Jumaat, 25 Mei 2012

Biaqpila

Biaqpila


K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal

Posted: 25 May 2012 05:00 AM PDT



Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.

Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!

Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?

Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?

Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.

Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?

Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?

Tolong jangan jadi bodoh.

Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.

Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG????

rakyat marhaen


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAYANAN SEKS LEPAS JAMU SELERA

Posted: 25 May 2012 02:00 AM PDT

Khidmat ekstra lepas jamu selera di restoran


Gambar Hiasan
KLANG: Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan 10 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam dua serbuan di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan pertama di sebuah restoran makanan laut di Bandar Baru Klang, di sini, keasyikan pelanggan menjamu selera terbantut apabila restoran itu diserbu sebelum polis menahan lima pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang bekerja di restoran itu.


Operasi dinamakan Ops Noda itu dilaksanakan pasukan membabitkan tiga pegawai dan 10 anggota.

Difahamkan, pelanggan yang mahukan khidmat ekstra selepas minum dan makan dibawa ke tiga bilik di restoran terbabit.

Ketua Operasi, Inspektor Chin Wen Sin berkata, serbuan bermula jam 10.15 malam itu dilakukan berikutan aduan dan risikan selama seminggu mendapati restoran itu turut menyediakan khidmat GRO untuk aktiviti tidak bermoral sebagai taktik pelaris perniagaan.

"Selepas serbuan itu, kami menyerbu sebuah pusat hiburan berhampiran. Lima GRO warga asing ditahan dalam serbuan di pusat hiburan itu.

"Kami mengesyaki GRO terbabit menawarkan khidmat seks kepada pelanggan," katanya ketika ditemui selepas serbuan di kedua-dua premis itu berakhir sejam kemudian. Menurutnya, siasatan awal mendapati GRO terbabit menerima tips RM50 bagi layanan menemani setiap seorang pelanggan tidak termasuk khidmat ekstra.

HM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ceramah PKR Lembah Pantai Kena Baling Batu, Telur, Letrik Dipotong

Posted: 25 May 2012 12:00 AM PDT


KUALA LUMPUR 24 Mei : Ceramah PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai di sini menjadi kecoh apabila beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin kanan parti itu.


Seorang penonton ceramah yang diadakan di dalam perkarangan flat Pantai Permai, cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.


Beliau dikejarkan ke hospital oleh petugas PKR.


Beberapa penonton lain terkena lemparan telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam.


Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada khemah ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap.


Peralatan Krew TVSelangor yang berada dilokasi tersebut untuk tujuan siaran langsung juga terkena serpihan telur yang dilemparkan.


Nurul Izzah, yang juga MP Lembah Pantai, dilihat memujuk beberapa penonton ceramah yang memaki hamun Umno kerana tindakan sabotaj tersebut, supaya bertenang dan bersabar.


Setelah beberapa minit, bekalan elektrik ceramah itu dapat disambung semula.


Nurul Izzah di dalam ucapannya berkata provokasi tersebut diadakan kerana Umno-BN takut akan kehadiran Pakatan.


“Masa saya berkempen dulu, tidak pernah seteruk ini, mereka boleh buat jahat tetapi ingatlah, rakyat akan bangkit lawan kejahatan ini.


“Umno-BN patut malu kerana melakukan provokasi sebegini, kita tidak akan takut tetapi mereka yang takut, ” katanya.


Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Atkin juga menyeru individu-individu yang membaling batu dan telur tersebut agar memberhentikan tindakan mereka.


"Saya mintak Pemuda Umno supaya jangan bertindak sedemikian. Hormati hak kita untuk berucap seperti kita hormati hak kamu untuk berucap.


"Berucaplah sekuat-kuat hati tetapi jangan sampai buat macam ini (bertindak ganas)," Shamsul Iskandar berkata.


Ceramah PKR yang bertemakan "Halatuju Politik dan Ekonomi Negara" turut memuatkan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Menegah Rendah oleh Nurul Izzah.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut memberi ucapan pada malam itu.


Suasana bermula tegang dari pukul 8 malam ekoran sebuah lagi ceramah Umno-BN yang telah diadakan berhampiran tapak ceramah PKR.


Wartawan TVSelangor berkata beberapa kumpulan mat rempit yang berkeliaran di jalan ke flat tersebut bertindak membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan.


Jalan ke flat Pantai Permai juga dikepong oleh pemuda yang dipercayai aktivis Umno-BN berbaju merah yang cuba menakut-nakutkan pengguna kenderaan dengan mengajukan banner perkataan kesat dan mengibar bendera Umno.




selangorku




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BISMILLAH 5 Penyembuh Pelbagai Penyakit

Posted: 24 May 2012 09:00 PM PDT



BISMILLAH 5 Penyembuh Pelbagai Penyakit

Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i'tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 

Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh...

sumber fb


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

UMNGOK SEMAKIN HAMLAU

Posted: 24 May 2012 05:53 PM PDT


Bersih Itu Kotor....? Memang Bangang Tahap 8 Pada Skala Richter


HALAU = Himpunan Anak LAngau Upahan


DEY MACHA!!!
UMNGOK DAH MAKIN NAZAK
SETIAP HARI ADA SAJA KUMPULAN BARU
PALING BARU 'HALAU'
HALAU KE HAMLAU BEB?
KAH! KAH! KAH!

MEMANG HAMLAU BETOI PUAK UMNGOK NI
KASI KUMPUL BUDAK2
BAGI T-SHIRT FREE
BAGI UPAH SEKUPANG DUA
SURUH BUAT KACAU
KAH! KAH! KAH!

BUAT PERHIMPUNAN PUN XDAK SAMBUTAN
LAST-LAST TERPAKSA DIBATALKAN
NAMPAK SANGAT UMNGOK MAKIN DITOLAK
KAH! KAH! KAH!




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: