Ahad, 27 Mei 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Cara Jamil Khir bodek Najib Razak

Posted: 27 May 2012 05:13 AM PDT


Ini sebuah wayang kisah tentang BERSIH 3.0 dan KUOTA HAJI jemaah dari Malaysia tahun ini. Wayang ini dihasilkan.... ihlam sorang menteri agama lelaki di Jabatan Perdana Menteri kerajaan UMNO/BN.

Tujuan wayang ini dikisahkan adalah untuk meng-UP-kan nama dan reputasi Perdana Menteri 1Malaysia. Ini terpaksa dilakukan sebagai satu cara membodek piem tersebut. Maklumlah PRU13 dah semakin hampir dan mungkin menteri lelaki yang jaga agama ini, masih teringin nak jadi menteri lagi kot? Jadi.... jilat kena kuat sikit.

Tambahan pulak.... reputasi Piem ini yang sudah teruk, kini menjadi semakin teruk... sejak berlakunya BERSIH 3.0. Kerana itu.... sesuatu mesti dilakukan untuk meng-up-kan sedikit reputasinya. 

Oleh itu, setelah memerah otak yang sejemput tu, maka dia mendapat inspirasi. Kuota haji Malaysia dijadikan tema wayang ini. Tujuan tersirat wayang ini adalah untuk mempropaganda rakyat Malaysia yang Melayu-Islam, agar membenci dan menyalahkan BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat.

Mengikut skrip... Menteri ini akan mewar-warkan kononnyer kuota haji jemaah dari Malaysia telah dikurangkan kerana peristiwa BERSIH 3.0 yang juga telah diadakan di Mekah dan Madinah. Uuuu... kononnyer raja Saudi tak berapa berkenan akan kejadian tersebut. Kononnyer lah.... Baca sini.

Oleh sebab tak berapa gumbira denagn kejadian tersebut, maka pihak Saudi kononnyer, membuat keputusan untuk mengurangkan kuota jemaah haji dari Malaysia. Sebenarnya, semua ini bullshit menteri jaga agama Malaysia tu jer untuk meng-gabra-kan rakyat Malaysia yang Melayu-Islam. 

Uisshh... Udah tak dapat ler kita nak gi Mekah tahun ni. Ini semua BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat punya pasal ler!!

Lepas tu... dia canang nama Najib agar gunakan pengaruh dan hubungan baiknyer dengan kerajaan Saudi agar kuota jemaah Malaysia tidak dikurangkan. Eleh.... dia nak tunjuk yang kononnyer Najib dengan kerajaan Saudi tu kamceng. Kononnyer.... Najib ada pengaruh di kerajaan yang jaga Mekah dan Madinah, dua tanah suci orang Islam tu.... 

Najib ada pengaruh ler di sana?? Adehh... piiiraaahh!!

Wayang jer semua tu. Hakikat sebenarnya, bukan kuota jemaah dari Malaysia jer yang dikurang tetapi seluruh dunia Islam. Nak tau citer sebenar tentang apa yang berlaku, baca penerangan daripada Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik di sini.

You see... Semua pembohongan menteri agama tu adalah untuk menimbulkan sentimen bencikan Pakatan Rakyat dengan harapan undi orang Melayu-Islam akan beralih semula kepada UMNO/BN. Hahahaha.... Benci Pakatan Rakyat tetapi saaaayyaaanng pada Najib Razak. 

Ciiit... Bangnag betoi!! Dia ingat di zaman IT... di mana maklumat di hujung jari ini, dia boleh nak kelentong dan perbodoh orang Melayu. Silap besor ler hang ooiii!!

Rakyat bukan bertambah sayangkan Najib tetapi semakin meluat. Meluat tahap gabab beb!! La ni, banyak Melayu dah bijak hang oii. Tak usah hang nak temberang depa la. Melayu hat yang bijak ni, Melayu yang tegar.... hardcore yang bencikan UMNO dan mereka pasti akan tolak UMNO/BN.

So... Jamil, hang jangan nak main wayang dengan isu kuota jemaah haji Malaysia. Hal bab-bab yang ada kaitan dengan agama ni hang jangan buat main no. Buruk padahnyer nanti.

“Wamakaru wamakarallah... Wallahu khairul makirin

Posted: 27 May 2012 02:02 AM PDT

Sedang syok-syok kita nak menyambut kedatangan Ustaz Azhar Idrus ke Putrajaya, but then.... perancangan terganggu.
 Oh no... Mereka batal dan tarik balik tauliah untuk program ceramah agama beliau di PICC... to make way for program Himpunan Jutaan Belia mereka. [sini]
Ceess....!! Potong stim betoi!!
Well... what to do. Kita terpaksa pasrah dan kita ubah venue kita ke Masjid As-Salam Puchong. Alhamdulliah.... ceramah agama UIA berjalan dalam suasana aman dan tenteram. Tiada bala yang menimpa lautan manusia yang datang mendengar ceramah tersebut, berkat perlindungan Allah SWT. Ini bermakna perancangan kita diberkati Allah SWT. Allahu Akbar!!
Itu program kita. Program mereka... Dahsyat...!! Ia berlangsung dari terbitnyer sang suria sampai terbitnyer pula cahaya sang bulan dan bintang. Dasat... Dasat.... Ia penuh dengan kemaksiatan. Ia penuh dengan kelekaan. 
Itulah perancangan mereka untuk para belia kita yang diangkut entah dari mana-mana. 24 jam... belia kita dihiburkan non-stop pelbagai aktiviti yang disusun oleh penganjur tajaan para pemimpin UMNO. Dan... para artis yang juga diangkut entah dari mana-mana. Berkumpullah mereka di sana. Gempak dan happenng!!
Namun.... dalam keghairahan mereka meraikannya, berlaku kecacatan dalam perancangan mereka, apabila peristiwa buruk berlaku pada sebelah malamnyer.  
17 penonton cedera dan 2-4 daripadanya parah apabila sebuah kereta merempuh penonton di Presint 19 Putrajaya semasa melakukan aksi Drag sempena Perhimpunan Jutaan Belia 2012 itu. [sini] Takziah diucapkan kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Kejadian ini mengingatkan aku pada cakap orang tetua. Kata mereka..... jangan terlalu bersuka dan gembira, nanti menangis.... Terbukti sudah natijah daripada nasihat orang tetua kita tu.
Agaknyer Allah SWT tak memberkati perancangan puak-puak UMNO ini. Mereka bukannya membina kerohanian para belia tetapi memupuk nilai kemaksiatan dalam diri para belia kita. 
Atau... apakah ini bala yang diturunkan olh Allah SWT kerana tindakan bacul Najib meng-haram jadah-kan rakyatnya?? 
Aha.... maka haram jadah sungguh ler yang menimpa perancangan mereka. Ingat... itu baru bala kecik jer. Wallahua'lam....
Ituler komer....

'Wamakaru wamakarallah... Wallahu khairul makirin' 

Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang.

DEMO-CRAZY

Posted: 27 May 2012 12:00 AM PDT

 Salah satu tajuk di Utuseks Meloya.....

'Jadikan hari esok lebih baik'

 
Baik hapa ke bendanyer kalau belum lagi esok tapi udah.....

KKKKBBBOOOOOMMMM!!

 
Gambar dan cerita: Jalan Pulang

Crazy.... Crazy.... Crazy....

Inilah padahnya demo-crazy ala Najib Razak!!

Sasau vs Waras

Posted: 26 May 2012 10:00 PM PDT


Baca apa kata manusia yang kini sedang mengalami kesasauan serta kenyanykkan tahap gaban kerana dilanda perasaan takut yang amat sangat.

 Dosa-dosa yang dilakukannya semasa menjadi pemimpin negara sentiasa menghantuinyer. Dia seboleh-bolehnya mahu Pakatan Rakyat kalah dalam PRU13 ini kerana dia amat takut diheret ke muka pengadilan kerana dosa-dosanya itu.

Lantas... Pakatan Rakyat dimomok-momokkannya dengan gambaran yang tak masuk akal, hasil imajinasinya yang sedang ketakutan. Perasaanya takut, imajinasinya merapu dan jiwanya...  kacau gila babi, wa cakap lu. 

Ini terbukti melalui kata-katanya. Cer baca di bawah ini.....

  "Tunjuk-tunjuk perasaan BERSIH yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.
 "Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan,"
[Mahathir Mohamad]
 Pendek kata... negara akan huru hara jika Pakatan Rakyat kalah dalam PRU13 nanti.
Fuuhhyooo!! Gila babi nyer imajinasi orang tua sasau ni!!
Kah kah kah kah kah....
Now.... kita tinggalkan si tua sasau di atas tu dan kita baca pulak apa kata seorang lagi orang yang dah tua tetapi very cool dan waras serta rasional pemikirannya. Beliau tak suka berimajinasi tetapi lebih suka berkata-kata berlandaskan kenyataan dan realiti.
"Saya katakan ini kenyataan terbalik. Pembangkang terbukti telah kalah dan gagal menawan Malaysia sebanyak 12 kali pilihanraya, tidak pernah berlaku huru hara. Yang tidak pernah tewas ialah UMNO/BN. 
Hari ini selepas BN hilang majoriti 2/3 parlimen, berlaku tunjuk perasaan 'punggung', ceramah Pakatan Rakyat dilontar batu dan telur dan sebagainya, siapa yang berpotensi menjadi ganas?" 
[TG Nik Abdul Aziz Nik Mat]
Aha.... Satu soalan yang baik untuk kita renungkan, mengakhiri satu kenyataan balas yang ringkas, padat dan tepat sekali. Bravo Tok Guru!!!
Jadi.... sama-samalah kita fikir-fikirkan nyer, ya??

Labun Piem bernama Najib

Posted: 26 May 2012 07:40 PM PDT



Sempena Himpunan Jutaan Belia, Najib telah labon besor, kononnya dia mahu serahkan negara lebih baik kepada belia.

Uuuuu.... don't play-play. Dia nak serahkan negara yang hebat dari segala hebat kepada kepada para belia. Dahsyat.... Dahsyat.... Sikit punyer hebat ke labon dia.

Alahai.... Najib oii. Kamu pun warisi negara yang dah lunyai kena perkosa oleh UMNO dan para pemimpinnyer. Kemudian, apabila sampai kepada kamu..... kamu lunyaikannyer lagi selunyai-lunyainyer. Lepas tu.... kamu kata nak serahkan negara yang hebat dari segala hebat kepada belia kita.

Hahahaha....What a joke!! Usah ler perasan yang awak tu hebat sangat. Buat gelak dek orang jer. Tak mana hebatnya kamu. Mana mungkin pemimpin cabok, dapat mewariskan negara yang hebat kepada rakyat belia nyer. Temberang namanyer tu!! Usah nak auta ler. Kalau ya pun nak labon.... jangan ler deraih sangat.

Ayoyo Najib.... don't insult their intelligence la. But.... kalau setakat para belia yang diangkut dengan berbas-bas untuk dengar ucapan Piem 1 Malaysia ni, rasanyer bolehlah kot dia insult dan kunta-kinte intelligence mereka. Maklum ler... pemikiran mereka tahap budak tadika jer. Malah kekadang... budak tadika lagi cerdik daripada mereka.

Selain itu.... belia yang dihangkut tu, ada yang terpaksa pergi. Kalau yang pergi secara suka rela tu adalah hat jenis yang sudah ditunekan. Pemikiran mereka sudah diracuni, otak mereka sudah dibonsaikan dan ditunekan supaya menjadi UMNO-friendly. Ini kategori hat yang bodoh-bodoh. Yang pandai dah lama unfriend UMNO dah.

Sebaliknyer, hok yang cerdik dan bebas mindanyer.... jangan harap ler nak pergi. Mereka tak mudah diperdaya dengan dakyah kononnyer Najib akan mewariskan negara yang hebat dari segala hebat kepada mereka. Orang cerdik.... tak siorkan UMNO. Termakan dakyah dan propaganda murahan mereka, jauh sekali ler.

Selain itu, cer perhatikan. Ada tak anak-anak menteri yang belia remaja tu pergi berhimpun ke Putrajaya??

 Percayalah.... habuk pun tarak. Entah-entah mereka dok ketawa guling-guling tengok dan dengar Najib dok kelentong dan memperbodoh para belia sebaya mereka. Apa kelas pergi dengor ucapan bodoh Najib. Lagi baik dan lagi syok ler jika mereka pergi enjoy di tempat-tempat yang eksklusif dengan awek-awek mereka.

Najib... Najib.... Sudahler menjadi liabiliti kepada negara kerana pelbagai skandal jelek, kini dia menjadi bahan ketawa 1Malaysia pulak.

Kah kah kah kah kah....

Nak serah negara yang hebat dari segala hebat kepada belia.... kata dia.

Sedarlah wahai para belia..... bahawa dengan segala bagai transformasi yang hanya mengkayakan para kroni mereka, Najib mungkin hanya akan serahkan negara yang bangkrap kepada you all.

Sebab tu, anak muda kena bangkit. Ayuh kita bangkit dan berubah. PRU13.... kita ubah kerajaan agar kita sama-sama dapat membantu negara....  menjadi 'SEGAR' dan HARUM semula, insyaAllah.

Olang talak percaya sama lu maa

Posted: 26 May 2012 05:40 PM PDT

 

PSC hanya untuk mengaburi mata rakyat saja. Bunyi gah tapi... alahai, satu lagi alat untuk memperbodoh rakyat. PSC FAILED. Mengecewakan!!

PSC has become another lembu yang berjaya dicucuk hidungnyer!! Lantaran itu, ia gagal meyakinkan rakyat yang pilihan raya di Malaysia boleh berjalan dengan adil, telus dan bersih. Rakyat mahukan penambahbaikan tetapi keadaan menjadi semakin bercelaru dengan kerja-kerja cuba menipu yang dilakukan oleh SPR.

Sebagai contoh, rakyat mahukan senarai pemilih yang bersih... tetapi ia jadi semakin mencurigakan. Itu macam kalu..... siapa mau percaya?? IC dikeluarkan kepada orang asing dengan sewenang-wenangnyer. Bukan ke dah banyak pendedahan dilakukan tetapai apa SPR dan PSC buat?? 

Nothing!! Eeee,,, kerja-kerja giler dan bahaya semua ni. Mereka sanggup menggugat kedaulatan dan maruah negara demi kuasa. 

Apa yang kita khuatirkan... negara Malaysia ini akan tergadai kepada orang asing. Kita tak mahu anak bumi jati negara ini nanti, menumpang di bumi sendiri dan terpaksa bersaing dengan orang asing. Jangan tunggu keadaan dah jadi getir baru kita nak tergadah. Jam tu... sudah tak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur.

Strategi yang digunapakai oleh kerajaan UMNO untuk kekal berkuasa akan membawa musibah besar kepada negara dan kita. Tapi demi kuasa.... mereka peduli apa. Dan... PSC pula tak boleh nak berbuat apa-apa. Tak cukup power. Ia dijadikan 'selaput' untuk mengaburi mata rakyat jer. Oleh demikian, rakyat hilang kepercayaan pada PSC.

Oleh sebab, mereka tak ambil pusing... kita rakyat kena peka dan berwaspada. Namun... setelah BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 kita lancarkan, keadaan masih macam tu jugak. 8 tuntutan dok tinggal 8 tuntutan. Tak nampak lagi tanda-tanda yang mereka akan penuhi 8 tuntutan tersebut.

So... don't expect rakyat nak percaya yang PRU13 ini nanti akan berjalan dalam keadaan yang telus, adil dan bersih. Percayalah.... dalam keadaan UMNO berada di hujung tanduk.... PRU 13 ini nanti....  akan menjadi PRU yang paling kotor di Malaysia.

Ingat apa Najib kata.... "Kita akan mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir"

Darah menitis tu seperkara tetapi more importantly.... mereka akan cuba menang PRU13 ini melalui penipuan dan strategi bahaya dan terkeji. Hat ni.... kita boleh percaya tapi PSC dan SPR..... rakyat tak percaya lagi. Lembu UMNO belaka.

UMNO... UMNO... Kalau tak menipu bukan UMNO namanya.

Introducing the one and only....

Posted: 26 May 2012 03:30 PM PDT


 Mr Yob Pasio!!

Badut terhebat abad ini.

Fooohhhh.... !! 
Hebat... Hebat...!! Dahsat...!! Dahsat...!!

Kah kah kah kah....
Kih kih kih kih kih...

UMNO SAMSENG!!

Posted: 26 May 2012 12:17 PM PDT


 Tengok budak ni.... 


PRU13.... Kita pangkah ABU!!

Tiada ulasan: