Isnin, 21 Mei 2012

Addin

Addin


Gambar Nih Pasti Tak Di Siarkan Di TV3 Dan Utusan Malaysia

Posted: 21 May 2012 09:41 AM PDT


Gambar nih pasti tak di siarkan di TV3 dan Utusan Malaysia. Dalam kegirangan penyokong Kelantan dalam menyaksikan perlawanan akhir Piala FA, terselit di tengah ribuan penyokong Kelantan yang cukup teruja bersama bendera PAS.

Apa petandanya? Ini mungkin amaran rakyat Kelantan kepada United Malays National Organisation (Umno).. Jangan harap rampas Kelantan dari PAS.. kami akan pertahankan pemerintahan Tok Guru.



(Video) Ucapan Sulong Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Selepas Menyertai PAS

Posted: 21 May 2012 08:30 AM PDT

KUALA LUMPUR - Rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menyumbang dalam Islam, membuka hati bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Percaya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tindakannya menyertai parti itu secara rasmi semalam, bukan petanda beliau baru 'sedar'. "Ketika saya berkhidmat dalam PDRM, saya sudah meneliti senario politik negara. 

Saya berhubungan dengan semua pihak, cuma saya belum menjadi ahli kepada mana-mana parti politik," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengakui selalu mengikuti perkembangan PAS ketika masih berkhidmat di PDRM, Fauzi berkata tindakan beliau menyertai PAS melangkaui kepentingan dan keselesaan yang dinikmatinya kini.

Baginya, dengan menikmati wang pencen, beberapa perniagaan keluarga yang boleh memberikan pendapatan bulanan kepadanya tidak cukup menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

"Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini," tegas beliau lagi.

Beliau yang bersara sejak 25 September 2006, bertindak menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Lumut, Perak, malam tadi.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini. ~harakahdaily






Video ~ajijoi

Addin :

Baca artikel meroyan blog pencacai Umno selepas Dato' Fauzi Shaari sertai PAS di sini.

 



Patutlah Mamat Nih Boleh Pakai Lamborghini..

Posted: 21 May 2012 07:07 AM PDT


Patutlah mamat nih boleh pakai Lamborghini.. Tapak pasar malam haram pun nak di sewa RM2,000. Baca berita berkaitan di sini. Macam ni tak hairanlah kalau dia boleh pakai Lamborghini.. memang business minded.

Inilah usahawan United Malays National Organisation (Umno) yang di bangga-banggakan..


Chegubard ajak kita pakat-pakat boikot Sekinchan Ikan Bakar, kat umah Addin pun ade satu.. moleklah tu boikot..


Di edit dari artikel asal ~ asd


Polis Hantar 6 Buah Kereta Peronda Semata-Mata Hantar Notis Saman Kepada Anwar Dan Azmin?

Posted: 21 May 2012 04:25 AM PDT

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebentar tadi menerima surat saman meminta kedua-dua mereka supaya hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 9 pagi esok. Anwar dan Azmin diminta hadir ekoran keganasan yang tercetus semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka. Adalah dipercayai ia berkaitan juga dengan isu arahan supaya peserta himpunan bersurai secara aman sebelum polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan pancutan air kimia hingga menyebabkan kelam kabut berlaku sehingga jam 6 petang.

Masih belum dapat dipastikan akta mana yang akan digunakan untuk mendakwa kedua-dua mereka kerana masih berbincang tindakan seterusnya.

Sementara itu, ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya dikejutkan dengan kehadiran enam buah kereta peronda polis hanya semata-mata mahu menghantar dua notis saman ke atas kedua-dua pemimpin PKR tersebut.

Insiden tersebut seolah-olah Anwar dan Azmin adalah penjenayah besar Umno-APCO yang mesti diberkas! ~jalanpulang


SPR Kantoi!! Timun, Kangkung, Harimau, Kuda Nama Pengundi Sah

Posted: 21 May 2012 12:49 AM PDT

PORT DICKSON -  Mereka yang memiliki nama-nama 'unik' membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pening kepala dengan para pengkritik yang mempertikaikan kewujudan golongan tersebut. Namun, SPR berkata, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa mereka adalah pengundi yang sah. Para pengkritik suruhanjaya itu membuat jenaka terhadap nama-nama haiwan, sayur-sayuran dan individu terkemuka yang masih hidup atau meninggal dunia dalam kalangan daftar pemilih seramai 12.8 juta pengundi.

Mereka turut bertanya mengapa wujud pengundi dengan nama seperti Timun, Kangkung, Harimau dan Kuda dalam daftar pemilih.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka yang memiliki nama unik yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak adalah pengundi sah.

Katanya, adalah tidak adil bagi SPR dituduh sengaja mereka nama-nama tersebut dan mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud.

"Agak hairan bahawa pengkritik masih tidak memahami perkara ini yang berada diluar kawalan kami.

"Kami mempunyai pengundi yang memiliki nama seperti Elvis Presley, Reagan dan A.Ramlie bin Jefridin dalam daftar pemilih. Namun, kesemuanya wujud dan merupakan rakyat Malaysia," katanya. (A.Ramli dan Jefri Din merupakan penyanyi terkemuka negara pada 1960)

Abdul Aziz berkata, terdapat pengundi dengan nama seperti Atas Jalan, Tepi Jalan, Machine Gun dan Boeing.

"Selagi butiran tarikh lahir mereka sama dengan rekod JPN, kami tidak boleh mempertikaikan status mereka dan mesti mendaftarkan mereka sebagai pengundi," katanya.

Beliau berkata, SPR terus menerima kritikan berhubung perkara yang diluar kawalan mereka walaupun pelbagai usaha dilakukan pegawai-pegawai untuk memastikan daftar pemilih bersih dan dikemas kini.

Katanya, daftar pemilih mempunyai kira-kira 15,000 pengundi yang nombor kad pengenalan mereka tidak selari dengan jantina seperti ditetapkan JPN.

Bagi jantina lelaki, nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan merupakan nombor ganjil manakala perempuan pula adalah nombor genap.

"Jika berlaku campur aduk, kami tidak boleh katakan bahawa mereka tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana JPN mempunyai rekod mengenai kewujudan mereka.

"Mungkin berlaku kesilapan apabila MyKad diserahkan kepada mereka," katanya.

Abdul Aziz berkata, mereka juga sering dilontarkan dengan pertanyaan mengenai kewujudan pengundi yang memiliki nama serupa dan lahir pada tarikh dan negeri yang sama.

"Perbezaan hanya empat digit terakhir dalam nombor kad pengenalan mereka. Apabila kami mengenal pasti kes ini dengan JPN, kami mendapati mereka didaftarkan pada sejak lahir dan masih hidup," katanya.

Menurut beliau, terdapat beberapa soalan dibangkitkan mengenai kewujudan pengundi yang berusia lebih 100 tahun dalam daftar pemilih walaupun rekod SPR menunjukkan kira-kira 1,000 pengundi bagi golongan tersebut.

"Kami terus mengesahkan maklumat-maklumat tersebut dengan agensi berkaitan. Kami tidak boleh memadam nama-nama pengundi walaupun mereka sudah mencecah usia 100 tahun.

Abdul Aziz berkata, kira-kira 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan mereka berbuat demikian. ~mstar

Addin :

SPR.. baling batu sembunyi tangan.



Bongkar!! Surat Terbuka Buat PM Dedah Sindiket Jual Beli Mykad Di Sabah

Posted: 20 May 2012 07:34 PM PDT

Saudara Pengarang, SAYA, Chung Su Li, menujukan surat terbuka ini kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penguatkuasa di Malaysia agar memantau kegiatan subversif iaitu pemberian kerakyatan songsang kepada warganegara India di Sabah. Siasatan saya mendapati seramai lebih kurang 100 orang warga India di Sabah dan lebih kurang 1,500 di Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat Kad Pengenalan dengan membayar sejumlah wang di antara RM 30,000 sehingga RM 75,000 kepada sindiket yang mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia.

Saya mewakili majoriti suara rakyat Sabah ingin menarik perhatian kerajaan yang sedang berusaha untuk mencari dalang-dalang dalam aktiviti menjual IC kepada warga asing, terutama daripada India, Pakistan, Indonesia dan Filipina.


HEBAT....Skandal IC Projek terbaru masih menggunakan Modus operandi yang sama iaitu laporan kehilangan kad pengenalan
Aktiviti membuat IC mengunakan wang telah mula menjadi-jadi di Sabah setelah seorang yang bernama Nasir Bin Yusof berjaya mendapatkan IC untuk dirinya pada awal tahun 2011.

Nasir Bin Yusof atau Latiff, yang berasal daripada RegunathaPatti, Tamil Nadu, India datang ke Malaysia dengan mengunakan Visa Tukang Masak di sebuah Restoran India.

Beliau kemudiannya telah berjaya membuka beberapa kedai sendiri di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Antara bekas Restoran beliau yang terkenal ialah Restoran Salimah berhampiran Hospital Mesra Bukit Padang dan di Terminal Inanam.

Beliau membuka kedai mengunakan nama seorang warganegara Malaysia dan menjalankan perniagaan tersebut sedangkan dia memegang Visa tukang masak pada ketika itu.


PASPORT.....Salinan Pasport India Nasir yang ketika itu menggunakan nama Kader Moideen Latheef. Mustahil Jabatan Imigresen tidak mempunyai salinan kerana beliau mempunyai Permit Kerja sebagai Tukang Masak

Pada masa itu, beliau mula mengalihkan minat beliau ke bidang lain. Atas sifat-sifat beliau yang berani dan pandai menarik hati dan memikat pegawai kerajaan dengan memberikan suapan tertentu; telah berjaya menjadi agen menguruskan dokumen kepada pekerja asing dan majikan warganegara.

Beliau menjalankan tugas khas ini sedangkan pada hakikatnya beliau hanya seorang tukang masak di kaca mata undang-undang, mengatasi Agensi Pekerjaan Swasta dan Agensi Kerajaan yang mempunyai potfolio mengeluarkan dokumen pengenalan diri.

Latiff mula menjual satu demi satu kedai beliau apabila perniagaan haramnya mula maju. Beliau tidak perlu sakit kepala lagi memikirkan tentang apa juadah yang perlu di masak di kedainya. Beliau juga tidak perlu membayar cukai perniagaan dan pendapatan. Beliau mula memberikan perhatian yang serius dalam aktiviti agen tersebut kerana sudah terkenal di Sabah.

Mengikut pemerhatian saya, beliau keluar masuk hampir setiap hari di Jabatan Imigresen Sabah (JIS). Beliau akan datang biasanya waktu petang dengan membawa beg berisi pasport dan sampul surat berwana coklat. Beliau akan terus berjumpa dengan pegawai yang diperlukannya dan mendapat layanan istimewa.

Kenapa perkara ini boleh terjadi? Latiff telah pun membeli dua organisasi penting iaitu Jabatan Imigresen Sabah (JIS) dan Jabatan Pendaftaran Sabah. Beliau merasuah hampir semua kakitangan JIS bermula daripada sumbangan sarapan pagi, makan tengah hari, minuman, alat solek, peralatan rumah dan kredit telefon bimbit. Jika disemak telefon bimbitnya, sudah tentu terdapat nombor telefon semua pegawai pegawai tinggi kerajaan terutama Imigresen, JPN dan Polis.

Latiff akan menguruskan visa pekerja asing dengan bayaran bermula daripada RM600 sehingga RM 1,000. Majikan lain yang cuba berurusan sendiri di kaunter akan mengalami pelbagai kerumitan dan kelewatan serta syarat yang sangat ketat.

Pegawai JIS tanpa segan silu akan mencadangkan kepada majikan untuk bertemu Latiff untuk memudahkan urusan mereka. Ini semua hasil tunjuk ajar Latiff. Namun setakat ini, hanya Pengarah Imigresen Sabah, Mohd Mentek sahaja yang tidak dapat dibeli kerana ketegasan dan prinsip y utuh yang dimilikinya.

Latiff tidak berjaya meraih simpati daripada Mentek yang kental dengan semangat kenegerian dan memahami masalah Sabah. Agensi Pekerja Asing yang berdaftar dengan Pasukan Petugas Khas Persekutuan hanya bermimpi di siang hari untuk mendapatkan layanan serupa dengan Latiff.
SEGERA.....Nasir menjadi pemilih ekpress dengan kad pengenalan yang ada padanya

Latiff juga membantu orang ramai untuk mendaftarkan pekerja asing mereka secara haram, menguruskan penubuhan syarikat secara haram untuk memastikan warga asing dapat membawa kaum keluarga dan kerabat mereka masuk ke Malaysia melalui visa pegawai dagang.

Beliau juga mempunyai kenalan pengawai yang telah dirasuah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terutama Pegawai Kanan Imigresen untuk membenarkan pekerja yang mengunakan visa bekerja di Semenajung Malaysia masuk bekerja di Sabah selain menguruskan urusan balik warga asing yang mempunyai masalah Imigresen.

Selain itu, beliau turut membantu orang ramai dengan bayaran tertentu untuk menguruskan dokumen lain seperti urusan membuat sijil nikah dan urusan JPN yang lain. Beliau juga sudah semakin berani apabila menjadi Setiausaha Parti Kimma sejurus mendapat IC Projeknya. Beliau mempunyai ramai kenalan dalam facebooknya terutama ahli Kimma seluruh negara.

Latiff kemudian membuka sebuah kedai setelah memiliki banyak wang, semata-mata untuk menutupi segala aktiviti haramnya. Kedai tersebut ialah JJ One Phone di Lot 57, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.

Dalam kedai ini, terdapat sekurang-kurangnya 50 pasport dalam satu-satu masa. Kedai ini dibuka untuk mengelirukan pihak berkuasa dan menutup mata orang ramai. Namun kedai ini hanya menjadi mesin 'Money Laundering' kerana hanya menjual kredit telefon dan telah memindahkan operasi haramnya ke Asia City, Kota Kinabalu.

Latiff ini berjaya melepaskan diri daripada tindakan undang undang kerana memiliki pengaruh yang kuat serta memiliki keajaiban. Beliau pernah ditahan kerana menipu dalam menurunkan tandatangan seorang majikan setelah pekerja asingnya yang ditahan di Kudat oleh Pegawai Penguatkuasa Imigresen Sabah yang dikenali sebagai Halid. Namun, kes itu ditutup tanpa sebarang tindakan.

Beliau juga berkawan rapat dengan seorang polis yang bernama Ayub kerana Ayub mengenali hampir semua polis berpangkat tinggi di Sabah kerana dahulunya mempunyai sebuah kedai runcit dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kepayan.

Dengan Ayub, semua kawan beliau terutama orang India boleh keluar daripada tahanan dengan mudah tanpa sebarang kerumitan. Selain itu, di setiap pusat tahanan terutama di Kimanis Papar, Latiff mempunyai orang untuk mengeluarkan sesiapa saja yang ditahan dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap seorang dan wang tersebut akan dikongsi bersama pegawai yang terlibat.

Pendedahan saya ini khas untuk menekankan bagaimana Latiff, seorang warga India yang telah lahir semula di Malaysia dan menjadi Warganegara Malaysia seterusnya menjadi salah satu kepala dalam membuat IC di Sabah.

Mengikut rekod, Latiff atau nama asalnya, Kader Moideen Latheef yang mengunakan Passport India bernombor E3171231 yang sah sehingga 08.10.2012 dan visa juga sah sehingga hujung 2011 dengan tarikh lahir dalam pasport 10 Oktober 1972.

Kini beliau tidak lagi menggunakan pasport India setelah mendapat resit kad pengenalan Malaysia 620605-12-6421 dengan identiti dan nama baru iaitu Nasir Bin Yusof dan tarikh lahirnya di kebelakangkan pada 05 Jun 1962. Perkara ini sangat jelas menunjukan berlaku banyak penipuan yang dilakukan oleh Latiff. Bagaimana beliau boleh tua 10 tahun dalam IC berbanding Pasport beliau?

Siapakah Nasir Bin Yusof ini sebenarnya? Adakah orang yang telah meninggal atau pun orang yang tidak menuntut ICnya? Ini bukan fitnah. Saya sertakan salinan pasport dan semakan daftar pemilih beliau.

Saya percaya bahawa Tuhan akan meninggal bukti bagi menumpaskan semua kejahatan di dunia ini. Bukti yang saya berikan sangat jelas. Namun, bagaimana pula Latiff ini berjaya memiliki IC ini?
Adakah hal ini seperti yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Bin Omar baru-baru ini? Apa pun saya akan memberikan serba sedikit maklumat mereka yang terlibat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk menyiasatnya.

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang macam Latifflah yang menyebabkan desakan terhadap RCI terus dilaungkan oleh rakyat Sabah. Saya berpendapat, penahanan beberapa individu yang saya berikan ini akan mencari penyelesaian masalah IC di Sabah.

Latiff ini berjaya mendapatkan IC beliau melalui pertolongan Datuk Haji Jaffaer Henry, bekas Pengarah JPN Sabah melalui bantuan Suzina Binti Mohd Rahfee. Puan Suzina mempunyai hubungan rapat dengan Latiff. Latiff sentiasa mengambil dan menghantar Puan Suzina apabila pergi atau balik daripada mana-mana urusan di luar negeri terutama daripada Kuala Lumpur dan Labuan.

Selain itu, Latiff sentiasa mengunakan kereta Puan Suzina apabila dia tiada di Sabah. Latiff juga menyediakan semua keperluan rumah kepada Puan Suzina. Saya hairan bagaimana Puan Suzina yang bergred KP 27 yang juga baru mengangkat sumpah sebagai Penolong Pegawai Pendaftaran pada tahun 2009 dan menerima penempatan baru di JPN Kota Kinabalu boleh menandatangani resit laporan kehilangan kad pengenalan pada tahun 2004 dan 1996?

Beliau yang baru mengangkat sumpah untuk bertugas di JPN Kota Kinabalu pada 28 Mei 2009 bertempat di 'The Regency, Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson berjaya menyediakan semua dokumen secara sempurna untuk mendapatkan IC kepada Latiff; tetapi tidak berjaya membuatnya tanpa meninggalkan bukti kukuh.

Selepas berjaya mendapatkan IC, Latiff melihat perkara ini daripada sudut perniagaan. Beliau ingin mengaut keuntungan besar dengan menjual IC seperti ini. Beliau kemudianya mencari jalan dan beliau mula bersekongkol dengan rangkaian Musakkar Bin Abdullah (Kadersha) yang juga memiliki 'IC MASIH PANAS' yang maklumatnya disertakan bersama ini.

Rangkaian Musakkar ini terdiri daripada beberapa orang daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka diketui oleh Abdul Rahman bin Md Noor (Gred 42) Ketua Unit Khas Sabah (KUS) di Putrajaya; diikuti Puan Farrah Izanni Binti Mohamad Ismail, Penolong Pengarah Unit Khas Sabah; Md. Solehan bin Omar, Pengarah Bahagian; Ruslan Bin Alias, Penolong Pegawai Pendaftaran; Susilan dan Puan Sulaiha dan beberapa pegawai di Bahagian Kad Pengenalan.

Mereka menerima permohonan Kad Pengenalan seperti ini hanya daripada Latiff, Musakkar dan beberapa orang lagi. Mereka akan meminta menyediakan butiran serta gambar dan kemudian mereka akan diberikan resit IC, Sijil Lahir dan seterusnya Maykad berserta dokumen lain oleh pegawai di atas.

Saya tidak mengenali semua pegawai tersebut, akan tetapi semua mereka ini benar-benar terlibat. Saya tiada memiliki bukti lain selain daripada ini. Namun, saya yakin dengan bantuan semua individu tersebut, Latiff berjaya mendapatkan IC seseorang yang telah mati ataupun yang tidak dituntut oleh pemohon.

Kejayaan Latiff ini berjaya menambah ahli rangkaian dan agen di Sabah. Latiff kemudian bertukar menjadi salah satu ahli rangkaian ini dengan harapan dapat menguat untung yang besar. Rangkaian ini kemudian di sertai oleh Salim Khan Bin Kaboor dengan IC bernombor 681012-12-5123 iaitu pemilik sebuah restoran terkenal di Sabah iaitu Restoran Salim, di Lintas Plaza, Kota Kinabalu.



Setelah beliau berkahwin kali kedua, beliau telah jatuh dalam perniagaan dan setelah mula berniaga IC, beliau kini sudah naik semula dan semakin kaya. Rangkaian ini kemudian berjaya mendaftarkan seramai 100 orang setakat ini di Sabah dan di Semenanjung 1,500 lebih.

Semua orang yang telah meninggal di Semenanjung Malaysia telah lahir semula dengan bantuan pendekar-pendekar yang baru wujud di Sabah ini. Adakah ini zaman batu atau zaman moden? Salim dan Latiff sentiasa menjemput Rahman apabila sampai di Sabah dengan menyediakan semua kemudahan termasuk hotel mewah dan sebagainya. Perkara ini amat merisaukan saya dan seluruh rakyat Sabah.

IC yang dimiliki oleh Latiff telah dibuat sebegitu sempurna tanpa boleh dipertikaikan lagi. Siap dengan salinan laporan kehilangan kad pengenalan yang kononnya pernah hilang pada 12 Mac 2004 dan 30 Disembet 1996 yang ditandatangani oleh Puan Suzina yang saya sertakan sekali dengan laporan saya ini.

Namun dengan kuasa tuhan, saya telah menjumpai beberapa kelemahan dalam laporan ini kerana nama penuh dalam laporan ini ialah Nasir @ Lathiep Bin Yusuf yang mana sangat berbeza dengan IC beliau. Adakah Puan Suzina ini bekerja dari tahun 1997 sehingga 2011 dalam satu bahagian yang sama dalam JPN Kota Kinabalu atau beliau baru ditempatkan di Kota Kinabalu pada Mei 2009? Adakah perkara ini boleh masuk akal?

Latiff mempunyai dua orang adik beradik lagi di Sabah yang mana salah satunya berada di Papar dan tidak mempunyai IC dan salah satunya yang bernama Peer Mohammad Bin Kadeer dengan no Maykad 600323-12-5465. Adik beradik satu bapa tetapi dibinkan kepada orang lain. Tidakkah pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini?

Seorang lagi agen khas untuk pekerja asing India yang terlibat dalam rangkaian ini ialah Musakar Bin Abdullah dengan IC No 620305-12-5961. Jika meneliti kisah Musakar, beliau ini boleh dianggap sangat berbahaya dan saya memiliki beberapa dokumen untuk membuktikan bahawa IC Musakar ini baru di beli.



Beliau datang daripada India mengunakan Visa Tukang Masak untuk Kedai Kopi Farvin Inanam yang dijamin oleh Majikannya, Aziz Bin Kasim. Kemudian Aziz telah membatalkan visa tersebut dan menghantarnya balik ke India. Salinan tersebut turut disertakan. Beliau kemudiannya balik ke Malaysia dengan jaminan seseorang lagi.

Beliau kemudian membuka sebuah kedai barang-barang aneka kecil di belakang kedai Farveen Curry House berhampiran Shell, Kampung Air Kota Kinabalu. Seratus peratus barang dalam kedai ini ialah barang curi yang dibekalkan oleh sindikit tertentu dan menjadikan tingkat atas kedai beliau tempat menyimpan barang atau stor.

Kemudian beliau akan menjualnya di kedai tersebut. Pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini dengan lebih lanjut lagi. Tambahan pula, nama Musakkar ini sewemangnya nama bukan India. Tentu sekali, Mykad ini milik rakyat Malaysia atau Indonesia.

Musakkar datang ke Malaysia dengan nama Kadersha Mydeen atau nama gelaran Katta Kaja dengan pasport India bernombor A7754373. Kemudian beliau membuat IC dengan bayaran RM 30,000 melalui rangkaiannya. Beliau berasal daripada Asoor, Trichy, Tamilnadu dan pasportnya sah sehingga 5 Mei 2009.


Beliau kini sudah membuka restoran sendiri di hadapan kedai barang anekanya dengan nama Restoran Farveen Curry House bertentangan Shell Kampung Air. Pada asalnya, beliau hanya bekerja di situ. Apabila berjaya mendapat untung yang banyak daripada penjualan IC, beliau terus membeli kedai tersebut dan menjadikan ia miliknya. Kegiatan Kadersha ini boleh mengancam keselamatan Negara kita.

Kadersha ini pada asalnya bekerja bersama Aziz bin Kasim. Atas kebiadapan terhadap Majikannya dan melakukan kesalahan Imigresen, beliau ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah yang ketika itu laporan ini dibuat oleh Aziz di pejabat lama di Wisma Dang Bandang, Kampung Air.

Semasa dalam tahanan, Aziz telah membatalkan visanya dan membeli tiket penerbangannya untuk balik ke India. Salinan tiket tersebut turut disertakan. Namun, Kadersha berjaya keluar daripada tahanan dengan bantuan seseorang.


Beliau kemudian membuat muslihat dan tinggal di Sabah. Sekarang ini beliau kembali ke Malaysia dan berjaya membeli Restoran majikannya sendiri. Fakta ini benar sekali, pihak berkuasa boleh menghubungi bekas majikannya, Aziz bin Kasim di talian 016-8105XXXX (nombor sebenar sila email ke Sabahkini) untuk maklumat lanjut.

Selain itu, satu kes yang masih dalam siasatan di Balai Polis Lama Kota Kinabalu terhadap Kadersha mengenai cek tendang yang dilaporkan oleh Aziz Bin Kasim, bekas majikannya. Baru baru ini, ada orang yang melaporkan tentang IC Musakkar (Kadersha) di Balai Polis Karamusing.

Tetapi kes ini berjaya ditutup olehnya dengan wang ringgit Malaysia. Kadersha juga menyembunyikan dirinya selama seminggu di rumah banglonya yang dibeli dengan wang hasil kerja kerasnya membuat IC di Semenanjung Malaysia sebelum menutup kes ini. SB Mohan daripada Balai Polis Karamusing juga mengetahui hal ini. Dialah yang menguruskan kes-kes India di Kota Kinabalu.

Sehubungan itu, saya mengharapkan satu penyiasatan khas dibuat mengenai hal ini. Saya bersama ratusan rakan saya tidak akan teragak-agak untuk mengumpulkan tandatangan bagi memastikan kerajaan Malaysia menyiasat hal ini dan tidak memberikan sebarang alasan.

Kami mahu IC mereka yang terlibat harus ditarik balik. Kami rakyat Sabah tidak mahu mereka menjadi salah satu pengundi dalam pilihanraya 13 akan datang. Kami mahukan penyelesaian menyeluruh.

Sekiranya kerajaan Malaysia tidak menyiasat dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas semua suspek ini, maka kami akan meminta bantuan pembangkang untuk menuntut penyiasatan ke atas isu ini yang kami kira amat penting untuk kami warga Sabah. Kami hilang punca pendapatan angkara warga asing seperti Latiff dan Kadersha yang diberikan IC.

Saya berharap agar agensi kerajaan yang terlibat menyiasat hal ini serta merta sebelum pilihanraya akan datang. Penerima IC seperti ini harus dibuang dahulu. Mereka tiada hak memegang kad pengenalan Malaysia.

Pendedahan saya ini membantu kerajaan untuk mengesan individu yang bersalah dan seharusnya inilah peluang yang baik kepada kerajaan Malaysia untuk membersihkan nama daripada dakwaan pembangkang.

Apa pun jutaan rakyat Sabah akan menantikan berita gembira tentang dalang-dalang dan pemegang IC ini ditangkap secepat mungkin. Kami menaruh harapan pada kerajaan yang kami sanjung selama ini. Kami sentiasa menantikan langkah daripada kerajaan selepas ini dengan harapan yang besar.

Penuntutan pembangkang untuk menubuhkan RCI akan terjawab dengan tertangkapnya rangkaian ini. Maklumat ini saya kumpul daripada agen-agen SAH di Sabah dan orang ramai. Selepas penahanan rangkaian ini, Ini kalilah, terjawabnya semua misteri di sebalik desakan penubuhan RCI. Apabila berita ini diketahui oleh mereka, tentu mereka akan bersembunyi dan keluar selepas keadaan baik semula. Tapi ingat, kami tidak akan biarkan rangkaian ini berleluasa sampai bila-bila pun.

Kami tidak mendedahkan identiti kami seperti nombor telefon selengkapnya kerana risau tentang keselamatan kami. Semua yang terlibat amat berbahaya. Pegawai kerajaan juga dikira amat takut dengan mereka ini. Namun jika diperlukan, bukan saya seorang yang akan tampil nanti, ribuan orang yang menyokong saya dalam hal ini akan tampil ke hadapan.

Saya harap kerajaan mulakan dahulu penyiasatan. Semua bukti kukuh telah saya berikan. Tiada satu pun tuduhan saya ini boleh dianggap fitnah. Kami sedang mengumpulkan nama-nama dan biodata mereka yang baru sahaja membeli IC daripada rangkaian ini dan akan didedahkan kemudian hari.

Sedangkan masih ramai pemegang kad bunga raya di Sabah akibat daripada kelewatan JPN menguruskanya yang berpunca daripada kekurangan maklumat, bagaimana kerajaan boleh bertindak mengeluarkan IC berbayar seperti ini yang seratus peratusnya haram?

Sekian, Terima Kasih,

Salam Satu Malaysia,

CHUNG SU LI


Dato' Fauzi, Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Secara Rasmi Sertai PAS Malam Tadi

Posted: 20 May 2012 06:04 PM PDT

Fauzi (kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Abdul Hadi sambil
diperhatikan oleh Mohamad Sabu
TAIPING - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas. Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa tujuan menyertai Pas bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa Pas.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam Pas itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya Pas melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.

"Bukanlah bila saya masuk Pas bukan semuanya tak betul. Mana yang boleh tegur, kena tegurlah," katanya.

Pada majlis itu juga, Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Perak yang menjadi pengerusi majlis, Akmal Kamaluddin secara berseloroh mahu Fauzi mengetuai Bersih 4.0 dan kemudiannnya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin. ~sinarharian

Tiada ulasan: