DUNIACACAMARBA |
- [Video] Selepas Mengamuk, Menangis, Menipu, Samhuri Pelakon Wayang Pasir Akan Dikenakan Tindakan Disiplin UMNO?
- Hari Belia Negara 2012: Berahi K-POP Diutamakan, Program Agama Ditangguhkan
- [Video-Bukti] Insiden Baling Batu & Telur di Merlimau Melaka, Mengapa Polis Tidak Bertindak?
- Sudahlah Pukul, Samun, Ikat, Rogol Pekerja Salun, Lelaki Gila Seks Turut Larikan Seluar Dalam Mangsa
- Isu Fitnah Minta RM10 Juta: S Manikavasagam Akan Saman Khir Toyo
- [Video-Wajib Tonton] Debat PTPTN: Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli
- Ketua Pengacau Rumah Ambiga Ahli UMNO dan Rakan Baik Noh Omar
- Mahkamah Bebas, JAIPP Kemuka Rayuan Semakan Kes Khalwat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Posted: 23 May 2012 06:00 AM PDT Berita terbaharu yang TM baca berkaitan dengan pelakon wayang pasir ini mengatakan bahawa dia mungkin dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO. Sebuah blog pencacai menulis: Kalau betul, elok sangatlah. Video malaon ini mengamuk boleh ditonton di sini. Video malaon ini menangis boleh ditonton di sini. Video malaon ini memfitnah dan menipu boleh ditonton di sini. | ||||
Hari Belia Negara 2012: Berahi K-POP Diutamakan, Program Agama Ditangguhkan Posted: 23 May 2012 01:19 AM PDT Rasanya rata-rata pembaca DCM mengetahui program Ustaz Azhar Idrus di PICC, Putrajaya ditangguhkan kerana Himpunan Sejuta Belia. Bagi yang tidak tahu, sila klik di sini. Apa tentatif program Hari Belia Negara 2012 yang bakal dihidangkan kepada remaja sehingga program agama pun terpaksa ditangguhkan untuk memberikan laluan kepada program ini? Jeling punya jeling, segmen antarabangsanya mempersembahkan nyanyian dan tarian artis K-POP dan J-POP.
Antara yang membuat persembahan termasuklah kumpulan ini:
Kalau beginilah aksi yang bakal dipersembahkan oleh artis jemputan itu, bukan sahaja remaja yang terpaksa menahan berahi, pak menteri yang hadir pun terpaksa menahan gelora di dada dan di celah kangkang. Jadi, TM nak tanya kepada saudara pembaca yang mempunyai anak yang berminat untuk menghadiri sambutan Hari Belia Negara anjuran BN, adakah anda mahu anak anda memperoleh pengisian Hari Belia Negara 2012 seperti yang telah dirancang di atas? Adakah program hiburan begini yang mahu anda tonton sempena Hari Belia Negara di kaca televisyen? Kalau mahu, saya nak kata apa lagi? Selamat berhibur dan memberahikan diri! -DCM | ||||
[Video-Bukti] Insiden Baling Batu & Telur di Merlimau Melaka, Mengapa Polis Tidak Bertindak? Posted: 22 May 2012 11:58 PM PDT Video di bawah ini memaparkan insiden baling batu dan telur di Program Hi-Tea bersama dengan Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga sehingga mengakibatkan dua kereta ADUN DAP mengalami kerosakan. Jika dilihat pada video, individu yang menyarung baju Perkasa ini kebanyakannya adalah remaja belasan tahun. Semasa kejadian, beberapa anggota polis sedang mengawal keadaan. Yang dipersoalkan, apa tindakan mereka apabila malaon yang memakai baju Perkasa merosakkan kenderaan ADUN DAP? Apa respons Ibrahim Ali? "Kadang-kadang ada orang beli baju-T PERKASA atau uniform dan pakai. "Kemudian, apabila sesuatu terjadi, orang ramai terus menyalahkan PERKASA," kata Ibrahim seperti dipetik oleh MK. Lawak sungguh kenyataan Ibrahim Ali. Kenyataan yang menggambarkan mentalitinya. PERKASA Melaka dan Umno Jasin sebelum ini menafikan terlibat dalam insiden di Merlimau itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu. Apa komen Pak Samad selaku Pengerusi Bersama Bersih 3.0? "Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi. "Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negeri Hang Tuah. "Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negari Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya seperti yang dipetik oleh MK. -DCM P/s: Perangai macam lahanat! | ||||
Sudahlah Pukul, Samun, Ikat, Rogol Pekerja Salun, Lelaki Gila Seks Turut Larikan Seluar Dalam Mangsa Posted: 22 May 2012 09:24 PM PDT
[HM] KUALA LUMPUR: Bukan saja menyamun wang tunai, cincin emas dan komputer riba dianggarkan bernilai lebih RM4,000, malah seorang lelaki berusia lewat 30-an turut melarikan seluar dalam milik pekerja sebuah salun di Setapak, di sini, selepas merogolnya, kelmarin. Difahamkan, lelaki terbabit melarikan seluar dalam mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai untuk dijadikan koleksi peribadi. Dalam kejadian jam 8 malam itu, lelaki terbabit dilaporkan mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali selepas merogolnya. Mangsa yang diselamatkan majikannya sejam kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini. Menceritakan kejadian itu, sumber berkata, lelaki itu datang ke kedai mangsa dengan berpura-pura mahu membuat rawatan muka. "Mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki terbabit mengarahkannya masuk ke bilik rawatan," katanya memberitahu ketika kejadian, mangsa bersendirian di kedai berkenaan. Sumber berkata, lelaki itu bertindak agresif dengan mencekik leher mangsa sebelum mengugut untuk membunuhnya. "Mangsa yang cuba melawan dipukul. Ketika itu, mangsa menangis dan merayu dikasihani. "Rayuan mangsa tidak diendahkan sebaliknya diarah menanggalkan pakaian sebelum merogolnya," katanya. Katanya, selepas merogol mangsa, lelaki terbabit mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali sebelum menggeledah kedai berkenaan. "Selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki itu kembali kepada mangsa dan mengambil seluar dalamnya. "Lelaki itu mendakwa mahu menjadikan seluar dalam mangsa sebagai koleksi peribadi," katanya. Sejam kemudian, majikan mangsa pulang ke kedai berkenaan sebelum mendapati pekerjanya itu berada dalam keadaan bogel dan terikat. Mangsa menceritakan kejadian terbabit sebelum dibawa ke balai polis berhampiran. Sumber berkata, antara barangan berharga dilarikan ialah wang RM500, komputer riba dan cincin emas. Difahamkan, sehingga kini, polis belum menahan suspek, namun usaha memburunya giat dijalankan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan. | ||||
Isu Fitnah Minta RM10 Juta: S Manikavasagam Akan Saman Khir Toyo Posted: 22 May 2012 08:51 PM PDT [KD] SUBANG JAYA 22 Mei: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mahu mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo mendedahkan bukti berhubung dakwaan tawaran RM10 juta. Katanya, jika Khir berani, beliau sepatutnya tampil mendedahkan bukti, bukannya sengaja memburukkan namanya. "Dia boleh cakap dia ada bukti, tunjukkan kepada saya, buktikan bahawa saya yang panggil dia untuk jumpa. Buktikan! "Tapi kenapa lepas empat tahun, dia (Khir) cakap dalam akhbar Sinar Harian (17 Mei lalu), bahawa BN tidak mengamalkan cara begini. "Kalau betul, kenapa tak buat laporan ke atas saya. Kamu (Khir) boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sini hari ini. Hadir sama, Gwo Burne dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Tegas Manikavasagam, bagi membuktikan laporan itu berniat jahat, beliau akan membuat laporan polis dan memanjangkannya bagi menyaman penyebar berita itu. "Dalam kes ini, saya akan buat laporan polis berdasarkan laporan bertajuk 'MP Kapar Minta RM10 Juta Dari Khir Toyo Untuk Keluar PKR' ditulis oleh M Zakrul Adam daripada blog Sel13.com. "Kemudian saya akan lantik peguam bagi menyaman mereka, saya sudah rancang untuk memfailkan saman itu dalam masa terdekat," katanya. Mengimbas kembali kejadian yang didakwa beliau bertemu dengan Khir untuk meminta wang RM10 juta, Manikavasagam memberitahu, beliau sendiri terkejut dengan tawaran tersebut. "Dia (Khir) yang cakap dengan saya begini: YB, jika kamu tidak gembira, datanglah kepada kami, kami akan jaga kamu. Kami akan beri kamu duit RM10 juta. "Bukan dari mulut saya, semuanya dari mulut dia. Kemudian saya cakap, tengoklah…tidak sampai lima minit, dia (Khir) terus jalan," katanya. Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pujukan dan tawaran untuk keluar parti turut dialaminya sejak beberapa tahun dahulu tetapi pendiriannya tetap utuh bersama Pakatan Rakyat. "Sejak 2008, saya sudah senaraikan beberapa orang yang mahu saya keluar parti, sehingga sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah saya. Mereka letak kereta di depan rumah saya. "Hari ini, Exco Kerajaan Negeri Perak seorang wanita, saya tidak mahu beritahu namanya, tapi jika dia cabar saya, saya akan sebut semua nama dalam senarai saya yang datang ke rumah dan pejabat saya di Kapar. Semua saya ada," jelas beliau lagi. Berkaitan: Isu RM10j: MP Kapar mahu saman Dr Khir Beliau berkata kenyataan tersebut sama sekali tidak berasas dan sengaja mahu mengaibkan dirinya sebagai seorang Ahli Parlimen. "Saya tegaskan lagi, kali pertama saya terjumpa dia (Dr Khir) pada pertemuan di Hotel Blue Wave itu dan kalau benar saya ada beberapa kali hubungi beliau sebelum pertemuan di Hotel Grand Blue Wave sila kemukakan bukti ," katanya pada sidang media khas, semalam. Turut hadir Ahli Parlimen Kelana Jaya ,Gow Burne Loh dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad. Menurutnya tindakan menyaman bekas menteri besar itu terpaksa diambil berikutan Dr Khir sebelum ini mendakwa beliau ada bertemunya selepas ceramah di Kuala Selangor pada akhir 2008 meminta sejumlah wang untuk keluar parti sedangkan perkara itu tidak berlaku. Beliau yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat laporan polis hari ini berhubung artikel yang dikeluarkan oleh portal Sel13.com kerana menyiarkan berita tidak benar mengenai dirinya. "Saya akan buat laporan di Balai Polis Meru melibat individu bernama Fakhrul Radzi Adam yang dan juga portal Sel13.com kerana terbabit menyiarkan fitnah jahat terhadap diri saya," katanya. | ||||
[Video-Wajib Tonton] Debat PTPTN: Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli Posted: 22 May 2012 07:05 PM PDT Sebelum menonton debat yang ada kaitan dengan ekonomi, strategik kewangan, kerangka pendidikan negara, perancangan ke arah mewujudkan pendidikan percuma di negara kita, maka eloklah kita melihat latar belakang pendebat. Hujah dan pendapat siapa yang relevan, angka siapa yang mahu kita terima, hujah siapa yang mahu kita sandarkan untuk kepentingan generasi anak muda masa depan. BIODATA RAFIZI RAMLI (Pengarah Strategi KEADILAN) * Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh * Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993 * Presiden, Badan Revolusi Agama * Presiden, Pancaragam Tentera * Presiden, Persatuan Bahasa Melayu * Ketua Pengarang, The Malay College Magazine * Menerima biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan Morrison's Academy, Scotland (1995 – 1996) * Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 * Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 * Orkestra Morrison's Academy Leeds University (1996 – 1999) * Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik * Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) * Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik LATAR BELAKANG KERJAYA Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003) * Lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW), dalam masa 2 tahun diterima sebagai ahli ICAEW (2003), selepas tamat tempoh minimum latihan di firma perakaunan, dia diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) * Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant * Pengurus termuda semasa dilantik PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007) * Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) * Pengurus Kanan termuda semasa dilantik * Bertanggungjawab mengurus kumpulan urus niaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)* Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) * Bertanggungjawab mengurus hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion. BIODATA KHAIRY JAMALUDDIN ( KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA ) KELAYAKAN AKADEMIK * 1994 – 1997 : Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi, St. Hugh College, University of Oxford * 1997 – 1998 : Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London * 2002 : Felo, Pusat Pengajian Islam Oxford KERJAYA* 1998 – 1999 : Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia * 1999 : Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm * 1999 – 2003 : Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia * 2003 – 2004 : Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri * 2004 – 2006 : Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd * 2006 : Ahli Perniagaan JAWATAN POLITIK * 2000 – Kini : Ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan * 2001 - 2004 : Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia * 2001 - 2004 : Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia * 2004 - Kini : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau * 2004 – 2008 : Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia * 2008 - Kini : Ketua Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Video Debat: Pusingan Pertama Pusingan Kedua Pusingan Ketiga Siapa yang mengemukakan hujah/angka/data/fakta yang mantap, realistik, dan jujur? Buka minda. Paling menarik cabaran moderator kepada Najib untuk berdebat. Beranikah Najib berdebat dengan Anwar? Adakah Najib demam apabila mendengar cabaran ini? Jika Najib anak jantan, cabaran yang dibuat secara terbuka itu wajib disahut demi kepentingan rakyat!!! Berita Berkaitan: Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan. Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul. Menurutnya, jika kerajaan menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti yang ada di negara ini. Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil. Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan itu pastinya tidak mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma. "Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri. "Berapa sen sangatlah kami (pembangkang) dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita bermasalah kerana mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada Barisan Nasional," katanya. Berhubung masalah kos penubuhan IPT, beliau membidas hujah Khairy dengan berkata, sebenarnya kos pembinaan sesebuah IPT tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno tersebut. Katanya, sebaliknya kos yang berganda itu adalah perbelanjaan 'atas angin' KJ: Pakatan Tabur Janji Kerana Tak Yakin Jana Ekonomi SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA). Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka. "Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy pada debat bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian di sini, sebentar tadi. Memetik hujah Rafizi yang sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan yuran pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang. Khairy turut mengulas hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah dilaksanakan sekarang. Sebelum ini, dalam kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000. Najib turut melaksanakan durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang peneroka Felda pada Mei lalu. "Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran. "BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang," kata beliau lagi. Rafizi Yakin Pakatan Boleh Tawar Pendidikan Tinggi Percuma SHAH ALAM - Menjawab asakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat menyediakan pendidikan percuma tanpa menaikkan cukai jika menguasai Kerajaan Pusat kelak. Malah kata Rafizi, jika kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan, bukannya ke atas soal pembangunan fizikal semata-mata, maka adalah tidak mustahil perkara itu dapat dilaksanakan. "Kadar cukai peratusan peribadi di Finland perlu dibandingkan dengan adil seperti epal dengan epal. "Siapa yang buat perbandingan dengan negara Skandavia itu sebenarnya tidak semak dengan negara itu sendiri," kata beliau ketika menjawab soalan Khairy ketika muncul dalam Debat Sinar Harian bertemakan Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi di sini sebentar tadi. Sementara itu, ketika menjawab soalan penonton tentang nasib Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah kerajaan PR jika memerintah Putrajaya, Rafizi berkata, mereka tidak pernah mendiskriminasi institusi itu. "Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan tempat untuk mahasiswa. "Cuma kita tidak mahu IPTS yang didirikan di rumah kedai tetapi mengenakan yuran yang tinggi dan tidak mempunyai kualiti," katanya. Jelas Rafizi, implikasi daripada keadaan itu akan menyebabkan mahasiswa terpaksa menanggung hutang yang banyak malah, sukar mendapat pekerjaan. Katanya, PR mahukan IPTS yang berkualiti walaupun mengenakan yuran tinggi. Sehubungan itu katanya, soal kerangka ekonomi adalah lebih penting dan oleh sebab itu, PR meminta agar model pendidikan ditukar segera. Debat Sinar: 'Kita sudah matang berpolitik' "Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?" soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya. Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan. "Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar." Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece. Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran. Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor. P/s: Secara peribadi, hujah/fakta/angka Rafizi lebih meyakinkan berbanding dengan retorik Khairy yang banyak menyimpang dan bersandar pada hujah "saya yakin". | ||||
Ketua Pengacau Rumah Ambiga Ahli UMNO dan Rakan Baik Noh Omar Posted: 22 May 2012 05:04 PM PDT [FMT] PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunos yang menganjurkan protes bernama Bersih 4.0 pada hari Khamis dan Jumaat adalah ahli Umno. "Jamal ialah ahli Umno bahagian Tanjung Karang", kata pegawai khas Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman. Ahmad yang juga bekas ketua bahagian Umno Selayang turut menambah bahawa Jamal rapat dengan Noh. Jamal, 41, mula mendapat perhatian media pada minggu lepas apabila beliau mengumumkan kepada media bahawa Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur akan menganjurkan protes di dalam bentuk pasar malam pada hari Khamis dan Jumaat ini di hadapan rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk S Ambiga di Damansara, Kuala Lumpur. Protes itu dianjurkan untuk mendapatkan ganti rugi kerana para peniaga terpaksa menutup premis perniagaan mereka pada 28 April lalu ekoran dari protes 'duduk dan bantah' Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga. Menurut laporan Utusan Malaysia, Jamal memiliki 25 buah syarikat perniagaan. Beliau yang memiliki rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan mempunyai banyak cawangan khususnya di Lembah Kelang. P/s: Patutlah menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia!!! | ||||
Mahkamah Bebas, JAIPP Kemuka Rayuan Semakan Kes Khalwat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Posted: 22 May 2012 04:00 PM PDT [HM] GEORGETOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) semalam, membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang untuk semakan semula keputusan melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Adam Tumiran dan isterinya, Nurul Ezani Mat Isa atas tuduhan berkhalwat pada 17 Mei lalu. Rayuan itu dibuat Ketua Pendakwa Syarie, Mohammad Zulkhairi Aziz di pejabat pendaftar jam 12 tengah hari. Pada 17 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membebas dan melepaskan Adam serta Nurul Ezani atas tuduhan berkhalwat di kuarters kerajaan pada 5 Disember 2010. Hakim Syarie, Othman Ibrahim berkata, mahkamah terpaksa menolak pertuduhan khalwat terhadap mereka berikutan tiada asas relevan kerana Mahkamah Syariah Daerah Kota Tinggi, Johor sudah mengesahkan status perkahwinan Adam, 44, dan Nurul, 35, adalah sah mengikut hukum syarak. P/s: Tidak tidur lenalah hakim ini lagi. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan