi RM100,000 kepada penduduk Kampung Dusun.

"Aku masih ada RM100,000 lagi. Apa yang penting penduduk tidak menjual kepada kilang lain," katanya di hati.

Maka diadakan majlis anugerah, diwar-war seluruh Kampung Dusun bahawa Sarip Dol nak anugerah wang kepada semua penduduk Kampung.

Pada hari dijanjikan itu, ia mulai mengangkut penduduk kampung, tua muda, lelaki perempuan, Melayu, Cina, Asli dijamu dengan nasi bungkus dan disediakan pasukan nyanyian, kompang bagi memeriahkan majlis anugerah hasil rompakan dan penipuan dari penduduk Kampung Dusun.

Sarip Dol cukup seronok apabila penduduk kampung keluar beramai ramai, ada yang bertempik hidup Sarip Dol! Hidup Sarip Dol!

Dia tersenyum lebar. Penduduk mula terngaga apabila Sarip Dol menceritakan pengorbanannya selama ini, dan ingatkan penduduk agar kenang jasa dia.

Maka sampai masa dinanti nanti, Sarip Dol umumkan durian runtuh RM100,000 akan berikan kepada penduduk Kampung Dusun lelaki, perempuan dan anak anak.

Lalu bertempik soraklah penduduk kampung - ada yang pengsan terkejut, ada yang selak tak terkata, ada yang menangis kesyukuran, ada yang mengiling kepala tak percaya Sarip Dol baik sunggguh.

Lalu bergemalah lagi jeritan ucapan hidup Sarip Dol! Hidup Sarip Dol!

Lalu Sarip Dol dengan lantang bertanya penduduk Kampungg Dusun, "Apakah tuan-tuan nak jual di kilang lain lepas ini??!!"

Serentak jawapannya "TIDAK! Tidak! Kami sokong Sarip Dol."

Mendengarkan kata kata itu, Sarip Dol tersenyum puas hati. Walaupun hakikat apa yang diberi hanyalah hasil penipuan kadar perahan, perahan keringat penduduk kampung, hasil penipuan yang dikembalikan kepada mereka semula.

Syarip Dol kagum bila ada seorang tua berkata mana nak cari tokeh baik macam Sarip Dol di dunia ini.....

Sekadar renungan untuk senyuman hari ini.

-----------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.

HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

ORANG YANG BENCI KEPADA BERSIH 3.0 KETUAI BADAN BEBAS SIASAT INSIDEN BERSIH 3.0... LAWAK BETUL MENTERI UMNO NI, KAH KAH KAH !!!

Posted: 09 May 2012 06:18 PM PDT




Mungkin kepala otak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dah tak berapa betul kot... dimana letaknya Kebebasan Badan yang hedak menyiasat insiden kekasaran Pihak Polis apabila orang yang mengetuainya adalah seorang yang menuduh Bersih 3.0 disertai oleh peserta yang simpati kepada Komunis... beliau ialah Bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar hari ini dilantik mengetuai panel bebas
bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika
menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.




Sebelum Perhimpunan Bershi 3.0 pada 28 April 2012 bekas Ketua Polis Negara ini mendakwa pihak yang
simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar
1970-an terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0... jadi dimana logik nya beliau dilantik untuk mengetuai Badan yang kononya Bebas ini... belum lagi siasatan dijalankan rakyat dah tahu siasatan tak kan menghasilkan Hasil yang Bebas kerana orang yang mengetuainya adalah seorang Pro Umno dan seorang yang sudah pun menuduh Bebas 3.0 dengan macam-macam tuduhan.









Dah lah tu tuduhan bukan nya ringan... diresapi peserta yang simpati dengan perjuangan komunis, tuduhan pula sebelum lagi Bersih 3.0 berhimpun... kemudian Menteri Dalam Negeri yang layak jadi Menteri Wanita Dan Pembangunan Keluarga lantik pula beliau jadi Ketua Badan Bebas... betul ke kerja yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ni... sebab itu gua cakap dia ni layak jadi Meteri Wanita Dan Pembangunan Keluarga... sebab masa dia jadi Menteri Dalam Negeri macam-macam jenayah tumbuh macam cendawan... Samseng jangan cerita lah... culik boleh dikatakan ada sahaja.





Tapi sebelum beliau melantik Tun Hanif Omar, sudah tentu beliau akan bertanya sepupu beliau yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib (DSHN)... dan kalau DSHN perkenankan baru lah boleh dilantik Tun Hanif Omar... untuk itu jawapannya kedua sepupu ni memang memang tak tahu bezakan mana Badan Bebas dan mana Badan Umno atau pun kedua-duanya punya Otak Yang Tak Betul oleh sebab itu orang yang dah terang-terang tak Bebas dilantik Mengetuai Badan Bebas atau mungkin juga ditakuti segala perancangan umno semasa Bersih 3.0 terbongkar... dan sebab itu juga Siasatan Diraja tidak mahu ditubuhkan... kah kah kah !. sumber klik sini


inderasipejuang

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: