Ahad, 27 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


Sedap betoi Ahmad Lutfi TIBAI Rais

Posted: 27 May 2012 09:00 AM PDT

Rais buta antara aset kerajaan dan harta Umno

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Ketika PAS dimomokkan sebagai Parti Islam yang ghairah mengejar kuasa sehingga melupakan dasar perjuangan sucinya, namun dalam masa sama berbondong-bondong orang ramai memohon keahlian, termasuk tokoh-tokoh terkemuka dan selebriti terkenal.

Semasa aktivis dan penyokong Pakatan Rakyat -- tidak terkecuali PAS -- ditohmah sebagai perusuh dalam demonstrasi suku juta umat, Bersih 3.0, dengan pelbagai kempen propaganda, termasuk melalui siaran RTM pada waktu puncak, memaparkan peserta himpunan "mengganasi pihak keselamatan", kita dikejutkan dengan perisytiharan beberapa bekas pegawai kanan polis menyertai Parti Islam.

(Semasa mengunjungi Miri, lebih sebulan lalu, memenuhi jemputan program kewartawanan media baru, saya bertemu dengan bekas Timbalan Residen Miri -- jawatan hampir sama dengan Penolong Pegawai Daerah -- Johari Bujang, yang kemudiannya baru-baru ini dilaporkan telah menyertai PAS).

Berita itu sepatutnya menenggelamkan dakyah bekas Ketua-Ketua Polis Negara -- Hanif Omar, Rahim Noor dan Musa Hassan -- yang cuba memalitkan imej "kotor dan ganas", juga "berunsurkan komunis" terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, 28 April lalu.

Pada 20 Mei lalu, di hadapan lebih 5,000 hadirin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato' Fauzi Shafie (antara segelintir kecil nama-nama pegawai kanan polis yang diingati ramai), telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Ulu Sepetang, Larut, Perak.

Menerusi YouTube, saya agak teruja mendengar muqadimah ucapan Fauzi, yang dikira mantap dan sarat dengan peringatan agama, sekali gus menggambarkan sikap dan komitmen padunya terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS. Beliau seperti mahu memanfaatkan baki usianya untuk mendaulatkan agama Allah.

Sebelum itu, di Perak juga, bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River, Abdullah Omar turut menyertai PAS. Dalam ceramahnya di Dungun, 24 Januari lalu, Abdullah berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang, berdaftar dengan pendaftar pertubuhan, dan lebih penting kerana dipimpin tokoh-tokoh yang ingin membawa negara kepada pemerintahan Islam, tidak sepertimana kebanyakan pemimpin Umno yang terlibat dengan pelbagai skandal.

Abdullah seolah-olah menjawab lebih awal siri serangan yang bakal dihadapi Fauzi. Akhbar Berita Harian, 22 Mei lalu, memilih tajuk utama halaman lapan, "Veteran polis rasa terguris", dengan tajuk kecil, "Keputusan bekas Pengarah JSJ sertai PAS dianggap khianati kerajaan".

Ia ekoran reaksi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri, dengan penyertaan Fauzi bersama PAS. Shafie berkata, pihaknya terkejut dan keliru dengan tindakan Fauzi itu.

"Saya pun tak tahu apa pertimbangan beliau (Fauzi) sedangkan ketika dalam PDRM, beliau memegang jawatan kanan selain mendapat gaji yang tinggi dan berpencen. Kini bila bersara, sertai pula pembangkang, agak ganjil tindakan beliau itu," kata Shafie, seperti dilaporkan Berita Harian.

Saya sendiri terkejut bagaimana Berita Harian memilih tajuk kecil "... dianggap khianati kerajaan" hanya kerana bekas pegawai tertinggi polis itu menyertai PAS. Usaha "pembodohan massa" (meminjam ungkapan Dr Siddiq Fadzil ini) dalam suasana rakyat semakin terbuka menilai amalan demokrasi dan celik politik itu cukup memalukan.

Sebelum ini, akhbar dalam kumpulan yang sama, New Straits Times (NST) telah melabelkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai "bapa kafir" dan tidak mahu memohon maaf walaupun selepas didesak berbuat demikian.

Segera saya mengirim SMS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu minta respons awal terhadap laporan Berita Harian itu. Tanpa perlu menunggu lama, Mat Sabu yang banyak menjalin hubungan dengan tokoh-tokoh kenamaan pesara tinggi kerajaan dan juga bekas pimpinan Umno, membalas: "Inilah doktrin yang melahirkan kebangangan polis dan bekas polis ...tak kenal antara kerajaan dengan Umno."

Rakan saya, seorang pegawai polis, turut membalas SMS sama: "Apakah Shafie faham erti dan amalan demokrasi yang sebenarnya?"

Menyedihkan sekali, jika hal-hal semudah itu, seperti kebebasan untuk memilih menyertai mana-mana parti politik berdaftar -- hatta proaktif untuk menjatuhkan kerajaan melalui saluran undang-undang -- dikaitkan dengan istilah-istilah yang langsung tidak relevan, misalnya "khianati kerajaan".

Mungkin kalau zaman dahulu (zaman Hanif Omar) akan mudah dilabelkan dengan "anasir subversif", malah tidak mustahil dicap "prokomunis", atau dikaitkan dengan "aliran Marxisme" (satu istilah yang cukup digemari Rahim Noor).

Kepada pertanyaan wartawan Harakahdaily, Fauzi berkata: "Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini."

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan "menghalau pelancong" dari negara ini.

Dalam pada itu, seorang rakan lama, juga bekas wartawan ekonomi, meminta Harakah memberi penekanan kepada berita Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim memperuntukkan RM200,000 kepada semua ahli veteran Umno dan Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat BN) di setiap negeri dengan menyediakan komputer riba dan latihan pengurusan media baru, sebagai persiapan menghadapi PRU13.

Sekali lagi ungkapan paling sesuai untuk Rais, seperti dilafazkan Mohamad Sabu: "...tak kenal antara kerajaan dan Umno." Rais yang satu ketika dahulu prihatin dan komited dengan prinsip-prinsip asas demokrasi, kini seperti tidak dapat membedakan di antara wang kerajaan yang diperolehi daripada pembayar cukai dengan dana politik Umno.

Tindakan Rais itu membuatkan kenyataannya yang lebih penting kurang diperhatikan, iaitu "kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya mereka kepada orang ramai" telah disiapkan.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang saya terajui cukup berminat dengan isu akses media sama rata sewaktu kempen PRU13, terutama membabitkan media yang dibiayai dana awam, seperti RTM dan Bernama. Sewaktu konvensyen KAMI, 12 Mei lalu, seperti disaran V Anbalagan, Setiausaha Agung NUJ, telah dirumuskan bahawa satu badan khas yang bebas perlu ditubuhkan bagi memantau perjalanan media berkenaan.

Bagaimanapun saya curiga kemampuan Rais untuk bertindak adil dalam menyiapkan kertas kabinet, terutama untuk menyambut saranan SPR agar diberikan airtime berkempen, yang munasabah untuk semua parti bertanding dalam PRU13 nanti.

PANAS: Gambar KJ nyanyi BORIA tersebar

Posted: 27 May 2012 06:51 AM PDT

TUAN2 DAN PUAN2,,,,, KAMI AKAN MENYANYIKAN SEBUAH LAGU BORIA UTK ANDA SEMUA,,,,

1....2.....3.......4..... MULA

SALAM SATU MALAYSIA PEMBUKA BICARA
KEPADA SEMUA WARGA BELIA
KITA TAK KIRA YG HODOH ATAU YG LAWA
BORIA UMNU BODO MEMBUKA AUTA

DENGAQ2 INI SAYA NAK CERITA
KALAU DGN RAFIZI HGPA JGN DOK MEREKA
NAK BERHUJAH ATAU BUAT AUTA
KERANA DIA MEMANG TERER BERKATA KATA

DARI KEPALA BATAS BALIK KOLA PILAH
TAKDAN NAK BALAS MEDORATOR PLAK MENCELAH
ITU MEMBUAT AKU MULA GHAFLAH
DARIPADA KEBAS MUKA BAIK AKU MENGALAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH..............


JOM BACA: PASAI APA BELIA-BELIA TERBELIAK MATA...

Posted: 27 May 2012 05:28 AM PDT

KONSERT K-POP PERCUMA DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA!!

Salah satu slot menarik sempena HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 yang akan disambut di Putrajaya pada 23 - 27 Mei ini adalah konsert K-POP percuma untuk seluruh peminat muzik pop dari negara Asia Timur itu di Malaysia.

Kali ini kumpulan remaja DAL SHABET & TEEN TOP akan beraksi di Putrajaya. Tarikh & masanya akan diumumkan kemudian.

Biasanya persembahan artis2 K-Pop dibuat secara eksklusif di Arena All Star, Genting Highland dengan harga tiket yang mahal. Langkah KBS menjemput artis K-Pop adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia.

Apa yang pasti persembahan sebegini akan menjadi bahan propaganda negatif oleh pembangkang. Persetankan kerana memang begitu jalan fikir mereka... Mereka tidak pernah mahu berfikir secara positif
bagaimana negara maju seperti Korea dapat menyuntik motivasi kepada belia2 di Malaysia yang meminati muzik & seni.

Korea berjaya mencipta jenama mereka sendiri dalam bidang muzik - K-POP yang dapat dijadikan contoh oleh belia2 negara ini bagi menjulang nama Malaysia ke mercu antarabangsa.

Konsert artis asing akan meminggirkan artis tempatan?? Tidak... kerana ramai artis tempatan juga akan memeriahkan sambutan Himpunan Jutaan Belia nanti. Jangan lupa untuk datang beramai2... Kita kasi gegar PUTRAJAYA pada 23 -27 Mei 2012!!

TERHOT: Wassatiyahnya AMNOOoooooo....

Posted: 27 May 2012 12:02 AM PDT

Pada hari Jumaat 25 hb yakni semalam, khutbah2 Jumaat di masjid2 utama negara (yang mendapat teks dari JAKIM) membicarakan tentang hari belia dan khutbah di tempat aku mengenakan tajuk "Melahirkan Belia Patriotik".

Sejujurnya, letaklah tajuk apa pun - semuanya menjurus kepada memuji muja perancangan kerajaan UMNO BN menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada ketika ini. Kononnya tindakan ini - yang bertemakan "jutaan peluang penuh keriangan" ini merupakan antara langkah murni kerajaan menyantuni golongan belia yang dilihat sebagai aset masadepan negara yang akan menerajui Malaysia ini pada satu hari nanti. Bagi aku, secara asasnya Himpunan Belia ni ada kebaikannya. Diwujudkan karnival mencari kerja dan ruangan utk para peniaga untuk berniaga dan mempromosikan barangan depa.

Kita lupakan sejenak yang Himpunan ini merupakan salah satu cara UMNO BN untuk meraih sokongan belia. Lupakan sejenak betapa pelbagai penyalahgunaan jabatan dan kementerian awam dalam penganjuran dan promosi Himpunan Belia ini. Lupakan, jika boleh, bahawa ini merupakan satu cara Najib untuk melawan pengaruh PR dalam menganjurkan perhimpunan terutamanya selepas himpunan UMNO di Bukit Jalil tak "menjadi". Lupakan juga betapa pelajar2 sekolah diarahkan oleh kementerian pelajaran menerusi sekolah masing2 untuk hadir memeriahkan suasana agar tercapai target "jutaan belia" hadir.

Cuma, yang aku kesalkan MENGAPAKAH PERLU DISELITKAN perkara2 yang HARAM seperti konsert K Pop untuk menarik minat belia menghadiri himpunan ini? Mengapa mesti disajikan persembahan yang langsung tak membawa apa2 pengisian baik dari segi jasmani mahupun rohani ini? Malah, yang dibawa bukanlah artis tempatan pun tetapi disumbatnya artis2 Korea dan Jepun! Patriotik apa namanya ni kalau bab menyanyi pun kena import? Artis2 kita ni layak buat opening act je ke? Menyentil populariti orang lain? Inilah yang benar2 buat aku pelik. Apa kaitannya konsert K Pop untuk melahirkan generasi yang cakna dan berwawasan? Adakah ada pengisian dari segi memantapkan akidah? Ada ke modul untuk mencambahkan rasa cinta terhadap Jalur Gemilang? Ada?

Yang ada hanyalah anak2 muda yang majoritinya melayu (tak perlu ambil kira org2 luar negara) terkinja2 menjerit2 memuji muja penyanyi2 K Pop kesayangan depa, sampai ada yang sanggup menconteng muka dan tangan dengan pewarna untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang depa terhadap artis2 kafir itu. Malah kalaulah berpeluang, remaja2 ini - perempuan majoritinya dan ada yang bertudung pun - pastinya akan memeluk cium artis2 pujaan depa ni tak nak lepas2! Inikah pengisian yang ingin dibawa oleh UMNO BN?

Pada tahun lepas, ketika himpunan yang sama berjalan (dan sekali lagi artis K Pop dijemput menyanyi), ada puak2 yang menembak aku dengan menyatakan "kenapa tak kutuk konsert di I City" dan seumpamanya. Kali ini, depa nak jawab apa lagi - 2 tahun berturut2 hiburan maksiat serba lagha ini dianjurkan sedangkan kerajaan negeri Selangor TIDAK LAGI MENGADAKAN KONSERT LAGHA SECARA BESAR2AN, dan pada kali ini situasinya jauh lebih biadab - sanggup membatalkan tauliah mengajar kepada seorang Ustaz supaya kuliahnya di Putrajaya dibatalkan kerana bertembung dengan aturcara program Himpunan Belia ini, yakni konsert K Pop tersebut. Inilah hakikatnya - konsert K Pop diutamakan berbanding Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus. Konsert maksiat serba lagha didahulukan, pengajian ilmu akhirat diketepikan. Inikah transformasi yang dicanangkan oleh pentadbiran Najib? Men"transform"kan belia negara daripada hanyut kepada SESAT LARAT?

Apakah satu dosa kiranya penganjur menyelitkan kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus ini sebagai salah satu agenda program utama? Alang2 dia dah ada kat Putrajaya kan? Aku yakin, jika penganjur buat mcm ni sudah pastilah depa akan mendapat segenap pujian dari semua pihak dan dari segi political mileage, ini adalah satu benda yang amat hebat untuk populariti depa. Even kalau tak jemput Ustaz Azhar Idrus pun atas alasan beliau ini agak cenderung ke PAS, buatlah program2 seperti diskusi agama bersama ulama muda UMNO. Payah sangat ke?

Tetapi depa memilih untuk terus melaghakan belia negara. Depa memilih untuk terus menjahilkan belia2 masa depan negara ini. Depa mahu menarik minat belia, tetapi depa memilih cara yang haram. So yang datang pun semuanya yang mcm haram la.

Aku menaip bukanlah marahkan depa yang datang. Budak2 ni jahil. Hijab minda tak terbukak lagi jadi golongan sebegini perlu kita didik dan tuntun dengan baik serta mengikut landasan agama agar depa tidak terpesong. Ustaz Azhar Idrus - yang amat mengagumi Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyid al Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz - telah melakukan tugas yang amat menakjubkan apabila berjaya menarik minat pelbagai golongan termasuklah golongan muda, kaki lepak, kutu rayau, mat rempit, artis malah golongan mat pit untuk menggali isi kuliahnya.

Berapa ramai budak2 remaja yang mengikuti dengan tekun kuliah2 Ustaz Azhar - dan aku temui - mula berubah fikrah depa iaitu lebih ke arah keIslaman? Depa tetap remaja - lepak, main bola, main gitar tepi tembok, merempit tetapi depan mata aku sendiri, lagi 10 minit nak maghrib depa pun brsurai dari melepak - "weh, nak maghrib ni. blah blah blah. lambat lak nak pi surau sat gi".

Inilah impak yang amat positif! Alangkah indahnya kalau SEMUA belia kat negara ni berjaya dituntun ke arah ini! Malah, jika depa benar2 didedahkan dengan Islam dan Iman, depa akan jadi lebih kuat dan kukuh kesetiaan dalam hati dan ini termasuklah kecintaan dan kesetiaan kepada negara sebab Islam sememangnya mengajar kita agar setia dan berkorban untuk negara dengan ditunjangi ruh Islami. Inilah asas utama melahirkan belia patriotik. Yang menjadi sasaran kemarahan aku adalah penganjur. Penganjur yang berterusan mencambahkan bibit2 lalai dan maksiat dalam diri anak2 muda kita. Meminjam kata2 Najib, inilah "HARAM JADAH"!

Alhamdulillah, walaupun tempat kuliah terpaksa diubah demi memberi laluan kepada "pengisian ala-UMNO", Masjid As-Salam di Puchong Perdana tadi tetap penuh sesak menerima kehadiran belasan ribu umat manusia - 60% daripadanya belia - yang dahagakan curahan ilmu dan tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Gambar2 yang dikongsi di laman Facebook rasmi UAI membuatkan aku terfikir, "alangkah bodohnya UMNO BN!" Nak buat mcm mana, depa mmg bodoh. Mendahulukan maksiat banding rahmat. Dan ini kot "Islam Wasatiyyah" ala UMNO.

Patutla AMNO marah sangat kat ZUNAR... kahkahkah...

Posted: 26 May 2012 07:40 PM PDT

Bila Tun M kata dalam UMNO tak dak yang bijak pandai, pencacai UMNO marah... Bila pembangkang kata dalam UMNO tak dak sekoq jantan yang ada teloq pon UMNO marah jugak... Bila orang kata yang dalam UMNO dah terkena sumpahan lembu Kak Ijat sampai semua macam hidung kena cucuk pon orang UMNO marah...Wakakaka...

Anak menjadi tuan

Posted: 26 May 2012 05:24 PM PDT

Nor Hidayah Mohamed Taib

Jika sebelum ini, kedengaran isu pembuangan bayi sering dijadikan tajuk utama dalam setiap dada akhbar tetapi keadaan seperti ini seolah-olah telah terbalik, ini kerana terdapat segelintir anak tanpa segan silu sanggup membuang ibu bapa mereka di rumah jagaan orang tua, di perhentian bas dan terdapat juga di hospital kerajaan. Betapa dunia pada masa kini semakin menginjak ke akhir zaman kerana telah banyak anak yang bersikap seperti tuan-tuan besar, semakin hilang kasih anak kepada ibu bapa dan semakin banyak anak yang telah mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua mereka.

Percaya atau tidak, fenomena seperti ini telah pun berlaku di sekitar kita sejak kebelakangan ini sepertimana kejadian yang dilaporkan di Ipoh pada 12 Mei 2012, yang mana seorang wanita warga emas, Jenice Abdullah, 70, mendakwa bahawa 10 anaknya yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pekerjaan yang professional sengaja berpakat membuang beliau di salah sebuah rumah jagaan orang tua sejak lapan tahun lalu setelah kematian suaminya. Apa yang menyedihkan, kejadian ini berlaku gara-gara kesemua Si Tenggang Moden tersebut jijik mencuci najis beliau.

Kejadian yang menyayat hati turut berlaku di sebuah negeri di utara tanah air, Labuan, pada September 2011, kita telah digemparkan dengan kejadian seorang anak derhaka yang sanggup menghalau dan membuang bapanya yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung dan ditinggalkan di perhentian bas di tepi sekolah dengan keadaan bapanya sehelai sepinggang sehingga terpaksa merempat dan mengharapkan ihsan orang lain. Hal ini kerana dikatakan kehadiran si bapa tidak disukai olah isteri anaknya lalu merasakan kewujudan beliau dirumah tersebut boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka. Ini jelas terbukti bahawa pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapa sepanjang membesarkan si anak itu langsung tidak dihargai dan dianggap remeh.

Apa yang lebih mendukacitakan lagi, sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sabagai orang Islam sedangkan dalam Islam tidak pernah wujud sifat sedemikian malah Islam sangat mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: "Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?" Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: "Sudah tentu wahai Rasulullah." Baginda menjelaskan: "Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu meyambung) dan sumpah yang palsu." –Hadith riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654.

Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibu bapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. yang mana ia merupakan dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Allah S.W.T. berfirman: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa." –al-Nisaa' (4): 36.

Di dalam ayat ini telah menjelaskan bahawa Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mentauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T. turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibu bapa mereka dengan baik. Dengan erti kata lain, seseorang itu tidak akan dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi die tidak berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya.

Terdapat juga kejadian yang dilaporkan pada 15 Januari 2010 yang mana seorang bapa berumur 60 tahun yang menghidap penyakit buah pinggang kronik telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Ini difahamkan, warga emas tersebut dianggap sebagai beban kepada anak-anak kerana terpaksa menghantar bapanya pada setiap minggu. Akhirnya, Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan si bapa tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri Kenangan di Jejawi. Begitulah kesudahan nasib seorang bapa yang malang kerana telah dianggap beban kepada anak-anak yang mana tanpa disedari sebenarnya begitu banyak kasih sayang yang telah dicurahkan oleh si bapa, tetapi sebaliknya, anak-anak tidak pernah mengambil peduli akan tanggungjawab menjaga dan membalas segala apa yang diberikan oleh bapa mereka malah cuba untuk lari dari setiap tanggungjawab yang perlu mereka hadapi.

Sepertimana yang kita tahu, menjaga ibu bapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaannya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya sangat memerlukan bantuan dari anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, mudah terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya dan menyebabkan perbualan mereka dengan seseorang anak itu hilang sabar. Namun, setiap kesukaran dalam menjaga ibu bapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibu bapa mereka dan tetap menjaga dengan baik dalam apa jua suasana, maka sebenarnya mereka telah menempah tiket untuk ke syurga.

Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia, namun mereka masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda: "Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!" Baginda ditanya: "Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?" Baginda menjawab: "Orang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga." –Hadith riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no 2551.

Namun, masih lagi terdapat isu pada Oktober 2010, yang mana kita dikejutkan dengan sifat tidak berperikemanusiaan seramai 9 orang anak yang sanggup menghantar ibu mereka yang lumpuh separuh badan ke pusat jagaan warga emas dengan alasan ibu kuat makan. Lebih menyedihkan lagi apabila wang pencen arwah suami wanita yang berusia 84 tahun tersebut yang sepatutnya menjadi hak beliau turut dikaut oleh sembilan zuriatnya yang derhaka itu pada setiap bulan.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang dizalimi apatah lagi jika doa itu merupakan dari ibu bapa, sudah pasti akan termakbul.

Rasulullah pernah bersabda: "Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) doa orang tua ke atas anaknya." –Hadith riwayat Imam al-Tarmizi di dalam Sunnahnya, no: 1828.

Secara realitinya, setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak adam itu sering berbuat kesilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat." – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.

Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibu bapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggungjawab atas hal ehwal mereka.

Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Jom tengok reaksi KJ pasai pergaduhan kat Lembah Pantai

Posted: 26 May 2012 12:00 PM PDT

Asai bergaduh ja mesti ada UMNO... kahkahkah...
Asai ada samseng ja mesti ada UMNO... kahkahkah...

Tiada ulasan: