Ahad, 27 Mei 2012

Addin

Addin


Petanda BN Bakal Terlingkup, Dengan Radio Pun Takut..

Posted: 27 May 2012 09:56 AM PDT

DEBAK - Rakyat di negeri ini terutamanya dalam kawasan Parlimen Betong dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan yang dihebahkan dalam Radio Free Sarawak. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata, ianya bukan bermaksud Kerajaan Barisan Nasional (BN) takut atau tergugat dengan kehadiran radio tersebut, sebaliknya menyifatkannya hanya saluran media sosial pembangkang untuk menghasut rakyat.

"Apa sahaja yang dihebahkan dalam radio tersebut kebanyakannya tidak tepat bahkan maklumat yang disalurkan lebih menjurus kepada kritikan serta tohmahan terhadap kerajaan.

"Jadi, jangan terkeliru atau terpengaruh dengan radio tersebut kerana jelas dan nyata radio ini hanya berfokuskan kepada hasutan berbanding penyebaran maklumat benar," tegasnya sambil menyifatkan radio tersebut sebagai 'racun' kepada negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Malam Pra Gawai 2012 anjuran Komuniti 1Malaysia (K1M) Rimbas dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Betong.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Betong menambah, kerajaan BN akan sentiasa berusaha membantu rakyat dari pelbagai aspek agar seiring dengan pembangunan infrastruktur yang sedang dilaksanakan.

"Antara yang sentiasa diberi perhatian ialah kebajikan rakyat terutamanya mereka yang berada di luar bandar. Penduduk di sini amnya, sudah melihat sendiri bukti kerajaan prihatin dengan keperluan rakyat dengan pelbagai kemudahan dibawakan kepada mereka.

'Intan dan permata'

"Sudah tentu pelaksanaan setiap projek pembangunan mengambil masa agak lama kerana perlu melalui proses-proses tertentu bagi menghasilkan yang terbaik," katanya yakin penduduk di konstituensinya sudah matang dalam mengenal 'intan dan permata'.

Dalam ucapannya juga, beliau turut memohon K1M Rimbas dengan Pejabat Daerah di sini agar dapat merancang sebuah Karnival Budaya (Cultural Extravaganza) yang merangkumi pelbagai budaya suku kaum masyarakat terutamanya kaum Iban.

"Sebagaimana kaum lain, kaum Iban turut mempunyai pelbagai budaya tradisi. Sekiranya tidak dijaga dari sekarang, kita takut budaya yang sangat bernilai ini akan hilang ditelan zaman.

"Justeru, dengan adanya karnival ini nanti secara tidak langsung kita dapat menunjukkannya kepada generasi muda seterusnya dapat menurunkan ilmu dan pengetahuan tersebut kepada mereka," jelasnya sambil menambah budaya merupakan salah satu tarikan yang amat berkesan dalam sektor pelancongan.

Terdahulu, Uggah mengumumkan peruntukan berjumlah RM5,000 kepada K1M Rimbas dan RM5,000 lagi untuk menganjurkan Karnival Budaya tersebut.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat, Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Setiausaha Politik serta Setiausaha Sulit beliau Dr Richard Rapu dan James Digat, Pegawai Penerangan Betong Mohamad Azuel

Abdullah, Pegawai JASA Bukit Saban dan Layar Blacky Sanggat, Pegawai Tadbir Debak Dr James Luing, Tony Malang, Pengerusi K1M Rimbas Anthony Jiram Ud, ketua-ketua jabatan, ahli K1M rimbas serta tetamu. ~fmt


Gambar Ustaz Azhar Idrus Di Majlis Penyerahan 200 Borang Keahlian Baru PAS Chow Kit

Posted: 27 May 2012 08:18 AM PDT


Nih berita yang Addin perolehi dari FB Tuan Guru Haji Hadi Awang. Kelihatan di gambar ialah idola anak muda masakini, Ustaz Azhar Idrus di majlis penyerahan borang ahli PAS seramai 200 orang di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. 

Dalam di hentam dari segala segenap penjuru, makin berbondong-bondong manusia menyertai PAS.




Panas!! Restoran Sekinchan Ikan Bakar Di 'Lelong'

Posted: 27 May 2012 06:19 AM PDT


Panas!! Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Kota Damansara telah di tutup dan cawangan di Bukit Tinggi, Kelang juga sudah 2 bulan di tutup.Manakala cawangan di Segambut pula akan di lelong pada 30hb Mei, 2012.

 Sebenarnya, sebelum ni bukan nak peduli pun pasal citer restoran kena lelong, bankrap ataupun di tutup. Tetepi memandangkan pemilik restoran nih bikin isu panas, sebab tu ramai yang ambil port pasal citer nih.

Anyway kau orang nilailah usahawan pencacai United Malays National Organisation (Umno) nih. Berniaga lingkup tetapi hidup boleh bermewah-mewah lagi..




Sebenarnya 4 Parah Dan 17 Cedera Di Tragedi Himpunan Jutaan Belia

Posted: 27 May 2012 05:22 AM PDT


PUTRAJAYA - Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.



Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.

"Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.


Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.

Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. ~bernama


Di Kala Tuan Guru Nik Aziz Bermunajat, Najib Bermaksiat..

Posted: 27 May 2012 01:30 AM PDT

MACHANG - Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai 'bapa kafir', beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada. Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.

Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha.

Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.

Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.

Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.

Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.

"Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.

"Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah," ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.

Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu. Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi. ~harakahdaily

Addin :

Di kala Tuan Guru Nik Aziz bermunajat kepada Allah SWT, Najib yang mengaku pemimpin wasatiyyah menganjurkan maksiat seperti konsert, tari menari, drag race yang bercampur aduk lelaki dan perempuan. Acara-acara ini jelas melalaikan anak muda kepada Allah SWT.. Pemimpin yang bagaimana tuan-tuan akan pilih, tepuk dada tanya iman..



Video Pengisian Rohani Di Himpunan Jutaan Belia Di Putrajaya

Posted: 26 May 2012 11:47 PM PDT

Pemimpin Wasatiyyah no.1 negara
Setelah kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatalkan di PICC gara-gara beri laluan persembahan K-Pop. Ini membuktikan United Malays National Organisation (Umno) yang kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara hanyalah retorik semata-mata.

Pemikiran ini telah di tanam oleh golongan orientalis barat kepada golongan pemimpin di negara kita. Ini kerana orientalis barat mengatakan agama adalah candu kepada masyarakat..







Gambar Peserta Himpunan Jutaan Belia Berjaya Menyaingi Peserta Bersih 3.0

Posted: 26 May 2012 10:19 PM PDT


Wow!! Himpunan Jutaan Belia telah menyaingi himpunan Bersih 3.0, betul ke?? Gambar-gambar nih sebagai bukti.. Mengikut kaedah perkiraan yang digunakan Rais Yatim, kaedah blok photografi di yakini sejuta orang belia telah berjaya dikumpulkan di Putrajaya.

Mereka yang hadir dikatakan terpaksa bermandi peluh untuk sampai ke stage tempat Najib berucap dengan orang terlalu ramai sehingga kalau di kira pada peta kaki persegi seperti kata Rais Yatim ianya tidak lagi mampu untuk di kira oleh sesiapapun.. Sungguh hebat Himpunan Jutaan Belia..









Tiada ulasan: