pemuda cheh |
Cubaan mencuri jasad Rasulullah s.a.w... Posted: 18 May 2012 04:14 PM PDT 1) Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya " Wafaul Wafa " 2) Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya " Talkhisul Ma'alim Daril Hijrah " 3) Abbasi dalam bukunya " Fi 'Amdatil Akhbar " semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah. Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari "Raudhah " di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w.. Tiba2, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah s.a.w.. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut. Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya. Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak2 kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w.. dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 org lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu. Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya , beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan ,maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut. Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang beraksi menggali lubang yang menjurus ke makam Baginda s.a.w.. mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w.. maka, lelaki2 Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar. Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan dengan sehancur2nya dalam perang 200 tahun itu, ajarannya mahu dikikis semua, tetapi juga jasad Nabinya yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas dan memperkosa sedemikian rupa. Tetapi ,dewasa ini kerana tidak mungkin lagi untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi akhir zaman itu, atas asbab penjagaan yang terlalu ketat , maka kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya di bidang lain, iaitu di bidang da'wah, propaganda dan misi yang tujuannya tidak lain menasranikan umat Baginda s.a.w.. so, hati-hati dengan kaum Salib/ Kristian kerana mereka berhasrat untuk menjahanamkan / menasranikan umat Nabi walau dengan apa cara pun, sehingga ke hari ini. ingatlah firman ALLAH , mafhumnya : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! " (Surah Al-Ahzab : 21) 5 kali cubaan mencuri jasad Rasulullah saw
Wallahu a'lam. | ||
PRU 13 Peluang Terbaik Untuk Perubahan Posted: 18 May 2012 03:57 PM PDT Ramai rakyat dan pengundi begitu ghairah dakam pilihanraya kali ini ialah semata-mata untuk melihat berlakunya perubahan dalam politik negara. Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat tentunya ingin menumbangkan UMNO dan BN dan menggantikannya dengan kerajaan baru yang diyakini lebih baik, lebih telus, lebih menjaga rakyat dan sebagainya . Bagi mereka, era pemerintahan BN selama lebih 50 tahun harus ditamatkan kerana terlalu banyak sisi gelap yang muncul satu demi satu yang melibatkan pemimpin UMNO dan kerajaan. Pemimpin yang dianggap tidak ikhlas dan tidak amanah itu telah menyebabkan negara semakin hari semakin nazak dibuatnya. Bukan saja kos hidup makin meningkat, peluang pekerjaan kian terhad, hutang negara bertambah sehingga mencecah 54 peratus daripada KDNK negara, malahan imej negara di persada antarabangsa juga kian suram. Beberapa isu skandal dan penyelewengan yang muncul membuatkan rakyat bertambah muak dengan kerajaan pimpinan Najib sekarang ini. Laungan perubahan tidak membawa erti sama-sekali kerana ia dilihat tidak disertai dengan iltizam yang tinggi untuk berubah. Isu-isu yang melibatkan nepotisme dan kronisme terus juga berlaku dan menjadi bualan rakyat. Bukan saja menteri dan pemimpin negeri serta bahagian yang tidak mahu berubah dengan terus mengabaikan rakyat, gemar mempamerkan kekayaan, bergaya mewah serta membazir malahan Najib sendiri dilihat cakap tak serupa bikin. Sementara beliau menekankan konsep wasatiyah atau kesederhanaan, Najib juga dilihat gagal mengawal dirinya, isteri dan keluarganya untuk bersederhana dalam kehidupan. Pembaziran dan berbelanja mewah terutama dalam menghias diri, kediaman dan mengadakan jamuan terus juga berlaku. Episod Rosmah berbelanja mewah di luar negara pula bagaikan telenovela yang tiada penghujungnya. Ini menyebabkab rakyat melihat pemimpin UMNO sebenarnya tidak mahu berubah. Laungan untuk berubah hanyalah umpan untuk memancing undi dan sokongan. Rakyat akhirnya berpendapat, hanya rebah saja ubat yang mujarab untuk UMNO berubah. Mereka lebih bimbang, jika UMNO dan BN terus diberikan kuasa, lebih banyak cerita skandal dan penyelewengan yang akan terbentang di depan mata mereka. Mungkin berpuluh skandal mirip NFC atau separuh daripada menteri yang berskandal dengan artis akan menjadi kebiasaan akhirnya. Mungkin juga semua menteri akan mengagih-agihkan projek kerajaan untuk anak dan kaum keluarga sahaja. Rakyat juga tidak mahu lagi melihat menteri yang lemah dan lebih banyak memberi amaran daripada bertindak. Mereka juga tidak mahu menteri hanya diam membatu dan seolah-olah patung bernyawa terhadap segala permasalahan rakyat. Lebih dari itu, rakyat juga sudah jelak dengan menteri yang terlalu retorik dan hanya tahu mengampu tetapi keprihatinan terhadap rakyat tetap ditahap sifar. Ditambah pula dengan kedudukan pembangkang yang kian mantap dan kejayaan Anwar menyatukan PKR, PAS dan DAP sebagai Pakatan Rakyat yang dilihat mampu menjadi alternatif kepada kerajaan sedia ada, ia membuatkan harapan rakyat ke arah perubahan semakin membuak dan berkobar-kobar. Dengan kedudukan PR yang begitu mantap, sementara UMNO dan BN pula kian lemah serta disaluti dengan pelbagai masalah dari demi hari, PRU 13 dilihat adalah peluang terbaik untuk melakukan perubahan. Jika peluang ini terlepas, ia mungkin tidak muncul lagi. Oleh itu, peluang yang ada ini harus digunakan sebaik mungkin. Jika rakyat yang menyokong pembangkang lebih mahukan kerajaan baru mentadbir negara ini selepas pilihanraya akan datang, lain pula halnya dengan sebahagian besar pengundi atas pagar dan ahli UMNO. Sebahagian mereka dilihat masih mahukan UMNO dan meyakini BN tetapi tidak gembira dengan cara pentadbiran Najib bersama sebahagian besar menteri-menteri yang ada sekarang. Dengan Najib yang dilihat terlalu lemah dan gagal dalam banyak perkara, mereka ini hanya mahu Najib ditukar selepas pilihanraya ini. Mereka juga tidak gembira dengan menteri-menteri yang dilihat rapat dengan Najib tetapi gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Hakikatnya, pilihanraya akan datang ini akan menyaksikan pertembungan kepada perubahan dalam dua aspek. Satu pihak mahukan UMNO dan BN ditumbangkan manakala satu pihak lagi hanya mahukan Najib dan beberapa menteri yang tidak berkesan digulingkan. Namun yang jelasnya perubahan pasti akan berlaku dalam PRU 13 ini. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan