Ahad, 27 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Patutlah terdesak sangat.. Restoran dia dah nak kena lelong rupanya.. tengok notis ni!

Posted: 27 May 2012 08:16 AM PDT


Patutlah terdesak sangat nampaknya Datuk Jamal, lelaki yang mengaku menjual nasi lemak padahal dia pakai Ferrari dan sambut birthday di Hotel lima bintang.

Selain dari menipu untuk meraih simpati dengan mengatakan beliau hanya peniaga nasi lemak beliau sebenarnya merupakan seorang pemilik kedai menjual kereta dan juga pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar..




Terdesaknya itu amat jelas sehingga beliau mengambil kesempatan terhadap manusia-manusia yang menolak BERSIH 3.0 dengan menggerakkan BERSIH 4.0 yang kononnya menolak agenda BERSIH 3.0 dengan menawarkan hadiah berupa BMW dan Lamborghini tetapi hakikatnya beliau telah menggunakan sentimen tersebut untuk menjana kekayaan.

Sila baca di ( SINI ) untuk mengetahui bagaimana beliau mengambil kesempatan terhadap mereka-mereka yang anti BERSIH 3.0

Ada sebab rupanya Datuk Jamal ni terdesak sangat untuk mencari wang..

Dari notis yang ditampal pada salah satu Restoran milik Datuk Jamal itu, cawangan itu bakal di lelong pada 31 Mei 2012 ini.

Ianya akan dilelong untuk  mendapatkan wang tunai sebanyak RM31,000 untuk menjelaskan hutang si pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu iaitu Datuk Jamal.

Kalau Datuk Jamal tu ada RM31,000 sudah tentu beliau mampu untuk melunaskan hutangnya itu.. 

Yang hairannya tawarkan hadiah kereta mewah berharga RM225,000 dan RM1.2 Juta boleh.. tapi nak bayar hutang berjumlah RM31,000 tak mampu?

Kalau RM31,000 pun dia tak boleh nak bayar... korang agak dua buah kereta yang berharga RM1.4 Juta tu dia nak lepaskan begitu saja ke?



Betina atau Perempuan yang berucap ni? (Video Inside)

Posted: 27 May 2012 05:17 AM PDT


Nampak sangat yang perempuan ini ada dendam peribadi terhadap Anwar dan Abangnya Azmin.. Apa yang diucapkannya menyerlahkan peribadi sebenarnya..

Kalau beginilah pemidato yang UMNO banggakan.. diheret ke sana ke sini untuk berucap di pentas mereka... kemana hala tuju negara agaknya? Tak ada apa yang boleh dibanggakan dari ucapannya kerana semuanya menyerang peribadi Anwar Ibrahim saja..

Memalukan kaum Wanita... terutamanya Wanita Melayu, patutlah tak laku laku hingga sekarang..


Maka tidak hairanlah jika Betina ini digelar sebagai "Ketua Pelacur Wanita Umno Cawangan Lorong Haji Taib" oleh ISA di ( SINI )

`Durian runtuh’ untuk Kontraktor yang menyokong UMNO akan mula diagih..

Posted: 27 May 2012 04:25 AM PDT


`Durian runtuh' menanti kontraktor kelas F  Terengganu apabila Kementerian Pelajaran dikatakan akan membahagikan projek untuk mereka awal bulan Jun ini.

Bagaimanapun, projek tersebut hanya untuk kontraktor yang menyokong Umno kerana pejabat Adun Umno yang mesti mengesahkan status lesen kontrak mereka.

Kontraktor kelas F yang khusus untuk Bumiputera boleh memasuki tender kerajaan bernilai sehingga RM250, 000.

Pembahagian projek dan kontrak kepada kontraktor bukan perkara baru terutama menjelang pilihan raya.

Beratus kontraktor kelas F mendapat projek semasa pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Januari 2009.

Seorang kontraktor kelas F dari Kuala Terengganu memberitahu,  syarat supaya semua lesen mesti mendapat pengesahan Adun BN menunjukkan kerajaan hanya mahu memberi projek kepada orang mereka sahaja.

PAS, PKR tidak laku

"Ini bermakna, kontraktor yang menyokong pembangkang tidak akan mendapat projek tersebut.

"Perkara ini berlaku dalam pilihanraya sebelum ini. Kontraktor Umno kenyang, manakala kontraktor PAS melihat sahaja.

"Tidak mungkin orang Umno akan  mengesahkan lesen kontraktor penyokong PAS," katanya.

Adun Umno Hulu Besut, Nawi Mohamad ketika dihubungi berkata,  Adun Umno akan membuat pengesahan terhadap lesen-lesen kontrantor kelas F tersebut.

Katanya, kontrak penyokong parti pembangkang tidak boleh mendapatkan pengesahan dari Adun mereka sebaliknya mesti dari wakil rakyat Umno.

"Wakil rakyat PAS dan PKR tidak laku dalam soal ini," katanya secara bergurau.

Bagaimanapun, kata Nawi, kontraktor berkenaan bukan secara automatik mendapat projek tetapi melalui undian.


 Free Malaysia Today

Tragedi Himpunan Belia 2012: Bernama laporkan 17 cedera 4 Parah..

Posted: 27 May 2012 01:19 AM PDT


PUTRAJAYA - Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.

"Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.


Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.

Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya.
 
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. – Bernama


Video sila lihat di ( SINI )

Video Tragedi Himpunan Belia 2012 yang akibatkan dua parah..

Posted: 26 May 2012 08:00 PM PDT


Pihak penganjur iaitu Kementerian Belia dan Sukan perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini kerana mereka gagal menyediakan langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya.


Penonton dan jalan yang digunakan sebagai litar lumba hanya dipisahkan oleh pokok hiasan jalan.. tapi oleh kerana Menteri di Kementerian Belia dan Sukan dari UMNO, yang bersalah dalam hal ini ialah penonton kerana menonton ditepi jalan.

Aku nampak.. dari segi keselamatan tak ada bezanyapun perlumbaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan perlumbaan haram..

Laporan dari Jalan Pulang.

Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.


Tiada ulasan: